You are on page 1of 8

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN 1

 Jenis kontrak ejensi boleh dibahagikan mengikut


luasnya kuasa ejen atau mengikut tugas-tugas ejen.

1. Ejensi mengikut luas kuasa ejen

a) Ejen universal:
 Sejenis ejen am yang mempunyai kuasa yang
luas.
 Ia boleh melakukan kesemua tindakan yang

sepatutnya boleh dilakukan sendiri oleh prinsipal.


 Ejensi jenis ini perlu dibuat secara bertulis dalam
bentuk surat kuasa wakil.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 2


b) Ejen am:
 Ejen yang dilantik oleh prinsipal untuk
menjalankan tugas-tugas umum dalam
perniagaan atau tred.
 Pihak ketiga yang berurusan dengan ejen am
boleh mempunyai anggapan bahawa ejen ini
mempunyai kuasa untuk melakukan tindakan-
tindakan yang lazim dilakukan dalam perjalanan
urusan perniagaan biasa.

c) Ejen khas:
 Ejen jenis dilantik untuk membuat kerja-kerja yang
khusus sahaja atau untuk maksud tertentu sahaja,
dan kuasanya terhad kepada kerja atau maksud
tersebut.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 3


2. Ejensi mengikut tugas

a) Ejen del-credere:

 Sejenis ejen yang mendapat komisen tambahan


daripada prinsipal, sekiranya ia memberi janji
kepada prinsipal bahawa pihak ketiga akan
melaksanakan tanggungjawabnya di bawah
kontrak yang dimasuki bagi pihak prinsipal itu.

 Jika pihak ketiga gagal mematuhi kontrak, ejen


del-credere akan bertanggungan terhadap
prinsipal.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 4


b) Faktor:

 Sejenis ejen perdagangan dalam urusan perniagaan


biasa diamanahkan untuk menjual barang kepunyaan
prinsipal.

 Ejen ini akan menjual barang atas namanya sendiri


tanpa memberitahu siapa prinsipalnya.

 Ejen ini juga memiliki lien terhadap barang-barang


yang ada dalam simpanannya.

 Lien bermaksud, si ejen berhak untuk menahan


barang-barang itu sekiranya prinsipal gagal membayar
komisennya tetapi tidak hak untuk menjual barang
tersebut.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 5


c) Broker:

 Ejen perdagangan yang diupah untuk membuat


kontrak antara prinsipal dan pihak ketiga, dan ia diberi
komisen yang disebut brokerage.

 Broker berbeza daripada faktor kerana broker tidak


diamanahkan untuk memegang barang prinsipal dan
tidak berhak membuat kontrak di atas nama sendiri.

 Broker juga tidak mempunyai hak lien ke atas barang


prinsipal.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 6


d) Jurulelong:

 Ejen yang diupah untuk menjual barang secara lelong.

 Semasa lelongan berjalan, ejen ini mulanya menjadi


ejen penjual tetapi apabila ia menerima tawaran
daripada pembeli, ia akan menjadi ejen pembeli juga.

 Pada kebiasaannya harga jualan adalah mengikut


budi bicara jurulelong kecuali jika penjual telah
menetapkan harga yang terendah.

 Ia juga akan bertanggungjawab terhadap penjual jika


ia menjual barang lelong lebih rendah daripada harga
yang ditetapkan penjual.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 7


e) Jurubank:

 Ejen ini boleh dibahagi kepada 2 tugas:

i. Sebagai ejen pelanggan. Apabila pelanggan


memasuki bank dan mendepositkan wangnya,
jurubank menjadi si berhutang dan pelanggan adalah
pemiutang.

 Sebaliknya jika pelanggan datang ke bank untuk


membuat pinjaman rumah, maka jurubank menjadi
pemiutang dan pelanggan pula menjadi si berhutang.

ii. Sebagai ejen bank. Pekerja-pekerja bank merupakan


ejen bagi sesebuah bank.

 Tugas mereka ialah kepada majikan iaitu bank dan


bank juga mempunyai tugas terhadap pelanggan.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 8

You might also like