You are on page 1of 114

KOMPEDIUM:

GENERIK
KEPOLISAN AM

NOTA E- KURSUS
KOMPETENSI INSPEKTOR
KE ASP
TAHUN 2023

NOTA DIHASILKAN OLEH: MAKTAB PDRM KUALA LUMPUR

1
SIASATAN, PENDAKWAAN DAN JABATAN SIASATAN JENAYAH
PERUNDANGAN

PENDAHULUAN
Bab XIII Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) merangkumi provisi berkaitan maklumat mengenai kesalahan
jenayah dan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada pegawai polis untuk menyiasat kesalahan tidak lazim
ditangkap dan lazim ditangkap.
Seksyen 107. Maklumat Mengenai Kesalahan
Ss ( 3)(a) Walau apa pun subseksyen (1), maklumat yang diberi oleh seseorang berkenaan kejadian suatu
kesalahan kepada pegawai polis, yang pada masa menerima maklumat itu tidak beradaa di balai polis,
hendaklah dianggap sebagai telah diterima di balai polis.
Ss (3)(b) Seseorang pegawai polis yang menerima maklumat tersebut di bawah perenggan (a) di mana
praktik hendaklah merekod atau menyebabkan supaya direkod nama dan alamat si pemberitahu, serta
tarikh dan waktu maklumat itu diterima, dan hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada seorang
ketua balai polis atau mana-mana pegawai polis yang tugasnya adalah untuk menerima maklumat.
Ss (4) Pegawai polis hendaklah berkewajipan untuk menerima apa-apa maklumat berkenaan dengan
mana-mana kesalahan yang dilakukan di mana-mana di Malaysia.

Seksyen 108 Prosedur Dalam Kes Tidak Boleh Ditangkap


Ss (2) Tiada seseorang pegawai polis dalam suatu kesalahan yang tiak boleh ditangkap menggunakan
kuasa-kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberi oleh Bab XIII melainkan mendapat
perintah daripada Pendakwa Raya.
Ss (3) Mana-mana pegawai polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Sarjan atau mana-mana ketua
balai polis yang menerima perintah tersebut boleh menggunakan kuasa-kuasa yang sama berkenaan
dengan penyiasatan itu, melainkan kuasa tangkap tanpa waran, sebagimana pegawai polis itu boleh
menggunakan tanpa perintah dalam kes boleh tangkap.

Seksyen 112. Pemeriksaan Saksi Oleh Polis


Ss (1) Seorang pegawai polis yang menjalankan penyiasatan polis di bawah Bab XIII boleh memeriksa
secara lisan seseorang yang tahu tentang fakta-fakta dan keadaan kes, dan akan menurun dalam bentuk
bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu.
Ss (2) Orang itu hendaklah menjawab semua soalan yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa saksi itu boleh menolak daripada menjawab jika jawapan itua akan menyebabkan
ia dibabitkan pada sesuatu tuduhan jenayah atau penalty atau pelucuthakan.

2
Seksyen 113 Penerimaan Pernyataan Dalam Keterangan
Ss (1) Kecuali seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen ini, tiada sebarang pernyataan yang dibuat
oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai polis dalam perjalanan penyiasatan polis yang dibuat di
bawah Bab XIII boleh digunakan dalam keterangan.
Ss (2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwa atau bagi pembela, selain daripada tertuduh,
mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana
pernyataan yang dbuat oleh saksi itu kepada seorang pegawai polis dalam perjalanan penyiasatan polis di
bawah Bab XIII dan boleh jika mahkamah fikir patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya
tertuduh diberikan salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar
kebolehpercayaan saksi dalam cara yang diperuntukkan di bawah Akta Keterangan 1950.
Ss (3) Di mana tertuduh telah membuat pernyataan dalam masa perjalanan penyiasatan polis, pernyataan
itu boleh dimasukkan sebagai bukti untuk menyokong pembelaannya dalam masa perbicaraan.

Seksyen 116A Geledah Dan Merampas Tanpa Waran.


Ss (1) Bila mana ternyata kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor ada sebab-sebab yang munasabah untuk mengesyaki ada tersembunyi atau disimpan di mana-
mana tempat apa-apa keterangan perlakuan suatu kesalahan keselamatan atau apa-apa kesalahan yang
berkait dengan suatu jenayah terancang dan pegawai polis itu mempunyai alasan munasabah untuk
mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan untuk memperoleh suau waran geledah, tujuan
penggeledahan itu mungkin terkecewa, dia boleh –
(a) masuk ke mana-mana peremis dan geledah, merampas dan mengambil dalam milikan, apa-apa buku,
dokumen, rekod, akaun atau data, atau artikel lain;

Seksyen 117 Prosedur Jika Penyiasatan Tidak Boleh Diselesaikan Dalam Tempoh Dua Puluh Empat Jam
Ss (1) Apabila seseorang ditangkap dan ditahan dalam kurungan, dan nampaknya penyiasatan tidak dapat
dihabiskan dalam tempoh dua puluh empat jam sebagaimana yang ditetapkan oleh seksyenn 28, dan ada
sebab-sebab untuk mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat itu adalah berasas, maka hendaklah
pegawai polis yang menjalankan penyiasatan itu dengan segera menghantarkan kepada seorang Majistret
suatu salinan catatan harian yang ditetapkan kemudian kelak mengenai kes itu dan bersama-sama itu juga
hendaklah menghantarkan orang yang tertuduh itu di hadapan Majistret itu.
Ss (3) Pegawai yang membuat penyiasatan hendaklah menyatakan di dalam salinan kemasukan diari yang
dirujuk di dalam sebseksyen (1) mana-mana tempoh penahanan tertuduh sebelum sahaja permohonan
dibuat, sama ada atau tidak penahanan itu berhubung dengan permohonan itu.
(4) Majistret, dalam menentukan tempoh penahanan tertuduh hendaklah mengambil kira mana-mana
tempoh penahanan sebelum permohonan dibuat, sama ada atau tidak penahanan itu berhubung dengan
permohonan itu.

3
(5) Majistret dalam menentukan tempoh pennahanan tertuduh hendaklah membenarkan representasi
dibuat sama ada oleh tertuduh itu sendiri atau melalui peguam pilihannya.

Seksyen 118 Pegawai polis boleh meminta bon bagi kehadiran pengadu dan saksi
Ss (1) Jikalau seseorang pegawai polis yang menjalankan penyiasatan di bawah Bab XIII berpendapat
bahawa, ada mencukupi keterangan atau asas-asas yang mendatangkan syak wasangka iaitu patut
dimulakan atau diteruskan prosiding jenayah terhadap mana-mana orang itu, maka pegawai itu bolehlah
menghendaki aduan, jika ada, dan berapa ramai orang-orang yang pada pendapat pegawai itu mengetahui
tentang keadaan kes itu, sebagaimana difikirkannya patut, mengikat bon supaya hadir di Mahkamah
Majistret yang disebutkan di dalamnya untuk memberi keterangan yang berkaitan dengan tuduhan
terhadap orang tertuduh.
Ss (2) Pegawai yang di hadapannya bon itu dibuat hendaklah menghantarkannya ke Mahkamah
Majistret.

Seksyen 119 Diari Mengenai Perjalanan Penyiasatan.


Ss (1) Tiap-tiap pegawai polis yang menyiasat suatu kes di bawah Bab XIII hendaklah mencatat usahanya
dari sehari ke sehari di dalam diarinya mengenai perjalanan penyiasatannya dengan menerangkan :

a) waktu dterima perintah menyiasat, jika ada;


b) waktu dimulakan dan ditamatkan penyiasatan itu;
c) nama tempat atau tempat-tempat yang dilawatinya; dan
d) suatu pernyataan mengenai hal keadaan yang ditentukan melalui penyiasatannya.

ss. (2) Walau apa pun yang terkandung di dalam Akta Keterangan 1950, seseorang tertuduh tidak berhak,
sama ada sebelum ataupun dalam masa dijalankan mana-mana siasatan atau perbicaraan, untuk
memanggil atau memeriksa mana-mana diari tersebut:

Dengan syarat bahawa jika pegawai polis yang menjalankan penyiasatan itu telah merujuk kepada diari itu
untuk maksud seksyen 159 dan 160 Akta tersebut, maka catatan itu sahajalah yang dirujuk oleh pegawai
itu boleh ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah boleh atas permintaan pegawai itu menyebabkan
catatan yang lain itu disembunyikan ataupun dihapuskan

SAINS FORENSIK
Sains forensik merupakan satu bidang sains yang menjalankan kajian ke atas penyiasatan jenayah
dengan menggunakan ilmu sains seperti kimia, biologi, fizik, teknologi maklumat, dan sebagainya. Akan
4
tetapi, bidang ini telah diperluaskan sehingga menggunakan ilmu sains sosial dalam penyiasatannya seperti
perakaunan dan ekonomi.

Teori Sentuhan diperkenalkan oleh Locard yang menyatakan bahawa "every contact leaves trace".
Adalah dipercayai bahawa setiap sentuhan antara dua objek akan meninggalkan kesan iaitu barang kes.
Kesan ini akan dicari dan dikumpulkan oleh pihak berkuasa iaitu polis untuk melakukan penyiasatan
melalui analisis, biasanya analisis kimia.

Teori individualistik menyatakan setiap barang kes adalah tidak sama walaupun ianya dihasilkan
oleh kilang yang sama. Teori ini diterima pakai untuk membuat perbandingan antara dua objek yang disyaki
sama atau daripada sumber yang sama. Contohnya, dua cebisan kaca dipadankan pinggirnya untuk
mengetahui sama ada mereka adalah daripada sekeping kaca yang sama sebelum ia dipecahkan. Jika dua
kaca adalah daripada sumber yang asal, maka ciri-ciri individualistik akan wujud dan tiada kaca lain dapat
menghasilkan padanan pinggir yang sama.

Polilight ialah satu alat yang boleh mengeluarkan banyak warna cahaya mengikut jarak gelombang
yang ditetapkan. Jarak gelombang dikira menggunakan unit nm (nano meter). Dalam keadaan biasa
kesemua gelombang cahaya wujud serentak. Kerana inilah cahaya berwarna cerah. Polilight hanya
mengeluarkan cahaya yang ditetapkan.

Pengurusan tempat kejadian jenayah amat penting dalam siasatan. Tujuan utama semasa
pemeriksaan tempat kejadian adalah untuk mengesan bahan-bahan bukti biologi, kesan cap jari dan juga
penipuan dokumen. Bahan-bahan bukti biologi seperti rambut, air mani, air liur dan darah. Untuk
mengesan kesan cap jari perlu menggunakan “powder fluorescence” dan dokumen perlu bagi mengesan
tulisan asal yang telah dipadamkan. Disamping itu juga, ianya boleh digunakan dalam operasi-operasi
untuk pemeriksaan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada dokumen seperti pada kad pengenalan.

Terdapat banyak alasan untuk mengambil sampel ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) milik orang.
Berbagai perusahaan menawarkan peringkat DNA mesra pengguna untuk dipakai di rumah dengan tujuan
pengujian garis ayah kandung, pengujian salasilah ataupun percubaan genetik terhadap penyakit. Banyak
pihak penegak keadilan mendorong para ibu bapa untuk mengambil sampel DNA bagi anak-anak mereka
untuk tujuan identifikasi. Terdapat berbagai cara untuk mengambil sampel DNA dan di antaranya tidak
mengganggu ataupun menyakitkan seseorang itu. Tergantung dari sampelnya, DNA boleh disimpan selama
bertahun-tahun jika dirawat dengan baik.
Barang Kes boleh dimaksudkan sebagai perkakas-perkakas / peralatan yang digunakan untuk
melakukan jenayah, berbentuk dokumen berkaitan dengan jenayah yang dilakukan. Contohnya seperti
resit, segala catatan dan dokumen yang berkaitan dengan sesuatu kes. Barang kes juga seperti jentera,
kendeeraan atau lain-lain peralatan jentera.

5
Semasa rampasan Barang Kes dilakukan hendaklah keluarkan Borang Rampasan dalam dua salinan
dengan tandatangan dua belah pihak. Menyerahkan satu salinan kepada pihak Orang Kena Tuduh (OKT)
dan satu salinan disimpan dalam Kertas Siasatan (IP). IO perlu membuatkan 'scatch plan' dalam buku
siasatan dan kemaskini diari siasatan (ID).
Barang Kes yang disimpan dalam stor dan perlu dicatat rekod. Perkara-perkara berikut sangat perlu
direkodkan, iaitu nombor siri, tarikh, nombor report, nombor kertas siasatan (IP) dan tandatangan atau
pengecaman terhadap barang kes. Sekiranya barang kes akan dibawa ke mahkamah, perkara berikut amat
perlu dicatatkan iaitu siapa yang mengambil, nombor kes mahkamah dan arahan mahkamah.
Perkara penting semasa mengendalikan barang kes adalah satu barang kes diletakkan dalam satu
plastik dan perlu dilabelkan (setiap satu dalam satu plastik) dan jurugambar yang mengambil gambar
barang kes mesti disertakan bersama negatif. Barang Kes yang dihantar ke Jabatan Kimia perlu ditanda
dengan nombor exibit dan disealkan dengan seal pasukan. Setiap barang kes yang diterima dari Jabatan
Kimia (JKM) yang telah diseal tidak boleh dibuka dan ianya hanya boleh dibuka semasa perbicaraan.
Bon jaminan atau lepas sementara barang kes, perlu menerima permohonan untuk melepaskan
sementara barang kes tersebut. Ianya perlu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Bagi
kenderaan perlu mendapatkan penilaian dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pengesahan pemilik dari
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Untuk pengesahan jenis ketulinan perlu mendapatkan pengesagan
daripada dari Jabatan Kimia Malysia (JKM). Borang-borang yang berkaitan perlu ditandatangan. Apabila
menerima bon jaminan atau bank draf daripada penjamin, perlu ditandatangan akuan penerimaannya.
Semasa perbicaraan perkara berikut perlu dipatuhi, agar tidak mengganggu perbicaraan. Barang
Kes ditender kepada orang yang membuatnya oleh Pegawai Pendakwa (PO). Jika barang kes adalah gambar
ia perlu ditender kepada jurugambar. Jika barang kes adalah senapang ia perlu ditender kepada Pegawai
Penyiasat (IO) yang menguruskannya dan jika barang kes adalah kenderaan, dapatkan gambar dan tender
kepada Pegawai Penyiasat (IO).
Sains Forensik merupakan satu siasatan profesional yang menekankan penggunaan sains untuk
menyelesaikan jenayah. Aplikasi pengetahuan pada pelbagai bidang sains terutamanya bidang kimia dan
pembangunan pemikiran logikal membenarkan Pegawai Penyiasat (IO) untuk berfikir secara logik dan
rasional apabila menghadapi sesuatu masalah atau kes. Pendedahan kepada pengetahuan asas sehingga
hujung. Ini merangkumi pemprosesan tempat kejadian, pemilihan bahan bukti yang penting, memproses
bahan bukti, pentafsiran bahan bukti, membuat laporan dan mempersembahkan laporan tersebut di
mahkamah.

6
JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK

PENDAHULUAN

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi penguatkuasaan utama
di dalam memerangi permasalahan dadah di negara ini. Keberkesanan penguatkuasaan dalam
membenteras dadah di negara ini semakin mencabar dan memerlukan pendekatan yang lebih berbentuk
proaktif samada di dalam peringkat pengoperasian sehingga ke peringkat penyiasatan.

VISI & MISI

VISI :-
Menjadikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sebagai agensi penguatkuasa utama
membenteras pengedar dan penyalahgunaan dadah.

MISI :-
 Mengesan kegiatan pengedaran dadah melalui pengumpulan risikan
 Membenteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah melalui operasi dan siasatan yang effektif
serta komprehensif
 Melumpuhkan kapasiti kewangan pengedar-pengedar dadah
 Memperkasakan jaringan kerjasama tempatan dan antarabangsa

HALA TUJU DAN 5 STRATEGI JSJN

HALA TUJU

 Pengukuhan kawalan dadah yang mantap


 9 Operasi khusus dan 2 Program khusus bagi menyekat perdagangan dan penggunaan dadah

STRATEGI

 Menentang penyeludupan dadah


 Menyekat penawaran dadah
 Memperhebatkan jaringan nasional dan antarabangsa
 Memperkukuhkan dan meningkatkan perlaksanaan Perlucuthakan Harta
 Menjadi rakan kepada Rehabilitasi

7
KUASA DAN UNDANG – UNDANG

Terdapat 5 Akta yang digunakan sebagai sumber kuasa untuk tujuan mencapai visi dan misi JSJN semasa
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada agensi utama penguatkuasaan ini.

1. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)


2. Akta Dadah Berbahaya (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Akta 283)
3. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316)
4. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (Akta 340)
5. Akta Racun 1952

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

1) Kesalahan pengedaran dadah dan memiliki yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau
penjara seumur hidup dengan sebatan tidak melebihi 15 sebatan dibawah Akta ini. Namun pihak
pendakwaraya perlu membuktikan elemen–elemen berikut terhadap pesalah di perbicaraan mahkamah
tinggi.

A. Jagaan (Custody)
B. Kawalan (Control)
C. Pengetahuan (Knowledge)
2) Siasatan berkualiti bagi kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) adalah berteraskan
kepada beberapa tindakan berpandukan Seksyen 107 sehingga Seksyen 120 Kanun Prosedur Jenayah
(KPJ). Di dalam seksyen-seksyen tersebut telah dijelaskan secara terperinci tentang kuasa-kuasa khas
penyiasatan. Tindakan-tindakan yang menunjukkan kualiti terhadap siasatan tersebut adalah:

2.1 Rakaman percakapan pengadu dan saksi yang diambil di bawah Seksyen 112 KPJ
2.2 Rakaman percakapan beramaran ke atas OKT yang diambil di bawah Seksyen 37B(1)(b) ADB 1952.
2.3 Diari siasatan Pegawai Penyiasat mengikut kehendak Seksyen 119 KPJ
2.4 Siasatan tempat kejadian
2.5 Pengendalian barang kes
2.6 Pengurusan OKT
2.7 Minit kertas siasatan

3) Selain daripada penyiasatan yang berkualiti, penyeliaan yang berkesan oleh Ketua Bahagian Siasatan
Jenayah Daerah (KBSJND) juga amat penting seperti memastikan semua kertas siasatan narkotik
mempunyai First Submission (Pengedaran pertama), barang kes dihantar ke Jabatan Kimia dalam masa
yang ditetapkan, semua barang kes didaftar di stor exhibit dan memastikan mesyuarat diadakan dengan
semua IO / AIO pada setiap pagi bagi tujuan pemantauan perkembangan sesuatu siasatan selaras dengan
PTKPN F 014 dan F105.

8
4) Di dalam membenteras penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa pihak JSJN telah
menggunakan peruntukkan Seksyen 39C ADB 1952 untuk mengambil tindakan ke atas pesalah-pesalah
Narkotik yang berulang atau mempunyai pengakuan terdahulu. Untuk membolehkan tindakan di bawah
Seksyen 39C ADB 1952 syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi iaitu seseorang itu ada tidak kurang
daripada:-

a) Dua pengakuan terdahulu;


b) Dua sabitan terdahulu di bawah perenggan 10(2)(b) atau perenggan 15(1)(a) atau penggabungan
mana-mana seksyen tersebut;
c) Satu pengakuan terdahulu dan satu sabitan terdahulu di bawah perenggan 10(2)(b) atau
perenggan 15(1)(a);
d) Satu pengakuan terdahulu dan dua sabitan terdahulu di bawah seksyen 31A; atau
e) Satu sabitan terdahulu di bawah perenggan 10(2)(b) atau perenggan 15(1)(a) dan dua sabitan
terdahulu di bawah seksyen 31A.

4) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) turut boleh digunakan untuk mengambil tindakan keatas
penyalahgunaan dadah. Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan kesalahan iaitu memasukkan
dadah ke dalam badan dan disiasat berdasarkan ujian saringan awal air kencing Orang Kena Tuduh (OKT).
Sekiranya OKT tanpa sebab munasabah gagal atau enggan memberikan air kencing sepertimana yang
dikehendaki maka OKT adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 31A(1B) Akta Dadah
Berbahaya 1952.

AKTA DADAH BERBAHAYA (RAWATAN & PEMULIHAN) 1983

Di bawah akta ini mana-mana pegawai polis dibenarkan memungut air kencing suspek bagi tujuan ujian
saringan yang dijalankan di tempat pemeriksaan ataupun di Balai Polis. Berbeza dengan Akta Dadah
Berbahaya 1953, Sek 31A (1) hanya anggota berpangkat Sarjan ke atas sahaja dibenarkan untuk
membuat pemeriksaan keatas air kencing yang diambil dari suspek. Jika suspek enggan memberi
kerjasama dalam memberi air kencing bagi tujuan pemeriksaan kepada pegawai polis maka ia telah
melakukan kesalahan di Sek 5 (2) Akta Dadah Berbahaya (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang boleh
dihukum penjara tidak lebih 3 bulan dan denda atau kedua-dua sekali.

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH –LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Akta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ini digunakan bagi penahanan
dan sekatan pergerakan kepada pengedar-pengedar dadah yang tidak dapat dikenakan hukuman di
bawah Akta ADB 1952. Fail kes pengedar perlu disiapkan agar tindakan penahanan dan sekatan dapat
dikenakan kepada mereka. Antara proses-proses penyediaan fail kes suspek melibatkan 4 fasa oleh
pegawai penyiasat Bahagian Tahanan JSJN.

1. Fasa 1 - Pengumpulan Risikan dan Buka Fail Kes


2. Fasa 2 - Tangkapan dan Penyediaan Fail kes
3. Fasa 3 - Perintah Tahanan / Lembaga Penasihat
4. Fasa 4 – Representasi / Tamat Tempoh Tahanan
9
Tempoh tahanan seseorang subjek dibawah Akta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan
Khas) 1985 adalah selama 60 hari dan ini berbeza dengan tempoh tahanan yang hanya 28 hari sahaja di
bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Kebelakangan ini pihak JSJN
mula menggunakan undang-undang SOSMA untuk mengambil tindakan ke atas pengedar-pengedar
terutamanya mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti pengedaran tersebut. Tindakan
diambil berdasarkan kepada kesalahan di bawah Bab VIB Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu jenayah
terancang kerana aktiviti pengedaran dadah dapat memenuhi definasi tersebut.

Walaupun seseorang yang ditahan di bawah Akta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan
Khas) 1985 oleh pihak JSJN, pihak keluarga orang tahanan atau orang tahanan sendiri masih boleh
menfailkan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi bagi mencabar alasan-alasan penahanannya
sepertimana di bawah peruntukkan Perkara 5(2) Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya Mahkamah
Tinggi mendapati alasan-alasan yang dikemukakan oleh orang tahanan atau wakilnya berasas dan
penahanan orang tahanan tersebut tidak sah di sisi undang-undang maka Mahkamah Tinggi itu
hendaklah memerintahkan orang tahanan itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan melepaskannya.

Dalam tempoh tahanan 60 hari, fail kes ke atas subjek akan dilengkapkan untuk diedarkan kepada
Menteri bagi mendapatkan keputusan samada seseorang subjek itu akan dikenakan Perintah Tahanan di
bawah Seksyen 6(1) Akta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atau
dikenakan Perintah Sekatan di bawah Seksyen 6(3) Akta yang sama bagi suatu tempoh yang tidak
melebihi dua tahun. Sekiranya subjek dikenakan Perintah Tahanan maka subjek akan ditahan samada di
Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak, Machang, Kelantan atau di Simpang Renggam, Johor. Bagi
subjek yang dikenakan Perintah Sekatan, Menteri boleh membuat Perintah Sekatan ke atas aktiviti-
aktivitinya, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau tempat kerjanya dengan mengenakan
mana-mana daripada sekatan dan syarat berikut:-

a) bahawa dia hendaklah tertakluk kepada pengawasan polis selama suatu tempoh yang tidak
melebihi dua tahun;
b) bahawa dia hendaklah tinggal di dalam sesebuah Negeri atau di mana-mana Wilayah Persekutuan
atau mana-mana kawasannya yang dinyatakan di dalam perintah sekatan itu;
c) bahawa dia tidak boleh menukar kediamannya ke mana-mana kawasan lain tanpa kebenaran
bertulis Ketua Pegawai Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;
d) bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh
meninggalkan kawasan di mana dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Polis Negeri
atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;
e) bahawa dia hendaklah sentiasa memastikan Pegawai Penjaga Daerah Polis di mana dia tinggal,
tahu rumah atau tempat tinggalnya;
f) bahawa dia hendaklah pada waktu atau waktu-waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam
perintah sekatan itu menghadirkan diri di balai polis yang hampir sekali;
g) bahawa dia hendaklah berada di dalam rumah, atau di dalam kawasan sebagaimana yang
ditentukan dalam perintah sekatan itu, di antara waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam
perintah sekatan itu, kecuali dia mendapat kebenaran khas sebaliknya daripada Pegawai Penjaga
Daerah Polis;
h) bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh
memasuki mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;
a) bahawa dia hendaklah menggunakan hanya peralatan dan kemudahan komunikasi yang
diistiharkan kepada dan diluluskan oleh Ketua Pegawai Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan

10
yang berkenaan bagi kawasan yang dia dikehendaki tinggal sebagaimana yang dinyatakan dalam
perintah sekatan itu;
b) bahawa melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah sekatan itu, dia tidak boleh
mengakses internet; dan
c) bahawa boleh dipasang kepadanya suatu peranti pengawasan elektronik
i) bahawa dia hendaklah menjaga keamanan dan berkelakuan baik;
j) bahawa dia hendaklah mengikat suatu bon, dengan atau tanpa penjamin sebagaimana yang
diarahkan oleh Menteri dan sebanyak amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah
sekatan itu, bagi pematuhan wajar sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya oleh perintah
sekatan itu.

Melalui Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan maka aktiviti-aktiviti subjek yang terlibat dalam
pengedaran dadah berbahaya dapat dicegah selaras dengan tujuan dan matlamat Akta ini.

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988 ( AKTA 340 )

Di bawah Akta ini Sek 15 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 membenarkan mana-mana
pegawai polis (Inspektor keatas) diberi kuasa untuk menangkap mana-mana individu yang melakukan
kesalahan di bawah Akta ini. Pegawai ini juga dibenarkan untuk masuk dan geledah mana-mana premis
dan menyita harta alih yang bernilai dipercayai hasil pendapatan salah dari aktiviti pengedaran dadah di
bawah Sek 16 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. Hanya pegawai berpangkat Penolong
Penguasa Polis keatas dibenarkan membuat penyitaan harta tidak alih yang disyaki ke atas mana-mana
premis, tanah atau harta yang dikategorikan sebagai harta tidak alih semasa penyiasatan dijalankan di
bawah Sek 28 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. Untuk menyita sesuatu perniagaan
yang dijalankan oleh suspek di mana dipercayai modal ayau hasil perniagaan itu ada terlibat dengan
pendapatan salah melalui aktiviti pengedaran dadah maka dibwah Sek 27 Akta Dadah Berbahaya
(Perlucuthakan Harta) 1988 hanya pegawai yang ditetapkan sahaja boleh membuat penyitaan tersebut.
Selalunya Ketua Unit / Pegawai Turus Perlucuthakan Harta Kontinjen boleh membuat penyitaan tersebut
dengan kebenaran Tim. Pengarah JSJN atau Ketua Penolong Pengarah Perlucuthakan Harta Bukit Aman.

AKTA RACUN 1952

Semua jenis dadah samada dari sumber alam semulajadi atau campuran kimis sintetik yang telah didaftar
di bawah Jadual Pertama (Bahagian 1 ,11 & 111) adalah dikategorikan bahan yang menyalahi undang-
undang dibawah Akta Dadah berbahaya 1952. Manakala untuk Daun Ketum ianya tidak dikategorikan di
bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 Bahagian 1 (Dadah Semula Jadi) oleh itu ianya
menjadi bahan yang menyalahi undang-undang Akta Racun 1952 kerana mengandungi bahan kimia
Migragynine. Apabila siasatan dibuat ke atas tangkapan melibatkan daun ketum prosedur siasatan yang
sama digunakan sepertimana tangkapan memiliki atau mengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya
1952 tetapi hanya satu perbezaan iaitu rakaman percakapan Orang Kena Tuduh (OKT) dirakam di bawah
Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

11
DIsediakan oleh

DSP Pengajian Siasatan Jenayah Narkotik


Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur
Selangor

BAHAN RUJUKAN

1. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) – 2019 International Law Book Services

2. Akta Dadah Berbahaya Rawatan & Pemulihan 1983 (Akta 283) – 2019 International Law Book
Services

3. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) – 2019 International
Law Book Services

4. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (Akta 340) – 2019 International Law Book
Services

5. Akta Racun 1952 – 2019 International Law Book Services

12
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL

PENDAHULUAN

Jenayah Komersil ataupun Jenayah Kolar Putih tiada mempunyai definisi yang khusus dari segi
perundangan. ianya adalah satu ‘terminologi am’ yang membawa pengertian kepada sebilangan jenayah
yang diguna pakai dan boleh disilih gantikan. Pada amnya, Jenayah Komersil bolehlah dianggap sebagai
jenayah yang serius kerana salahlaku dan ketinggalan akan mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan
serta porak peranda ke atas sektor ekonomi sesebuah negara. Bidang jenayah Komersil adalah kompleks
dan rumit dan mangsa akan hanya menyedari dirinya terpedaya setelah sekian lama berurusan dengan
suspek. Jenayah komersil berubah mengikut peredaran globalisasi dengan kewujudan jenayah-jenayah
komersil yang baru namun pada hakikatnya jenayah tersebut tidak banyak berubah, yang akan berubah
adalah Modus Operandi yang digunakan.

VISI & MISI

VISI :-

Menjadikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil peneraju dalam siasatan jenayah komersil dan siber
berteraskan profesionalisme dan standard mengikut World Class Policing menuju ke arah kecemerlangan
jabatan.

MISI :-

Komited dan kekal relevan dengan memperkasakan sistem penyamapaian, siasatan berkualiti, modal
insan dan prasarana di samping jaringan dalam dan luar negara ke arah meningkatkan keyakinan
masyarakat serta pelabur asing.

FUNGSI JSJK

 Membanteras jenayah komersil


 Menangani semua bentuk jenayah komersil
 Menjamin ketelusan penyiasatan
 Siasatan cepat dan bermutu
 Mengumpul data kesalahan jenayah komersil

MEMPERKASAKAN MUTU PENYIASATAN

Salah satu fungsi dan peranan Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 adalah
menangkap dan mendakwa pesalah. Matlamat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah untuk
memperkasakan kualiti siasatan bagi mengoptimunkan pendakwaan dan sabitan. Ke arah mencapai
matlamat tersebut, JSJK hendaklah memberi fokus kepada proses memantapkan pengurusan siasatan.

Pengurusan siasatan jenayah merupakan proses bagi memastikan sesuatu kes jenayah komersil ditadbir
secara teratur, tepat, berkesan serta memelihara bahan bukti fizikal dan dokumen supaya keterangan
yang diperolehi boleh digunakan untuk tujuan tindakan undang-undang.
13
Memperkasakan mutu penyiasatan bertujuan untuk meningkatkan keuapayaan memperolehi
keterangan serta mempercepatkan proses siasatan supaya sistem penyamapaian perkhidmatan
penyiasatan sentiasa dikekalkan di tahap yang tinggi.

Dalam mencapai tujuan ini, beberapa aspek penyiasatan antara lain yang dititikberatkan melalui arahan
ini adalah seperti berikut:-

a) Rakaman percakapan di bawah Sek.112 Kanun Prosedur Jenayah,


b) Diari penyiasatan di bawah Sek.119 Kanun Prosedur Jenayah, dan
c) Tatacara minit secara berkesan mengenai kes dalam kertas siasatan.

Menurut Arahan Pentadbiran Pengarah JSJK Bil.16/2019 – pembukaan kertas siasatan melibatkan kes-
kes jenayah komersil adalah seperti di bawah:-

Formasi Pangkat Kerugian


Daerah ASP/Insp/Sjn Menyiasat kes-kes jenayah komersil yang
melibatkan kerugian tidak melebihi RM1 juta

Kontinjen ASP Menyiasat kes-kes jenayah komersil yang


melibatkan kerugian melebihi RM1 juta dan
di bawah RM5 juta

Bukit Aman Mana-mana pegawai Menyiasat kes-kes jenayah komersil yang


yang diarahkan oleh melibatkan kerugian melebihi Rm5 juta ke
Timbalan Pengarah atas dan kes-kes yang menarik perhatian
JSJK (Siasatan)

KUASA DAN UNDANG – UNDANG YANG DIGUNAKAN BAGI KES-KES JENAYAH KOMERSIL

Undang-undang yang digunakan sebagai sumber kuasa untuk tujuan mencapai visi dan misi JSJK semasa
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada agensi utama penguatkuasaan ini.

Kanun Keseksaan
Penipuan, Pecah Amanah Jenayah, Pemalsuan, Pelencungan Wang / Setem dan lain-lain, Menggunakan
Harta Dengan Curang, Penyamaran, Maklumat dan Keterangan Palsu, Fitnah, Penyebaran Bahan Lucah

Akta Jenayah Komputer & Akta Komunikasi & Multimedia

- Jenayah Siber
• Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan komputer
• Penggunaan secara fraud kemudahan rangkaian, perkhidmatan
• Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan
• Kerosakan kepada kemudahan rangkaian

14
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada
Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)
- Semua kesalahan pengubahan wang haram

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

- Semua kesalahan pemberi pinjaman wang tanpa lesen / syarat

Akta Hak Cipta

- Kesalahan memiliki salinan langgaran hak cipta

Akta Penapisan Filem


• Kesalahan melibatkan filem lucah
• Kesalahan melibatkan filem belum diluluskan
• Kesalahan melibatkan filem tanpa sijil b
• Kerosakan kepada kemudahan rangkaian

Dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.

TREND SEMASA JENAYAH KOMERSIL

Pendekatan jenayah berubah mengikut trend kesalahan jenayah komersil dari satu masa ke satu masa
yang lain. Walaupun terdapat ketegori jenayah komersil yang baru, pada umumnya jenayah tidak banyak
berubah, tetapi modus operandi telah banyak berubah. Perubahan modus operandi ini selaras dengan
perubahan masa, perkembangan pengetahuan dan teknologi. Ia merupakan satu cabaran yang hebat
kepada penguatkuasa.
Dengan Modus Operandi menjadi lebih canggih, kes-kes penipuan, pecah amanah jenayah dan
pemalsuan meningkat melibatkan jenayah Transnational ekoran daripada globalisasi. Jenayah komersil
kini banyak menumpukan kepada kes-kes seperti berikut:-

- Jenayah Siber (Macau Scam, Internet Banking Fraud, Penipuan E-Dagang, Hacking, Malware,
Computer related crime - ugutan, hasutan dan fitnah,).

- Penipuan Pelaburan

- Penipuan Cryptocurrency

- Pengubahan Wang Haram

15
JENAYAH SIBER

Jenayah Siber boleh ditakrifkan sebagai suatu perlakuan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan
oleh individu atau berkumpulan menggunakan medium internet atau menggunakan peralatan komputer.

Terdapat dua kategori jenayah siber iaitu jenayah berkaitan komputer dan jenayah komputer.

Dalam jenayah berkaitan komputer terdapat dua jenis kesalahan iaitu penipuan siber dan juga kesalahan
kandungan. Penipuan siber adalah seperti penipuan telekomunikasi (Macau Scam), penipuan 419 (Love
Scam) penipuan e-belian, penipuan e-kewangan dan juga perlanggaran harta intelek. Manakala
Kesalahan Kandungan adalah kandungan yang dimuat naik ke dalam laman sosial yang disifatkan
merupakan perkara yang berunsur fitnah, lucah, hasutan, ancaman, menjijikkan / menyakitkan hati, atau
mengaibkan / menjatuhkan maruah.

Jenayah komputer pula adalah merupakan satu kesalahan capaian tanpa kuasa yang dilakukan oleh
penjenayah dengan cara melakukan pencerobohan komputer, melakukan gangguan data, penggodaman
(hacking) menghantar virus (Malware) dan lain-lain.

Kategori Kes Jenayah Siber Yang Disiasat Oleh JSJK

 Penipuan 419/ “ Romance Scam” (Bungkusan, Harta Warisan/ Pelaburan Perniagaan, Tawaran
Kerja, Datang Berjumpa)

 Penipuan Telekomunikasi (Pemberitahuan menang hadiah, penyamaran polis / pegawai kastam


Pegawai bank dan lain-lain, Macau Scam (Mengguna Teknik spoofing iaitu pemanggil akan
berkomunikasi menggunakan platform Voice Over Internet Protocol (VOIP) bagi membolehkan
pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya penerima bahawa
pemanggil adalah dari nombor yang tertera di skrin)

 Penipuan e-kewangan (ATM, Hacking, Phishing, Penipuan email)

 Penipuan e-Perdagangan (Belian / Jualan dalam talian, Pelaburan)

 Salahguna rangkaian Sek.233 Akta Komunikasi & Multimedia

Trend terkini jenayah siber adalah


a) Penipuan 419 (Love Scam)
b) Tipu panggilan (Phone Scam)
c) Penipuan E-Dagang
d) Pinjaman Tak Wujud

Kanun Kesekasaan, Akta Jenayah Komputer dan Akta Komunikasi dan Multimedia adalah undang-undang
yang digunakan bagi menyiasat kes-kes jenayah siber di Malaysia.

16
PENIPUAN PELABURAN

Pelbagai kes-kes pelaburan yang dilaporkan seperti pelaburan komoditi, perniagaan, pertanian, emas,
forex dan sebagainya. Statistik menunjukkan kes-kes seperti ini kebiasaannya melibatkan mangsa yang
ramai serta kerugian dalam jumlah yang besar. Justeru, kes-kes ini jika tidak ditangani dengan
sewajarnya, dibimbangi akan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat serta memberi kesan yang
negatif kepada perkembangan ekonomi negara.

Ada pelbagai jenis skim pelaburan haram dijalankan yang bertentangan dengan undang-undang seperti
berikut:-

- Skim cepat kaya;


- Pelaburan dalam perdagangan matawang asing (Forex trading);
- Perdagangan dalam matawang alam maya (Bitcoin);
- Pelaburan emas;
- Pelaburan komoditi;
- Pelaburan perniagaan;
- Skim Jualan Langsung atau Piramid;
- Skim Pemasaran Pelbagai Peringkat (Multi-Level Marketing);
- Skim Keahlian Rekreasi;
- Skim kongsi-masa.

Modus Operandi skim pelaburan haram pada biasanya akan menjanjikan kadar faedah atau pulangan
keuntungan yang tinggi berbanding dengan pulangan yang ditawarkan oleh Broker Exchanger, Syarikat
atau Institusi Kewangan yang memiliki lesen sah bagi sesuatu pelaburan.

Sesuatu skim pelaburan, jika mempunyai ciri-ciri atau intipati kesalahan tipu, adalah wajar siasatan
dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Pada amnya, skim-skim pelaburan ini secara luaran
akan mempunyai ciri-ciri atau bermirip kepada suatu kesalahan menjalankan perniagaan pelaburan
tanpa lesen atau berwajahkan suatu pertikaian perjanjian yang merupakan kes tuntutan sivil.

Mana-mana skim pelaburan boleh dikategorikan sebagai melakukan suatu kesalahan tipu jika
mempunyai intipati-intipati kesalahan tipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan seperti berikut:-

(a) Perdayaan;
(b) Dengan curangnya mendorong untuk menyerahkan harta; dan
(c) Kedapatan salah dan kehilangan salah (Wrongful gain and wrongful loss)

CRYPTOCURRENCY

Cryptocurrency adalah aset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran
menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan mata
wang. Mata wang kripto ialah subset mata wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.

Cryptocurrency utama iaitu Bitcoin boleh diperolehi melalui 4 cara:-


i) Mining
ii) Membeli melalui Peer to Peer
17
iii) Membeli melalui Digital Asset Exchange
iv) Membeli melalui ATM bitcoin

Garis Panduan Bank Negara Malaysia ke atas Perdagangan Mata Wang Digital adalah di bawah Anti
Money Laundering and Counter Financing of Terrorism (AML/CFT) – Digital Currencies (Sector 6)
bertujuan untuk pemantauan penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Garis Panduan bagi Suruhanjaya Securiti Malaysia ke atas Aset Digital adalah menurut Sek.377 Akta
Perkhidmatan dan Modal Pasaran 2007 di mana mata wang digital dan token digital dianggap sebagai
sekuriti. Suruhanjaya Securiti Malaysia buat masa ini meluluskan 3 buah Digital Asset Exchange (DAX)
iaitu Luno, Sinergy dan Tokenize untuk perdagangan crpytocurrency dan membenarkan 4 jenis crypto
diperdagangkan di DAX iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Litecoin.

Unit Siasatan Cryptocurrency JSJK merupakan sebuah unit yang ditubuhkan sebagai satu inisiatif untuk
tujuan menjalankan analisa transaksi, pengesanan, pengenalpastian, bantuan teknikal, rampasan dan
lain-lain kes yang akan dikenalpasti dari semasa ke semasa melibatkan cryptocurrency/mata wang digital
dan token digital. Unit ini ditempatkan di Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik JSJK.

Kes-Kes melibatkan Cryptocurrency yang disiasat oleh JSJK:-

i) Initial Exchange Offering (IEO) / Token Digital Palsu


ii) Pelaburan Cryptocurrency Tidak Wujud
iii) Penipuan Dalam Beli/Jual Cryptocurrency
iv) Hacking e-Wallet
v) Ransomware
vi) Penipuan Dalam Mining

PENGUBAHAN WANG HARAM & PEMBIAYAAN KEGANASAN

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada
Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTPUAA 2001) adalah suatu akta bertujuan untuk mencegah dan menjadikan
pengubahan wang haram satu kesalahan jenayah, dengan langkah-langkah diambil untuk mencegah
pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Selain dari mengadakan peruntukan bagi kesalahan pengubahan wang haram dan pembiayaan
keganasan, AMLAAFTPUAA 2001 juga mempunyai peruntukan untuk pembekuan, penyitaan dan
perlucuthakan harta yang berpunca atau terlibat dalam pengubahan wang haram/pembiayaan
keganasan dan hasil dari aktiviti haram.

Pengubahan wang haram adalah proses menyembunyikan sumber dari mana datangnya wang tersebut.
Wang diperolehi dari hasil jenayah adalah wang “kotor” dan wang yang digubal tersebut muncul seolah-
olah ia datang dari sumber yang sah. Wang boleh dimanipulasikan dengan berbagai kaedah.

Pembiayaan keganasan bermaksud menyediakan dana untuk aktiviti pengganas. Ia mungkin melibatkan
dana yang diperolehi dari sumber-sumber yang sah seperti derma peribadi dan keuntungan dari
perniagaan pertubuhan dan organisasi amal. Ia juga dari sumber jenayah seperti perdagangan dadah,
penyeludupan senjatapi dan lain-lain jenayah.
18
Proses pengubahan wang haram melibatkan 3 peringkat iaitu:-

Peringkat pertama - Penempatan (Placement)


Satu cara di mana wang haram dipisahkan dari sumber haram mereka dan diletakkan dalam sistem
kewangan yang sah tanpa dapat dikesan dan diragui.

Peringkat kedua - Lapisan (Layering)


Suatu proses mewujudkan pelbagai lapisan transaksi, menjauhkan lagi dana haram daripada sumber
haram mereka dengan tujuan untuk mengaburi atau untuk membuat ianya sukar untuk dikesan asal usul
dana tersebut.

Peringkat ketiga – Integrasi (Integration)


Merupakan peringkat yang melengkapkan proses pengubahan wang haram di mana hasil perolehan
haram telah berjaya bersatu di dalam ekonomi sebagai dana yang sah.

Terdapat 51 Akta dengan jumlah 425 kesalahan berat (kesalahan prediket) boleh diambil tindakan di
bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 menyatakan mana-mana orang yang –

(a) Melibatkan diri, atau cuba untuk melibatkan diri dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada
aktiviti haram atau peralatan kesalahan;

(b) Memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyi, memindahkan, mengubah, menukar, membawa,


melupuskan atau menggunakan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan;

(c) Mengalihkan dari atau membawa masuk ke dalam Malaysia, hasil daripada aktiviti haram atau
peralatan kesalahan; atau

(d) Merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi,
pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada aktiviti
haram atau peralatan kesalahan.

Melakukan kesalahan pengubahan wang haram dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda
jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM 5 juta, yang mana yang
lebih tinggi.

Tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) hendaklah diambil jika ada maklumat atau keterangan
menunjukkan atau ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa harta dalam milikan atau kawalan
suspek yang terlibat dalam kesalahan jenayah.
19
Apabila Pegawai Penyiasat bagi kesalahan prediket terima arahan daripada Pengarah, Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil atau mana-mana pegawai yang bertindak atas arahan Pengarah, untuk mengambil
tindakan di bawah AMLA, hendaklah buat laporan polis mengenai pengubahan wang haram dan merujuk
repot tersebut kepada Bahagian AMLA.

Dalam mana-mana serbuan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat atau mana-mana pegawai yang ada
kaitan dengan siasatan kes jenayah, menjumpai atau merampas apa-apa harta yang boleh dialih seperti
wang tunai, kenderaan atau lain-lain barang yang bernilai yang dipercayai diperolehi hasil daripada
kesalahan jenayah, hendaklah selepas dibuat laporan polis serahkan barang-barang rampasan itu kepada
Pegawai Penyiasat AMLA untuk tindakan lanjut.

Pegawai Penyiasat kesalahan prediket hendaklah pastikan prosedur dan dokumen serah-menyerah
dilaksanakan sewaktu penyerahan eksibit dibuat kepada Pegawai Penyiasat AMLA. Satu salinan dokumen
serah menyerah hendaklah dimasukkan dalam kertas siasatan prediket.

BANTUAN PERKAUNAN FORENSIK DALAM SIASATAN KES JENAYAH KOMERSIL

Bahagian Siasatan Forensik Perakauanan merupakan satu bahagian di dalam Jabatan siasatan Jenayah
Komersil yang memberi bantuan perakauanan forensik dalam penyiasatan kes-kes jenayah komersil.

Peranan Bahagian Siasatan Fofensik Perakaunan


- Memberi bantuan perakauanan forensik dalam penyiasatan kes jenayah komersil dan juga
bantuan kepada lain-lain cawangan/unit/bahagian/jabatan dalam PDRM bagi kes-kes yang
rumit dan melibatkan banyak transaksi perakaunan.
- Membantu pegawai penyiasat dalam mengenalpasti dokumen-dokumen perakaunan yang
boleh dijadikan bahan bukti
- Mengenal pasti Modus Operandi penjenayah dalam penyalahgunaan sistem perakaunan.
- Membantu pegawai penyiasat untuk membuat money trail dan mengesan aset.
- Menyediakan laporan analisis.

Justifikasi Kes Untuk Memohon Bantuan Perakaunan Forensik


- Kerugian besar dan kes-kes yang menarik perhatian yang melibatkan manipulasi perakauanan.
- Mempunyai masalah untuk menentukan jumlah kerugian yang sebenar berdasarkan dokumen-
dokumen perakauanan.
- Jumlah transaksi dan dokumen perakaunan yang banyak.
- Dokumen-dokumen perakauanan yang tidak tersusun da tidak lengkap.

COMMERCIAL CRIME INTELLIGENCE SYSTEM (CCIS)

CCIS telah dibangunkan untuk JSJK menyimpan dan merekodkan semua maklumat risikan jenayah
komersil. Maklumat-maklumat di dalam CCIS telah disusun secara sistematik mengikut format yang
sesuai untuk JSJK dalam membuat siasatan, risikan, operasi dan pencegahan jenayah. Objektif utama
untuk memudahkan carian maklumat kes-kes penipuan jenayah komersil di samping menjana statistik
yang lebih cepat dan tepat. CCIS berupaya untuk membuat semakan silang setiap maklumat bagi
menghasilkan laporan analitik antara data. CCIS juaga akan menjana berbagai jenis statistik secara
20
automatik bersesuaian dengan format dan kehendak semasa JSJK dan boleh dicapai pada bila-bila masa
dan di mana-mana dalam rangkaian komunikasi PDRM (Intranet).

Semua kertas siasatan dan kertas enkuiri polis pada tarikh ringkasan jenayah harian dibuka akan
didaftarkan dalam CCIS. Selain dari menetapkan Modus Operandi setiap kes, maklumat risikan yang
diadapati di dalam siasatan dimasukkan ke dalam ruangan yang telah disediakan dalam CCIS seperti
nombor telefon, nombor akaun bank suspek, nombor siri wang plasu dan sebagainya. CCIS menjana
laporan jenayah harian bagi JSJK.

BAHAN RUJUKAN:-

Manual Siasatan Jenayah Komersil


Arahan Pentadbiran Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Kanun Keseksaan
Akta Jenayah Komputer 1997
Akta Komunikasi & Multimedia 1998
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada
Aktiviti Haram 2001

21
JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK

(PENGURUSAN DAN PENYIASATAN TRAFIK)

1. DEFINISI & UNDANG-UNDANG

▪ Seksyen 2 APJ 1987 mendefinisikan ‘kemalangan’ seperti berikut:

“Suatu kejadian di mana kerosakan atau kecederaan dilakukan terhadap mana-mana orang,
harta, kenderaan, struktur atau binatang.”

22
▪ Walau bagaimana pun bagi tujuan pengumpulan data, takrifan kemalangan jalan raya
diperluaskan seperti berikut:

Kemalangan Jalan Raya: Suatu kejadian (kes) yang berlaku di jalan awam atau persendirian yang
berpunca samada daripada kecuaian atau ketinggalan mana-mana (dari aspek pemanduan,
perlakuan, penjagaan kenderaan dan jalan) atau faktor persekitaran (tidak termasuk bencana
alam) yang mengakibatkan apa jua bentuk perlanggaran (termasuk penumpang bas) dengan
melibatkan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan yang bergerak dimana kerosakan atau
kecederaan (termasuk mati) dialami oleh mana- mana orang, harta, kenderaan, struktur atau
binatang yang terlibat dalam kejadian tersebut dan dilaporkan kepada polis.

▪ Secara ringkasnya, definasi kemalangan jalan raya mestilah mempunyai ciri-ciri seperti
berikut: -

▪ Terdapat kerosakan atau kecederaan yang dialami oleh mana-mana orang, harta,
kecederaan, struktur atau binatang.

▪ Ada unsur kecuaian atau ketinggalan pada mana-mana pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dari aspek pemanduan, perlakuan, penjagaan kenderaan
(faktor mekanikal) atau faktor persekitaran (keadaan jalan, papan tanda dan lain-lain).

▪ Tidak termasuk kejadian disebabkan bencana alam.

▪ Merangkumi semua jenis jalan;

▪ Melibatkan perlanggaran sekurang-kurangnya sebuah kenderaan

▪ Dilaporkan kepada polis oleh mana-mana pihak sama ada mangsa terlibat atau tidak
dengan kejadian tersebut.

23
Kes kemalangan jalan raya adalah bersifat separa jenayah (quasi criminal) dan menjurus kepada
kesalahan strict liability. Walaupun ia adalah bersifat separa jenayah, tetapi ia hendaklah disiasat untuk
mengumpul bukti bagi menentukan liabiliti (kebertanggungjawaban ke atas orang yang melakukan
kecuaian). Fokus utama dalam fasa penyiasatan ialah bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan
peristiwa sebelum, semasa dan selepas kemalangan.

24
Kes bukan kemalangan jalan raya adalah kes-kes yang disiasat oleh pegawai penyiasat trafik di bawah
peruntukan Seksyen 113(1) APJ 1987 yang menyatakan:
Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan apa- apa atau
segala kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan
kepada pegawai polis itu di bawah Bab XIII Kanun Acara Jenayah, dan seksyen
112 hingga 114 Kanun itu, adalah terpakai kepada pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa
semasa penyiasatan itu dijalankan.
Contoh kes bukan kemalangan jalan raya adalah seperti: -
• Seksyen 42(1) APJ 1987 (Lumba Haram).
• Seksyen 108 APJ 1987 (Memalsukan, mengubahkan, mengusik, mencacatkan atau apa- apa
tanda plat atau dokumen yang dikehendaki oleh akta ini untuk dibawa atau dipamerkan di atas
kenderaan motor)
• Seksyen 50 APJ 1987 (Gangguan dan desakan yang menyalahi undang-undang)
• Seksyen 81 APJ 1987 (Sekatan keatas pertandingan dan ujian kelajuan)
• Seksyen 279 Kanun Keseksaan (Memandu atau menunggang dengan kelalaian di jalan awam).

25
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum mengklasifikasi kes Kemalangan Jalan
Raya
Kemalangan Serius
• Kemalangan Maut (seksyen 41 atau 44 APJ 1987);

• Kemalangan yang mengakibatkan Cedera Parah [seksyen 43 (1) APJ 1987 atau 338 KK];

• Cedera parah adalah jenis cedera yang disenaraikan di bawah seksyen 320 KK kecuali seksyen
320(g). Bagi seksyen 320 (g), kes akan diklasifikasikan di bawah seksyen 43(1) APJ 1987 atau 338
KK hanya apabila melibatkan patah long bone‘ atau flat bone‘ sahaja.

• Kerosakan kenderaan yang teruk atau total loss. [seksyen 43 (1) APJ 1987]

Kemalangan Ringan
• Kemalangan yang tidak menyebabkan kecederaan atau hanya kecederaan ringan sahaja;
dan

• Kemalangan rosak sahaja.

26
Kes Bukan Kemalangan
• Kes yang disiasat di bawah APJ 1987 selain kemalangan jalan raya.

Contoh kes bukan kemalangan jalan raya adalah seperti: -


• Seksyen 42(1) APJ 1987 (Lumba Haram).

• Seksyen 108 APJ 1987 (Memalsukan, mengubahkan, mengusik, mencacatkan atau apa- apa
tanda plat atau dokumen yang dikehendaki oleh akta ini untuk dibawa atau dipamirkan di atas
kenderaan motor)

• Seksyen 50 APJ 1987 (Gangguan dan desakan yang menyalahi undang-undang)

• Seksyen 81 APJ 1987 (Sekatan keatas pertandingan dan ujian kelajuan)

• Seksyen 279 Kanun Keseksaan (Memandu atau menunggang dengan kelalaian di jalan awam).

27
Kuasa Mengklasifikasi Semula Kes
Pegawai yang mempunyai kuasa untuk mengklasifikasi semula kes siasatan trafik adalah seperti
berikut:
• Timbalan Pendakwa Raya.

• Peringkat Kontinjen:

Ketua Polis Negeri (KP), Timbalan Ketua Polis Negeri (TKP), Ketua Polis Daerah (KPD) Ketua Jabatan
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT), Pegawai Turus (P.T) (Siasatan/Perundangan)
Kontinjen.

• Peringkat Bukit Aman:

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (PJSPT), Timbalan Pengarah Jabatan
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (TPJSPT), Ketua Penolong Pengarah Siasatan/Perundangan
[KPP (S/P)], Penolong Pengarah
Siasatan/Perundangan [PP (S/P)], Pegawai Turus (PT) (Perundangan) Bukit Aman dan mana-
mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

28
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 333) - Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai
pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalulintas di jalan-jalan dan kenderaan- kenderaan
di atasnya; bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko-risiko yang
berbangkit daripada penggunaan kenderaan-kenderaan motor; bagi membuat peruntukan mengenai
penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan-kemudahan bagi pembinaan dan penyesuaian
kenderaan-kenderaan motor; dan bagi membuat peruntukan mengenai maksud-maksud yang
berkaitan.

Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan – Merupakan suatu perundangan subsidiari yang di buat di bawah
Akta 333 yang memperincikan dari perkara-perkara pokok (dasar) di bawah Akta Pengangkutan Jalan
1987.

29
Kaedah 3(2)(b) LN166/59
Pemandu bagi tiap-tiap dan setiap kenderaan apabila memandu di atas jalan hendaklah memberi hak
laluan kepada lalu lintas yang datang terus dari arah hadapan sebelum membelok melintasi laluan lalu
lintas itu.

30
Kaedah 6(1) LN 166/59 Memotong dan menghalang daripada memotong.
Walau apa pun peruntukan terakhir kaedah yang terdahulu, tiada pemandu boleh melalui atau
memotong kenderaan lain dalam keadaan yang boleh menyebabkan bahaya atau kesulitan kepada
pengguna jalan raya yang lain, atau di sekitar lengkok, selekoh, bukit atau halangan yang lain yang
menghalang pemandangannya.

31
Kemalangan jalan raya adalah kejadian yang amat mengelirukan, bagaimana ianya berlaku, siapa atau apa
yang menyebabkan ianya berlaku, dan kenapa ianya terjadi adalah fakta-fakta yang perlu ditentukan oleh
pegawai polis. Setiap pegawai polis haruslah mempunyai asas kepada penyiasatan kemalangan jalan
raya dan tahu bagaimana untuk menyediakan laporan siasatan. Kemalangan jalan raya akan
mendatangkan kecederaan atau kematian atau kerosakan yang memerlukan siasatan dijalankan dengan
telus dan adil demi melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat.

32
Siasatan di tempat kejadian adalah satu proses rekonstruksi kemalangan dengan tujuan untuk
menentukan cara sesuatu perlanggaran tersebut berlaku berdasarkan bukti-bukti fizikal yang ada dan
ditemui di tempat kejadian seperti kesan tayar di jalan raya, kesan kerosakan kenderaan, corak serpihan
dan kedudukan akhir kenderaan selepas perlanggaran.

33
Kawalan Trafik Di Lokasi Kemalangan
Kawalan trafik adalah keperluan utama di tempat kejadian bagi mengelakkan kemalangan atau
kecederaan selanjutnya:
• Mengubah haluan kenderaan sekitar tempat kejadian;

• Menyuraikan penonton atau personel yang tidak diperlukan dari tempat kejadian.

34
Keperluan Bantuan Tambahan
Bantuan tambahan personel perlu dibuat jika keadaan memerlukan untuk tujuan pembaikan
bekalan elektrik, jalan, paip air, bantuan perubatan dan anggota polis dari balai berdekatan.

35
Menyoal dan Merakam Percakapan di Tempat Kejadian
• Menyoal dan merakam percakapan saksi-saksi dan mangsa perlu dibuat ditempat kejadian.
Sekiranya sukar maka rakaman percakapan harus diambil secepat mungkin di hospital (dengan
kebenaran doktor), di balai polis, di rumah saksi atau mangsa atau di mana-mana tempat yang
bersesuaian;

• Nama, nombor telefon dan alamat saksi perlu dicatitkan dalam Buku Siasatan;

• Semua saksi perlu dipisahkan semasa menyoal dan merakam percakapan, tetapi haruslah di
tempat yang selamat seperti di tepi jalan;

36
• Jika ada saksi bebas yang melihat kejadian, temuduga saksi berkenaan bagaimana kejadian berlaku
di tempat kejadian dan minta saksi berkenaan tunjukkan spot kejadian sebagai pengecaman
serta rakam percakapannya sama ada di tempat kejadian atau di tempat lain kemudiannya;

• Pastikan semua yang terlibat memberikan nama dan nombor telefon sesama mereka
sebelum meninggalkan tempat kejadian.

1. Kenalpasti spot kejadian (pengadu cam atau terdapat kesan serpihan kaca atau lain-lain tanda atau
kedudukan mayat dan kenderaan, jika ada).
2. Keadaan cuaca dan cahaya semasa sampai di tempat kejadian.

37
3. Keadaan jalan termasuk sistem lalulintas, bentuk jalan, permukaan jalan, garisan jalan,
lebar jalan, had laju yang ditetapkan di jalan berkenaan, papan tanda persekitaran jalan,
aktiviti sosial di kawasan persekitaran jalan (kawasan perumahan, pusat membeli-belah
dan lain-lain),kawalan lalulintas (contoh: lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, kawalan
polis atau warden dan lain-lain) dan lain-lain keadaan jalan yang dapat membantu
siasatan.
4. Buat pemerhatian anggaran jarak penglihatan sebelah kiri dan kanan daripada spot
kejadian untuk menentukan anggaran jarak penglihatan pemandu sebelum terlibat dalam
kemalangan.
5. Kenalpasti penanda tetap (contoh: Pos kilometer, simpang, jambatan, tiang lampu
jalan yang mempunyai nombor, bangunan landmark dan jika semua perkara berkenaan
tiada, tetapkan salah satu bahu jalan) bagi menjadi panduan mengenalpasti lokasi serta
sebagai panduan membuat ukuran tempat kejadian.
6. Mengukur jarak ekshibit dari
base point.
7. Gunakan alat GPS (Global Positioning System) untuk menentukan lokasi tepat
kemalangan.

38
39
1. Lakaran Rajah Kasar adalah bertujuan:
1.1. Membantu menjelaskan kemalangan.
1.2. Membantu penyiasat mendedahkan fakta.
1.3. Menentukan titik yang dinyatakan di tempat kejadian.
1.4. Bertindak sebagai asas untuk lukisan skala tepat (jika perlu).

40
2. Tujuan lakaran Rajah Kasar Tempat Kejadian digunakan untuk menyokong catatan asal pegawai
penyiasat. Maklumat berikut perlu diletakkan pada lakaran dan lukisan berskala:

2.1. Masa kemalangan (tarikh dan jam).

2.2. Nama-nama jalan raya. Jika jalan raya luar bandar, tunjukkan jarak ke mercu tanda
(landmark) terdekat yang boleh dikenal pasti.
2.2.1. Arah Utara.
2.2.2. Nombor Repot.
2.2.3. Rujukan kepada gambar yang diambil.

3. Langkah-langkah dalam penyediaan rajah kasar:

3.1. Langkah pertama pegawai penyiasat ialah melakar jalan, bahu dan kawasan-kawasan lain
kejadian yang berkaitan dengan siasatan. Ini termasuklah apa-apa ciri-ciri fizikal yang
mungkin merupakan faktor penyumbang kepada punca kemalangan itu, atau yang akan
digunakan sebagai titik pangkal (base point) untuk pengukuran jarak ke kenderaan, mangsa
atau bahan bukti.
Titik pangkal kemudiannya dilukis pada lakaran. Ini adalah titik-titik yang digunakan dalam
membuat ukuran secara triangulasi. Titik ini adalah objek kekal seperti tiang telefon,
penanda perbatuan, tanda jalan raya, dan lain-lain Jika benda-benda tetap tidak ada, titik
pangkal boleh ditentukan dengan menanam kayu (pancang) ke dalam tanah di tepi jalan atau
menanam paku (roofing nail) ke asfalt.

3.2. Pengukuran dibuat dari tempat di mana titik pangkal menyentuh tanah. Jika objek bulat yang
besar, seperti tiang telefon digunakan, titik rujukan yang tepat perlu ditanda dengan paku
atau cat.

41
3.3. Bahagian lakaran seterusnya menunjukkan kedudukan akhir kenderaan, penumpang dan
bahan bukti kemalangan dan menandakan jarak dari titik pangkal dan garisan tengah jalan.
Semua kerosakan kepada kenderaan dan harta lain juga ditunjukkan pada lakaran. Maklumat
ini juga hendaklah dimasukkan dalam bahagian naratif laporan.

3.4. Lakaran selesai dengan menyertakan maklumat mengenai kesan dan serpihan kenderaan di
tempat kejadian. kesan kenderaan termasuk gelincir dan tanda lecet , calar, scrapes dan
gougespada turapan dan kesan yaw. Tanda-tanda akan digunakan dalam menentukan
kelajuan kenderaan yang terlibat. Serpihan berguna dalam menentukan titik sentuhan
pertama. Serpihan biasanya tersebar dalam bentuk yang memanjang ke arah perjalanan.
Pusat tumpuan serpihan adalah terbesar juga ditunjukkan.

3.5. Catatan perlu dibuat jika nampaknya ada dua atau lebih kawasan serpihan berasingan.

42
Senarai agensi pasukan bantuan di tempat kejadian dan bantuan kepakaran dalam siasatan
kemalangan adalah seperti berikut:

Bantuan di lokasi kemalangan


• Kementerian Kesihatan Malaysia (Ambulans dan Paramedik)

• Pasukan Bomba Dan Penyelamat

• Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

• Jabatan Pengangkutan Jalan

• Syarikat Konsesi Lebuhraya

43
Bantuan Pemeriksaan Pakar
• Kementerian Kesihatan Malaysia (Bedah Siasat dan Laporan Perubatan)

• Jabatan Kimia Malaysia

• Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

• Jabatan Kerja Raya (JKR)

Malaysian Emergency Response Services 999 (MERSS 999) adalah suatu medium yang digunakan oleh
orang awam untuk melaporkan sebarang bentuk kecemasan termasuk kes kemalangan jalan raya.
Agensi-agensi bantuan yang terlibat semasa di tempat kemalangan adalah seperti: -
• Pasukan Bomba Dan Penyelamat

• Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

• Ambulans dan paramedik

• Jabatan Pengangkutan Jalan

• Syarikat Konsesi Lebuhraya

44
Pemeriksaan Pakar Dalam Membantu Siasatan Kes Kemalangan Jalan Raya
Pemeriksaan Jabatan Kimia

Pemeriksaan pakar oleh Jabatan Kimia perlu dilakukan:


• Bagi menentukan point of impactdan perpindahan evidencebagi kenderaan-kenderaan yang
terlibat serta kedudukan relatif kenderaan semasa perlanggaran.

• Bagi memadankan sampel DNA mangsa.

• Jika pemandu disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau lain-lain bahan yang
memabukkan atau menjejaskan corak pemanduan

• Jika disyaki ada unsur jenayah dalam kemalangan yang disiasat.

Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM


Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya hendaklah dihantar kepada PUSPAKOM untuk
dibuat pemeriksaan bagi menentukan kerosakan kenderaan. Laporan pemeriksaan ini amat penting
dalam membantu pegawai penyiasat untuk merumus suatu keputusan siasatan yang tepat sama ada
kemalangan itu berpunca daripada kerosakan mekanikal atau sebaliknya. Langkah berikut perlu diambil:

• Kemukakan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berserta surat permohonan


pemeriksaan kenderaan kepada PUSPAKOM bagi menentukansama ada terdapat kerosakan
mekanikal pada kenderaan- kenderaan yang dihantar sebelum kemalangan berlaku.

• Pegawai penyiasat atau mana-mana anggota dibenarkan untuk menghantar kenderaan


berkenaan tetapi perlu memastikan anggota berkenaan ditaklimat mengenai tindakan yang perlu
diambil. Catatan hendaklah dibuat dalam Diari Siasatan pegawai penyiasat.

• Rakam percakapan pegawai PUSPAKOM jika keadaan memerlukan untuk membuat


pengesahan sama ada kemalangan itu berpunca daripada kerosakanmekanikal kenderaan
apabila laporan pemeriksaan tidak menyakinkan.

45
Pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR)
Semua kemalangan yang melibatkan kenderaan kerajaan, kenderaan yang terlibat hendaklah dihantar
ke Jabatan Kerja Raya untuk dibuat penilaian dengan menyediakan laporan dalam borang kerosakan Am
362 B yang berkepil bersama dengan borang Am 362 A.

Bedah Siasat (Post-Mortem)


Post Mortem bermaksud a medical examination of a person‘s death made after death in order to find the
cause of death. Menurut peruntukan seksyen 331 KPJ, seorang Pegawai Perubatan Kerajaan apabila
menerima maklumat tentang sesuatu kematian seperti mati mengejut atau luar biasa atau keganasan,
beliau hendaklah dengan seberapa segera menjalankan pemeriksaan bedah siasatke atas mayat si mati
itu. Jika perlu, beliau boleh membelah bahagian-bahagian mayat si mati serta menganalisa bagi
mengesahkan sebab kematian.

• Pegawai penyiasat hendaklah mengemukakan kepada pihak hospital suatu Post Mortem
Request (Pol.61) bagi memohon dijalankan bedah siasatuntuk mendapatkan sebab kematian.

• Bedah siasatboleh dibuat secara external atau internal oleh pegawai perubatan mengikut budi
bicara masing-masing. Lazimnya, pegawai perubatan akan membuat bedah siasatsecara external
sahaja jika beliau dapat menentukan sebab kematian melalui pemeriksaan secara luaran ke atas
mayat. Jika tidak, bedah siasatsecara internal atau pembedahan ke atas mayat akan dijalankan.

• Bedah siasatadalah juga penting untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.

• Pegawai penyiasat hendaklah mendapatkan laporan bedah siasatdengan mengisi borang yang
disediakan di dalam Sistem PRS/CARS. Laporan bedah siasatitu dikehendaki diterima tidak
melebihi 3 bulan dari tarikh kejadian.

• Menurut seksyen 332 KPJ, pegawai perubatan yang memeriksa itu hendaklah
menyediakan suatu laporan mengenai rupa bentuk mayat itu dan apa penemuannya yang
diperolehinya daripada itu dan hendaklah mengesahkan sebab kematian dan menuliskan tarikh
serta menandatangani dan menyampaikannya kepada Ketua Polis Daerah.

46
barang kes, jika ada, bagi kes disebut di mahkamah.

Kes disifatkan sebagai selesai apabila memenuhi kriteria berikut:


• Kes Kemalangan Serius

OYDS atau OKT telah dituduh di mahkamah atau kes di NFA/RKM dan LMM dirujuk kepada
Majistret atau Koroner.

• Kes Kemalangan Ringan

Saman Pol.257 telah dikeluarkan atau kes NFA/RKM.

• Kes Bukan Kemalangan

OYDS telah dituduh di mahkamah atau kes NFA/RKM.

47
HAD PENYIMPANAN KERTAS SIASATAN
Semua Kertas Siasatan Trafik akan disimpan selama 6 tahun mulai dari tarikh arahan Kemas Untuk
Simpan (KUS). Kertas Siasatan berkenaan akan hanya dilupuskan selepas kes sivil selesai di bawah Akta
Terhad 1953 (Pindaan 1981). Apa- apa tuntutan sivil bersabit kes kemalangan jalan raya hendaklah
difailkan di mahkamah dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh kemalangan.

48
KEPOLISAN AM JABATAN PENGURUSAN
PENDAHULUAN : TEAM BULDING (KERJA BERPASUKAN)

TAKRIF TEAM BUILDING


Beberapa kelompok individu yang menjadikan pencapaian matlamat pasukan sebagai satu keutamaan.
Ahlinya mungkin terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran, berpersonaliti dan melibatkan
diri dengan harapan dapat mencapai objektif peribadi melalui aktiviti pasukan.

Pasukan dianggap koleksi individu:

 Berinteraksi antara satu sama lain.


 Sedar dan menerima kewujudan individu lain.
 Setiap individu menggangap dirinya sebagai anggota pasukan.
 Berusaha untuk menyatukan dan mengukuhkan perpaduan dan kerjasama anggota kumpulan.
 Mempunyai persamaan minat dan matlamat (yang dipersetujui bersama).

OBJEKTIF TEAM BUILDING

 Membangunkan individu ke arah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi.


 Menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal, serta mengharmonikan
diri dengan alam murni ciptaan Ilahi.
 Penumpuan kepada aktiviti yang dapat mencapai matlamat untuk membentuk komuniti dan
umat yang membangun dengan Islam.
 Interaksi dan perbincangan berkumpulan dengan aktiviti lasak dan khidmat bakti dalam
mencapai matlamat utama iaitu membentuk individu dan organisasi yang cemerlang
 Memahami bagaimana personaliti, jantina dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan
stail pembelajaran dalam menyuburkan sifat ehsan dan membantu mereka membangkitkan
semangat yakin diri serta kegembiraan di kalangan mereka.

MANFAAT DAN FAEDAH TEAM BUILDING


i. Meningkatkan Efisiensi Kerja
ii. Menghasilkan Idea Kreatif
iii. Beban Kerja Menjadi Lebih Ringan
iv. Memotivasikan ahli-ahli dalam pasukan
v. Menjalin Komunikasi Berkesan

49
vi. Mewujudkan Rasa Tanggungjawab
vii. Menyatukan Perbezaan Pendapat
viii. Menempuh Halangan Bersama
ix. Penyelesaian Masalah
x. Memupuk Sikap Saling Percaya

i. Meningkatkan Efisiensi Kerja


- Jika terjalin kerja sama yang baik, efisiensi kerja jadi meningkat.

ii. Menghasilkan Idea Kreatif


- Dapat membangunkan kreativiti kerana terdapat perbincangan di antara ahli kumpulan.

iii. Beban Kerja Menjadi Lebih Ringan


- Setiap ahli kumpulan akan saling membantu bagi memastikan setiap tugasan
disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.

iv. Memotivasikan ahli-ahli dalam pasukan


- Setiap ahli pasukan dapat meluahkan pendapat dan idea bagi meningkatkan keyakinan
diri dalam menempuh cabaran baru.

v. Menjalin Komunikasi Berkesan


- Ahli pasukan dikehendaki bergaul dan berkomunikasi untuk mencapai visi yang telah
ditetapkan.

vi. Mewujudkan Rasa Tanggung Jawab


- Setiap ahli kumpulan akan berasa tanggungjawab dalam setiap tugasan yang diberikan dan
mengetahui tanggungjawab masing-masing.

vii. Menyatukan Perbezaan Pendapat


- Menyatukan perbezaan pendapat menjadi satu muafakat untuk mencapai tujuan organisasi
tersebut.

viii. Menempuh Halangan Bersama


- Memberi peluang kepada sesama ahli untuk saling bekerjasama mencapai satu tujuan.

50
ix. Penyelesaian Masalah
- Dapat bersama-sama memberikan pendapat dan idea ia akan membantu
menyelesaikan satu masalah.

x. Memupuk Sikap Saling Percaya


- Saling mempercayai antara satu sama lain dalam menyelesaikan tanggungjawab masing-
masing.

KELEBIHAN KERJA DALAM KUMPULAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

i. Dengan berjemaah kita mempunyai banyak maklumat dan idea. Konsep jemaah
membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan.
ii. Kumpulan mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya kreatif orang perseorangan.
iii. Pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran
seorang diri.
iv. Penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia membolehkan kita
memenuhi keperluan sosial, misalnya dapat mewujudkan jaringan hubungan dengan orang
lain.

KELEMAHAN DALAM KAEDAH TEAM BUILDING

Di antara kelemahan-kelemahan yang boleh timbul dalam kaedah team building adalah seperti
berikut:
i. Anggota kumpulan mungkin didesak atau terdorong untuk mengikut pendapat majoriti.
Fenomena ini dikenali sebagai pemikiran kelompok. Masalah pemikiran ini boleh
menjejaskan proses pembuatan keputusan dan kualiti keputusan.
ii. Ada kemungkinan anggota mendominasikan perbincangan atau kumpulan bagi tujuan
tertentu.
iii. Wujud sikap bergantung kepada anggota lain dengan anggapan anggota lain akan
maelakukannya.
iv. Kumpulan, berbanding dengan individu, mengambil masa untuk menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan.

51
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya Team Building ternyata menjadi asas dalam banyak bidang kehidupan dan
kejayaan sesuatu program Team Building ini dilihat daripada penambahbaikan pada setiap individu
yang terlibat dalam program tersebut. Sebuah pasukan dikatakan bekerja pada tahap yang memuaskan
apabila ahli-ahlinya bekerja dalam arah yang sama dan mereka mampu untuk menyiapkan tugasan
tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma dan bertanggungjawab dalam sesuatu organisasi
amatlah mustahak kerana pemimpin tersebut berperanan sebagai contoh tauladan kepada ahli
pasukan yang lain dalam mencapai kejayaan dalam organisasi tersebut. Pemimpin yang baik bukan
sahaya mempunyai karakter yang baik dan boleh dicontohi malahan pemimpin tersebut juga boleh
memberikan semangat motivasi kepada rakan sekerja yang lain dalam mencapai hasrat bersama di
dalam organisasi.

Team Building sememangnya memberikan impak yang positif kepada organisasi secara langsung. Ianya
bukan sahaja dapat membantu dalam membina kerjasama dalam sesebuah organisasi, malahan ianya
secara tidak langsung akan memberi kesedaran pada setiap ahli kumpulan untuk menjadi lebih
bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang diberikan Kesedaran ini mungkin akan menyebabkan ahli
kumpulan tersebut bertekad untuk terus berubah ke arah yang lebih positif dan terus memberikan
yang terbaik kepada organisasi.

Dalam mencapai kejayaan dalam sesuatu tugasan yang dilakukan secara bersama atau berpasukan,
sikap dan toleransi antara ahli ang terlibat amatlah penting dan mustahak agar tugasan dilaksanakan
secara terbuka dan komunikasi dua hala serta mengetepikan sifat egoistic dan keakuan.

Secara keseluruhannya program Team Building ini dilihat mampu membina dan memupuk sifat
kerjasama dan bertoleransi antara ahli yang terlibat dalam sesebuah kumpulan mahupun organisasi
demi mencapai misi dan visi bersama selain dilihat dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa sesuai
dengan agenda kerajaan untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

52
Kemahiran Berfikir, Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
Bagi meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah, salah satu kemahiran yang perlu dibangunkan
ialah kemahiran berfikir. Berfikir dikaitkan dengan aktiviti seperti mengingat, membuat ramalan,
membuat keputusan, menilai dan menganalisis. Beberapa konsep kemahiran berfikir adalah seperti
berikut:
 Som dan Mohd Dahlan (2000) – pemikiran sebagai proses menggunakan minda dan mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea,
membuat pertimbangan bagi membuat keputusan dan penyelesaian masalah.
 Chaffee (1988) – pemikiran merupakan proses luar biasa, digunakan dalam proses membuat
keputusan dan penyelesaian masalah.
 Mayer (1977) – berfikir melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu, berlaku
dalam minda bertujuan menyelesaikan masalah.
 de Bono (1976) – kemahiran berfikir ialah pemikiran lateral yang membawa maksud bukan
sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga untuk melihat sesuatu berdasarkan
pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir yang penting dalam proses analisis dan penyelesaian masalah serta pembuatan
keputusan adalah pemikiran menegak (vertical thinking) dan pemikiran lurus (lateral thinking). Kedua-
dua pemikiran ini saling melengkapi justeru perlu digunakan dengan baik bagi menghasilkan solusi
terbaik. Pemikiran kritis adalah salah satu daripada tiga cabang utama pemikiran menegak. Pemikiran
menegak merupakan aktiviti berfikir menggunakan otak kiri secara analitis, logik dan kritis. Ia
merupakan kaedah pemikiran tradisi iaitu banyak mengaitkan fakta secara logik supaya keputusan
dibuat secara teratur, langkah demi langkah. Pemikiran kritis adalah satu konsep yang telah lama
diperbahaskan sejak kemunculan tradisi pemikiran falsafah dan terus mengalami evolusi sehingga kini.
Pada peringkat awal, perbincangan mengenai pemikiran kritis bertumpu kepada aturan logik dan
penghujahan. Fasa kedua mengenainya dipelopori dengan idea keperluan menyesuaikan logik dengan
praktis semasa atau dipanggil hikmah (Mason, 2007). Secara umumnya, pemikiran kritis dikupas
berdasarkan dua dimensi iaitu dimensi falsafah dan dimensi psikologi (Bailin et al.,1999a; Bailin & Siegel,
2003; Nurulhuda & Md Nasir, 2013; Siegel, 2010).

Pemikiran Kritis Dari Sudut Falsafah dan Psikologi


Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani ‘kritikos’ yang bermaksud “mampu menilai”.
Pada awalnya, perkataaan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang
salah. Justeru, individu yang berfikiran kritis boleh menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebaikan
dan kelemahan, membuat perbandingan menggunakan fakta dan bukti-bukti yang kukuh. Pemikiran

53
kritis dari sudut falsafah adalah bersifat normatif iaitu melibatkan penilaian sejauh mana buah fikiran
menepati standard. Standard pemikiran tersebut pula bergantung kepada norma-norma sesuatu
konteks. Maka, konsep pemikiran kritis dari sudut falsafah adalah berubah mengikut konteks (Buka,
2014; Bailin & Siegel, 2003; Lipman, 1987; Norris, 1985; Siegel, 2010). Misalnya kehendak standard
analisis kandungan bahan kimia dalam disiplin Sains tidak sama dengan analisis punca keruntuhan
akhlak dalam disiplin Pendidikan Islam.
Di sini, wujud kepentingan memiliki ilmu asas dalam isu yang difikirkan. Hal ini kerana seorang
pemikir kritis dalam sesuatu bidang tidak menjamin berupaya menghasilkan buah fikiran yang kritis juga
dalam bidang yang lain. Standard penilaian ini berfungsi menentukan hujah (reason) seseorang sebagai
kuat atau lemah. Penentuan standard penghujahan yang baik adalah berbeza mengikut konteks dan
memerlukan penguasaan ciri-ciri khusus sesuatu disiplin ilmu. Hal ini kerana corak epistemologi dalam
disiplin keilmuan itu berbeza-beza (Bailin & Siegel, 2003; Beyer, 1995; Lipman, 1987; Siegel, 1989, 2010),
misalnya dari sudut sumber autoriti, metode pemerolehan, sifat ilmu dan batasannya (Bailin & Siegel,
2003; Nurul Asiah Fasehah, 2015; Suhailah, 2007). Bukan setakat perbezaan dalam disiplin keilmuan,
namun perbezaan dalam tahap keilmuan turut diambil kira dalam meletakkan standard penghujahan
yang baik (Siegel, 1989) sebagaimana perbezaan standard penghujahan dalam kalangan orang awam
dengan mujtahid dan antara kanak-kanak dengan orang dewasa. Walau bagaimanapun, Paul dan Elder
(2012) meletakkan satu set standard umum kepada penghujahan yang kritis merentasi bidang iaitu
kejelasan maksud, ketepatan, perincian yang jelas, relevan, kedalaman, menyeluruh, logik, fokus pada
kepentingan dan adil (tidak bias).
Walaupun standard ini dikatakan umum, aplikasinya masih tertakluk kepada tafsiran dalam
disiplin masing-masing. Manakala tahap kesukaran dalam menyelesaikan tugasan berfikir pula
menentukan jumlah kriteria yang digunakan (Beyer, 1995). Disebabkan perbezaan konteks membawa
kepada konsep kritis yang berbeza, standard terhadap penghujahan yang mencapai tahap kritis perlu
dikongsi bersama dalam kelas. Dengan peletakan piawaian ini, proses berfikir menjadi terarah kepada
mencapai tahap atau ciri tertentu dalam penghujahan (Lipman, 1987; Siegel, 1989) kepada rumusan
yang dikritik dan menerangkan skop (limitation) keadaan di mana hujah dibuat (Beyer, 1995). Dari sudut
psikologi kognitif moden pula, pemikiran kritis dibincangkan secara deskriptif iaitu menghuraikan proses
kognitif, prosedur dan kemahiran yang terlibat dalam menyempurnakan tugasan secara kritis.
Dimensi psikologi ini berpegang pada mencirikan sifat umum kemahiran berfikir kritis yang
merentasi disiplin. Walaupun penekanan berbeza antara dimensi falsafah dan psikologi ini dalam
memberi makna kepada konsep pemikiran kritis, para sarjana bersepakat bahawa fokus utama
pemikiran kritis melibatkan penilaian dan mengandungi dua komponen iaitu a) keupayaan menilai hujah
dan b) sikap kritis (Bailin & Siegel, 2003; Ennis, 1993; Facione, 1990; Halpern, 1998; McPeck, 1981;
Norris, 1985; Paul, 1990; Pithers, 2000; Siegel, 2010). Komponen pertama dalam konsep pemikiran kritis

54
ialah keupayaan atau kemahiran berfikir secara kritis. Ennis (1985, 1993) dan Halpern (1998)
menawarkan lima kemahiran yang terlibat iaitu menafsir, menghujah, membuat inferen, membuat
keputusan dan meta kognitif. Norris (1985) pula dalam mensintesis kajian berkaitan pemikiran kritis
mendapati kemahiran terlibat ialah mengumpul maklumat, mencari alternatif, membuat inferen,
mengenal pasti andaian dan menilai argumen. Manakala, Swartz et al. (1998) mengelompokkan
kemahiran yang terlibat dalam pemikiran kritis ini kepada dua kategori iaitu kemahiran melibatkan
pengumpulan maklumat asas, dan kemahiran berkaitan membuat andaian dan kesimpulan.
Perbezaan yang ketara antara kemahiran yang terlibat dalam konsep pemikiran kritis yang
diutarakan adalah disebabkan kategori kemahiran yang bercampur-baur antara kemahiran makro dan
mikro. Setelah diamati, secara keseluruhan terdapat enam keupayaan makro yang diperbahaskan
dalam definisi konsep kritis oleh sarjana.

Jadual 1: Kemahiran Utama dan Sub-Kemahiran Pemikiran Kritis


Kemahiran Maksud Sub-kemahiran
Interpretasi Faham dan dapat menzahirkan maksud atau signifikan hasil Pengkategorian
pelbagai pengalaman luas, situasi, data, kejadian, Menyahkod
penghakiman, konvensyen, kepercayaan, peraturan, prosedur Menjelaskan makna
atau kriteria.
Analisis Mengenalpasti hubungan inferensi sebenar yang dimaksudkan Memeriksa idea
antara pernyataan, soalan, konsep, deskripsi atau lain-lain Mengenalpasti
bentuk representasi yang bermaksud untuk menzahirkan hujah
kepercayaan, penghakiman, pengalaman, sebab, informasi Mengenalpasti
atau pendapat. sebab dan dakwaan
Penilaian Menilai kredibiliti pernyataan atau representasi lain yang Memeriksa bukti
diperkirakan atau deskripsi persepsi seseorang, pengalaman, Menghasilkan
situasi, penghakiman, kepercayaan, atau pendapat; dan alternatif
menilai kekuatan logikal hubungan inferensi sebenar yang Membuat konklusi
dimaksudkan antara pernyataan, soalan, konsep, deskripsi yang logik dan
atau lain-lain bentuk representasi. munasabah
Inferens Mengenalpasti dan mendapatkan elemen yang perlu bagi Menilai kredibiliti
membentuk konklusi yang munasabah; membentuk hubungan dakwaan
dan hipotesis; mempertimbangkan maklumat yang relevan Menilai kualiti hujah
hasil dari data, pernyataan, prinsip, bukti, penghakiman, menggunakan
kepercayaan, pendapat, konsep, deskripsi, soalan, dan lain- penaakulan induktif
lain bentuk representasi. dan deduktif

55
Penjelasan Untuk menyatakan keputusan penaakulannya; untuk Nyatakan
mewajarkan penaakulan tersebut dari aspek pembuktian, keputusan
konsepsual, metodologikal, kriteriologikal dan pertimbangan Kewajaran prosedur
kontekstual yang mendasari keputusannya; dan untuk Bentang hujahan
mempersembahkan penaakulannya dalam bentuk hujahan
yang mantap.
Peraturan Secara sedar memantau aktiviti kognitifnya, elemen yang Pemantauan kendiri
diri (Disiplin digunkan dalam proses tersebut, elemen yang digunakan Pembetulan kendiri
diri) dalam aktiviti tersebut, dan keputusan yang dihasilkan
terutamanya yang menggunakan kemahiran analisis dan
menilai penghakiman inferensialnya dengan pandangan untuk
menyoal, menetapkan, mengesahkan, dan memperbetulkan
hujahan atau keputusannya sendiri.
Sumber: Adaptasi dan terjemahan daripada Heard J., Scoular, C., Duckworth, D., Ramalingam, D., & Teo,
I. (2020). Critical thinking: Skill development framework. Australian Council for Educational Research.

Pemikiran kritis dan sikap kritis


Komponen kedua dalam konsep pemikiran kritis ialah sikap kritis. Kewujudan kemahiran berfikir
kritis tidak menjamin penggunaannya dalam urusan kehidupan. Ini kerana setiap individu mempunyai
pilihan sama ada untuk menggunakan kemahiran tersebut atau mengabaikannya (Halpern, 1998;
Norris, 1985; Ruggiero, 2012; Siegel, 2010; Tishman et al., 1993). Kewujudan komponen sikap ini
menunjukkan kesepaduan elemen kognitif dan afektif dalam proses berfikir (Siegel, 2010). Sikap kritis
merupakan tanggungjawab kognitif dan dicirikan oleh tiga kelompok asas iaitu keinginan menggunakan
pemikiran kritis dalam kehidupan seharian, menggunakan pemikiran kritis pada idea sendiri dan
bertindak mengikut prinsip pemikiran kritis. Tiga perkara ini dihuraikan sebagai mempunyai sikap minda
terbuka iaitu mempertimbangkan pandangan orang lain, menilai dan memahami pandangan yang
kontradik dan menangguhkan keputusan sehingga maklumat mencukupi. Pemikir kritis juga seorang
yang produktif dalam menjana maklumat, menilai kesahihan sumber maklumat, meneroka justifikasi,
melihat isu secara menyeluruh bukan secara terpisah-pisah, fleksibel terhadap isu yang kabur dan
memantau pemikiran sendiri (Boss, 2015; Ennis, 1985, 1993; Facione, 2000; Halpern, 1998; Norris, 1985;
Tishman et al., 1993; Paul, 1985).
Pembudayaan sikap kritis ini membuat seseorang meneliti dan berfikir mendalam serta
menghindari daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa. Selain itu, pemikiran kritis
dikonsepsikan berdasarkan pandangan Islami (Mohd Nuri & Wan Suhaimi, 2009, Muhammad Mumtaz
Ali, 2012; Mohd Zaidi, 2014; Mohd Azhar, 2014; Mohd Noor Hisham, 2014) di mana pendekatannya

56
berasaskan kepada paradigma tauhid dan adab. Paradigma ini bertunjangkan nilai mencari kebenaran
dengan bimbingan wahyu. Ketaatan kepada Allah dalam aktiviti berfikir dizahirkan melalui pengamatan
wahyu, disepadukan dengan kecerdasan akal yang optimum dan hukum alam sejagat. Jalinan tiga
elemen ini membentuk paradigma tauhid dan disulami dengan sifat adil iaitu mengenepikan hawa
nafsu, kepentingan peribadi, prejudis dan fanatik dalam membuat keputusan. Pemikiran kritis menurut
pandangan Islam turut dihubungkan dengan akidah. Kepercayaan bertapak kukuh dalam hati dan
menghasilkan tindakan apabila ianya difahami secara rasional. Sebaliknya, jika akidah dianggap sebagai
dogma yang perlu diterima tanpa kefahaman, maka ianya mudah goyah pada saat kritikal atau kesulitan
(Boss, 2015; Muhammad Mumtaz Ali, 2012; Mohd Zaidi, 2014). Sekiranya konsep pemikiran kritis ini
dipupuk berterusan, usaha ini mampu menyumbang kepada pembinaan dan pembudayaan peradaban
(Ibn Khaldun, 1967; Muhammad Mumtaz Ali, 2012; Noor Hisham, 2014; Sulaiman, 2014).

Pemikiran Kritis Sebagai Komponen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Pemikiran aras tinggi didefinisikan sebagai penggunaan minda untuk mentafsir, menganalisis atau
memanipulasi maklumat untuk menyelesaikan masalah yang tidak mampu dijawab melalui aplikasi
rutin ilmu sedia ada (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014a; Newmann,1992; Rajendran, 2013).
Walau bagaimana pun masih terdapat kalangan Sarjana yang berbeza pandangan dalam menentukan
maksud pemikiran aras tinggi. Secara kasarnya, pemikiran aras tinggi melibatkan semua jenis pemikiran
umum seperti pemikiran kritis, pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan membuat keputusan (Lewis
&Smith, 1993; Mulnix, 2012).
Terdapat juga sarjana seperti Sternberg dan Spear-Swerling (1996) menyamakan pemikiran kritis
sebagai pemikiran aras tinggi. Ada yang mendakwa pemikiran aras tinggi terdiri daripada pemikiran
kritis, reflektif dan inkuiri (Geertsen, 2003). Manakala, penjelasan Sternberg dan Spear-Swerling (1996)
dalam konteks yang lebih luas merujuk proses pemikiran tahap tinggi terdiri daripada pemikiran
berbentuk analitik, kreatif dan praktikal. Walau bagaimanapun, pemikiran kritis disepakati sebagai
antara elemen yang terkandung dalam pemikiran aras tinggi (Ennis, 1985; Geertsen, 2003; Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2014b; Lewis & Smith, 1993; Rajendran, 2013; Sternberg & Spear-Swerling, 1996).
Dapat difahami bahawa KBAT menuntut aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dimiliki pelajar
digembling secara sepadu merentasi bidang. Sememangnya, anjakan perubahan ini bertepatan dengan
keperluan semasa di mana kita berada dalam era lambakan maklumat yang rencam sehingga kadang-
kala kelihatan saling bertentangan, tidak bermakna malah menimbulkan kekeliruan (Mohd Sani, 2009;
Wan Mohd Nor, 2007).

57
Hubungan Pemikiran Kritis, Kreatif Dan Aras Tinggi
Pemikiran kritis ialah sejenis bentuk pemikiran. Sukar untuk mengotakkan pemikiran kritis
daripada jenis-jenis pemikiran yang lain. Terdapat kritikan mengatakan pemikiran kritis bersifat kabur
kerana kelihatan terangkum di bawahnya kesemua jenis pemikiran termasuk pemikiran kreatif dan
penyelesaian masalah (Beyer, 1995; Lewis & Smith, 1993; Mulnix, 2012). Secara umum, proses-proses
mental yang berlaku ketika individu menyelesaikan tugasan berfikir kelihatan saling bertindan.
Gambaran menyeluruh hubungkait antara jenisjenis pemikiran dapat diperoleh melalui kefahaman
terhadap maksud berfikir itu sendiri. Ulama’ dalam tradisi Islam seperti Ibn Sina, al-Ghazali, al-Razi dan
Ibn Khaldun mendefinisikan berfikir sebagai perkembangan minda dengan menyusun apa yang
diketahui untuk mendapatkan apa yang belum diketahui (Mohd Zaidi, 2014). Seorang individu boleh
sahaja terjebak menggunakan ilmu pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah, membuat
keputusan mahupun mencipta sesuatu lantaran kaedah utama dalam pemikiran kritis ialah memberi
justifikasi (reasoning) (Bailin et al., 1999a; Mohd Zaidi, 2014; Mulnix, 2012).
Walau bagaimanapun, jika diteliti dari sudut proses yang berlaku dalam pemikiran kritis, terdapat
aktiviti melibatkan fungsi kreativiti (Bailin, 1993; Bailin et al., 1999b; Boss, 2015; Ennis, 1987; Halpern,
1998; Paul & Elder, 2012). Paul dan Elder (2012) meletakkan kreativiti sebagai salah satu komponen
pemikiran kritis selain analitik dan penilaian (evaluative). Komponen kreativiti menurut pandangan Paul
dan Elder ialah kreatif dalam menambah baik hasil penilaian yang dilakukan secara kritikal. Ini
bermakna, individu yang dikatakan kritis, perlu mencari jalan alternatif untuk memperbaiki kualiti
pemikiran sama ada menambah kekuatannya atau mengurangi kelemahannya. Jadi, bukanlah dikatakan
kritis kepada individu yang berfikiran rigid, hanya mengkritik namun tidak menawarkan cadangan
penambahbaikan ke atas penilaian yang dibuat.
Selain itu, aktiviti kreatif turut merujuk kepada sub kemahiran dalam pemikiran kritis iaitu
melihat isu daripada pelbagai sudut pandang, menjana maklumat daripada pelbagai sumber, meramal
akibat dan merancang cara mengatasi isu sekiranya berlaku kecemasan (Bailin et al., 1999b; Boss, 2015;
Ennis, 1987; Halpern, 1998; Lewis & Smith, 1993). Di samping itu, Halpern (1998) turut menekankan
peranan pemikiran kreatif dalam mengubahsuai matlamat penyelesaian sesuatu isu. Daripada sudut
tradisi pemikiran Islam pula, kreatif dan kritis saling berhubungan di mana dalam proses menghasilkan
ilmu baru, daya kreativiti diperlukan untuk cubaan memadankan maklumat sedia ada berdasarkan
tanda-tanda (klu) pada struktur maklumat baru. Manakala, analisis berterusan diperlukan untuk melihat
kerelevanan padanan tersebut untuk diterjemah dalam bentuk ilmu baru sama ada berbentuk rumusan,
hasil inferens mahupun idea baru. Begitu juga dengan memastikan kebenaran maklumat untuk
dipertimbangkan (Mohd Zaidi, 2014). Penulis berpandangan bahawa peranan kreativiti dalam proses
pemikiran kritis ini mewakili tindakan yang bersifat fleksibel dalam mendekati, memproses dan
membuahkan penyelesaian kepada sesuatu isu. Hal ini kerana kepelbagaian justifikasi kepada konklusi

58
yang ingin dibuat, memberikan peluang kepada individu untuk membuat pertimbangan dengan lebih
berhati-hati (Bailin et al., 1999b).
Begitu juga imaginasi diperlukan untuk meramal kebarangkalian situasi akan datang, cuma
ramalan tersebut masih berkisar kepada logik pengalaman dan ilmu yang dimiliki (Noor Hisham,
2014).Sungguhpun sukar membezakan antara kritis dan kreatif dari sudut proses yang berlaku,
keduanya boleh dipisahkan dari sudut tujuan dan produk pemikiran tersebut. Sekiranya produk
pemikiran itu hendak difokus berdasarkan keaslian idea, maka pemikiran kreatif mengambil tempat.
Sebaliknya, jika ukuran hasil pemikiran berdasarkan ketepatan dan kesahan yang disandarkan kepada
sesuatu kriteria, maka keseluruhan pemikiran tersebut terangkum di bawah pemikiran kritis (Mohd
Zaidi, 2014).Selain itu, kehadiran standard atau kriteria ukuran turut membezakan antara kritis dan
kreatif (Beyer, 1995; Lipman, 2003). Dalam konsep pemikiran kritis, hasil pemikiran dinilai berdasarkan
standard dalam konteks tertentu misalnya sejauh mana hasil tersebut tepat, relevan dan mencukupi
(Nosich, 2012; Paul & Elder, 2012). Sebaliknya dalam pemikiran kreatif tidak diperlukan standard
tersebut kerana kunci utama kreatif adalah keunikan. Apatah lagi pemikiran kreatif tidak memerlukan
aturan logik, kerana keterikatan berfikir secara logik bakal membantutkan daya imaginasi individu untuk
berkreatif. Dari aspek lain pula, pemikiran kritis juga berbeza daripada penyelesaian masalah atau
membuat keputusan kerana keduanya ini cenderung kepada kemahiran umum dalam berfikir. Sesuatu
masalah yang diselesaikan atau keputusan yang dibuat mungkin sahaja tidak menepati kehendak
kriteria pemikiran yang baik.
Sesuatu fenomena ke arah kriteria tertentu dinamakan pemikiran kritis. Oleh itu, penyelesaian
masalah dan membuat keputusan digelar sebagai arena bagi aplikasi pemikiran kritis (Bailin et al.,
1999b; Beyer, 1995). Secara ringkasnya, terdapat peranan kreativiti dalam proses pemikiran kritis. Cuma
para sarjana berbeza dari sudut bahagian sumbangannya sama ada kecil atau besar dalam kelancaran
analisis yang efektif. Namun, apabila diperhati dari sudut tujuan dan produk pemikiran, keseluruhan
proses pemikiran kritis begitu berbeza berbanding pemikiran kreatif iaitu melibatkan penggunaan
aturan logik dan kriteria pengukuran.

Perbezaan Pemikiran Kritis Dan Pemikiran Aras Tinggi


Proses mencapai pemikiran yang kritis, pasti menggunakan pemikiran aras tinggi (jika
dibandingkan dengan pemikiran aras rendah) (Ennis, 1985). Konsep pemikiran aras tinggi menggunakan
Taksonomi Bloom bagi membezakan aras tinggi dan aras rendah berdasarkan tahap keabstrakan
pemikiran bermula dengan pengetahuan sebagai tahap konkrit, diikuti dengan kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis. Manakala, penilaian diletakkan sebagai tahap paling abstrak dalam taksonomi tersebut
(Geertsen, 2003). Dalam konsep ini, penekanan diberikan kepada kemahiran kognitif semata tanpa
menzahirkan keperluan sikap mahupun kriteria pengukuran produk pemikiran tersebut (Ennis, 1985).

59
Hal ini berbeza dengan konsep pemikiran kritis yang menekankan keseimbangan antara keperluan
kemahiran berfikir dan sikap serta kriteria bagi mengukur sejauh mana pemikiran mencapai tahap kritis.
Paul dan Elder (2012) mendakwa bahawa penggunaan pemikiran aras tinggi, belum tentu menjamin
kualiti hasil buah fikiran.
Hal ini kerana individu boleh menggunakan proses pemikiran aras tinggi secara adil mahupun
tidak. Sebagai contoh, seorang ahli politik boleh menganalisis hujah pihak lawan untuk mendedahkan
kelemahan. Namun, tindakan ini tidak menjadikan buah fikirannya betul dan tepat kerana proses
analisis tersebut tidak digunakan kepada pemikirannya sendiri. Maka, kebenaran tidak tercapai. Dalam
hal ini, kita bukan sahaja memerlukan kemahiran berfikir tetapi juga sikap sebagai seorang pemikir.
Justeru, menjadi keperluan pelaksanaan KBAT dalam sistem pendidikan kita mengambil kira elemen
pembudayaan sikap berfikir bagi menatijahkan keupayaan berfikir yang berkesan.

Mengenal Pasti Alternatif Penyelesaian Masalah


Maklumat yang lengkap mengenai masalah yang dikaji serta puncanya adalah penting supaya alternatif
penyelesaian terbaik dapat dipertimbangkan. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk
membantu dalam mengenalpasti beberapa alternatif penyelesaian. Antara teknik yang boleh
digunakan untuk menentukan alternatif penyelesaian ialah analisis medan daya (force field analysis),
teknik modified delphi dan teknik kumpulan nominal.

Teknik Analisis Medan Daya (Force Field Analysis)


Teknik ini diperkenalkan oleh Kurt Lewin (1951). Banyak organisasi mengaplikasikan teknik analisis
medan daya untuk menentukan strategi dan merancang lngkah untuk melaksanakan sesuatu
perubahan. Menurut Lewin, masalah berpunca daripada dua set daya yang bertentangan iaitu:
 Daya pendorong – daya yang menggalak atau menolak situasi sekarang (masalah yang sedang
dihadapi) ke arah menjadi lebih baik.
 Daya penahan – daya yang mendorong atau menolak situasi sekarang ke arah lebih buruk.
Jenis daya termasuklah keadaan sumber yang ada, sikap manusia, peraturan, keperluan peribadi atau
kumpulan, pegangan nilai, amalan kerja dulu dan sekarng, struktur organisasi serta polisi.

60
Langkah-langkah Menggunakan Teknik Analisis Medan Daya
Langkah 1 – Jelaskan atau huraikan kemungkinan terdapat situasi yang paling teruk dan yang paling
ideal berkaitan dengan masalah yang dikaji.
Contoh:
Situasi Paling Buruk Situasi Sekarang (Masalah) Situasi Paling Ideal
(Penyelesaian)
...aduan orang ramai ( Kekurangan staf kerana tugas ...staf bermotivasi dan terlatih
...perkhidmatan terganggu di luar ) ...tempat kerja kondusif
...keselamatan tempat kerja ...pencapaian prestasi diukur
terjejas dengan jelas

Langkah 2 - Kenal pasti dan senaraikan mengikut keutamaan kuasa atau pengaruh yang dikenali sebagai
daya penahan atau daya kekangan yang boleh memburukkan lagi situasi sekarang. Beri markah kepada
kuasa tersebut. Markah rendah (misalnya 1) bagi kuasa atau pengaruh yang senang diubah; dan
sebaliknya. Oleh itu, lebih tinggi darjah kekangan, lebih tinggi markah diberikan.

Langkah 3 - Kenal pasti dan senaraikan mengikut keutamaan kuasa atau pengaruh yang dikenali sebagai
daya penggerak atau daya pendorong yang boleh membawa kebaikan kepada situasi sekarang. Beri
markah kepada kuasa tersebut. Markah rendah (misalnya 1) bagi kuasa atau pengaruh yang kurang daya
pendorong; dan sebaliknya. Oleh itu, lebih tinggi kuasa mengubah, lebih tinggi markah diberikan.
Daya Penahan Markah Daya Pendorong Markah
...aduan orang ramai 5 ...staf bermotivasi dan 3
...perkhidmatan 4 terlatih
terganggu ...tempat kerja 5
...keselamatan tempat 3 kondusif
kerja terjejas ...pencapaian prestasi 5
diukur dengan jelas

Langkah 4 – Dengan menbandingkan skor yang telah diberikan kepada kuasa-kuasa yang boleh
mempengaruhi masalah, tentukan manakah antara item yang disenaraikan mempunyai daya penahan
dan daya pendorong yang kuat. Tentukan pengaruh yang akan diubah. Langkah 5 – Pilih tindakan yang
perlu, sama ada
a. kurangkan faktor daya penahan, atau
b. meningkatkan faktor daya pendorong.

61
Sebagai contoh daripada Jadual di Langkah 3, daya penahan yang paling mudah diubah ialah
keselamatan di tempat kerja (daya dengan skor paling rendah, senang diubah). Misalnya, keselamatan
di tempat kerja boleh ditingkatkan dengan menggunakan kawalan satu pintu masuk utama sahaja
semasa kekurangan staf. Oleh itu, markah daya penahan ini boleh dikurangkan kepada 2 atau 1 kerana
ancaman keselamatan tempat kerja telah dikurangkan menjadikan skor keseluruhan daya penahan
menurun dari 12 kepada 11. Dengan mengambil tindakan meningkatkan keselamatan di tempat kerja
juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada motivasi staf. Kini, staf yang ada tidak akan burn
out (terlebih beban kerja) dan boleh meningkatkan motivasi bekerja staf (misalnya markah motivasi
meningkat kepada 4 menjadikan skor keseluruhan daya pendorong ialah 14 berbanding 13). Tersebut
adalah satu contoh penggunaan analisis medan daya.

KESIMPULAN

Keupayaan menyelesaikan masalah mempunyai hubungan yang kuat dengan kemahiran berfikir.
Secara teori konsep pemikiran kritis lebih menyeluruh berbanding pemikiran aras tinggi dari sudut
penglibatan unsur kognitif dan afektif dalam proses berfikir. Walau bagaimanapun, pemikiran aras
tinggi meliputi kombinasi lebih banyak jenis-jenis pemikiran dalam mencapai tujuan bagi menyelesaikan
situasi yang kompleks (Lewis & Smith, 1993). Unsur kreatif pula, seperti daya imaginasi dan meramal,
wujud dalam proses berfikir secara kritis. Sementara itu, pemikiran kreatif juga terangkum dalam
pemikiran aras tinggi yang berperanan menghasilkan sesuatu yang bersifat baru dan kontradik daripada
idea sedia ada. Secara keseluruhan, pemikiran kritis wujud dalam komponen kemahiran berfikir aras
tinggi dan peranannya mencakupi aspek pembentukan kemahiran, sikap dan nilai. Sebagai suatu bentuk
kemahiran, kemahiran berfikir secara kritis boleh membantu pegawai membuat keputusan berdasarkan
fakta dan rasional dalam mencadangkan alternatif penyelesaian masalah.

Rujukan
Alazzi, K. F. (2005). Teachers' perceptions of critical thinking: a study of Jordanian secondary school
social studies teachers. The Social Studies, 99(6): 243-248.

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(2)
September 2017, 92-101. eISSN: 2600-769X.

Bailin, S. & Siegel, H. (2003). Critical thinking. Dlm. Blake, N., Smeyers, P., Smith, R. & Standish, P. The
Blackwell Guide to the Philosophy of Education. Blackwell Publishing, Australia.

62
Heard J., Scoular, C., Duckworth, D., Ramalingam, D., & Teo, I. (2020). Critical thinking:
Skill development framework. Australian Council for Educational Research.
https://research.acer.edu.au/ar_misc/41

Othman, M. & Sulaiman, H. (2008). Penyelesaian masalah: teknik dan aplikasi. Penerbit Universiti Putra
Malaysia: Serdang.

Taher, N. (2006). Critical thinking: concepts and applications. The ICFAI University Press: Hyderabad.

63
JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI

TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

AM 2.7 Pelupusan

(a) 1. Objektif

Pelupusan Aset Alih kerajaan bertujuan untuk:-

1.1 Memastikan agensi Kerajaan tidak menyimpan Aset Alih yang tidak boleh digunakan
atau tidak diperlukan;

1.2 Menjimatkan ruang simpanan/ pejabat;

1.3 Memastikan pelupusan boleh menjana hasil kepada Kerajaan; dan

1.4 Memastikan kaedah pelupusan yang dipilih bersifat mesra alam dan lestari.

(b) 2. Justifikasi Pelupusan

Aset Alih boleh dilupuskan berdasarkan justifikasi berikut:-

2.1 Tidak Ekonomi Dibaiki;

2.2 Usang;

2.3 Rosak dan tidak boleh digunakan;

2.4 Luput tempoh penggunaan;

2.5 Keupayaan Aset Alih tidak lagi di peringkat optimum

2.6 Tiada alat ganti di pasaran;

2.7 Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan;

2.8 Tidak lagi diperlukan oleh Jabatan;

2.9 Perubahan teknologi; dan

2.10 Melebihi keperluan.

64
(c) 3. Kuasa Melulus Pelupusan

3.1 Kuasa untuk meluluskan pelupusan adalah tertakluk kepada seksyen 5 Akta Perwakilan
Kuasa 1956 yang berkuat kuasa.

3.2 Pegawai-pegawai yang diwakilkan kuasa di bawah akta ini hanya boleh
meluluskan mengikut nilai yang telah ditetapkan dan tidak boleh mewakilkan
kuasa selanjutnya kepada manamana pegawai lain

3.3 Permohonan pelupusan untuk kelulusan Perbendaharaan Malaysia hendaklah


dikemukakan melalui Unit Pengurusan Aset Jabatan dan Kementerian.

(d) 4. Perakuan Pelupusan (PEP) KEW.PA-19

4.1 Perakuan Pelupusan (PEP) KEW.PA-19 hendaklah disediakan untuk semua kaedah
pelupusan. PEP hendaklah disediakan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

4.1.1 Aset Mekanikal, Teknikal, Elektrik dan Elektronik yang nilai perolehan
asalnya lebih daripada lima ribu ringgit (RM5,000.00).

4.1.2 Perkakasan komputer yang nilai perolehan asalnya lebih daripada satu ribu ringgit
(RM1,000.00).

4.1.3 Aset Mekanikal, Teknikal, Elektrik dan Elektronik nilai perolehan asalnya
kurang daripada RM5,000.00 dan perkakasan komputer yang nilai
perolehan asalnya kurang daripada RM1,000.00 tidak memerlukan PEP.
Aset Alih tersebut hendaklah diperakukan oleh Lembaga Pemeriksa atau
telah mencapai usia guna berdasarkan Garis Panduan Susut Nilai yang
ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

4.2 Kementerian/Jabatan hendaklah mendapatkan PEP daripada Jabatan Kerja Raya


atau Jabatan Teknikal lain atau Jabatan yang mempunyai worksyop atau bengkel
kejuruteraan sendiri atau pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran khusus
dalam peralatan-peralatan tertentu. PEP daripada pihak swasta hanya boleh
didapatkan sekiranya tiada agensi Kerajaan yang dapat mengeluarkan PEP.

4.3 PEP bagi Aset Keselamatan hendaklah mematuhi Akta/ Peraturan Keselamatan pihak
berkuasa berkenaan.

4.4 Pegawai-pegawai yang berkelayakan mengeluarkan PEP


adalah seperti berikut:-

4.4.1 PEP hendaklah disahkan oleh dua (2) orang pegawai yang terdiri daripada
seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan
seorang pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 19 dan ke atas. Bagi
Kementerian atau Jabatan yang tidak mempunyai pegawai Kumpulan
P&P, PEP boleh disahkan oleh
kedua-dua pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 19 dan ke atas;

65
4.4.2 Mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti Mekanikal,
Elektrik, Elektronik, Komputer, Perubatan, Pergigian, Penyiaran dan
seumpamanya; dan

4.4.3 Bagi peralatan ICT, sekiranya Jabatan berkenaan tidak mempunyai


Pegawai/ Penolong Pegawai Teknologi Maklumat untuk mengeluarkan
PEP maka Ketua Jabatan dibenarkan untuk melantik pegawai daripada
skim perkhidmatan lain yang mempunyai kelayakan dalam bidang ICT
untuk mengeluarkan PEP.

4.5 PEP hanya sah digunakan untuk tempoh satu (1) tahun sahaja dari tarikh
dikeluarkan. Sekiranya tempoh PEP telah tamat dan proses pelupusan belum
bermula Kementerian atau Jabatan hendaklah mendapatkan PEP yang baharu.
Sekiranya proses pelupusan telah bermula dan tempoh PEP telah tamat dalam
masa proses pelupusan maka tidak perlu mendapatkan PEP yang baharu.

4.6 Jabatan di luar negara, PEP adalah dikecualikan. Jabatan hendaklah mendapatkan
perakuan daripada mana-mana pihak swasta yang mempunyai kepakaran dalam
bidang tersebut tanpa melibatkan kos bagi mengesahkan Aset Alih tersebut tidak
ekonomi untuk dibaiki. Sekiranya peraturan ini tidak dapat dilaksanakan, Jabatan
hendaklah mengemukakan justifikasi pelupusan, salinan KEW.PA-3 atau KEW.PA-
4, KEW.PA-14 dan gambar Aset Alih bagi mengesahkan Aset Alih tersebut perlu
dilupuskan kepada Kuasa Melulus.

(e) 5. Lembaga Pemeriksa Pelupusan (LPP)

5.1 Lembaga Pemeriksa Pelupusan (LPP) hendaklah dilantik oleh Pegawai Pengawal/
Ketua Pengarah/ Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)
peringkat Kementerian atau Ibu Pejabat Jabatan menggunakan Surat Lantikan
Lembaga Pemeriksa Pelupusan KEW.PA-20 untukmembuat
pemeriksaan ke atas Aset Alih yang hendak dilupuskan.

5.2 Ketua Perwakilan/ Jabatan di negara berkenaan boleh melantik pegawai-pegawai yang
sesuai sebagai LPP bagi pelupusan Aset Alih di luar negara.

5.3 LPP dilantik atas nama jawatan dan tempoh pelantikan tidak melebihi dua (2)
tahun. Keanggotaan LPP hendaklah terdiri daripada:-

5.3.1 Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai yang tidak terlibat secara
langsung dalam pengendalian Aset Alih berkenaan. Pegawai yang tidak
terlibat secara langsung bermaksud penempatan Aset Alih bukan di
bawah tanggungjawab pegawai yang dilantik sebagai LPP;

5.3.2 Pegawai mempunyai kepakaran memeriksa Aset Alih jika


perlu;

5.3.3 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Kumpulan


Pelaksana Gred 19 dan ke atas atau yang setaraf. Sekiranya di Jabatan
berkenaan tiada pegawai Kumpulan P&P maka kedua-dua pegawai yang

66
menganggotai LPP tersebut boleh dilantik di kalangan pegawai Kumpulan
Pelaksana Gred 19 dan ke atas; dan

5.3.4 Pegawai daripada Kementerian atau Jabatan di bawah Pegawai Pengawal


yang sama atau dari Kementerian atau Jabatan lain boleh dilantik jika
perlu.

5.4 Tugas-Tugas Lembaga Pemeriksa Pelupusan (LPP) Tugas-tugas Lembaga


Pemeriksa Pelupusan adalah seperti berikut:-

5.4.1 Memaklumkan tarikh pemeriksaan kepada Kementerian atau Jabatan;

5.4.2 Memeriksa Aset Alih dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1) bulan dari
tarikh diarahkan oleh Jabatan;

5.4.3 Memastikan segala maklumat sulit dan rahsia dalam peralatan yang hendak
dilupuskan telah dikeluarkan;

5.4.4 Memastikan Aset Keselamatan dilupuskan mengikut Akta/ Peraturan pihak


berkuasa yang berkenaan;

5.4.5 Melengkapkan KEW.PA-21 di ruangan:-

(f) Nyatakan keadaan Aset Alih dengan jelas; dan


(g) Syor kaedah pelupusan dan justifikasi.

5.4.6 Menandatangani KEW.PA-19 dan mengemukakan kepada Jabatan.

(h) 6. Borang Pelupusan Aset Alih

Borang Pelupusan Aset Alih KEW.PA-21 hendaklah disediakan seperti berikut:-

6.1 KEW.PA-21 hendaklah disediakan oleh Kementerian atau Jabatan/ PTJ yang bercadang
untuk melaksanakan pelupusan;

6.2 Semua Aset Alih yang dicadangkan untuk pelupusan hendaklah disenaraikan di KEW.PA-
21;

6.3 KEW.PA-21 boleh disediakan secara bersekali atau berasingan mengikut kepada jenis Aset
Alih atau nilai perolehan Aset Alih;

6.4 Maklumat-maklumat berkenaan Aset Alih yang dicadangkan untuk dilupuskan


hendaklah merujuk kepada daftar Aset Alih atau dokumen-dokumen rujukan lain;
dan

6.5 KEW.PA-21 hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus melalui UPA


Kementerian/ Ibu Pejabat selepas Lembaga Pemeriksa Pelupusan membuat
pemeriksaan ke atas Aset Alih dan melengkapkan maklumat di KEW.PA-21.

67
(i) 7. Tatacara Pelupusan Oleh Kementerian Atau Jabatan

Tindakan yang perlu diambil oleh Kementerian atau Jabatan untuk melupuskan Aset Alih
adalah seperti berikut:-

7.1 Mengenalpasti Aset Alih yang hendak dilupuskan;

7.2 Mendapatkan KEW.PA-19 bagi Aset Alih yang memerlukan PEP;

7.3 Menyediakan KEW.PA-19 yang mengandungi maklumat seperti


berikut:-

7.3.1 Keterangan Aset Alih;

7.3.2 Kuantiti;

7.3.3 Tarikh perolehan;

7.3.4 Tempoh digunakan atau disimpan;

7.3.5 Nilai perolehan asal; dan

7.3.6 Nilai semasa berdasarkan maklumat di PEP atau tertakluk kepada Garis
Panduan Susut Nilai Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

7.4 Mengemukakan KEW.PA-19 kepada Urus Setia Pelupusan selepas LPP membuat
pemeriksaan, melengkapkan dan menandatangani KEW.PA-19;

7.5 Mengemukakan permohonan pelupusan kepada Kuasa Melulus melalui UPA Kementerian/
Ibu Pejabat masing-masing;

7.6 Melaksanakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan;

7.7 Menyediakan Sijil Pelupusan Aset Alih KEW.PA-23 untuk dikemukakan kepada Kuasa
Melulus berserta dokumen sokongan seperti berikut:-

7.7.1 Surat Akuan Penerimaan bagi Aset Alih yang dilupuskan melalui kaedah hadiah/
serahan;

7.7.2 Salinan resit jualan bagi Aset Alih yang dilupuskan melalui kaedah jualan;

7.7.3 Salinan resit jualan/ Borang Akuan Penerimaan bagi Buangan Terjadual/ Sisa Pepejal;
dan

7.7.4 Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih KEW.PA-22 bagi Aset Alih yang
dilupuskan melalui kaedah musnah dan tenggelam.

7.8 Mengemaskini rekod KEW.PA-3 atau KEW.PA-4.

68
(j) 8. Tempoh Tindakan Pelupusan

Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh
enam (6) bulan dari tarikh kelulusan.

(k) 9. Pelanjutan Tempoh

Permohonan melanjutkan tempoh pelupusan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa


Melulus dua (2) minggu sebelum tamat tempoh kelulusan pelupusan yang pertama.
Pelanjutan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi tempoh tidak melebihi satu (1) bulan.

(l) 10. Pinda Kaedah Pelupusan

10.1 Permohonan untuk meminda kaedah pelupusan hendaklah dikemukakan kepada


Kuasa Melulus sebelum tamat tempoh kelulusan pelupusan. Kuasa Melulus
hendaklah memberi kelulusan untuk tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan
pinda kaedah kepada Kementerian atau Jabatan.

10.2 Sekiranya tempoh pelupusan telah tamat, kelulusan adalah terbatal dan
permohonan baru hendaklah dikemukakan. Permohonan untuk meminda
kaedah pelupusan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus.

(m) 11. Kaedah-Kaedah Pelupusan

Dalam urusan pelupusan Aset Alih, kriteria pulangan hasil hendaklah sentiasa diberi
perhatian. Bagi mencapai tujuan ini, Kuasa Melulus hendaklah meluluskan kaedah
pelupusan yang sesuai untuk dilaksanakan dan paling menguntungkan Kerajaan. Kaedah
pelupusan adalah seperti berikut:-

11.1 Jualan secara:-

11.1.1 Tender;
11.1.2 Sebut Harga; dan
11.1.3 Lelong.

11.2 Buangan Terjadual (E-Waste) dan Sisa Pepejal;


11.3 Jualan Sisa;
11.4 Tukar Barang atau Perkhidmatan;
11.5 Tukar Beli;
11.6 Tukar Ganti;
11.7 Hadiah;
11.8 Serahan; dan
11.9 Musnah.

69
(n) 12. Kaedah Pelupusan Secara Jualan

(o) 12.1 Tender

12.1.1 Had Nilai Tender

Tender hendaklah dipelawa bagi nilai semasa satu Aset Alih atau secara
agregatnya melebihi RM500,000.00 pada satu-satu masa.

12.1.2 Dokumen Tender

(a) Kenyataan Tawaran Tender Pelupusan Aset Alih KEW.PA-24


Borang Tender Pelupusan Aset Alih KEW.PA-25
(c) Jadual Tender Pelupusan Aset Alih KEW.PA-26

12.2 Sebut Harga

12.2.1 Had Nilai Sebut Harga

Sebut Harga hendaklah dipelawa bagi nilai semasa satu Aset Alih atau
secara agregatnya tidak lebih RM500,000.00 pada satu-satu masa.

12.2.2 Dokumen Sebut Harga

(a) Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih KEW.PA-27


(b) Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih KEW.PA-28
(c) Jadual Sebut Harga Pelupusan Aset Alih KEW.PA29

(p) 12.3 Lelong

12.3.1 Pelupusan melalui kaedah lelong boleh dilaksanakan ke atas Aset Alih berikut:-

(a) Mempunyai nilai pasaran;


(b) Kuantiti yang banyak; dan
(c) Terdapat permintaan yang tinggi untuk membelinya.

12.3.2 Dokumen Lelongan

(a) Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih KEW.PA-30 ; dan


(b) Senarai Aset Alih Yang Dilelong KEW.PA-31

70
(o) 13. Kaedah Pelupusan Secara Buangan Terjadual (E-Waste) Dan Sisa Pepejal

13.1 Aset Alih yang dikategorikan sebagai e-waste di bawah Jadual Pertama,
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, hendaklah
dikendalikan dan dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang berkuat kuasa.

13.2 Contoh Aset Alih yang dikategorikan sebagai e-waste adalah


seperti berikut:-

13.2.1 Komputer;
13.2.2 Pencetak;
13.2.3 Pengimbas;
13.2.4 Televisyen;
13.2.5 Mesin Fotostat; dan
13.2.6 Telefon bimbit

13.3 Aset Alih yang dikategorikan sebagai Sisa Pepejal hendaklah dilupuskan mengikut
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Sisa Pepejal
ditafsirkan sebagai:-

13.3.1 Apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki
atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa
proses;

13.3.2 Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah,


lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau

13.3.3 Apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau manamana undang-
undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa yang dilupuskan.

13.4 Kos pengendalian pelupusan hendaklah ditanggung oleh Kementerian atau Jabatan yang
melupuskan Aset Alih tersebut dan hendaklah mematuhi sepenuhnya peraturan
perolehan perkhidmatan.

13.5 Kementerian atau Jabatan hendaklah merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar dan
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi mendapatkan keterangan lanjut
mengenai perkara ini atau akta yang berkaitan.

(q) 14. Kaedah Pelupusan Secara Jualan Sisa

14.1 Kaedah pelupusan secara jualan sisa dilaksanakan bagi Aset Alih selain daripada Buangan
Terjadual dan Sisa Pepejal.

14.2 Aset Alih yang boleh dilupuskan melalui kaedah jualan sisa adalah Aset Alih yang
tidak boleh digunakan dalam bentuk dan fungsi asalnya.

14.3 Penjualan sisa Aset Alih hendaklah dilaksanakan seperti berikut:-

14.3.1 Jualan Terus


71
(a) Nilai perolehan asal bagi satu Aset Alih atau secara agregatnya
sehingga lima puluh ribu ringgit (RM50,000).

(b) Kajian Pasaran hendaklah dibuat dengan mendapatkan sekurang-


kurangnya tiga (3) tawaran harga daripada syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang Membeli
Barang Lusuh (Perlu Permit).

(c) Pemilihan syarikat dan keputusan jualan terus hendaklah


mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan.

14.3.2 Sebut Harga

(a) Nilai perolehan asal bagi satu Aset Alih atau secara agregatnya
melebihi lima puluh ribu ringgit (RM50,000) sehingga lima ratus
ribu ringgit (RM500,000).

(b) Mempelawa sekurang-kurangnya lima (5) syarikat tempatan yang


berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam Bidang Membeli Barang
Lusuh (Perlu Permit).

(c) Pelaksanaan Sebut Harga hendaklah mematuhi perkara di para 12.

14.3.3 Tender

(a) Nilai perolehan asal bagi satu Aset Alih atau secara agregatnya
melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000) hendaklah dipelawa
secara tender terbuka kepada syarikat tempatan yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan dalam Bidang Membeli Barang
Lusuh (Perlu Permit).

(b) Pelaksanaan Tender hendaklah mematuhi perkara di para 11.

(r) 15. Kaedah Pelupusan Secara Tukar Barang atau Perkhidmatan

15.1 Kaedah pelupusan secara tukar barang atau perkhidmatan merupakan


pertukaran Aset Alih dari jenis yang sama atau berbeza atau pertukaran Aset Alih
dengan perkhidmatan.

15.2 Kaedah tukar barang atau perkhidmatan dilaksanakan berasaskan:-

15.2.1 Pertukaran Aset Alih atau perkhidmatan adalah berasaskan nilai terbaik
tanpa melibatkan kos tambahan;

15.2.2 Nilai Aset Alih hendaklah dianggarkan oleh pihak yang pakar dalam bidang
berkenaan;

72
15.2.3 Pertukaran Aset Alih atau perkhidmatan hendaklah mengikut keperluan
sebenar Jabatan;

15.2.4 Pelantikan syarikat tertakluk kepada peraturan perolehan yang berkuat


kuasa; dan

15.2.5 Syarikat pengeluar atau agen pembekal Aset Alih baharu hendaklah
bertanggungjawab memberi khidmat lepas jualan.

15.3 Semua cadangan pelupusan mengikut kaedah tukar barang hendaklah mempunyai
justifikasi.

(s) 16. Kaedah Pelupusan Secara Tukar Beli

16.1 Kaedah pelupusan secara tukar beli dilaksanakan bagi Aset Alih yang masih boleh
digunakan dalam bentuk asal tetapi tidak diperlukan oleh Kementerian atau
Jabatan dan tiada Kementerian atau Jabatan lain yang berminat melainkan
pembekal asal atau pembekal yang berniaga dalam bidang berkaitan.

16.2 Semua cadangan pelupusan mengikut kaedah tukar beli hendaklah mempunyai
justifikasi.

16.3 Kaedah tukar beli dilaksanakan berasaskan:-

16.3.1 Aset Alih yang sama jenis;


16.3.2 Aset Alih lama perlu dikeluarkan sebelum gantinya dipasang;
16.3.3 Penggantian Aset Alih hendaklah disahkan oleh Jabatan Teknikal (jika
perlu);
16.3.4 Harga jualan dirundingkan antara Kementerian atau Jabatan dengan
pembekal;
16.3.5 Nilai semasa ditaksir oleh Jabatan Teknikal atau mengikut nilai pasaran;
16.3.6 Peruntukan yang mencukupi; dan
16.3.7 Cadangan jualan secara tukar beli hendaklah dimasukkan sebagai syarat
dalam dokumen pelawaan tender atau sebut harga dan juga dalam perjanjian
kontrak perolehan.

(t) 17. Kaedah Pelupusan Secara Tukar Ganti

17.1 Kaedah pelupusan secara tukar ganti boleh dilaksanakan ke atas Aset Alih yang
tidak ekonomi dibaiki tetapi boleh dikeluarkan komponen-komponen tertentu
seperti komponen kenderaan atau perkakasan komputer dikeluarkan dan
dipasang sebagai alat atau komponen ganti bagi pembaikan jentera atau
kenderaan atau perkakasan komputer yang lain.

17.2 Pelupusan secara tukar ganti dilaksanakan berasaskan:-

17.2.1 Aset Alih yang sama jenis dan kegunaannya;

73
17.2.2 Diperiksa dan disahkan kesesuaiannya oleh Pegawai Teknikal; dan

17.2.3 Alat atau komponen tukar ganti yang dipasang kepada Aset Alih penerima
perlu direkodkan di Bahagian B KEW.PA-3 Aset Alih berkenaan.

17.3 Aset Alih yang ditukar ganti hendaklah disimpan sementara sebelum dipasang
kepada peralatan lain yang sama jenis atau kegunaannya. Satu senarai berasingan
hendaklah disediakan bagi tujuan rekod.

(u) 18. Kaedah Pelupusan Secara Hadiah

18.1 Pelupusan Aset Alih secara hadiah boleh dilaksanakan:-

18.1.1 Dari PTJ kepada pertubuhan atau persatuan yang diiktiraf oleh Kerajaan
Persekutuan dan Negeri; dan

18.1.2 Dari PTJ kepada rumah-rumah ibadat, rumah-rumah kebajikan masyarakat


dan seumpamanya yang diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

18.2 Aset Alih yang boleh dilupuskan secara hadiah adalah:-

18.2.1 Aset Alih boleh digunakan lagi dalam bentuk dan fungsi asal tetapi tidak
diperlukan lagi oleh agensi Kerajaan; atau

18.2.2 Aset Alih tidak ekonomi diperbaiki tetapi boleh diguna sebagai bahan latihan dan
pameran.

18.3 Kaedah pelupusan secara hadiah dilaksanakan berasaskan:-

18.3.1 Permohonan atau keperluan penerima; dan

18.3.2 Kos pengendalian dan pengangkutan hendaklah ditanggung oleh


penerima.

18.4 Cadangan pelupusan secara hadiah hendaklah disokong dengan surat permohonan
daripada pemohon.

18.5 Pelupusan Aset Alih secara hadiah dikecualikan daripada Perakuan Pelupusan KEW.PA-
19.

18.6 Surat Akuan Penerimaan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus beserta
KEW.PA-23 selepas aset diterima oleh pemohon.

18.7 Kad Pendaftaran bagi kenderaan yang dihadiahkan hendaklah ditukar hak milik kepada
penerima.

74
(v) 19. Kaedah Pelupusan Secara Serahan

19.1 Pelupusan Aset Alih secara serahan boleh dilaksanakan:-

19.1.1 Dari PTJ kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun;

19.1.2 Dari PTJ kepada kumpulan sasaran seperti petani, penternak dan nelayan; dan

19.1.3 Dari PTJ kepada Syarikat Penyelenggaraan bagi penggantian Aset Alih.

19.2 Kaedah pelupusan secara serahan dilaksanakan berasaskan:-

19.2.1 Permohonan atau keperluan penerima; dan

19.2.2 Kos pengendalian dan pengangkutan hendaklah ditanggung oleh


penerima.

19.3 Cadangan pelupusan secara serahan hendaklah disokong dengan surat permohonan
daripada pemohon.

19.4 Pelupusan Aset Alih secara serahan dikecualikan daripada Perakuan Pelupusan KEW.PA-
19.

19.5 Surat Akuan Penerimaan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus beserta
KEW.PA-23 selepas aset diterima oleh pemohon.

19.6 Salinan KEW.PA-3 dan KEW.PA-4 hendaklah diserahkan kepada Kerajaan Negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun.

19.7 Kad Pendaftaran bagi kenderaan yang diserahkan hendaklah ditukar hak milik kepada
penerima.

(w) 20. Kaedah Pelupusan Secara Musnah

20.1 Kaedah pemusnahan hendaklah menjadi pilihan terakhir setelah mendapati


semua kaedah seperti jualan, hadiah dan sebagainya tidak sesuai untuk
dilaksanakan. Kaedah pelupusan secara musnah boleh dilaksanakan bagi aset
yang tiada nilai jualan atau nilai sisa atau Aset Alih yang berunsur keselamatan
dengan cara berikut:-

20.1.1 Ditanam
20.1.2 Dibakar
20.1.3 Dibuang
20.1.4 Ditenggelam
20.1.5 Diletup/ diledak/ dilebur

75
20.2 Langkah-langkah berikut hendaklah diambil sebelum pelupusan secara musnah
dilaksanakan:-

20.2.1 Mendapat kelulusan tempat pemusnahan daripada Pihak Berkuasa yang


berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Alam Sekitar,
Jabatan Laut atau Pihak Berkuasa Lain mengikut mana yang berkenaan;

20.2.2 Mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
yang berkenaan;

20.2.3 Bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai alat ganti hendaklah ditanggalkan
atau dikeluarkan terlebih dahulu untuk kegunaan akan datang;

20.2.4 Tindakan bersesuaian seperti diketuk, dipotong, digelek, dirincih dan sebagainya
perlu diambil terlebih dahulu supaya tiada mana-mana pihak dapat mengambil
dan menjual semula atau bagi Aset Alih yang mempunyai unsur-unsur
keselamatan, tiada sebarang maklumat dapat diakses; dan

20.2.5 Ketua Jabatan atau Pegawai Aset yang melupuskan Aset Alih hendaklah
melantik dua (2) orang pegawai di gred yang bersesuaian untuk
menyaksikan bahawa aset tersebut telah dimusnahkan. Sijil Penyaksian
Pemusnahan Aset Alih KEW.PA-22 hendaklah disediakan apabila
pemusnahan telah selesai dilaksanakan dan dikemukakan kepada Kuasa
Melulus.

(x) 21. Kaedah-Kaedah Lain Pelupusan

Kaedah-kaedah lain pelupusan yang tidak dinyatakan di para 11 termasuk serahan


kepada pihak swasta berikutan projek penswastaan hendaklah mendapat kelulusan
Perbendaharaan Malaysia tanpa mengambil kira nilai perolehan asal.

(y) 22. Pelupusan Melalui Kontrak Pusat

Jika terdapat pelupusan melalui kontrak pusat, Kementerian atau Jabatan hendaklah
menggunakan peraturan berkenaan.

(z) 23. Tindakan Semasa Melaksanakan Pelupusan

Semasa melaksanakan proses pelupusan Aset Alih terdapat beberapa perkara yang perlu diambil
tindakan oleh Kementerian/ Jabatan iaitu:-

23.1 Label Hak Kerajaan Malaysia dan nama agensi Kerajaan pada Aset Alih hendaklah
dipadamkan.

23.2 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hendaklah diberitahu mengenai pelupusan


kenderaan supaya pendaftaran kenderaan agensi Kerajaan dibatalkan. Pertukaran
hak milik hendaklah diuruskan oleh Unit Pengurusan Aset.

76
23.3 Kad Pendaftaran kenderaan bermotor diserahkan kepada kontraktor/ pembeli kecuali
pelupusan secara jualan sisa.

23.4 Sijil Pelupusan Aset Alih KEW.PA-23 disediakan dan dikemukakan kepada Kuasa
Melulus bersama dokumen sokongan seperti berikut:-

23.4.1 Resit jualan bagi pelupusan secara jualan;

23.4.2 Surat Akuan Penerimaan bagi kaedah pelupusan


secara hadiah/ serahan;

23.4.3 Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih KEW.PA-22 bagi pelupusan kaedah
pemusnahan; dan

23.4.4 Akuan penerimaan/ Resit Jualan bagi pelupusan secara Buangan Terjadual/ Sisa
Pepejal.

23.5 KEW.PA-3 atau KEW. PA-4, KEW.PA-5 atau KEW.PA-6 dan KEW.PA-7 hendaklah dikemas kini.

77
JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD

Modul: Undang-Undang dan Peraturan Berkaitan Tatatertib Dalam PDRM

Pendahuluan
Undang-undang merupakan satu set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan
perundangan untuk mentadbir tingkahlaku manusia. Menurut Kamus Webster, semua peraturan
berkaitan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Tujuannya adalah untuk
keadilan termasuklah melindungi, mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan
keharmonian sosial.

Sumber Undang-Undang
Sumber undang-undang bermaksud asal usul undang-undang dan peraturan itu sendiri dimana ianya
dipatuhi dan diakui sebagai undang-undang oleh semua pihak. Terdapat dua jenis sumber undang-
undang iaitu:-
a) Undang-Undang Tidak Bertulis; dan
b) Undang-Undang Bertulis

Undang-Undang Tidak Bertulis


Undang-undang tidak bertulis bermaksud ianya bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan
Negeri, Perlembagaan Persekutuan/Negeri, Dan Perundangan Subsidiari . Sumber tidak bertulis yang
diterima sebagai undang-undang di Malaysia adalah seperti berikut:-
a) Undang-Undang Inggeris;
b) Adat Resam;
c) Keputusan Mahkamah; dan
d) Undang-Undang Islam

Undang-Undang Bertulis
Undang-undang bertulis merupakan sumber utama undang-undang di Malaysia yang digubal oleh
badan legislatif secara spesifik dinyatakan, ditulis dan distatutorikan. Berikut merupakan sumber-
sumber bertulis yang terdapat di Malaysia:-
a) Perlembagaan Persekutuan;
b) Perlembagaan Negeri;
c) Undang-Undang Persekutuan yang dibuat di Parlimen (Akta);
d) Undang-Undang Negeri yang dibuat di DUN (Enakmen); dan
e) Undang-Undang Subsidiari

78
Undang-Undang dan Peraturan Berkaitan Tatatertib dalam PDRM
Berikut adalah undang-undang dan peraturan tatatertib yang digunapakai dalam PDRM:-
a) Perlembagaan Persekutuan;
b) Akta Polis 1967;
c) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 [PPPA
(K&T)1993];
d) Surat Cara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas Dan
Tanggungjawab-Tanggungjawab Tertentu [P.U. (B) 441/2000];
e) Perintah Tetap Ketua Polis Negara; dan
f) Lain-lain Arahan/Peraturan

Perlembagaan Persekutuan – Merujuk Kepada PDRM


Setiap tindakan dalam pentadbiran PDRM adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Berikut
adalah kandungan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai dalam
pentadbiran PDRM:-
a) Perkara 132 (1) (d) – Perkhidmatan-perkhidmatan awam yang dimaksudkan dalam
Perlembagaan Persekutuan termasuk Pasukan Polis;
b) Perkara 132 (2) - YDPA boleh mengawal selia kelayakan bagi perlantikan dan syarat-syarat
perkhidmatan bagi orang–orang dalam perkhidmatan awam melalui undang–undang
persekutuan. [Contoh: PPPA (K&T) 1993;
c) Perkara 140(1) - Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) adalah bertanggungjawab bagi perlantikan,
pengesahan, kemasukan ke dalam jawatan tetap atau berpencen, kenaikan pangkat,
pertukaran dan perjalanan kawalan tatatertib untuk semua anggota polis; dan
d) Perkara 140(6)(b) - Tugas dan tanggungjawab anggota Suruhanjaya itu masing-masing,
termasuk pewakilan kuasa atau tugasnya kepada mana-mana anggota Suruhanjaya itu atau
pasukan polis atau lembaga pegawai pasukan polis atau suatu jawatankuasa yang terdiri
daripada anggota Suruhanjaya dan juga pasukan itu. [Contoh: P.U. (B) 441/2000]

Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)


Menurut Perkara 140(3) Perlembagaan Persekutuan, keanggotaan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)
terdiri daripada Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab mengenai Polis akan menjadi Pengerusi,
Pegawai Polis yang memerintah seluruh pasukan Polis, orang yang menjalankan kewajipan sebagai
Ketua Setiausaha Kementerian di bawah Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab mengenai
Polis, seorang Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh oleh Yang DiPertuan Agong dan
tidak kurang dari 2 orang tetapi tidak lebih dari 6 orang yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong sebagai
ahli yang lain. Secara ringkasnya, berikut adalah komposisi keanggotaan Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis
(SPP):-
a) Menteri Dalam Negeri (Pengerusi);
b) Ketua Polis Negara;
c) Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri;
d) Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong; dan

79
e) Ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong (tidak kurang dari 2 orang dan tidak lebih dari
6 orang)

Fungsi Utama Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)


Berikut adalah fungsi utama Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)
a) Perlantikan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara;
b) Penempatan dan Pertukaran Ketua Polis Negeri;
c) Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis;
d) Pemangkuan bertujuan kenaikan pangkat Pegawai Kanan Polis;
e) Pengambilan dan pelantikan baru Inspektor Percubaan Polis;
f) Pelantikan secara kontrak selepas bersara Pegawai Kanan dan Anggota Polis;
g) Pelepasan dan pelantikan secara pinjaman Pegawai Kanan Polis;
h) Tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 pindaan 2002;
i) Tindakan penamatan perkhidmatan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) 2005;
j) Tindakan surcaj di bawah Akta Acara Kewangan 1957; dan
k) Menerima aduan-aduan salah laku oleh pegawai kanan dan anggota polis

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (PPPA (K&T) 1993


PPPA (K&T) 1993 dibuat di bawah Perkara 132(2), Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan
Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980.
Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan seperti berikut:-

a) Kewajipan mematuhi peraturan-peraturan;


b) Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib ;
c) Tatakelakuan;
d) Prosedur tatatertib;
e) Hukuman;
f) Penahanan kerja dan penggantungan kerja;
g) Penamatan demi kepentingan awam; dan
h) Pelbagai

80
Kakitangan Awam (KTA)
Perkara 132 (1) (c) & (f) – Perkhidmatan-perkhidmatan awam yang dimaksudkan dalam Perlembagaan
Persekutuan termasuk Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Bersama Yang
Disebut Dalam Perkara 133 (Perkhidmatan Bersama, dsb).
Perkara 132 (2) – Yang DiPertuan Agong boleh mengawal selia kelayakan bagi perlantikan dan syarat-
syarat perkhidmatan bagi orang–orang dalam perkhidmatan awam melalui undang–undang
persekutuan. [Cth: PPPA (K&T) 1993]
Perkara 139 (4) – Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dilantik oleh Yang DiPertuan Agong
terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada empat orang anggota lain
tetapi tidak melebihi 30 orang.
Perkara 144 (1) – SPA bertanggungjawab bagi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam jawatan
tetap atau berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan perjalanan kawalan tatatertib.
Perkara 144 (5A) (b) – Sesiapa terkilan dengan perjalanan mana-mana kuasa kawalan tatatertib oleh
pegawai atau lembaga, pegawai boleh merayu kepada SPA dalam masa dan cara yang ditetapkan.
Perkara 144 (6) –SPA boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada mana-mana pegawai atau
lembaga pegawai dalam sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

Lembaga Tatatertib (LTT)


Lembaga Tatatertib (LTT) dibentuk untuk melaksanakan dan memutuskan tindakan tatatertib
yang di ambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 pindaan
2002, tindakan penamatan perkhidmatan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) 2005 dan tindakan surcaj di bawah Akta Acara
Kewangan 1957. Berikut adalah LTT yang bertanggungjawab ke atas Pegawai dan Anggota Polis:-

a) Pegawai yang diwartakan (ASP dan ke atas) – Suruhanjaya Pasukan Polis;


b) Pegawai yang diwartakan (Inspektor) – LTT dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara atau
Timbalan Ketua Polis Negara dan dianggotai oleh 2 Ahli terdiri daripada 2 orang Pegawai
Kanan berpangkat DCP; dan
c) Pegawai Rendah Polis – LTT dipengerusikan oleh Pegawai Kanan berpangkat ACP dan
dianggotai oleh 2 orang Pegawai Kanan berpangkat Superintenden

Akta Polis 1967


S. 18 – Pegawai Polis Tertakluk Kepada Peruntukan-Peruntukan Yang Terpakai Kepada Pegawai–
Pegawai Awam
Semua pegawai polis selain jika dikecualikan dengan nyata adalah tertakluk kepada peruntukan yang
sama yang terpakai kepada pegawai awam yang sama taraf. (Contoh: Arahan dari semasa ke semasa
yang dikeluarkan oleh kerajaan)
S. 19 – Pegawai Polis Hendaklah Disifatkan Sebagai Bertugas
Tiap-tiap pegawai polis, pegawai polis tambahan dan konstabel penjaga, bagi maksud-maksud Akta ini,
hendaklah disifatkan sebagai sentiasa bertugas apabila dikehendaki bertindak sebagai demikian dan
hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya dibawah
man-mana undang-undang lain di manamana tempat dalam Malaysia di mana dia mungkin
menjalankan tugas. (Kes Mohd Hairie Haiqal Bhadif Sagas v PDRM [2020] 1 lns 313] )
81
S. 20 (1) Tugas-Tugas Am Pegawai Polis
Pegawai Polis hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan perlaksanaan
jawatannya yang mungkin diterimanya dari semasa ke semasa daripada pegawai atasannya dalam
pasukan. (Contoh: Arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Pasukan/Pegawai Atasan)

S. 74 – Pegawai-Pegawai Polis Tertakluk Kepada Peraturan-Peraturan Disiplin


Semua anggota pasukan hendaklah tertakluk kepada peraturan-peraturan berhubung dengan disiplin
yang dibuat oleh YDPA dari semasa ke semasa di bawah Perkara 132(2) Perlembangan Persekutuan
[Cth: PPPA (K&T) 1993] atau di bawah Sek. 96 Akta ini [Ctontoh: AKTT & Police (Auxiliary Police)
Regulations, 1970].

S. 78 – Tahan Kerja Jika difikirkan perlu untuk kepentingan awam supaya seseorang pegawai polis
berhenti menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi jawatannya dengan serta merta, Pihak Berkuasa
Disiplin boleh menahan kerja pegawai polis itu, sementara menanti apa-apa penyiasatan mengenai
kelakuan pegawai polis itu. Dengan syarat bahawa pegawai polis itu hendaklah terus tertakluk kepada
pihak berkuasa dan disiplin yang sama seolah-olah dia tidak ditahan kerja dan dia tidaklah semata-
mata oleh sebab ditahan kerja terhenti menjadi pegawai polis.

S. 96 (2)(b) – Peraturan-Peraturan Polis


Yang DiPertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan Polis berhubung dengan semua atau
mana-mana perkara merangkumi disiplin termasuk pentakrifan kesalahan-kesalahan disiplin, prosedur
disiplin dan mengawalselia dan melaksanakan hukuman. (Contoh: AKTT & Police (Auxiliary Police)
Regulations, 1970)

S. 97 – Perintah Tetap
Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan perintah-perintah pentadbiran, bernama “Perintah Tetap”,
yang tidak berlawanan dengan Akta ini atau dengan kaedah-kaedah atau Peraturan-Peraturan Polis
yang dibuat dibawahnya, untuk kawalan dan arahan dan maklumat am Pasukan dan semua badan yang
ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis di bawah Akata ini. (Contoh: PTKPN
A110)

Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A110 - Tatatertib


Dibuat di bawah Sek. 97 Akta Polis 1967 bertujuan sebagai panduan dalam melaksanakan kawalan dan
penguatkuasaan tatatertib dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya menjadi satu organisasi
penguatkuasa utama yang dihormati.

82
Kewajipan Mematuhi Peraturan-Peraturan
Per. 3A - seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukkan Peraturan-Peraturan ini
dan pelanggaran mana-mana peruntukan boleh menyebabkannya dikenakan tindakan
tatatertib.
Per. 3B - kegagalan seseorang pegawai memberi Aku Janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Perintah Am 23A, Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, setelah
dikehendaki berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau Ketua
Jabatannya, atau gagal mematuhi terma-terma aku janji juga merupakan pelanggaran
tatatertib.

Siasatan Tatatertib
Per. 6 – Kuasa-Kuasa Siasatan Tatatertib
Mana-mana pegawai polis berpangkat Sarjan keatas. Seboleh-bolehnya sama atau lebih kanan pangkat
daripada pegawai yang disiasat.
Per. 7 – Pengaduan Terhadap Polis
Apabila sesuatu pengaduan dibuat terhadap seseorang pegawai polis, siasatan hendaklah dilaksanakan
dengan terperinci dan secepat mungkin.

Tugas Kawalan dan Pengawasan Tatatertib


Per. 3C – tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib
ke atas pegawai bawahannya serta mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang
mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. Kegagalan
menjalankan tanggungjawab ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas dan tidak
bertanggungjawab, serta boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Ketidakhadiran Tanpa Cuti (Peraturan 23 – 26)


Di bawah Per. 23, “tidak hadir” termasuk apa-apa jua tempoh masa dan tempat, pegawai itu
dikehendaki hadir bertugas. Untuk tidak hadir bertugas 7 hari berturut-turut dan gagal dikesan, Ketua
Jabatan hendaklah menghantar surat berdaftar untuk arah lapor diri bertugas.
Jika lapor diri, tindakan tatatertib biasa diambil. Jika surat tidak terserah, PBT hendaklah menyiarkan
notis dalam akhbar edaran nasional;
Sekiranya masih tidak melapor diri selepas tempoh 7 hari penyiaran notis, dianggap telah dibuang kerja
dibawah Per. 26. Pembuangan kerja hendaklah disiarkan dalam warta.

Pelucuthakan Emolumen Kerana Tidak Hadir Bertugas (Peraturan 27)


Seseorang itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya dan segala
emolumen sedemikian hendaklah disifatkan terlucut hak walaupun PBT yang berkenaan tidak
mengarahkan pelucuthakan itu. Di bawah Peraturan 14A, Perintah Am Bab C menyatakan tiada gaji bagi
tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti.

83
Prosiding Tatatertib Untuk Kes Sabitan Jenayah/Perintah Tahanan/Sekatan
Di bawah Peraturan 28 – 33, ianya termasuk kes sabitan Mahkamah Syariah (kesalahan substantif,
contohnya khalwat manakala kesalahan procedural hanya prosiding biasa, contohnya poligami tanpa
kebenaran).
Perintah tahan kerja akan dikeluarkan oleh PBT setelah mendapat syor daripada Ketua Jabatan apabila
sesuatu prosiding mahkamah dimulakan dan mandatori gantung kerja apabila berkeputusan sabitan.

Kes Sabitan Jenayah


Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan sabitan mahkamah/rekod perkhidmatan/laporan
perakuan samada pegawai berkaitan patut dibuang kerja/turun pangkat/ lain hukuman/ditamatkan
perkhidmatan demi kepentingan atau tiada hukuman bergantung kepada jenis dan keseriusan
kesalahan serta takat sabitan yang memburukkan nama perkhidmatan awam kepada PBT/LTT seperti
yang terkandung dalam Peraturan 29 (2).
PBT/LTT akan bersidang dan menimbangkan laporan/ rekod perkhidmatan/perakuan Ketua Jabatan
yang dikemukakan serta membuat penentuan berkaitan hukuman yang patut dijatuhkan seperti
Peraturan 33(1).

Kes Perintah Tahanan/Sekatan


Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan salinan perintah/rekod perkhidmatan/laporan perakuan
samada pegawai berkaitan patut dibuang kerja/turun pangkat/ lain hukuman/ditamatkan
perkhidmatan demi kepentingan atau tiada hukuman bergantung kepada takat keburukan dibawa
keatas perkhidmatan awam kepada PBT/LTT berdasarkan Peraturan 32(2).
PBT/LTT akan bersidang dan menimbangkan laporan/ rekod perkhidmatan/perakuan Ketua Jabatan
yang dikemukakan serta membuat penentuan berkaitan hukuman yang patut dijatuhkan sebagaimana
Peraturan 33(2).
Di bawah Peraturan 30, jika prosiding jenayah telah dimulakan dan belum selesai, tiada apa-apa
tindakan tatatertib boleh diambil berasakan alasan yang sama dengan pertuduhan jenayah. Tindakan
tatatertib hanya boleh diambil berasakan pada apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada
kelakuannya dalam pelaksanaan tugasnya.
Jika prosiding jenayah berkeputusan pembebasan maka tindakan tatatertib tidak boleh diambil
berasaskan alasan yang sama dalam pertuduhan jenayah tetapi ianya boleh diambil berasakan apa-apa
alasan lain berdasarkan Peraturan 31.

Prosiding Tatatertib Untuk Tujuan Buang Kerja/Turun Pangkat/Lain-Lain Hukuman


a) Peraturan 34
- Hak Untuk Didengar
i) Diberi notis (Surat Tunjuk Sebab) dan tempoh 21 hari untuk menjawab;
ii) Diberi penangguhan untuk menjawab representasi jika pegawai memohon;
iii) Diberi peluang menyemak dokumen dan pembekalan dokumen berkaitan jika
dipohon; dan
iv) Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan, hak terlucut jika melibatkan kes
sabitan jenayah/tahanan/sekatan

84
b) Peraturan 35
Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib akan membuat penentuan berkaitan prosiding tatatertib
samada dibawah Per. 36 atau Per. 37 atau tiada pelanggaran tatatertib.
c) Peraturan 36
Prosedur dalam kes tatatertib tidak dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.
d) Peraturan 37
Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.

Proses Tindakan Di Bawah Peraturan 36 Dan 47


Berikut adalah proses tindakan di bawah Peraturan 36 dan 47:-
a) Laporan siasatan tatatertib;
b) Penentuan prosiding tatatertib di bawah Per. 35;
c) PBT berpuashati wujud suatu kesalahan tatatertib dibawah Per. 36;
d) Penentuan kewujudan prima facie oleh Pengerusi LTT di bawah Per. 37;

e) Surat Tunjuk Sebab dan 21 hari untuk menjawab representasi Per. 52;
f) PBT atau LTT bersidang untuk membuat keputusan dan jatuh hukuman; dan
g) Pemberitahuan keputusan PBT / LTT.

Hukuman
Di bawah Peraturan 38 – 42, seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh
dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman bergantung kepada
keseriusan kesalahan itu

Jenis-Jenis Hukuman Dan Penjelasan


HUKUMAN PENJELASAN
Amaran Sebagai peringatan
Denda Maksimum 7 hari emolumen
Lucut Hak Emolumen Tiada had, sesuai dengan kesalahan tidak hadir bertugas
Tangguh Pergerakan Gaji Bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan
Turun Gaji Minimum 1 pergerakan gaji selama 12 bulan
Maksimum 3 pergerakan gaji selama 36 bulan
Turun Pangkat Turun pangkat ke gred lebih rendah tertakluk kepada skim
perkhidmatan yang sama dan kumpulan yang sama
Buang Kerja Dikeluarkan dari perkhidmatan awam

85
Edah
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2009 bertarikh 8 Mei 2009, berikut adalah tempoh edah
bagi hukuman-hukuman yang dikenakan:-

HUKUMAN TEMPOH EDAH


Amaran 12 bulan
Denda 18 bulan
Lucut Hak Emolumen 24 bulan
Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan
Turun Gaji 36 bulan
Turun Pangkat 48 bulan

*Tempoh edah bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan

Tahan Kerja/Gantung Kerja/Ambil Semula Bertugas Di Bawah Peraturan 43 - 48


a) Tahan Kerja
Satu tindakan administratif bagi tujuan kepentingan awam/siasatan atas syor Ketua Jabatan
[Kuasa budi bicara PBT sepertimana yang diwakilkan oleh SPP dalam P.U. (B) 441/2000 [P. 28(4)];
b) Gantung Kerja
Di bawah Peraturan 45, merupakan hukuman mandatori apabila disabitkan bersalah oleh
mahkamah atau dikenakan perintah tahanan/sekatan dan tidak berhak dibayar emolument; dan
c) Ambil Semula Bertugas
Di bawah Peraturan 46, arahan penjalanan semula tugas oleh PBT jika prosiding tatatertib bukan
berkeputusan buang kerja.

Penamatan Demi Kepentingan Awam


Di bawah Peraturan 49, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam. PBT boleh
mengesyorkan kepada kerajaan walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan. Tiada hak untuk
didengar dan bukan suatu elemen hukuman
Pelbagai
a) Peraturan 51 – Surcaj
PBT boleh mengenakan surcaj mengikut Akta Prosedur Kewangan.
b) Peraturan 52 – Penyampaian Notis, Dokumen, dsb.
Alamat kediaman terkini hendaklah diberi kepada Ketua Jabatan bagi tujuan penyampaian
notis atau dokumen.
c) Peraturan 53 – Tandatangan Pada Surat
Apa-apa surat-menyurat hendaklah ditandatangi oleh Pengerusi PBT atau mana-mana
anggota PBT bagi pihak Pengerusi

86
Bidang Pihak Berkuasa Tatatertib Ke Atas Pegawai Rendah Polis Mengikut Suratcara Perwakilan
Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab-Tanggungjawab Tertentu – [ P.U. (B)
441/2000 ]

Pihak Kuasa Bidang Kuasa


Berkuasa Tindakan Hukuman Tatatertib Lain
Tatatertib Mengikut
Pangkat
SPP Kons - SI Buang kerja, Turun pangkat, Turun gaji, Tahan kerja,
Tangguh pergerakan gaji, Lucuthak Gantung kerja
emolument, Denda, Amaran
LTT Kons - SI Buang kerja, Turun pangkat, Turun gaji, Tahan kerja,
Tangguh pergerakan gaji, Lucuthak Gantung kerja
emolumen, Denda, Amaran
ACP - IGP Kons - SI Turun gaji, Tangguh pergerakan gaji, Tahan kerja,
Lucuthak emolumen, Denda, Amaran Gantung kerja
Insp - Supt Kons - SI Lucuthak emolumen, Denda, Amaran -

Bidang Pihak Berkuasa Tatatertib Ke Atas Pegawai Kanan Polis Mengikut Suratcara Perwakilan Fungsi-
Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab-Tanggungjawab Tertentu – [ P.U. (B) 441/2000
]

Pihak Kuasa Bidang Kuasa


Berkuasa Tindakan Hukuman Tatatertib Lain
Tatatertib Mengikut
Pangkat
SPP Insp - CP Buang kerja, Turun pangkat, Turun gaji, Tahan kerja,
Tangguh pergerakan gaji, Lucuthak Gantung kerja
emolument, Denda, Amaran
LTT Insp Buang kerja, Turun pangkat, Turun gaji, Tahan kerja,
Tangguh pergerakan gaji, Lucuthak Gantung kerja
emolumen, Denda, Amaran
IGP ASP - CP Lucuthak emolumen, Denda, Amaran Tahan kerja,
Gantung kerja
DIG ASP - CP Lucuthak emolumen, Denda, Amaran -
IGP/DIG Insp Turun gaji, Tangguh pergerakan gaji, Tahan kerja,
Lucuthak emolument, Denda, Amaran Gantung kerja
SAC - CP Insp Lucuthak emolumen, Denda, Amaran -
Modul: Pembangunan Individu Berintegriti

Takrifan
Integriti ditakrifkan oleh Dewan Bahasa sebagai Kejujuran. Manakala menurut Kamus Oxford
merumuskan integriti sebagai honesty, wholeness, soundness, quality of being honest.
Zainal Abidin Safarwan, seorang Pakar Perkamusan Melayu turut membawa pengertian yang sama
terhadap tanggungjawab, iaitu menjadi tugas dan tanggungan, kewajipan, beban, pikulan, tugas dan
amanah.

87
Institut Integriti Malaysia (IIM) integriti merupakan perihal sifat individu dan organisasi yang
sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus cekap
dan bijaksana.

Manakala menurut Pelan Integriti Nasional, takrifan integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah
berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Pelan Integriti Nasional


Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri pada 23 April 2004 di Putrajaya. Fokus utama PIN dilancarkan oleh kerajaan Malaysia
untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dikalangan semua lapisan rakyat Malaysia.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM


Selaras dengan Kod Etika PDRM iaitu integriti sebagai teras perkhidmatan, professional kea rah
merealisasikan kepolisan moden dan prihatin serta komited melaksanakan fungsi PDRM bersama
masyarakat, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM yang ditubuhkan pada 25 Julai 2014
bertujuan memperkasakan PDRM dengan memantapkan integriti pegawai disamping memastikan tugas
dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan.

Integriti Dalam Perspektif Islam


Dalam akhlak Islam, ia bersesuaian dengan sifat-sifat benar, amanah, setia, pegangan teguh, peribadi
mulia, mukmin yang bertaqwa. Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah merupakan 4 sifat wajib Nabi
Muhammad S.A.W.

Kemerosotan Integriti
a) Rasuah

- Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang
individu kerana melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Suapan terdiri dari wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Contoh:- Seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada


seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor
berkenaan.

b) Gejala Sosial

- Fenomena sosial adalah gejala-gejala atau peristiwa-peristiwa yang terjadi dan dapat
diamati dalam kehidupan sosial. Gejala sosial juga dapat diertikan sebagai sesuatu yang
dibuat mahupun dilakukan oleh manusia di dalam lingkungan kehidupannya.

Contoh:- Kemiskinan, Masalah kewangan

c) Penyelewengan

- Perbuatan yang menyimpang daripada dasar

88
Contoh:- Mencuri atau menyalahgunakan wang atau harta benda majikan,
rakan perniagaan, atau orang lain yang mempercayai boleh menggugat aset
tersebut.

d) Perlakuan Tidak Beretika

- Perlakuan yang melanggari prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan
seseorang individu atau atau sesuatu kumpulan.

Contoh:- Pembohongan, mengambil kredit kerja yang dilakukan oleh orang


lain, gangguan atau penganiayaan lisan, kecurian atau penyelewengan,
gangguan seksual, amalan rasuah,

e) Salah Guna Kuasa

- Perlakuan yang memanfaatkan kuasa dimiliki untuk tujuan memeras dari orang lain atau
entiti untuk memenuhi kepentingan diri sendiri

Contoh:- Seorang pegawai kanan memberi projek/tender kepada syarikat yang


beliau sendiri mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut

f) Ketidakcekapan

- Tingkah laku pentadbiran yang menghalang pencapaian matlamat-matlamat sesbuah


organisasi

Contoh:- Pengurus yang lembab akalnya mudah salah faham terhadap orang
atau proses, Pengurus yang ‘melintasi garis’ ke dalam gangguan dan
mewujudkan persekitaran kerja yang belot, Pengurus yang sengaja menyebabkan orang
bawahannya menderita,

g) Salah Laku

- Kelakuan yang dianggap tidak bermoral atau tidak beretika

Contoh:- Ketidakpatuhan yang disengajakan sama ada secara bersendirian atau pun
berkumpulan, memberi atau menerima rasuah, Melanggar peraturan yang berkaitan
tempat kerja secara berterusan, Berkelakuan tidak sopan sewaktu di dalam tempoh
waktu bekerja, Lalai dalam menjalankan kerja secara berterusan.

h) Penipuan

- Perbuatan menipu yang disengajakan melalui pembentangan palsu atau mengelirukan


yang dilakukan untuk mendapatkan kelebihan/keuntungan yang tidak adil.

Contoh:- Memberi maklumat palsu dalam tuntutan perbelanjaan, Penipuan perniagaan


dalam talian (scammer), Skim Cepat Kaya.

89
Punca-Punca Kemerosotan Integriti
a) Individu
- Kelemahan diri
- Kurang pendedahan dan penghayatan nilai-nilai murni
- Etika kerja lemah
- Tamak
- Tidak nampak kelemahan diri

b) Budaya
- Takut melaporkan salah laku
- Sikap tidak ambil peduli
- Angguk dan ampu
c) Kepimpinan
- Kepimpinan lemah
- Arahan pemimpin yang tidak bertintegriti
- Pelanggaran prosedur

d) Struktur dan Institusi


- Struktur yang tidak kemas dan kurang fokus
- Matlamat yang tidak jelas dan tidak munasabah
- Kurang koordinasi

e) Sistem dan Prosedur


- Kurang telus
- Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan
- Penguatkuasaan lemah
- Kurang pemantauan

Langkah Pencegahan
a) Panduan Etika Kerja – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) INTAN, 1996
- Menggunakan masa dengan sebaiknya dan berusaha menyiapkan kerja dalam tempoh yang
ditetapkan;
- Melakukan kerja dengan sempurna, tidak mengharapkan orang lain dan rasa bersalah jika
tidak dapat menyempurnakan tugas sebagaimana yang ditetapkan;
- Tidak memilih kerja serta tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada ketua;

90
- Bekerja tanpa rasa jemu atau bosan serta sedia menjalankan sebarang tugas yang
dipertanggungjawabkan;
- Mengutamakan kepentingan tugas dari kepentingan diri dan sanggup berkorban masa dan
tenaga demi kepentingan perkhidmatan, disamping mengamalkan sikap tolong-menolong
terhadap kebaikan dan menghindarkan diri daripada perbuatan buruk;
- Patuh dan taat kepada peraturan serta berpegang teguh kepada ajaran agama disamping
sentiasa menjaga maruah diri dari sebarang perkara yan keji;
- Menjalankan tugas secara kolektif dan menyedari idea yang diperolehi secara berkumpulan
lebih bernas dan mantap bagi mencapai kejayaan organisasi;
- Menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan santun serta sentiasa menjaga kebersihan
diri, pakaian dan tempat kerja; dan
- Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat, bijaksana dalam membuat pertimbangan
dan mudah memaafkan kesilapan orang lain.

b) Panduan Perkhidmatan Cemerlang – Unit Perancangan dan Pemodenan Malaysia (MAMPU)


1979
- Berazam meninggikan mutu perkhidmatan dan membaiki mutu perkhidmatan melalui
Latihan-latihan, kajian, perbincangan;
- Bekerja dengan penuh tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan;
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri atau kelompok tertentu dengan menggunakan
kedudukan yang diperolehi tetapi menjadi pendorong kepada kemajuan negara;
- Berkhidmat dengan penuh Muhibbah dan kemesraan khasnya Malaysia yang mempunyai
rakyat dari pelbagai anutan agama, budaya, bangsa dan keturunan;
- Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat terutama dalam memberi kefahaman kepada
rakyat tentang dasar-dasar dan hasrat kerajaan dalam kemajuan negara yang ingin dicapai;
- Bekerjasama dalam membanteras kelemahan pentadbiran dan menghapuskan musuh-
musuh negara; dan
- Berpegang teguh kepada ajaran agama, Penekanan ini dilakukan bagimenerapkan nilai-nilai
positif yang terdapat dalam semua agama dalam membentuk peribadi pekerja.

Ajaran Dalam Agama Islam


Dalam Surah Al Baqarah, ayat 188 menerangkan kesalahan mengamalkan rasuah
“dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah)
kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim dengan maksud agar kamu dapat
memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui”
Dalam Surah Al Mukminun. Ayat 51 juga jelas menerangkantentang kesalahan mengamalkan rasuah
dan menuntut nilai-nilai integriti kepada umat manusia
“wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakalah amal-
amal soleh”

91
Mengapa Kita Perlu Menjaga Integriti?
- Demi maruah kita;
- Demi maruah keluarga kita;
- Demi maruah profesion dan organisasi;
- Demi maruah bangsa dan agama; dan
- Demi maruah negara.

92
KESELAMATAN DAN
KETENTERAMAN AWAM
JABATAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

KESELAMATAN NEGARA NO. 18


1.0 PENDAHULUAN

Arahan MKN No. 18 adalah berkaitan dengan Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan. Dalam
apa bentuk krisis keganasan atau kekerasan yang mengancam keamanan dan ketenteraman negara
sama ada ianya berbentuk domestik atau antarabangsa, PDRM adalah Agensi utama yang akan
bertindak bagi menangani isu ini selaras dengan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian B
106, dimana Pasukan Polis Diraja Malaysia dipertanggungjawabkan bagi menjaga keamanan dan
ketenteraman negara. Lanjutan daripada ini, PDRM dikehendaki menyediakan Pasukan Tindakbalas
Krisis (Crisis Respond Team) mengikut zon yang ditetapkan bagi melengkapkan keperluan Pasukan yang
mempunyai keupayaan tinggi menangani situasi krisis Keganasan atau kekerasan.

2.0 PERINGKAT PENGURUSAN KRISIS


Polis Diraja Malaysia akan mengendalikan sesuatu keadaan krisis keganasan atau kekerasan dalam
tiga (3) peringkat seperti berikut :-

2.1. Peringkat Kontinjen

2.2. Peringkat Pusat

2.3. Peringkat Jawatankuasa Kawalan Keganasan

3.0 PASUKAN PENGURUSAN KRISIS KONTINJEN

Apabila terjadinya sesuatu krisis keganasan atau kekerasan melibatkan mana-mana kontinjen, Ketua
Polis Negeri akan bertanggungjawab bagi menubuhkan Pasukan Tindakbalas Krisis (CRT Kontinjen).
Pasukan ini akan ditugaskan bagi bertindak menghadapi dan menyelesaikan krisis tersebut sehingga
selesai. Sekiranya keadaan krisis diluar kemampuan Pasukan Tindakbalas Krisis Kontinjen, maka ianya
hendaklah dirujuk kepada Ketua Polis Negara di mana krisis ini akan diserahkan kepada Pasukan
Pengurusan Krisis Pusat (CMT).

4.0 PASUKAN PENGURUSAN KRISIS PUSAT


Ketua Polis Negara melalui Pengarah Jabatan KDNKA akan menggerakkan Pasukan
Pengurusan Krisis Pusat (CMT) bagi mengendalikan sesuatu krisis yang tidak dapat ditangani oleh
Pasukan Pengurusan Krisis Kontinjen yang akan terus mengendalikan sesuatu krisis itu sehingga krisis
tersebut dapat diselesaikan.

93
5.0 PERINGKAT JAWATANKUASA KAWALAN KEGANASAN
Sepertimana dinyatakan di bawah Arahan MKN No. 18, bagi tujuan mengurus krisis keganasan, satu
Jawatankuasa Kawalan Keganasan ditubuhkan dan digerakkan oleh Majis Keselamatan Negara apabila
tercetusnya sebarang kejadian keganasan yang membawa krisis yang mengancam kepentingan negara.
Jawatankuasa ini akan bersidang di Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri
di mana Majlis Keselamatan Negara bertindak selaku Urusetia. Jawatankuasa ini akan membuat
keputusan dari segi dasar dan menentukan sebarang tindakan yang perlu diambil dalam
menghadapi,mengendali dan menyelesaikan sesuatu krisis keganasan yang berlaku. Pasukan
Pengurusan Krisis Pusat (CMT) akan melaksanakan segala keputusan yang telah ditentukan oleh
Jawatankuasa Kawalan Keganasan sehingga krisis dapat ditamatkan. Setelah itu penugasan seterusnya
akan diserahkan kepada PDRM untuk melaksanakan tanggungjawab seterusnya.

6.0 PERINTAH DAN KAWALAN

6.1 Pasukan Pengurusan Krisis Pusat (CMT) adalah di bawah kawalan Pengarah JabatanKeselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sepertimana digariskan dibawah Arahan MKN No. 18 yang
bertanggungjawab terus kepada Ketua Polis Negara. Bagi menentukan fungsi Pasukan Pengurusan Krisis
Pusat (CMT) maka beberapa Pasukan Tindakbalas Krisis (CRT) akan dibentuk dan dilatih sebagai elemen
penting di bawah CMT di bawah Arahan Pengarah Jabatan KDNKA.

6.2. Semua Komander Pasukan Tindak balas Krisis (CRT) hendaklah bertanggungjawab terus
kepada Pengarah Jabatan KDNKA bagi melaporkan semua perkembangan krisis bagi membolehkan
Pasukan Pengurusan Krisis Pusat (CMT) yang diketuai oleh Pengarah Jabatan KDNKA mendapatkan
keputusan muktamad daripada Ketua Polis Negara untuk menyelesaikan dan menamatkan krisis.3.
Setelah krisis selesai,penugasan seterusnya akan diserahkan kepada Ketua Polis Daerah
yang berkenaan bagi meneruskan tanggungjawab yang seterusnya daripada sudut siasatan dan lain•
lainnya.

6.4 Bagi Pasukan Pengurusan Krisis Kontinjen (CMT Kontinjen) setiap Komander yangdilantik
hendaklah bertanggungjawab terus kepada Ketua Polis Negeri yang mana akan
bertanggungjawab bagi mendapatkan keputusan muktamad daripada Ketua Polis Negara
bagi menyelesaikan dan menamatkan krisis yang boleh diselesaikan di peringkat Kontinjen.

7.0 KESIMPULAN
Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) terdiri daripada Perunding, Bantuan Kecemasan dan Penggempur.
Urusetia yang menggerakkan CMT apabila tercetusnya kejadian Keganasan adalah Cawangan Gerakan
KDNKA. Mengikut kajian, antara faktor-faktor yang mempengaruhi ‘suicide boomer’ adalah
mengeksploitasikan Al-Quran dan Hadis, penebusan dosa serta membalas dendam. Pengebom berani
mati ini adalah terdiri dari kaun wanita kerana mereka kurang meniumbulkan syak. Tahap peringkat
insiden pengganas adalah Peringkat Pengiktirafan, Peringkat Tindakbalas dan Peringkat Pemulihan.
Antara bandar yang pernah menjadi serangan pengganas adalah Beirut, Brussles dan Paris.
Wahhabisme adalah doktrin Islam yang bergerak secara ‘Ultraconservative, Fundamentalist dan
Puritan’.

94
ARAHAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NO. 20 DAN NO. 21

PENDAHULUAN:
Nota ini adalah sebagai panduan untuk mempelajari topik mekanisme pengurusan
bencana dan pengurusan ancaman ketenteraman awam berpandukan Arahan Majlis
Keselamatan Negara No. 20 dan No. 21. Pegawai dikehendaki mendapatkan bahan-
bahan rujukan yang lengkap.

ISI KANDUNGAN:
Arahan MKN No. 20 Mekanisme Pengurusan Bencana
Arahan ini juga menjelaskan peranan dan tanggungjawab Agensi Kerajaan, badan
berkanun, pihak swasta dan badan badan sukarela dalam pengurusan Bencana. Kejadian-kejadian yang
dikategorikan sebagai Bencana ialah:-
(a) Bencana alam seperti kejadian banjir, ribut/taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar, kemarau
dan tanah runtuh;
(b) Bencana industri termasuklah kejadian letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran bahan-
bahan berbahaya (hazardous materials) di kilang, loji dan depot yang memproses, mengeluar dan
menyimpan bahan-bahan berkenaan;
(c) Kemalangan melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya;
(d) Keruntuhan bangunan dan struktur khas;
(e) Kemalangan udara yang berlaku di kawasan yang berkependudukan tinggi;
(f) Pelanggaran atau kegelinciran keretapi dan lain-lain sistem pengangkutan rel yang melibatkan jumlah
mangsa dan kemusnahan harta benda yang besar
(g) Pelanggaran atau kegelinciran keretapi dan lain-lain sistem pengangkutan rel yang melibatkan
jumlah mangsa dan kemusnahan harta benda yang besar
(h) Kejadian empangan/takungan air pecah;
(i) Kemalangan kimia , biologi, radiologi dan nuklear yang boleh merebak dan mengakibatkan kehilangan
nyawa;
(j) Kejadian jerebu yang boleh menimbulkan keadaan kecemasan alam sekitar;
(k) Kejadian penularan wabak penyakit yang tidak terkawal; dan
(l) lain-lain bencana yang diistiharkan oleh Kerajaan.

Arahan MKN No. 21 Mekanisme Pengurusan Ancaman Ketenteraman Awam


Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada perisytiharan Darurat oleh DYMM Yang
Di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

95
Perisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yangtelah
ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi
mengukuhkan:

-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara


kepada keadaan aman dan harmoni. Apabila kedaan bertambah baik, MAGERAN dibubarkan pada
tahun 1971. Walau bagaimana pun, kerajaan merasakan kewujudan badan agensi yang bertangggung
jawab untuk pengurusan hal-hal keselamatan di peringkat nasional, negeri dan daerah diperlukan
kerana terdapat ancaman komunis dan hubungan antara kaum yang masih rapuh. Sehubungan itu,
Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam mesyuarat
bilangan 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah
menghuraikan peranan MKN seperti berikut:
“Since the future racial peace in this country depends on how well the government
handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look
into the nation”.
MKN adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejal
penubuhannya pada 1971. Punca kuasa MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang
bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan
pembentukan dan tanggung jawab Majlis Keselamatan Negara. Pada amnya, MKN bertanggung jawab
menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah
keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara yang
melibatkan keselamtan secara langsung di seluruh negara, di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah.
MKN juga menjadi badan yang bertanggung jawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam
perkara-perkara berkaitan keselamatan. Sejak penubuhannya (1971), sebanyak 21 Arahan MKN telah
dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan. Arahan yang kerap digunakan
ialah :
- Arahan MKN No. 20 yang menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan dan bantuan bencana
negara. Arahan ini digubal berikutan beberapa peristiwa bencana termasuk tragedi Highland Towers
pada Mei 1994.
- Arahan-arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan
Mekanisme pengurusan Ancaman Ketenteraman Awam. Ancaman-ancaman
ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam
kestabilan dan keselamatan negara.

Disediakan oleh:
Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur
Selangor

96
RISIKAN KESELAMATAN CAWANGAN KHAS

l. Dua kategori risikan


 Risikan Asas

 Risikan Semasa

2. Peringkat risikan

 Praktikal

 Strategik

 Operasional

3. Lima Kitaran Risikan

 Mengarah dan merancang

 mengumpul

 memproses

 menganalisis

 mengedar

4. Dua sumber utama iaitu

 Sumber Terbuka

 Sumber Tertutup

5. Punca-punca maklumat sumber tertutup

 HUMINT
 SIGNIT

97
 IMINT
 HACKINT

6. Kitaran Risikan - Tahap Arahan dan Perancangan


 Dasar

 Penggunaan metod dan teknik siasatan

7. Menghasilkan produk risikan yang bermutu


 Apakah maklumat yang perlu diperolehi

 Daripada mana maklumat diperolehi

 Bagaimana hendak mengumpul risikan

8. Gambaran menyeluruh tahap analisis bahan risikan

 Pemeriksaan data dan penerokaan isu

 Mencari perhubungan

 Taksiran kejadian dan ramalan strategik

 Syor dan cadangan

9. Maklumat yang telah diproses sehingga menjadi risikan perlu diedarkan melalui saluran yang
betul

 Adakah ianya untuk makluman ?

 Adakah untuk membina risikan ?

 Adakah untuk perancangan dan operasi ?

 Adakah untuk mengurang, mengawal atau menghapuskan ancaman ?

98
10. Tujuh aktiviti pengurusan risikan

 Pembinaan risikan

 Penyimpanan dan kemaskini risikan

 Pembinaan dan penggunaan risikan

 Tranformasi dan taksiran

11. Kriteria menghasilkan risikan yang baik

 Bebas dari pengaruh/Penyelewengan Fakta

 Menyeluruh dan tepat

 Lengkap, jelas dan boleh digunakan

 Relevan dan boleh diperolehi

12. Definisi maklumat

 Asimilasi data-data yang dikumpul tetapi tidak dianalisis

 bahan yang tidak dinilai

13. Maklumat yang telah dianalisis dan dinilai

 Fakta maklumat

 Saranan/lmplikasi

 Sebab-akibat

 Ramalan/Cadangan Strategik

14. Maklumat-maklumat mentah yang diperolehi akan diproses dan dinilai

 Kepercayaan Sumber

 Ketepatan Maklumat

15. Risikan Semasa

 Butir-butir jelas dan spesifik berhubung situasi terkini

 Pengetahuan tentang apa yang berlaku masa kini.

99
16. Risikan Strategik
 Untuk rancangan jangka panjang
 Untuk membuat keputusan-keputusan strategik
 Untuk menangani ancaman yang dihadapi

17. Risikan Operasional.


 Terletak di antara Peringkat Strategik dan Taktikal

 Keputusan Strategik dijadikan perancangan konkrit berdasarkan risikan

 Tindakan serta merta

18. Kitaran risikan.


 Terkandung lima tahap dalam bulatan risikan

 Menerangkan tahap-tahap proses sesuatu maklumat

 Menerangkan Prosedur yang perlu dipatuhi

 Satu proses yang berterusan

19. Tahap Memproses dałam kitaran risikan memerlukan penukaran data mentah kepada
pengeluaran maklumat dan risikan supaya boleh dianalisis
 Menanda dan menyusun indeks data mentah
 Menentukan nilai maklumat dari sudut keselamatan
 Menilai kepercayaan sumber dan ketepatan maklumat

20. Tahap keempat dałam kitaran risikan adalah tahap analisis di mana data-data yang siap diproses
bertukar menjadi bahan risikan.
 Menyusun maklumat

 Meringkaskan maklumat

 Membanding maklumat

 Mengatur fakta maklumat

100
21. Tindakan yang perlu diambil semasa tahap analisis untuk mendapatkan gambaran yang
menyeluruh dan jelas sebagai satu nilai tambahan bagi membantu mengkaji sesuatu ancaman.
 Pemeriksaan data
 Penerokaan Isu

22. Aktiviti dalam Pengurusan Risikan


 Pelupusan Risikan
 Pengkelasan Risikan

23. Tahap pengumpulan dalam Kitaran Risikan.


 Temuduga
 Tinjauan
 Siasatan Sulit
 Pengendalian Sumber

24. Tahap arahan dan perancangan dalam kitaran risikan


 Menentukan bentuk risikan mengikut keutamaan Perisikan
 Mengenalpasti keperluan risikan

25. Tujuan Badan Perisikan menyalurkan risikan atau inteligen kepada pihak Kerajaan.
 Untuk menangani ancaman keselamatan dan menjamin keselamatan negara.

26. Elemen yang boleh dijadikan panduan menyediakan kertas ancaman


 Kebarangkalian dan tanggapan.

27. Perbezaan di antara maklumat dan risikan.


 Risikan adalah maklumat yang telah dinilai dan dianalisa manakala maklumat adalah
inteligen mentah.

28. Maksudkan dengan Indeks Sumber atau Resources Index


 Senarai personaliti yang berguna untuk penugasan risikan Cawangan Khas dan boleh
dipercayai.

101
29. Peranan utama Badan Perisikan dalam konsep perancangan strategi keselamatan dan
pertahanan negara kecuali
 Lindung
 Maklum
 Memberi Amaran Awal

30. Lindung adalah salah satu peranan Badan Perisikan dalam konsep perancangan strategi
keselamatan dan pertahanan negara. Tindakan eksekutif yang diambil untuk melindugi negara
daripada ancaman luaran dan dalaman untuk
 Mengurangkan tahap ancaman

31. Maksudkan dengan Maklum dalam konsep perancangan strategi keselamatan dan pertahanan
negara
 Memantau dan mengkaji kegiatan-kegiatan dari dalam dan luar negara yang boleh
menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara

32. Memberi Amaran Awal kepada Kerajaan mengenai ancaman yang mungkin timbul terhadap
keselamatan Negara dan memberi nasihat kepada Kerajaan adalah
 Konsep keselamatan dan pertahanan negara

33. Fungsi utama Badan Perisikan yang utama


 Pengumpulan Risikan
 Perisikan Balas
 Penyelarasan Risikan
 Taksiran Keselamatan

34. Tujuan Badan Perisikan mengumpul risikan adalah untuk


 Mengumpul maklumat mengenai niat, tujuan dan kegiatan subversif yang
dilakukan oleh individu atau organisasi dari dalam atau luar negara.

 Mengumpul maklumat mengenai kegiatan penyuluhan dan pengkhianatan yang


dilakukan oleh anasir-anasir perisikan atau organisasi asing di dalam negara
sahaja.

102
35. Fungsi Badan Perisikan dalam konsep perisikan balas.
 Mengesan, mengenalpasti dan memusnahkan kegiatan dan perancangan
subversif, penyuluhan dan sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh.

 Antara operasi-operasi yang dijalankan ialah subversif balas, penyuluhan balas,


pengganasan balas dan pengkhianatan balas.

36. Fungsi Badan Perisikan dan konsep penyelarasan risikan


 Mengendali maklumat dengan cepat dan betul.

 Tiga kategori tindakan memproses risikan iaitu pengendalian secara harian dan
setiap jam (hourly); analisis risikan mengikut sabjek; dan, penilaian ke atas
kepercayaan sumber dan ketepatan maklumat.

37. Badan Perisikan dalam konsep tafsiran keselamatan


 Menganalisis dan mengenalpasti bentuk dan tahap ancaman terhadap
keselamatan negara.

 Menyedia taksiran keselamatan untuk menasihatkan kerajaan dalam proses


perancangan strategi keselamatan dan pertahanan negara.

38. “Pengetahuan am tentang sesuatu perkara atau kejadian atau individu atau organisasi yang
menarik perhatian keselamatan. Ini termasuk maklumat biasa atau rujukan asas tentang
keupayaan, bahan-bahan rujukan yang dikumpul secara berterusan. Contohnya, seperti
kewujudan ajaran sesat yang ektremis atau aktiviti individu tertentu yang dikenalpasti terlibat
dalam keganasan antarabangsa yang boleh mengancam keselamatan negara”. Ungkapan di
atas merujuk kepada
 Risikan Asas

39. “Pengetahuan tentang apa yang berlaku masakini. Pemantau dan laporan secara berterusan
tentang perkembangan terbaru, butir-butir jelas dan spesifik berhubung situasi sekarang.
Pengetahuan ini tidak mudah diperolehi dan mungkin tidak tepat. Contohnya, modus operandi
atau kekuatan sebenar serta peralatan senjata yang dimiliki oleh kumpulan ajaran sesat atau
kumpulan pengganas antarabangsa”. Kenyataan di atas merujuk kepada
 Risikan Semasa

103
40. “Peringkat risikan ini adalah berkaitan sesuatu dasar, keputusan, tindakan atau rancangan yang
diambil oleh satu pihak bagi menanggani ancaman yang dihadapi. Risikan ini berguna untuk
membuat keputusan-keputusan strategik. Menggubal dasar dan rancangan di peringkat
nasional kadangkala berguna untuk rancangan jangka panjang. Contohnya, adakah negara lain
mengamal dasar persahabatan atau bermusuhan dengan negara ini atau dasar kerjasama erat
negara ini dengan negara-negara lain dalam menangani ancaman keganasan antarabangsa”.
Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu peringkat risikan iaitu
 Risikan Strategik

41. “Peringkat ini melibatkan pengumpulan risikan tertumpu kepada aspek-aspek peralatan,
komunikasi, perhubungan, kewangan, kekuatan, logistik dan lain-lain tentang sesuatu sasaran.
Contohnya, seperti mendapatkan risikan berhubung berapa jumlah penculik yang berlindung di
pulau, apakah jenis senjata yang dimiliki, kedudukan mukabumi pulau berkenaan, tempat
keluar/masuk pulau atau pelan serangan yang dirancangkan”. Ungkapan di atas merujuk kepada
peringkat risikan
 Risikan Taktikal

42. “Peringkat risikan ini sebenarnya terletak di antara peringkat strategik dan taktikal. Keputusan
strategik dijadikan perancangan konkrit berdasarkan atas risikan operasi. Contohnya, tindakan
eksekutif atau pembendungan atau pencegahan yang diambil setelah mengenalpasti kedudukan
di mana para penjenayah bersembunyi, berlindung, beroperasi. Atau lokasi, kelengkapan dan
modus operandi mereka”. Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu tiga peringkat risikan
iaitu
 Risikan Operasional
43. Keperluan kajian kawasan berkaitan maklumat, data dan statistik yang tepat
 Geografi
 Demografi
 Penilaian sosial
 Keselamatan

44. Fail Kajian Kawasan mempunyai beberapa bahagian


 Sejarah Penduduk
 Kedutaan
 Kawasan Panas
 Kemudahan Kesihatan

104
45. Ancaman Nasional
 Penyeludupan dan salah guna dadah
 Kadar jenayah yang tinggi
 Pengganas dan Pelampau
 ‘Other perceived threats’

46. Risikan Strategik berguna untuk membuat keputusan-keputusan strategik. Menggubal dasar dan
rancangan di peringkat nasional kadangkala berguna untuk rancangan jangka panjang berkaitan
 Dasar
 Keputusan
 Tindakan
 Rancangan

47. Sistem pengurusan risikan negara adalah berkait rapat dengan perkara berikut

 Keselamatan Individu

 Keselamatan Organisasi

48. “If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles.
When you are ignorant of the enemy, but know yourself, your chances of winning and losing are
equal. If ignorant of both your enemy and of yourself, you are certain in every battle to be in
peril.”. Ungkapan di atas adalah daripada penulis buku “The Art of War” iaitu
 Sun Tzu

49. Pengurusan Risikan dalam konteks Konsep Dasar Keselamatan Bersandarkan Risikan
(Intelligence Led Policy) merangkumi perkara di bawah

 Risikan berupaya membantu Kerajaan/PDRM untuk meramalkan secara strategik tentang


ancaman-ancaman yang bakal timbul dan merancangkan langkah-langkah pencegahan
untuk mengurangkan, mengawal atau mengelakkan ancaman secara berkesan.

 Risikan memerlukan kekuatan keanggotaan yang mahir dari segi kemampuan menghadapi
musuh secara kekerasan.

105
50. Dalam sesebuah Negara, terdapat empat perkara yang perlu dinilai iaitu

 Ideologi

 Kedaulatan

 Rakyat

 Kerajaan

51. “Satu keadaan di mana nilai-nilai sesebuah negara berada di dalam keadaan bahaya atau
menghadapi risiko”. Definisi tersebut adalah berkaitan dengan
 Ancaman Keselamatan Negara

52. Ia adalah fahaman yang menjadi pegangan sesebuah kerajaan yang terbentuk. Pegangan ini
sentiasa dipegang rapi oleh setiap orang di dalam sesebuah kerajaan. Definisi tersebut adalah
berkaitan dengan
 Ideologi

53. Dalam faktor-faktor penyumbang kepada keselamatan Malaysia yang merdeka dan berdaulat di
mana sistem pemerintahan diasaskan kepada
 Perlembagaan Persekutuan

54. Bagi mengesan ancaman keselamatan Negara cuba dilakukan oleh individu atau kumpulan
tertentu, dua elemen penting dalam melakukan salah atau jahat disisi undang-undang iaitu
 Mens rea

 Actus reus

55. Arus globalisasi yang melanda dunia mempunyai “contangion effect” atau kesan “wabak”
kepada situasi keselamatan serantau dan juga nasional adalah berkaitan dengan

 Ancaman Global

56. Isu keistimewaan kaum bumiputera sering dieksploitasi oleh

 Subversif Politik

57. Dalam sesebuah organisasi perisikan, pengendalian maklumat yang cepat dan betul adalah
penting. Perkara tersebut adalah berkaitan dengan

 Pengendalian risikan

106
58. Mengesan, mengenalpasti dan memusnahkan kegiatan sesebuah organisasi yang memberi
ancaman kepada keselamatan negara adalah berkaitan dengan

 Perisikan Balas

59. Penugasan untuk mendapatkan maklumat sering diarahkan oleh badan perisikan menggunakan
sumber terbuka dan sumber tertutup. Apakah maksud penyataan di atas

 Pengumpulan Risikan

60. Menjadi keutamaan maklumat yang diproses mengikut kepentingan kerana ia adalah
bersandarkan kepada

 Penyelarasan Risikan

61. Maklumat yang dperolehi bergantung kepada proses penelitian rapi termasuk pengesahan dan
pembandingan data. Ia adalah berkaitan

 Konsep Dasar Keselamatan Bersandarkan Risikan

62. Apakah keperluan yang patut dipraktikkan oleh seorang perisik dalam menjalankan tugas
mendapatkan maklumat

 Pro-aktif

63. Apakah yang perlu diuruskan oleh organisasi perisikan dalam konteks pengurusan risikan

 Sumber Manusia

64. Keputusan Strategik dijadikan perancangan konkrit berdasarkan risikan

 Risikan Operasional

65. Maklumat kadangkala tidak relevan dengan keadaan semasa. Ia diambil daripada

 Sumber Terbuka

66. Maklumat yang diperolehi secara teknikal dan melalui projek penembusan adalah berkaitan
dengan

 Sumber Tertutup

67. Badan perisikan juga seringkali menggunakan personaliti tertentu untuk mendapatkan rujukan
dan nasihat. Siapakah personaliti yang dimaksudkan

107
 Index Sumber

68. Apakah perkara yang perlu diketahui dalam mengendalikan “Recources Index”

 Mempunyai bakat tertentu dalam bidangnya

 Boleh digunakan untuk tujuan pemantauan

69. Apakah asas yang menentukan kekukuhan dan keberkesanan sesuatu kawasan dalam
menghadapi ancaman keselamatan negara

 Kajian Kawasan

70. Apakah yang perlu dilakukan oleh pegawai perisikan dalam menjalankan kajian sesuatu tempat
di dalam sektornya ?

 Menyemak data-data melalui sumber terbuka dan sumber tertutup.

71. Maklumat diproses harus berdasarkan fakta. Walaupun ianya agar sukar tetapi tahap
kebolehpercayaan maklumat tersebut boleh diyakini. Ia adalah berkaitan dengan

 Ketepatan Maklumat

72. Apakah bentuk maklumat yang diperlukan untuk perancangan dan maklumat yang berkaitan
sahaja yang boleh diproses

 Relevan

73. Apakah aset yang penting bagi sesebuah Negara kerana tanpanya nilai utama negara tidak akan
wujud ?

 Rakyat

74. Faktor penyumbang kepada keselamatan negara bergantung juga keadaan berikut iaitu

 Politik Stabil

 Jentera Kerajaan Cekap

75. Isu sentimen perkauman adalah berkaitan dengan ancaman keselamatan Negara dari segi

 Ancaman Nasional

108
PENCEGAHAN JABATAN PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN
JENAYAH KOMUNITI

PENDAHULUAN:

Tujuan modul adalah bagi memahami penubuhan dan hala tuju Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK).

ISI KANDUNGAN:

Sejarah Penubuhan Dan Hala Tuju JPJKK

Pada peringkat permulàannya JPJKK beroperasi melalui NKRA Mengurangkan Jenayah.


Penubuhan jabatan ini berkuatkuasa dengan pengwujudan Waran Perjawatan Bil. K69 Tahun 2014
bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai elemen-elemen seperti berikut:-

➢ Commisioner Police (CP);


➢ Deputy
Commisioner Police (DCP);

Deputy Commisioner Police (DCP); dan
➢ -Bahagian:-
an, Bahagian Pengurusan
Dasar/ Sumber, Bahagian Kepolisan Komuniti, Bahagian Pendataan/Analisa, dan Bahagian
Urus Setia.

Visi Dan Misi JPJKK

VISI - Peneraju Bagi Mengekalkan Malaysia Selamat, Aman Dan Sejahtera.


MISI - Mencegah Jenayah Secara Holistik Ke Arah Pengwujudan Komuniti Sejahtera.

Bahagian Dan Peranan JPJKK

Bahagian Operasi Darat - MPV, URB & Polis Pelancong


Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan - Polis Bantuan, SUKSIS & Kor Kadet
Bahagian Kepolisan Komuniti - Kepolisan Komuniti, Sektor Swasta, Sektor NGO, Agensi Kerajaan
Bahagian Pendataan/Analisa - Jenayah Indeks Per 100,000 Penduduk , Sistem Pembangunan Bandar
Selamat, Volunter Smartphone Patrol
Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber - Perkhidmatan & Perjawatan, Kewangan dan Latihan

Teras Penubuhan JPJKK

Omni presence - Mempamerkan kehadiran Polis di kalangan masyarakat


Koordinasi - Mengkoordinasikan sumber sokongan PDRM untuk penugasan
Kolaborasi - Menjalin kolaborasi bersama NGO dan lain-lain agensi
Engagement - Menjalin perhubungan bersama komuniti.

109
Fokus dan Way Forward JPJKK adalah seperti berikut:

Fokus 1: Pengurangan Jenayah


Fokus 2: Memperkasa Komuniti
Fokus 3: Menghapus Peluang Jenayah
Fokus 4: Menghapus Niat Jenayah
Fokus 5: Meningkatkan Kerjasama Strategik Sumber Sokongan Dalam Konteks Pencegahan
Jenayah
Fokus 6: Penasihat Komuniti
Fokus 7: Memperkukuh Jabatan

Peranan Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber

Merupakan salah satu Bahagian yang terdapat dalam Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK). Bertanggungjawab dalam menentukan dasar kerajaan dan
dasar jabatan dijalankan secara holistik dalam jangka masa pendek dan panjang bagi keberkesanan
kerja dalam pasukan dan JPJKK. Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber terdiri daripada :
➢ – Merangka program latihan Jabatan dilaksanakan secara profesional,
cekap dan memastikan kompetensi individu, pegawai / anggota / kakitangan awam wajib
menghadiri kursus mengikut sukatan yang ditetapkan iaitu 7 hari setahun.
➢ - Merancang dan menyelaras urustadbir JPJKK dan menguruskan
kebajikan Jabatan mengikut PTKPN A138.
➢ - Menentukan pengukuhan/pengisian perjawatan
JPJKK dan urusan pertukaran/penempatan/kenaikan pangkat.
➢ - Merancang Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM)
jabatan dan menentukan urusan-urusan kewangan dan kawalan perbelanjaan bagi Jabatan
keseluruhannya.
133 Secara amnya, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber menjalankan dasar dan peraturan
dalaman yang berhubungan dengan organisasi, disiplin, kuasa-kuasa dan tugas-tugas Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya di JPJKK.
PTKPN Bahagian H200 merangkumi dasar dan peraturan Bahagian Pengurusan
Dasar/Sumber di peringkat Ibu Pejabat Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah.

Tugas Dan Tanggungjawab Pegawai URB


rondaan dan di kawasan tumpuan jenayah.

Kawalan DCC / CCC.
➢ an aktiviti pencegahan jenayah URB/e-Sektor melalui konsep police omni
presence, mobile information centre, mobile bit base, meet and greet dan stop and talk.

melalui kaedah berinteraksi secara dua hala untuk mendapatkan maklumat / maklum balas
bagi mengurangkan kadar ‘fear of crime’.

elemen-elemen pencegahan jenayah yang lain seperti bit, MPV, SRS, Persatuan Penduduk,
Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK), Kelab Pencegahan Jenayah dan Lain-lain Persatuan
berdaftar sah.
➢ -apa maklumat yang disalurkan oleh komuniti bagi
tujuan pencegahan jenayah.

110

mengekang perlakuan jenayah.
➢ -Responder untuk memberi respon dalam semua situasi kejadian
jenayah dan kejadian ketenteraman awam.
➢ -operasi yang dilaksanakan seperti sekatan
jalan raya, Ops Bersepadu, Ops Lusuh dan sebagainya.
➢ -unit lain seperti kawalan lalu
lintas dan bantuan operasi-operasi yang dirancang bersama agensi PBT / kerajaan.

ada/telah dilawati oleh elemen URB Daerah untuk tujuan pemantauan keselamatan.
➢ rondaan keselamatan ke masjid/rumah-rumah Ibadah bersama elemen URB
Daerah.

pelancong bagi mewujudkan persepsi rasa selamat dengan kehadiran polis (felt & seen).
➢ aksanakan tugas Lawatan Sektor (PTKPN - D225) dan pendataan Sistem e-Sektor (8 kali
sebulan) – dipantau pematuhan.

kemasyarakatan / engagement bersama masyarakat.
➢ sama elemen URB Daerah membuat aktiviti Lawatan Prihatin terhadap mangsa/
pengadu di lokaliti kawasan rondaan.

Latar Belakang Dan Objektif Penubuhan Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK)



kepolisan komuniti.
➢ alaysia.

meliputi persetujuan menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahaan jenayah dalam usaha
menurunkan kadar jenayah melalui pelaksanaan rondaan dan lain-lain.

Penyelarasan Kesukarelawan Melalui Kepolisan Komuniti (Coordinating Volunteerism Through


Community Policing - CVTCP)

Aktiviti CVTCP adalah –







➢ adah
➢ -royong

111
PROGRAM TOWN HALL DISCUSSION


isu-isu permasalahan semasa yang komprehensif dan mencari penyelesaian secara
keseluruhan.
➢ tinjen, sekali setahun, 14 program setahun

COMMUNITY ENGAGEMENT INDEX (CEI) - KPI KPN

Aktiviti CEI adalah:


AMANITA

Inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Through a Specially Designated Women Police Officer"
telah diperkenalkan pada bulan Oktober tahun 2012. Inisiatif Owner AMANITA adalah di bawah
Timbalan Pengarah Perancangan Strategik JPJKK. Setiap Kontinjen dilantik seorang Pegawai Turus
AMANITA untuk menyelaraskan segala aktiviti / program. Tujuan AMANITA ditubuhkan adalah untuk
merapatkan perhubungan mesra di antara PDRM dengan masyarakat serta untuk melengkapkan
golongan wanita / suri rumah dengan panduan keselamatan diri keluarga, kejiranan serta keselamatan
harta benda.

V0LUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP)

Pelaksanaan:

• Inisiatif VSP di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan projek program
perluasaan RAKAN COP.
• Perlaksanaan ini menggunakan medium aplikasi telefon pintar di mana ahli VSP boleh
mengantar maklumat secara Teks, Gambar, Video dan Koordinat GPS.

Objektif VSP

• Melahirkan hubungan “smart partnership” dan “community-oriented policing” antara


masyarakat dan PDRM
• Masyarakat sebagai rakan kolaborasi PDRM dengan menyalurkan maklumat melalui khidmat
32728 dan aplikasi mudah alih VSP.

Modul-modul yang terdapat dalam aplikasi VSP adalah:


• Modul Aduan
• Modul Balik Kampung
• Modul Direktori

112
Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan, JPJKK

Fungsi

• Merancang dan merangka pelan strategik hala tuju Polis Bantuan, Sukarelawan Simpanan
Polis (SSP), Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS) dan Kor Kadet Polis;
• Memastikan Polis Bantuan, Sukarelawan Simpanan Polis, Kor Sukarelawan Siswa / Siswi
(SUKSIS), Kor Kadet Polis mengikut garis panduan yang ditetapkan;
• Merancang pengurusan pentadbiran unit Polis Bantuan, Sukarelawan Simpanan Polis, Kor
Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS), Kor Kadet Polis;
• Merancang dan melaksanakan aktiviti Polis Bantuan, Sukarelawan Simpanan Polis, Kor
Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS), Kor Kadet Polis;
• Memproses perlantikan pegawai kanan Polis Bantuan, Sukarelawan Simpanan Polis, Kor
Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS), Kor Kadet Polis;
• Menyelaras pengeluaran kad kuasa semua unit di atas;
• Menyelaras tapisan jenayah (D2,D4) dan tapisan risikan keselamatan (Cawangan Khas) bagi
urusan pelantikan;
• Memastikan pengawal keselamatan dan pengawal peribadi yang dilantik oleh agensi
persendirian memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan mencapai matlamat untuk
mencegah jenayah.

Sukarelawan Simpanan Polis (SSP)

Penubuhan SSP

Pada asalnya dikenali sebagai "Auxiliary Police' iaitu satu Pasukan Sukarelawan yang terdiri daripada
orang-orang awam yang diberi kuasa Polis ketika kemuncak Darurat 1948. The Police Volunteer
Regulations 1956 diterbitkan pada 1956, secara rasminya Police Volunteer Reserves (PVR) atau
Sukarelawan Simpanan Polis ditubuhkan.

Objektif Penubuhan

• Peluang menceburkan diri di dalam profesion polis tanpa meninggalkan kerjaya asal
• Sebagai mata dan telinga PDRM
• Tenaga rezab PDRM

Polis Bantuan

Penubuhan Polis Bantuan

Ditubuhkan di bawah Emergency Regulations Ordinance 1948. Dibubarkan pada 1956. Polis Bantuan
Era Baru diwujudkan semula pada 21 Disember 1970 dan diwartakan mengikut P.U (A) 1970 iaitu
Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 dan Bahagian IX Akta Polis 1967.

Objektif Penubuhan
• Memastikan keselamatan ke atas perkhidmatan penting negara dan organisasi yang memberi
pendapatan tinggi kepada ekonomi negara.
• Kawasan perkilangan, perindustrian, perladangan dan sebagainya yang jauh dari liputan polis.

113
Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS)

Penubuhan KOR SUKSIS


Kor SUKSIS ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Polis 1967 berkaitan kuasa-kuasa
penubuhan Kor Kadet Polis (Bhg. XI) dan Pasukan Sukarelawan Polis (Bhg. VIII).

Objektif Penubuhan

• Pendedahan tugas-tugas kepolisan


• Membentuk ketahanan fizikal & mental
• Melahirkan modal insan berkualiti.

KOR KADET POLIS

Penubuhan Kor Kadet Polis

• Dicetuskan Oleh Ketua Polis Negara Yang Kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh Bin Ismail.
• Seksyen 68 Akta Polis, Bahagian XI, Kor Kadet Polis.

Objektif Penubuhan
• Melahirkan para pelajar yang memiliki disiplin yang tinggi, bersemangat patriotik dan
bertanggungjawab
• Membentuk ketahanan fizikal & mental
• Menjadi role model kepada pelajar lain.
• Kolaborasi di antara PDRM dan Kementerian Pendidikan ke arah usaha pencegahan jenayah
di sekolah.

Disediakan oleh:
Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur
Selangor

114

You might also like