You are on page 1of 24

LAPORAN ANALISIS

MEDIA HARIAN
5 Julai 2023 (Rabu)
Kategori Lain-lain

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 1: IMIGRESEN TAK LINDUNGI PEGAWAI, SERAH SIASATAN


SEPENUHNYA KEPADA SPRM

1. Petaling Jaya: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Rujukan:


menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
melakukan siasatan berhubung dakwaan
anggotanya terlibat dalam aktiviti rasuah di
m/s 13
Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah JIM berkata,
pihaknya sentiasa berhubung, berbincang dan m/s 8
berkongsi maklumat dengan SPRM bagi membantu
proses siasatan supaya dapat dijalankan dengan
lebih telus tanpa gangguan pihak luar. m/s 13
3. Kata beliau, JIM tidak melindungi mana-mana
pegawainya yang terlibat dengan kegiatan tersebut
[Pautan]
tetapi sebaliknya turut mengambil tindakan.
4. Beliau menjelaskan, dalam konteks ini, JIM dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan m/s 12
berkompromi dengan mana-mana pegawai yang
didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada
yang berlaku di KLIA atau mana-mana pejabat JIM
di seluruh negara. Ujar beliau, jika terdapat pegawai [1]
JIM yang didapati bersalah, JIM tidak akan
melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil
tindakan di peringkat jabatan berdasarkan [1]
peruntukan undang-undang sedia ada.
5. Sementara itu, beliau berkata, JIM kekal komited
dalam menambah baik prosedur operasi standard
(SOP) untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik. 2
Kategori Lain-lain

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 2: JPN TAMBAH BAIK PROSEDUR, KOMITED TANGANI


RASUAH
1. Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Rujukan:
komited menangani rasuah dalam jabatannya
dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur
pengeluaran dokumen pengenalan diri.
2. Tuan Zamri Misman, Ketua Pengarah JPN berkata, [Pautan]
selain itu pihaknya turut mengadakan pelbagai
program pengukuhan integriti bagi memastikan
tiada sebarang tindakan penyelewengan atau salah
m/s 10
guna kuasa oleh kakitangannya.
3. Menurut beliau, JPN mengambil serius terhadap
laporan akhbar berkaitan isu JPN yang disiasat
m/s 13
berkaitan amalan rasuah dan salah guna kuasa.
4. Beliau berkata, adalah menjadi prinsip JPN yang
[Pautan]
sama sekali tidak akan berkompromi terhadap
sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa
membabitkan kakitangan di jabatan ini.
5. Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai [1]
supaya tidak mempercayai sebarang tawaran
perkhidmatan membabitkan orang tengah untuk
berurusan dengan JPN. [1]

6. Kelmarin, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana


Menteri Malaysia berkata, dua agensi di bawah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang disiasat
dengan dakwaan amalan rasuah dan salah guna
kuasa dalam kalangan pegawainya.
7. Beliau berkata, dua agensi itu ialah Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan 3

Pendaftaran Negara (JPN).


Kategori Lain-lain

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 3: SIASATAN KE ATAS JIM, JPN UNTUK BANTERAS


'KACANG HANTU’ - ZAHID HAMIDI

1. Putrajaya: Siasatan yang sedang dilakukan pihak Rujukan:


berkuasa terhadap Jabatan Imigresen Malaysia
(JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
adalah perlu bagi mengenalpasti 'kacang hantu'
dalam dua agensi itu yang berkait rasuah dan salah m/s 2
guna kuasa.
2. YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah tidak m/s 8
adil untuk membuat tuduhan secara rambang atau
mengaitkan seluruh jabatan melakukan amalan
rasuah, walaupun pihaknya mengakui kewujudan m/s 13
'kacang hantu' itu yang perlu dibanteras.
3. Ujar beliau, tidak wajar untuk melakukan tuduhan
secara rambang. Jelas beliau, perkara yang lebih m/s 6
penting adalah keberkesanan terhadap langkah
dilakukan kepada dua jabatan itu.
m/s 4
4. Beliau berkata, ‘kacang hantu’ ini sememangnya
wujud dan sentiasa wujud malah disebabkan
m/s 5
‘kacang hantu’ ini, atau kerana nila setitik, ia
merosakkan susu sebelanga.
5. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan [1]
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
bahawa JIM dan JPN sedang disiasat pihak
berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna
kuasa. [1][2] [1]

[1] 4
Kategori Lain-lain

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 4: POLIS SELESAI AMBIL KETERANGAN 22 SAKSI INSIDEN


KECOH DI KLIA

1. Kuala Lumpur: Polis selesai mengambil keterangan Rujukan:


22 saksi berhubung kejadian kekecohan
membabitkan Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-
m/s 3
baru ini.
2. Datuk Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor
berkata, mereka terdiri daripada 12 pegawai m/s 8
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), empat pegawai
polis bantuan, empat pengadu dan dua pekerja
sebuah syarikat pelancongan.
m/s 13
3. Ujar beliau, kertas inkuiri ini akan dirujuk kepada
Jabatan Peguam Negara untuk tindakan
selanjutnya. m/s 12
4. Menurut beliau, pihaknya menerima empat laporan
polis yang dibuat orang awam berhubung kejadian
itu. [1][2]

5. Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan


kekecohan di KLIA membabitkan orang kenamaan
[1]
yang dikatakan cuba 'menyelamatkan' seorang
wanita warga China yang dinafikan kemasukannya
ke negara ini sejurus tiba di KLIA. Kejadian itu turut
tular di media sosial.
[1] [1]

[1] 5
Kategori Lain-lain

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 5: META, SKMM,PDRM BENDUNG JENAYAH DALAM TALIAN

1. Shah Alam: Kementerian Komunikasi dan Digital Rujukan:


(KKD) bekerjasama dengan META, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi
membendung jenayah dalam talian. [Pautan]

2. Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital


berkata, tindakan itu susulan peningkatan kes
penipuan, antaranya judi dalam talian dan isu
[Pautan]
penghinaan terhadap agama, kaum serta institusi
diraja (3R).
3. Beliau berkata, kerugian yang ditanggung rakyat
[1]
Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2023
menerusi platform META (Facebook, Instagram dan
WhatsApp) mencecah hampir RM330 juta.
4. Menerusi ciapan di Twitter pada Selasa lalu, beliau
menjelaskan bahawa jumlah tersebut meningkat 25
peratus berbanding Januari hingga Disember 2022.
5. Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama
Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara dan
pengurusan tertinggi PDRM serta Teo Nie Ching,
Timbalan Menteri KKD.
6. Menurut beliau, hasil pertemuan itu, pihak META,
SKMM dan PDRM menyatakan komitmen dalam
membantu kerajaan menangani isu jenayah dalam
talian yang semakin meningkat. Ujar beliau,
tindakan proaktif dengan semua pihak mampu
menjaga keselamatan pengguna siber di negara ini. 6
Kategori Penguatkuasaan

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 6: 185 SINDIKET DADAH TUMPAS DALAM TEMPOH ENAM


BULAN TAHUN INI
1. Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Rujukan:
(JSJN) menumpaskan 185 sindiket termasuk
membongkar enam makmal dadah dalam tempoh
enam bulan tahun ini.
m/s 6
2. Sindiket yang ditumpaskan itu membabitkan 572
tangkapan dengan enam ahli kimia turut ditahan
dalam operasi bermula Januari hingga Jun.
m/s 15
3. Sepanjang tempoh itu, JSJN juga berjaya
menangkap seramai 92,257 individu mengikut
pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub dalam
Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952
dan Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.
4. Daripada jumlah itu, 298 individu ditahan mengikut
Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-
Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
5. JSJN turut berjaya merampas 10,016 kilogram
pelbagai jenis dadah dan 1,604 liter pelbagai jenis
cecair dadah.
6. Menurut kenyataan JSJN itu juga, pihaknya berjaya
merampas sebanyak 41,431 kilogram daun ketum,
27,213 liter air ketum dan 20 batang pokok ganja
yang membawa nilai rampasan adalah sebanyak
RM286 juta.
7. Selain itu, seramai 4,024 penagih dadah tegar yang
mempunyai rekod kesalahan dadah berulang
mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya
1952 dituduh mengikut Seksyen 39C Akta Dadah 7

Berbahaya 1952.
Kategori Lain-lain

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 7: SEGERAKAN PENGGUNAAN KAMERA BADAN - CUEPACS

1. Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Rujukan:


Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan
segera menguatkuasakan penggunaan kamera
badan bagi petugas di pintu masuk negara berikutan
kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang
[Pautan]
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan
anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
2. Datuk Adnan Mat, Presiden CUEPACS berkata, [Pautan]
penggunaan kamera badan itu penting untuk
meningkatkan integriti pasukan petugas termasuk
meningkatkan pelbagai penugasan dan keselamatan
petugas sendiri.
3. Menurut beliau, selain itu, jika ada sebarang
tohmahan mengenai pecah amanah atau salah laku
seperti kes-kes yang tular sebelum ini, pihak
berkuasa dapat lihat daripada klip rakaman kamera
badan berkenaan untuk mempermudahkan siasatan.
4. Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menolak
keras campur tangan pihak luar dalam urusan
keselamatan negara yang digalas oleh JIM atau
mana-mana agensi kerajaan.
5. Jelas beliau, campur tangan pihak luar ini boleh
mendedahkan negara kepada risiko keselamatan.
6. Malah, CUEPACS juga memandang serius tuduhan
berat yang dilemparkan kepada JIM berkaitan
rasuah yang didakwa wujud dalam kalangan
petugasnya di pintu masuk negara. 8
Kategori Lain-lain

Sentimen Neutral

TAJUK BERITA 8: SPRM BURU EJEN MINTA RASUAH RM18,000

1. Kuala Lumpur: Terdapat ejen yang meminta Rujukan:


sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan
kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi
syarat kemasukan ketika tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
m/s 1,3
2. Penemuan itu dikesan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan awal
berhubung insiden di balai ketibaan KLIA m/s 1,8
membabitkan Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya dan beberapa
pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
m/s 6
3. Sumber SPRM berkata, ketika ini, SPRM juga
sudah mengenal pasti seorang individu yang
disyaki menjadi orang tengah dalam urusan m/s 4
'menyelesaikan' kes membabitkan seorang
pelancong asing.
4. Suspek yang dikesan dikatakan tidak memenuhi m/s 13
syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana yang
ditetapkan oleh JIM.
m/s 12
5. SPRM juga giat mengesan individu yang
merupakan ejen yang dikatakan telah meminta
wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi
[1]
menyelesaikan kes terbabit.
6. Sementara itu, Tan Sri Azam Baki, Ketua
Pesuruhjaya SPRM ketika dihubungi pihak media
mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 16
(a) Akta SPRM 2009. 9
Kategori Lain-lain

Sentimen Neutral

TAJUK BERITA 9: SME MALAYSIA MENERIMA ADUAN DARIPADA SYARIKAT


ASING TERHADAP JIM
1. Kuala Lumpur: SME Association of Malaysia (SME
Rujukan:
Malaysia) menerima pelbagai aduan yang dibuat
oleh syarikat asing terhadap Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa m/s 5
Kuala Lumpur (KLIA).
2. Ding Hong Sing, Presiden SME Malaysia berkata,
ramai pelabur dan usahawan di luar negara
mendakwa pihak JIM menahan mereka dan pekerja
mereka secara sewenang-wenangnya.
3. Tambahnya, telefon pintar mereka dirampas dan
mereka diminta menghubungi majikan untuk
membayar ‘orang tengah’ jika mahu dibebaskan.
4. Selain itu, ada juga kes di mana pekerja ditahan
selama beberapa hari walaupun tiket pulang ke
negara asal sudah dibeli.
5. Katanya, ini menyebabkan syarikat asing yang
mempunyai pekerja sentiasa berulang-alik antara
Malaysia dan negara asal untuk mencari ejen dan
membayar ‘kemudahan’ tersebut.
6. Dalam pada itu, Hong Sing turut memuji tindakan
Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan,
Seni dan Budaya yang mendedahkan kes rasuah
oleh pegawai imigresen di KLIA.
7. Menurutnya, SME Malaysia percaya tingkah laku
segelintir pegawai Imigresen bukan sahaja
merosakkan imej negara malah akan menjadikan
Malaysia dilihat kurang menarik dan kurang 10

berdaya saing berbanding dengan negara jiran.


Kategori Lain-lain

Sentimen Positif

TAJUK BERITA 10: POLIS BURU LELAKI LEPASKAN TEMBAKAN KE ARAH


RUMAH

1. Bagan Serai: Polis sedang mengesan seorang Rujukan:


lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di
hadapan sebuah rumah di Kuala Gula pada Selasa.
2. Kejadian sekitar jam 3 pagi itu disedari oleh pemilik m/s 28
rumah yang tinggal bersama isteri dan empat
anaknya sebelum melaporkan kepada polis.
m/s 9
3. Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua Polis
Perak berkata, mangsa berusia 56 tahun
memaklumkan terdengar bunyi letupan di luar
rumahnya dan polis bergegas ke lokasi kejadian m/s 1,3
bagi menjalankan siasatan.
4. Menurut beliau, penghuni rumah terbabit [1]
bagaimanapun tidak mengalami sebarang
kecederaan dalam kejadian itu.
[1]
5. Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan tembakan
pada kereta, motosikal dan pintu rumah mangsa.
6. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek
menaiki sebuah motosikal telah melepaskan
beberapa das tembakan ke arah rumah mangsa.
7. Jelas beliau, pihak polis sedang mengenal pasti
motif kejadian dan usaha menjejaki suspek giat
dijalankan.
8. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata
Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

11
KERATAN AKHBAR

Berita Harian m/s 13

Harian Metro m/s 8

The Star m/s 12

Utusan Malaysia [Pautan]

Sinar Harian m/s 13


12
KERATAN AKHBAR

Utusan Malaysia [Pautan]

Berita Harian [Pautan] Harian Metro m/s 10

13
Sinar Harian m/s 13
Sinar Harian m/s 13
KERATAN AKHBAR

Harian Metro m/s 8

New Straits Times m/s 5

Berita Harian m/s 2

The Star m/s 6

The Sun m/s 4


14

Sinar Harian m/s 13


KERATAN AKHBAR

Harian Metro m/s 8

Berita Harian [Pautan]

Berita Harian m/s 3

The Star m/s 12

Sinar Harian [Pautan]

15
KERATAN AKHBAR

Harian Metro m/s 6

Sinar Harian m/s 15

Utusan Malaysia [Pautan]

Berita Harian [Pautan]

16
Harian Metro m/s 1 Harian Metro m/s 8
KERATAN AKHBAR

Berita Harian m/s 1

Berita Harian m/s 3

Sinar Harian m/s 13

The Sun m/s 4

Kosmo m/s 12

New Straits Times m/s 1

17
New Straits Times m/s 5
KERATAN AKHBAR

The Star m/s 6

The Star m/s 1

Sinar Harian m/s 28

The Star m/s 3

Harian Metro m/s 9

New Straits Times m/s 5


18
TANGKAPAN LAYAR

TV3: Imigresen Tak Lindungi Pegawai, Serah Siasatan Sepenuhnya Kepada SPRM

BERNAMA: JPN Tambah Baik Prosedur, Komited Tangani Rasuah

19
TANGKAPAN LAYAR

TV2: Siasatan Ke Atas JIM, JPN Untuk Banteras 'Kacang Hantu’ - Zahid Hamidi

8TV: Polis Selesai Ambil Keterangan 22 Saksi Insiden Kecoh Di KLIA

20
TANGKAPAN LAYAR

AWANI: META, SKMM,PDRM Bendung Jenayah Dalam Talian

TV3: SPRM Buru Ejen Minta Rasuah RM18,000

21
TANGKAPAN LAYAR

TV1: Polis Buru Lelaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah

22
MUKA HADAPAN AKHBAR

HARIAN METRO BERITA/SINAR HARIAN

THE STAR NST

23
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

You might also like