You are on page 1of 14

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO.

KES : 16(11)/4-1013/05 DI ANTARA ENCIK ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH DAN QATAR AIRWAYS AWARD NO : 667 TAHUN 2010 Di Hadapan Tempat Tarikh Rujukan Tarikh Sebutan : : : : Y. A. TUAN ABD RAHMAN BIN ABDOL - PENGERUSI Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur 13.07.2005 20.10.2005, 12.09.2006, 18.02.2008 18.05.2007, 14.01.2008, 16.01.2006, 12.10.2006, 11.12.2007, 06.02.2008, 27.02.2006, 30.11.2006, 13.12.2007, 25.03.2008 04.09.2006, 18.07.2007, 09.01.2008,

Tarikh Perbicaraan : Perwakilan :

Encik T. Siva Subramaniam daripada Tetuan T. Siva & Co. Wakil bagi pihak Responden Encik Shanker Subbramaniam daripada Tetuan S. Shanker & Associates Wakil bagi pihak Yang Menuntut

Rujukan

Ini adalah suatu rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Abdul Rahim bin Abdullah (Yang

Menuntut) oleh Qatar Airways (Responden).

AWARD Pertikaian ini adalah mengenai pembuangan kerja Yang Menuntut oleh Responden yang dirujuk di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Latar Belakang Kes Yang Menuntut (YM) mula berkhidmat dengan Responden pada 01.11.2001 sebagai Airport Manager dan ditempatkan di Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL). Melalui surat bertarikh 06.06.2002, YM disahkan dalam jawatan berkuatkuasa dari 01.05.2002. Secara umum fungsi YM ialah bertanggungjawab bagi semua aspek operasi darat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fungsi YM di KUL mempunyai hubungkait dengan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) sebagai Companys Ground Handling Agent dan ABDA Airfreight Sdn. Bhd. (ABDA) sebagai General Sales Agent.

Melalui emel bertarikh 24.10.2003 (m. s. 5 CLB1), General Manager ABDA iaitu Zainal Abidin telah memberitahu YM mengenai beberapa perubahan prosedur bagi penghantaran bagasi yang tidak diiring. Pada hari yang sama, satu penerbangan Responden tiba di Jakarta dari KLIA dan pengurus Responden di Jakarta telah dapat mengesan adanya perlakuan yang tidak teratur dilakukan oleh kakitangan ABDA. Melalui satu emel (m. s. 1 COB1) pihak Responden di Jakarta memberitahu YM mengenai masalah tersebut. YM 2

menjawab bahawa perubahan itu adalah teratur. Pada masa yang sama, aduan terhadap YM dibuat oleh kakitangan Responden di KUL kepada ibu pejabat. Susulan dari itu, satu pasukan audit telah menjalankan siasatan berkenaan operasi-operasi di KUL dan atas cadangan pasukan audit, perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh ABDA dihentikan serta-merta.

Melalui surat Responden bertarikh 16.04.2004 (m. s. 2 CLB 2), YM diminta hadir di Ibu Pejabat pada 22.04.2004 dan satu siasatan berkenaan salah laku dijalankan terhadap YM. Pada 17.05.2004, Responden mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada YM meminta penjelasan ke atas dakwaan salah laku. YM memberi penjelasan dalam suratnya bertarikh 20.05.2004 (m. s. 8 CLB1). Melalui surat Responden bertarikh 31.05.2004 (m. s. 11 CLB1), YM ditamatkan perkhidmatan. YM kemudiannya membuat rayuan kepada Responden melalui surat bertarikh 03.06.2004 (m. s. 12 CLB1) yang mana Responden menolak rayuan YM itu melalui surat bertarikh 14.06.2004 (m. s. 13 CLB1).

Isu Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah:a) Sama ada salah laku yang didakwa oleh Responden terhadap YM itu telah dibuktikan. b) Sama ada salah laku yang telah dibuktikan itu menjadikan sebab atau alasan yang munasabah bagi pembuangan kerja YM.

Kes Responden Pihak Responden telah memanggil lapan orang saksi untuk memberi keterangan. Mereka ialah:a) Ravindran Lester Goonetilleke - Area Manager (COW-1) b) Nor Zam Zaidi Mohd Mustafa Airport Service Supervisor di KUL (COW2) c) Mohd. Nor bin Ismail Duty Officer di KUL (COW-3) d) Eddie Kusnaidi Pengurus Airport Responden di Stesen Lapangan Terbang Jakarta (COW-4) e) Edrich Lasrado Operations Support Controller, Ground Services Department di Ibu Pejabat Doha (COW-5) f) Marwan Koleilat Senior Manager, Commercial Operations bagi Far East dan Australasia (COW-6) g) Mahindar Singh Senior Manager, Finance di Ibu Pejabat Doha (COW-7) h) Sharon Ang Siew Chin Regional Human Resources Manager bagi Far East dan Australasia (COW-8)

Alasan-alasan Responden menamatkan perkhidmatan YM sebagaimana dalam surat penamatan ialah:a) YM telah membenarkan satu keadaan untuk ABDA mengamalkan penghantaran bagasi yang tidak diiringi dengan kapal terbang secara salah. b) Dengan kebenaran YM tersebut telah menyebabkan kerugian kutipan hasil Responden dalam satu tempoh jangka masa. 4

c) YM gagal untuk mengesan dan melapor keadaan yang berlaku dan dengan itu gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dalam tugasnya. d) Responden hilang kepercayaan atas kebolehan YM untuk berkhidmat dengan Responden sebagai Airport Manager.

Menurut COW-1, ABDA memberi perkhidmatan bagasi yang tidak diiringi oleh penumpang di mana penumpang diberi pilihan untuk menghantar barangbarang melalui ABDA tanpa diiringi pada caj yang lebih murah berbanding caj bagasi berlebihan yang dikenakan Responden. Penghantaran dan prosedur dokumentasi ABDA adalah berbeza dengan bagasi yang dibawa masuk bersama. Keadaan ini menyebabkan bagasi tidak sampai ke destinasi bersama dengan penumpang berkenaan. Menurut COW-2 dan COW-3 apabila mereka mengetahui perlakuan tidak teratur yang dilakukan oleh ABDA ini, mereka memberitahu YM tetapi YM mengabaikan sahaja aduan mereka. Kemudiannya mereka membuat aduan kepada Area Manager di Kuala Lumpur. COW-5 dalam testimoninya menyatakan kakitangan ABDA tidak mematuhi prosedur apabila mereka menerima bagasi yang tidak diiringi untuk dimuatkan ke dalam kapal terbang Responden yang mana bagasi berkenaan boleh diangkut bersama dengan kapal terbang yang dinaiki oleh penumpang yang menggunakan perkhidmatan bagasi tanpa diiringi yang disediakan oleh ABDA.

COW-4 menyatakan beliau memaklumkan YM melalui emel bertarikh 24.10.2003 bahawa beliau melihat dua wakil ABDA mendapat kembali bagasi dari kapal terbang Responden secara tidak teratur di mana YM melalui emel 5

bertarikh 25.10.2003 (m. s. 1 COB-1) menjawab supaya COW-4 bekerjasama dengan ABDA kerana satu permuafakatan telah dibuat antara ABDA dan Responden. Selanjutnya COW-4 memberitahu YM masalah-masalah seterusnya yang beliau hadapi di stesennya yang disebabkan oleh ABDA tetapi tiada jawapan daripada YM.

COW-6 dalam testimoninya menjelaskan bahawa beliau telah diarah oleh pihak pengurusan Responden untuk mengira kerugian yang dialami oleh Responden dan mengeluarkan invois terhadap ABDA kerana ABDA telah memperolehi keuntungan dari perlakuan aktiviti yang tidak teratur itu, yang merugikan Responden. Bagi menyokong keterangan ini, beliau mengemukakan dokumen (m. s. 21 COB1) yang menunjukkan ABDA membayar balik kepada Responden sebagai satu penyelesaian.

COW-6 menyatakan

emel dari

ABDA

mengumumkan perubahan

berkaitan prosedur mengisi dan mengeluarkan bagasi yang tidak diiringi ke dalam dan dari kapal terbang Responden. Perubahan ini bertentangan dengan prosedur Responden yang memberi kesan ke atas keuntungan dan keselamatan operasi Responden. Menurutnya lagi, YM bertanggungjawab untuk mengurus keseluruhan operasi lapangan terbang termasuk keselamatan pesawat dan terdapat prosedur Responden berhubung dengan pengisian dan pengeluaran barang-barang dan bagasi ke dalam dan dari kapal terbang Responden.

Kes Yang Menuntut Secara umum YM bertanggungjawab bagi semua aspek operasi darat di KLIA. YM tidak diberi surat secara bertulis perihal tugas rasminya. Walau bagaimanapun tugas YM tidak merangkumi bidang perkhidmatan yang diberikan kepada ABDA sebagai General Sales Agent Responden dan MAS sebagai Ground Handling Agent Responden. Tugas ABDA adalah untuk memberi perkhidmatan kesemua pengurusan barang bagi Responden di KLIA di mana ABDA dengan bebas menjalankan keseluruhan perkhidmatan bagasi yang tidak diiringi bagi penumpang-penumpang yang memilih untuk membawa lebih bagasi yang dibenarkan oleh Responden. YM juga tidak bertanggungjawab bagi merangka polisi-polisi Responden berkaitan dengan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh ABDA tetapi bidang ini diuruskan oleh Jabatan Kargo Responden di Doha, Qatar dan Area Manager Malaysia.

Penilaian Keterangan Dan Keputusan Satu poin yang diutarakan oleh pihak Responden bahawa Mahkamah Perusahaan tidak mempunyai bidang kuasa terhadap Responden kerana entiti undang-undang Responden diperbadankan di Doha, Qatar. Sebagai syarikat penerbangan, operasi penerbangan mereka merangkumi pelbagai lapangan terbang termasuk KUL.

Adalah tidak dipertikaikan bahawa YM ditawarkan pekerjaan melalui surat Responden di Doha bertarikh 04.10.2001 dan pada masa itu, Responden tidak ada lagi pejabat berdaftar di Kuala Lumpur. Pendaftaran syarikat asing di bawah 7

seksyen 332(1) Akta Syarikat 1965 hanya dibuat pada 11.01.2002. Surat tawaran pekerjaan YM itu ada menyebutkan pekerjaan YM hendaklah menurut undang-undang Malaysia dan apa-apa pertikaian hendaklah dirujuk ke Mahkamah di Malaysia. YM ada mengemukakan Borang EA (CL2(a) hingga (c)) yang jelas menyebutkan bahawa Responden adalah majikannya dan Responden mencarum bahagiannya untuk YM dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Peguam Responden berhujah keadaan ini menunjukkan pertalian pekerjaan YM tidak dengan syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan ini bermakna pertalian pekerjaan YM itu dengan syarikat yang tiada keperibadian undang-undang di Malaysia. Peguam Responden merujuk kes Comex Services Asia Pacific Region, Miri & Grame Ashley Power [1987] 2 ILR 34 yang memutuskan bahawa Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ialah Akta Malaysia dan ianya tidak diperluaskan ke mana-mana negara asing serta tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang membolehkan pelaksanaannya di negara asing.

Peguam YM pula berhujah bahawa Mahkamah Perusahaan ada bidang kuasa berdasarkan kes Ker Su Chon v. PRG-Schultz International Pte. Ltd. [2007] 4 ILR 437 di mana Mahkamah memutuskan:(1) The whole effect of registering and issuing a certificate of registration to a foreign company operating in Malaysia was to bring the said foreign company within the laws and jurisdiction of Malaysia. The operative words of s. 332(1)(e) of the Company Act 1965 clearly meant that upon registration, the company could sued in the Malaysian Courts. By logical extension, that meant that the company was subject to Malaysia jurisdiction. (4) The Court had given its fullest consideration to all the circumstances of the present case and was satisfied that it did indeed have jurisdiction to hear the claimants claim based on the evidence adduced i.e. that the claimant was a

Malaysian who had been working in Malaysia until her dismissal, the company had contributed to EPF for her in Malaysia and the company and Second Company had been registered as a foreign company operating in Malaysia thus bringing them within Malaysia law and the jurisdiction of the Malaysian Courts

Kes Comex Services Asia Pacific Region, Miri yang dirujuk oleh peguam Responden melibatkan syarikat asing yang tiada pejabat berdaftar di Malaysia. Memandangkan Responden telah didaftarkan menurut seksyen 322(1) Akta Syarikat 1965 dan kontrak pekerjaan di antara Responden dan YM dengan nyata memperuntukkan apa-apa pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut undangundang Malaysia dan oleh Mahkamah di Malaysia, maka Mahkamah Perusahaan Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan pertikaian YM dan Responden yang dirujuk ini.

Saksi-saksi Responden telah memberi keterangan bahawa ABDA yang dilantik sebagai General Sales Agent oleh Responden yang menguruskan penghantaran bagasi yang tidak diiringi ke dalam kapal terbang Responden, telah mengendalikan kerja-kerja tersebut tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dan boleh menyebabkan kerugian kepada Responden dan risiko ke atas keselamatan kapal terbang. Keterangan ini dipersetujui oleh YM semasa pemeriksaan balas. YM menyedari hal ini dan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun COW-2 dan COW-3 telah memberitahu akan perlakuan yang tidak teratur itu. Malahan YM sendiri dalam emelnya bertarikh 25.10.2003 bagi menjawap emel COW-4 yang membangkitkan masalah ABDA yang tidak mengikut peraturan standard, menyatakan supaya COW-4 bekerjasama dengan ABDA kerana satu permaufakatan telah dibuat antara ABDA dan Responden.

Keadaan dan kelakuan YM sedemikian menunjukkan YM membenarkan satu keadaan untuk ABDA terus mengamalkan penghantaran bagasi yang tidak diiringi dari KLIA dengan kapal terbang Responden secara salah.

Dari testimoni COW-4 dan COW-6 menyatakan bahawa perlakuan ABDA tersebut telah membuat keuntungan kepada ABDA dengan mengorbankan Responden. YM sendiri bersetuju bahawa perlakuan ABDA yang tidak teratur itu boleh menyebabkan kerugian dalam pungutan hasil bagasi berlebihan. Keadaankeadaan kelakuan YM sedemikian menunjukkan YM meletakkan dirinya dengan gaya yang memperjudiskan terhadap kepentingan Responden.

YM

semasa

pemeriksaan

balas

mengakui

bahawa

beliau

bertanggungjawab bagi keseluruhan operasi darat di KUL, operasi-operasi darat hendaklah mematuhi prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat, beliau bertanggungjawab mengawasi prestasi kerja pekerja-pekerja Responden di KUL termasuk agen Responden dan beliau perlu mengambil inisiatif menangani masalah dan mengenal pasti masalah walaupun sebelum masalah itu diberitahu kepada beliau. COW-2, COW-3 dan YM sendiri mengakui bahawa

tanggungjawab YM adalah untuk memastikan semua prosedur dipatuhi oleh ABDA. Tindakan YM yang mengabaikan aduan COW-2, COW-3 dan COW-4 serta tidak melaporkan keadaan yang berlaku kepada pihak atasan Responden menunjukkan YM gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

10

Merujuk keseluruhan keterangan didapati YM gagal membuat pertanyaan atau menyiasat berkenaan perubahan dalam menguruskan penghantaran bagasi yang tidak diiring, YM gagal membuat penilaian perubahan-perubahan terhadap prosedur-prosedur tetap Responden yang mana kepentingan Responden perlu dipertahankan dan YM gagal memaklumkan perlakuan yang tidak teratur itu kepada Ibu Pejabat dan stesen Responden di Lapangan Terbang Jakarta. Malahan YM memberitahu COW-4 supaya COW-4 memberi kerjasama dan perubahan-perubahan itu adalah dalam pengetahuan pihak atasan Responden. Tindakan dan kelakuan YM sebagai Airport Manager yang sedemikian rupa dipersoalkan dan ianya membawa kepada hilang kepercayaan Responden terhadap YM untuk terus berkhidmat.

Peguam YM dalam hujahan menimbulkan isu bahawa sama ada prosedur tindakan pembuangan kerja YM teratur dan adil kerana berdasarkan siasatan audit, CLW-2 mendapati YM tidak bersalah dan siasatan di Doha adalah cacat.

Walau bagaimanapun CLW-2 dalam pemeriksaan balas mengakui bahawa prosedur tidak teratur telah berlaku dalam pengendalian bagasi yang tidak diiringi dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan kerugian kepada punggutan hasil bagasi berlebihan dan menjejaskan keselamatan.

Merujuk muka surat 2 CLB2 yang dikatakan oleh COW-6 sebagai emel yang memberitahu YM mengenai siasatan di Doha, didapati tidak mendedahkan bahawa satu siasatan akan diadakan terhadap YM. Semasa siasatan di Doha 11

itu, COW-6 mengesahkan bahawa YM tidak dibenarkan hadir apabila pihak Responden menyoal saksi-saksi dan tiada minit lengkap berkaitan dengan siasatan tersebut. Dengan itu, apa yang dikatakan satu siasatan di Doha itu sebagai Siasatan Dalaman adalah tidak teratur, cacat dan melanggar prinsip keadilan asasi. Walaupun Mahkamah mendapati Siasatan Dalaman itu cacat, ianya tidak terus menjadikan pembuangan kerja YM itu tidak adil. Mahkamah Perusahaan dalam berurusan dengan rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mempunyai kuasa untuk mendengar semula keterangan saksi di hadapannya dan meneliti merit kes berdasarkan keterangan yang ada dan membuat keputusan. Prinsip ini telah dijelaskan dalam Dreamland (M) Corp Sdn. Bhd. v. Chong Chin Sooi and Anor [1988] 1 MLJ 111.

Peguam YM membangkitkan isu bahawa Responden gagal memanggil Chief Executive Officer iaitu Encik Akbar Al Bakar yang menandatangani surat pembuangan kerja dan Encik Robert Mosley serta menyeru Mahkamah supaya merujuk seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Peruntukan ini terpakai bukan semata-mata atas sebab kegagalan mendapatkan keterangan daripada saksisaksi tetapi terdapat keadaan yang menyekat atau menyembunyikan

keterangan. Mahkamah memutuskan kegagalan memanggil kedua-dua saksi berkenaan tidak menjejaskan kes Responden dalam membuktikan salah laku YM sebagaimana dinyatakan dalam surat penamatan kerana tiada keadaan yang menunjukkan Responden cuba menyembunyikan fakta material yang memihak kepada YM.

12

Peguam YM berhujah bahawa pembuangan kerja YM merupakan satu perbuatan penganiayaan terhadap YM kerana Responden gagal mengambil tindakan terhadap Area Manager Kuala Lumpur dan Jakarta. Aduan mengenai pengendalian bagasi yang tidak diiringi untuk dimuatkan ke dalam kapal terbang adalah bagi operasi KUL dan KLIA. Tugas dan tanggungjawab YM sebagai Airport Manager adalah menjaga keseluruhan operasi darat di KUL dan KLIA. Tanggungjawab YM itu termasuk memantau perkhidmatan yang diberikan oleh ABDA dijalankan dengan teratur. Tidak ada keterangan yang menunjukkan perlunya tindakan diambil terhadap Area Manager berkenaan.

Selain dari itu, isu berkaitan dengan bahasa yang digunakan dalam surat tunjuk sebab yang ketara berbeza dengan bahasa dalam menerangkan alasanalasan pembuangan kerja dalam surat penamatan, tidak menjadikan

pembuangan kerja itu tidak bersebab atau beralasan serta tidak adil. Perkara pokok yang perlu diputuskan ialah berhubung dengan isu-isu yang ada hubung kait dengan fakta, keadaan dan merit sesuatu kes.

Salah satu tanggungjawab YM

sebagai Airport Manager adalah

memantau operasi perkhidmatan ABDA supaya mematuhi prosedur tetap Responden. YM tidak mengambil apa-apa tindakan pembetulan mengenai amalan yang dilakukan oleh ABDA yang tidak teratur itu sungguhpun telah dimaklumkan oleh kakitangan bawahannya dan juga Airport Manager

Responden di Jakarta. Kelakuan dan kegagalan YM dalam menangani masalah ini, malah membiarkan ia terus berlaku memberi kesan ke atas pungutan hasil 13

dan keselamatan operasi Responden. Kelakuan YM sedemikian dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan Responden adalah amat bertentangan dengan tanggungjawab yang diamanahkan dan diberikan kepercayaan oleh Responden.

Seterusnya

Mahkamah

berpendapat

dan

memutuskan

bahawa

pembuangan kerja YM itu adalah berasaskan sebab dan alasan yang munasabah. Dengan itu, tuntutan YM dibuang.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 17HB. MEI 2010

(ABD RAHMAN BIN ABDOL) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

14

You might also like