You are on page 1of 2

Soalan 1 : Sesi 2001/2002 Tanggungan Penghuni

Dalam kes ini , prinsip yang terpakai ialah doktrin Tanggungan Penghuni dalam Tort Kecuaian .Dalam prinsip ini, tanggungan penghuni wujud dalam situasi di mana premis tidak berada dalam keadaan selamat seperti yang sepatutnya dan keadaan yang tidak selamat ini telah mengakibatkan kecederaan atau kerosakkan kepada plaintif. En. Teh sebagai pemegang lesen ( entrants of right ) mempunyai hak untuk memasuki premis yang dibuka untuk orang awam seperti taman rekreasi awam, tandas awam , perpustakaan awam ,kolam renang awam dan lain-lain kemudahan yang dibuka untu kegunaan awam.En. Teh boleh mendakwa Majlis Perbandaran KuraKura kerana kecuaian dalam memastikan taman tersebut selamat untuk kegunaan awam. En.Teh harus menunjukkan bahawa Majlis Perbandaran Kura-kura mempunyai tugas berhati-hati terhadapnya serta melanggar kewajipan itu. En.Teh juga perlu menunjukkan bahawa kecuaian Majlis Perbandaran Kura-Kura telah menyebabkan kemalangan itu dan kemalangan itu mengakibatkan kecederaannya. Penghuni tidak mempunyai tugas untuk memastikan premis itu selamat tetapi dia mestilah tidak membuat perangkap atau membenarkan bahaya yang tersembunyi berada di premis itu . Bahaya yang tersembunyi ialah bahaya yang tidak kelihatan kepada pelawatnya tetapi diketahui atau sepatutnya diketahui oleh penghuni.Prinsip ini telah ditekankan oleh Lord Hailsham J.C dalam kes Robert Addie & Sons ( Collieries )Ltd v Dumbreck . Lord Denning pula dalam kes Hawkins v Couldson and Purley Urban District Council telah menyatakan bahawa seorang penghuni mestilah mengetahui tentang keadaan di premisnya dan sebarang bahaya yang mungkin timbul daripadanya. Sekiranya penghuni mempunyai pengetahuan mengenai sebarang bahaya yang mungkin timbul, amaran yang mencukupi harus diberi kepada pemegang lesen . Prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas dalam kes Ashdown v Samuel Williams and CO Ltd. Dengan menggunakan prinsip-prinsip di atas , En. Teh berpeluang untuk membuktikan bahawa Majlis Perbandaran Kura-kura telah cuai dalam memastikan premisnya selamat. Keretakan dalam bangku kegemaran En.Teh tidak dapat dilihat dari posisi berdiri . Jadi , ianya merupakan bahaya yang tersembunyi . Walaupun Majlis Perbandaran Kura-Kura tidak mempunyai tugas untuk memastikan taman rekreasi itu selamat tetapi ianya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tiada bahaya yang tersembunyi . Majlis Perbandaran Kura-Kura sepatutnya memeriksa dan menyelenggara taman itu untuk memastikan tiada bahaya yang tersembunyi. Jelas sekali , Majlis Perbandaran Kura-Kura telah cuai dalam kewajipan untuk memastikan bahawa premisnya tidak mempunyai bahaya yang tersembunyi. Kecuaian itu telah mengakibatkan En.Teh jatuh dari bangku tersebut apabila beliau duduk di atasnya dan mengakibatkan kecederaan serta kerugian ekonomi akibat kecederaan itu. Tiada

amaran yang menyatakan bahawa bangku itu mungkin retak dan boleh menyebabkan kecederaan.Prinsip ini ditegaskan dalam kes tempatan Datuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur v Ong Kok Peng & Anor( 1993).

You might also like