You are on page 1of 4

Rasuah merupakan satu bentuk penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan

untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada WANG, HADIAH, BONUS, UNDI, PERKHIDMATAN,
JAWATAN, UPAH dan DISKAUN

AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009


Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 (Akta A1567)

PUNCA

Penyebab berlakunya rasuah ialah persepsi masyarakat dengan menilai kejayaan seseorang
berdasarkan pemilikan materialistik telah menjadikan rasuah sebagai duri dalam daging masyarakat.
Situasi ini timbul kerana semua orang menggunakan kebendaan sebagai kayu ukur untuk
menentukan kejayaan hidup individu itu.

Yang kedua adalah kegagalan masyarakat memandang remeh amalan rasuah itu. Kegagalan untuk
melihatkesalahan rasuah sebagai sesuatu yang memalukan disebabkan oleh sikap masyarakat yang
hipokrit dalam menjalani kehidupan harian. Lantaran itu, semua kesalahan rasuah tidak dilihat
sebagai memalukanwalaupun rasuah sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat
kita.

Sikap masyarakat yang kurang prihatin terhadap masalah rasuah yang berlaku di sekeliling mereka
juga menyumbang kepada perlakuan rasuah. mereka akan menganggap bahawa perkara tersebut
sebagai sesuatu yang biasa dalam situasi kehidupan masa kini yang semuanya memerlukan wang.
Sikap kurang ambil berat masyarakat ini akan merugikan negara pada masa akan dating

PUNCA NEGARA.Punca terakhir yang menyebabkan rasuah berlaku dikaitkan dengan


penguatkuasaan undang-undang yanglemah dalam sistem perundangan negara kita turut
menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam negara kita.

gaji pekerja sektor awam di negara ini begitu rendah. Kos sara hidup yang semakin tinggi telah
menjadikan pekerja perkhidmatan awam rambang mata apabila ditawarkan rasuah yang bernilai
ribuan ringgit itu. Sesungguhnya, gaji bulanan yang terlalu rendah telah menjadikan pekerja sector
awam sasaran utama amalan rasuah untuk berlaku dengan mudah
KESAN

elain itu, sekiranya gejala rasuah semakin berleluasa, pentadbiran negara secara keseluruhannya
akan terjejas. Segala dasar atau penguatkuasaan menjadi lemah. Pelaksaanaan undang-undang tidak
dapat dijalankan secara adil dan boleh menumbangkan ekonomi negara secara amnya. Misalnya,
industri pembekalan elektrik negara yang hanya dimonopoli oleh satu entiti separa kerajaan dimana
tiada rasuah terlibat tetapi berlaku kepentingan yang kurang baik. Setiap industri hendaklah dibuka
kepada semua pemain industri agar berlaku daya saing yang kompetitif sekaligus melahirkan
peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi negara. Oleh itu, pembuat polisi negara seharusnya
melihat pelaksaan bebas rasuah bukan sahaja di peringkat bawahan malahan di peringkat pemain
industri dan syarikat-syarikat multinasional agar pentadbiran negara dapat diuruskan dengan adil
dan saksama.

Isi 3 Pada waktu yang sama, rasuah akan menjathkan imej negara di mata dunia. Kemajuan media
massa dalam mendapatkan maklumat mengenai segala perkara atau isu yang berlaku dalam
sesebuah negara mampu menjadi punca kejatuhan ekonomi negara tersebut. Maka, kita hendaklah
sentiasa memastikan tiada kes-kes rasuah agar tidak menjadi bahan berita kepada media
internasional dalam melaporkan berita kepada penonton mereka di seluruh dunia. Sekiranya kita
terpalit dengan isu rasuah, negara akan kehilangan minat daripada pelabur-pelabur asing kerana
mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran kita. Apabila kehilangan pelabur maka ekonomi
negara akan merosot dan lembap. Dengan itu, pihak kerajaan bersama Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memastikan setiap anggota kerja kerajaan menjalankan tigas dengan
penuh amanah dan terhindar daripada terlibat dalam gejala rasuah.

Isi 4 Di samping itu, amalan rasuah yang mengaburi mata hati seseorang ini akan membawa kepada
kualiti satu infrastruktur atau program terjejas. Contohnya, dalam projek pembinaan jalan raya di
mana berlaku rasuah yang melibatkan kontraktor. Mereka hanya mengejar keuntungan dengan
menerima projek daripada kerajaan pada nilai pelaksanaan tertinggi tetapi hakikatnya mereka
membina jalan raya pada kos yang paling minima demi mengaut keuntungan. Perkara seperti ini
yang menyebabkan jalan raya rosak hanya setahun atau kurang daripada tarikh ia dibina dan
menjejaskan pengguna serta berlaku pembaziran diperingkat pihak berkuasa tempatan keran
terpaksa membaik pulih jalan raya. Hal seperti ini hendaklah di elakkan oleh semua pihak kerana
ketulusan dalam pekerjaan kita akan memberi keuntungan bukan pada kita tetapi kepada orang lain
yang memanfaatkannya.
Selaras dengan langkah yang diusahakan di atas, amalan rasuah dapat dibanteras dengan
pelaksanaan undang-undang dan hukuman yang tegas. Umum mengetahui kita mempunyai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penguatkuasa yang memantau dan
bertindak ke atas salah laku yang melibatkan rasuah. Namun, keterbatasan jumlah pegawai dan
sumber untuk mereka menguatkuasakan undang-undang adalah terhad maka kita sebagai orang
awam juga bertanggungjawab menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa. Selain itu, Badan
Kehakiman Negara juga perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah dilaksanakan dengan
pantas dan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk memutar-belitkan kenyataan dan mengubah
salah laku mereka. Jika pelaku rasuah dibicarakan dengan pantas dan dihukum untuk menjalani
hukuman penjara tanpa sebarang prejudis, nescaya ramai yang akan menjauhi amalan buruk ini

Isi 3 Kaedah lain untuk membendung gejala rasuah di negara kita adalah dengan memastikan sektor
awam beroperasi secara jujur, telus dan bertanggungjawab.  Dalam sesebuah organisasi, pengurus
merupakan jawatan yang paling penting untuk menguruskan tugas organisasi tersebut dan menjadi
contoh kepada pekerja yang lain. Begitu juga dengan sektor awam di negara kita di mana jika
pentadbiran negara dilaksanakan dengan baik dan menyingkirkan mereka yang parasit seperti
mengamalkan gejala rasuah, pasti sektor lain akan turut serta. Tamsilnya, kes yang berlaku dalam
kalangan kakitangan kerajaan, menyerahkan projek kepada mereka yang melobi harga yang paling
tinggi dan bukan berdasarkan kemampuan sebuah syarikat tersebut. Hasilnya, projek disiapkan pada
kos yang minima kerana berlaku banyak serahan kerja dan orang awam hanya mendapat
infrastruktur yang ala kadar.

Isi 4 Amalan rasuah juga boleh diatasi dengan menawarkan gaji yang bertepatan dan bermaruah
untuk semua ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana jika kita mempunyai sumber kewangan yang
cukup untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga, keinginan untuk menerima
rasuah pasti dapat dielakkan. Sebagai individu dan keluarga, kita akan berasa gembira kerana
keperluan dan kemahuan kita dipenuhi tanpa perlu melakukan perkara yang terlarang. Sebagai
contoh, anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan masyarakat awam hanya dibayar gaji
yang cukup untuk diri dan keluarga kecil serta menetap di kuarters yang kecil dan uzur. Mereka
mudah untuk disogok oleh pihak lain yang tidak bertangungjawab demi mendapatkan wang lebihan. 
Kesannya, jenayah boleh disembunyikan dan aktiviti terlarang boleh berleluasa.
Tahun ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan tangkapan melibatkan kes
rasuah sebanyak 397 dalam tempoh tiga bulan bermula dari Januari hingga Mac.

You might also like