You are on page 1of 63

UU SYARIKAT

DLC 3023
PENGURUSAN SYARIKAT
PENGENALAN
• Syarikat adalah manusia tiruan / manusia buatan undang-
undang. Tidak seperti manusia biasa yang boleh bergerak
sendiri, syarikat digerakan menerusi DUA (2)
organ/mekanisma iaitu ;
(a) Mekanisma Lembaga Pengarah(pengarah dan
pegawai2 syarikat)
(b)Mekanisma anggotanya
• Kedua-dua mekanisma ini bergerak secara kolektif
menerusi mesyuarat2 masing-masing
• Setiap organ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan masing-masing
bagi menggerakkan syarikat dan mereka tidak boleh campurtangan dalam
kuasa yang diberikan kepada masing-masing oleh Akta Syarikat 2016, statut
lain mahupun oleh Perlembagaan Syarikat. Kuasa setiap organ inilah di
anggap sebagai kuasa untuk bertindak bagi pihak syarikat. Mereka inilah
yang menggerak dan menguruskan syarikat.
• Seksyen 2 AS 2016 menakrifkan pegawai berhubung dengan suatu
perbadanan termasuk;
a. mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan;
b. penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan perbadanan
yang dilantik di bawahkuasa yang terkandung dalam mana-mana
suratcara ; dan
SUBTOPIK
 Definisi Pengarah
 Kelayakan Pengarah
 Kategori Pengarah
 Perlantikan Pengarah
 Kewajipan Dan Tanggungjawab Pengarah Syarikat.
 Setiausaha syarikat dan peranan
 Juruaudit syarikat dan peranan
DEFINISI PENGARAH
• Seksyen 2 AS 2016 menakrifkan pengarah syarikat sebagai
“mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan tidak kira dengan apa
juga nama dipanggil. “

• *Peruntukan ini seterusnya memberi indikasi bahawa terma ‘pengarah’ itu termasuklah pengarah
bayangan dan juga pengarah silih ganti atau pengarah ganti.

• Pengarah adalah seperti ‘raja berperlembagaan’ yang terikat oleh terma-terma piagam syarikat yang
terkandung dalam perlembagaan syarikat.Tugasnya secara umum ialah mengurus dan memantau
perjalanan syarikat.

• Menurut Seksyen 210 AS 2016, “ pengarah’ termasuk “ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai
kewangan, ketua pegawai operasi atau mana-mana orang lain yang mempunyai tanggungjawab
utama bagi menguruskan syarikat.
• Di sisi undang-undang, gelaran pengarah tidak penting tetapi fungsi seseorang itu yang penting dalam
menentukan samada dia dianggap pengarah ataupun tidak. Walaupun ia tidak dilantik menjadi
pengarah , tetapi jika arahannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah syarikat maka ia boleh dianggap
sebagai seorang pengarah
Syarat-syarat umum berkaitan pegarah
 Seksyen 196 AS 2016, sesebuah syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya bilangan
minima pengarah syarikat tidak termasuk pengarah silih ganti atau pengarah ganti.
 Di dalam sebuah syarikat persendirian , bilangan minima pengarah ialah seorang .
 Bagi syarikat awam, bilangan minimanya ialah dua(2) orang.
 Pengarah juga mestilah orang sebenar bukan orang buatan undang-undang yang
 Telah mencapai usia dewasa .
 Pemastautin
 Tidak semestinya terdiri daripada pemegang saham syarikat.
 Tidak akan bertanggunggan ke atas tindakan rakan pengarah yang lain asalkan anda dapat bertindak
secara jujur dan munasabah.
 Akan bertanggunggan secara sendiri kepada pihak luar (ketiga), syarikat dan kepada pemegang-
pemegang saham atas apa-apa tindakan yang tidak dibenarkan oleh Akta atau perlembagaan syarikat
 Sekiranya seorang pengarah dilantik melalui satu kontrak perkhidmatan, maka kontrak perkhidmatan
tersebut hendaklah dizahirkan di pejabat berdaftar syarikat atau tempat syarikat menjalankan
perniagaannya untuk diperiksa oleh pemegang-pemegang saham dalam waktu urusan pejabat.Jika
tidak, syarikat hendaklah menyimpan apa-apa catatan yang membuktikan perlantikan pengarah
tersebut.
Kelayakan Pengarah
• Menurut Seksyen 198 AS 2016, seorang pengarah syarikat hendaklah bukan seorang yang hilang
kelayakan untuk bertindak sebagai seorang pengarah seperti;

(b)telah disabitkan
dengan kesalahan (c )telah disabitkan dengan
(a)Seorang bankrap
berkaitan penganjuran, kesalahan yang berkaitan
yang belum
pembentukan atau dengan sogokan, fraud
dilepaskan;
pengurusan suatu atau kecurangan;
perbadanan;

(d)telah disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen


213 As (kewajipan pengarah), Seksyen 217 AS
(tanggungjawab pengarah nominee), Seksyen 218 (e) hilang kelayakan oleh
AS(penggunaan tidak wajar harta, jawatan dsb), Mahkamah di bawah Seksyen
Seksyen 228 AS(transaksi dengan pengarah), 199 AS 2016
seksyen 539 (liability kerana tidak menyimpan
akaun) di dalam atau di luar Malaysia;
Hilang kelayakan dengan perintah mahkamah menurut peruntukan
Seksyen 199 AS 2016.bilamana satu perintah mahkamah dibuat atas
permohonan Pendaftar syarikat jika pengarah tersebut secara langsung
atau tidak langsung terlibat:
(a) dalam masa 5 tahun, orang itu
telah menjadi pengarah bagi 2 atau
lebih syarikat yang telah
dibubarkan akibat syarikat menjadi (b) melanggar kewajipan (c ) lazimnya melanggar
tidak solven dengan sebab sebagai pengarah; atau AS 2016
kesalahan yang dibuat
sebahagiannya atau keseluruhannya
oleh pengarah tersebut;
Kategori pengarah

Pengarah
Pengarah Pengarah
Eksekutif/bukan
silihganti bayangan
eksekutif

Pengarah Pengarah yang


Pengarah ganti
bersekutu dilantik
• Pengarah Silihganti • Pengarah Bayangan
• Seseorang yang dilantik bagi Seseorang yang walau tidak
menggantikan tempat seorang dilantik sebagai pengarah tetapi
pengarah sedia ada. sewaktu memberi arahan atau suruhan di
bercuti atau lain-lain hal. sebalik tabir dan lazimnya arahan
• Mempunyai kuasa untuk berfungsi atau suruhannya itu diikuti oleh
sepertimana pengarah yang pengarah-pengarah yang dilantik.
melantiknya semasa ketiadaannya. Walau tidak menganggotai
• Hanya boleh dilantik sekiranya Lembaga Pengarah tetapi arahan
kuasa untuk melantik dinyatakan mereka lazimnya mempengaruhi
dalam perlembagaan syarikat keputusan Lembaga Pengarah.
Pengarah Eksekutif Pengarah Bukan Eksekutif
• Memegang jawatan bergaji dengan syarikat. • Tidak terlibat dengan urusan harian atau
• Terlibat dengan pengurusan syarikat di urusan sepenuh masa
khalangan atasan seperti Pengarah Urusan • Bertanggungjawab bersama-sama
• Mempunyai kuasa yang sangat luas dalam pengarah lain dalam merangka dan
pengurusan syarikat terutamanya dalam melaksana polisi syarikat.
membuat keputusan bagi pihak syarikat. • Mempunyai hak dan menanggung liability
• Ketuanya ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang sama seperti pengarah-pengarah lain
iaitu ketua kepada pengarah-pengarah Eksekutif. • Tidak memegang jawatan bergaji dan tidak
terlibat dalam urusan harian syarikat.
• Layak menghadiri mesyuarat Lembaga
Pengarah.
• Contoh Pengarah bebas dan namaan
Pengarah Bebas Pengarah Namaan
• Pengarah bukan eksekutif • Tidak terlibat dengan urusan harian
• Biasanya tiada kaitan keluarga dengan atau urusan sepenuh masa
pengurusan • Bertanggungjawab bersama-sama
• Biasanya mewakili pemegang-pemegang pengarah lain dalam merangka dan
saham, awam syarikat yang tersenarai melaksana polisi syarikat.
• Mewakili kepentingan kumpulan
tertentu seperti kumpulan pekerja,
kelas pemegang saham, pemiutang
dsb.
• Pengarah Bersekutu
• Dipilih di khalangan Eksekutif dalam kumpulan
pengurusan atasan.
• Bertindak sebagai pelapis kepada pengarah-
pengaran sedia sebagai persediaan menganggotai
Lembaga Pengarah di masa akan datang.
• Hanya boleh dilantik jika perlembagaan
memperuntukkan sedemikian
Perlantikan pengarah
• Cara perlantikan

1. Pengarah Pertama
- Dinamakan di dalam permohonan
pemerbadanan syarikat- Seksyen 202(1) 2. Perlantikan melalui Mesyuarat Anggota
AS 2016 Syarikat
- Memegang jawatan dari tarikh
pemerbadanan sehinggalah beliau berhenti
menjadi pengarah menurut peruntukan AS - Seksyen 202(1) AS 2016 yang menyebut ,
“anggota syarikat boleh melantik pengarah
- Perlantikan pengarah berikutnya akan syarikat melalui satu ketetapan biasa”
ditetapkan mengikut Akta ataupun
Perlembagaan syarikat.
.
3. Perlantikan melalui Mesyuarat Lembaga Syarikat
- Seksyen 202(3) AS 2016 memperuntukkan bahawa
pengarah syarikat boleh pada bila-bila masa melantik
pengarah tambahan tertakluk kepada perlembagaan
syarikat.
- Pengarah tambahan ini biasanya diperlukan menurut
keperluan syarikat.
- Hendaklah memegang jawatannya sehingga mesyuarat
agung tahunan syarikat yang berikutnya bagi syarikat
awam. Sementara bagi syarikat persendirian akan
memegang jawatanya mengikut terma perlantikan.
Pengosongan jawatan pengarah
• AS 2016 memperuntukkan bahawa jawatan pengarah syarikat akan menjadi kosong melalui
beberapa keadaan sepetimana yang terkandung dalam Seksyen 208 AS 2016 iaitu;

(b)Pengarah bersara dan


(a)Pengarah meletak jawatan tidak dilantik semula; (c )Pengarah dipecat
menurut Seksyen 208 (2) AS mengikut AS 2016 atau
2016 perlembagaan syarikat
(e)Pengarah menjadi
tidak sempurna akal di
bawah Akta Kesihatan
Mental 2001
(d)Pengarah hilang (f)Pengarah
kelayakan di bawah mengosongkan jawatan
Seksyen 198 atau 199 mengikut perlembagaan
AS 2016 syarikat
g) Kematian
Perletakan jawatan Pengarah
• Seorang pengarah boleh meletakkan jawatannya dengan memberi notis bertulis kepada
syarikat . Notis itu hendaklah disampaikan di pejabat berdaftar syarikat.Notis itu juga mestilah
menyatakan hasrat pengarah tersebut untuk meletak jawatan. Perletakan jawatan tersebut akan
berkuat kuasa apabila notis itu dihantarserah di pejabat berdaftar syarikat atau pada tarikh yang
kemudian sepertimana yang dinyatakan dalam notis.
• Perletakan jawatan tersebut mestilah tertakluk kepada dua(2) syarat iaitu;

(b)Di dalam keadaan di mana syarikat


mempunyai pengarah tunggal atau pengarah
(a)Tindakan pengarah yang meletak jawatan terakhir, pengarah tersebut tidak boleh
tersebut tidak akan menyebabkan bilangan meletakkan jawatannya sehinggalah satu
pengarah tidak dapat memenuhi syarat minima mesyuarat anggota dipanggil untuk menerima
bilangan pengarah sepertimana yang ditetapkan notis perletakan jawatan. Mesyuarat yang
oleh AS 2016 dipanggil boleh melantik seorang atau lebih
pengarah yang baharu.- Seksyen 209 AS
2016
Persaraan pengarah
• Pengarah boleh bersara dari jawatannya dan tidak dilantik semula.
• Seksyen 205 AS 2016 akan terpakai kecuali terdapat peruntukan khusus di
dalam perlembagaan syarikat atau terma perlantikannya .
• Bagi sebuah syarikat persendirian , persaraan seorang pengarah boleh
dibuat melalui suatu ketetapan bertulis tanpa perlu memanggil mesyuarat.
• Manakala bagi syarikat awam, di dalam mesyuarat agung tahunan
pertamanya, semua pengarah perlu bersara. Pada mesyuarat agung
tahunan yang berikutnya dan seterusnya satu pertiga pengarah semasa
atau bilangan yang hampir satu pertiga perlu bersara.
• Penentuan kepada siapa pengarah yang perlu bersara ditentukan
berdasarkan pengarah yang paling lama memegang jawatan tersebut.
Pemecatan pengarah
• Seorang pengarah boleh dipecat pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh mengikut Seksyen 206 As 2016
bergantung kepada jenis syarikat.
• Bagi syarikat persendirian, pengarahnya boleh dipecat melalui suatu ketetapan biasa tertakluk kepada
perlembagaan syarikat. Perlembagaan syarikat boleh memperuntukkan secara spesifik berkaitan pemecatan
dan ianya perlu dipatuhi.
• Manakala bagi syarikat awam, pemecatan pengarah hendaklah mematuhi Seksyen 206 AS2016. Antara
peraturan pemecatan di bawah Seksyen ini ialah;

(ii) Sesalinan notis perlu dihantar serta merta kepada pengarah yang berkaitan bagi
tujuan memberi peluang kepada pengarah yang berkenaan membuat representasi
sama ada secara lisan atau bertulis menyatakan alasan kenapa dia tidak boleh
dipecat.-Seksyen 207 AS 2016.
(i)Pemecatan perlu
dibuat melalui notis khas
iii) Pemecatan seorang pengarah yang dilantik mewakili kepentingan mana-mana
kelas pemegang syer ataupun debenture tertentu akan hanya berkuatkuasa apabila
penggantinya dilantik-.Seksyen 206 (4),
KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH SYARIKAT

2) Kewajipan
menggunakan
1)Kewajipan 3) Kewajipan
ketelitian ,
fidusiari statutori
kemahiran dan
usaha yang
munasabah.
1)Kewajipan fidusiari

• Maksud Fidusiari
kes Zaharah Hj Zakaria lwn.Redmax Sdn Bhd. & Other Appeals (2016) 5 CLJ 91,
adalah merupakan fidusiari kepada syarikat dan perlu bertindak untuk kepentingan syarikat.
Perkataan fidusiari berkait rapat dengan amanah dan seorang pengarah mempunyai tugas
untuk berindak secara jujur dan amanah dalam menjalankan kewajipannya. Pada amnya
pengarah adalah ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya.

 Ungkapan “bertindak secara jujur” ditakrifkan melalui kes yang pernah diadili Oleh Hakim
Gowan dalam kes VICTORIA MARCHESI LWN. BARNES & KEOGH (1970) VR 434, 438
sebagai;
“..Untuk bertindak secara jujur adalah merujuk kepada bertindak secara bona fide bagi
kepentingan syarikat dalam melaksanakan fungsi yang berkaitan dengan kewajipan
pengarah”.
RUANG LINGKUP KEWAJIPAN FIDUSIARI

i) Pengarah perlu bertindak secara suci hati untuk kepentingan syarikat .


 
 Kes Re Smith & Fawcett Ltd (1942) 1 All ER 542, sebarang tindakan yang diambil oleh pengarah mestilah untuk kebaikan syarikat.
 Hendaklah memberikan taatsetia yang tidak berbelah bagi kepada syarikat
 Boleh melaksanakan kuasa syarikat untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan sumbangan patriotik,kebajikan dan bantuan
peperangan kepada negara

 Semasa syarikat anda masih solven (suatu kedudukan yang mana asset syarikat melebihi liability),
 Harus mengutamakan kepentingan pemegang saham secara keseluruhan.
 Dilarang bertindak untuk kepentingan pemegang saham tertentu atau kumpulan pemegang saham tertentu.
 Tidak boleh mengutamakan kepentingan pekerja mengatasi kepentingan syarikat.

 Jika syarikat anda masih aktif berniaga ,


 Perlu bertindak untuk kepentingan pekerja
 Tidak perlu bertindak untuk kepentingan pemiutang.
 
 Apabila syarikat berada di ambang pembubaran(berada dalam keadaan taksolven)
 Harus mengutamakan kepentingan pemiutang mengatasi kepentingan yang lainnya.
 
ii) Pengarah tidak boleh mengehadkan budibicaranya.
 Tidak boleh memasuki satu perjanjian khusus tentang cara mereka mengundi.

iii) Pengarah mesti menggunakan kuasa bagi maksud yang sepatutnya


  Tidak boleh menggunakan asset syarikat atau kuasa yang diberikan untuk tujuan yang salah / tidak sah
 Jika berbuat demikian boleh didakwa sebagai pecah amanah jenayah(criminal breach of trust)
 Pengarah adalah dianggap sebagai pemegang amanah harta syarikat dan harta itu hanya boleh digunakan bagi
tujuan kepentingan syarikat. 
 Ttidak boleh menggunakan maklumat yang didapati daripada kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan bagi
dirinya.

iv) Pengarah tidak boleh mewujudkan percanggahan kepentingan 


 Tidak boleh membenarkan berlakunya percanggahan kepentingan antara kepentingan peribadinya dan
tanggungjawab sebagai pengarah syarikat.- Seksyen 218 AS 2016.
 Percanggahn kepentingan ini tidak dikatakan wujud jika pendedahan penuh telah dilakukan oleh pengarah
berkenaan . Kewajipan untuk membuat pendedahan diperuntukkan di bawa Seksyen 219 dan 221 AS 2016.
Mengikut CommonLaw, ada beberapa konflik boleh timbul berkaitan dengan tindakan pengarah . Umpamanya;
i.Berurusniaga dengan syarikat atau berkontrak dengan syarikat
  Bagi pengarah yang mempunyai kepentingan yang sama dalam satu kontrak atau cadangan kontrak melibatkan
syarikat, di bawah undang-undang Common Law, kontrak tersebut adalah boleh batal degan pilihan kepada syarikat .
Di bawah Artikel 72 (h) dan 81 Susunan Daftar A Jadual Keempat Akta Syarikat 1965 keadan ini boleh mengakibatkan
pengosongan jawatan oleh pengarah terbabit. Walaubagaimanapun Seksyen 208 AS 2016 tidak menyatakan alasan ini
untuk mengosongkan jawatan pengarah.
- Perlu didedahkan dalam mesyuarat syarikat dan tidak boleh turut sama mengundi untuk mendapatkan kontrak tersebut
 
ii. Menyalahgunakan harta atau wang syarikat .
Mana-mana pengarah yang memperolehi keuntungan atau peluang syarikat untuk dirinya maka perlu mendedahkannya
dan perlu mendapat persetujuan daripada syarikat

iii. Menyalahgunakan maklumat dan peluang syarikat untuk kepentingan sendiri atau pihak selain syarikat dan ia
merugikan syarikat.
 
iv. Mewujudkan persaingan dengan syarikat atau bertanding dengan syarikat.

v. Menyimpan untung rahsia (dalam bentuk upah, yuran , komisen dan sebagainya)
- Apabila wujudnya pertentangan kepentingan di antara kepentingan
syarikat dan kepentingan anda, maka kepentingan syarikat haruslah
didahulukan..
 
- Seksyen 218 (1) AS 2016 secara ringkasnya melarang penggunaan salah;
(a) harta syarikat;
(b) penggunaan maklumat yang diperolehi dalam kedudukan pengarah;
(c ) menyalahguna kedudukan pengarah;
(d) menggunakn peluang syarikat dan
(e) terlibat dalam perniagaan yang bersaing dengan syarikat
2) Kewajipan menggunakan ketelitian , kemahiran dan usaha yang
munasabah.
 Menurut seksyen 213(2) AS 2016 seorang pengarah syarikat hendaklah dengan ketelitian, kemahiran dan
usaha yang munasabah melaksanakan:

 pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya boleh diharapkan daripada seorang pengarah
yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan
 
 apa-apa pengetahuan , kemahiran dan pengalaman tambahan yang pada hakikatnya ada pada seorang pengarah
 
 Seseorang pengarah yang membuat suatu pertimbangan perniagaan disifatkan memenuhi kehendak
kewajipan di bawah Seksyen 213 (2) , bawah undang-undang Inggeris dan ekuiti dalam empat (4)keadaan
berikut;
 
 membuat pertimbangan perniagaan dengan suci hati bagi maksud yang sepatutnya;
 
 tidak mempunyai kepentingan persendirian yang material dalam hal perkara pertimbangan perniagaan tersebut
 
 dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan perniagaan itu setakat yang pengarah itu semunasabahnya
mempercayai sebagai sesuai di bawah hal keadaan itu;
 
 semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan perniagaan itu adalah demi kepentingan syarikat.
3) Kewajipan statutori
• Akta Syarikat memperuntukkan bahawa pengarah perlu mengemukakan maklumat tertentu kepada syarikat
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 132 AS 1965 / Seksyen 213 (1) AS 2016 sepertimana
berikut;

a) butiran kepentingan dalam


syer, debentur, kepentingan c) Butiran yang diperlukan bagi
b) Butiran tentang apa-apa
bersama hak, opsyen dan apa- tujuan pendaftaran bagi
perubahan dalam kepentingan
apa yang diperlukan bagi tujuan pengarah, setiausaha, pengurus
yang di atas.
pendaftaran syer milikan dan juruaudit
pengarah.

d) Dalam kes syarikat awam atau


anak syarikat, tarikh apabila
memanjangkan atau akan
menjangkau umur 70
TANGGUNGAN PENGARAH
a) Tanggungan Kontrak
Seorang pengarah akan bertanggungan secara sendiri sekiranya dia
menjamin perlaksanaan sesuatuk kontrak atau menandatangani suatu
kontrak bagi pihak syarikat tanpa membuat representasi yang sempurna.
Umpamanya jika dia menandatangani bagi pihak syarikat apa-apa bil
pertukaran, nota janji hutang, cek atau suratcara niaga lain yang di
dalamnya nama syarikat tidak disebut dengan sempurna dalam huruf rumi
yang mudah dibaca. Juga seorang pengarah akan bertanggungan ke atas
kontrak yang dibuat atas nama syarikat sebelum syarikat diperbadankan
dan tiada pengesahan dibuat oleh syarikat selepas ianya ditubuhkan.
Pengarah juga akan bertanggungan untuk mengantirugi semua kerugian
yang dialami oleh syarikat akibat daripada tindakannya yang tanpa kuasa /
melampaui kuasa yang diberikan oleh syarikat.
b)Tanggungan Tort
Seorang pengarah tidak akan bertanggungan secara sendiri atas kesalahan tort syarikat
kecualilah terbukti bahawa pengarah tersebut adalah orang yang (cuai) atau dia adalah majikan
atau principal kepada orang yang bersalah yang melakukan kesalahan tort itu dengan arahan
pengarah yang tersebut.

c)Tanggungan Statutory
Seorang pengarah dianggap akan bertanggungan secara sendiri sekiranya dia dengan
sengaja membayar atau menyebabkan dividen dibayar bukan daripada keuntungan
syarikat. Dengan demikian pengarah tersebut akan bertanggungan kepada pemiutang
syarikat atas amaun hutang setakat dividen yang dibayar yang melebihi keuntungan
syarikat.
Jika semasa penggulungan, kelihatan mana-mana perniagaan syarikat telah dijalankan
dengan niat untuk menipu pemiutang syarikat atas arahan pengarah, maka pengarah yang
berkenaan akan bertanggungan secara sendiri tanpa had bagi mengantirugi semua hutang
atau mana-mana hutang syarikat. Jika pengarah mengetahui bahawa syarikat adalah tidak
solven, tetapi anda terus menjalnkan perniagaan atau mendapat barangan atau
perkhidmatan secara hutang tanpa kemungkinan unuk membayarnya, maka anda
bertanggungan secara sendiri tanpa had untuk menjelaskan hutang tersebut.
SETIAUSAHA SYARIKAT
Syarat umum setiausaha syarikat

 Seksyen 235 AS 2016 menetapkan bahawa:

(a)setiap syarikat mestilah mempunyai seorang setiausaha yang


merupakan orang yang sebenar
(b)berusia tidak kurang daripada 18 tahun
(c)warganegara atau mempunyai tempat tinggal utama di Malaysia.
(d)Beliau juga hendaklah seorang anggota menurut Jadual Keempat
atau seorang yang dilesenkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat
Malaysia 2001
Terma dan syarat kelayakan

 Seksyen 236 Akta Syarikat 2016 menetapkan bahawa Pengarah syarikat hendaklah
melantik seseorang setiausaha, meletakkan terma dan syarat bagi perlantikan
tersebut..

 Berikut adalah terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pengarah syarikat:
(a)Seorang Setiausaha syarikat perlu samaada dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat
(Pendaftar syarikat boleh melesenkan sesiapa setiausaha syarikat) atau ahli penuh
badan professional yang ditetapkan oleh menteri seperti MAICSA, MIA, MACPA,
Bar Counsil, Persatuan Undang-undang Sabah dll- Seksyen 139A AS 2016.

(b)Bagi syarikat yang baru diperbadankan perlantikan setiausaha hendaklah dibuat


dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemerbadanan tersebut.
(c Perlu memberi persetujuan bertulis untuk dilantik sebagai setiausaha syarikat dan
membuat perakuan bahawa adalah seorang yang berkelayakan dan bukan seorang
yang hilang kelayakan menurut seksyen 238 AS 2016.

 Kegagalan mematuhi syarat di atas akan menyebabkan beliau melakukan


kesalahan di bawah seksyen ini.
 Pendaftar akan menyimpan daftar setiausaha syarikat yang mengandungi nama,
alamat kediaman, dan perniagaan, butiran kelayakan yang disebut di bawah
seksyen 235 (2) AS 2016 dan lain-lain maklumat yang dikehendaki.
 Sebelum didaftarkan, pengarah boleh menghendaki orang tersebut mengemukakan
keterangan yang perlu sehingga Pendaftar berpuas hati dengan kelayakan yang
dinyatakan dan mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut.
HILANG KELAYAKAN

1. Seseorang hendaklah dihilangkan kelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha jika-

a) Dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;


b) Dia disabitkan sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia bagi mana-mana
kesalahan yang disebut dalam seksyen 198; atau
c) Dia terhenti menjadi pemegang perakuan amalan yang dikeluarkan oleh pendaftar di
bawah seksyen 241.

2. Walau apa pun subseksyen (1), jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang telah
gagal untuk bertindak dengan jujur atau menggunakan usaha yang tidak wajar semasa
menunaikan kewajipannya sebagai setiausaha. Pendaftar itu boleh menghendaki orang
itu untuk menunjuk sebab mengapa perakuan amalannya tidak patut dibatalkan atau
mengapa dia tidak patut dihilangkan kelayakan daripada bertindak sebagai setiausaha
syarikat.
3. Jika seseorang terus bertindak sebagai setiausaha
bagi suatu syarikat selepas dia dihilangkan kelayakan
sedemikian di bawah seksyen ini tanpa keizinan
Mahkamah, setiausaha itu dan tiap-tiap pengarah
yang dengan ketahuinya membenarkan orang itu
untuk bertindak atas sifat itu melakukan suatu
kesalahan.
KEWAJIPAN

 Tugas seorang Setiausaha syarikat berbeza dengan seorang Setiausaha peribadi


(kepada Pengurus atau ketua jabatan yang tidak memerlukan kelulusan tinggi dan
diwartakan oleh kerajaan).

 Sebagai seorang pegawai tinggi syarikat, Setiausaha syarikat diiktiraf oleh


undang-undang terutamanyadi bawah AS 1965/2016, Akta Cukai Pendapatan
1967, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Suruhanjaya
Sekuriti 1993.

 Beliau menjadi orang rujukan kepada orang awam, pertubuhan awam dan swasta,
badan-badan kerajaan dan mahkamah untuk mendapat keterangan rasmi
terutamanya mengenai syarikatnya dan kes-kes yang berkaitan.
PERANAN & TANGGUNGJAWAB

Sebagai Pegawai
Pematuhan terhadap
Syarikat dan Persediaan Mesyuarat
Keperluan Statutori
Penasihat kepada Lembaga Pengarah
dan Khidmat Nasihat
Lembaga

Menjaga meterai/cop
Menguruskan rasmi syarikat dan
pentadbiran syarikat daftar berkanun
syarikat
 Seorang setiausaha syarikat boleh memilih untuk bekerja sepenuh masa
dengan syarikat seperti akauntan, peguam, pengurus, atau Eksekutif yang lain.
Beliau juga boleh bertugas sebagai Setiausaha syarikat kepada sebilangan
syarikat yang menjadi pelanggannya.

 Dalam senario ini, beliau tidak dibayar gaji penuh sebaliknya beliau boleh
mengenakan bayaran berdasarkan perkhidmatan yang diberi. Tidak semua
syarikat terutamanya syarikat yang kecil mampu melantik setiausaha syarikat
yang sepenuh masa.

 Syarikat-syarikat ini boleh mendapatkan khidmat melalui syarikat pengurusan


dengan membayar yuran bulanan atau tahunan. Yuran dibayar berdasarkan
khidmat kerana menghadiri mensyuarat, memfail dekumen ke Suruhanjaya
Syarikat Malaysia dan urusan pematuhan undang-undang tertentu.
 Seorang Setiausaha syarikat wajib meningkatkan pengetahuan dan prihatin
akan semua perundangan, peraturan dan kawalselia yang mempunyai implikasi
terhadap operasi syarikat. Mereka juga perlu bijak berkomunikasi dengan
Lembaga Pengarah supaya semua keputusan dapat disampaikan kepada pihak
pelaksana dan pemegang-pemegang saham syarikat.

 Di Malaysia, SSM telah mengeluarkan Kod Etika untuk Setiausaha syarikat yang
mana ianya menekankan prinsip, objektif dan kod kelakuan setiap Setiusaha
syarikat dalam menjalankan tanggungjawab dan melaksanakan tugasnya.
Matlamatnya ialah supaya Setiausaha Syarikat mengikut garis panduan urus
tadbir yang baik dan sentiasa sedar dan prihatin terhadap kepentingan awam.

 Secara umumnya seorang Setiausaha syarikat terlibat dalam urusan


pentadbiran syarikat dan tidak terlibat dalam urusan perniagaan syarikat. Urusan
pentadbiran syarikat banyak melibatkan kerja-kerja mengemaskini hal ehwal
syarikat supaya ianya berjalan sejajar dengan kehendak Akta dan perlembagaan
syarikat.
 Menurut seksyen 102 (1) AS 2016 menghendaki setiausaha syarikat untuk menyimpan
daftar anggota dengan sepatutnya dan menyelenggarakannya secara berkala.

 Seorang Setiausaha mempunyai kuasa zahir untuk menjalankan kewajipannya yang


berkaitan dengan pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat seperti penyelenggaraan
daftar-daftar syarikat, penjagaan meterai/cop rasmi syarikat, pengendalian prosedur
dan prosiding mesyuarat, penyediaan dokumen berkanun/korporat syarikat dll.

 Kuasa Setiausaha syarikat untuk berkontrak bagi pihak syarikat dinyatakan dalam kes
PANORAMA DEVELOPMENT LTD. LWN. FIDELIS FURNISHING FABRICS LTD.
Dimana Lord Denning berkata bahawa “Di zaman ini seorang Setiausaha adalah
seorang pegawai yang penting di dalam sesebuah syarikat…”
PERLETAKAN JAWATAN
1. Tertakluk kepada perlembagaan atau terma pelantikan, setiausaha boleh
meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis kepada
Lembaga.

2. Jika tiada seorang pun pengarah boleh dihubungi di alamat kediaman


yang terakhir diketahui, setiausaha itu boleh, walau apa pun subseksyen
235 (1), memberitahu Pendaftar fakta tentang niatnya untuk meletakkan
jawatan itu.

3. Setiausaha hendaklah terhenti menjadi setiausaha syarikat-

a) Apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu diserah simpan
di bawah subseksyen (1) atau tempoh yang dinyatakan dalam
perlembagaan atau terma pelantikan, mengikut man-mana yang
berkenaan; atau
b) Apabila habis tempoh tiga puluh hari tarikh notis kepada Pendaftar itu
di bawah subseksyen (2).

4. Tiada apa-apa jua dalam sebseksyen (1) dan (2) boleh melepaskan
setiausaha daripada menanggung liabiliti bagi apa-apa perbuatan atau
peninggalan yang dilakukan sebelum setiausaha itu mengosongkan
jawatannya.
PEMECATAN & KEKOSONGAN
JAWATAN

 Lembaga boleh memecat seseorang setiausaha daripada jawatannya


mengikut terma pelantikan atau perlembagaan.

 Pemecatan seorang setiausaha hanya boleh dibuat oleh Lembaga


Pengarah syarikat mengikut terma perlantikan yang dibuat atau
perlembagaan syarikat.

 Jawatan setiausaha suatu syarikat tidak boleh dibiarkan kosong selama


tempoh yang lebih daipada tiga puluh hari pada satu-satu masa.
PENGURUS SYARIKAT
PENGENALAN
• Seksyen 2 AS 2016 menakrifkan pengurus syarikat sebagai “ .. berhubung dengan sesuatu syarikat , ertinya
pegawai eksekutif utama syarikat pada masa ini tidak kira apa jua nama dipanggil dan samada dia seorang
pengarah atau tidak”
• Pengurus adalah seseorang yang mengurus ‘keseluruhan hal ehwal syarikat dan bukan semata-mata
sebagai ejen yang diarahkan untuk melakukan sesuatu perkara’.
• Pengurus berada dalam dua kedudukan dalam hirarki organisasi syarikat iaitu antara pengarah-pengarah
syarikat yang merangka dasar/ polisi syarikat dan pekerja-pekerja syarikat , yang melaksanakan dasar yang
telah dibuat.
• Pengurus adalah orang yang menjalankan tugas mengawal selia hal ehwal korporat syarikat.
• Pengurus tidak semestinya menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat dan tidak perlu tertakluk kepada arahan
yang khusus daripada Lembaga Pengarah.
• Pengurus adalah pegawai kanan syarikat dalam kategori pengurusan atasan dengan kewajipan yang lebih
luas daripada pekerja biasa dan hampir menyamai tanggungjawab pengarah-pengarah. Sebagaimana
dengan pengarah, pengurus juga perlu amanah dalam hubungannya dengan syarikat.
• Syarikat akan bertanggungan secara vikarius atas tindakan-tindakan tort pengurus asalkan sahaja tindakan
mereka adalah dalam ruanglingkup kewajipan yang mereka. Sebagai pengurus syarikat, tindakan anda boleh
diangap sebagai tindakan syarikat jika anda menurut kuasa syarikat yang diwakilkan kepada anda oleh
pengarah-pengarah.
PENGARAH URUSAN
SYARIKAT
PENGENALAN
• Jawatan Pengarah Urusan biasanya diwujudkan dalam sesetengah syarikat terutamanya
syarikat Sendirian Berhad(Sdn. Bhd.) yang melibatkan perniagaan keluarga.
• Pengarah Urusan mempunyai kuasa yang sangat luas dalam membuat keputusan bagi
syarikat sehingga boleh memecat pengarah-pengarah yang lain.
• Seorang Pengarah Urusan hanya boleh dilantik jika terdapat peruntukan yang nyata di
dalam Perlembagaan Syarikat
• Lembaga Pengarah boleh melantik mana-mana dari khalangan mereka sebagai Pengarah
Urusan. Lembaga Pengarah juga boleh membuat keputusan tentang perlantikan , tempoh,
terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan seseorang pengarah Urusan serta
menyatakan setakat mana kuasa Lembaga akan diserahkan kepadanya.
• Selain daripada itu, tertakluk kepada Perlembagaan Syarikat, kuasa dan tugas seorang
pengarah urusan bergantung kepada kontrak perkhidmatannya dengan syarikat (sekiranya
ada) umpamanya Lembaga Pengarah boleh membatalkan apa-apa perlantikan pengarah
urusan pada bila-bila masa tetapi kuasa ini dikawal ) iaitu jika terdapat satu kontrak
perkhidmatan berasingan antara pengarah urusan dengan syarikat, maka Lembaga
Pengarah tidak boleh berbuat sesuka hati.
JURUAUDIT SYARIKAT
PENGENALAN
• Seksyen 2 AS 2016 merujuk juruaudit sebagai “juruaudit syarikat yang diluluskan “ sebagai bermaksud
“ seseorang yang telah diluluskan di bawah seksyen 263 sebagai juruaudit dan yang kelulusannya
tidak dibatalkan”.
• Menurut AS 2016 seorang juruaudit syarikat mestilah seorang yang telah lulus untuk dilantik sebagai
juruaudit syarikat oleh Mentteri.
• Audit ialah daripada perkataan Latin yang membawa maksud “dia mendengar”. Perkataan ini telah
digunakan sejak dahulu lagi apabila semua akaun harta/ tanah disemak dengan cara mendengar
secara lisan daripada orang yang bertanggungjawab menjaga dan menyemak akaun tersebut.
• Kini, audit adalah proses penyemak akaun secara terperinci dan pandangan tentang akaun oleh
seseorang juruaudit yang bertauliah di syaratkan bagi semua syarikat yang didaftarkan dengan SSM.
Semakan secara terperinci oleh juruaduit akan dimasukkan ke dalam laporan yang dikenali sebagai
Laporan Audit. Laporan ini perlu dihantar kepada pihak-pihak yang berkenaan.
• Pemeriksaan dan kajian ke atas penyata kewangan Syarikat adalah untuk memperolehi bukti audit
yang akan dinilai oleh seseorang Juruaudit.
• Tempoh Perlaksanaan Audit Bagi Syarikat yang baru ditubuhkan audit, maka audit perlu dilakukan
dalam tempoh maksima 18 bulan (1 tahun 6 bulan). Manakala bagi Syarikat yang sudah menjalankan
operasi seperti biasa, Syarikat perlu diaudit dalam tempoh 12 bulan bagi setiap tahun tutup perakaunan
SIAPAKAH JURUAUDIT YANG TELAH DILULUSKAN DI BAWAH
SEKSYEN 263 AS?
• Juruaudit yang diluluskan di Malaysia adalah seorang
yang menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan
mereka mesti diberi kelulusan oleh Kementerian
Kewangan untuk beramal sebagai juruaudit di Malaysia.
Kementerian akan memberi lesen audit selama dua tahun
untuk juruaudit yang diluluskan di Malaysia dan lesen
auditnya boleh diperbaharui.
PERLANTIKAN JURUAUDIT
• Seorang juruaudit syarikat perlu dilantik dengan kelulusan oleh Menteri –
Seksyen 263 AS 2016.
• Permohonan untuk dilantik sebagai seorang juruaudit perlu dibuat kepada
Menteri dan jika “dia berpuas hati bahawa pemohon mempunyai watak baik
dan berwibawa untuk melaksanakan kewajipan seorang juruaudit di bawah
Akta, apabila fee yang ditetapkan dibayar, meluluskan pemohon sebagai
juruaudit syarikat tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti menjadi ahli
penuh MIA atau badan-badan professional lain yang layak didaftarkan
sebagai ahli tersebut dan dilesenkan oleh perbendaharaan.
• Seorang juruaudit yang dilantik akan memegang jawatan sehingga
mesyuarat agung tahun yang berikutnya.
 
Audit Dalaman
Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam
sesebuah organisasi yang dijalankan oleh kakitangan
syarikat sendiri.

JENIS AUDIT

Audit Luaran
Pemeriksaan secara terperinci ke atas penyata
kewangan yang dilakukan oleh juruaudit yang layak
dan bebas untuk memberikan pendapat terhadap
penyata kewangan tersebut.
TUGAS JURUAUDIT
Tugas utama juruaudit ialah mengesahkan ketepatan
akaun syarikat, mengesan kesilapan dan mengesan
frod(penipuan)
Seorang juruaudit mesti membuat laporan penuh
berkaitan akaun syarikat kepada ahli syarikat yang akan
dibentangkan dalam mesyuarat agung (seksyen 174 AS)
Di dalam laporan audit tersebut perlu menyatakan;
Akaun dan rekod
Sama ada akaun- syarikat yang telah Memberi
akaun tersebut telah disimpan seperti pendapatnya
dibuat secara betul yang diperuntukkan tentang perkara
dan telah diputuskan oleh akta syarikat yang telah
secara wajar seksyen 174(2)b dilaporkannya
LAPORAN AUDIT
Laporan juga perlu disertakan, dibacakan di dalam
mesyuarat dan secara terbuka untuk semakan semua ahli
Seorang juruaudit bertanggungjawab untuk melaporkan
kepada Pendaftar syarikat sebarang pelanggaran mana-
mana peruntukan dalam Akta atau pada pendapatnya
berlaku frod.
KELAYAKAN SEORANG JURUAUDIT DAN
PERLANTIKAN

 Seksyen 264 (1) AS 2016 menggariskna beberapa kelayakan untuk menjadi seorang juruaudit
syarikat iaitu;
 
 (i) Ia bukan juruaudit syarikat yang diluluskan;
 (ii) Dia berhutang dengan syarikat atau perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan
syarikat itu menurut kuasa Seksyen 7 bagi suatu amaun yang tidak melebihi RM20 ribu ;
 (iii) Dia atau suami atau istrinya ialah pegawai syarikat itu,dia seorang pekongsi, majikan atau
pekerja bagi pegawai syarikat itu; dia seorang pekongsi atau pekerja bagi pegawai
syarikat itu atau dia seorang pemegang syer atau suami atau isterinya ialah pemegang
syer bagi suatu perbadanan yang pekerjanya ialah pegawai syarikat itu;
 (iv) Dia bertanggungjawab bagi atau dia ialah pekongsi,majikan atau pkerja orang yang
bertanggungjawab bagi penyimpanan daftar anggota atau daftar pemegang debenture
syarikat itu ;
 
(v) Dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan di dalam dan di luar
Malaysia kecuali dengan keizinan mahkamah; atau
(vi) Dia telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan frod
atau kecurangan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama 3 bulan
atau lebih
 
  Seorang juruaudit syarikat perlu dilantik dengan kelulusan oleh Menteri –
Seksyen 263 AS 2016. Permohonan untuk dilantik sebagai seorang juruaudit
perlu dibuat kepada Menteri dan jika “dia berpuas hati bahawa pemohon
mempunyai watak baik dan berwibawa untuk melaksanakan kewajipan
seorang juruaudit di bawah Akta, apabila fee yang ditetapkan dibayar,
meluluskan pemohon sebagai juruaudit syarikat tertakluk kepada syarat-syarat
tertentu seperti menjadi ahli penuh MIA atau badan-badan professional lain
yang layak didaftarkan sebagai ahli tersebut dan dilesenkan oleh
perbendaharaan. Seorang juruaudit yang dilantik akan memegang jawatan
sehingga mesyuarat agung tahun yang berikutnya.
KUASA DAN KEWAJIPAN JURUAUDIT
• Kuasa dan kewajipan juruaudit diperuntukkan di bawah seksyen 266 AS
2016 iaitu;
 Kewajipan untuk melaporkan penyata kewangan
 Seorang juruaudit perlu melaporkan kepada anggota mengenai penyata
kewangan , rekod perakaunan dan rekod-rekod lain syarikat yang berkaitan
dengan penyata kewangan dan laporan itu hendaklah
  (a) bagi syarikat awam, dibentangkan di hadapan syarikat pada mesyuarat
agung tahunannya atau
 (b) bagi syarikat persendirian, diedarkan kepada anggotanya atau
dibentangkan di hadapan syarikat itu pada masa mesyuarat anggotanya
KUASA DAN KEWAJIPAN JURUAUDIT
 Kewajipan untuk membuat kenyataan dan pendapat
 Seorang juruaudit perlu menyatakan dalam laporan
a) samada dia berpendapat bahawa penyata kewangan itu disediakan
dengan sewajarnya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan ;
(b) Jika dia berpendapat bahawa penyata kewangan itu tidak disediakan
mengikut suatu piawaian peralaunan diluluskan yang terpakai tertentu
( c ) makluman bahawa dia tidak bertindak sebagai juruaudit syarikat
subsidiary yang mana terdapat penyata kewangan disatukan;
(d) Apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan dalam penyata kewangan atau
penyata kewangan disatukan apa-apa perkara yang tidak dinyatakan
(e) Jika dia tidak berpuasa hati mengenai apa-apa perkara yang disebut
dalam perkara a, b,c sebab bagi ketidakpuasan hati tersebut
KUASA DAN KEWAJIPAN JURUAUDIT
 Kewajipan untuk menyatakan kekurangan
• Juruaudit hendaklah memberi pendapat serta menyetakan dalam laporannya butiran
mengenai apa-apa kekurangan , kegagalan atau kelemahan dalam perkara-perkara berikut;
•  
(a) samada juruaudit telah mendapat semua maklumat yang dikehendaki;
(b) samada rekod perakaunan , daftar dan rekod lain yang sepatutnya telah didimpan oleh
syarikat mengikut peruntukan Akta ;
(c )samada penyata yang diterima daripada pejabat cawangan itu mencukupi dan
(d)samada tatacara dan kaedah yang digunakan oleh syarikat bersesuaian dengan hal
keaadaan tersebut
 
HAK JURUAUDIT
1. Hak untuk mengakses
 Juruaudit mempunyai hak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod
perakaunan dan rekod lain termasuklah daftar syarikat dan berhak untuk menghendaki
daripada mana-mana pegawai apa-apa maklumat bagi maksud audit.

2. Hak terhadap penyata kewangan yang disatukan


 Juruaudit syarikat pemegangan yang memerlukan penyata kewangan yang disatukan
berhak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan rekod
lain bagi mana-mana subsidiary jika perlu dan berhak untuk menghendaki daripada mana-
mana pegawai atau juruaudit mana-mana subsidiary apa-apa maklumat dan penjelasan
berhubung dengan hal ehwal subsidiary itu yang dimasukkan dalam penyata kewangan
disatukan itu.

3. Hak untuk menghadiri mesyuarat 


 Juruaudit yang diberi kuasa berhak untuk menghadiri mesyuarat agung syarikat dan
menerima notis berhubungn dengan mana-mana mesyuarat agung yang anggotanya
berhak menerima  
PERLETAKAN JAWATAN JURUAUDIT
• Seorang juruaudit boleh meletakkan jawatannya dengan
memberi suatu notis bertulis mengikut Seksyen 281 (1)
AS 2016 .
• Notis perletakan jawatan seorang juruaudit akan efektif
selepas 21 hari dari tarikh notis .
• Suatu salinan notis hendaklah dihantar kepada Pendaftar
dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan notis perletakan
jawatan tersebut.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like