You are on page 1of 5

KEPENTINGAN PRIMA FACIE DALAM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

KES YANG DIPILIH : ( KES BUNUH UPNM ZULFARHAN & BASIKAL LAJAK SAM KA TING)

Pendahuluan

Prima Facie adalah perkataan yang berasal dari Bahasa Latin yang mana membawa
maksud “Pada pandangan pertama (On its first appearance)”. Dalam amalan undang-
undang, Prima Facie membawa maksud apabila pihak pendakwa berjaya mengemukakan
bukti bagi membuktikan bahawa wujudnya kesalahan tersebut. Apabila pihak pendakwa
berjaya mengemukakan bukti, maka disitulah wujudnya kes Prima Facie yang mana beban
membuktikan beralih kepada tertuduh dan kes pembelaan bermula. Beban membuktikan
terletak kepada pihak Pendakwa untuk membuktikan tertuduh tersebut benar-benar telah
melakukan kesalah seperti yang dituduh. Undang-undang Malaysia turut menggunakan
Prima Facie bagi memulakan prosiding makhamah mengikut Seksyen 173(f)(ii) Kanun
Prosedur Jenayah yang manyatakan jika pihak pendakwa gagal membuktikan Prima Facie
maka kes tersebut tidak akan berjalan dan tertuduh akan dibebaskan.

Mewujudkan Satu Badan Kehakiman Yang Adil

Kepentingan Prima Facie dalam undang-undang Malaysia adalah bagi mewujudkan


satu badan kehakiman yang adil. Sistem kehakiman yang adil merupakan satu syarat minima
dalam membuat sesuatu keputusan adil dan saksama yang dikenakan dalam undang-
undang terhadap seseorang individu mahupun melibatkan badan kehakiman. Pematuhan
dalam prinsip keadilan amat penting dalam sebarang pelanggaran yang boleh menyebabkan
sesuatu pemasalahan tersebut boleh dirujuk di mahkamah untuk membuat semakan semula
dengan sesuatu keputusan yang diambil. Prinsip keadilan dalam sistem kehakiman
merupakan satu konsep yang berkembang daripada sistem common low dimana ianya bagi
mewujudkan satu keputusan yang bersifat adil dan saksama oleh mana-mana individu
ataupun badan yang ditugaskan untuk bertindak melalui sistem kehakiman. Keperluan pihak
pendakwa mengemukakan Prima Facie ini adalah bagi memastikan pihak pendakwa raya
mempunyai bukti yang kukuh dalam mendakwa tertuduh.
Dalam kes kematian Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Zulfarhan Osman Zulkarnaian dimana ianya diklasifikasikan sebagai kes jenayah yang
melibatkan penderaan yang berlaku pada awal pagi 21 dan 22 Mei 2017. Kes ini melibatkan
seorang mangsa pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman
Zulkarnaian yang didera melalui 90 tekapan seterika wap terhadap badannya secara
berulang kali serta dipukul oleh sekumpulan pelajar-pelajar sealiran dengannya atas
tuduhan mencuri sebuah komputer riba milik rakannya. Mangsa cedera parah akibat
perbuatan tersebut dan meninggal dunia pada 1 Jun 2017. Kes ini kemudian mendapat
perhatian negara sebagai suatu insiden buli secara ekstrem yang melibatkan pegawai-
pegawai kadet daripada Universiti Pertahanan Awam Nasional (UPNM) yang merupakan
sebuah universiti terkemuka yang melahirkan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia.

Oleh itu, pada 14 Jun 2017, suatu tangkapan telah dibuat oleh 19 pelajar UPNM yang
dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan sengaja menyebabkan
kecederaan terhadap mangsa dan 6 daripada mereka dituduh melakukan pembunuhan,
bersubahat dan boleh dituduh mengikut seksyen 302 kanun keseksaan dan dibaca Bersama
seksyen 34 kanun yang sama jika disabitkan bersalah. Malahan tertuduh mengaku tidak
bersalah ketika sebutan dibaca.

Pada 12 November 2017, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan


pendakwaan untuk menggabungkan perbicaraan 19 penuntut UPNM yang didakwa
membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan mangsa. Manakala, pihak
pendakwaan memanggil 31 orang saksi dalam memberi keterangan antaranya daripada
Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang iaitu Dr Salmah Arshad. Bagaimanapun, pada
akhir kes pendakwaan, hakim mahkamah tinggi mendapati bahawa pihak pendakwa raya
telah Berjaya membuktikan tuduhan pembunuhan terhadap 18 orang penuntut tersebut.
Pada 31 Julai 2019, hakim mengarahkan 18 penutut UPNM dipanggil membela diri terhadap
tuduhan tersebut dan seorang daripada 19 penutut dilepaskan dan dibebaskan iaitu
Muhammad Akmah Akif Alias. Oleh itu, hakim mahkamah mendapati wujudnya prima facie
bersalah dan mengarahkan supaya 18 tertuduh membela diri dalam perbicaraan seterusnya.
Kes Penuntut UPNM ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya prima facie dalam
undang-undang yang melibatkan sistem kehakiman bagi menentukan hukuman bersalah
terhadap tertuduh apabila melibatkan kes salah laku jenayah pembunuhan. Berbeza dengan
kes yang melibatkan Sam Ka Ting seorang jurujual yang mana telah didakwa memandu
secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang berbasikal lajak. Dalam
kes ini pihak pendakwa gagal membuktikan kes Prima Facie terhadap tertuduh dan tertuduh
telah dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Berdasarkan kes ini, makhamah telah
meniliti kesemua bukti yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwa dan makhamah
memutuskan pihak pendakwa gagal dalam membuktikan Prima Facie dan jika makhamah
memanggil tertuduh untuk membela diri maka ianya akan menjadi perkara yang sia-sia
kerana tiada bukti yang kukuh bagi mendakwa tertuduh.

Memberi Peluang Kepada Tertuduh Untuk Membela Diri

Pada amnya, apabila seseorang tertuduh diberi peluang untuk membela diri, ianya
bermaksud kes tersebut telah menyebelahi pihak pendakwa dan hakim percaya wujudnya
prima facie dan meminta tertuduh untuk membela diri. Malahan, apabila dikatakan
“membela diri” ianya bukan bermaksud “bersalah” tetapi perbicaraan tersebut melaui dua
peringkat iaitu peringkat prima facie dan peringkat pembelaan. Dalam kes peringkat prima
facie, pendakwaan perlu membuktikan kes tersebut dengan memanggil kesemua saksi
pendakwaan yang material. Pada 2 oktober 2019, seramai 20 orang saksi termasuk Ketua
jabatan perubatan forensic, Hospital sungai buloh, Dr rohayu shah dipanggil untuk memberi
keterangan. Pada peringkat ini, tertuduh tidak akan memberi sebarang kenyataan dan tugas
peguam adalah menunjukkan bahawa tiada bukti yang kukuh untuk dikaitkan dengan
tertuduh atas jenayah yang dilakukan sama ada fakta kejadian menurut tertuduh, alibi,
keuwjudan saksi bebas atau wujudnya pembelaan terhadap kejadian. Dimana, dalam kes
tersebut, 18 penuntut UPNM melakukan pembunuhan tanpa niat membunuh. Hal ini
memberi mereka peluang untuk membela diri atas tuduhan membunuh.

Pada peringkat pembelaan pula, kebiasaanya mahkamah telah menerima fakta


pertuduhan dimana mahkamah akan mendengar kenyataan daripada tertuduh dan juga
saksi pembelaan. Pada ketika ini, dibuktikan sama ada kes prima facie pendakwaan tersebut
kekal ataupun sebaliknya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa prima facie penting dalam
memberi peluang kepada tertuduh untuk membela diri dan menyatakan bahawa mereka
tanpa niat melakukan pembunuhan terhadap Zulfarhan. Malahan, niat utama kesemua
mangsa adalah untuk mencari komputer riba yang telah hilang milik rakan mereka. Dalam
kes ini, mahkamah mendapati bahwa pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie
pada penutup kes pendakwadan ini bermakna fakta-fakta tersebut tidak mustahil dan
sedikit sebanyak keterangan yang membuktikan setiap intipati penting kesalahan yang
didakwa itu.

Membantu Mahkamah Dalam Menentukan Suatu Sabitan Ataupun Hukuman

Dalam undang-undang di Malaysia, sabitan merupakan keputusan yang dibuat oleh


mahkamah yang mendapati seseorang itu bersalah dalam melakukan kesalahan yang
menyalahi undang-undang. Setiap kesalahan yang dilakukan, wajar dikenakan tindakan atau
hukuman yang ditentukan oleh badan kehakiman. Apabila kes Prima Facie dapat dibuktikan
oleh pihak pendakwa, maka pihak pembelaan perlu mengemukakan keraguan yang
munasabah. Jika pihak pembelaan gagal dalam mengemukakan keraguan yang munasabah
terhadap makhamah maka kes Prima Facie pendakwa tersebut berjaya dan makhamah akan
menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Pada 2 November 2021, mahkamah tinggi telah memutuskan untuk menjatuhkan


hukuman penjara selama 18 tahun kepada enam orang suspek yang didapati bersalah atas
pertuduhan mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian tanpa niat membunuh
iaitu dibawah seksyen 330 kanun keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera bagi
memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa harta dipulangkan. Sementara itu, 17
orang suspek dijatuhkan hukuman dibawah seksyen 34 kanun keseksaan iaitu tiap-tiap
daripada seorang daripada beberapa orang bettanggung atas suatu perbuatan yang
dilakukan oleh semunya seolah-olah dilakukan olehnya seorang dimana apabila suatu
perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat Bersama mereka
semuanya, oleh itu, tiap seorang daripada mereka itu adalah mereka itu adalah bertanggung
atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan olehnya seorang.
Kesimpulan

Hal ini jelas menunjukkan bahawa prima facie memainkan peranan utama dalam
undang-undang di Malaysia kerana ianya dapat memberi keadilan kepada tertuduh atas
kesalahan jenayah yang dilakukan. Berdasarkan kes penuntut UPNM tersebut, kesemua 18
penuntut UPNM terlepas daripada hukuman tali gantung iaitu dibawah seksyen 302 kanun
keseksaan kerana mereka telah Berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap
pendakwaan-pendakwaan yang telah dibuat keatas mereka bagi mencabar kes Prima Facie
dari pihak pendakwa. Dapat dirumuskan bahawa kepentingan Prima Facie adalah bagi
memastikan prosiding makhamah yang adil, memberi peluang kepada tertuduh untuk
membuat pembelaan serta membantu makhamah dalam membuat sabitan dan
menjatuhkan hukuman.

You might also like