You are on page 1of 13

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Kata Pengantar 2

2. Tujuan 2

3. Latar Belakang 3

4. Pekerja 4

5. Pembuangan Kerja 5

6. Proses Permohonan 6

7. Perwakilan 7

8. Rundingan Damai 8

9. Carta Aliran Proses 10


Rayuan Pemulihan Kerja

10. Lampiran A 11
1. Kata Pengantar

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) melindungi para


pekerja daripada pemberhentian perkhidmatan yang dilakukan
oleh majikan tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Seksyen
20, APP 1967 memperuntukkan hak kepada seseorang pekerja
untuk memfailkan representasi untuk dipulihkan semula ke dalam
jawatan asalnya.

Semoga penerbitan buku panduan ini dapat memberi panduan


kepada pihak-pihak yang berkenaan khususnya para majikan dan
pekerja di sektor swasta agar memahami undang-undang, kaedah
dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pemberhentian.

2. Tujuan

Tujuan buku panduan ini adalah untuk memberi maklumat


kepada orang ramai terutamanya kepada para majikan, pekerja
dan kesatuan mengenai prosedur dan proses yang dijalankan
oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam
mengendalikan kes-kes representasi pemulihan kerja.

Aduan atau representasi di bawah Seksyen 20, APP 1967 hanya


dibenarkan sekiranya seorang pekerja itu ingin menuntut untuk
dipulihkan ke jawatan asalnya.

2
3. Latar Belakang

3.1. Apabila berlaku pemberhentian kerja di sektor swasta,


pekerja yang terkilan boleh menuntut remedi mengikut
undang-undang sekiranya pada pendapat mereka
pemberhentian tersebut tidak dibuat dengan teratur.
Remedi yang diperuntukkan di bawah APP 1967 ialah: -

(i) Representasi untuk pemulihan kerja di JPPM


di bawah Seksyen 20, APP 1967.

3.2. Representasi untuk pemulihan kerja ialah rayuan


daripada seorang pekerja yang telah diberhentikan kerja
untuk digajikan semula ke jawatan asalnya.

3.3 Representasi untuk pemulihan kerja boleh dikemukakan


berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 20(1), APP
1967 seperti berikut;

Where a workman, irrespective of whether he is a


member of a trade union of workmen or otherwise,
considers that he has been dismissed without just
cause or excuse by his employer, he may make
representations in writing to the Director General to
be reinstated in his former employment ;

The representations may be filed at the office of the
Director General nearest to the place of employment
from which the workman was dismissed.

3
4. Syarat-syarat bagi membolehkan seseorang pekerja
membuat representasi untuk pemulihan kerja ialah;

i. Hendaklah seorang pekerja (workman) yang
ditakrifkan di bawah APP 1967;

ii. Menganggap bahawa beliau telah diberhentikan


tanpa sebab dan alasan yang munasabah;

iii. Hanya bertujuan untuk dipulihkan ke jawatan asalnya


sahaja;

iv. Perlu dibuat dalam tempoh enam puluh (60) hari


daripada tarikh pekerja itu diberhentikan kerja.
Pekerja juga boleh mengemukakan representasi
semasa dalam tempoh notis pemberhentian kerja;

v. Perlu dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah


Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM);

vi. Boleh difailkan di Pejabat KPPPM yang berdekatan


dengan tempat kerja.

4. Pekerja (Workman)

Tafsiran pekerja di bawah Seksyen 2, APP 1967


memperuntukkan:-

4
workman means any person, including an apprentice,
employed by an employer under a contract of employment
to work for hire or reward and for the proposes of any
proceedings in relation to a trade dispute includes any such
person who has been dismissed, discharged or retrenched
in connection with or as a consequence of that dispute or
whose dismissal, discharge or retrenchment has led to that
dispute.

Secara ringkasnya bagi maksud Seksyen 20, APP 1967, pekerja


meliputi sesiapa juga termasuk seseorang perantis yang diambil
bekerja oleh seorang majikan di bawah suatu kontrak pekerjaan
untuk bekerja bagi tujuan mendapatkan upah atau ganjaran.


5. Pembuangan Kerja

Pembuangan kerja berlaku dalam situasi-situasi berikut:-

a. Majikan memberhentikan perkhidmatan seseorang pekerja;

b. Pekerja dipaksa menamatkan perkhidmatannya atas


kehendak majikan;

c. Pekerja itu sendiri yang memberhentikan dirinya atas


sebab-sebab yang mewajarkan beliau berbuat demikian
(pemberhentian terancang/constructive dismissal).

5
6. Proses Permohonan

6.1 Representasi di bawah Seksyen 20, APP 1967 boleh
dibuat berpandukan peraturan-peraturan berikut :

a. Mengemukakan permohonan secara bertulis kepada
Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia
(KPPPM).
b. Permohonan hendaklah disampaikan kepada pejabat
Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berdekatan
dengan tempat bertugas pekerja berkenaan.
c. Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh 60 hari
daripada tarikh pekerja itu diberhentikan. Pekerja juga
boleh mengemukakan representasi semasa dalam
tempoh notis pemberhentian kerja.
d. Surat permohonan perlulah menyatakan dengan jelas
bahawa pekerja berkenaan mahukan pekerjaan asalnya
dipulihkan.

6.2 Pekerja hendaklah mengemukakan kepada KPPPM


maklumat yang lengkap seperti berikut:

- Nama penuh
- Alamat terkini
- No. kad pengenalan / Pasport
(Sertakan satu salinan)
- No. telefon
- Jawatan terakhir
- Nama dan alamat majikan
- No. telefon majikan
- Tarikh mula bekerja
- Tarikh diberhentikan kerja
- Gaji akhir semasa diberhentikan kerja
- Maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
*** Contoh surat representasi adalah seperti
di Lampiran A

6
6.3 Pegawai yang mengendalikan kes akan menetapkan
tarikh untuk rundingan damai (conciliation). Majikan dan
pekerja akan dipanggil melalui surat untuk menghadiri
rundingan damai pada tarikh, masa dan tempat yang
ditetapkan.

7. Perwakilan

7.1 Perwakilan yang dibenarkan semasa rundingan damai
adalah seperti berikut :

a. Pihak Majikan

pemilik syarikat; atau

mana-mana pegawai yang diberi kuasa; atau

Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja / majikan,


atau

pegawai mana-mana pertubuhan majikan yang


didaftarkan di Malaysia, contohnya Persekutuan
Majikan-Majikan Malaysia (Malaysian Employers
Federation MEF).

b. Pihak Pekerja

Dirinya sendiri; atau

Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja sekiranya


beliau adalah seorang ahli kesatuan; atau

Mana-mana pegawai pertubuhan pekerja yang


didaftarkan di Malaysia umpamanya (Malaysian
Trade Union Congress MTUC ).

7
7.2 Pekerja atau majikan tidak boleh diwakili oleh mana-mana
peguam, penasihat, perunding atau mana-mana orang
lain.

8. Rundingan Damai

8.1 Pekerja dan majikan (bersama-sama wakil masing-


masing sekiranya ada) hadir dalam prosiding rundingan
damai yang mana Pegawai Pendamai akan
menerangkan proses perjalanan rundingan damai
tersebut.

8.2 Pegawai Pendamai akan memberi pandangan dan


nasihat berdasarkan fakta kes, undang-undang yang
berkaitan, keputusan-keputusan Mahkamah Perusahaan
atau Mahkamah Tinggi temasuk pengalamannya
sendiri. Kedua-dua pihak diberi peluang yang sama
untuk mengemukakan fakta kes masing-masing.

Kedua-dua pihak (perayu dan majikan) tidak diperlukan
untuk mengemukakan submission kepada Pegawai
Pendamai. Laporan yang dikemukakan kepada Y.B.
Menteri Sumber Manusia hanya mengambil kira fakta-
fakta dan dokumen-dokumen yang dikemukakan
semasa rundingan damai

8
8.3 Sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan
penyelesaian, satu Memorandum Persetujuan akan
disediakan untuk ditandatangani oleh kedua-dua pihak
dengan disaksikan oleh Pegawai Pendamai yang mana
kes representasi ini adalah dianggap selesai dan ditutup.

8.4 Sekiranya penyelesaian tidak tercapai, Pegawai


Pendamai akan menyediakan laporan untuk
dikemukakan kepada Y.B. Menteri Sumber Manusia
untuk keputusannya. Laporan tersebut mengambilkira
fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikemukakan
oleh kedua-dua pihak semasa rundingan damai.

8.5 Sekiranya Y.B. Menteri berpendapat kes tersebut


mempunyai merit untuk dibicarakan, beliau atas budi
bicaranya akan merujuk kes berkenaan ke Mahkamah
Perusahaan untuk satu keputusan. Jika YB Menteri
berpendapat sebaliknya, kes tersebut tidak akan dirujuk
ke Mahkamah Perusahaan dan kes berkenaan akan
ditutup.

9
9. Carta Aliran Proses Memfailkan Representasi
Pemulihan Kerja Oleh Perayu

Perayu
failkan kes

Datang ke JPP Negeri yang berdekatan.


Dapatkan Pergi ke kaunter bagi mendapatkan nombor
nombor giliran giliran untuk berjumpa pegawai.

Sertakan salinan berikut:


- Kad pengenalan / pasport
Isi borang - Surat notis pemberhentian / Anggapan
representasi pemberhentian / pembuangan kerja

Pastikan aduan ini difailkan dalam tempoh 60


hari dari tarikh pemberhentian / pembuangan
kerja.

Dapatkan Kad Pastikan petugas kaunter memberikan Kad


Akuan Terima Akuan Terima.

Hubungi JPP Negeri Perayu boleh menghubungi pegawai untuk


dalam tempoh 14 hari mengetahui status terkini kesnya.

Terima surat panggilan Perayu perlu menghadirkan diri pada tarikh


mesyuarat rundingan rundingan damai yang ditetapkan.
damai (RD)

Tidak hadir tanpa


sebab munasabah Mesyuarat
RD Perayu hendaklah menghadirkan diri pada
tarikh yang ditetapkan untuk memberikan
Kes ditutup keterangan / fakta kes berserta dokumen yang
berkaitan. Jika perayu hadir bersama wakil
kesatuan / MTUC surat perwakilan kuasa perlu
dikemukakan.

Hadir

Submission Kes tidak selesai Selesai


Memorandum Persetujui
ditandatangani (MOA)
TIDAK PERLU
dikemukakan kepada Keputusan i. Dipulihkan ke
Tunggu keputusan MOA
pegawai pengendali kes jawatan asal
Y.B. Menteri ditandatangani
ii. Bayaran ex-gratia

10
LAMPIRAN A

Nama Dan Alamat Penuh Pekerja,


-----------------------------------------------
-----------------------------------------------

Tarikh :

Ketua Pengarah/Pengarah
Perhubungan Perusahaan Malaysia
(Alamat Jabatan Terdekat)

Tuan,
Representasi Di Bawah Seksyen 20(1),
Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Saya dengan hormatnya melaporkan kepada tuan bahawa saya telah diberhentikan kerja oleh
majikan saya. Bersama-sama ini saya lampirkan salinan surat pemberhentian kerja saya untuk
rujukan tuan. (Jika ada). Pada hemat saya, tindakan majikan saya memberhentikan perkhidmatan
saya adalah tidak adil dan munasabah.

Butiran peribadi saya selanjutnya adalah seperti berikut:

i) No. KP./ Pasport _____________________ Jantina: ________________

ii) Alamat rumah :_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _______


No. Tel:_ _ _ _ _ _ _ _ No. H/P. _________________

iii) Nama majikan :_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

iv) Alamat majikan :_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Alamat tempat kerja ___________________________

v) No. Tel _ _ _ _ _______No. Fax. __________________

vi) Jawatan Terakhir: _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

vii)Gaji terakhir : RM _____________

viii) Tarikh mula bekerja :_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

ix) Tarikh dibuang kerja :_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

x) Nama kesatuan (jika ada) :_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

xi) Alamat kesatuan: ______________________________

Sukacita dapat kiranya tuan membantu saya agar dipulihkan semula ke jawatan asal saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

11
DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
KUALA LUMPUR, 2008
www.printnasional.com.my
email: cservice@printnasional.com.my
Tel: 03-92366895 Faks: 03-92224773

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua
cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin
bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

You might also like