You are on page 1of 24

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

1.0 PENGENALAN

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan
rakyatnya. Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya
peradaban manusia. Perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi
amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk, seharusnya tidak menjadi
amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Rasuah jika diterima
sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan
negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui
bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun gejala ini belum
begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana
pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis habisan dari awal lagi akan memberi
banyak kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan turut
menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan
program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap
kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Rasuah juga
tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan. Setelah sebati dengannya,
maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula. Rasuah menyebabkan
seseorang menjual prinsip, maruah dan harga diri. Masyarakat yang mengamalkan rasuah
akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis


kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan
perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan.
Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini, rakyat sangat berharap tiada
sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang. Parti politik bukan payung yang
melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang
setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang Sehubungan itu, dalam memerangi

1
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

gejala ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan. Jika kita
sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal.

Menurut Transparency International iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO)


mendefinasikan rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam,
termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah
menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya itu keluarga dan
sahabat handai, dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada
mereka. Gejala rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana
seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak
berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah
atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan
pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan
dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan
memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang
telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan
bersikap pilih kasih dalam tindakannya.

Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada
kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar
belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud al-risywah. Di dalam
al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah
lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Menurut Muhamad Ali, 2008,
menyatakan bahawa, keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk
dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusiann sekalipun. Di negara ini, dari segi
undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian
daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti
berikut:

a. Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau
kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak
alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

b. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan,


dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan
perkhidmatan atas apa-apa sifat;
c. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,
obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian
daripadanya;
d. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus,
potongan atau peratusan;
e. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai
wang atau benda berharga;
f. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan
daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang
dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat
tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan
termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak
atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi;

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi
kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat.
Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan
terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat
Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga
urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang
suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum-
menghukum.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang
terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan
mereka ini.

3
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Pemberi dan penerima rasuah kedua-
duanya akan masuk neraka.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu
memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal)
dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta
orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah Ayat 188)

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam
untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat
perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat kes berbeza-beza: daripada yang
paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan
menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi",
dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang
erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura- pura bertindak jujur pun tidak
ada sama sekali!

Rasuah yang wujud dalam bidang politik, pentadbiran dan birokrasi mungkin
berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar
memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak,
dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari
rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah
dalam erti kata yang lebih luas. Sama ada sesuatu hal atau perilaku dianggap rasuah atau
tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara atau wilayah berkenaan. Contohnya,
pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara atau
wilayah tertentu tetapi dianggap tidak menyalahi undang-undang di tempat-tempat tertentu.

4
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

2.0 PENYATAAN MASALAH

2.1 Indeks Persepsi Rasuah (CPI)

Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan
atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih
dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka
oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa
ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat.

Berdasarkan kepada Jadual 1 yang menunjukkan Indeks Persepsi Rasuh di


Kalangan negara-negara ASEAN. Kita mendapati bahawa, negara yang
mempunyai kedudukan yang paling rendah adalah Myammar dengan
kedudukan 176 dengan jumlah negara yang dikaji 178 pada tahun 2010.
Singapura adalah merupakan negara yang paling tinggi kedudukannya dalam
indeks ini yang mana mendapat mata skala 9.3 dan memduduki negara
pertama di dalam negara ASEAN mahupun daripada 178 negara yang dikaji
pada tahun 2010. Bagi negara Malaysia, jika dilihat daripada indeks ini
mendapati bahawa Malaysia mengalami penurunan daripada mata skala mahu
pun kedudukan di dalam 178 negara-negara yang telah dikaji. Agak
membimbangkan, berdasarkan indek yang dikeluarkan ini Malaysia 2 tahun
berturut-turut telah mengalami penurunan mata sekali dimana pada tahun
2008, Malaysia mendapat Skala mata 5.1 dan pada tahun berikut penurunan
telah berlaku kepada 4.5 pada tahun 2009 dan 4.4 pada tahun 2010. Persoalan
yang timbul disini, apa puncanya terhadap penurunan Indeks Persepsi Rasuah
negara menurun?

2.2 Statistik Tangkapan Oleh SPRM

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan


Rasuah Malaysia (Judual 2). Dari tahun 2005 hingga tahun 2010, mendapati
bahawa terdapat peningkatan yang amat ketara dalam jumlah tangkapan yang
telah dibuat. Peningkatan tangkapan yang dibuat ini secara tidak langsung

5
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

telah menurun Indeks Persepsi Rasuah Negara. Bagi tahun 2005, sebanyak
485 tangkapan telah dibuat dan peningkat secara berterusan sehinggalah pada
pada tahun 2010 sebanyak 944 tangkapan dengan pelbagai kesalahan di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009. Berdasarkan
jadual ini juga mendapati bahawa, semua golongan masyarakat terlibat di
dalam gejala jenayah ini daripada anggota-anggota perkhidmatan awam,
swasta, ahli politik malahan orang awam juga turun terlibat.

2.3 Fakta Kajian Mengenai Rasuah

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang


mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih
cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu,
golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai
memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001
hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500
(18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan


bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan,
iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan
Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)].

Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari
5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan
kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah
paling bersih dari rasuah).

6
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 1

7
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 2:

8
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian ini adalah untuk :

3.1 Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan terjerumusnya sesorang itu di


dalam gejala rasuah.

3.2 Mengenalpasti keadaan yang boleh menjadi pencetus kepada gejala rasuah.

3.3 mengenalpasti kesan-kesan gejala rasuah.

3.4 Mengenalpasti bentuk-bentuk rasuah dan salah laku.

3.5 Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam memerangi gejala


rasuah.

3.6 mengenalpasti langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil bagi


membansmi gelaja rasuah.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Data Sekunder

Menurut Rohaya Yusof, 2004, Data sekunder merupakan data data yang
sudah tersedia sehingga kita tinggal mencari dan mengumpulkan. data
sekunder dapat kita peroleh dengan lebih mudah dan cepat karena sudah
tersedia, misalnya di perpustakaan, perusahaan-perusahaan, organisasi-
organisasi perdagangan, biro pusat statistik, dan kantor-kantor pemerintah.
Data ini juga adalah untuk kegunaan :

4.1.1 Pemahaman Masalah

9
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Data sekunder dapat digunakan sebagai sarana pendukung untuk


memahami masalah yang akan kita teliti.

4.1.2 Penjelasan Masalah

Data sekunder bermanfaat sekali untuk memperjelas masalah dan


menjadi lebih operasional dalam penelitian karena didasarkan pada
data sekunder yang tersedia, kita dapat mengetahui komponen-
komponen situasi lingkungan yang mengelilinginya. Hal ini akan
menjadi lebih mudah bagi peneliti untuk memahami persoalan yang
akan diteliti, khususnya mendapatkan pengertian yang lebih baik
mengenai pengalaman-pengalaman yang mirip dengan persoalan yang
akan diteliti

4.1.3 Mendefinasikan Masalah

Data sekunder disamping memberi manfaat dalam membantu


mendefinisikan dan mengembangkan masalah, data sekunder juga
kadang dapat memunculkan solusi permasalahan yang ada. Tidak
jarang persoalan yang akan kita teliti akan mendapatkan jawabannya
hanya didasarkan pada data sekunder saja.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder yang telah
diperolehi daripada Transparency International, judual 1 dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Jadual 2.

4.2 Kajian lepas

Pengkaji juga mengambil maklumat-maklumat penting daripada kajian-kajian


lepas yang berkaitan bagi menyokong isu dan hujah yang dibincangkan.

10
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.0 ANALISIS KAJIAN

5.1 Punca-punca berlakunya gejala rasuah

Berdasarkan laporan daripada Berita Harian yang bertarikh 18 Mac 2011 yang
mendedahkan bahawa, hampir 74 peratus kakitangan awam yang cenderung
menerima suapan berpunca daripada terlalu banyak beban hutang dan gagal
mengawal perasaan kerana mempunyai lebih ruang serta peluang
melakukannya. Laporan itu juga menyatakan amalan rasuah berleluasa di
kalangan penjawat awam kerana ramai masih keliru dengan skop perbuatan
yang dianggap rasuah atau sebaliknya. Punca-punca lain yang mempengaruhi
individu terlibat di dalam gejala rasuah adalah seperti :

5.1.1 Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.

Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang,
tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk
dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David
Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada
siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak,
ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi
mereka yang lemah keperibadiannya.

5.1.2 Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada


pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan
khususnya rasuah

5.1.3 Sosial dan budaya.

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam


bentuk wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari
perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik

11
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan


rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari

5.1.4 Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan


pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek
pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga
akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk
mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan
para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan
berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan.
Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,
mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau
lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

5.1.5 Politik.

Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada


masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa,
memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih
populariti dan sebagainya.

5.2 Keadaan-keadaan yang boleh menjadi pencetus kepada gejala rasuah.

5.2.1 Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat


dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan
rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap
tidak demokratik.
5.2.2 Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
5.2.3 Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had
yang dibenarkan undang-undang
5.2.4 Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang
besar.

12
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.2.5 Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".


5.2.6 Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk
melaksanakannya.
5.2.7 Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.
5.2.8 Kebebasan bersuara dan kebebasan media disekat
5.2.9 Gaji kakitangan awam kecil
5.2.10 Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya
kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan
yang berlaku.
5.2.11 Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar
dikesan dan dibanteras.

5.3 Kesan-kesan gejala rasuah

Menurut Moh. Samsudin, 2008 yang menyatakan bahawa, banyak kajian yang
dijalankan dan terbukti bahawa kesan dan kos yang terpaksa ditanggung
akibat jenayah rasuah, antaranya adalah :

5.3.1 Peningkatan harga

Kajian mendapati bahawa rasuah menyebabkan peningkatan barang


dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan telah dijelaskan oleh Dieter
Frisch, bekas Director-General Of Development at the European Commision
di mana beliau menyatakan bahawa, Corruption raises the cost of goods and
services; it increases the debt of the country (and carries with it recurring
debt-servicing cost in the future; it leads to lowing of standards, as sub-
standards goods are provided and inappropriate or unnecessary technology is
acquired; and its result in project choices being made rewarding for the
perperator of corruption. Than on manpower, which would be more useful for
development.

5.3.2 Pengaliran Keluar Modal

Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir


pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini banyak wang

13
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

mengalir keluar. P.E. Pederson dalam kenyataannya artikelnya bertajuk The


Search for The Smoking Gun. (Euromoney, 1996) menyatakan bahawa
sehingga USD30 billion bantuan yang diberikan kepada Afrika berakhir dalam
akaun-akaun individu tertentu di Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali
ganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Ghana,
Kenya dan Uganda disatukan.

5.3.3 Ketidakadilan Sosial

Rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial berlaku.


Penindasan terhadap golongan miskin terus berlaku kerana golongan ini
ternyata lebih tertindas kerana tidak mampu membayar rasuah dan dinafikan
hak-hak mereka sebagai warganegara.

5.3.4 Mengugat pertumbuhan ekonomi

Kita sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah
negara maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus
melebih satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan Wawasan
2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentun tersebut maka kita perlu
mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung
kepada semua aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan
asing yang banyak. Bagaimana jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai
sebuah negara yang dilingkari dengan kegiatan rasuah, maka mereka akan tidak
begitu berminat untuk melabur di sini.

5.3.5 Imej Negara terjejas

14
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Ini jelas menunjukkan kesan rasuah bukan sahaja kepada pengamal tetapi
kepada keseluruhan masyarakat dan negara. Negara akan dipandang serong
sekiranya rasuah tidak dibendung.

Antara kesan rasuah adalah kepada individu, masyarakat, organisasi,


pemimpin, kerajaan, negara dan kesan ini bukan setakat peringkat tempatan tetapi
sehingga peringkat global. Kedudukan tahap indeks rasuah negara seperti yang
dilaporkan oleh Transparency International dan akan menjejaskan kemasukan
pelaburan asing ke negara.

5.4 Bentuk-bentuk rasuah dan salah laku.

Akta SPRM 2009 adalah akta yang memperuntukkan undang-undang berkaitan


rasuah dan agensi yang diberi kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab
membanteras rasuah di Malaysia. Seksyen 3 (a) hingga (g) Akta SPRM 2009
mendefinisikan suapan bagi membawa maksud rasuah, ia termasuk wang, derma,
pinjaman, hadiah, pangkat, jawatan, perkhidmatan sex dan bonus. Di bawah akta
ini juga menyatakan bahawa kesalahan jenayah rasuah terbahagi ke 4 iaitu :

5.4.1 Meminta atau Menerima Rasuah


Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta atau menerima atau
bersetuju menerima suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk melakukan
atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan
dengan urusan rasmi principal atau majikan berkenaan.

5.4.2 Menawar atau Memberi Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah menawar/memberi/bersetuju


memberi suapan rasuah sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak
melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan
urusan rasmi prinsipal/majikan berkenaan.

5.4.3 Membuat Tuntutan Palsu

15
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada


prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya
mengandungi butir palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai
kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru atau memperdayakan
prinsipal/majikannya.

5.4.4 Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan


untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan
berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara
maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

5.5 Kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam memerangi gejala rasuah.

Pelbagai sasaran ditetapkan untuk memastikan CPI ini berada di skor yang
lebih baik. Antaranya, Pelan Integriti Nasional yang menetapkan sasaran
menaikkan skor ke tahap 6.5. Manakala NKRA yang menetapkan sasaran
untuk memperbaiki CPI 2010 ke tahap 4.9. Kesemua sasaran ini tersasar dan
tidak mencapai objektif yang dihasratkan. Kenapa dan di manakah silapnya?
Persoalan inilah telah dijawab oleh Khor Chai Lee, 2009 yang
membentangkan kertas kerja Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun yang
pertama SPRM bertajuk Kejatuhan Indeks Persepsi Rasuah Negara: Dimana
silapnya yang menyatakan hasil daripada pemerhatian dan padangan beliau
mendapati bahawa antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti di dalam
usaha meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah Negara dan membasmi gejala
rasuah adalah :-

5.5.1 Usaha untuk menaikkan skor CPI ini hanya diletakkan di


tanggungjawab entiti tertentu sahaja seperti SPRM, Institut Integriti
Malaysia (IIM) dan NKRA;

16
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.5.2 Untuk mencapai sasaran skor CPI yang ditetapkan, IIM dan NKRA
dilihat tidak fokus kepada usaha mengenal pasti, menganalisis dan
mendekati 9 bentuk kajian yang digunakan oleh CPI (sebagaimana
dalam lampiran 1) untuk dijadikan asas bagi membentuk strategi dan
pendekatan meningkatkan persepsi dan imej negara;

5.5.3 Strategi dan pendekatan yang diguna pakai IIM dan NKRA wajar
dikaji semula;

5.5.4 Kumpulan sasaran iaitu golongan peniaga dan pelabur domestik dan
antarabangsa yang merupakan sampel kajian tidak pernah didekati dan
dijelaskan berhubung inisiatif dan pembaharuan yang dilaksanakan
Kerajaan;

5.5.5 Lain-lain agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaburan dalam dan
luar negara yang berurusan dengan peniaga dan pelabur tidak
memainkan peranan mereka dan menganggap kempen meningkatkan
integriti dan memerangi rasuah tidak penting dan bukan tanggung
jawab mereka;

5.5.6 Keseriusan Kerajaan dalam memerangi rasuah dengan


memperkenalkan pelbagai inisiatif sebenarnya tidak disambut secara
bersungguh-sungguh oleh sebahagian besar agensi Kerajaan. Dalam
erti kata lain, ketua-ketua jabatan masih dilihat tidak serius menangani
masalah rasuah dan rasuah masih kerap dilaporkan dalam agensi-
agensi tertentu;

5.5.7 Terlalu banyak publisiti berhubung kes-kes rasuah di media massa


menyebabkan wujud persepsi bahawa rasuah amat berleluasa di negara
ini;

5.5.8 Perlakuan segelintir ahli-ahli politik yang suka memburuk-burukkan


Malaysia di negara luar turut mempengaruhi tahap persepsi ini;

17
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.5.9 Perlakuan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ketika


membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa mengkritik
dan memburuk-buruk Kerajaan;

5.5.10 Beberapa dasar khususnya yang melibatkan pelaburan perlu dikaji


semula iaitu berkaitan peranan konsultan atau pengaruh middleman
dalam melobi projek atau peluang-peluang pelaburan di negara ini.

5.5.11 Ketidakstabilan politik juga dilihat sebagai elemen yang menggugat


kedudukan CPI kerana semua isu berkaitan rasuah dijadikan alat
politik untuk menabur fitnah dan menanamkan rasa benci rakyat
terhadap pemerintah.

6.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Bagi memastikan masyarakat negara ini bebaskan daripada gejala rasuah dengan ini
dicadangkan bahawa langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha memerangi gejala ini
adalah seperti berikut:-

6.1 Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh
untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada
rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat
diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada
sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

6.2 Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan
dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan

18
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem


pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

6.3 Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar


masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan
dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir
banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal
diterima.

6.4 Memudahkan urusan menggunakan ICT

Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan
dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses
temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang
ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus
dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk
mempercepatkan proses.

7.0 KESIMPULAN

Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantut perkembangan ekonomi dan


merencatkan perjalanannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja
kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara tersebut. Secara
keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan.
Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, SPRM memerlukan kaki tangan yang
lebih ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa
sekarang sahaja seorang pegawai SPRM terpaksa mengendalikan 13 kes dalam tempoh
setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihak SPRM. Manakala hal

19
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai hanya perlu
mengendalikan sekitar empat kes setahun (Berita Harian, 01 September 2009).

Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuah mestilah dilakukan
dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan harus
dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk mengatasi dan
membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik
mahupun sosial hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak SPRM sahaja (PIN, 2007).
Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti
dirangka dan diambil tindakan segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diri pegawai-
pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang dianjurkan
bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk luaran sahaja bahkan
juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama

Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa


kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan
kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi
dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi
faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja
keimanan sahaja tidak cukup untuk menghalang seseorang daripada menjauhkan diri
daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak
dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para cerdik
pandai, para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai SPRM dan pihak berwajib
dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa harus diadakan
segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

20
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

8.0 RUJUKAN

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009

Berita Harian bertarikh 01 September 2009

Berita Harian bertarikh 13 Mac 2011

Kerajaan Malaysia, 2007. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia

Khoo Chai Lee, 2009. Kejatuhan CPI Di mana silapnya?. Kuala Lumpur: Kertas kerja
yang dibentangkan pada Sambutan Ulangtahun SPRM yang Pertama.

Moh. Samsudin Bin Yusof, 2008. Integriti dalam Pendidikan: Ancaman Rasuah dan
Cabaran Menanganinya. Perak: Kertas Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun
Penubuhan SPRM yang Pertama.

Muhamad Ali Embi, 2008. Cabaran Dunia Pekerjaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Rohaya Yusof, 2004. Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Website SPRM : http://www.sprm.gov.my

Website IT: http://www.transparency.org

21
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

9.0 LAMPIRAN

9.1 Lampiran 1

Sumber-Sumber Kajian Yang Digunakan Corruption Perception Index 2010

Bil. Sumber Kajian

1. Bertelsmann Transformation Index 2009

2. Country Risk Service 2010

3. Global Risk Service 2010

4. Asian Intelligence by Political and Economic Risk Consultancy 2009

5. Asian Intelligence by Political and Economic Risk Consultancy 2010

6. World Global Competitiveness Report 2009

7. World Global Competitiveness Report 2010

8. Global Competitiveness Report 2009

9. Global Competitiveness Report 2010

9.2 Lampiran 2

22
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

9.3 Lampiran 3

9.4 Lampiran 4

23
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

24

You might also like