You are on page 1of 2

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 6/7-474/17

DI ANTARA

WAH KENG SEN

DENGAN

LONDON BISCUITS BERHAD

AWARD NO: 1010 TAHUN 2017

DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN - PENGERUSI


ENCIK NG CHOO SEONG - PANEL PEKERJA
PN SITI ROHANI BINTI AHMAD - PANEL MAJIKAN

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN : 26 April 2015

TARIKH SEBUTAN : 5.6.2017 dan 17.7.2017.

TARIKH BICARA : -

PERWAKILAN : Encik Pang Kong Seng


Tetuan K.S. Pang & Co.
(Peguam Pihak Pemohon)

: Cik Azurin Abdul Kadir


Tetuan Amar Izzat & Co.
(Peguam Pihak Responden)

PERMOHONAN: Wah Keng Sen telah membuat permohonan di bawah

Seksyen 33(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta tersebut) untuk

meminda Award Bil. 249 Tahun 2017 dalam Kes No. 6/1-1247/15 di antara Wah

Keng Seng dan London Biscuits Berhad.

1
AWARD

Pemohon telah membuat permohonan di bawah Seksyen 33(2) Akta

Perhubungan Perusahaan 1967 supaya para 4 Award tersebut dipinda kepada:

4. Pihak Responden bersetuju untuk membayar sejumlah wang

sebanyak RM1,800,000.00 melalui Peguam Pihak Pengadu

sebagai stakeholder sementera menunggu pelupusan

rayuan di Mahkamah Rayuan Malaysia, Rayuan Sivil No: J-

02(A)-1270-07/2016 dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh

award ini dikeluarkan. Pihak Pengadu juga bersetuju bayaran

dibuat melalui akaun peguam yang mewakili beliau iaitu Tetuan

K.S. Pang & Co.

Oleh yang demikian Mahkamah membenarkan permohonan Pihak

Pemohon untuk meminda award No. 249 Tahun 2017 bertarikh 13 Februari

2017.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 19 JULAI 2017

tt
( SAPINI BIN MAT SAMAN )
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

You might also like