You are on page 1of 36

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

Tangkapan dan Tahanan


Analisa Praktikal
DISAMPAIKAN OLEH:

PKPj HAZRUL SHAZREEN BIN ABD YAZID


B.IT (MANAGEMENT) MALAYA, M.Sc
shazrean@sprm.gov.my shazrean@yahoo.com

KETUA CAWANGAN SIASATAN G


SEKTOR SWASTA, BAHAGIAN SIASATAN, IBUPEJABAT SPRM

4 Sept 2019

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

• Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak


kebebasan diri,

• (1) Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya


atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut
undang-undang.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PENGENALAN
• Secara umumnya, tangkapan bermaksud penahanan
seseorang yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah.
Tangkapan boleh dilakukan samada dengan waran atau
tanpa waran. (Kamus Undang-Undang Fajar Bakti)
• Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) memperuntukkan
bagaimana sesuatu tangkapan dilaksanakan (Seksyen 15
KTJ). Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
(ASPRM) juga tidak menyebut berkaitan pelaksanaan
tangkapan.
• Seksyen 49(1) ASPRM 2009: Tiap-tiap kesalahan di
bawah Akta ini ialah suatu kesalahan boleh tangkap bagi
maksud KTJ
• Pelaksanaan tangkapan dijelaskan di bawah Perintah
Tetap Ketua Pesuruhjaya (Bab B: Siasatan)
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PERBEZAAN TANGKAP DAN TAHAN


• Dalam kes Pendakwa Raya Lawan David Ackowuah Bonsu
(1999)2 CLJ 677, mahkamah menyatakan tangkap dan tahan
adalah berbeza.
• Dari segi bahasa tangkap dan tahan boleh dikatakan sama
tetapi dari segi tindakan penguatkuasaan undang-undang, 2
istilah ini berbeza dari segi tujuan ianya dilakukan. Tangkapan
dibuat apabila sesuatu kesalahan jenayah disyaki telah
berlaku. Tahan pula dibuat untuk membuat pemeriksaan di
bawah undang-undang yang membenarkan tanpa wujud apa-
apa syak satu jenayah telah berlaku.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

JENIS TANGKAPAN
• Tangkapan dengan waran bermaksud tangkapan hanya boleh
dibuat dengan waran tangkap yang dikeluarkan oleh
mahkamah (Seksyen 38 KTJ). Tanpa waran tangkap,
tangkapan tidak boleh dilaksanakan.

• Tangkapan tanpa waran bermaksud tangkapan boleh


dilaksanakan tanpa waran tangkapan. Kesalahan di bawah
ASPRM adalah kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran
(Seksyen 49(1) ASPRM)

• Bagi kesalahan dibawah Kanun Keseksaan, ada dinyatakan


samada tangkapan perlu dibuat dengan waran atau tidak
pada Jadual Pertama KTJ.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

SIAPA YANG BOLEH MELAKSANAKAN


TANGKAPAN ?
• Orang yang boleh melaksanakan tangkapan tanpa
waran adalah :-

1.Pegawai Polis (Seksyen 23 KTJ)


2.Penghulu (Seksyen 23 & 25 KTJ)
3.Jaksa Pendamai (Seksyen 30 KTJ)
4.Majistret (Seksyen 30 & 31 KTJ)
5.Mana-mana orang yang diberikuasa contoh
Pegawai SPRM
6.Mana-mana orang persendirian (Seksyen
27 KTJ)
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA by : MOHD SHAHRIL BIN CHE SAAD
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

KEADAAN TANGKAPAN BOLEH


DILAKSANAKAN
Tangkapan boleh dilakukan oleh mana-mana
pegawai Suruhanjaya dalam tiga keadaan iaitu:
a) Tangkapan semasa perangkap
b) Tangkapan selepas menerima Keizinan Pendakwa
Raya.
c) Tangkapan bagi kes-kes di bawah Jadual Pertama
Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang memerlukan
waran tangkap. Contoh Seksyen 199 KK, PP vs Suhaili
Abdul Rahman-akuan bersumpah palsu

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

KEADAAN TANGKAPAN BOLEH


DILAKSANAKAN
• Seorang Pegawai Suruhanjaya boleh melaksanakan
tangkapan apabila :-

– Setelah satu kesalahan dilakukan di bawah ASPRM cth kes


perangkap;
– Setelah satu aduan yang berasas telah dibuat; comtoh kes
sindiket
– Setelah satu maklumat yang berasas diterima;
– Setelah menerima keizinan mendakwa daripada Pendakwa
Raya; atau
– Selepas waran tangkap diperolehi daripada mahkamah.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

CARA TANGKAPAN
(1) Seksyen 15 KTJ memperuntukkan bahawa bahawa
tangkapan boleh dilaksanakan dengan menyentuh atau
mengurung badan orang yang hendak ditangkap itu.

Walaubagaimanapun, jika orang yang hendak ditangkap itu


melawan dengan kekerasan atau cuba lari dari tangkapan,
maka pegawai polis berkenaan boleh menggunakan sebarang
langkah yang wajar untuk melaksanakan tangkapan tersebut.
Namun demikian, ia tidak berhak untuk meyebabkan
kematian orang yang hendak ditangkap itu jika kesalahan yang
dituduh tidak membawa hukuman mati atau penjara seumur
hidup.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PELAKSANAAN TANGKAPAN
• Pegawai Suruhanjaya hendaklah
perkenalkan diri sebelum tangkapan
dibuat.

• Pegawai Suruhanjaya hendaklah


menyentuh atau mengurung badan orang
yang hendak ditangkap melainkan orang
yang hendak ditangkap menyerah diri.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA” by AHRIL BIN CHE SAAD
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• Jika orang yang hendak ditangkap melawan


dengan kekerasan atau cuba lari, maka pegawai
boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu
untuk melaksanakan tangkapan.

• Setelah tangkapan dibuat, orang yang ditangkap


(OKT) hendaklah secepat yang munasabah
diberitahu sebab tangkapan dibuat.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

– PERINGATAN : Jika seseorang ditangkap,


hendaklah disampaikan dan diterangkan
kepadanya satu notis bertulis di bawah
subseksyen 53(3) Akta ini dengan menggunakan
borang SPRM 029/09. Perkara ini tidak berkaitan
bagi kes-kes yang bukan merupakan kesalahan di
bawah Akta ini.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• Jika tangkapan dibuat setelah satu kesalahan


dilakukan di bawah ASPRM seperti kes perangkap
(siasatan belum selesai), notis bertulis dibawah
seksyen 53(3) ASPRM hendaklah diserahkan
kepada OKT seberapa segera yang boleh dan
diterangkan kepada OKT. Jika Pegawai Penyiasat
mempunyai alasan untuk menangguhkan hak OKT,
pernyataan OKT akan terus direkodkan menurut
kehendak seksyen 53(3) ASPRM.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• Jika tangkapan dibuat selepas mendapat keizinan


mendakwa atau selepas waran tangkap diperolehi
(siasatan telah selesai), setelah tangkapan
dilaksanakan, notis bertulis dibawah seksyen 53(3)
ASPRM hendaklah diserahkan kepada OKT
seberapa segera yang boleh dan diterangkan
kepada OKT. Pernyataan OKT hanya direkod selepas
hak OKT diberikan.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

Pelaksanaan Tangkapan
• Orang yang telah ditangkap hendaklah
diperiksa oleh pegawai yang sama jantina
(Seksyen 31(4) ASPRM) dan barang-barang
yang berkaitan dengan siasatan yang ditemui
pada orang yang ditangkap hendaklah di
tahan sehingga selesai perbicaraan atau
dilepaskan daripada pertuduhan (Seksyen
20 KTJ)

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

Fasal 3 Perkara 5, Perlembagaan


Persekutuan
“(3)Jika seseorang ditangkap, maka hendaklah
diberitahu dengan segera yang boleh alasan-
alasan dia ditangkap dan dia hendaklah
dibenarkan berunding dengan dan dia dibela
oleh pengamal undang-undang pilihanannya.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

YAYASAN BANTUAN GUAMAN


KEBANGSAAN (YBGK)
• Sebarang tangkapan perlu dimaklum kepada
YBGK dengan faksimili
• Nama
• No IC
• Bila,dimana,alasan tangkapan dibuat
• No aduan
• Nama i.o dan agensi
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

HAK-HAK OKT DI BAWAH SEKSYEN 28A


KTJ

• Hak untuk menghubungi ahli keluarga


terdekat.
• Hak untuk mendapatkan khidmat pengamal
undang-undang pilihan OKT

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

Hanya selepas OKT diberi peluang berbincang


dengan peguam pilihannya, pernyataan OKT boleh
direkod. Perbincangan tersebut perlu di dalam
penglihatan pegawai Suruhanjaya dan dalam jarak
yang munasabah agar perbualan mereka tidak dapat
di dengar.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• Hak suspek tidak terpakai apabila subseksyen


28A(8)KTJ digunapakai.
• Jika Pegawai mempunyai asas untuk
mempercayai:
– Rakan sejenayah OKT mungkin akan melarikan diri
– Mungkin menyebabkan pemusnahan dokumen
atau keterangan
– Saksi terancam

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• Walaubagaimanapun, hak OKT boleh ditangguhkan


sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen
28A(9) KTJ. Pegawai Penyiasat hendaklah membuat
permohonan kepada Pegawai Penyiasat Kanan untuk
menangguhkan pemberian hak OKT dan Pegawai
Penyiasat Kanan hendaklah memberikan kebenaran
tersebut secara bertulis kepada Pegawai Penyiasat.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• Jika siasatan dapat diselesaikan dalam


tempoh 24 jam, orang yang di tangkap boleh
dilepaskan dengan mendepositkan wang
atau dengan bon jaminan (Seksyen 49
ASPRM).
a) Mendepositkan apa-apa jumlah wang yang
munasabah
b) Sempurnakan suatu bon dengan atau tanpa
jaminan
c) Mendepositkan wang dan sempurnakan suatu
bon dengan atau penjamin
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• OKT akan terus di siasat dan pernyataan boleh


direkod daripada orang yang ditangkap (Seksyen
53(3) ASPRM) seberapa segera yang boleh kerana
jika siasatan tidak dapat diselesaikan dalam
tempoh 24 jam, permohonan daripada Majistret
adalah perlu untuk penahanan lanjut orang yang
ditangkap bagi tujuan melengkapkan siasatan
(Seksyen 117 KTJ).

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PENGGUNAAN BILIK VIR


•Surat Arahan Pengarah Bahagian Siasatan Bil. 3/2013
Prosedur Operasi Standard (POS) Penggunaan Bilik
Rakaman Bervideo/ Video Interviewing Room (VIR)
Untuk Merekod Pernyataan Saksi, Orang Kena tangkap
Dan / Atau Suspek Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.

•Proses merekod pernyataan saksi, OKT/ suspek


menggunakan rakaman audio dan video dapat
dilaksanakan secara serentak di dalam VIR.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PENGGUNAAN BILIK VIR


• Rakaman audio dan video yang
direkodkan melalui CCTV ini boleh disalin
ke dalam cakera padat dan diserahkan
kepada pihak yang dibenarkan sekiranya
terdapat pemintaan atau permohonan
daripada pihak tersebut tertakluk kepada
kebenaran TPR.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

• Pegawai Penyiasat hendaklah membuat


laporan tangkap dalam Borang SPRM 9 dan
dikemukakan kepada Pegawai Pengurusan
Rekod.

• Surat pemberitahuan berkaitan tangkapan


kepada majikan OKT juga perlu dibuat.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

Contoh
BORANG/NO
TIS TANGKAP
Seksyen
53(3) ASPRM
2009

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PENDEKATAN PSIKOLOGI
KE ATAS SAKSI/OKT
• Undang-undang membataskan kekerasan.
• Kekerasan akan mengakibatkan informasi
tidak betul, direka dan berkemungkinan OKT
hanya bertujuan untuk menghentikan
kekerasan sahaja.
• Penggunaan kekerasan akan mengakibatkan
tahap profesionalisma SPRM dipertikaikan,
OKT akan menanamkan perasaan benci / anti
terhadap SPRM dan KERAJAAN.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PENDEKATAN PSIKOLOGI
KE ATAS SAKSI/OKT
• Pendekatan secara psikologi, pada
kebiasaannya akan menghasilkan tahap
berkerjasama yang tinggi/sepenuhnya dari
Saksi/OKT.

• Psikologi memainkan peranan penting didalam


memusnahkan ‘blok keegoan’ serta memberikan
keinsafan yang total / maksima terhadap OKT.
( melalui proses penerangan )
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

PEACE MODEL

TEMUBUAL

Perancangan Penglibatan
& & Keterangan Penutupan Penilaian
Penyediaan Penerangan

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

TEMUBUAL PENYIASATAN

• Temubual adalah satu perbualan dengan


seseorang yang mempunyai tujuan tertentu
dan ia perlu dilakukan secara terancang

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

TUJUAN TEMUBUAL PENYIASATAN


• OKT (Orang Tertuduh/Suspek)
Untuk membuktikan penglibatan OKT di dalam
sesuatu kes, samada OKT bersalah atau tidak

• Pengadu/ Saksi
Untuk mendapatkan keterangan dan bukti, maklumat
mengenai kes serta mendapatkan keterangan yang
betul dan tepat. Pengadu atau saksi mungkin menipu
untuk mendapatkan perhatian atau tidak berpuashati
kepada seseorang

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

OBJEKTIF
• Mendapatkan pengakuan.
• Mendapatkan barang kes (barang bukti)
• Mendapatkan maklumat yang bersumbangan kepada
penyiasatan.
• Mendapatkan maklumat yang boleh dieksploitasi
untuk meneroka:
- Penglibatan rakan sejenayah atau lain-lain kumpulan
yang terlibat
• Mendapatkan maklumat lain yang berkaitan untuk
tujuan membenteras jenayah rasuah

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

TEKNIK ASAS

• Perancangan dan Persediaan


• Hubungan baik (rapport)
• Teknik Mendengar
• Menyoal secara berkesan

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

MEMBERI SOALAN

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION

TERIMA KASIH

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”

You might also like