You are on page 1of 2

KPN 87/33/4 10

MINIT TERCERAI

SAC Dasar Strategik PDRM

BENGKEL KAJIAN PELAPORAN INISIATIF DAN SUB-INISIATIF


SEPARUH PENGGAL PERTAMA SERTA PELAPORAN JANGKA
MASA SEDERHANA DAN PANJANG BAGI TAHUN 2022
SIRI 2/2022 – PELAN ANTIRASUAH POLIS DIRAJA MALAYSIA
( PAPDRM ) 2020-2024
ULASAN
Izinkan saya dengan segala hormatnya merujuk YDH Tuan kepada
perkara di atas.

2. Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Integriti dan


Pematuhan Standard ( JIPS ) Bukit Aman seperti di atas telah
diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 25 – 28 September 2022
( Ahad hingga Rabu )
Masa : 8.00 pagi hingga selesai sesi
Tempat : Dewan Angsana, Maktab Teknik
PDRM Bakri, Muar, Johor
Kehadiran : 1. G/14312 ASP Abdul Hamid bin Abdul
USKPN (P&P) Hashim, ASP Seksyen Penyelidikan
Dasar dan Peraturan
2. G/19969 ASP Norashikin binti Ali,
ASP Seksyen Pembangunan Strategik
3. G/20231 ASP Masna binti Syamsul,
ASP Seksyen Penyelidikan dan
Pembangunan Peralatan, ICT dan
Kelengkapan

3. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan dan


membentangkan perkara berikut:

3.1. Kajian keberhasilan serta impak pelaksanaan ke atas


inisiatif/sub-inisiatif PAPDRM 2020-2024 yang telah selesai di
peringkat output; dan

3.2. Laporan kemajuan inisiatif/sub-inisiatif PAPDRM


2020-2024 yang masih belum selesai di peringkat output.

4. Bengkel ini dihadiri oleh semua Ketua Penolong Pengarah


( KPP ) JIPS Bukit Aman, Ketua Bahagian JIPS Kontinjen dan wakil
setiap jabatan PDRM. Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan,
Peralatan, ICT dan Kelengkapan telah hadir bagi memberikan
penjelasan dan mendapatkan pengesahan semula mengenai

1
peneraju sebenar bagi inisiatif/sub-inisiatif 1.2.2 iaitu
memperkasakan Sistem Pengurusan PDRM ( pentadbiran,
perolehan, kewangan, siasatan dan pendakwaan dan risikan
keselamatan ) dengan merujuk hantaran emel bertarikh 3 Mac
2021 seperti di Lampiran A.

5. Bertitik tolak daripada perkara di Para 4 tersebut, Jabatan


Logisitik dan Teknologi kekal sebagai peneraju bagi inisiatif/sub-
inisiatif 1.2.2 dengan dibantu oleh semua jabatan PDRM yang
mempunyai integrasi sistem seperti yang terkandung dalam Buku
Semakan Semula Separuh Penggal Pelan Antirasuah Polis Diraja
Malaysia 2020-2024, muka surat 26.

6. Sehubungan itu, hanya dua inisiatif/sub-inisiatif yang akan


diterajui oleh Urus Setia KPN ( Penyelidikan dan Pembangunan )
dengan status kemajuan terkini adalah seperti berikut, iaitu:

6.1. Inisiatif 1.2.1 - Mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras


bagi semua dasar, pelan dan inisiatif dalam PSPDRM
( telah selesai diperingkat output ); dan

6.2. Sub-inisiatif 1.1.6.3 - Mewujudkan dasar dan


mekanisme berkaitan no gift policy ( telah selesai diperingkat
output )

7. Taklimat hasil bengkel telah disampaikan oleh YDH SAC


Afandi bin Senin, KPP Tadbir Urus dan Kepolisan Am, JIPS selaku
Urus Setia bengkel. Kesimpulan daripada bengkel tersebut, Urus
Setia telah merumuskan bahawa secara keseluruhannya sebanyak
45 daripada 53 inisiatif dan 79 daripada 109 sub-inisiatif telah
selesai di peringkat output. Laporan lengkap juga akan
ditaklimatkan kepada Pengurusan Tertinggi PDRM dalam mesyuarat
IG’s Update yang dijangka akan diadakan pada 6 Oktober 2022.

9. Majlis Perasmian Penutup bengkel telah disempurnakan oleh


YDH CP Dato’ Sri Azri bin Ahmad , Pengarah JIPS.

8. Dimajukan untuk makluman YDH Tuan.

Sekian, terima kasih.

( MASNA BINTI SYAMSUL ) ASP


ASP Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan,
Peralatan, ICT dan Kelengkapan
Urus Setia KPN
(Penyelidikan dan Pembangunan)

Tarikh : September 2022

You might also like