You are on page 1of 18

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 6(5)4-263/15


DI ANTARA

NORAZMAN BIN AHMAD DAN


1 ORANG PERAYU LAIN

DENGAN

NICHICON (MALAYSIA) SDN. BHD.

AWARD NO: 846 TAHUN 2017

DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN


Pengerusi (bersidang berseorangan)

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN : 9 Januari 2015

TARIKH SEBUTAN : 1.6.2015, 16.6.2015, 14.9.2015, 15.10.2015,


5.11.2015, 4,12,2015 dan 25.4.2016.

TARIKH BICARA : 23.5.2016 dan 5.8.2016.

PERWAKILAN : Encik Candra Segaran Rajandran


Tetuan Prem & Chandra
(Peguam Pihak Yang Menuntut)

: Cik Jamie Goh


Tetuan Shearn Delamore & Co.
(Peguam Pihak Syarikat)
Rujukan:

[1] Ini ialah satu rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan

1967, terhadap pembuangan kerja Norazman bin Ahmad dan 1 Orang Perayu Lain

(kemudian dikenali sebagai “Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2”)

oleh Nichicon (Malaysia) Sdn. Bhd. (kemudian dikenali sebagai “Pihak Responden”)

pada 4.3.2014. Y.B. Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini ke Mahkamah

Perusahaan pada 26.3.2015 dan diterima oleh Mahkamah ini pada 23.4.2015.

1
Latar Belakang Kes

[2] Encik Norazman bin Ahmad (Pihak Yang Menuntut 1) telah dilantik sebagai

Juruteknik 4 di Syarikat Pihak Responden pada 31.7.2004. Pada tahun 2011 Pihak

Yang Menuntut 1 telah dinaikkan pangkat sebagai Senior Technician dengan gaji

RM1,775.00 sebulan berserta elaun. Encik Khairul bin Mohd Noor (Pihak Yang

Menuntut 2) telah mula berkhidmat sebagai Juruteknik 3 mulai 15.7.1997 dan telah

disahkan dalam jawatan serta dinaikkan pangkat sebagai Senior Technician dan gaji

terakhir beliau sebanyak RM2,535.00 sebulan dan juga elaun tetap. Pihak Yang

Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 berserta dua orang pekerja yang lain telah

dituduh oleh Pihak Responden dengan empat pertuduhan salahlaku pada 14.2.2014

iaitu terlibat memotong wayar CCTV. Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut

2 berserta dua rakan yang lain telah digantung kerja sehingga 27.2.2014. Pada

18.2.2014 Pihak Responden telah menjalankan Siasatan Dalaman (D.I) terhadap

mereka semua. Panel D.I mendapati Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut

2 bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan itu dan 2 orang pekerja yang lain. Pihak

Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 berserta seorang lagi rakan mereka pada 5.3.2014. Pihak Yang Menuntut 1

dan Pihak Yang Menuntut 2 telah merayu di atas keputusan tersebut tetapi Pihak

Responden masih mengekalkan keputusan buang kerja terhadap Pihak Yang Menuntut

1 dan Pihak Yang Menuntut 2. Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 tidak

berpuashati terhadap keputusan itu dan mendakwa tindakan Pihak Responden

membuang kerja mereka tanpa sebab dan alasan yang adil.

2
Kes Pihak Responden

[3] Pihak Responden telah mengemukakan seramai 3 orang saksi untuk memberi

keterangan di Mahkamah. Mereka ialah:-

(a) COW1 - Kamaruddin bin Md Yusoff


Pengurus Bahagian EMS

(b) COW2 - Khairil Hafeez


Pegawai Bahagian Sumber Manusia

(c) COW3 - Mardiana bt Mohammad Zulkifly


Eksekutif

Encik Kamaruddin bin Md Yusoff (COW1) di dalam kenyataan saksi yang dikemukakan

sebagai COWS-1 mengatakan beliau telah dilantik sebagai Ahli Panel Siasatan

Dalaman untuk meneliti salahlaku terhadap Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 dan dua orang pekerja lain iaitu Encik Mohd Suhaimi bin Abdul Malek dan

Mohd Firdaus Bin Che Mustafa. Mengikut keterangan COW1 bahawa Panel Siasatan

Dalaman terdiri dari Encik Hew Boon Kok sebagai Pengerusi dan Encik Mohd

Izaharuddin bin Ismail sebagai Ahli Panel. COW1 telah merujuk minit-minit siasatan

dalaman seperti di halaman mukasurat 19 – 27 COB yang telah dijalankan pada

18.2.2014 untuk Pihak Yang Menuntut 1 dan halaman mukasurat 37 – 47 COB untuk

Pihak Yang Menuntut 2. Mengikut keterangan COW1 bahawa Pihak Yang Menuntut 1

telah mengaku terhadap Pertuduhan ke 4 dan tidak mengaku salah terhadap tiga

pertuduhan yang lain dan Pihak Yang Menuntut 2 tidak mengaku salah terhadap

kesemua pertuduhan. Hasil dapatan Ahli Panel Siasatan Dalaman telah dikemukakan

ke Bahagian Sumber Manusia untuk tindakan lanjut seperti di halaman mukasurat 48 –

51 COB.

3
[4] Mengikut keterangan COW1 di dalam Siasatan Dalaman video footage telah

dikemukakan sebagai bahan bukti dan ditayangkan untuk menunjukkan tempat di mana

pemotongan wayar CCTV berlaku dan tempoh masa yang menunjukkan Pihak Yang

Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 berserta dua orang rakan beliau yang lain

berada di tempat kejadian tersebut. Video footage telah dikemukakan sebagai bahan

bukti di Mahkamah sebagai COB1 dan ditayangkan di Mahkamah.

[5] COW2 di dalam kenyataan saksi yang dikemukakan sebagai COWS-2

menyatakan pada 8.2.2014 Pihak Responden telah menerima laporan bahawa salah

satu daripada kamera security (CCTV) Syarikat tidak berfungsi dan siasatan lanjut telah

dijalankan dan COW2 telah mendapati wayar yang menyambung ke CCTV itu telah

dipotong dengan sengaja. COW2 bersama Encik Mohd Taufik bin Abdullah iaitu

Pengurus Kanan Sumber Manusia telah menjalankan siasatan lanjut dan hasil siasatan

melalui rakaman CCTV (COB 1) menunjukkan Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 bersama dua orang pekerja lain iaitu Encik Mohd Firdaus dan Encik Mohd

Suhaimi telah terlibat dalam salahlaku tersebut. Selepas siasatan dijalankan, Pihak

Responden telah mengadakan D.I terhadap Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 berserta dua pekerja yang lain. Tuduhan terhadap kesemua mereka ialah

seperti dinyatakan oleh COW2 di dalam kenyataan saksi beliau:

“J. 16. : Dakwaan salahlaku yang dibuat terhadap pekerja-pekerja tersebut,

termasuk Pihak Menuntut Pertama dan Kedua adalah seperti

berikut:

1. Didapati terlibat dalam melakukan perbuatan khianat

4
terhadap Syarikat dengan memotong wayar kamera

keselamatan (CCTV) untuk Kamera 8 di mana wayar kamera

tersebut telah dipotong di tangga ke kantin pada 08hb.

Februari 2014 (Sabtu) jam 4.39 petang.

2. Didapati terlibat dalam melakukan vandalism terhadap harta

benda Syarikat dengan memotong wayar kamera

keselamatan (CCTV) untuk Kamera 8 di mana wayar kamera

tersebut telah dipotong di tangga ke kantin pada 08hb.

Februari 2014 (Sabtu) jam 4.39 petang.

3. Didapati cuba mensabotaj dan mengganggu gugat sistem

keselamatan Syarikat dengan memotong wayar kamera

keselamatan (CCTV) untuk Kamera 8 di mana wayar kamera

tersebut telah dipotong di tangga ke kantin pada 08hb.

Februari 2014 (Sabtu) jam 4.39 petang.

4. Didapati berada di kantin Syarikat melebihi waktu rehat

pekerja pada 08hb. Februari 2014 (Sabtu) iaitu berada di

kantin dari jam 4.00 petang hingga 4.38 petang di mana

waktu rehat rasmi anda adalah dari jam 3.45 hingga 4.00

petang.”

[6] Siasatan Dalaman telah diadakan pada 18.2.2014 dan Panel D.I telah mendapati

Pihak Yang Menuntut 1 bersalah terhadap kesemua pertuduhan salahlaku dan Pihak

5
Yang menuntut 2 bersalah atas Pertuduhan 1, 2 dan 3 dan Pertuduhan ke 4 tidak

bersalah. Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut 1,

Pihak Yang Menuntut 2 dan Encik Mohd Firdaus bin Che Mustafa tetapi hukuman

terhadap Encik Mohd Suhaimi bin Abdul Malek hanya digantung kerja tanpa gaji untuk

tempoh 7 hari. Mengikut keterangan COW2 bahawa selepas keputusan pembuangan

kerja dibuat, Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 telah mengemukakan

rayuan berhubung keputusan itu tetapi Pihak Responden tidak dapat

mempertimbangkannya walaupun rakan mereka Mohd Firdaus telah mengaku

memotong wayar itu selepas hukuman dijatuhkan dan dimaklumkan kepada mereka.

Mengikut keterangan COW2 bahawa berdasarkan rakaman CCTV (COB1) jelas

menunjukkan Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 serta dua rakan yang

lain telah berada di tempat wayar CCTV dipotong.

[7] COW3 di dalam kenyataan saksi yang dikemukakan sebagai COWS-3

menyatakan beliau telah ditugaskan sebagai Setiausaha di dalam Siasatan Dalaman

dan COW3 telah diarahkan untuk menyediakan nota-nota D.I seperti di halaman

mukasurat 19 – 27 COB untuk Pihak Yang Menuntut 1 dan mukasurat 37 – 47 COB

untuk Pihak Yang Menuntut 2. COW3 menyatakan terdapat kesilapan penaipan

berlaku berhubung tarikh siasatan dalaman itu tercatit 13.2.2014 tetapi siasatan

dalaman ini diadakan pada 18.2.2014 dan ini merupakan kesilapan penaipan dan hanya

beliau sedari selepas dimaklumkan oleh HR sewaktu kes ini hendak dibicarakan..

Kes Pihak Yang Menuntut

[8] Pihak Yang Menuntut telah mengemukakan seramai tiga orang saksi iaitu:

6
(a) CLW1 - Mohd Firdaus bin Che Mustafa (bekas pekerja)

(b) CLW2 - Khairul bin Mohd Noor (Pihak Yang Menuntut 2)

(c) CLW3 - Norazman bin Ahmad (Pihak Yang Menuntut 1)

CLW1 sewaktu memberi keterangan di Mahkamah menyatakan beliau mula bekerja di

Syarikat Responden pada hujung bulan September 2011 dan telah ditamatkan

pekerjaan pada 4.3.2014 terhadap pertuduhan salahlaku kerana memotong wayar

CCTV seperti di halaman mukasurat 8 dan 9 CLB1. Mengikut keterangan CLW1

selepas Pihak Responden membuat keputusan buang kerja pada 4.3.2014, CLW1 ada

mengemukakan satu surat di halaman 7 CLB pada 5.3.2014 dan di dalam surat itu

CLW1 mengaku bahawa beliau yang memotong wayar CCTV itu dan menyatakan Pihak

Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 tidak terlibat dalam pemotongan wayar itu

dan memohon agar Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 tidak dikenakan

apa-apa tindakan.

[9] CLW2 iaitu Pihak Yang Menuntut 2 di dalam kenyataan saksi yang ditandakan

sebagai CLWS-2 menyatakan beliau mula berkhidmat sebagai Juruteknik 3 pada

15.7.1997 dan jawatan terakhir CLW2 ialah Senior Technician. Mengikut keterangan

Pihak Yang Menuntut 2 bahawa beliau telah digantung kerja mulai 14.2.2014 untuk

tempoh 14 hari dan telah dibayar separuh gaji sehingga beliau dibuang kerja pada

4.3.2014. Mengikut keterangan Pihak Yang Menuntut 2 bahawa beliau telah dituduh

bersama 3 rakan kerja yang lain telah memotong wayar CCTV pada 8.2.2014 pada jam

4.39 petang. Pihak Yang Menuntut 2 tidak mengaku bersalah terhadap empat

pertuduhan yang dikenakan kepada beliau. Pada 18.2.2014 beliau telah hadir di dalam

D.I dan telah membantah terhadap Pertuduhan 1, 2 dan 3 kerana pertuduhan itu adalah

7
sama dan Pertuduhan ke 4, Pihak Yang Menuntut 2 mengatakan beliau baru sahaja

selesai solat ketika itu dan tidak mengaku kesemua pertuduhan itu. Pihak Yang

Menuntut 2 juga membangkitkan isu ketidakadilan sewaktu D.I dijalankan kerana Encik

Taufik selaku orang yang mengendalikan siasatan turut bertindak sebagai Pegawai

Pendakwa dalam Siasatan Dalaman itu. Mengikut keterangan Pihak Yang Menuntut 2

pada 4.3.2014 Pihak Responden telah mendapati beliau bersama Pihak Yang Menuntut

1 dan Mohd Firdaus bersalah terhadap Pertuduhan 1, 2 dan 3 dan ditamatkan

perkhidmatan serta merta dan seorang lagi rakan beliau iaitu Encik Mohd Suhaimi

hanya dikenakan hukuman gantung perkhidmatan selama 7 hari tanpa gaji. Pihak Yang

Menuntut 2 mempertikaikan hukuman yang tidak sama dan adil. Mengikut keterangan

Pihak Yang Menuntut 2 bahawa Mohd Firdaus telah mengaku di hadapan Encik Taufik

pada 5.3.2014 bahawa hanya beliau seorang sahaja yang memotong wayar itu dan

rakan-rakan beliau yang lain tidak terlibat. Pihak Yang Menuntut 2 dan Pihak Yang

Menuntut 1 ada membuat surat rayuan berhubung keputusan Pihak Responden itu

tetapi rayuan mereka tidak dipertimbangkan. Mengikut keterangan Pihak Yang

Menuntut 2 bahawa beliau telah berkhidmat selama 17 tahun dengan Syarikat dan tidak

pernah dikenakan apa-apa tindakan disiplin sebelum ini dan mempunyai rekod

perkhidmatan yang baik.

[10] Keterangan saksi ke 3 iaitu Pihak Yang Menuntut 1 seperti dinyatakan dalam

kenyataan saksi (CLWS-3) bahawa beliau telah dilantik sebagai Juruteknik 4 pada

31.7.2004. Jawatan terakhir Pihak Yang Menuntut 1 ialah Senior Technician dan gaji

terakhir beliau ialah RM1,773.00 sebulan. Mengikut keterangan CLW3 (Pihak Yang

Menuntut 1) bahawa pada 13.2.2014 Encik Wan Zulrushdi, Pengurus Kanan Production

telah memanggil beliau untuk berbincang dan Pihak Yang Menuntut 1 telah dituduh

8
bersama Pihak Yang Menuntut 2 dan dua rakan yang lain dengan sengaja memotong

wayar CCTV pada 8.2.2014 jam 4.39 petang. Pihak Yang Menuntut 1 menyatakan pada

hari itu adalah hari pertama beliau masuk kerja selepas cuti sakit selama 55 hari. Pihak

Yang Menuntut 1 menafikan kesemua 4 Pertuduhan salahlaku tersebut itu dan beliau

berserta rakan beliau telah digantung kerja mulai 14.2.2014 hingga 27.2.2014 untuk

Pihak Syarikat menjalankan siasatan.

[11] Pada 18.2.2014 beliau telah hadir dalam D. I dan tidak mengaku salah terhadap

Pertuduhan 1, 2 dan 3 kerana kesemua Pertuduhan adalah hampir sama iaitu

memotong wayar CCTV dan Pihak Yang Menuntut 1 mengakui terhadap Pertuduhan ke

4 iaitu rehat melebihi tempoh masa. Pihak Yang Menuntut 1 mempertikaikan perjalanan

proses D.I itu atas alasan Encik Taufik selaku pegawai penyiasat kes ini turut juga

bertindak sebagai Pegawai Pendakwa dan menegaskan bahawa Ahli-Ahli Panel D.I

telah diberi taklimat dan maklumat lebih awal sebelum D.I dijalankan. Selepas D.I, pada

18.3.2014 Pihak Responden telah mendapati Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 serta Mohd Firdaus bersalah dan telah ditamatkan perkhidmatan serta

merta pada 4.3.2014 dan seorang lagi rakan beliau hanya digantung kerja selama 7 hari

sahaja. Pihak Yang Menuntut 1 tidak berpuashati dengan hukuman yang telah

dikenakan. Mengikut keterangan Pihak Yang Menuntut 1 bahawa selepas dimaklumkan

penamatan kerja itu rakan beliau Mohd Firdaus telah memaklumkan kepada Encik

Taufik bahawa Mohd Firdaus yang memotong wayar itu dan Pihak Yang Menuntut 1 dan

Pihak Yang Menuntut 2 tidak terlibat langsung. Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 telah membuat surat rayuan berhubung hukuman itu tetapi rayuan Pihak

Yang Menuntut tidak dipertimbangkan oleh Pihak Responden. Mengikut keterangan

Pihak Yang Menuntut 1 bahawa beliau telah berkhidmat hampir 10 tahun dengan Pihak

9
Responden dan beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dan

menganggap pembuangan kerja beliau tanpa sebab dan alasan yang adil.

Undang-Undang dan Penilaian Keterangan

[12] Fungsi Mahkamah Perusahaan telah dilakarkan dengan jelas dalam kes Goon

Kwee Phoy v J & P Coat (M) Bhd. [1981] 1 LNS 30 [1981] 2 MLJ 129 Raja Azlan

Shah CJ (Malaya) menyatakan di mukasurat 136 (dalam bahasa asal);

“Where representations are made and are referred to the Industrial Court

for inquiry, it is the duty of that Court to determine whether the termination

or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer

chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the

Industrial Court will be to inquire whether that excuse or reason has or has

not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the

inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without

just cause or excuse. The proper inquiry of the Court is the reason

advanced by it and that Court or the High Court cannot go into another

reason not relied on by the employer or find one for it”. [Goon Kwee

Phoy]

Di dalam kes Wong Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. &

Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 di mukasurat 352 Mahkamah Persekutuan

menjelaskan tugas Mahkamah Perusahaan dalam memutuskan kes pembuangan kerja

10
seperti berikut (dalam bahasa asal):

“On the authorities, we were of the view that the main and only

function of the Industrial Court in dealing with a reference under

section 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the

terms of reference) is to determine whether the misconduct or

irregularities complained of by the management as the grounds of

dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether

such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal.”

[Wong Yuen Hock]

Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa beban pembuktian kes-kes

pembuangan kerja adalah berdasarkan atas imbangan kebarangkalian. Beban ini

terletak di bahu Pihak Syarikat untuk membuktikan bahawa pembuangan kerja tersebut

adalah dengan sebab dan alasan yang adil (rujuk kes Pegawai Telekom Malaysia

Kawasan Utara v Krishnan Kutty Senguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ.)

Penilaian Keterangan

[13] Mahkamah telah meneliti dan menimbang kesemua keterangan yang

dikemukakan di hadapan Mahkamah serta hujahan bertulis peguam-peguam terpelajar

Pihak Yang Menuntut dan Pihak Responden. Daripada keterangan saksi-saksi Pihak

Responden yang telah memberi keterangan di Mahkamah berhubung pertuduhan

salahlaku seperti dinyatakan di dalam surat gantung kerja untuk Siasatan Dalaman

11
(rujuk halaman 8 CLB1) ialah seperti berikut:-

Pertuduhan 1

Didapati terlibat dalam melakukan perbuatan khianat terhadap Syarikat dengan

memotong wayar Kamera Keselamatan (CCTV) untk Kamera 8 di mana wayar

kamera tersebut telah dipotong di tangga kantin pada 8 Februari 2014 jam 4.39

petang.

Pertuduhan 2

Didapati terlibat dalam melakukan vandalisma terhadap Syarikat dengan

memotong wajar kamera (CCTV) untuk kamera 8.

Pertuduhan 3

Didapati cuba mensabotaj dan mengganggu-gugat sistem keselamatan Syarikat

dengan memotong wajar Kamera Keselamatan (CCTV).

Pertuduhan 4

Didapati berada di kantin melebihi waktu rehat bekerja pada 8 Februari 2014 iaitu

berada di kantin dari jam 4.00 hingga 4.38 petang di mana waktu rehat resmi

anda adalah dari jam 3.45 – 4.00 petang.

[14] Keputusan D.I seperti di halaman 49 – 51 COB Panel D.I telah mendapati Pihak

Yang Menuntut 1 bersalah terhadap Pertuduhan 1, 2, 3 dan 4 dan Pihak Yang Menuntut

2 bersalah terhadap Pertuduhan 1, 2, 3 dan tidak bersalah terhadap Pertuduhan ke 4.

Panel juga membuat cadangan agar perkhidmatan Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak

12
Yang Menuntut 2 ditamatkan dan Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan

Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 berkuatkuasa 4.3.2014 dengan

membayar gaji separuh hari bagi tempoh gantung kerja dari 14.2.2014 hingga

27.2.2014 (rujuk halaman 16 & 17 COB dan halaman 34 dan 35 COB).

Siasatan Dalaman

[15] Mahkamah telah meneliti minit-minit nota D.I yang telah dijalankan pada

18.2.2014 seperti di halaman 19 – 27 untuk Pihak Yang Menuntut 1 dan halaman 37 –

47 COB untuk Pihak Yang Menuntut 2. Setiap helaian nota D.I yang bertaip di bahagian

atas tercatit tarikh pada 13.2.2014 iaitu menunjukkan tarikh prosedur D.I dijalankan.

Namun demikian COW3 sewaktu memberi keterangan mengesahkan nota-nota D.I itu

ditaip oleh beliau dan D.I dijalankan pada 18.2.2014 dan menyatakan ianya merupakan

kesilapan penaipan. Kesemua nota-nota D.I yang dikemukakan itu tiada tandatangan

Panel D.I dan tandatangan pemohon-pemohon. Di samping itu juga Pihak Responden

tidak mengemukakan sebarang saksi untuk memberi keterangan sewaktu prosiding D.I

berjalan, dan Pegawai Pendakwa merupakan pegawai yang menyiasat kes ini.

Prosiding D.I hanya tertumpu kepada footage CCTV (COB1). COW3 sewaktu

disoalbalas bersetuju bahawa Pihak Responden mempunyai nota minit yang asal tetapi

tidak dibawa untuk dikemukakan di Mahkamah.

[16] Mahkamah mengambil maklum kes Bumiputra Commerce Bank Bhd. V

Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2004] 7 CLJ 77 Mahkamah Tinggi

memutuskan apabila satu siasatan dalaman telah dibuat, bidang kuasa Mahkamah

Perusahaan adalah terhad kepada membuat satu keputusan samada terdapat satu kes

13
prima facie terhadap Pihak Yang Menuntut. Dalam kes Hong Leong Equirement Sdn.

Bhd. v Liew Fook Chuan & Other Appeal [1997] 1 CLJ 665 mukasurat 716,

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:

“The Fact that an employer has conducted a domestic inquiry against his

workman is, in my judgement, on entirely irrelevant consideration to the

issue whether the letter had been dismissal without just cause or excuse.

The finding of a domestic inquiry are not binding upon the Industrial Court

which rehears the matter afresh. However, it may take into account the

fact that a domestic inquiry had been held when determining whether the

particular workman was justly dismissed.”

Pemohon-pemohon telah membantah prosiding D.I ini dan Mahkamah setelah meneliti

nota-nota D.I ini telah mendapati;

a) Tiada tandatangan Ahli Panel D.I;

b) Tandatangan pemohon-pemohon tidak ada;

c) Tarikh D.I dijalankan berbeza dengan tarikh di nota D.I; dan

d) Pihak Responden gagal untuk kemukakan nota D.I yang asal ke

Mahkamah.

Berdasarkan alasan di atas, Mahkamah memutuskan prosiding siasatan dalaman itu

tidak sah kerana nota-nota D.I yang dikemukakan tidak tepat untuk dipertimbangkan

dari segi merit.

14
[17] Pihak Responden telah mengemukakan seramai tiga orang saksi di Mahkamah

untuk membuktikan kesemua pertuduhan salahlaku itu dilakukan oleh Pihak-Pihak Yang

Menuntut. Beban bukti adalah berdasarkan keseimbangan kebarangkalian bahawa

bukti yang ditunjukkan oleh Pihak Responden melalui rakaman video footage CCTV

(COB1) yang menunjukkan Pihak Yang Menuntut 1, Pihak Yang Menuntut 2 berserta 2

orang rakan beliau telah berada di tempat kejadian dan dilihat memasuki ruangan

menuju ke arah tangga di tempat wayar CCTV dipotong pada waktu dan masa yang

berkaitan. Pihak Responden tidak dapat membuktikan siapakah di kalangan mereka

berempat itu yang telah melakukan salahlaku terhadap Pertuduhan 1, 2 dan 3 iaitu

memotong wayar CCTV itu. Keterangan yang ditunjukkan oleh Pihak Responden

bahawa terdapat wayar CCTV No. 8 di kawasan menuju tangga itu telah

terpotong/terputus dan tiada keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Responden

secara langsung siapa yang memotong wayar itu. Kesemua Pemohon-Pemohon dan

rakan beliau menafikan melakukan perbuatan tersebut.

[18] Hujah Peguam Pemohon bahawa keterangan yang dikemukakan oleh Pihak

Responden hanya berdasarkan andaian semata-mata dan keterangan COW2 pegawai

yang membantu pegawai yang menyiasat juga sewaktu memberi keterangan di

Mahkamah menyatakan beliau tidak tahu siapakah yang telah memotong wayar

tersebut. Keterangan saksi Pihak Responden yang menyatakan Pihak Yang Menuntut 1

dan Pihak Yang Menuntut 2 bersama 2 orang yang lain berada di tempat kejadian

pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan itu hanyalah berpandu

kepada keterangan bukti rakaman CCTV sahaja bahawa mereka semua itu yang telah

melakukan perbuatan itu dan hasil D.I yang telah dijalankan pun telah mendapati Pihak

15
Yang Menuntut 1, Pihak Yang Menuntut 2 dan 2 orang yang lain bersalah terhadap

Pertuduhan 1, 2 dan 3 berdasarkan rakaman CCTV yang menunjukkan hanya mereka

sahaja yang berada di tempat kejadian pada masa itu. Tetapi siapakah di antara

mereka yang melakukan perbuatan itu tiada keterangan yang dikemukakan oleh Pihak

Responden di Mahkamah. Adakah dengan menunjukkan mereka berada di tempat

kejadian itu telah membuktikan mereka bersalah?

[19] Merujuk kes Milan Auto Sdn. Bhd. v Wong Seh Yeh [1995] 4 CLJ 449

mukasurat 454 dan 445 (Mahkamah Persekutuan) Muhamad Azmi F.J menyatakan:

“As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn.

Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 2 MLJ, the function in the Industrial

Court in dismissal cases on a reference under section 20 is twofold: first

to determine whether the misconduct complained of by the employer has

been established and secondly to determine whether the proven

misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. The

employee.” [Milan Auto]

Keputusan

[20] Berdasarkan kegagalan Pihak Responden untuk membuktikan kesemua tuduhan

salahlaku di dalam Pertuduhan 1, 2 dan 3 yang dianggap serius oleh Pihak Responden

di Mahkamah yang dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2,

Mahkamah memutuskan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Responden

yang berpandukan rakaman CCTV itu tidak wajar diterima sebagai asas untuk

16
membuktikan Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 telah melakukan

salahlaku tersebut tanpa ada keterangan sokongan yang lain. Oleh itu keterangan yang

ada tidak menyakinkan dan mencukupi untuk Mahkamah memutuskan Pihak Yang

Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 bersalah terhadap Pertuduhan 1, 2 dan 3. Oleh

itu Mahkamah memutuskan Pihak Responden telah gagal untuk membuktikan

kesalahan-kesalahan itu terhadap Pihak-Pihak Yang Menuntut dengan menyakinkan.

Keterangan yang menunjukkan bahawa Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 berada di tempat wayar CCTV itu dipotong tidak boleh menunjukkan

kesemua mereka itu bersalah.

[21] Untuk Pertuduhan ke 4 yang mana Pihak Yang Menuntut 1 dan Pihak Yang

Menuntut 2 berada lebih masa daripada waktu rehat yang dibenarkan, Mahkamah

memutuskan pemohon-pemohon menyatakan beliau baru lepas mengerjakan solat dan

untuk balik masuk kerja semula. Pertuduhan ke 4 tidak menjustifikasi untuk Pihak

Responden membuang pekerja beliau tanpa diberikan sebarang surat amaran atau

teguran terlebih dahulu. Oleh itu Mahkamah memutuskan penamatan kerja Pihak Yang

Menuntut 1 dan Pihak Yang Menuntut 2 tanpa sebab dan alasan yang adil dan

membenarkan permohonan kedua-dua Pihak Yang Menuntut.

Remedi

[22] Pihak Yang Menuntut 1 dan 2 telah memplidkan pengembalian kedudukan

jawatan (Reinstatement). Mahkamah memutuskan remedi itu tidak sesuai kerana

Pemohon-Pemohon ini telah mendapat pekerjaan baru selepas mereka ditamatkan

perkhidmatan dan kes ini telah berlaku pada tahun 2014.

17
Pihak Yang Menuntut 1 telah berkhidmat hampir 10 tahun dengan Pihak Responden

dan gaji terakhir beliau ialah RM1,775.00 sebulan. Mahkamah memutuskan gantirugi

kepada Pihak Yang Menuntut 1 ialah:

Gantirugi gaji kebelakang : 15 bulan x RM1,775.00 = RM26,625.00

Gantirugi galang ganti : 10 bulan x RM1,775.00 = RM17,750.00

Jumlah = RM44,375.00

Pihak Yang Menuntut 2 telah berkhidmat selama 17 tahun dengan Pihak Responden

dan gaji terakhir beliau ialah sebanyak RM2,535.00. Gantirugi yang sesuai ialah:

Gantirugi gaji kebelakang : 15 bulan x RM2,535.00 = RM38,025.00

Gantirugi galang ganti : 17 bulan x RM2,535.00 = RM43,095.00

Jumlah = RM81,120.00

Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award ini diperturunkan

selepas ditolak potongan statutori jika ada.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 14 JUN 2017

tt
( SAPINI BIN MAT SAMAN )
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

18

You might also like