You are on page 1of 2

ULASAN

Artikel ini adalah tentang kes-kes jenayah di negara Jakarta yang semakin hari semakin meningkat jumlahnya. Ada kajian yang telah disiar dalam akhbar mengatakan bahawa bermula dari bulan 1 sehingga bulan 9 , pihak berkuasa telah mencatat sebanyak 5,211 kes kecurian di bandar raya Jakarta iaitu 19 kes sehari.Bukan saja kes kecurian, kes pembunuhan dalam tempoh yang sama yang menyaksikan sebanyak 53 kes dilaporkan kepada polis. Punca meningkat kes jenayah ialah desakan hidup seseorang itu yang memerlukan wang. Oleh itu,mereka mereka memilih jalan pintas untuk memperolehi wang seperti merompak. Kes jenayah juga semakin bertambah disebabkan sifat dalaman seseorang itu untuk mendapat sesuatu yang baru. Kes-kes seperti ini sangat membimbangkan penduduk di sana,dan beberapa langkah telah dilakukan untuk mengurangkan kes jenayah berlaku seperti mereka boleh menubuhkan satu persatuan atau kumpulan yang untuk menjaga keamanan di tempat tersebut. Selain itu,hukuman yang berat patut dilakukan kepada orang yang terlibat dalam kes jenayah. Gejala ini akan mempunyai kesan-kesannya, seperti masyarakat akan hidup dalam keadaan yang tidak aman terutama masyarakat atau penduduk di Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi kerana sebanyak 60 peratus daripada kes kematian berlaku di tempat tersebut. Kerajaan Jakarta mestilah menyelesaikan masalah jenayah kerana negara yang tidak aman akan mendatangkan pelbagai kerugian dalam segi ekonomi atau juga keyakinan terhadap negara tersebut.

ULASAN
Artikel ini adalah tentang kes rasuah yang telah menjadi perkara yang biasa di negara kita,iaitu Malaysia. Seorang polis , Lans Koperal Muhammad Raffi Sarin telah dikenakan hukuman penjara 30 bulan dan denda RM25,000 atau penjara tujuh bulan terhadap seorang anggota polis kerana dia didapati bersalah menerima rasuah pada 2007.Beliau menerima rasuah berjumlah RM4,900 daripada Hang Chiek Siong. Hang Chiek Siong memberi rasuah kepada polis tersebut kerana dia ditangkap kerana mempunyai pil Ecstacy. Dia memberi rasuah kerana dia tahu bahawa sekiranya dia ditangkap ke balai polis, denda yang akan dikenakan dia tidak mampu untuk membayar.Oleh itu dia barulah memberi rasuah.

Orang yang menerima rasuah biasanya adalah kerana mereka kesempitan wang atau gaji yang rendah dan tidak mampu menanggung perbelanjaan seharian. Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang adil terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini ialah menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti Amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan iaitu Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat.selain itu kehidupan masyarakat dan sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi.

You might also like