You are on page 1of 5

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BALIK PULAU DALAM NEGERI PULAU PINANG KES TANGKAP NO: 83-649-2007

PENDAKWARAYA DAN TEH HOOI WEN

PERAYU

RESPONDEN PENGHAKIMAN

10

Tertuduh (responden) dalam kes ini telah pada 22.6.2009 dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan bagi pertuduhan dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. Pihak Pendakwaraya telah
15tidak berpuashati dan merayu terhadap keputusan tersebut. Pertuduhan

sebagaimana berikut: Bahawa kamu pada 09 hb Julai 2007 jam lebih kurang 1.30 pagi di Balai Polis Bayan Lepas, di dalam daerah Barat Daya, di dalam negeri 20Pulau Pinang telah didapati memasukkan ke dalam badan kamu sendiri dadah jenis methamphetamine, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama.
25

Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memanggil seramai tiga orang saksi memberi keterangan. Selepas Mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi tersebut serta kes pihak pendakwaan secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah atas
30alasan berikut:1

Percanggahan keterangan.
1.

SP1 dalam keterangannya mengakui menjalankan ujian saringan urine ke atas seorang lelaki cina dan seorang perempuan cina. SP1
5menjelaskan bahawa OKT perempuan cina tersebut telah dieskot oleh

Kpl Zanariah (SP2) ke tandas untuk mengambil sampel urine. SP1 menyatakan bahawa sampel urine tersebut di bawa oleh OKT sendiri kepada beliau. Walaubagaimanapun SP2 dalam keterangannya menyatakan dengan pasti bahawa botol sampel air kencing OKT di bawa
10oleh beliau sendiri dan menyerahkannya kepada SP1.

2.

Keterangan SP1 di mahkamah juga bercanggah dengan laporan polis (P1). SP1 mengatakan bahawa keputusan ujian air kencing bagi suspek perempuan cina tersebut ialah positif THC, Methamphetamine dan
15Amphetamine. Laporan polis P1 pula menunjukkan air kencing OKT

positif methamphetamine. Semasa di soal balas peguambela, SP1 mengakui terdapat percanggahan dalam keterangan beliau dan laporan polis tersebut. Ini ditambah lagi percanggahan apabila SP1 menyatakan semasa di soal balas bahawa terdapat satu lagi keputusan ujian air
20kencing untuk suspek lain selain OKT. sedangkan semasa pemeriksaan

Utama SP1 mendakwa beliau ada mengambil ujian saringan air kencing atas dua suspek lelaki dan perempuan cina. prinsip yang digariskan di dalam kes PP v. Mohd Azrin Mohd Nor [2005] 5 CLJ 199 wajar diteliti sebagai panduan:
25"... on the facts of the instance case, the credibility of the key witnesses,

in particular PW3 and PW5, was seriously in doubt as there were clear discrepancies in their evidence."
2

Juga keputusan YA Vincent Ng di dalam kes PP v Lee Eng Kooi [1993] 2 MLJ 322. in such a case where the prosecution leads two sets of evidence, each one of which contradict and strikes at the other and shows it to be 5unreliable, the court will be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Rantaian Keterangan SP1 dalam keterangannya tidak menjelaskan bagaimana botol sampel
10air kencing tersebut dikendalikan. Beliau hanya menyatakan menutup

botol tersebut dan memulas untuk mengetahui keputusan ujian saringan awal. SP1 juga mengakui tiada borang serah menyerah dikeluarkan semasa menyerah barang kes tersebut kepada pegawai penyiasat. Pegawai penyiasat (SP3) pula dalam keterangannya memberitahu beliau
15ada menerima botol sampel air kencing dan OKT serta repot polis. SP3

juga mengakui tiada borang serah menyerah dikeluarkan. SP3 memberitahu beliau menerima botol sampel air kencing berseal atas nama OKT. Persoalannya, siapa yang telah seal dan label botol tersebut kerana SP1 tidak seal serta tidak melabel botol sampel urine tersebut
20sedangkan menurut SP3 beliau menerima botol urine berseal dan

berlabel nama OKT daripada SP1. SP3 menghantar botol dan sampel air kencing tersebut kepada pihak patologi hospital 3 hari selepas sampel diambil. SP3 menyatakan sampel telah di hantar ke unit patologi tetapi mengakui tiada akuan terimaan
25sampel dari pihak hospital pada borang permintaan ujian air kencing

tersebut. SP3 tidak pasti siapa yang menerima sampel air kencing tersebut dan tiada sebarang catatan dalam ID di buat. Pakar patologi

yang menjalankan ujian terhadap sampel tersebut juga tidak dipanggil memberi keterangan. Rujuk kes San Soo Ha v PP (1968) Cr. Appeal 34 Pihak Peguambela merujuk kes PP v Sivakumar Ammasi (2003) 6 CLJ 152 dimana ada menyebut:
5.. this gap in the prosecution case is very serious and must be given

sufficient consideration by the court. There is a doubt as to whether the exhibits actually sent to the chemist were the same exhibits that were said to have been safely secreted in the cloistered chambers of SP6s cabinet
10Mahkamah berpendapat wujud keraguan berkaitan rantaian dalam

prosedur pengambilan sampel urine tersebut dan keterangan kesemua saksi pendakwaan. Yang Amat Arif Abdul Hamid Mohamad JCA didalam kes Gunalan a/l Ramachandran & 2 Ors v. P.P [2004] 4 CLJ 551 menyatakan seperti yang berikut:15

20

The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is "a gap", does not necessarily mean that the fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that "gap" the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact."

25Kesimpulannya, jelas dalam kes dihadapan Mahkamah ini rantaian

keterangan telah terputus dimana tiada langsung sebarang keterangan berhubung akuan serah menyerah barang kes serta persoalan samada barang kes tersebut bertanda, berseal dan bertandatangan atau tidak. Oleh yang demikian, elemen pertuduhan bagi sekyen 15(1)(a) ADB telah
30tidak dibuktikan oleh pendakwaan atas alasan-alasan yang dinyatakan di

atas. Keraguan-keraguan inilah yang harus memberi manfaat kepada


4

tertuduh. Mengambil prinsip keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 461, Mahkamah berpuashati memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes Prima Facie begi pertuduhan. Oleh itu keputusan melepas dan
5membebaskan tertuduh tanpa di panggil membela diri adalah bertepatan

dan wajar.

Bertarikh pada 11hb Ogos 2009


10NORHAYATI BINTI JOHAR

Majistret Mahkamah Majistret Balik Pulau Penang


15

You might also like