You are on page 1of 2

Isu 1 : Adakah Jasmin boleh membuka klinik perubatannya sendiri di Alor Star ?

Isu 2 : Adakah Dr. Savy berhak menuntut wang RM 5000.00 tersebut kembali ?

Penyelesaian isu 1 :

Menurut seksyen 28 Akta Kontrak 1950, setiap perjanjian yang menghalang


seseorang dari menjalankan profesion atau perdangan atau apa-apa perniagaan yang sah
adalah batal setakat itu.

Di dalam kes Wrigglesworth lwn Wilson Anthony defendan, seorang peguam telah
membuat perjanjian dengan majikannya bahawa beliau tidak akan menjadi pengamal undang-
undang dalam lingkungan 5 batu dari Kota Bharu untuk tempoh dua tahun selepas tamat
perkhidmatan dengan firma majikan. Walau bagaimanapun, defendan kemudiannya telah
membuka firma guaman di Kota Bharu selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Majikan
memohon kepada mahkamah untuk perintah tegahan terhadap defendan. Mahkamah
mengguna pakai seksyen 28 Akta Kontrak 1950 dan memutuskan bahawa semua perjanjian
yang menyekat profesion, tred atau perniagaan adalah batal.

Di dalam kes Jasmin ini dapatlah dirumuskan bahawa perjanjian antara Jasmin dan
Dr. Savy adalah batal, kerana di dalam perjanjian tersebut telah melarang Jasmine dari
membuka kliniknya sendiri di sekitar Bandaraya Alor Setar dalam tempoh 2 tahun setelah
berhenti dari berkhidmat dengan Klinik Savy. Seksyen 28 akta kontrak membatalkan setiap
perjanjian yang menghalang seseorang dari menjalankan profesion atau perdangan atau apa-
apa perniagaan yang sah. Oleh sebab itulah perjanjian antara Klinik Dr. Savy dan Jasmin
adalah batal. Dalam rujukan kes Wrigglesworth lwn Wilson Anthony juga telah
membuktikan bahawa bahawa semua perjanjian yang menyekat profesion, tred atau
perniagaan adalah batal.

Penyelesaian isu 2 :

Perjanjian-perjanjian yang mewujudkan rasuah dalam urusan awam atau meniagakan


pekerjaan, jawatan dan anugerah awam adalah salah di sisi undang-undang kerana
memudaratkan perkhidmatan awam. Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memberi contoh: A
berjanji untuk mendapatkan B suatu pekerjaan dalam perkhidmatan awam, dan B berjanji
akan membayar RM1,000.00 kepada A. Perjanjian itu adalah batal kerana balasan untuknya
tak sah di sisi undang-undang.
Di dalam kes Parkinson lwn College of Ambulance, setiausaha kepada sebuah
pertubuhan kebajikan telah menjanjikan kepada plaintif untuk mendapatkan anugerah kepada
plaintif jika beliau menderma sejumlah wang kepada tabung pertubuhan kebajikan itu.
Plaintif menderma sebanyak £3,000.00 di atas janji tersebut. Apabila gagal menerima
anugerah yang dijanjikan, plaintif menuntut supaya wangnya dipulangkan. Walau
bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tuntutan tersebut kerana perjanjian itu
memudaratkan perkhidmatan awam.

Di dalam situasi Dr. Savy dan En. Mo ini dapat dirumuskan bahawa Dr. Savy tidak
berhak untuk menuntut semula wang RM 5000.00 daripada Encik Mo. Situasi ini dapat
dirujuk di dalam kes Parkinson lwn College of Ambulance, di mana plaintif gagal menerima
anugerah yang dijanjikan dan menuntut kembali wang yang telah beliau dermakan. Walau
bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tuntutan tersebut kerana perjanjian itu
memudaratkan perkhidmatan awam.

Kesimpulan 1: Jasmin boleh membuka klinik perubatannya sendiri di Alor Star kerana
perjanjian beliau terhadap klinik Dr. Savy adalah batal.

Kesimpulan 2: Dr. Savy tidak berhak menuntut wang RM5000.00 tersebut kerana perjanjian
antara beliau dan Encik Mo adalah batal.

You might also like