You are on page 1of 4

4.

0 MODUS OPERANDI

4.1 Bocor maklumat

Pemberi maklumat adalah seseorang dalam organisasi yang mendedahkan apa-apa yang
dilakukan oleh ahli organisasi tersebut yang tidak bermoral, bertentangan dengan undang-
undang atau yang bercanggah dengan amalan organisasi tersebut (Near dan Miceli, 1985).
Seksyen 2 dan seksyen 6 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (APPM 2010) di
Malaysia, pemberi maklumat adalah seseorang yang membuat laporan kelakuan tidak wajar
seseorang yang lain kepada agensi-agensi penguatkuasaan dengan kepercayaan seseorang
yang lain itu telah, sedang atau akan melibatkan diri dengan kelakuan tak wajar tersebut,
dengan syarat ia tidak dilarang secara khusus oleh undang-undang bertulis yang ada di
Malaysia. Pemberi maklumat boleh diberikan kepada dua iaitu pemberi maklumat luaran dan
dalaman. memberi maklumat dalaman ini di mana ahli sesebuah organisasi membuat aduan
berkenaan kesalahan yang dilakukan bercanggah dengan organisasi tersebut. Pemberi
maklumat luaran pula apabila orang yang berada di luar organisasi membuat laporan
kesalahan yang berlaku di organisasi tersebut. Maklumat yang tertentu hanya boleh diketahui
oleh organisasi tersebut sahaja kerana maklumat yang ada dianggap sulit dan rahsia. Ia
dianggap satu tanggungjawab dan Amanah kepada pekerja dalam organisasi tersebut untuk
dijaga maklumat peribadi orang lain. Sebagai contoh, anggota polis di dalam filem Rustom ini
menyebarkan maklumat kepada wartawan sebelum dibicarakan di dalam mahkamah. Selain
itu, polis ini juga mendapat komisen daripada jualan surat khabar yang disebarkan. Hal ini
kerana akan menimbulkan spekulasi buruk dalam melaksanakan pembicaraan.

4.2 Menerima Perolehan tanpa Prosedur

Pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja ialah perolehan awam. Setiap tahun kerajaan
telah memberi peruntukan untuk perolehan awam. Sektor perolehan ini lebih berpengaruh
untuk melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Hal ini semakin
membimbangkan kerana melibatkan penjawat awam. Perolehan awam perlu diberi perhatian
yang secukupnya kerana berlaku beberapa kesalahan yang terjadi dalam perolehan awam.
Kesalahan ini boleh terjadi pada salah urus perolehan, kecuaian pegawai, kesilapan dalam
pembekalan, rasuah, penyelewengan dan salah guna kedudukan. Menurut Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, tujuh kesalahan utama dalam kesalahan perolehan awam:

 Perolehan pada harga yang tidak munasabah


Barang atau perkhidmatan yang diperolehi dinaikkan harganya dan tidak dinyatakan
dalam tender atau pesanan kerajaan. Hal ini dimana mereka ingin menampung kos lain
yang tidak dinyatakan. Selain itu, harga ini dinaikkan disebabkan oleh kos bayaran
rasuah kepada pihak tertentu.

 Pembekalan yang tidak mengikut spesifikasi


Barang atau perkhidmatan yang dibekalkan untuk mendapat keuntungan yang lebih
dengan kualiti yang rendah. Hal ini juga disebabkan oleh kontraktor berkongsi
keuntungan dengan pegawai perolehan,

 Pembayaran tidak mengikut prosedur


Pembayaran yang dilakukan tidak mengikut tatacara yang betul. Hal ini berlaku apabila
kontraktor menerima bayaran walaupun perolehan barang atau perkhidmatan tidak
sempurna. Terdapat juga agensi yang cuba mengelakkan pembayaran menggunakan
peruntukan tahun berikutnya seperti mana Arahan Perbendaharaan 58 (AP58) apabila
hujung tahun kewangan.

 Penggunaan orang tengah dalam urusan perolehan


Orang tengah ini banyak memberikan masalah kerana mereka menggunakan hubungan
rapat dengan mereka yang mempunyai kedudukan untuk faedah diri sendiri. Mereka ini
terdiri daripada individu, syarikat atau pertubuhan.

 Perolehan secara pecah kecil


Perolehan dipecahkecilkan bagi item yang sama kepada beberapa perolehan lain. Taktik
pecah kecil digunakan supaya sesuatu perolehan itu boleh dibuat secara pembelian terus,
Hal ini kerana mereka mengelak daripada menggunakan kaedah sebut harga atau tender.
Amalan pecah kecil menyebabkan perolehan dibuat secara tidak telus dan harga
perolehan dimanipulasi.

 Penerimaan hadiah oleh penjawat awam


Penjawat awam tidak dibenarkan untuk menerima hadiah daripada mereka yang
mempunyai hubungan rasmi. Ia satu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Penjawat awam sentiasa mengingati tidak menggunakan kedudukan mereka untuk
mendapat sebarang hadiah. Penjawat awam perlu berhati-hati apabila ada pihak tertentu
yang cuba membeli jiwa mereka dengan hadiah walaupun dalam nilai yang kecil.
 Campur tangan legislatif atau wahyu
Integriti pegawai yang terlibat perolehan banyak diuji dimana ada individu tertentu yang
mempunyai kedudukan dan kuasa mengeluarkan arahan-arahan yang jelas bertentangan
dengan prosedur kewangan. Perkara ini menimbulkan perasan serba salah pegawai
terlibat, untuk memilih antara kepentingan jabatan dan mematuhi arahan tersebut.
Kebanyakan arahan dibuat secara lisan. Apabila timbul sebarang masalah, pegawai
perolehan berkenaan yang akan dipertanggungjawabkan.

Filem Rustom ini menunjukkan bahawa dimana Rustom membuat semakan pada kapal yang
dibeli oleh pegawainya untuk kegunaan awam. Rustom mendapati bahawa kapal tersebut
tidak diselenggara dengan baik dan spesifikasi yang tidak lengkap. Kapal tersebut dibeli
dengan harga separuh dimana pegawainya membeli daripada Vikram. Vikram mempunyai
pengaruh dan mengatakan duit adalah segalanya. Pegawai Rustom juga mempunyai hubungan
baik dengan Vikram. Ini menunjukkan pegawainya membeli dengan harga yang murah tanpa
melihat keadaan dan spesifaksi yang ditetapkan untuk membeli kapal tersebut. Rustom diugut
dengan memberi suapan RM 1 juta untuk menutup mulut tetapi malangnya Rustom
memberitahu pegawai, pegawainya ingin menyuruh Vikram untuk menaikkan lagi nilai
suapan kepada RM 2 Juta. Ini menunjukkan ketidakpuasaan hati Rustom. Sifat kesetiaan
Rustom terhadap pekerjaannya sangat tinggi. Rustom juga ingin menjaga nama baik dan tidak
ingin menjatuhkan reputasi organisasinya di mata orang ramai. Rustom memilih untuk
menjatuhkan Vikram sebelum menjadi lebih teruk. Oleh itu, pihak yang mengetahui sebarang
salah laku oleh penjawat awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 12 Disember
2020, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman
menyeru penjawat awam untuk melaporkan sebarang salah laku di kementerian, jabatan atau
agensi mereka dalam usaha membendung ketirisan.
RUJUKAN

Near, J.P. dan Miceli, M.P. (1985) Organizational dissidence: The case ofwhistle-blowing.

Journal of Business Ethics. 4-1, 1-16

You might also like