You are on page 1of 14

SULIT

NAMA PELAJAR : ____________________________________ PRA U RENDAH :


SATU / DUA
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
SMKCSMKCSMKCSMKC
SMKCSMKCSMKCSMKC
PENGAJIAN
AM (900/1)
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
KERTAS 1
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
DUA JAM SAHAJA
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC
SMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKCSMKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.
Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B,
dan Bahagian C.
Untuk kegunaan
pemeriksa

Calon dikehendaki menjawab semua soalan Bahagian A, semua soalan


dalam Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C.

Bahagian A

Ada lima belas soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan
jawapan itu pada soalan yang diberikan. Untuk bahagian B, jawapan
perlulah ditulis pada ruangan jawapan yang disediakan dalam soalan.
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam Bahagian C.
Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan
Susun jawapan anda mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan
Anda bersama dengan kertas soalan ini.

Bahagian B
Bahagian C

Jumlah

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak.


SULIT
900/1

Hak cipta terpelihara Panitia Pengajian Am SMKChanglun 2015 / PC Penggal 1 (Fasa 1)


Lihat sebelah

BAHAGIAN A (15 markah)


Jawab semua soalan.
1) Manakah penyataan yang benar tentang teori negara berdaulat ?
I.
Mempunyai sempadan yang diiktiraf
II.
Mempunyai sebuah kerajaan yang diterima oleh perlembagaan
III.
Mempunyai seorang Ketua Negara yang ditentukan oleh Parlimen
IV.
Mempunyai seorang Ketua Kerajaan yang dilantik oleh Ketua Negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
2) Yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa ?
A. Pengasingan kuasa antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri
B. Pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
C. Pengasingan kuasa mengikut Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai
Bersama
D. Pengasingan kuasa antara badan pentadbiran, badan kehakiman dan badan
perundangan
3) Yang manakah benar tentang kebebasan diri ?
I.
Seseorang pemastautin tetap boleh menyertai pilihan raya di Malaysia
II.
Semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas wajib mengundi
III.
Semua orang adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira keturunan, warna
kulit atau agama
IV.
Semua orang yang ditangkap perlu dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24
jam hari bekerja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4) Yang manakah tertakluk kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong ?
A. Memecat Menteri Kabinet
B. Melantik Ketua Hakim Negara
C. Memperkenankan pindaan perbelanjaan kerajaan
D. Memberikan persetujuan kepada permintaan untuk pembubaran Parlimen
5)
Perkara
I
Pungutan cukai hiburan
II
Pelesenan pengeluaran pembalakan
III
Pelesenan penangkapan ikan laut dalam
IV
Penapisan akhbar tempatan dan luar negeri
Padanan yang manakah benar ?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III

Bidang Kuasa
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
D. III dan IV

6) Yang manakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya ?


A. Membatalkan keputusan sesuatu pilihan raya
B. Mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula
C. Mencadangkan persempadanan baharu kawasan pilihan raya
D. Menjaga keselamatan dan ketenteraman semasa hari pengundian
7) Yang manakah benar tentang jawapan Setiausaha Dewan Negara ?
A. Dilantik oleh Yang di - Pertuan Agong
B. Saraannya ditentukan oleh Jemaah Menteri
C. Dipilih daripada kalangan ahli Dewan Negara
D. Memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan
2

8) Yang manakah tanggungjawab Yang di Pertuan Agong dalam badan perundangan ?


I.
Melantik seorang Senator
II.
Menggubal rang undang-undang
III.
Mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen
IV.
Merasmikan pembukaan persidangan Dewan Rakyat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9) Yang manakah dikategorikan sebagai undang-undang bertulis ?
I.
Enakmen
II.
Dokumen Penghakiman
III.
Perundangan Subsidiari
IV.
Undang-undang Lazim Inggeris
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV

D. III dan IV

10) Yang manakah antara berikut benar tentang tujuan pembentukan Malaysia ?
I.
Dibentuk bagi mewujudkan integrasi antara wilayah
II.
Dibentuk bagi mengelakkan penyebaran fahaman komunis
III.
Dibentuk bagi memberikan kemerdekaan kepada wilayah baharu
IV.
Dibentuk melalui satu referendum rakyat yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Reid
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11) Yang manakah benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja ?
I.
Memilih dan memecat Perdana Menteri
II.
Mempertimbangkan soal dasar-dasar negara
III.
Memberi perakuan tentang pelantikan Ketua Hakim Negara
IV.
Mempersetujui atau tidak perkara-perkara tentang amalan beragama
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
12) Yang manakah benar tentang bidang kuasa Dewan Negara ?
A. Memulakan rang undang-undang
B. Menangguhkan rang undang-undang kewangan selama setahun
C. Menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
D. Meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu diterima oleh Dewan Rakyat
13)
Cukai tanah

Lesen Lombong

Hasil Hutan

Penyataan di atas merupakan hasil yang diserahkan kepada


A.
B.
C.
D.

Perbendaharaan
Kerajaan Persekutuan
Kumpulan Wang Amanah Negeri
Kumpulan Wang Negeri Yang Disatukan

14) Yang manakah benar tentang sistem kerajaan Malaysia ?


I.
Mengamalkan sistem kerajaan monarki
II.
Raja mengatasi Perlembagaan Persekutuan
III.
Yang di Pertuan Agong memegang kuasa eksekutif
IV.
Mengamalkan sistem pembahagian kuasa berasaskan konsep Persekutuan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
15) Yang manakah benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?
3

I.
II.
III.
IV.

Bertanggungjawab membuat undang-undang kecil sendiri


Mengandungi ahli Majlis seramai antara 8 hingga 24 orang
Bertanggungjawab kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menerima bayaran cukai tanah daripada premis-premis perniagaan dan rumah
kediaman
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

BAHAGIAN B (15 markah)


Jawab semua soalan
16) Nyatakan

dua

sebab

seseorang

penduduk

Malaysia

boleh

kewarganegaraannya.
i.
___________________________________________________
ii.
___________________________________________________

hilang

status

( 2 markah )

17)
Perbadanan Awam

Badan Berkanun

Badan Tidak Berkanun

a) Nyatakan dua ciri Badan Berkanun Persekutuan


(2 markah)
i.
________________________________________________________________
ii.
_______________________________________________________________

b) Nyatakan dua ciri Badan Tidak Berkanun.


(2 markah)
i.
________________________________________________________________
ii.
________________________________________________________________

18) Jelaskan dua jenis hasil kutipan Kerajaan Persekutuan Malaysia.


(4 markah)
i.
.....................................................................
___________________________________________________________________
ii.

__________________________________________________________________
.....................................................................
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

19)
a) Nyatakan dua buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri.
i.
____________________________________________________
ii.
____________________________________________________
4

(2 markah)

b) Berikan tiga fungsi Perbendaharaan Malaysia.


(3 markah)
i.
________________________________________________________________
ii.
________________________________________________________________
iii.
_______________________________________________________________

BAHAGIAN C (50 markah)


Pilih DUA dari tiga soalan yang diberikan.
20) Aspek kedua Gagasan 1 Malaysia menekankan kepada pembentukan masyarakat yang
progresif dan dinamik. Bincangkan nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat ini.
21) Kepesatan kemajuan teknologi maklumat di abad ke 21 telah mengundang peningkatan
kepada kes jenayah siber yang boleh memberi ancaman kepada kedaulatan negara.
Pelbagai langkah yang sewajarnya harus diambil bagai menanganinya. Bincangkan.
22) Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian khidmat awam di
Malaysia. Rungutan ini perlu ditangani bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
dalam perkhidmatan awam. Bincangkan.

BAHAGIAN A
1.

8. B

2. D

3. D

4. D

5. C

6. C

7. A

9. B

10. C

11. C

12. A

13. D

14. D

15. A

BAHAGIAN B
16) Nyatakan

dua

sebab

seseorang

penduduk

kewarganegaraannya.
i.
Penolakan (pelepashakan)
ii.
Pelucutan

Malaysia

boleh

hilang

status

( 2 markah )

17)
Perbadanan Awam

Badan Berkanun

Badan Tidak Berkanun

a) Nyatakan dua ciri Badan Berkanun Persekutuan


i.
Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen
5

(2 markah)

ii.
iii.

Melaksanakan tugas-tugas sejajar dengan objektif dan matlamat negara


Berada di bawah kawalan kerajaan.

b) Nyatakan dua ciri Badan Tidak Berkanun.


(2 markah)
i.
Ditubuhkan di bawah akta syarikat.
ii.
Mempunyai kebebasan yang lebih kerana tidak tertakluk dgn kawalan kerajaan
iii.
Bebas mengadakan skim perjawatan sendiri
18) Jelaskan dua jenis hasil kutipan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
(4 markah)
i.
Hasil-hasil cukai iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung.
cukai secara terus ke atas pendapatan dan kekayaan mengikut Akta yang
diluluskan.

Contoh cukai pendapatan, cukai sewa filem, duti harta

pusaka, dan duti setem.


cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas individu cukai yang
dikenakan apabila individu membeli barangan dan perkhidmatan. Contoh
duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jalan, cukai perkhidmatan.

ii.

Hasil-hasil bukan cukai.


hasil yang dikutip dari perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk
rakyat
rakyat dikenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan kerajaan.
Contohnya lesen, bayaran pendaftaran dan permit, perkhidmatan dan
bayaran perkhidmatan, perolehan jualan barangan, sewaan, faedah da

iii.

iv.

perolehan pelaburan, denda dan hukuman.


Terimaan bukan hasil
kutipan yang bukan berasaskan mana-mana akta atau perundangan
punca kutipan pulangan balik perbelanjaan, terimaan perkhidmatan,
bayaran balik, pemberian dan caruman, jualan barangan.
Hasil Wilayah-wilayah Persektuan
hasil yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan dari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

19)
a) Nyatakan dua buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri.
(2 markah)
i.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
ii.
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
iii.
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)
iv.
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
v.
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
vi.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
vii.
Unit Inovasi Khas (UNIK)
viii.
SERU
6

b) Berikan tiga fungsi Perbendaharaan Malaysia.


(3 markah)
i.
Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
ii.
Menganalisis ekonomi negara dan antarabangsa
iii.
Mendapatkan sumber kewangan negara
iv.
Mengagihkan kewangan kepada agensi kerajaan
v.
Merumus dan melaksana dasar cukai
vi.
Menyelia dan mengatur industri insurans
vii.
Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan
kewangan dan perakaunan untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan/Agensi
viii.
ix.

Kerajaan
Menyediakan dan memantau pelaksanaan belanjawan tahunan
Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan
Diperbadankan (MKD)

BAHAGIAN C (50 markah)


Pilih DUA dari tiga soalan yang diberikan.
23) Aspek kedua Gagasan 1 Malaysia menekankan kepada pembentukan masyarakat yang
progresif dan dinamik. Bincangkan nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat ini.
PENDAHULUAN
Gagasan 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat
pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman
dan cabaran yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
NILAI-NILAI YANG PERLU ADA
1) Budaya berprestasi tinggi
setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap terbaik dan
bertaraf dunia
7

kepimpinan dipilih adalah berdasarkan prestasi kerja mereka


pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa
Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi
2) Budaya ketepatan
rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya ketepatan termasuklah menepati
waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas
dan kewajipan
perkhidmatan yang dilaksanakan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang
bagus dan perlu dijalankan secara berterusan
3) Budaya ilmu
sesebuah negara hanya akan maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki
ilmu pengetahuan yang tinggi
budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan
yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat
budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan
mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
4) Integriti
rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan
sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa
disegani dan dihormati oleh semua pihak.
integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan
sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab mereka
rakyat Malaysia harus berusaha memperbaiki kesilapan, menerima kritikan
dan teguran dengan hati terbuka bagi meningkatkan kecekapan mereka
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

5) Ketabahan
rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya
perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental
dalam apa jua bidang yang diceburi
penggemblengan semangat kerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi
segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu
matlamat.
6) Kesetiaan
prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara yang merupakan prinsip kedua Rukun Negara wajib
dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.
semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan negara
mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
7) Kebijaksanaan
masyarakat Malaysia perlukan kebijaksanaan untuk membuat keputusan
dengan tepat, tahu membezakan yang baik dan buruk, memiliki pemikiran
8

dan pandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu kena pada tempatnya
serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan kepentingan sendiri.
8) Budaya inovasi
nilai ini adalah kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baharu
dan berinovasi dalam apa jua lapangan kita ceburi
kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari penyelesaian baru
dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis
dalam setiap bidang yang diterokai.
KESIMPULAN
Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuh hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak
prinsip Rukun Negara.
FORMAT 5 + 0

24) Kepesatan kemajuan teknologi maklumat di abad ke 21 telah mengundangpeningkatan


kepada kes jenayah siber yang boleh memberi ancaman kepada kedaulatan negara.
Pelbagai langkah yang sewajarnya harus diambil bagai menanganinya. Bincangkan.
PENGENALAN
Kepesatan kemajuan teknologi maklumat di abad ke 21 membawa kecelikan komputer dalam
kalangan masyarakat. Kes jenayah siber terus meningkat dan hal ini memberi ancaman
kepada kedaulatan negara kerana para penggodam mampu menceroboh sistem pertahanan
dan keselamatan negara. Terdapat pelbagai punca berlakunya jenayah siber dan pelbagai
langkah seharusnya diambil untuk menangani permasalahan ini.
A PUNCA-PUNCA JENAYAH SIBER
1) Sukar untuk mengenal pasti penjenayah yang melakukannya
biasanya golongan berpengetahuan ataupun profesional
berkemungkinan kawan kita, mungkin pelajar, ataupun professor atau sesiapa
sahaja.
mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka
diupah oleh pihak tertentu
biasanya sukar untuk ditangkap.
2) Kepentingan ekonomi
9

k-ekonomi menjadi begitu penting bagi Malaysia untuk menjadi negara maju
Malaysia mengamalkan K-ekonomi yang menggunakan kepakaran dalam bidang
teknologi maklumat
Malaysia telah membuka pintu kepada pelabur-pelabur luar bertaraf dunia untuk
melabur dalam bidang teknologi maklumat dengan membina Multimedia
SuperCorridor (MSC)
Untuk menarik pelaburan asing tersebut, Malaysia telah memperkenalkan sebuah
senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (BillofGuarantees) iaitu jaminan tiada
penapisan internet.
hal ini kerana pengguna bebas menggunakan internet termasuklah penjenayah siber
3) Sikap manusia
sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal
jenayah siber sering dilakukan oleh manusia mempunyai kelakuan yang negatif.
mereka menyerang sistem hanya sekaradar suka-suka atau pun mencuba ilmu yang
baru mereka pelajari
kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an.
golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diamalkan
mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka
lakukan
4) Berbeza takrifan jenayah
perbezaan takrifan antara jenayah siber dengan jenayah biasa juga merupakan
faktor jenayah siber terus meningkat
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengatakan bahawa jenayah siber adalah
mana-mana aktiviti yang tidak sah di mana pengetahuan mengenai teknologi
komputer digunakan untuk merealisasikannya.
bagi negara-negara Islam, judi, bahan pornografi, dan pengiklanan seks adalah satu
jenayah tetapi tidak bagi negara seperti Amerika Syarikat.
dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undangundang siber.
di Malaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan
janayah ini berlaku.
5) Sikap sesetengah masyarakat
sikap sesetengah masyarakat yang tamakkan wang ringgit sehingga sanggup
menipu untuk mendapatkan hasil yang lumayan
sebagai contoh jual beli barangan melalui internet di mana barang yang dijual adalah
tidak wujud sedangkan pembeli telah ditipu apabila mereka membayar harga barang
yang dilanggan menggunakan kad kredit.
banyak orang tertipu dengan kes-kes skim cepat kaya yang ditayangkan di laman
web yang tidak berdaftar dan dikelolakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
6) Kepentingan ketenteraan
dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta
kemusnahan dan keamanan serta peperangan.
akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian maklumat kini
terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang.
peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan
kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan
pihak musuh akan menyerang sistem komputer kita seperti mencuri maklumat dan
merosakkan sistem.
10

kita juga harus bersedia untuk mempertahankan diri dari serangan penggodam dan
situasi ini akan menggalakkan ilmu menceroboh sistem dan merosakkan komputer
berkembang
hal ini akan melahirkan hacker. Hacker ini jika disalahgunakan terhadap awam
akan menjadi jenayah siber.
B Langkah-langkah untuk mengatasi masalah jenayah siber
1) Kerjasama antara negara global
Malaysia perlu bekerjasama dengan negara-negara lain untuk meningkatkan
keupayaan dalam menghadapi serangan penjenayah siber.
mereka hendaklah bekerjasama dengan memperkenalkan dan menjalankan
rancangan dalam usaha membanteras penjenayah siber
hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara lain di dunia membolehkan
Malaysia bekerjasama dengan berkongsi maklumat dalam keselamatan komputer
dan membentuk unit pencegahan jenayah siber
Malaysia juga perlu bekerjasama dengan negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat dan Britain dalam usaha memerangi penjenayah siber dengan membawa
masuk pakar-pakar komputer mereka ke Malaysia.
2) Meningkatkan bidang kuasa bahagian jenayah perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara
melatih kakitangannya untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
forensik komputer
forensik komputer digunakan dalam penyiasatan dan analisis untuk mendapatkan
bukti-bukti kukuh yang telah penjenayah siber dilakukan serta mengemukakan buktibukti tersebut kepada pihak berkuasa untuk mendakwa mereka yang terlibat.
3) Kerjasama antara kerajaan dengan syarikat-syarikat serta pengguna komputer
syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah-langkah
keselamatan dahulu dengan meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang
pencerobohan penjenayah siber
mereka juga hendaklah berkongsi masalah pencerobohan dan penggodaman
dengan kerajaan.
pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan
kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik komputer kerajaan, sektor
swasta, dan komputer persendirian daripada digodam oleh penjenayah siber.
4) pihak berkuasa perlu mengkaji lebih mendalam lagi tindakan atau hukuman yang harus
dikenakan terhadap pelaku jenayah siber
undang-undang sedia ada perlu dikaji semula keberkesanannya oleh bahagian
penggubal undang-undang supaya masalah ini dapat diatasi
hukuman yang dikenakan ke atas pesalah juga perlu dikaji semula
adalah lebih baik jika hukuman yang dikenakan menjurus kepada pemulihan akhlak
dan mungkin kepakaran ilmu pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat boleh
diarahkan dan digunakan ke jalan yang baik sekiranya mereka dibimbing dan diberi
peluang
5) Pihak berkuasa juga perlu membuat pemantauan di alam siber supaya golongan yang tidak
bertanggungjawab ini dapat dikesan
11

PDRM akan meningkatkan rondaan dalam internet di bawah satu bahagian iaitu
CyberCrime (Jenayah siber) Bukit Aman yang telah diwujudkan bagi membanteras
jenayah siber yang banyak berlaku melalui laman sosial yang semakin berleluasa.
usaha ini dilakukan bagi menangani pelbagai jenayah di internet di samping
membendung trend ugutan berbaur ancaman dalam laman sosial seperti Facebook
hal ini juga mendapat kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKMM) dan CyberSecurity Malaysia bagi memantau pelbagai aktiviti yang boleh
dikategorikan sebagai jenayah siber
6) Kerajaan juga perlu menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber ini melalui
puenerapan awal sejak di bangku sekolah lagi
tidak lupa juga penerapan kepada ahli masyarakat melalui media massa dan media
elektronik supaya pencegahan awal perlu diambil
hal ini dapat membantu memberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah
siber dan cara mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber serta melahirkan
masyarakat yang celik teknologi maklumat
oleh itu, dengan cara sebegini, dapat membantu membendung masalah jenayah
siber daripada terus menular
KESIMPULAN
25) Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian khidmat awam di
Malaysia. Rungutan ini perlu ditangani bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
dalam perkhidmatan awam. Bincangkan.
PENGENALAN
Sistem penyampaian khidmat awam memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara.
Wujud kelemahan dalam tadbir urus boleh menjejaskan sistem tadbir negara dan sistem
penyampaian khidmat awam kurang cekap.
A Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam
1) Ketidakseragaman dalam pelaksanaan polisi dan prosedur kerja
ketidakseragaman polisi dan prosedur kerja akan mengakibatkan pelaksanaan
penyampaian khidmat awam lambat dan menyusahkan pelanggan.
pihak pelaksana akan berasa keliru, tidak jelas tugasan dan bidang kerja akan
menjejaskan sistem penyampaian
pelaksanaan yang bercelaru dalam tadbir urus akan membina imej negatif dalam
kalangan rakyat dan pelanggan
2) Kerenah birokrasi
kerenah birokrasi akan merencatkan kelancaran prosedur kerja
urusan dengan pelanggan mengambil masa atau tempoh yang lama. Hal ini banyak
membuang masa pelanggan
situasi ini akan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap tadbir awam
3) Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan masih berlaku dalam kalangan
penjawat awam
amalan rasuah masih berlaku bagi mendapatkan tender atau mempercepatkan
sesuatu kelulusan berkaitan lesen, pelbagai permit
12

menghalang peluang orang lain dan membuka ruang kepada pihak tertentu
mengambil kesempatan menyeleweng atau salah guna kuasa
4) Ketidakcekapan penjawat awam
penjawat awam yang kurang cekap, tidak bermotivasi dalam melaksanakan tugas
banyak membuang masa bersembang dan melakukan perkara-perkara yang tiada
kaitan dengan urusan pejabat
budaya kerja yang pasif dan kurang produktiviti menjejaskan tadbir urus baik.
B Langkah-langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian khidmat awam
5) Membangun modal insan
pembangunan sumber manusia seperti latihan kemahiran yang berterusan dan
pembelajaran sepanjang hayat
meningkatkan sistem pendidikan peringkat tinggi dalam bidang utama pembangunan
negara
memberikan ganjaran dan upah yang setimpal kepada mereka yang menunjukkan
potensi yang cemerlang dalam kerja.
6) Memperkasakan agensi kerajaan
kerajaan melalui kementeriannya memastikan institusi pelaksana MAMPU, INTAN,
dan JPA mempunyai KPI dan NKRA untuk memastikan unit tersebut berfungsi
mengikut apa yang dirancang pada landasan yang betul.
Institusi pelaksana hendaklah membuat pemantauan yang berterusan dan penilaian
kompetensi penjawat awam bagi memastikan tahap pengetahuan dan kemahiran
bidang kerja.
7) Amalan Kempimpinanmelaluiu teladan
kepimpinan organisasi mestilah menjadi contoh terbaik kepada kakitangan di
bawahnya dengan melaksanakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan
dengan penuh dedikasi dan amanah.
kerajaan perlu tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap manamana pegawainya yang terlibat dengan rasuah, salah guna, masalah disiplin,
mensabotaj organisasi, dan sebagainya akan menjejaskan sistem penyampaian
khidmat awam.
8) Menyelaraskan dasar dan polisi kerajaan
penyelarasan dasar dan polisi antara jabatan dan kementerian sangat penting
dilaksanakan supaya tidak berlaku pertindihan arahan
kerjasama antara jabatan merupakan tulang belakang kepada negara untuk
mencapai misi, visinya dan seterusnya membolehkan sistem penyampaian khidmat
awam berjalan lancar dan berkesan pada setiap bahagian.
9) Membina ketegasan kepada objektif dan matlamat di setiap jabatan kerajaan
pegawai atasan hendaklah memberikan penegasan terhadap objektif dan matlamat
setiap jabatan kepada pegawai bawahannya. Hal ini kerana pegawai bawahan perlu
memahami setiap misi dan visi organisasinya perlu selaras dengan visi nasional.
10) Membentuk imej agensi dan jabatan kerajaan
kerajaan perlu merangka kempen yang berterusan untuk membentuk imej agensi
dan jabatan kerajaan agar kelihatan bersih, mesra pelanggan, dan cekap dalam
13

melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada


mereka.
KESIMPULAN
Sistem penyampaian khidmat awam perlu inovatif, kreatif, dan cekap bagi menjadikan
perkhidmatan awam mempunyai daya saing yang setanding dengan negara-negara maju yang
lain.
FORMAT JAWAPAN 3 + 2 / 2 = 3

14

You might also like