You are on page 1of 30

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO: 20(13)/4-455/05

DI ANTARA

ENCIK MOHAMAD FOZI BIN SULAIMAN

DAN

KERISEK INDUSTRIES SDN. BHD.

NO AWARD: 3 / 2010

Dihadapan : DATO’ HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL -


Pengerusi

Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia


Kuala Terengganu

Tarikh Rujukan : 4.4.2005

Tarikh Sebutan : 19.7.05, 25.8.05, 26.8.05, 18.6.08

Tarikh Bicara : 22.2.06, 23.2.06, 29.11.06, 30.11.06, 18.6.07,


19.6.07, 23.12.08

Perwakilan : Encik Mohd Radzi bin Yatiman dari


Tetuan Rahim & Lawrnee
Segamat, Johor
Mewakili pihak Menuntut

Pihak Menuntut - Hadir

Encik Dzulkarnain bin Mohamad dari


Tetuan Hafidz & Dzulkarnain
Kuantan, Pahang
Mewakili pihak Responden

1
AWARD:

Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik Mohamad

Fozi bin Sulaiman (Pihak Menuntut) oleh Kerisek Industries

Sdn. Bhd. (Pihak Responden) pada 30 Mac 2004 yang dirujuk

oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia Malaysia di bawah Seksyen

20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP) dan diterima

oleh Mahkamah Perusahaan pada 10 Mei 2005.

Latarbelakang Kes:

Kes ini mula dibicarakan pada 22 Februari 2006 dihadapan

Yang Arif Dato' Tan Yeak Hui, Pengerusi Mahkamah No. 13.

Yang Menuntut telah memanggil seorang saksi untuk memberi

keterangan iaitu Yang Menuntut sendiri pada 22 Februari 2005

dan 23 Februari 2005.

Pihak Yang Menuntut telah menutup kesnya dan

Responden telah memanggil saksi mereka iaitu Encik Jalaluddin

2
bin Mohamed Deli (COW-1). Kes ini sepatutnya disambung

bicara pada 30 November 2006 tetapi telah ditangguhkan atas

permohonan peguam pihak Responden.

Pada 18 Jun 2007 kes ini telah disambung bicara oleh Y.A.

Dato' Tan Yeak Hui di Kuantan, Pahang dimana COW-1 telah

disoal balas oleh peguam pihak Yang Menuntut.

Kes ini sepatutnya disambung bicara pada 5 November

2007 tetapi telah ditangguhkan.

Pada 14 Mei 2008, kes ini telah dipindahkan ke Mahkamah

No. 20 untuk disambung bicara atas arahan Y.A. Yang DiPertua

Mahkamah Perusahaan Malaysia dengan alasan Y.A. Dato' Tan

Yeak Hui telah bersara pada 16 Disember 2007.

Pada tarikh 18 Jun 2008, iaitu hari pertama sepatutnya

saya mendengar kes ini, saya telah memanggil kedua-dua pihak

untuk berhujah mengenai kedudukan kes ini. Pada hari

3
tersebut kedua-dua peguam iaitu Encik Mohd Radzi bin

Yatiman, peguambela pihak Yang Menuntut dan Encik

Dzulkarnain bin Ahmad, peguam pihak Syarikat telah bersetuju

untuk Pengerusi baru meneruskan perbicaraan kes ini

seterusnya menurunkan award.

Mereka memohon nota keterangan daripaa Mahkamah.

Kes ini telah ditangguhkan untuk sambung bicara pada

23 Disember 2008.

Pada 23 Disember 2008, peguam Encik Zulkarnain bin

Ahmad memaklumkan kepada Mahkamah beliau tidak

bercadang untuk meneruskan pemeriksaan semula keatas saksi

COW-1 sebaliknya beliau telah memfailkan satu Dokumen

Tambahan.

Peguam Yang Menuntut tiada bantahan dan Ikatan

Dokumen Tambahan ditanda sebagai COB-1, walau

bagaimanapun peguam Yang Menuntut membantah diatas

4
keterangan saksi Responden yang kedua (COW-2) dan

bersetuju untuk membuat hujah dan memohon kes ini diteruskan

dan Mahkamah membuat “ruling” selepas perbicaraan selesai.

Pada 23 Disember 2008, Mahkamah telah meneruskan

perbicaraan dengan memanggil saksi Responden yang kedua

iaitu Puan Sarimah binti Mat Ali (COW-2) dan telah selesai pada

hari yang sama.

Peguam kedua-dua pihak sepatutnya memfailkan hujjah

bertulis sebelum 23 Mac 2009, tetapi peguam pihak Syarikat

telah memfailkan hujjah bertulis pada 17 Mac 2009 dan peguam

pihak Yang Menuntut hanya memfailkan hujah bertulis pada 2

Julai 2009.

Pada 19 Oktober 2009, peguam pihak Syarikat

memaklumkan beliau tidak berminat untuk memfailkan hujahan

balas dan memohon Mahkamah meneruskan dengan

menurunkan award.

5
Fakta Kes:

Yang Menuntut telah bekerja dengan Syarikat Binadara

Sdn. Bhd. sebagai Jurutera Sivil pada 1 Ogos 1994 dan

disahkan jawatan dalam perkhidmatan pada 21 Ogos 1995.

Pada 1 September 1997, pihak Menuntut telah dilantik

sebagai Pengurus Projek dan seterusnya telah dilantik sebagai

Pemangku Pengurus Besar mulai 1 Februari 1998. Akhirnya

pada 1 Ogos 1998, Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat

sebagai Pengurus Besar (General Manager).

Selain memegang jawatan Pemangku Pengurus Besar

Binadara Sdn. Bhd. Pada bulan Februari 1998, Yang Menuntut

juga diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengurus

Kerisek Industries Sdn. Bhd. (Responden) mulai pada

25 Februari 1998.

Akhirnya pada 1 Disember 2000, Yang Menuntut telah

diserapkan untuk memegang jawatan Pengurus Besar Syarikat

6
Responden dengan gaji pokok sebanyak RM6,900.00 dan elaun

perumahan dan elaun keraian sebanyak RM850.00 dan dengan

syarat-syarat dan terma-terma yang sama sebagaimana yang

diberikan oleh Binadara Sdn. Bhd.

Pada 30 Disember 2003, Binadara Sdn. Bhd. iaitu Syarikat

Induk yang memegang keseluruhan saham dan kepentingan

dalam Syarikat Responden telah melalui “Agreement for Sale

and Purchase of Shares” menjual keseluruhan saham dalam

Syarikat kepada Dataran Damai Sdn. Bhd.

Berikutan dengan tindakan itu, Binadara Sdn. Bhd.

Mengarahkan Yang Menuntut untuk menyerahkan segala aset

Syarikat yang telah dipinjamkan kepada Yang Menuntut bagi

memudahkan urusan jual beli.

Melalui surat bertarikh 27 Januari 2004 Syarikat

Responden menuntut supaya pihak Menuntut menyerahkan

segala aset Syarikat yang dipinjamkan kepadanya.

7
Pihak Syarikat melalui surat bertarikh 24 Februari 2004

memaklumkan kepada Yang Menuntut bahawa jawatan

Pengurus Besar yang disandang beliau telah dimansuhkan dan

beliau ditukarkan bertugas di Bahagian Insurans berkuatkuasa

serta merta.

Yang Menuntut telah membuat aduan kepada Jabatan

Perhubungan Perusahaan melalui surat beliau bertarikh 23 Mac

2004.

Melalui surat bertarikh 16 April 2004 (m.s. 97 CLB1) Yang

Menuntut memaklumkan kepada Syarikat bahawa beliau

menganggap dirinya telah diberhentikan kerja secara konstruktif

dan dengan itu tidak akan menghadirkan diri ke pejabat mulai

tarikh tersebut.

Beliau antaranya memaklumkan kepada Syarikat bahawa

tindakan Syarikat terhadap beliau seperti m.s. 97, 98 dan 99

CLB1 menyebabkan beliau terpaksa mengambil tindakan

8
tersebut. Yang Menuntut mengatakan tindakan Syarikat

terhadap beliau adalah berniat jahat (bad faith) dan tidak

mengikut undang-undang serta tidak adil.

Kes Yang Menuntut:

Yang Menuntut telah memberi keterangan seperti CLWS-1

dan telah disoal balas serta soal semula oleh peguam kedua-

dua pihak.

Peguam pihak Yang Menuntut berhujah bahawa Syarikat

Responden telah bertindak dengan niat jahat dalam tindakan ini

dan tindakan pihak Syarikat itu boleh dianggap sebagai

“Constructive Dismissal” yang ia dilakukan tanpa mengikut

undang-undang dan alasan yang munasabah. Tindakan

Syarikat itu bertentangan dengan konsep equiti dan “good

conscience”.

Dalam keterangannya Yang Menuntut memberitahu

bahawa beliau sebagai Pengurus Besar Syarikat bertugas untuk

9
menguruskan seluruh Pentadbiran Syarikat termasuk Operasi

Insurance Syarikat. Tugasnya untuk mempastikan Syarikat

beroperasi secara baik, mengambil tindakan dan menjalankan

arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah secara

sempurna.

Yang Menuntut menafikan beliau menolak untuk

membincangkan syarat-syarat perkhidmatan dalam mesyuarat

bertarikh 26 Februari 2004.

Beliau menafikan beliau bertindak “insubordination”

terhadap Lembaga Pengarah.

Syarikat telah membuat tawaran jawatan Pengurus kepada

beliau semasa beliau bercuti mengerjakan ibadah Haji dan

beliau telah tidak dibayar elaun keraian sejak Februari 2004.

Yang Menuntut juga telah dibatalkan hak (authority) untuk

menandatangani cek Syarikat tanpa notis yang munasabah.

10
Beliau juga telah tidak dibayar fees kad perubatan Takaful Sihat

sejak bulan Januari 2004.

Pihak Syarikat telah membuat laporan polis terhadap Yang

Menuntut mengatakan Yang Menuntut telah menceroboh

kawasan quarri dan mencuri bahan-bahan letupan. Fail kabinet

dalam pejabat juga telah dibawa keluar oleh pihak Syarikat.

Syarikat juga telah gagal membayar ansuran kereta No.

CBC 783 yang diberikan oleh Syarikat untuk digunapakai oleh

Yang Menuntut.

Pihak Yang Menuntut telah tidak dibenarkan untuk

memasuki pejabat Pengurus Besar sejak 28 Februari 2004 dan

gaji beliau sebagai Pengurus Besar tidak dibayar oleh Syarikat

sejak bulan Februari dan Mac 2004.

Syarikat juga telah memalsukan Borang 49 kepada

Pendaftar Syarikat yang bertarikh 30 Mac 2004 dengan

11
mengatakan Yang Menuntut telah meletak jawatan sebagai

Pengurus Besar Syarikat tanpa pengetahuan Yang Menuntut.

Semua tindakan-tindakan di atas menunjukkan niat jahat

Syarikat terhadap beliau dan atas tindakan pihak Syarikat itu

beliau beranggapan beliau telah diberhentikan kerja secara

konstruktif.

Melalui surat beliau bertarikh 16 April 2004, beliau

memaklumkan kepada pihak Syarikat bahawa beliau dipecat

secara konstruktif oleh pihak Syarikat.

Kes Syarikat:

Pihak Syarikat telah memanggil dua orang saksi iaitu Encik

Jalaluddin bin Mohamed Deli (COW-1) Pengarah Syarikat dan

Puan Sarimah binti Mat Ali, Pembantu Akaun Syarikat.

Peguam Syarikat berhujah pada 30 Disember 2003,

Binadara Sdn. Bhd. iaitu Syarikat Induk yang memegang

12
keseluruhan saham dan kepentingan dalam Syarikat Responden

telah melalui “Agreement for Sale and Purchase of Shares”

menjual saham Syarikat kepada Dataran Damai Sdn. Bhd.

Berikutan dengan perjanjian itu, Binadara Sdn. Bhd. melalui

surat bertarikh 25 Februari 2003 meminta Yang Menuntut

sebagai Pengurus Besar Syarikat Responden memulangkan

semua aset-aset Syarikat dan diminta menghubungi Encik

Abdullah Azmin bin Dato' Mokhtar Annuar. Sebelum itu pihak

Syarikat Responden melalui surat bertarikh 27 Januari 2004

telah meminta Yang Menuntut memulangkan semua aset-aset

Syarikat dan menyerahkan kepada Pengarah Urusan Syarikat di

MM3, Medan Mewah, 26700 Muadzam Shah dengan serta

merta.

Yang Menuntut telah gagal dan enggan menyerahkan

semua aset-aset tersebut seperti arahan Syarikat.

Melalui surat bertarikh 24 Februari 2004 pihak Syarikat

Responden memaklumkan bahawa Yang Menuntut telah

13
ditukarkan ke jawatan di Bahagian Insurance dan telah

memansuhkan jawatan Pengurus Besar dan digantikan dengan

jawatan Pengarah Urusan yang disandang oleh COW-1.

Yang Menuntut telah dipanggil oleh Lembaga Pengarah

Syarikat yang baru untuk perbincangan mengenai jawatan

beliau yang baru pada 26 Februari 2004, tetapi Yang Menuntut

gagal hadir, oleh itu mesyuarat itu telah dibatalkan.

Syarikat mengatakan Yang Menuntut telah tidak iktiraf dua

Ahli Lembaga Pengarah yang baru, akibatnya Syarikat bertindak

menggantung pembayaran gaji Yang Menuntut mulai bulan

Februari 2004.

Dataran Damai Sdn. Bhd. telah gagal untuk memenuhi

perjanjian jual beli saham tersebut yang mengakibatkan

perjanjian tersebut akhirnya terpaksa dibatalkan pada awal

tahun 2006.

14
Akhirnya Syarikat Responden telah dijual kepada Teras

Dara Konsortium Sdn. Bhd. melalui perjanjian jual beli saham

bertarikh 28 Jun 2006.

Peguam pihak Syarikat berhujjah isu pertama yang perlu

diputuskan bahawa siapakah majikan sebenar Yang Menuntut

sewaktu beliau dibuang kerja.

Terdapat beberapa Syarikat yang terbabit dalam kes ini

iaitu Binadara Sdn. Bhd., Teras Dara Konsortium Sdn. Bhd.,

Kerisek Industries Sdn. Bhd. dan Dataran Damai Sdn. Bhd.

Isu:

Mahkamah ini perlu memutuskan samada:

1) Yang Menuntut telah dibuang kerja atau meletak jawatan

beliau secara sukarela atau dibuang kerja secara

konstruktif.

2) Siapakah majikan beliau semasa beliau diberhentikan

kerja.

15
3) Samada pemberhentian kerja dibuat dengan alasan yang

munasabah dan adil.

Undang-Undang:

Fungsi Mahkamah Perusahaan dalam rujukan di bawah

Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah

dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Goon Kwee

Phoy v J & P Coats (M) Sdn. Bhd. [1981] I LNS 30, dimana

Raja Azlan Shah, Hakim Besar Malaya memutuskan:

“Where representations are made and are referred to the

Industrial Court for enquiry, it is the duty of that Court to

determine whether the termination or dismissal is with or without

just cause or excuse.

If the employer chooses to give a reason for the action

taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire

whether that excuse or reason has or has not been made out. If

it finds as a fact that it had not been proved, then the inevitable

16
conclusion must be that the termination or dismissal was without

just cause or excuse. The proper enquiry of the Court is the

reason advanced by it and that Court or High Court cannot go

into another reason not relied on by the employer or find one for

it”.

Dalam kes ini Mahkamah perlu memutuskan samada

terdapat pemecatan pekerjaan. Kalau jawapan dalam

“affirmative” Mahkamah perlu memastikan pula samada

pemecatan itu dengan alasan yang munasabah dan adil.

Mahkamah merujuk kepada kes Wong Chee Hong v

Cathay Organisation (Malaysia) Sdn. Bhd. [1988] I CLJ 45 :

[1988] I CLJ (Rep) 298 suatu keputusan oleh Y.A.A. Salleh

Abas, Ketua Hakim Negara yang telah diterima pakai dalam kes

Mahkamah Perusahaan kes Colgate Palmolive (M) Sdn. Bhd.

v Yap Kok Foong [1998] 2 ILR 965 (Award No. 368 of 1998).

17
“In a Section 20 reference, a workman's complaint consists

of two elements. Firstly that he has been dismissed and

secondly that such dismissal was without just cause or excuse.

It is upon these two elements being established that the

workman can claim his relief, to wit an order for reinstatement,

which may be granted or not at the discretion of the Industrial

Court. As to the first element, Industrial jurisprudence as

developed in the course of the Industrial adjudication readily

recognises that any act which has the effect of bringing the

employment contract to an end is a dismissal within the meaning

of Section 20. The terminology used and the means resorted to

by an employer are of little significance: thus contractual

terminations, constructive dismissals, non renewals of contract,

forced resignation, retrenchments and retirements are all

species of the same genus, which is “dismissal”.

Pemecatan Konstruktif:

Pemecatan secara konstruktif berlaku bila pekerja

meletakkan jawatan dalam perkhidmatan atas kehendak sendiri

18
akibat daripada perbuatan majikan terhadap beliau, dimana

beliau merasakan beliau telah dibuang pekerjaannya.

Prinsip yang mencakupi konsep pemecatan konstruktif

telah diperkenalkan oleh Ketua Hakim Negara, Salleh Abas

dalam kes Wong Chee Hong v Cathay Organisation (M) Sdn.

Bhd. [1988] I CLJ 45 : [1988] I CLJ (Rep) 298 seperti berikut:

“The common law has always recognised the right of an

employee to terminate his contract and therefore to consider

himself as discharged from further obligations. If the employer is

guilty of such a breach as effects the foundation of the contract,

or if the employer has evinced an intention not to be bound by it

any longer”.

Dalam kes Leong Shin Hyun v Rekapacific Bhd. & Ors.

[2001] 2 CLJ 288, Mahkamah Tinggi Malaya memutuskan:

19
“It is now well established that the repudiatory conduct may

consist of a series of act or incidents, some of them perhaps

quite trivial, which cumulatively amount to a repudiatory breach

of the implied term of the contract of employment, that the

employer will not without reasonable and proper cause conduct

himself in a manner calculated or likely to destroy or seriously

damage the relationship of confidence and trust between

employer and employee”.

Untuk membuktikan bahawa pekerja itu telah ditamatkan

perkhidmatan secara konstruktif, Mahkamah merujuk kepada

Buku “Industrial Relations In Malaysia Law of Practise 3rd

Edition” oleh Dr Dunston Ayadurai m.s. 297 yang menyatakan:

“To prove that the workman has been constructively

dismissed, it will be necessary for him to establish the followings:

- that the employer had by his conduct breached the contract

in respect of one or more of its obligation, owed to the workman,

20
the obligations breached may be in respect of either express

terms or implied term or both.

- that the terms which had been breached go to the

foundation of the contract: or stated in other words, the employer

had breached one or more of the essential terms of the contract.

- that workman, pursuant to and by reason of the aforesaid

breach had left the employment of the employer, that is that the

workman had elected to treat the contract as terminated;

and

– that the workman left at an appropriate time soon after the

breached complained of: that is he did not stay on in such

circumstances as to amount to an affirmation of the contract.

Notwithstanding the breach of the same by the employer.

21
Berpegang kepada prinsip di atas, Mahkamah ini

berpendapat bahawa Yang Menuntut dalam kes ini perlu

memutuskan:

1) Tindakan Syarikat telah melanggar kontrak samada satu

atau lebih terma-terma kontrak pekerjaan.

2) Pemecahan kontrak itu adalah sesuatu yang 'Fundamental'

yang melibatkan asas utama kontrak pekerjaan.

3) Yang Menuntut telah menamatkan pekerjaan oleh sebab

perlakuan pihak Syarikat yang amat serius yang mana

ianya membolehkan beliau meninggalkan Syarikat serta

merta.

4) Yang Menuntut didalam melaksanakan hak beliau untuk

menamatkan perkhidmatan pekerjaan itu bertindak serta

merta selepas pemecahan kontrak berlaku.

22
Kesimpulan dan Pendapat:

Dalam kes ini peguam Syarikat berhujah bahawa

Mahkamah perlu buat keputusan tentang siapakah majikan

kepada Yang Menuntut.

Mahkamah bersetuju dengan hujah pihak Yang Menuntut

bahawa isu ini tidak diplidkan dalam penyata jawapan bertarikh

7 Mei 2005 dan tidak ditimbulkan semasa perbicaraan kes ini,

samada semasa pemeriksaan balas ke atas Yang Menuntut

atau pemeriksaan utama saksi-saksi pihak Syarikat Responden.

Walau bagaimanapun Mahkamah mempunyai bukti yang

jelas bahawa Yang Menuntut telah berkhidmat dengan Syarikat

Responden melalui surat Syarikat bertarikh 17 November 2000

(m.s. 11 CLB1). Sehingga Yang Menuntut memutuskan untuk

meninggalkan perkhidmatan dengan Syarikat Responden

melalui surat beliau bertarikh 16 April 2004 (Rujuk m.s. 97

CLB1).

23
Tidak ada penafian oleh pihak Syarikat Responden di

dalam pemeriksaan balas terhadap Yang Menuntut tentang

siapakah majikan Yang Menuntut semasa beliau meninggalkan

perkhidmatan pekerjaan dengan Syarikat Responden.

Oleh itu hujahan peguam Syarikat Responden adalah tidak

berasas dan ditolak.

Mengenai hujahan peguam pihak Yang Menuntut

mengenai tindakan peguam Syarikat mengemukakan Ikatan

Dokumen COB1, Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah

ini tidak terikat dengan “Legal Form” seperti peruntukan Seksyen

30(5) APP 1967. Oleh itu Mahkamah yang bertindak mengikut

ekuiti dan “good conscience” mengenepikan hal-hal teknikal dan

“Legal Form” serta membenarkan COB1 dikemukakan dan

COW-2 dipanggil untuk memberi kebenaran demi kepentingan

keadilan.

24
Dalam kes ini Mahkamah perlu memutuskan samada Yang

Menuntut telah meletak jawatan akibat perlakuan pihak Syarikat

yang menindas dan tidak berhasrat untuk meneruskan

perkhidmatan pekerjaan daripada Yang Menuntut.

Adalah jelas dari keterangan Yang Menuntut, tindakan dan

kelakuan pihak Syarikat yang telah menukarkan tugas Yang

Menuntut daripada jawatan Pengurus Besar kepada tugas

Bahagian Insuran seperti surat Syarikat Responden bertarikh 24

Februari 2004 serta tindakan pihak Syarikat seperti aduan Yang

Menuntut di muka surat 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95 dan 96

exhibits CLB1, semasa Yang Menuntut bercuti menunaikan

ibadah Haji jelas menunjukkan niat Syarikat Responden untuk

menurunkan pangkat Yang Menuntut dan tidak ingin terikat

dengan perjanjian perkhidmatan bertarikh 16 Julai 1994 dan

diikuti surat kenaikan pangkat ke jawatan Pengurus Besar

Syarikat bertarikh 14 Januari 1999, seterusnya daripada

Syarikat Responden melalui surat bertarikh 17 November 2000.

25
Alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Syarikat adalah

kerana Syarikat Responden bercadang menjual saham dan

kepentingan di dalam Syarikat kepada Dataran Damai Sdn. Bhd.

yang mana “Agreement of Sale and Purchase of Shares” ini

gagal dilaksanakan sehinggalah Syarikat Responden dijual

kepada Teras Dara Konsortium Sdn. Bhd. melalui perjanjian jual

beli saham bertarikh 28 Jun 2006.

Dalam kes ini juga tidak dapat dinafikan bahawa Syarikat

Responden telah gagal untuk membayar gaji dan elaun-elaun

Yang Menuntut berhak sejak bulan Februari 2004.

Alasan yang diberi oleh pihak Syarikat kerana Yang

Menuntut gagal iktiraf dua orang Ahli Lembaga Pengarah

Syarikat. Alasan ini tidak kukuh dan Syarikat tidak boleh

sewenang-wenangnya menahan gaji Yang Menuntut tanpa

memberi notis tunjuk sebab dan tindakan tatatertib.

26
Setelah diteliti keterangan pihak Yang Menuntut dan

eksibit-eksibit serta aduan Yang Menuntut kepada Jabatan

Perhubungan Perusahaan. Mahkamah ini berpendapat pihak

Yang Menuntut berjaya buktikan Syarikat mempunyai 'mala fide'

terhadap beliau di dalam kes ini. Mahkamah dengan ini

menerima hujahan peguam Yang Menuntut yang menyatakan

pemberhentian kerja Yang Menuntut dibuat secara mala fide.

Mahkamah berpendapat pihak Yang Menuntut telah

memenuhi kriteria yang diperlukan seperti keputusan Mahkamah

Tinggi dalam kes Leong Shin Hyun v Rekapacific Bhd. & Ors.

[2001] 2 CLJ 288 dan saranan yang dibuat oleh Dr Dunston

Ayadurai dalam Bukunya bertajuk “Industrial Relations In

Malaysia Law & Practise 3rd Edition” muka surat 297.

Keputusan:

Setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak dan eksibit

dan hujahan serta mengambilkira peruntukan Seksyen 30(5)

27
APP 1967, Mahkamah berpendapat Yang Menuntut telah

berjaya membuktikan kesnya atas pertimbangan kebarangkalian

(Balance of Prohabilities). Oleh itu, Mahkamah memutuskan

pemecatan konstruktif atas Yang Menuntut oleh Syarikat

Responden dilakukan tanpa sebab yang munasabah dan tidak

adil.

Mahkamah dengan itu membenarkan tindakan Yang

Menuntut dan mengarahkan pihak Syarikat Responden

membayar gantirugi.

Remedi:

Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk

mengarahkan Syarikat Responden untuk mengambil semula

Yang Menuntut kerana Syarikat Responden telah dijual melalui

perjanjian jual beli saham bertarikh 28 Jun 2006.

Syarikat Responden telah tidak wujud lagi buat masa ini.

Oleh itu, untuk kepentingan “Industrial Harmony” Mahkamah

28
memutuskan untuk memberi gantirugi “In lieu” kepada Yang

Menuntut.

Yang Menuntut telah mula berkhidmat dengan Syarikat

Responden mulai 1 Disember 2000 sehingga beliau

meninggalkan jawatan sebagai Pengurus Besar Syarikat melalui

surat bertarikh 16 April 2004.

Gaji asas beliau adalah RM6,900.00 sebulan, maka jumlah

yang diperintah bayar oleh Syarikat Responden kepada Yang

Menuntut adalah:

RM6,900.00 x 3½ = RM24,150.00

Gaji kebelakangan pula bermula daripada tarikh beliau

meninggalkan pekerjaan 16 April 2004 sehingga tarikh tamat

perbicaraan iaitu 23 Disember 2008 tertakluk kepada jumlah

maksima 24 bulan.

RM6,900.00 x 24 = RM165,600.00

29
Tiada pengurangan tentang jumlah gaji kebelakangan

kerana peguam Syarikat tidak dapat membuktikan Yang

Menuntut telah mendapat pekerjaan yang baru dan pendapatan

yang baru.

Dengan itu Mahkamah memerintahkan Syarikat

Responden membuat pembayaran sebanyak RM189,750.00

kepada Yang Menuntut dan ditolak apa-apa pembayaran

statutory jika ada melalui peguam Yang Menuntut dalam masa

30 hari dari tarikh Award.

DIPERTURUNKAN PADA 3 JANUARI 2010

( DATO’ HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL)


PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
CAWANGAN TERENGGANU

30

You might also like