You are on page 1of 19

PENGENALAN

Pada masa kini terdapat pelbagai kes jenayah yang melibatkan


pelbagai golongan. Pada masa kini golongan profesional juga tidak lari
dari melakukan jenayah. Masyarakat pada masa kini berlumba-lumba
untuk

memajukan

kehidupan

dan

keluarga

sehinggakan

sanggup

melakukan pelbagai aktiviti yang menyalahi hukum dan undang-undang


negara.

Kerjaya

yang

diceburi

masih

tidak

dapat

menampung

perbelanjaan pada masa kini kerana kehendak melebihi pendapatan oleh


itu mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun perkara tersebut
menyalahi undang-undang dan memberikan kesan yang buruk kepada
semua pihak termasuklah golongan bawahan.
Jenayah yang semakin berleluasa pada masa kini ialah jenayah kolar
putih atau jenayah ekonomi. Jenayah koler putih ini boleh mengambil
bentuk yang berbeza, termasuklah jenayah rasuah, jenayah siber,
penyelewengan aset, cek dan penipuan kad kredit, kecurian identiti,
penipuan insurans, pengubahan wang haram dan pemalsuan. Jenayah ini
dilakukan

oleh

golongan

profesional

tanpa

kekerasan

sehingga

kadangkala tidak dilihat sebagai suatu jenayah kerana ia dilakukan


dengan sangat licik, teliti dan kreatif. Kebijaksanaan golongan yang
terlibat ini telah disalah guna dengan mengaburkan kegiatan mereka.
Contohnya, seorang akauntan boleh mengubah angka dalam laporan
kewangan, syarikat gergasi menggunakan kuasa monopoli mereka untuk
mengaut keuntungan melalui rasuah ketika memohon tender projek,

malah ahli politik menyalah guna kuasa yang ada untuk mengambil
kesempatan kepada pihak yang lemah. Sekiranya masalah ini tidak
dibendung Negara akan menghadapi pelbagai masalah termasuklah
masalah ekonomi, pemberontakan oleh golongan bawahan, rusuhan, dan
Negara akan terus mundur. Manakala golongan bawahan akan terus susah
dan miskin manakala golongan atasan akan terus maju dan kaya.

CONTOH-CONTOH JENAYAH KOLAR PUTIH


Kes penyelewengan yang sering disebutkan adalah kes penipuan.
Contohnya kes Menteri Besar Selangor iaitu kes yang bertarikh pada 23
Disember 2011 -- Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo
telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh
Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya
dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak
mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 Shah Alam
daripada

Ditamas

pengarahnya,

Sdn

Bhd

Shamsuddin

(Ditamas)

Hayroni.

lima

Hartanah

tahun

lalu

berkenaan

melalui
diperoleh

dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23


Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan
dalam keadaan Khir Toyo mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai
hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada
ketika itu. (sumber: Berita Kampus).
Terdapat banyak lagi kes yang melibatkan jenayah kolar putih atau
jenayah penyelewengan ini. Antara kes yang sering berlaku adalah
berkenaan ketidak jujuran dalam penggunaan bahan untuk pembinaan

bangunan. Terdapat satu kes di negara China iaitu di wilayah Sinchuan,


lebih kurang 7,000 bilik darjah runtuh terutama di sekolah luar bandar
kesan dari gempa bumi yang melanda. Bencana alam berkenaan turut
mengakibatkan kira-kira 70,000 kematian selain 18,000 mangsa yang
masih hilang. Kematian yang dilaporkan termasuklah hampir 5,000 pelajar
yang dipercayai tidak dilaporkan sepenuhnya, dan dipercayai oleh
sesetengah ibu bapa bahawa jumlah sebenar adalah dua kali ganda.
15,000

pelajar

telah

mengalami

kecederaan.

Berikutan

kejadian

berkenaan, terdapat bantahan dikeluarkan oleh ibu bapa yang turut


menjadi isu utama liputan ketika itu. Hal ini kerana, didapati banyak
bangunan yang baru dibina runtuh sedangkan sekolah berusia masih
kukuh walau dilanda gempa bumi berkenaan. Didakwa telah berlaku
penyelewengan oleh pihak kerajaan dan syarikat-syarikat pembinaan
yang didapati menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti, murah,
selain berlaku kecuaian dan pengabaian piawaian kejuruteraan awam.
Namun, pihak kerajaan cuba menutup kes dengan memberi pampasan
kepada

ibu

bapa

mangsa.

Walaupun

kerajaan

negara

berkenaan

bersumpah akan membuat siasatan lanjut, namun masih belum ada satu
pihak pun yang dipertanggungjawabkan sehingga kini. (sumber : Berita
Kampus)
Melalui contoh-contoh yang telah diberikan menunjukkan bahawa
betapa bahayanya jenayah kolar putih ini. Menurut kamus dewan edisi ke
empat jenayah kolar putih ni melibatkan sesuatu pekerjaan yang
tergolong dalam bidang pengurusan atau bidang profesional yang lebih
memerlukan daya berfikir dan

bukannya kekuatan tenaga. Melalui

maksud dari kamus dewan ini menunjukkan bahawa jenayah ini dilakukan
oleh mereka yang bijak, yang hanya memikirkan bagaimana untuk
memanipulasikan ekonomi. Melalui penyelewengan ini mereka menambah
pendapatan

dan

mengaut

keuntungan

untuk

diri

mereka

sendiri.

Golongan ini yang akan terus mengambil kesempatan atas kelebihan yang
mereka miliki. Pelbagai cara akan digunakan untuk memanipulasi
kewangan

sehinggakan

memberikan

mereka

keuntungan.

Namun

keuntungan yang diperoleh memberikan kesan yang negatif kepada


golongan

bawahan.

Contohnya

seperti

pembinaan

bangunan

yang

menggunakan bahan yang tidak berkualiti, tahap ketahanan bangunan


tersebut tidak mencapai tahap masa yang telah ditetapkan. Sekiranya
berlaku bencana alam, bangunan tersebut roboh dan meragut nyawa
penduduk setempat dan orang awam.
Terdapat banyak lagi contoh berkaitan kes penipuan, kes-kes ini
kebanyakannya melibatkan golongan yang berpengaruh. Antara kes yang
sering menjadi isu ialah berkaitan dengan rasuah. Kes rasuah ini
melibatkan golongan atasan dan golongan bawahan. Sekiranya untuk
memudahkan segala urusan, mereka akan menggunakan pelbagai bentuk
rasuah agar segala hajat dan keinginan mereka dapat dicapai. Rasuah
dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan oleh penjawat awam yang
menyalahguna kuasanya bagi mendapatkan imbuhan atau ganjaran
daripada

orang

awam.

Menurut

Suruhanjaya

Pencegahan

Rasuah

Malaysia, terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta


atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat
tuntutan palsu, dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.

Pada oktober tahun 2016 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


(SPRM)

telah

berjaya

menumpaskan

kes

penyelewengan

projek

infrastruktur asas iaitu sebanyak RM114.5 juta yang berkaitan dengan


projek yang bernilai RM3.3 bilion di Sabah, ini merupakan kes terbesar
dalam

sejarah

Suruhanjaya

Pencegahan

Rasuah

Malaysia

(SPRM).

Kejayaan itu selaras dengan fokus utama Ketua Pesuruhjaya Datuk


Dzulkifli Ahmad selepas mengambil alih teraju SPRM pada 1 Ogos 2016
lepas untuk membersihkan perkhidmatan awam. Seorang pengarah dan
timbalan

pengarah

jabatan

kerajaan

ditahan.

Sementara

siasatan

dijalankan, masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000


tanpa deposit, dengan dua orang penjamin. Susulan itu, SPRM turut
merampas geran tanah, barang kemas, jam dan beg tangan berjenama
serta kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit daripada lebih 20 orang
suspek

yang

ditahan

berhubung

kes

berkenaan.

(sumber

http://www.astroawani.com/berita-malaysia)
Terdapat satu lagi kes yang berkaitan dengan kes penyelewengan
ini iaitu berkaitan kes banglo di Pulau Pinang. Kes ini melibatkan ketua
Menteri Pulau Pinang. Oleh yang demikian Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng dan pemilik banglo yang dibelinya, Phang Li Koon, telah ditahan pada
pada 29 Jun yang lalu. SPRM menyiasat Lim berhubung pembelian banglo itu
dengan harga RM2.8 juta daripada Phang yang dikatakan di bawah harga pasaran
RM4.27 juta. Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada
30 Jun atas pertuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian banglo berkenaan. Kes
ini berlarutan sehingga kini. Berdasarkan kes-kes ini menunjukkan bahawa golongan
profesional mengambil kesempatan terhadap kelebihan yang mereka miliki.

GAMBAR-GAMBAR
GOLONGAN
PROFESIONAL
TERLIBAT DALAM JENAYAH KOLAR PUTIH

YANG

Dr Mohamad Khir didapati bersalah menyalahgunakan kedudukan untuk


memperoleh dua lot tanah serta sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam untuk
dirinya dan isteri lapan tahun lalu.

Mortadza Nazarene (tengah) bersama pegawai-pegawai kanan polis


menunjukkan barang rampasan semasa sidang akhbar berkaitan statistik
jenayah komersial 2015 di Kuala Lumpur, semalam. utusan/Suriya Bonma
(sumber : utusan online)

Kes rasuah Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan wanita Phang Li
Khoon akan disebut di Mahkamah Pulau Pinang pada 30 September ini.

Kes penyelewengan ini bukan sahaja berlaku di sektor awam malah


ia juga berlaku dalam sektor swasta. Pada masa kini

jenayah

penyelewengan wang rakyat berlaku tidak mengira dalam sektor, bukan


hanya kementerian sahaja yang terlibat malah syarikat-syarikat juga
banyak yang terlibat dalam kes penyelewengan ini. Contohnya,
Parlimen

Indera

Mahkota

Azan

Ismail

mendakwa

Ahli

wujudnya

penyelewengan wang dalam Sime Darby Bhd ekoran syarikat itu kini
berdepan dengan masalah peningkatan kos sehingga RM1.8 bilion
membabitkan kerja-kerja awam dan kejuruteraan di Qatar dan Empangan
hidro elektrik Bakun. Menurut beliau, penyelewengan tersebut berkait
rapat dengan wang rakyat yang dilaburkan dalam Sime Darby, maka
kerajaan secara langsung perlu mengambil tindakan tegas ke atas
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) itu. (Sumber: Laman Web,free Malaysia
today/ LINGAM RAMACHANDRAN )

FAKTOR-FAKTOR JENAYAH KOLAR PUTIH

Terdapat pelbagai faktor yang telah menyumbang kepada jenayah


kolar putih. Jenayah kolar putih ini juga dikenali sebagai penyelewengan
atau penipuan dalam sesebuah badan kerajaan atau badan swasta. Faktor
utama berlakunya penyelewengan ialah salah guna kuasa. Salah guna
kuasa dalam sesebuah kementerian berlaku apabila wujudnya pakatan
dalam kalangan pegawai kanan kerajaan. Pakatan yang terbentuk itu
mampu menafikan prosedur yang ditetapkan bagi mengelak salah guna
kuasa

berlaku.

Sekiranya

prosedur

kewangan

dalam

sesebuah

kementerian itu telah mantap, tetapi apabila berlakunya kolusi atau


pakatan

antara

pegawai-pegawai

dalam

kementerian,

itu

boleh

mengalahkan prosedur-prosedur yang menghalang kepada salah guna


kuasa berlaku. Menurut pandangan Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, prosedur kewangan
semua kementerian wajar dikaji semula bagi mengelak isu ketirisan
berulang.

Menurutnya

lagi

seseorang

pegawai

seperti

setiausaha

bahagian kewangan sepatutnya tidak berada di posisi yang sama


mahupun

kementerian

yang

sama

melebihi

tiga

tahun.

Ini dapat mengelakkan daripada seseorang pegawai itu mahir kaedah


yang membolehkannya menyalahgunakan kuasa. (sumber : Utusan
Online/ 18.12.2016)
Faktor seterusnya yang menyebabkan berlakunya jenayah tersebut
ialah kelemahan kawalan dalam diri. Golongan seperti ini merupakan
manusia yang tamak dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira
halal dan haram. Mereka berusaha dan ego untuk menunjuk-nunjuk
kekayaan yang mereka ada tanpa

memikirkan kesan dari tindakan

sedemikian apa yang mereka mahukan adalah hidup mewah dan


pengekalan

status.

Akibat

daripada

perbuatan

tersebut,

mereka

menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan
kepada orang yang sepatutnya. Akibat dari sifat ketamakan seseorang
individu itu telah menyebabkan pelbagai masalah timbul. Mereka yang
tamak ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mengaut keuntungan,
mereka sanggup melabur dalam skim cepat kaya untuk menambah
pendapatan mereka sedangkan mereka sedia maklum bahawa perbuatan
tersebut akan memberikan kesan yang buruk pada mereka sendiri.
Selain itu juga, kurang pegangan dan ilmu agama juga merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah kolar putih ini.
Ilmu agama begitu penting dalam kehidupan setiap individu. Akibat
daripada kurangnya didikan agama dan didikan moral ia akan menjadi
penyebab kepada berlakunya jenayah ini. Individu yang tidak mempunyai
iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti
ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya
untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan
akibatnya, mereka menjadikan amalan rasuah sebagai rutin dalam tugas
mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu
atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun
pada hari akhirat. Oleh yang demikian, pendidikan agama adalah sangat
penting bagi setiap individu pada hari ini. Pendidikan seperti ini hendaklah
diterapkan sejak kecil lagi, bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari
rebungnya. (sumber: http://jenayahkolarputih.blogspot.my/12.122016)

Faktor yang berikutnya ialah dengan kurangnya pemantauan dan


pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang
lemah serta ketidak cekapan transaksi kewangan. Sikap Pegawai atasan
yang sangat mempercayai pegawai-pegawai bawahan dalam pengurusan
kewangan menyebabkan pegawai bawahan itu mudah menipu pegawai
atasan dengan mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah
diberikan.

Selain itu juga jenayah ini amat sukar untuk dikenal pasti

kerana mereka bijak dan licik menyembunyikan

penyelewengan wang

yang telah mereka lakukan. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan


jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional yang berpendidikan dan
mahir dalam bidang kewangan. Mereka juga mengenali selok-belok dalam
bidang kewangan dan pegawai atasan mudah tertipu dengan cara dan
pengendalian mereka untuk sesuatu projek. Perkara seperti ini berlaku
kerana, pada era kemewahan ini, setiap individu mempunyai keinginan
dan hendak untuk menikmati kemewahan dan kekayaan menyebabkan
mereka melakukan jenayah ini atau dengan kata lain mencuri wang awam
atau syarikat. Sikap kehendak yang tidak terhad ini telah menutup mata
mereka daripada menyedari kesan-kesannya.
Faktor yang lain yang menyumbang kepada berlakunya jenayah
kolar putih ini adalah disebabkan oleh kelonggaran undang-undang .
Undang-undang juga memainkan peranan penting dalam menangani kes
jenayah seperti ini, pihak tertentu seperti SPRM perlu menyiasat sehingga
menjumpai punca, kenapa golongan ini melakukan jenayah tersebut.
Mereka perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas kesalahan
yang telah mereka lakukan, dan hukuman tersebut akan menyedarkan

mereka bahawa jenayah yang telah dilakukan memberikan kesan yang


negatif kepada diri sendiri, keluarga dan kerjaya. Namun akibat daripada
kelonggaran undang-undang banyak pesalah terlepas dan ada sebahagian
mereka lewat dijatuhi hukuman. Setiap pesalah seharusnya diberi
pengajaran dan amaran agar kesalahan yang sama tidak akan diulang
lagi.
Birokrasi

yang

ketat

serta

kelonggaran

prosedur

kerja juga

merupakan salah satu faktor berlakunya pada kes jenayah ini. Hal ini
disebabkan kerana kerajaan mempunyai banyak peringkat, pelanggan
perlu mengikut prosedur-prosedur yang tertentu supaya dapat berjumpa
dengan ketua menteri untuk melaporkan sesuatu masalah atau sesuatu
pendapat. Oleh itu, seseorang individu itu akan sanggup membayar lebih
supaya

dapat

berjumpa

terus

dengan

ketua

tersebut

untuk

menyelesaikan sesuatu masalah atau dokumen.


Pengambilan deposit secara haram yang biasanya dikenali sebagai
aktiviti

skim

menyumbang

cepat
kepada

kaya

juga

jenayah

merupakan

kolar

putih

di

antara
mana

faktor

yang

kebiasaannya,

sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim


cepat kaya bergantung kepada terma-terma dan syarat bahawa wang
deposit tersebut akan dipulangkan balik dengan faedah atau keuntungan
yang tinggi seperti dijanjikan bagi setiap wang yang didepositkan
selalunya lebih tinggi daripada kadar faedah yang ditawarkan oleh
institusi-institusi kewangan berlesen. Namun jenayah skim cepat kaya ini
selalunya melibatkan penganjur yang tidak berlesen. Oleh itu dengan
mudah mereka menipu orang awam. Mereka akan menawarkan ganjaran

yang lumayan iaitu dengan menunjukkan harta benda yang mereka


peroleh hasil daripada pelaburan tersebut. Masyarakat akan mudah
terpedaya dengan janji manis yang mereka taburkan namun hakikatnya ia
merupakan satu penipuan. Kebanyakan mereka yang mudah tertipu
adalah penduduk kampung kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan
mereka kurang mendapat dedahan dari teknologi semasa.

KESAN-KESAN JENAYAH KOLAR PUTIH


Kesan daripada jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding
jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan
sesebuah organisasi. Sekiranya di biar jenayah penyelewengan wang ini,
ia akan membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan
perniagaan
mengurus

negara

dan

keupayaan

dan menyiasat kes

agensi

penguat

kuasa

dalam

penyelewengan kewangan. Akhirnya

keadaan ini boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan


asing untuk melabur di dalam Negara. Kesannya KDNK Negara akan jatuh
dan membawa kepada kemelesetan ekonomi. Oleh itu jenayah kolar putih
ini perlu dibanteras habis-habisan kerana ia merupakan penyumbang
utama kepada kemunduran sesebuah negara.
Rasuah juga merupakan salah satu jenayah kolar putih, terdapat
beberapa kesan ekoran daripada berlakunya rasuah. Antaranya ialah
individu

yang

terlibat

dengan

rasuah

akan

dipandang

hina

oleh

masyarakat. Hal ini demikian kerana rasuah merupakan suatu perbuatan


yang sangat dilarang oleh agama. Keluarga mereka juga akan dicemuh
dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah

sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan
mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera
supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan
sosial negara. Kes rasuah ini juga akan menyebabkan sistem pentadbiran
negara semakin lemah. Sekiranya di kalangan pemimpin dan pegawai
kanan kerajaan sering menerima rasuah pembangunan negara gagal
berada atas landasan yang betul. Projek-projek yang telah diberikan akan
gagal, keadaan ini kerana sesuatu projek yang tidak mematuhi peraturan
dan piawaian akibat sogokan menyebabkan keselamatan rakyat akan
terancam, seperti berlakunya kerosakan kerana bahan yang digunakan
tidak menetapi piawaian yang telah ditetapkan. Bahan yang sepatutnya
mencapai jangka hayat lebih lama bertahun-tahun namun akibat dari
penggunaan bahan yang tidak berkualiti menyebabkan berlaku kerosakan
pada bangunan tersebut walaupun bangunan tersebut masih baru dalam
pembinaan. Terdapat banyak kes yang telah berlaku yang menyebabkan
kepada kecederaan dan kematian kepada golongan buruh kerana mereka
yang bekerja membina bangunan tersebut, tetapi akibat daripada bahan
yang tidak berkualiti menyebabkan kerosakan dan runtuhan berlaku.
Selain itu juga kesan daripada kes rasuah ini akan menyebabkan berlaku
pembaziran wang rakyat. Pelabur asing juga akan menjauhi diri daripada
Malaysia dan mereka merasakan tidak selama sekiranya melabur di
Malaysia.
Kesan

daripada

jenayah

kolar

putih

ini

akan

menyebabkan

tergugatnya kepercayaan kepada kepimpinan negara. Rakyat sukar


mempercayai kepemimpinan Negara, sebagai contoh, kontraktor yang

menyogok

pegawai

kerajaan

untuk

mendapatkan

kontrak

projek

pembangunan, peluang dan hak kontraktor lain dinafikan. Apabila


keadaan ini berlaku akan berlaku permusuhan antara kontraktor tersebut
dan pasti akan berlaku bergaduhan antara sesebuah syarikat dengan
syarikat yang lain. Jenayah ini juga menyebabkan jurang ekonomi dalam
kalangan rakyat akan meluas. Kontraktor yang kaya akan bertambah kaya
manakala

yang

tidak

mendapat

projek

akan

mengalami

masalah

kewangan sehingga berlakunya perbalahan dan sikap iri hati. Apabila


berlaku perbalahan dan permusuhan, pembangunan negara dan kebajikan
rakyat akan terjejas.
Selain itu kesan dari jenayah kolar putih ini juga ialah masalah
gejala sosial. Apabila berlakunya masalah gejala sosial ini, ia akan
memberikan kesan yang buruk kepada keamanan dan keharmonian
sesebuah Negara. Sebagai contoh, jika pegawai jabatan imigresen
menerima rasuah, kadar jenayah akan mencapai aras yang bahaya.
Kemasukan pendatang tanpa izin berleluasa dan tidak dapat dibendung,
keadaan ini akan meningkatkan kadar jenayah. Rakyat tempatan akan
terdedah

kepada

jenayah

curi,

diragut

dan

dibunuh.

Kemasukan

pendatang asing tanpa prosedur ini juga akan menyebabkan menularnya


pelbagai jenis penyakit yang berbahaya yang berasal dari negara lain.
Misalanya juga, seorang doktor, jika disogok untuk meluluskan kesihatan
warga asing, kemudian warga asing tersebut pembawa penyakit yang
berbahaya, dan penyakit tersebut dengan mudah merebak kedalam
negara ini. Kesihatan dan kebajikan rakyat akan terancam, keamanan dan

keharmonian sosial akan terjejas jika jenayah kolar putih seperti rasuah ini
tidak dibendung.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH KOLAR PUTIH


Jenayah ini perlu diatasi dengan segera kerana sekiranya jenayah ini
tidak dbendung ia kan mendatangkan kesan yang buruk pada negara
terutamanya kepada ekonomi, sosial dan politik. Semua pihak perlu
memainkan peranan untuk membendung jenayah ini. Antara langkah
mengatasi jenayah ini ialah dengan melaksanakan penguatkuasaan
undang-undang yang lebih ketat. Sekiranya kes tersebut dilakukan oleh
mereka yang bekerja

dalam perkhidmatan awam tindakan tatatertib

perlu diambil terhadap mereka yang terlibat, bukti harus dikumpulkan


agar mereka tidak terlepas

untuk disabitkan kesalahan di mahkamah.

Hukuman penjara dan sebat mandatory mesti dilaksanakan, kerana ia


akan memberikan kesan kepada diri pesalah itu sendiri. Harta yang
didapati secara haram perlu disita dan dirampas. Dengan pelaksanaan
hukuman yang berat ini ia akan menjadi pengajaran kepada pesalah
malah menjadi amaran kepada yang lain agar mereka tidak melakukan
kesalahan yang sama.
Langkah seterusnya adalah dengan membendung jenayah rasuah
dengan cara semua pihak mesti terlibat terutamanya pihak Kerajaan.
Kerajaan

harus

menerapkan

keburukan

rasuah

ke

dalam

silibus

pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai


contoh, guru-guru dalam sekolah haruslah sentiasa menggalakkan pelajarpelajar banyak membaca surat khabar, buku dan majalah untuk

mengetahui lebih banyak isu-isu semasa seperti kes rasuah. Selain itu,
sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan
kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang
rasuah. Dengan itu, ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru
di sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi
nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka, kerana
bagaimana

acuan

begitulah

kuihnya.

(Sumber

Pusat

Sumber

Rakyat/enayahkolarputih.blogspot.my.20.12.2016).
Organisasi

dan jabatan yang mudah terdedah kepada salah laku

jenayah juga harus diberi perhatian, dengan langkah ini jenayah kolar
putih ini akan dapat dibendung, walaupun sukar untuk dihapuskan namun
ia masih boleh dikawal. Sebagai contah, bagi agensi kerajaan yang
mungkin terdedah kepada rasuah, pegawai atasan mahupun bawahan
perlu dikawal oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM). Harta
kakitangan kerajaan seperti kakitangan JPJ dan anggota polis perlu
diisytiharkan.
Langkah seterusnya yang harus diambil perhatian ialah dalam
institusi kewangan, segala kelemahan dalam pengaliran wang yang
banyak perlu dikawal. Pegawai bawahan bank tidak harus diberi kuasa
untuk mengeluarkan wang yang banyak. Segala kelonggaran prosedur
kerja yang mungkin boleh menyebabkan jenayah kolar putih harus
diketatkan. Kerjasama SPRM dan Polis Diraja Malaysia juga memainkan
peranan. Lazimnya, penjenayah kolar putih ini mahir dalam bidang
mereka. Peguam yang mahir dalam undang-undang dan akauntan yang
bijak memanipulasikan akaun cenderung untuk melakukan jenayah kolar

putih. Oleh itu, penipuan dan penyelewengan mereka yang amat halus
dan sukar dikesan. Dalam siasatan kes begini, kita memerlukan pakar
dalam bidang yang berkaitan. Pegawai siasatan polis dan SPRM yang
pakar dalam perakaunan, ekonomi dan perundangan harus ditambah.
Dengan adanya pegawai penguat kuasa yang mahir inilah penjenayah
kolar putih mudah dikesan dan ditangkap. Dalam membendung jenayah
ini semua pihak harus bekerjasama agar setiap tindakan penjenayah akan
dapat dikesan walau sebijak dan betapa liciknya mereka tetap akan dapat
dikesan.
Langkah dengan memberikan didikan agama dan moral juga
merupakan ubat yang paling mujarab, iman yang kukuh akan melindungi
kita daripada

melakukan kemungkaran, sekiranya kita terniat untuk

melakukan kejahatan kita pasti akan sedar kerana ilmu dan iman yang
ada dalam diri kita. Selain itu juga nilai kejujuran dan amanah perlu
diterapkan sehingga ke akar umbi agar keteguhan dan

keutuhan

keimanan seseorang dapat menentang hawa nafsu haloba ingin cepat


kaya. Sekiranya kita ada ilmu dan iman kita akan berasa takut kepada
pengadilan Tuhan di akhirat dan ini akan menyedarkan bahawa kekayaan
duniawi hanya sementara,

Kesedaran yang hadir dalam diri mereka

memberikan kesan yang baik dan mereka akan insaf. Kempen kesedaran
ini akan memberikan mereka keinsafan. Mereka akan berfikir bahawa
jenayah ini merugikan semua pihak termasuk diri sendiri. Natijahnya akan
membuatkan seseorang itu menjauhkan diri dari melakukan perbuatan
terkutuk.

KESIMPULANNYA
Jenayah kolar putih ini perlu dibendung dengan segera agar jenayah
ini tidak menjejaskan organisasi negara. Semua pihak yang berkuasa
seperti

Bank

Negara,

Suruhanjaya

Sekuriti

Malaysia

(SC),

polis,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia,


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK)

harus

melaksanakan

tugas

dan

tanggungjawab

selaras

peruntukan undang-undang sedia ada untuk membanteras sindiket Skim


Cepat Kaya, Jenayah rasuah, jenayah sandiket kad kredit dan sebagainya
kerana mereka yang menjalankan pelbagai jenayah ini merupakan satu
kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi
Kewangan 1989. Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta
tersebut boleh dihukum hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta
atau kedua-duanya. Sistem pengurusan kewangan yang diamalkan oleh
kerajaan Malaysia pada masa kini adalah untuk mampu memenuhi
keperluan negara. Sehubungan dengan itu, sistem dan peraturanperaturan

kewangan

yang

mengandungi

prosedur

atau

tatacara

pelaksanaannya hendaklah difahami dan dipatuhi secara menyeluruh oleh


semua penjawat awam dan sektor swasta agar mereka yang terlibat sedar
akan kesalahan mereka dan membantu semula memulihkan keadaan
dengan membantu meningkatkan pengurusan kewangan dan akauntabiliti
serta memantapkan keutuhan pengurusan kewangan.

BAHAN RUJUKAN

http://zitgernik.blogspot.my/2012/11/jenayah-kolarputih.html
http://jenayahkolarputih.blogspot.my/
http://jenayahkolarputih.blogspot.my/2010/08/penyelewenganwang.html
http://integritirbdmoh.blogspot.my/2015/01/penyelewenganwang-gara-jenayah-kolar.html
berita kampus (USM)
www.utusan.com.myutusan online
https://www.scribd.com/doc/17100699/jenayah-kolar-putih

You might also like