You are on page 1of 7

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO: 19/4-1559/12

DI ANTARA

NORDIN BIN WAHAB ...... YANG MENUNTUT


DAN
ACPI (MTD) SDN. BHD ….. SYARIKAT

AWARD NO. 70 TAHUN 2015

Di Hadapan : HAPIPAH BINTI MONEL - Pengerusi


(Bersidang seorang)

Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur

Tarikh Rujukan : 25.09.2012

Tarikh Sebutan : 05.12.2012, 17.12.2012, 21.02.2013, 19.02.2013,


12.04.2013, 19.04.2013, 27.05.2013, 25.06.2013,
25.07.2013, 27.08.2013, 27.09.2013.

Tarikh Perbicaraan : -

Perwakilan : Cik M. Eswary dari The Law Firm of M. Eswary


Peguam Yang Menuntut

Encik Nicholas Poon (PDK) dari Tetuan GanPartnership


Peguam pihak Syarikat

RUJUKAN:

INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja
NORDIN BIN WAHAB (selepas ini disebut sebagai “Yang Menuntut”) oleh
ACPI (MTD) SDN. BHD (selepas ini disebut sebagai “Syarikat”) pada 17 Jun 2011.

1
AWARD

Permohonan dibuat oleh Yang Menuntut untuk perintah di bawah Seksyen 29(a)

dan (g) Akta Perhubungan Perusahaan 1967:

a) bagi menggantikan nama Syarikat iaitu dari ACPI (MTD) Sdn. Bhd dengan

nama Associated Concrete Products (M) Sdn. Bhd; dan

b) sebarang relif lain atau berikutan yang difikirkan wajar.

Permohonan disokong oleh Affidavit oleh Yang Menuntut sendiri yang diikrar

pada 18 April 2013.

Alasan yang dikemukakan oleh Yang Menuntut adalah Syarikat Associated

Concrete Products (M) Sdn. Bhd juga menggunakan nama ACPI dalam 'Medical ID

Card' yang diberikan kepada pekerjanya.

Slip gaji dan manual 'Discipline, Culture & Awareness of Hazard at the

Workplace' pula menggunakan nama Kumpulan iaitu MTD Group. Oleh sebab nama-

nama yang digunakan oleh Syarikat tersebut, Yang Menuntut telah terkeliru dan

menggunakan nama ACPI (MTD) Sdn. Bhd semasa memfailkan kes di Jabatan

Perhubungan Perusahaan.

2
Permohonan ini telah dibantah oleh Syarikat Associated Concrete Products (M)

Sdn. Bhd (ACPM) melalui Affidavit Encik Mustafa Kamal bin Mohd. Annuar, Naib

Presiden Operasi Pengilangan (Kawasan Tengah) melalui Affidavit yang diikrar pada

3 Julai 2013.

Menurut affidavitnya beliau menafikan bahawa Syarikat ACPM pernah

menggunakan nama “ACPI” ataupun nama “MTD Group” sebagai nama syarikatnya.

Adalah jelas ditunjukkan dalam Affidavit Sokongan Yang Menuntut melalui Ekshibit-

ekshibit 'NW1', 'NW2' dan 'NW3' bahawa nama sebenar Syarikat ACPM adalah

Associated Concrete Products (Malaysia) Sdn. Bhd. Nama penuh Syarikat ACPM telah

jelas dinyatakan dalam Ekshibit-ekshibit yang ditunjuk oleh Yang Menuntut.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa tidak mungkin Yang Menuntut akan

terkeliru dengan nama Syarikat ACPM. Sebaliknya pada semua masa yang material,

Yang Menuntut sebenarnya sedar bahawa nama Syarikat ACPM ialah Associated

Concrete Products (Malaysia) Sdn. Bhd dan bukannya nama ACPI (MTD) Sdn. Bhd. Ini

dapat dibuktikan dengan surat-surat yang ditulis oleh Yang Menuntut dan diterima oleh

Syarikat ACPM pada 21 Mac 2011 dan 17 Jun 2011 yang mana Yang Menuntut telah

menulis nama Syarikat ACPM dengan betul dalam kedua-dua surat tersebut. ACPM-1

adalah sesalinan surat-surat yang ditulis oleh Yang Menuntut dan diterima oleh Syarikat

ACPM pada 21 Mac 2011 dan 17 Jun 2011.

3
Syarikat ACPM telah menggunakan mana Associated Concrete Products

(Malaysia) Sdn. Bhd dalam surat-menyurat antara Syarikat ACPM dengan Yang

Menuntut dan juga slip pembayaran gaji Yang Menuntut. 'ACPM-2' adalah salinan-

salinan slip pembayaran gaji Yang Menuntut untuk bulan April 2011, bulan Mei 2011 dan

bulan Jun 2011 kepada Yang Menuntut sepanjang tahun 2005 sehingga 2011 yang

masing-masing bertarikh 28 Jun 2005, 24 Januari 2007, 12 Februari 2008 dan surat

pada tahun 2011 dengan nombor rujukan CS990200/YEM/2011/007.

Berdasarkan alasan di atas adalah tidak masuk akal sama sekali bagi Yang

Menuntut untuk terkeliru dengan nama sebenar Syarikat ACPM kerana Yang Menuntut

mempunyai pengetahuan mengenai nama sebenar syarikat ACPM sejak hari pertama

Yang Menuntut bekerja dengan Syarikat ACPM.

Carian secara online di pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia

mendapati bahawa tiada syarikat berdaftar yang bernama ACPI (MTD) Sdn. Bhd. Oleh

itu responden yang dinamakan dalam kes ini tidak wujud. Oleh itu, tidak wujud

responden yang betul dalam kes ini untuk perbicaraan.

Kes ini dirujuk kepada Mahkamah pada 27 September 2012, Peguam Syarikat

ACPM telah memberitahu Yang Menuntut mengenai isu bahawa Syarikat ACPM bukan

4
responden dalam kes ini pada sebutan kes yang pertama iaitu pada 5 Disember 2012.

Peguam Yang Menuntut berkata bahawa Yang Menuntut akan merujuk perkara ini ke

Kementerian Sumber Manusia ('Kementerian') untuk tindakan yang sepatutnya. Akan

tetapi, sehingga hari ini, tiada tindakan yang diambil oleh Yang Menuntut untuk merujuk

perkara ini kepada Kementerian walaupun Mahkamah telah memberi tiga kali

penangguhan kepada Yang Menuntut.

Setiap syarikat merupakan entiti undang-undang yang berbeza, suatu Syarikat

hanya dapat didakwa atau mendakwa atas namanya yang berdaftar. Dalam kes ini,

nama Syarikat ACPI bukanlah nama responden. Tambahan lagi, responden merupakan

sebuah syarikat yang tidak wujud, maka tiada kes di hadapan Mahkamah kerana

responden dalam kes ini tidak pernah wujud.

Kesalahan nama responden dalam kes ini merupakan suatu kesalahan yang di

luar teknikal ('beyond technicality') dan di luar bidang kuasa Mahkamah untuk

menggantikan nama responden dalam kes ini.

Mengikut keputusan Mahkamah Perusahaan Award No. 1265 Tahun 2012 di

antara Manogaran a/l Subramaniam v. MTD Group of Companies di mana fakta kes

adalah sama seperti kes ini diputuskan:

“The Supreme Court in the case of Kathiravelu Ganesan & Anor v. Kojasa

5
Holdings Bhd (1997) 2 MLJ 685 at page 695 had this to say about the jurisdiction

of the Industrial Court:

“The Industrial Court is therefore empowered to take cognizance of a trade

dispute and adjudication upon it only when the Minister make a reference. In

other words, it is the reference that constitutes threshold jurisdiction.

Once it is seized of the dispute in the threshold sense, the Industrial Court,

unlike the authorities at the preceding three levels, is empowered to

determine whether it has the wider jurisdiction to entertain the workman's

claim. Thus, for example, it has jurisdiction to decide whether the particular

claimant is a workman or whether a dispute is extra-territorial in nature. This

is sometimes referred to as 'the jurisdiction to decide whether there is

jurisdiction.”

This Court, therefore is empowered to determine whether it has the wider

jurisdiction to entertain the Claimant's claim. I agree with the submission by Miss

Cecilia Chiu that based on the party named in the Minister's reference as 'MTD

Group of Companies”, there is no proper party before this Court. Therefore the

claim by the Claimant to be reinstated on the ground that he was dismissed

without just cause or excuse cannot stand. As submitted, this is beyond

technicality. This is elementary law that the party has to have a separate legal

personality to be sued in its own name.”

6
Menurut ekuti dan perasaan nurani di atas merit yang substansial tanpa

mempedulikan teknikaliti dan bentuk undang-undang Mahkamah ini berpendapat

bahawa di bawah undang-undang tiada majikan dalam kes ini bagi membolehkan

perkara ini dibicarakan dan bagi Mahkamah ini menilai dan membuat keputusan.

Dengan kuasa di bawah s.29 (a) dan (g) Akta Perhubungan Perusahaan,

Mahkamah membatalkan kes pihak Yang Menuntut.

DIPERTURUNKAN PADA 20 JANUARI 2015

(HAPIPAH BINTI MONEL)


Pengerusi
Mahkamah Perusahaan Malaysia
Kuala Lumpur

You might also like