You are on page 1of 28

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA

BERSATU (PBB), 1957-2003


Ahmad Farhan bin Abdullah*

Pengenalan
Makalah ini membincangkan penglibatan Malaysia dalam misi pengaman PBB yang
telah ditugaskan atas arahan Setiausaha Agung PBB untuk membantu negara-negara yang
mengalami peperangan dan konftik. Melalui penyertaan Malaysia dalam PBB selepas
17 hari kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957, Malaysia telah mula
memainkan peranannya dalam muka dunia dengan melakukan tugas pengaman. Dalam
penglibatan misi pengaman ini pasukan tentera dan polis terlibat.
Pad a masa lalu, tugas utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditumpukan ke
arah peperangan me1awan kegiatan pengganas komunis dari tahun 1948, ketika
darurat bermula, sehinggalah darurat tamat pada tahun 1960.' Seterusnya ATM juga
memainkan peranan dalam darurat yang kedua sehingga komunis menandatangani
perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia di Hatyai, Thailand pada 2 Disember 1989. 2
Pada tahun 1990, komunis di Malaysia sudah pun berakhir. Dengan ini, ATM telah
disusun semula dan dipermodenkan menjadi sebuah angkatan pejuang konvensional yang
dilengkapi untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21. Peranan utama ATM ialah
memelihara kedaulatan dan kepentingan strategik negara. 3
Polis Diraja Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1807 apabila Pulau Pinang
menggubal Piagam Keadilannya. Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948, pasukan Polis dikenali sebagai Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.

Penulis ialah lulusan labatan Sejarah, FakuIti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala pada tahun 2008.
Kini melanjut pengajiannya di peringkat Sarjana Sastera dalam bidang Sejarah Malaysia di labatan Sejarah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mengenai darurat, 1948-1960, sila lihat Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960.' Keadaan Sosial di Tanah Melayu,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Gene Z. Hanrahan, The Communist Struggle in Malaya, Kuala
Lumpur: University of Malaya Press, 1971. Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Warfare: The Malayan
Emergency 1948-1960, Singapore: Oxford University Press, 1989. Anthony, Short,In Pursuit ofMountain Rats: The
Communist Insurrection in Malaya, Singapore: Cultured Lotus, 2000.
2 Mengenai ke arah dan perjanjian ini sila lihat Kitti Ratanachaya, The Communist Party of Malaya, MalaYSia and
Thailand: Truce Talks ending The Armed Struggle of The Communist Party of Malaya, Bangkok: Duangkaew
Publishing House, 1996.
3 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kuala Lumpur:
Percetakan Seasons Sdn. Bhd., 1995, him. 14.

109

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Pada 24 lulai 1958, Duli Yang Maha Yang di-Pertuan Agong mengumiakan 'DIRAJA'
kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.4 Dengan penubuhan Malaysia pada
16 September 1963, Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu telah dikenali sebagai
Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah perintah Ketua Polis Negara. Fungsi dan
tanggungjawab PDRM digaris di dalam Akta Malaysia No. 41, yang juga dikenali sebagai
Akta Polis 1967. Di bawah Seksyen 3 (3) akta berkenaan, fungsi PDRM ialah memelihara
undang-undang dan ketenteraman, memelihara keamanan dan keselamatan negara,
mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul
perisikan keselamatan.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TDUM) telah ditubuhkan pada 1 lun 1958.
Pada mulanya ia dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP). TUDM ini
merupakan sebuah organisasi yang melibatkan dunia penerbangan. Peranan
juruterbangadalahamatpentingdalam TUD Mini. Datuk Sulaiman bin Sujakmerupakananak
tempatan yang pertama menjawat jawatan Ketua Turus Tentera Udara pada 1 September
1967. 5
Peranan Malaysia yang pertama telah dilakukan dalam misi pengaman PBB di
Congo pada tahun 1960 di mana ketika itu Malaysia masih dalam proses pembentukan
dan baru sahaja selesai kekecohan yang berlaku akibat komunis yang menyebabkan
darurat diisytiharkan. Namun begitu, Malaysia tetap turut menyumbangkan ketenteraan
kepada PBB. Pada tahun 1989, Malaysia telah melakukan misi pengaman ke Namibia.
Pada tahun 1991, Malaysia telah melakukan misi pengaman ke Kemboja. Seterusnya,
pada tahun 1993, Malaysia telah melakukan misi pengamannya di Somalia dan akhir
sekali Malaysia telah melakukan misi pengamannya di Bosnia pada tahun 1993.

CONGO
Latar Belakang Congo
Congo adalah sebuah negara yang pemah dijajah oleh Belgium. 6 Pada 30 lun 1960,
Belgium telah bersetuju memberi kemerdekaan kepada Congo atas mematuhi
Piagam PBB. 7 Dengan ini, Belgium bersetuju untuk mengekalkan pegawai penjajah dalam
segala hal pentadbiran dan aspek teknikal atas dasar tumpangan dalam mentadbir negara

4 Ibid., him. 24.


5 Kapt Mohd Affendi Hanafiah, 'Sejarah Ringkas Tentera Udara Diraja Malaysia', Patriot, Warta Angkatan Tentera
Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan, Bil. I, 1992, him, 43,
6 Republik Demokratik Congo atau lebih dikenali sebagai nama Zaire antara tahun 1971 hingga tahun 1997,
merupakan sebuah negara Afrika di bahagian tengah. Di sini, negara ini bersempadan dengan Republik Afrika
Tengah dan Sudan di sebelah utara, Uganda, Rwanda, Burundi dan Tanzania di sebelah timur, Zambia dan Angola di
sebelah selatan dan Republik Congo di sebelah barat. Congo merupakan negara ketiga terbesar di Benua Afrika.
7 Basic Facts About the United Nations, New York: United Nations, 1987, him. 24.

110

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

tersebut. 8 Selepas mencapai kemerdekaan, tentera Congo yang terdiri daripada anak jati
telah memohon dinaikkan pangkat yang lebih tinggi kerana mereka merasakan bahawa
mereka telah bebas daripada kuasa penjajah dan berhak untuk mendapat status yang lebih
tinggi.
Namun begitu, Jeneral Janssens dari Tentera Belgium menguruskan kuasa
pemerintahan tentera terse but enggan memenuhi kehendak mereka. Berikutan ini, pada
5 lulai 1960 telah berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh Force Publique iaitu
pasukan dalam proses penamaan baru yang dikenali Armee Nationale Congolaise atau
ANC di Leopoldville di mana kekuatan tenteranya seramai 25,000. Di sini, ANC telah
diwujudkan oleh kerajaan Kolonel Belgium yang berperanan sebagai tentera dan polis.
Pemberontakan ini terse bar ke beberapa buah bandar di negara tersebut dan
menjadi bertambah ganas yang mana bangsa-bangsa Eropah terutamanya orang Belgium
telah menjadi mangsa keganasan yang menyebabkan mereka melarikan diri ke tanah air
masing-masing. Dengan ini, Duta Belgium di Congo telah meminta Perdana Menteri
Congo iaitu Patrice Lumumba membuat permohonan kepada kerajaan Belgium
bagi menggerakkan tentera Belgium dalam menstabilkan keadaan politik di Congo.
Namun begitu, Patrice Lumumba enggan berbuat demikian dan sebaliknya telah melantik
Victor Lundula sebagai Pang lima Tentera Darat dengan memakai pangkat Mejar Jeneral
dan Joseph Mobutu sebagai ketua pegawai yang memakai pangkat kolonel. Sementara itu,
semua anggota tentera tanah air Congo telah dinaikan pangkat sebagai mengikut kehendak
dan kemahuan rakyat tempatan.
Berikutan hal itu, kerajaan Belgium telah menghantar tenteranya ke Congo yang
menyebabkan pertempuran dengan tentera tempatan Congo. Seterusnya, pada 11 Julai
1960, Presiden Moise Tshombe di wilayah Katanga telah mengisytiharkan kemerdekaan
wilayah tersebut dari Congo. Ini disebabkan Katanga telah menuntut kemerdekaan
melalui kenyataan yang panjang sejak 5 Julai 1960. 9 Keadaan negara tersebut menjadi
bertambah buruk yang membuatkan Presiden Congo pada masa itu Joseph Kasa Vubu
memohon bantuan PBB untuk mengembalikan keamanan di negara tersebut. Dengan
ini, Dag Hammarskjold yang merupakan Setiausaha Agung PBB pada masa itu telah
melaksanakan peruntukan Artikel 99 PBB dalam membawa isu tersebut ke pengetahuan
Majlis Keselamatan PBB.ID Pada antara 13 dan 14 Julai 1960, Majlis Keselamatan PBB
telah mengeluarkan Resolusi 143 yang mengarahkan kerajaan Belgium menarik keluar
anggota tenteranya di Congo. 11

Linda B. Miller, World Order and Local Disorder the United Nations and Internal COIif/icts, Princeton University
Press, 1967, hIm. 67.
9 George Martelli, Experiment in World Government: An Account ofthe United Nations Operation in the Congo 19601964, London: Johnson Publications, 1966, hIm. 45.
10 Rajeshwar Dayal, Mission for Hammarskjold: the Congo Crisis, London: Oxford University Press, 1976, him. 298.
II Georges Abi-Saab, International Crises and the Role of Law: The United Nations operation in the Congo 19601964, Oxford: Oxford University Press. 1978, him. 27.
8

111

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Setiausaha Agung PBB telah menubuhkan United Nations Truce Supervision


Organization (UNTSO) dan terus melantik wakil khasnya iaitu Ralph Bunche mengetuai
operasi pengaman serta melantik Leftenan Jeneral Carl C. Von Hom di Sweden sebagai
pemerintah tentera pasukan pengaman di Congo. Selepas UNTSO ditubuhkan pasukan
pengaman yang awal telah dihantar ke Congo adalah Tunisia, Ethiopia, Ghana, Guinea
dan kontinjen di Morocco. 12 Namun begitu, penugasan di Congo telah bertambah berat
dan tanggungjawab pula semakin bertambah. Dengan itu, Setiausaha Agung PBB pada
masa itu telah menambahkan anggota pasukan pengaman sehingga sebanyak 19,828 tetapi
tidak termasuk seramai 2,000 orang awam yang pakar dalam pelbagai bidang teknikal
bagi membantu pentadbiran, teknikal dan bidang kemanusiaan di Congo.
Seterusnya, United Nations Operation in the Congo (UNOC) telah ditubuhkan
untuk mengambil alih fungsi dan tugas UNTSO. Penambahan pasukan pengaman
negara-negara ahli telah bertambah termasuklah Argentina, Austria, Brazil, Burma,
Canada, Ceylon, Denmark, India, Indonesia, Iran, Ireland, Hali, Liberia, Malaya, Mali,
Belanda, Nigeria, Norway, Pakistan, Philippines, Sierra Leone, Sudan, Sweden, Tunisia,
Republik Arab Bersatu dan YugoslaviaY Mandat UNOC masih dalam Resolusi 143
yang mana dibahagikan kepada empat peringkat. Dengan ini, pada peringkat pertama
ialah penguatkuasaan undang-undang dan peraturan dan pengunduran Tentera
Belgium antara bulan Julai-Ogos 1960, pada peringkat kedua ialah penyelesaian krisis
perlembagaan di antara bulan September 1960-September 1961, pada peringkat ketiga
pula ialah pemansuhan tuntutan Katanga di antara bulan September 1961-Februari 1963
dan konsolidasi kerajaan Congo di antara bulan Februari 1963-Jun 1964 merupakan
peringkat yang terakhir.

Misi Pengaman Malaysia Di Congo (UNOC), 1960 -1963

Pembabitan pertama Malaysia dalam operasi pengaman PBB bermula sejak


tahun 1960 di mana sebe1um pembentukan Malaysia dan se1epas berakhimya darurat.
Dengan ini, sebagai menyahut akan seruan PBB supaya menyertai operasi PBB di Congo,
Angkatan Tentera Malaysia te1ah menghantarkan Pasukan Khas Malaya iaitu
Malayan Special Force (MSF) yang terdiri daripada 4 kontinjen yang telah ditempatkan di
Congo dari Oktober 1960 hingga April 1963. 14 Malaya adalah negara yang keenam belas
menghantar pasukan tenteranya berkhidmat di bawah panji-panji PBB. MSF bertugas
mengawa1 keamanan Republik Congo yang sedang bergolak untuk mencapai kemerdekaan
dan bukannya untuk berperang atau merampas kekuasaan Congo. IS

12 Negara-negara ini merupakan negara yang berdekatan dengan Congo.


13 Negara-negara ini merupakan negara yang ditambah untuk menyertai misi pengaman PBB di Congo pada tahun
1960.
14 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. him. 32.
15 Lihat Dalam Tanskrip Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Temubual dengan Encik Ngah Bin Idris, 7 Februari
2001, him. 29.

112

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

Seruan Dag Hammarskjold yang merupakan Setiausaha Agung PBB telah


diterima baik oleh TunkuAbdul Rahman yang telah mengarahkan seramai 613 orang anggota
tentera Malaysia supaya berangkat ke Congo untuk membantu PBB dalam usaha menjaga
keamanannya. 16 Pada mulanya, kerajaan Malaysia bercadang hanya untuk menghantar
seramai 450 askar tetapi kemudiannya jumlah ini ditambah menjadi 613 orang dan sejurus
itu telah dikenali sebagai Malaysia Special Force. Batalion ke-4 Rejimen Askar Melayu
Diraja atau lebih dikenali sebagai RAMD di bawah perintah Lt. Kol. Ungku Nazaruddin
Ungku Mohamed merupakan batalion pertama yang berkhidmat di Congo.n Dengan ini,
pada 4 Oktober 1960, mereka telah bertolak ke Congo menaiki kapal USNS Blatchford.
Mereka berlepas menaiki kapal laut melalui Port Swettenham. 18 Selepas itu, terdapat
Batalion infrantri lain yang berkhidmat di Congo iaitu Batalion ke-6 RAMD pada lulai
1961-April 1962, Batalion ke-7 RAMD pada Februari 1962-Disember 1962 dan Batalion
ke-2 RAMD pada Jun 1962-April 1963. 19 Selain itu, Rejimen Peninjau Pertama dan
Kedua telahjuga berkhidmat dalam operasi PBB ini. Di sini. markas MSF diperintah oleh
Brigedier Hamid Bidin yang berada di Congo selama 2 tahun sehingga lanuari 1963.
Harapan negara dalam usaha menghantar anggota keselamatan Malaysia ke
Congo jelas terkandung dalam ucapan Tunku Abdul Rahman yang berbunyi:
Mereka telah mencatatkan sejarah keamanan dan keselamatan dunia.
Perajurit-perajurit bertugas bersama-sama askar-askar dari negaranegara lain di Congo. Mereka berkhidmat di bawah panji-panji PBB
untuk mengekal keamanan. Badan dunialah yang meminta kita berkhidmat
dengannya di negara Afrika itu. Ini merupakan satu penghargaan
yang tinggi kepada negara kita. Tuan-tuan pergi ke Congo bagi
menolong mengekalkan keamanan dan keselamatan negara itu. Tuan-tuan
bukanlah ditugaskan membunuh sesiapapun. Sebaliknya tuan-tuan
dikehendaki melindungi dan menyelamatkan nyawa dan harta-benda
dan juga orang ramai. Hari ini tuan-tuan belayar dengan iringan doa dari
yang cintakan keamanan dan keselamatan dan juga turut mendoakan.
Kewajipan tuan-tuan bukan sahaja dikenang oleh rakyat dan negara, tetapi
menjadi teladan generasi akan datang. Satu teladan yang dimegahkan kerana
menjalankan tug as dan tanggungjawab negara. 20

16 Jatswan S. Sidhu, "Keamanan Sejagat: Satu Tinjauan Tentang Penglibatan Malaysia dalam Misi Pengaman (peacekeeping Operations) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 1960-1996", Kongres Sejarah Malaysia IISejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa, anjuran Persatuan Sejarah Malaysia dan Iabatan Sejarah, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 26-28 November 1996, him. 4.
17 Nordin Yusof, Little Sandhurst: A Military Love Affair, Selangor: Pelanduk Publications, 2004, him. 300.
18 Kapt. Suleiman Hj Moideen Kutty, 'Perjuangan Bekas Anggota Tentera Veteran Di Congo Tidak Dilupakan', Patriot,
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan, Bil. 12, 1995, him. 6.
19 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersaW, him. 32.
20 Mokhtar A. Kadir, Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa; Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, him. 210-211.

113

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Peranan yang diamanahkan oleh PBB kepada anggota tentera Malaya ialah
membantu serta meningkatkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Congo bagi
menjamin keselamatan negara tersebut. Dengan ini, tugas pertama yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan tentera Malaya ialah memberi perlin dung an lapangan terbang
Leopoldville dan markas PBB.
Pada asalnya, tugas yang diberi kepada MSF adalah untuk membantu kerajaan
yang baru ditubuhkan itu memelihara undang-undang dan ketenteraman. 21 Namun begitu,
kemudiannya, telah diubahsuai merangkumi tugas-tugas seperti berikut:
1) Memelihara keutuhan wilayah dan kebebasan politik Congo.
2) Mencegah berJakunya perang saudara.
3) Memastikan penarikan keluar dari Congo semua anggota tentera, separa
anggota tentera dan anggota penasihat asing yang bukan di bawah
pemerintahan PBB.
4) Memastikan penarikan keluar semua askar upahan. 22
Panglima tunggal tentera Malaya yang berkhidmat di Congo ialah Brig. Jen.
Abdul Hamid bin Bidin. Ketika di Congo beliau memerintah Briged Ketiga mulai 10
Mac 1961 hingga 28 Mac 1962.23 Dengan ini, MSF telah melaksanakan tugas dengan
cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka di Congo. Justeru itu, di atas sumbangan
cemerlang tersebut, ketika itu U Thant yang merupakan Setiausaha Agung PBB telah
berkata bahawa:
Anggota Tentera Malaya akan dikenang di Congo kerana kebijaksanaan,
kesefahaman dan keramahan mereka terhadap rakyat Congo dan kerana
kecemerlangan mereka menjalankan tugas .... 24
Perkhidmatan Tentera Malaya dengan PBB di Congo tamat dengan kembalinya
Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja ke Tanahair pada 28 April 1963. Selain
itu, Kasavubu yang merupakan Presiden Congo ketika itu telah menghadiahkan replika
harimau bintang yang diperbuat daripada gangsa seberat 5.5 kilogram sebagai tanda
Manakala U Thant selaku
terima kasih dan kenang-kenangan kepada 6 RAMD.25
Setiausaha PBB memberi mesej kepada kontigen Tanah Melayu ketika hendak
meninggalkan Pasukan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo. Mesej tersebut
berbunyi:

21 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hIm. 32.
22 Ibid.
23 Lihat Dalam Pengkisahan Sejarah Angkatan Tentera, "Perkhidmatan Tentera Malaya Di Congo", Kuala Lumpur:
Auditorium Arkib Negara Malaysia, 28 November 1989, hIm. 2.
24 Ibid., hIm. 34.
25 Berita Harian, 26 November 2007.

114

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

I wish to express the highest appreciation of the United Nations for the
outstanding contribution made by the troops of the Malaya contingent in
the UN force in the Congo towards achievement of UN objectives in the
Congo.
In response to an urgent request made by my predecessor the
Government of the Federation of Malaya responded spontaneously and
dispatched a sizeable contingent to the Cogo. The size of the contingent
was later increased on UN request, and despite vital national needs,
the Federation of Malaya contingent to maintain a contingent in the
Congo. I realise that for compelling reasons you must now return home.
Malayan troops will be remembered in the Congo for their tact,
understanding and friendliness towards the people of the Congo and for the
excellent manner in which they performed their duties. Rightly, Malayan
troops sought a peaceful approach to every problem and made an outstanding
contribution towards establishing peace and tranquillity in the eastern
Congo, particularly in Kivu province. You have served under difficult
conditions and at considerable personal discomfort. You can, however,
leave the Congo with the satisfaction that you have done a splendid job
and have earned the highest appreciation of your services both from the
United Nations and from the Republic of the Congo. 26

NAMIBIA
Latar Belakang Namibia

Namibia, salah sebuah negara di Afrika yang dijajah oleh Jerman.27 Pada tahun 1884,
Jerman menjajah Nambia, dan telah memberi nama German South West Africa
sehingga tahun 1914. Dalam Perang Dunia I, Afrika Selatan telah menyerang Nambia28
dan akhirnya berjaya menjajah Nambia pada Mei 1915. Walaupun demikian, selepas
Jerman mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I, Namibia telah di ambil oleh kerajaan
British dan kemudiannya Britsh telah menyerahkan Namibia di bawah naungan Afrika
Selatan yang telah wujud atas sokongan kuat negara-negara barat termasuk Britain. 29
26 Lihat Dalam Mesej U Thant kepada Pasukan Pengaman Malaysia dalam Pengkisahan Sejarah Angkatan Tentera,
Perkhidmatan Tentera Malaya Di Congo, Kuala Lumpur: Auditorium Arkib Negara Malaysia, 28 November 1989,
him. 3.
27 Namibia merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian Barat Daya Benua Aftika. Dengan ini, Nambia
bersempadankan Angola di bahagian Utara, Zimbabwe dan Zambia di bahagian Timur Laut. Selain itu, Botswana di
bahagian Timur dan Republik Afrika Selatan di bahagian Selatan. Di sini, hampir 60 peratus penduduk tertumpu di
jajahan Ovamboland di bahagian Utara. Ini disebabkan di kawasan tersebut merupakan dataran tanah tinggi. Dengan
itu, kaum utama yang terdapat di sini ialah Ovambo, Nama dan Damara.
28 Lihat Dalam Issues Before the 37th General Assembly of the United Nations, 1982-1983, him. 24.
29 "Angkatan Tentera Malaysia dan Pergolakan Di Sekitar Kemerdekaan Namibia", Warta Tentera Malaysia, Bi!. I,
1983.

liS

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Pada tahun 1919, perjanjian yang bemama 'Peace Treaty of Versailles' telah
ditandatangani di mana Liga Bangsa-Bangsa (LBB) telah memberi mandat kepada
Afrika Selatan untuk mentadbir Namibia. 30 Akan tetapi pentadbiran Afrika Selatan ke atas
Namibia masih di bawah naungan LBB. Dengan ini, Afrika Selatan menganggap mandat
pentadbiran ini adalah tanggungjawab suci untuk membina tamadun bagi menyediakan
pembangunan untuk penduduk Namibia. Seterusnya, Afrika Selatan telah mengguna
kan dasar Aparteid yang mana rakyat berkulit hitam dianggap sebagai manusia bertaraf
rendah. Oleh kerana itu, mereka telah diharamkan dari bercampur dengan golongan kulit
putih yang berkuasa dan tidak mempunyai tarafyang sama. 31
Berikutan hal itu, pada tahun 1933, Afrika Selatan telah mendesak LBB untuk
menjadikan Namibia sebahagian daripada wilayahnya. Namun begitu, permintaan
Afrika Selatan ini tidak mendapat persetujuan LBB. Apabila berlakunya tragedi yang
mengerikan iaitu Perang Dunia II pada tahun 1941, LBB telah digantikan dengan PBB.
Tiga tahun kemudiannya, Perhimpunan Agung PBB telah menggesa Afrika Selatan
meletakkan Namibia dalam sistem 'Trusteeship'. Akan tetapi Afrika Selatan telah
menolak ketetapan PBB tersebut lalu mempertikaikan hak PBB untuk campur
tangan dalam pentadbiran Namibia. Afrika Selatan bertindak demikian kerana pada
tahun 1950, Makhamah Keadilan Antarabangsa telah menasihatkan supaya Afrika Selatan
meneruskan tanggungjawab antarabangsa ke atas Namibia. PBB mengambil langkah
sedemikian keranan Afrika Selatan telah mengamalkan dasar Aparteid di Namibia.
Pada masa yang sarna, penduduk Namibia telah bangkit menentang akan
pemerintahan yang dilaksanakan oleh Afrika Selatan. Dengan ini, mereka telah
menubuhkan Ovambo People:S Congress yang kemudiannya ditukarkan kepada
Ovambo People Organisation. Pada tahun 1960, organisasi terse but telah ditukarkan
nama kepada The South West Africa People:S Organisation (SWAPO) untuk mendapatkan
pengiktirafan antarabangsa. Sam N ajumo merupakan ketua kepada organisasi yang dikenali
sebagai SWAPO. 32 SWAPO merupakan kumpulan militan yang menentang akan tindakan
Afrika Selatan dan untuk mendapat kemerdekaan. 33 Selain itu, organisasi militan
SWAPO ini dikenali sebagai People:S Liberation Army ofNamibia (PLAN). SWAPO juga
turut mempengaruhi kesatuan-kesatuan pekerja Namibia untuk bersama-sama menentang
Rejim Afrika Selatan. Pada tahun 1988 telah berlaku satu peristiwa di mana Ibu Kota
Namibia yang dikenali Windhoek telah dibom di 'Butcher Shop' .34 Dengan ini, seorang
kulit hitam terbunuh dan 18 orang lagi cedera, dan polis di sana telah menyalahkan
SWAPO yang melakukannya. 35

30 Marion O'Callaghan, Namibia.' the Effects ofApartheid on Culture and Education. UNESCO, 1977, him. 22-27.
31 "Angkatan Tentera Malaysia dan Pergolakan Di Sekitar Kemerdekaan Namibia", Warta Ten/era Malaysia. Bil. I,
1983.
32 New Straits Times, "Third World Focus: Flux Belies Calm On Eve of Freedom", 14 Mac 1989.
33 "Angkatan Tentera Malaysia dan Pergolakan Di Sekitar Kemerdekaan Namibia", Warta Tentera Malaysia, Bil. I,
1983.
34 New Straits Times, "One Killed, 18 Hurt In Blast at Butcher's Shop", 7 July 1988.
35 The Star, "Blast In Namibian Capital", 7 July 1988.

116

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

Pada Oktober 1966, Perhimpunan Agung PBB telah memutuskan untuk


menamatkan sistem 'Trusteeship' di Namibia. Justeru itu, PBB telah melantik satu
jawatankuasa iaitu Majlis PBB untuk Barat Daya Namibia. Dengan ini, Majlis ini telah
ditempatkan di N amibiasehingga iamencapai kemerdekaan. Setahun selepas Maj lis Namibia
ditubuhkan telah mengeluarkan satu perintah untuk melindungi sumber asli di
Namibia. 36 Menurut perintah tersebut, tidak ada seseorang pun yang boleh mengambil dan
mengedarkan sumber asli yang dijumpai di Namibia tanpa mendapat kebenaran dari
Majlis PBB Namibia. Ini disebabkan ia merupakan tanggungjawab Majlis kepada
kerajaan Namibia merdeka pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, Majlis ini
tidak menjalankan tugasnya dengan baik kerana mendapat tentangan hebat dari pihak
Afrika Selatan. Berikutan hal itu, Majlis ini telah mencadangkan bahawa supaya Majlis
Keselamatan PBB bertindak tegas terhadap Afrika Selatan tetapi cadangannya mendapat
bantahan daripada beberapa kuasa besar di dalam Majlis Keselamatan PBB.
Pada tahun 1966, Afrika Selatan telah menjadikan Namibia sebagai wilayah
yang ke lima. Dengan ini, Afrika Selatan mempunyai kuasa untuk mengawal dalam
bidang pertahanan, hubungan luar negeri, polis, kastam, imigresen dan pengangkutan.
Seterusnya, kerajaan Afrika Selatan juga telah menubuhkan pasukan keselamatan yang
dikenali sebagai South-Africa Defence Force. Sejak bulan Ogos 1966 telah beriakunya
peristiwa berdarah yang paling teruk yang telah menyebabkan kematian seramai 20,000
orang pada tahun terse but. 37 Dengan itu, tugas pasukan keselamatan ini ialah mengawal
pendapatan, perdagangan, perindustrian, perlombongan dan kesihatan. Pada tahun 1980,
Afrika Selatan telah menubuhkan South West African Territorial Force (SWATF) yang
menjadi as as kepada angkatan bersenjata Namibia. Justeru itu, kekuatannya dianggarkan
seramai 22,000 orang.
Pada akhir tahun 1970, PBB telah mengadakan perbincangan dengan Afrika
Selatan di mana persetujuan telah dicapai dengan kata sepakat. Dengan ini, kesemua
lima ahli yang dikenali sebagai 'Contact Group' yang terdiri daripada Amerika Syarikat,
Britain, Perancis, Jerman Barat dan Kanada telah bersetuju untuk mengekalkan keamanan di
Namibia. Walau bagaimanapun, permintaan ini gagal kerana kumpulan ini tidak mahu
bekerjasama antara satu sarna lain dalam melaksanakan sekatan Majlis Keselamatan
ke atas Afrika Selatan. Pada 21 Januari 1977, Majlis Keselamatan Namibia telah
mengadakan pertemuan yang mana Kurt Waldheim yang merupakan Setiausaha Agung
PBB turut hadir dalam pertemuan tersebut. 38
Pada April 1978, Afrika Selatan telah menerima rancangan PBB iaitu
pilihanraya untuk kemerdekaan dilakukan yang mana Resolusi 435 telah ditetapkan
oleh Majlis Keselamatan PBB yang akan ditetapkan pada 27 Julai 1978. 39 Dengan ini,

36 Di Namibia terdapat sumber-sumber mineral yang banyak. Ini disebabkan sumber-sumber tersebut masih belum
diterokai oleh mana-mana Negara.
37 New Straits Times, "Casualties Soar In Namibia's Stalemate War", 29 May 1987.
38 William A. Landskron, Annual Review of United Nations Affairs 1977, Volume I, Oceana Publications, Inc., 1979,
him. 121.
39 New Straits Times, "Namibia Fight On For Independence", 14 Jun 1988.

117

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

PBB telah mengambil beberapa langkah untuk menjadikan Namibia sebuah negara yang
merdeka dengan mengadakan Resolusi 435 oleh Majlis Keselamatan PBB. Walaupun
demikian banyak halangan dan tentangan yang telah dilakukan oleh Afrika Selatan. 4o
Seterusnya, Pilihanraya telah diadakan bagi mewujudkan keamanan dan
membentuk sebuah kerajaan yang stabil yang didukungi oleh rayat jelata. Tujuan pilihanraya ini ialah untuk mendapatkan mandat rakyat. Justeru itu, PBB telah mendesak Afrika
Selatan agar menerima desakan Majlis Keselamatan PBB supaya diadakan pilihanraya
di Namibia untuk mencapai kemerdekaan. Akan tetapi Afrika Selatan akan menerima
kemerdekaan Namibia sekiranya perkara di Angola sudah selesai bahawa pengunduran
tentera Cuban dilakukan. 41 Pik Botha yang merupakan Menteri Luar Kerajaan Luanda
telah mengatakan bahawa:
South Afrika will grant independence to Namibia if talks on ending
Angola's 13 year old civil war result in the repatriation of 40,000
Cuban troops backing ... we will naturally not be satisfied with any
proposal that does not entail genuine Cuban wihdrawal.... We are not
interested in change offorces on the ground, a rearrangement of the war
theatre .... These are the issues, the two decisive, pertinent issues. Around
these two matters hinges the solution, the success or the failure ....
Coming to an agreement on a Cuban withdrawal does not mean that this
Government has abondoned or waived its right to insist that Angola
cease to harbour and train terrorist. 42
Pilihanraya Ill! dicadangkan diadakan di bawah pengawalan dan
penyeliaan PBB. Dengan ini, pilihanraya tersebut telah diadakan dari 7 November 1989
hingga 11 November 1989. Dengan demikian untuk menjayakan proses United Nations
Transition Assistance Group (UNTAG) dibantu oleh pegawai dan pemerhati tambahan
dari agensi PBB dan beberapa negara ahli PBB. Selain itu, dua negara dari ASEAN juga
membantu iaitu Thailand dan Singapura. Dengan ini, pilihanraya tersebut dapat dijalankan
dengan lancar. Berikutan hal terse but, keputusan pilihanraya telah diumumkan pada 11
November 1989 dan SWAPO diisytiharkan sebagai parti yang layak membentuk kerajaan.
Namun begitu, parti tersebut gagal memperoleh 2/3 darijumlah undi bagi membentukkan
kerajaandi Namibia.

40 Lihat Dalam Speech By Deputy Minister Of Foreign Affair. Encik Abdul Kadir bin Hj. Sheikh Fadzir On The
Question Of Namibia During The UN Session In New York. 19 November 1985.
41 The Star, "Namibia Likely To Get Independence", 6 May 1988.
42 New Straits Times, "South Africa Sets Terms On Namibia", 21 May 1988.

118

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

Misi Pengaman di Nambia (UNTAG), 1989 - 1990

Misi UNTAG adalah untuk menguruskan penghantaran pulang pelarian dan


mengawasi pilihanraya bagi peralihan Namibia yang membawa kepada kemerdekaan. 43
Pergolakan politik di Namibia adalah dikuasai oleh Afrika Selatan dan beberapa
organisasi tempatan misalnya SWAPO telah ditubuhkan untuk menentang terhadap
dasar Afrika Selatan. Malaysia telah bersedia untuk membantu dalam mengusahakan
keamanan diNamibiayang mana Menteri LuarNegarapadamasa itutelahmengatakan"we'll
have to wait and see."44 Malaysia telah bersetuju untuk menyertai misi pengaman PBB di
Namibia dan menyokong resolusi yang ditetapkan oleh PBB ke atas Namibia. 45 Selain
itu, Malaysia telah menderma sebanyak US$2 juta atau sebanyak $5 Juta kepada Tabung
Afrika untuk membantu negeri Afrika yang mana telah dianeam oleh oleh Afrika
Selatan. 46
Kontinjen Malaysia yang memulakan operasi tersebut dari 26 Februari 1989 hingga
20 April 1990 yang mana mengandungi 3 kumpulan iaitu kumpulan Batalion, pegawai
Markas UNTAG dan pemerhati tentera. Kumpulan batalion terdiri daripada 851 pegawai
dan anggota LLP (Lain-Lain Pangkat) yang sebahagian besamya daripada 17 RAMD yang
mana telah diperintah oleh Lt. Kol. Mislan Saiman dan kemudiannya oleh Lt. Kol. Abdul
Ghaffir Abdul Hamid. Kumpulan batalion ini diperkukuhkan lagi dengan kehadiran satu
kompeni daripada 21 RAMD. Batalion Malaysia Battalion (MALBATT) kebanyakannya
ditempatkan di utara Namibia di wilayah Ovamboland dan Kaokoland.
Di samping itu, Lt. Kol. Mislan Saiman yang merupakan ketua kepada 894 orang
dalam Kontinjen-17 dan batalion-21 Tentera Raja Negara telah meletakkan satu harapan
bahawa Malaysia akan dikenali sebagai negara yang suka akan keamanan dalam mata
dunia. 47 Selain itu, misi pengaman Malaysia akan dibayar sebanyak $14 Juta kepada
kerajaan Malaysia dari PBB untuk perkhidmatan yang dilakukan di Namibia dan Malaysia
merupakan antara negara yang ketiga memberi sumbangan batalion yang banyak iaitu
sebanyak 4,650 orang selepas Kenya dan Finland. 48 Menurut Ketua Tentera Tan Sri Jen
Yaakob Mohamed Zain, pasukan pertama yang terdiri daripada 20 orang pegawai akan
terbang ke Windhoek, ibu kota Namibia. 49
Kumpulan staf di Markas UNTAG pula terdiri daripada 15 pegawai yang ditempatkan
di Windhoek. Dengan ini, kumpulan ini diketuai oleh Kol Hidayat Shariff Abdul Ghaffur
yang juga merupakan Pegawai Memerintah Malaysia Contigent -MALCON (Kontinjen
Malaysia).

43
44
45
46
47
48
49

Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 36.
Sunday Star, "M'sia Ready To Help Keep Peace In Namibia", 25 Ogos, 1985.
New Straits Times, "Malaysia Willing To Join UN Force In Namibia", 14 July 1988.
New Straits Times, "Pledge 0[$5 Mil For Africa Fund", 9 Jun 1988.
New Straits Times, "MislanAims To Promote Malaysia's Good Name", 6 Mac 1989.
The Star, "UN To Pay Back $14 Mil For Upkeep O[Our Men In Namibia", 4 Mac 1989.
New Straits Times, "Troops And Equipment Bound For Namibia", 4 Mac 1989.

119

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Kumpulan pemerhati bagi misi ini terdiri daripada 25 pegawai yang diketuai
oleh Kol. Yunos Othman ditugaskan dalam kumpulan kecil di Oshakati, Ruacana,
Ondangwa dan Oshivello bersama pemerhati tentera dari negara lain. Dengan ini,
tugas utama kumpulan ini ialah memerhati dan menyiasat penarikan keluar Pasukan
PertahananAfrika Selatan (South African Defence Force). Selain itu, mereka memerhatikan
pembubaran Pasukan Wilayah Barat Daya Afrika atau South West African Territorial
Force (SWATF).50

KEMBOJA
Latar Belakang Kemboja
Pada tahun 1968, Perang Saudara telah berlaku di Kemboja 51 dan telah berlarutan
sehingga tahun 1970 di mana kerajaan Sihanouk telah dijatuhkan oleh Jeneral Lon
Nol dalam satu rampasan kuasa dengan menubuhkan kerajaan Republik Khmer. 52
Kemudiannya, Jeneral Lon Nol telah ditentang oleh kumpulan gerila yang dikenali
sebagai Khmer Rouge sehinggalah Khmer Rouge berjaya merampas kembali
kuasa pada tahun 1975. Dengan ini, Putera Sihanouk telah dilantik semula sebagai ketua
negara. Pada tahun 1976, Putera Sihanouk telah meletakkan jawatannya kerana berlaku
pergeseran politik dalaman di mana Khmer Rouge telah menubuhkan kerajaan
Demokratik Kampuchea yang mana Khieu Samphan dilantik sebagai pengerusi dan
Pol Pot sebagai Perdana Menteri Kemboja. Pada tahun 1976-1979, Kemboja telah
mengalami kesusahan dan kemusnahan yang amat tinggi semasa pemerintahan rejim Pol
Pot yang telah mengakibatkan lebih kurang 1,000,000 rakyatnya dibunuh.
Rejim Pol Pot dan Khmer Rouge telah dijatuhkan oleh Barisan Kebangsaan
Bersatu Khmer atau Khmer National United Front dengan dibantu oleh tentera Vietnam
pada tahun 1978. 53 Seterusnya telah mendirikan kerajaan baru yang dikenali sebagai
kerajaan Phnom Penh yang mana Heng Samrim telah dilantik menjadi Presiden. Walau
bagaimanapun, kerajaan terse but telah ditentang oleh tiga kumpulan yang berlainan yang

50 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hIm. 36.
51 Kemboja merupakan salah satu negara Indochina yang mana terletak di Asia Tenggara. Kemboja terletak
berhampiran Thailand dan Vietnam. Bangsa majoriti di Kemboja ialah bangsa Khmer.
52 David P. Chandler, A History a/Cambodia, Oxford: Allen & Unwin, 1992, hIm. 204-208.
53 Prince Norodom Shanouk, War and Hope: The Case/or Cambodia, New York: Pantheon Books, 1980, hIm. 85,
menyatakan bahawa faktor tentera Vietnam yang menolong Khmer National United Front pada 7 lanuari 1979 adalah
"The Vietnamese are an extremely intelligent, tenacious, heroic people, Pol Pot's supporters still had a chances as
long as their "duel" with the Vietnamese was limited to terrorist and counterterrorist attacks anyone well acquainted
with the Vietnamese communist knows they never do anything that is not well thought out, carefully and logically
planned. A character trait shared by all Vietnamese Communist or not, is that they never forget the wrongs their
enemies have done them. If a communist regime is to succeed, it must have a homogenous group of leaders who
work together smoothly. Beyond any doubt, Pol Pot's army had the best, fiercest, and most fearless guerilla soldiers
in the world. But in terms of conventional strenght it did not measure up to Ger. Giap's army. The final factor
contributing to the 1979 Vietnamese victory was the USSR".

120

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

mana terdiri daripada United National Front For An Independent, Neutral, Peaceful and
Cooperation Kampuchea (FUNCINPEC) yang diketuai oleh Putera Norodom Sihanouk,
Khmer People :s Liberation Front (KPNLF) dan Party of Democratic Kampuchea (PDK)
juga dikenali sebagai Khmer Rouge. 54
Pada tahun 1982, ketiga-tiga kumpulan tersebut telah bergabung di bawah
pimpinan Putera Norodom Sihanouk yang dikenali sebagai National Government of
Kampuchea dan berjaya menduduki kerusi di PBB sehinggalah Perjanjian Paris
ditandatangani pada 23 Oktober 1991. Namun begitu, kerajaan Phnom Penh dan
kumpulan The People:S Republic of Kampuchea yang dibantu oleh Vietnam dan
Soviet Union yang mana mempunyai kekuatan tentera seramai 50,000 orang telah
menguasai antara 80-90 peratus kawasan di Kemboja. Manakala National Government of
Kampuchea yang dibantu oleh China, Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN
yang mana mempunyai kekuatan tentera di antara 50,000-60,000 beroperasi di sempadan
Thailand dan di Barat Laut Kemboja.
PBB telah berusaha untuk mendamaikan Kemboja sejak tahun 1979 lagi. Dalam
usaha-usaha ini tidak berjaya kerana ia tidak dipersetujui oleh mereka yang bertelagah.
Selain itu, isu yang mana sikap ding in yang telah ditunjukkan oleh ahli tetap Majlis
Keselamatan PBB. Pada tahun 1985-1988, mereka yang bertelagah telah bersetuju
untuk berbincang di meja rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Javier Perez de
Cueller yang merupakan Setiausaha Agung PBB pada masa itu tidak pemah kenaI erti
putus asa berusaha dalam menyelesaikan masalah di Kemboja. Justeru itu, pada tahun
1990 yang mana beberapa pelan damai telah dibincangkan di Indonesia dan Tokyo.
Pada 23 Oktober 1991, setelah bertahun-tahun berjuang, keempat-empat puak
yang berperang akhimya bersetuju untuk gencatan senjata melalui perjanjian damai. 55
Di bawah perjanjian mengenai penyelesaian Politik Komprehensif Pertikaian Cambodia
yang ditandatangani di Paris, Majlis Kebangsaan Tertinggi Cambodia iaitu Supreme
National Council of Cambodia (SNC) menjadi badan unik yang sah dan sumber kuasa di
mana di sepanjang tempoh peralhan, kedaulatan kemerdekaan dan perpaduanKemboja
dimaktub. 56 Dengan ini, PBB diamanahkan untuk memastikan pelaksanaan perjanjian
ini. Pada 30 September 1991, PBB telah menubuhkan Misi Hadapan PBB di Kemboja
iaitu United Nations Advance Mission in Cambodia (UNAMIC) di bawah resolusi 717
(1991) yang diluluskan pada 16 Oktober 1991 untuk membantu keempat-empat puak
Kemboja yang berperang mengekalkan gencatan senjata dan mengusahakan latihan
kesedaran periuk api kepada penduduk awam. Dengan demikian, pada 9 November 1991,
pasukan terse but telah mula beroperasi di Kemboja.

54 Ikie Afuifa, "Kemboja Perdamaian Yang Belum Pas!i", Dewan Masyrakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Disember 1991, him. 22.
55 Kapt. Hahmi bin Khalil, "ATM Berbakti Lagi ... Kah Ini Di Kemboja", Patriot, Warta Angkatan Tentera Malaysia,
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan, Bil.l, 1992, him. 44.
56 Hedi Annabi, "The United Nations Plan for Cambodia", Ben Kierman (ed.), Genocide and Democracy in
Cambodia: The Kmer Rouge, the United Nations and the International Community, New Heven: Yale University
Southeast Asia Studies, 1993, him. 285-286.

121

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Javier Perez de Cueller yang merupakan Setiausaha Agung PBB pada ketika
itu telah diarahkan untuk membentangkan rancangan perlaksanaan United Nations
Transitional Authority in Kampuchea (UNTAC) melalui resolusi Majlis Keselamatan PBB
718 (1991) pad a 31 Oktober 1991. 57 Setelah Javier Perez de Cueller yang merupakan
Setiausaha Agung PBB pada masa itu telah digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali pada 9
Januari 1992 lalu telah mengarahkan Yasushi Akashi dari Jepun sebagai Wakil Tetapnya di
Kemboja dalam menguruskan UNTAC. Pada 14 Februari 1992, rancangan perlaksanaan
UNTAC diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB yang membolehkan pasukan pengaman
PBB ditugaskan di kawasan medan perang.
Pada 28 Februari 1992, Majlis Keselamatan PBB telah menubuhkan Kuasa
Peralihan PBB di Kemboja iaitu United Nations Transitional Authority in Cambodia
(UNTAC).58 Apabila UNTAC mula beroperasi pada 15 Mac 1992 UNAMIC diserapkan
ke dalam UNTAC. Selain pengurusan tentera, mandat UNTAC termasuk aspek - aspek
berikut:
I)
2)
3)
4)
5)

Hak asasi manusia


Mengatur dan menjalankan pilihanraya umum yang bebas dan saksama
Pentadbiran awam
Pemeliharaan undang-undang dan ketenteraman awam
Penghantaran balik dan penempatan semula pelarian dan orang-orang
Kemboja yang tidak ada tempat tinggal
6) Pemulihan infrastruktur Kemboja yang penting dalam tempoh peralihan. 59

Misi Pengaman di Kemboja (UNTAC), 1991 - 1993


Misi penghantaran pasukan pengaman ke Kemboja bermula pada 15 Mac 1992.60 Tugas
utama pasukan adalah untuk memulihkan keamanan negara Kemboja setelah musnah
akibat perang saudara di antara 4 puak Kemboja yang bertelagah. Dengan ini, tiga tugas
utama telah dijalankan serentak dalam misi ini yang dikenali sebagai:
I) Kumpulan Perhubungan Tentera PBB di Kemboja (United Nations Military

Liaison Team in Cambodia).


2) Misi Hadapan PBB di Kemboja (United Nations Advance Mission in
Cambodia -UNAMlC)-16 Oktober 1991 hingga 15 March 1992. Misi ini
bertanggungjawab terhadap perhubungan (liaison) antara parti-parti dalam
Majlis Tertinggi Negara (SNC) dan melaksanakan persediaan penempatan

57 Mej. Ismail Hj Misran. "Angkatan Tentera Malaysia Dengan Tugas Pengaman Dunia", Patriot. Warta Angkatan
Tentera Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan, Bi!. I, 1992, him. 78.
58 Trevor Findlay, Cambodia: The Legacy and Lessons of UNTAC. Oxford: Oxford University Press, 1995, him. 33.
59 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. him. 42.
60 Managing Arms in Peace Process: Cambodia, UNJDJR, New York: United Nations, 1996, him. 1.

122

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

awal UNTAC. SNC adalah pakatan yang berfungsi mengambil alih kuasa
pentadbiran sementara Kemboja sehingga penubuhan kerajaan baru melalui
pilihanraya umum dijalankan.
3) Kuasa Peralihan PBB di Kemboja - UNTAC-15 March 1992 hingga
September 1993. Dengan ini telah ditubuh untuk menjadi pentadbir semasa
peralihan kuasa.
Misi-misi ini melibatkan tugas mengawasl gencatan senjata, memberi
perlindungan kepada 500,000 pelarian, memerhatikan kestabilan keselamatan,
membuat perhubungan dan laporan kepada Majlis Keselamatan PBB serta mengendalikan
pilihanraya di kawasan tanggungjawab. Penyertaan Malaysia bermula dengan dua orang
pegawai sebagai pemerhati dalam misi UNAMIC mulai l3 November 1991 sehingga 15
Mac 1992Y Pada 6 Mac 1992, Malaysia telah menghantar kontinjen tentera yang terdiri
daripada Batalion Malaysia (MALBATT), pegawai Markas UNTAC, pemerhati tentera,
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan detasmen Polis Tentera. Dengan ini, pasukan
yang terlibat adalah seperti berikut:
1) MALBATT I yang berkhidmat mulai 16 Mac 1992 hingga 4 lulai 1993.
Pasukan ini diketuai oleh Kol. Mohamad Arshad Mohamad Raji. Batalion
yang terlibat ialah 1 Rejimen Renjer Diraja di bawah pemerintahan Lt. Kol.
GohAh Bah.
2) MALBATT II berkhidmat mulai 5 lulai 1993 hingga 4 November 1993 dan
diketuai oleh Kol. Zamri Ismail. Batalion yang dihantar ialah 11 RAMD yang
diperintah oleh Lt. Kol AnuarY
Seramai tujuh pegawai tentera dan tiga anggota berbagai pangkat
ditugaskan di Markas UNTAC, diketuai oleh Kol. Mohd Aris Salim yang digerakkan pada
15 April 1992. Kumpulan pemerhati tentera pula diketuai oleh Lt. Kol. Soo Ah Chai dan
melibatkan seramai 29 pegawai dihantar pada 15 April 1992.64 Detasmen polis
tentera seramai seorang pegawai dan 20 orang lain-lain pangkat yang diketuai oleh Kapt.
Adam Marsidi mula dihantarkan ke Kemboja pada 24 Mei 1992. Dalam tempoh misi ini
dijalankan, tentera yang bertugas berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang ketika
pilihanraya berlangsung di Sektor Battambang. Di sektor ini pasukan tentera bertugas
berjaya mengendalikan 4.7 juta penduduk yang keluar mengundi.

61 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 44.
62 Mej. Ab Rahman bin Tahir, "Tentera Malaysia Sertai PBB di Kemboja", Warta Angkatan Tentera, Kuala Lumpur:
Kementerian Pertahanan, Bil. 3, 1992, him. 14.
63 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 44.
64 Mej. Ismail Hj Misran, "Angkatan Tentera Malaysia Dengan Tugas Pengaman Dunia", him. 79.

123

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Selain itu, sekumpulan 25 orang pegawai dan 52 anggota lain-lain pangkat


TUDM yang diketuai oleh Mejar Quek Swee Chai dari TUDM juga ditugaskan pada
Januari 1993. Kumpulan ini ditempatkan di Phnom Penh adalah terdiri daripada pegawai
Trafik Udara, Pemadam Kebakaran dan anggota Operasi Pangkalan. Dalam tempoh pilihanraya23 Mei 1993 hingga27 Mei 1993,8 helikopterTUDM telahditugaskan untukmembantu
melaksanakan pilihanraya umum pertama di Kemboja di bawah pengelolaan UNTAC.
Dengan ini, helikopter ini digunakan untuk membawa peti undi dan pegawai-pegawai
pilihanraya.
Selain itu, buat pertama kalinya PDRM menyertai badan dunia iaitu PBB.
Dengan ini, pada 22 April 1992, sekumpulan anggotanya dihantar ke Kemboja
untuk misi UNTAC. 65 Dengan ini, sepasukan 226 anggota polis yang diketuai oleh PPP
Shamsuddin Abdul Hamid telah dihantar ke Kemboja selama tempoh 17 bulan. Pada 30
April 1993, Konstabel Carupaya Ananthan beserta dengan 2 orang pegawai PBB yang lain
telah diserang oleh pengganas ketika menjalankan tugas pengaman di daerah Kampung
Tang Trang, Kemboja.
Di atas sumbangan cemeriang MALBATT ke arah keamanan Kemboja,
Malaysia telah menerima surat penghargaan daripada Raja Combodia iaitu Norodom
Sihanouk yang menyatakan bahawa:
Kami, rakyat Cambodia, merakamkan setinggi-tinggi penghormatan
kepada Malaysia di atas tugas mulia, berani, dermawan, bermanfaat dan
patut dicontohi di bawah naungan UNTAC. 66
Boutros-Boutros Ghali yang merupakan Setiausaha Agung PBB turut memberi
pujian kepada kecekapkan anggota Tentera Malasia semasa menjalankan tugas di
Kemboja terutamanya dalam mengendalikan penghantaran balik pelarian Kemboja dari
Thailand ke negara asalnya yang berbunyi:
Mereka juga telah menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi
dan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk-penduduk
tempatan. 67

65 Utusan Malaysia, 24 Mac 2007.


66 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 46.
67 Kapt. Ridzuan bin Mohd Yusof, "Setiausaha Agung PBB di Battambang", Warta Angkatan Tentera Malaysia, Kuala
Lumpur: Kementerian Pertahanan, Bil. 3,1992, him. 4.

124

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

SOMALIA
Latar Belakang Somalia

Keadaan huru-hara dan pennusuhan di Somalia68 adalah akibat pertempuran saudara


antara dua kumpulan besar Somalia iaitu satu kumpulan yang menyokong presiden
sementara iaitu Ali Mahdi Mohamed dan satu puak lagi yang menyokong Jeneral
Mohamed Farah Aideed yang merupakan pengerusi Kongres Somalia Besatu,69 Selain
itu, terdapat 15 lagi kumpulan kecil tetapi bersenjata lengkap mengawal beberapa
bahagian Mogadishu, ibu Negara Somalia dan beberapa kawasan lain di Somalia,
Beberapa kumpulan ini juga telah mengistiharkan kesetiaan mereka dengan memihak
kepada salah satu daripada dua pihak yang bersengketa,
Somalia merupakan bekas tanah jajahan Itali dan Britian, dan diberi
kemerdekaan pada tahun 1960 oleh pihak penjajah. Setelah mencapai kemerdekaan pada 1
Julai 1960,70 Somalia telah bertelingkah dengan negara jirannya iaitu Ethiopia mengenai
persempadanan negara. Berikutan hal tersebut, Amerika Syarikat dan Soviet Union telah
terlibat dalam kancah pertelagahan terse but dengan memberi sokongan kepada salah satu
puak yang bertelagah dalam menyebarkan pengaruh mereka. Pada Oktober 1969, Jeneral
Mohamed Siad Barre yang dibantu oleh Soviet Union telah berjaya berkuasa di Somalia.
Kemudiannya, Jeneral Mohamed Siad Barre telah bertukar arah dengan memberi sokongan
kepada Amerika Syarikat bagi bertujuan untuk membantu membangunkan negaranya.
Farah Aidid yang merupakan seorang bekas duta Somalia ke India telah
mengetuai pihak tentera dan berjaya menjatuhkan Presiden Siad Barre pada awal1991. 71
Pada akhir Januari 1992, Kongres Kesatuan Somalia (United Somalis Congress) telah
melantik Ali Mahdi yang merupakan seorang ahli peniagaan sebagai Presiden Sementara
selama dua tahun. Berikutan perlantikan ini telah ditentang oleh Farah Aidid, dengan itu,
berlakulah pertelagahan kaum di antara Farah Aidid yang mengetuai puak Darod dengan
Ali Mahdi pula mengetuai puak Hawiye.
Keganasan kaum telah sampai kemuncak dan sehingga tahun 1992 dianggarkan
bahawa seramai 4,500,000 penduduknya iaitu lebih dari separuh jumlah penduduknya
mengalami kebuluran. Sejak dari November 1991 sehinggalah penugasan Pasukan
Pengaman Malaysia ke Somalia dianggarkan bahawa seramai 300,000 rakyatnya telah

68 Republik Somalia terletak di Timur Laut Afrika dan digelar Hom of Africa. Somalia terbahagi kepada 16 wilayah
yang bersempadankan Djibouti di utara, Ehtiopia di sebelah Barat dan Kenya di Selatan. Dengan ini, terdapat tiga
kaum terbesar di Somalia iaitu kaum Darrod, Issaq dan Hawiya. Somalia merupakan sebuah negara yang kaya
dengan hasil buminya.
69 Syed Othman Syed Omar, 19 RAMD Mekanis di Somalia, Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn Bhd, 1995, him.
26.
70 I. M. Lewis, The Modern History ofSomaliland From Nation to State, Weidenfeld and Nicolson, 1965, him. 163.
7 I Lihat lohan lamal Yazli, Mogadishu: Suka Duka Anak Malaysis di Somalia: Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributions Sdn. Bhd., 1993, him. 154, menyatakan pada 20 Februari 1991, Presiden Siad Barre telah digulingkan
oleh Kumpulan Pembebasan Rakyat. Kaum keluarganya telah mendapat suaka politik di Kenya, dan beberapa
negara barat.

125

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

terkorban dan lebih 1,500,000 orang lagi sedang menghadapi maut. Pad a awal 1992,
dianggarkan bahawa seramai 3,000 rakyatnya yang mana kebanyakannya adalah wanita,
kanak-kanak dan orang tua telah mati setiap hari akibat mengalami kebuluran. Seterusnya,
pada bulan Januari 1992, kadar kematian telah meningkat kepada 5000 orang mati setiap
hari.
Keadaan negara menjadi tidak terkawal di mana institusi kerajaan menjadi
lumpuh dan rakyatnya telah mempunyai senjata persendirian bagi melindungi diri masingmasing dan keluarganya serta digunakan untuk menyamun dan merompak barang-barang
keperluan masing-masing. Selain itu, Somalia turut mengalami masalah alam semulajadi
yang mana hampir satu dekad buminya tidak ditimpa hujan dan ramai rakyatnya mati
menjadi mangsa kebuluran.72 United Nations Children's Fund (UNICEF) dan World
Food Programme (WFP) telah membantu mangsa kebuluran dan kanak-kanak di negara
tersebut. Walaupun dalam keadaan keselamatan yang terancam, UNICEF dan WFP serta
Intenational Committee of Red Cross (lCRC) dan juga Non-Government Organization
(NGOS) telah berusaha untuk memberi bantuan kemanusiaan.
Sebelum Javier Perez de Cueller menyerahkan kuasa sebagai Setiausaha
Agung PBB, beliau telah memaklumkan kepada Boutros-Boutros Ghali bahawa tentang
perlunya sesuatu tindakan diambil oleh PBB bagi mengembalikan keamanan di
Somalia. 73 Dengan ini, Maj lisKeselamatan PBB telah berjayamemujukkedua-duakumpulan
besaryang bertelagah ini dan mengeluarkanResolusi 733 iaitumengharamkan penghantaran
persenjataan ke negara tersebut oleh mana-mana negara di dunia ini. Organization of
African Unity (OAU), League of Arab States (LAS) dan Organization of the Islamic
Confenrence (OIC) telah diminta oleh PBB untuk membantu usaha damai tersebut.7 4
Pada 3 Mac 1992, kedua-dua pemimpin yang bertelagah telah bersetuju menanda
tangani perjanjian gencatan senjata. Seterusnya, pada 17 Mac 1992, Majlis Keselamatan
PBB sekali lagi telah mengeluarkan Resolusi 746 bagi meneruskan bantuan kemanusiaan
dan menghantar pasukan teknikal. Justeru itu, PBB berjaya memujuk kedua-dua puak
besar supaya bersetuju menghentikan permusuhan pada 24 April 1992 dengan menubuhkan Operasi PBB di Somalia I yang dikenali sebagai United Nations Operation in Somalia
(UNOSOM) I di bawah Resolusi 751. 75 UNOSOM I telah diberi mandat melaksanakan
tugas-tugas berikut:
1) Mengawasi gencatan senjata di Mogadishu.
2) Memberi perlindungan dan keselamatan kepada anggota PBB, peralatan dan
bekalan.
3) Mengiring dan melindungi penghantaran bekalan kemanusiaan ke pus atpusat agihan. 76
Adliatun Mokhtar, "Somalia, Islam dan Muslim", Suara Masjid Negara. Bi!. 32, 15 Januari 1993.
Ini disebabkan tempoh untuk menjawatjawatan sebagai SetiausahaAgung PBB telah tarnal.
The United Nations and the Situation in Somalia, Department of Public International, March, 1994, him. I.
Samuel M. Makinda, Seeking PeaceFrom Chaos: Humanitarian Intervention in Somalia, London: Lynne Rienners,
1993, him. 62.
76 Mandat ini telah dikeluarkan berdasarkan Resolusi yang dikemukakan oleh Majlis Keselamatan PBB.

72
73
74
75

126

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

Walaupun perjanjian gencatan senjata telah dicapai, namun keadaan di


Somalia masih lagi belum reda dan selamat. Pada 25 lun 1992, kapal terbang yang disewa
oleh WFP yang ditanda dengan PBB telah dituduh oleh Farah Aidid membawa wang dan
persenjataan dari Nairobi untuk diserahkan kepada pengikut Ali Mahdi. Kemudiannya,
Farah Aidid telah mengarahkan agar kemasukan anggota pengaman PBB dan bantuan
kemanusiaan dihenti.
Walau bagaimanapun, keadaan keselamatan yang semakin buruk di Somalia
menghalang UNOSOM I daripada melaksanakan mandat sepenuhnya. Pada 3
Disember 1992, Majlis Keselamatan PBB sekali lagi mengeluarkan Resolusi 794 bagi
meluluskan penubuhan Pasukan Petugas Bersatu iaitu Unified Task Force (UNITAF) yang
diketuai oleh Amerika Syarikat untuk melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan di
Somalia dan merestui perlaksanaan piagam VII PBB iaitu menggunakan segala kaedah bagi
mengembalikan keamanan di Somalia.
Amerika Syarikat telah menghantar 28,000 anggotanya dan mengisytiharkan
operation 'Restore Hope m dilaksanakan di Somalia iaitu membuka jalan dan mengawal
keselamatan Pasukan Bantuan Kemanusiaan PBB dalam melaksanakan tugas mereka. 78
Pada masa yang sarna, wakil khas PBB di Somalia berusaha berhubung dengan puak-puak
yang bertelagah untuk di bawa meja rundingan. Akhirnya, sekali lagi puak-puak yang
bertelagah bersetuju untuk berdamai dan menandatangani perjanjian gencatan senjata
pada 15 Mac 1993 di Addis Ababa.
Setiausaha Agung PBB telah mengarahkan agar UNITAF ditukarkan kepada
UNOSOM II bagi melaksanakan pedamaian. Dengan ini, mandat pasukan pengaman PBB
juga telah diubah dengan melaksanakan Bahagian ke VII Piagam PBB yang membolehkan
saiz pasukan pemgaman dibesarkan dan penguatkuasaan diperhebatkan bagi menjalankan
keselamatan pasukan pengaman di sesuatu kawasan yang mengalami konflik. Pada 26
Mac 1993, PBB meluluskan bahagian kedua Operasi PBB di Somalia iaitu UNOSOM
II yang mengambil alih operasi UNITAF dengan menambahkan saiz dan mandat dengan
direstui dalam Resolusi Majlis Keselamatan 814. Dengan ini, UNOSOM II diberi mandat
di bawah Artikel 42, Bab 7 Piagam PBB yang meliputi kegunaan kekerasn oleh Tentera
Pengaman dalam keadaan tertentu yang berbunyi:
Should the Security Council consider that measures provided for in Article
42 would be inadequate or have proved to be inadequate, it may take such
action by air, sea, or land force as may be necessary to maintain or restore
international peace and security. Such action may include demonstrations,
blockade and other operations by air, sea or land force of Members of The
United Nations. 79

77 Kejayaan utama Operation Restore Hope ialah terbongkamya sindiket-sindiket senjata pasar gelap antarabangsa
yang bertanggungjawab membekal senjata kepada militan Somalia.
78 Syed Othman Syed Omar, 19 RAMD Mekanis di Somalia. him. 26.
79 Ibid., him. 28.

127

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Misi Pengaman di Somalia (UNOSOM 11),1992 -1995

Sebelum misi UNOSOM II ditubuhkan, misi UNOSOM I dilancarkan bagi mengawasi


gencatan senjata yang dipersetujui oleh puak-puak yang bermusuhan di Somalia.
Permusuhan adalah di antara penyokong Presiden sementara Ali Mahdi Mohamed
dan puak yang menyokong Pengerusi Kongres Somalia Bersatu, Jeneral Mohamed
Farah Aideed. Disebabkan keadaan yang bertambah buruk di Somalia, UNOSOM II
ditubuhkan dengan pertambahan kekuatan dan tanggungjawab melalui Resolusi 814
(1993).80

PBB berjaya memujuk kedua-dua puak besar supaya bersetuju menghentikan


permusuhan pada 24 April 1992 dengan menubuhkan Operasi PBB di Somalia I atau
United Nations Operation in Somalia 1. UNOSOM I diberi mandat melaksanakan tugastugas berikut:
I) Mengawasi gencatan senjata di Mogadishu
2) Memberi perlindungan dan keselamatan kepada anggota PBB, peralatan dan
bekalan
3) Mengiring dan melindungi penghantaran bekalan kemanusiaan ke pusatpusat agihan 81
TDM hanya terlibat dalam misi UNOSOM II apabila menghantar sejumlah 870
orang anggota tentera dari Batalion ke 19 Mekanize RAMD yang mula bertugas pada 18
lun 1993. Batalion yang dikenali sebagai MALBATT I ini diperintah oleh Kol Abdul Latif
Ahmad mengandungi 3 kompeni iaitu 2 kompeni mekanis dan I kompeni
daripada 7 RAMD. Seterusnya, batalion ini telah ditempatkan di Kern Lapangan Terbang
Mogadishu.
Misi UNOSOM II ini pada peringkat awalnya dipelopori oleh Tentera Amerika
Syarikat dengan misi mereka 'Restore Hope' yang banyak mendapat tentangan daripada
rakyat Somalia dan masyarakat antarabangsa. Dengan ini, MALBATT telah diberikan
tugas sebagai pasukan pengaman dan pegawai di Pejabat PBB. Dengan demikian,
kawasan-kawasan tanggungjawab MALBATT merangkumi Kompleks Universiti,
Lapangan Terbang Mogadishu, Hunter Base, Pelabuhan Mogadishu, lasira Road,
Stadium Mogadishu dan sekitar Aroyo Beach. Semasa perkhidmatan MALBATT I,
Malaysia telah kehilangan seorang wira negara yang terkorban dan ramai yang tercedera
di dalam Peristiwa Pasar Bakara di mana MALBATT I telah dihantar untuk menyelamatkan askar Renjer Amerika Syarikat. Dalam kejadian pada 3 dan 4 Oktober 1993 ini, Kpl.
Aznan Awang telah terkorban dan empat anggota lain cedera parah.

80 Ibid., him. 33.


81 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 46

128

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

Pasukan MALBATT II yang terdiri daripada 7 RRD telah mengambil alih tugas
dan diberi penugasan yang lebih mencabar iaitu sebagai Quick Reaction Force (QRF)
atau pasukan atur gerak cepat kepada Force Comd dan untuk memberi perlindungan
keselamatan kepada Special Representative kepada Setiausaha Agung PBB semasa beliau
di luar Mogadishu. Selain ini, tugas yang dijalankan adalah melatih pasukan pertahanan
awam, operasi ambil alih tugas dari Kontinjen Jerman, sekatan jalan raya, tugas rondaan
dan pengiring. Seterusnya, MALBATT II menamatkan misi pada 28 Julai 94 dan telah
digantikan oleh MALBATT III yang dip imp in oleh Ko!. Rosli bin Md Yusof dengan
kekuatan 957 anggota dari Batalion ke - 7 RAMD.82
Tidak lupa juga, Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat dalam
pertempuran hebat untuk menyelamatkan unit US Ranger yang terperangkap di Pasar
Bakkara, Somalia. Task Force Ranger Amerika Syarikat telah melancarkan satu
operasi untuk menangkap dua orang pembantu kanan panglima perang Somalia, Jeneral
Farrah Aidedd di Hotel Olimpik, Mogadishu. Operasi yang tidak dirancang dengan baik itu
akhimya menemui masalah apabila dua buah helikopter Black Hawk Amerika
Syarikat berjaya ditembakjatuh oleh militia Somalia. 83 Daripada satu operasi menangkap
pembantu kanan panglima perang Somalia, operasi itu telah berubah menjadi operasi
menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas itu. Di sini merupakan kenyataan
yang telah dibuat oleh Mejar Roslan Md. Sharifberbunyi:
Daripada pemerhatian saya orang tempatan cukup marah kepada AS
[Amerika Syarikat] khususnya helikopter kerana suka membuat kacau.
Mereka (tentera AS) suka terbang rendah di kawasan perkampungan
miskin menyebabkan rumah penduduk yang kebanyakannya didirikan
sementara berterbangan dan sebagainya.
Salah satu cara mereka menghalang pergerakan Black Hawk ialah dengan
membakar tayar.84
Dalam operasi menyelamatkan askar AS itu, komander US Ranger telah
memohon bantuan Malbatt pada sekitar 5.00 petang. Dua kompeni telah diarahkan
bersedia dalam masa duajam sahaja. Kemudian, mereka terpaksa menunggu lebih kurang
lima jam sebelum mereka bergerak ke kawasan pertempuran bersama dengan seunit
kereta kebal Pakistan dan 2 kompeni askar AS dari 10th Mountain Division. Dengan ini,
masa limajam telah dihabiskan untuk meyakinkan askar AS bahawa mereka tidak terlatih
untuk mengendalikan kenderaan APC Condor itu dan juga untuk menyelaraskan arahan
di medan tempur nanti. Akan tetapi misi ini telah berjaya dan menyelamatkan 75 nyawa
Amerika Syarikat. Dengan itu, Malaysia telah menerima surat penghargaan dari Rumah
Putih Amerika Syarikat yang berbunyi:
82 Ibid., him. 48.
83 UtI/san Malaysia, 16 September 2002. Mark Bowden, Black Hawk Down: A Story of Modern War, United States:
G.K. Hall & Co., 2002, him 117-214.
84 Utusan Malaysia, 26 Mac 2005.

129

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Kami amat menghargai keberanian dan ketabahan tentera Malaysia yang


telah membantu menyelamatkan askar-askar Amerika Syarikat yang
terbabit dalam peristiwa 3 dan 4 Oktober 1993. Mereka, serta semua
negara lain yang telah berkorban dalam usaha kemanusiaan ini, telah
mendapat penghargaan dari masyarakat antarabangsa dan rakyat
Somalia. 85
Dengan ini, seorang askar Malaysia iaitu arwah Pbt. Azman yang mana telah
dinaikkan pangkat ke Koperal selepas kematian dan menerima pingat Seri Pahlawan
Gagah Perkasa, SP, yang merupakan pemandu kereta APC 1 telah terkorban. Selain
itu, enam orang lagi tercedera dan dihantar kembali ke Malaysia untuk mendapatkan
rawatan. Dua buah kenderaan pengangkut tentera Condor musnah dan tidak boleh dibaiki.
Dengan demikian, lebih kurang 2 ribu rakyat Somalia terkorban yang mana sebahagiannya di
tangan askar kita.
Kemuncak kejayaan negara adalah periantikan Jeneral Datuk Aboo Samah
Aboo Bakar sebagai Komander UNOSOM II pada 6 Januari 1994 yang mana telah
mencatatkan sejarah sebagai pegawai tentera pertama dari Benua Asia Tenggara
dilantik menerajui pasukan PBB di peringkat antarabangsa. Dengan ini, Jeneral Aboo
Samah mengambil alih pemerintahan pasukan PBB seramai 20,000 orang di Somalia
daripada Leftenen Jeneral Cervik Bir dari Turki.
PDRM juga turut serta dalam UNOSOM II. Pada 18 April 1994, lima anggota
polis telah dihantar ke Somalia untuk bertugas sebagai jurulatih kepada Pasukan Polis
Somalia. Mereka kembali ke Malaysia pada 21 September 1994. Menjelang Mac 1995,
semua anggota Pasukan Keselamatan Malaysia telah menamatkan tugas pengaman PBB
mereka di Somalia. 86

85 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 48.
86 Dengan ini, mereka telah berjaya melakukan tugas pengamannya yang mana telah diseru oleh PBB. Selain itu,
mereka telah dipuji oleh Rumah Putih Amerika Syarikat atas pengaman Malaysia menyelamatkan tenteranya.

130

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

BOSNIA-HERZEGOVINA
Latar Belakang Bosnia-Herzegovina
Pada kurun ke-12, Bosnia-Herzegovina87 telah dijajah oleh Hungary dan di antara tahun
1366 hingga tahun 1463, Bosnia-Herzegovina telah diserang beberapa kali oleh Empayar
Turki Uthamaniyah. Pada tahun 1463, wilayah tersebut ditakluki oleh Empayar Turki
Uthamaniyah yang beragama Islam. 88 Ini adalah ekoran daripada periuasan kuasa
kerajaan Uthamaniyah di Semenanjung Balkan selepas kekalahan tentera Serbia ke
tangan tentera kerajaan Uthamaniyah dalam Perang Kosovo yang beriaku pada
tahun l389. Dengan penaklukan kerajaan Uthamaniyah ke atas Bosnia-Herzegovina
menandakan bermulanya era pemerintahan kerajaan Islam di Bosnia-Herzegovina dan
berakhimya empayar Dushan yang dinaungi oleh Raja Karageogvitch dari Serbia.
Seterusnya kekalahan kerajaan Uthaminayah pada tahun 1878 dan selepas
Perang Dunia II, Bosnia telah digabungkan dalam kesatuan Republik Yugoslavia. 89
Seterusnya, Tito berusaha untuk membangun kern bali persaudaran tersebut di bawah
'identiti nasional' .90 Akan tetapi pergolakan yang berlaku di Yugoslavia bermula selepas
kematian Tito pada tahun 1980. Dengan periantikan Siobodan Milosevic pada tahun 1987
sebagai Presiden Serbia,91 maka Yugoslavia yang terdiri dari enam buah wilayah iaitu
Bosnia-Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia serta dua
wilayah otonomi iaitu Vojvodina dan Kosovo mula mengalami pergolakan pertelagahan
di antara tiga kaum yang menjadi majoriti penduduk Yugoslavia iaitu Serbs, Croats dan
Bosnia Muslim. Di sini, puak Serbs dan Croats tidak suka antara satu sarna lain.92 Selain
itu, merekajuga membenci puak Muslim. Namun pada beberapa ketika pula, puak Croats
dan Muslim bersatu menentang puak Serbs. Puak Serbs merupakan kaum yang terkuat dan
terlatih kerana 70 peratus darinya merupakan bekas anggota tentera kerajaan Yugoslavia.

87 Pada abad ke-7 Masihi, masyarakat Bosnia-Herzegovina terdiri daripada rumpun Slav yang berhijrah ke
Semenanjung Balkan. Asal usul nama Bosnia adalah diambil dari nama Sungai Bosna. Nama Herzegovina diambil
dari perkataan Jerman herzog iaitu gelaran untuk pemerintah negeri di kurun ke-15. Penduduk Islam asal BosniaHerzegovina ialah berbangsa Ilyrian dari rumpun bangsa Indo-Eropah yang menguasai kawasan Barat Laut
Semenanjung Balkan. Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah yang mempunyai perbatasan antara
kebudayaan Barat dan Timur. Pada pertengahan abad, wilayah tersebut menjadi tempat pertikaian dan perebutan
pengaruh di antara Roman Barat yang beragama Katolik dan Roman Timur yang beragama Ortodoks. Di tengahtengah pergelutan tersebut, terdapat pula sebuah kelompok bida'ah Kristian yang dikenali sebagai Bogomil.
Bogomil ini mempunyai ahli terutamanya masyarakat kelas atasan Bosnia.
88 Noel Malcolm, Bosnia A Short Historl', Penerbit: Macmillan London Limited. 1994, him. 43.
89 Bogdan Denitch, Ethnic Nationalism. The Tragic Death of Yugoslavia, London: University of Minnesota Press,
1994, him. 26.
90 Abdul Malik b. Mohd Ali B, "Bosnia-Herzegovina: Antara Kehancuran Kemanusiaan dan Takut", Pengaman, S. C.
(Hons), Jilid. 46, 1992.
91 Stevan K. Pavlowitch, Serbia: The History Behind the Name, London: Hurst & Company, 2002, him. 192-193.
92 Sabrina P. Ramet, Balkan Babel: The Disintegration of Yugoslavia From the Death of Tito to the Fall of Milosevic,
Oxford: Westview Press, 2002, him. 153-174.

131

MALAYSIADARI SEGI SEJARAH

Akibat daripada pertelagahan terse but, beberapa buah negeri di bawah Persekutuan
Yugoslavia telah berpecah dan telah mengisytiharkan kemerdekaan. Selepas Slovenia dan
Croatia mendapat kemerdekaan, Bosnia-Herzegovina pula menuntut kemerdekaan iaitu
berikutan Parti Islam Tindakan Kebangsaan memenangi pilihanraya yang mengakibatkan pertumpahan darah dan kematian yang amat menyedihkan dan menyayatkan. Di sini,
Bosnia-Herzegovina terdiri daripada 43 peratus penduduk Bosnia Muslim, 32 peratus
Serbs dan 17 peratus Croats. Namun begitu, puak Serbs telah menentang kerana mereka
mahu menguasai seluruh kerajaan Yugoslavia. 93
Penglibatan PBB dalam krisis yang berlaku pada bekas Yugoslavia bermula
pada 25 September 1991 yang mana Resolusi Keselamatan 713 (1991) menghalang
kemasukan senjata dan peralatan perang ke negara-negara bekas Yugoslavia.
Walaupun begitu, semua puakyang bertelagah bersetuju untukmengadakangencatan senjata,
namun begitu pelanggaran gencatan senjata sering sahaja dilakukan sehinggakan Majlis
Keselamatan PBB telah mengeluarkan Resolusi 721 pada 27 November 1991 yang
mana telah memaksa pihak yang bertelagah mematuhi perjanjian gencatan senjata. Pad a
15 Disember 1991, Majlis Keselamatan PBB telah mengeluarkan sekali lagi arahannya
iaitu Resolusi 724 (1991) untuk menghantar kumpulan kecil pasukan pengaman bagi
mengkajikeadaandan persiapan sebelum menghantarpasukan pengaman yang lebih besar ke
Bosnia-Herzegovina. Setelah laporan itu siap dibuat oleh kumpulan awal pengaman,
dengan ini, Resolusi 743 dan 749 (1992) telah dikeluarkan bagi melibatkan pasukan
pengaman yang lebih besar bagi mengembalikan keamanan di bekas Yugoslavia. Ia
dikenali sebagai United Nations Protection Force (UNPROFOR).
Pada 4 lanuari 1993, Pengerusi bersama kerajaan Bosnia-Herzegovina telah
memasukan puak Serbs dan Croats dalam kerajaan bagi meredakan keadaan di Bosnia yang
dikenali sebagai Rancangan Damai Vance-Owen yang mana telah ditandatangani pada 30
lanuari 1993 oleh ketiga-tiga puak yang bertelagah iaitu Alija Izetbegovic mewakili puak
Islam Bosnia, Mate Boban mewakili puak Croats dan Dr. Radovan Karazic mewakili puak
Serbs. Walaupun perjanjian ini dimeterai, namun penghapusan etnik dan pencabulan hak
asasi manusia masih berlaku terutamanya kepada kaum wan ita, kanak-kanak dan tawanan
perang. 94 Agak malangnya bagi Bosnia-Herzegovina kerana negara itu tidak mempunyai
laluan masuk yang bebas kecuali melalui jalan darat dan udara menerusi negara Croatia
dan Serbia. Dengan ini, bagi puak Serbs, mereka telah dibantu dari segi persenjataan dan

93 "Fakta Negara Bosnia Herzegovina", Misi Antarabangsa di Bosnia Herzegovina, Kuala Lumpur: Kementerian
Pertahanan, Dis 1996-Jun 1997.
94 Dalam persengketaan dan peperangan, membunuh adalah pekerjaan tentera. Displin memusnahkan musuh
adalah tugas tentera. Rogol dalam persengketaan adalah saudara kern bar kepada membunuh. Ia bukan sahaja satu
displin memusnahkan musuh tetapi kesan jangka panjang kepada masyarakat tersebut. Rogol dan pembunuhan
adalah nanah dalam pembersihan etnik. Dalam Alijah Gordon, Bosnia Saksian Sah Jenayah-Jenayah Perang Dari
Mulut Mereka Yang Pernah Menjadi Mangsa, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions, Sdn. Bhd.,
dan MSRI, 1994, hIm. 100, kenyataan mangsa perang bemama Halima yang berbunyi "Satu hari dalam perjalanan
pulang, saya telah bertemu dengan seorang gadis yang sedang berlari ketakutan. Dia memberitahu saya askar Serb
sedang membawa keluar budak perempuan dari kern dan merogol mereka ... " menguatkan lagi pandangan tersebut
di atas.

132

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

bantuan kelengkapan serta makanan dari negara bekas Yugoslavia dan puak Croats pula
di bantu oleh negara Croatia. Sementara puak muslim Bosnia pula terpaksa menunggu
bantuan makanan dari pihak antarabangsa.
Dalam keadaan tersebut, Majlis Keselamatan PBB telah bersetuju untuk
menghantar tentera Bosnia-Herzegovina bagi mengawal tugas dan konboi bantuan
kemanusiaan dengan Resolusi Majlis Keselamatan SCR 743 pada Februari 1992 untuk
mengatur gerak United Nations Protection Forces (UNPROFOR I) ke Croatia dan pada
lun 1992 dengan pasukan UNPROFOR II ke Bosnia-Herzegovina. PadaApril hingga Mei
1993, Majlis Keselamatan PBB telah mengisytiharkan enam kawasan selamat bagi puak
muslim berdasarkan Resolusi 836 (1993).95 Dengan itu, kawasan-kawasan tersebut ialah
Sarajevo, Tuzla, Bihac, Sebrenica, Zepa dan Goradze bagi menentukan keselamatan puak
Muslim dari penghapusan etnik oleh puak Serbs dan Croats. Di antara tahun 1991-1995,
ratusan ribu Islam Bosnia telah dibunuh oleh orang kristian Serbia yang mempopularkan satu terminologi politik baru iaitu 'ethnic cleansing' atau 'membunuh dan menghalau
orang Islam' dari kawasan Bosnia yang ditawan oleh Serbia dan mereka yang tinggal di
Serbia. 96

Misi Pengaman Di Bosnia-Herzegovina (UNPROFOR), 1992 - kini

Ekoran kejatuhan bekas Republik Yugoslavia yang mana negara yang pemah bersatu
ini berpecah kepada beberapa wilayah iaitu Bosnia-Herzegovina, Croatia, Serbia dan
Montenegro, Slovenia dan Macedonia. Dengan tercetusnya konftik etnik di BosniaHerzegovina, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan Resolusi 713 di mana ia telah
menyeru semua negara supaya mengenakan a general and complete embargo on all
deliveries of weapons and military equipment to Yugoslavia.
Dengan ini, pasukan Pelindung PBB iaitu UNPROFOR telah ditubuhkan
pada 21 Februari 1992 sebagai suatu rancangan sementara untuk mewujudkan keadaan
keamanan dan keselamatan yang diperiukan bagi mengadakan rundingan bagi penyelesaian
menyeluruh ke atas krisis Yugoslavia. 97 Di Croatia, UNPROFOR telah dibahagikan ke
tiga kawasan Perlindungan PBB iaitu United Nations Protected Area (UNPA). Dengan
ini, mandat UNPROFOR ialah memastikan UNPA menjadi kawasan bebas tentera melalui
pengunduran atau pembubaran semua pasukan bersenjata di kawasan tersebut dan semua
penduduk di situ dilindungi daripada ancaman bersenjata.

95 Lihat Dalam Statement Mr Redzuan Kushairi, Charge D' Affaires A I of Malaysia At The Security Council in New
York on 23 August, Foreign Affairs, Situation In Bosnia-Herzegovina, Vol. 26, No.3, September 1993, hIm. 27.
96 Utusan Malaysia, "Perang Baru Di Bosnia?", 17 April 1997.
97 Kementerian Luar Negeri, Malaysia Dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, him. 50-5 I.

133

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Di Bosnia-Herzegovina, keadaannya bertambah buruk. Justeru itu, mandat


dan kekuatan UNPROFOR telah diperluaskan lagi untuk memastikan keselamatan dan
kefungsian lapangan terbang di Sarajevo dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke
Sarajevo dan kawasan sekitarnya. Pada September 1992, mandat UNPROFOR telah
diperluaskan \agi untuk membantu usaha-usaha Suruhanjaya Tinggi Bagi OrangOrang Pelarian iaitu UNHCR menghantar bantuan kemanusiaan keseluruh BosniaHerzegovina serta melindungi konvoi tahanan awam yang dibebaskan sekiranya diminta
berbuat demikian oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Berikutan ini, lebih
banyak lagi UNPA diwujudkan dan setiap satu diawasi oleh satu kumpulan infantri.
Semenjak bulan November 1992, UNPROFOR telah mengawasi pematuhan larangan ke
atas semua penerbangan tentera di ruang udara Bosnia-Herzegovina. Menjelang Mei 1993,
beberapa bandar telah diisytiharkan sebagai kawasan selamat oleh Majlis Keselamatan
PBB. Antaranya ialah Srebrenica, Sarajevo, Tuzla, Zepa, Gorazde dan Bihac.
Di Macedonia, UNPROFOR telah ditugaskan pada bulan disember 1992 untuk
mengawasi dan melaporkan sebarang perkembangan di kawasan sempadan yang boleh
mengancam keselamatannya.
Sebagai menyahut seruan supaya kehadiran PBB ditambah, pada September 1993
Malaysia menghantar satu kontinjen tentera terdiri daripada 1,489 pegawai dan anggota
LLP ke Bosnia-Herzegovina. Ini adalah pertama kali tentera Malaysia berkhidmat di
benua Eropah yang beriklim sederhana. Dengan ini, Kontinjen ATM terdiri daripada
Batalion Malaysia iaitu MALBATT, pegawai UNPROFOR, detasmen KPT dan pemerhati
tentera. Penglibatan MALBATT ialah seperti berikut:
I) MALBATT I pad a 29 September 1993-22 Ogos 1994, diperintah oleh
Kolonel Mohd Hashim Hussein. Kumpulan batalion ialah dari Batalion ke-23
RAMD dan 3 Rejimen Armor.
2) MALBATT II pada 22 Ogos 1994-27 Mac 1995, diperintah oleh Kolonel
Kamaruddin Mat Tan dengan kumpulan batalion ke-5 RAMD dan 2 Rejimen
Armor.
3) MALBATT III, 28 Mac 1995, diperintah oleh Kolonel Hussein Kamal Hazizi
dengan kumpulan Batafion dari Batalion ke-12 RAMD dan I Rejimen
Armor.98
Selain daripada itu, satu Pasukan Trafik Udara yang terdiri daripada 4 pegawai
TUDM juga telah ditugaskan. Pada 19 April 1994, Mejar Ramli Shaari telah terkorban
ketika menjalankan tugas rondaan untuk menentukan lokasi peri uk api darat. Pad a 12
Mei 1994, Mejar Ariffin Zakaria telah dibunuh oIeh militia Serb ketika membuat ronda an
di Cermenica, di Timur Laut Sarajevo. Selain itu juga, Batalion Kedua Belas Rejimen
Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kern Daralockwood, Kuantan turut terlibat di

98 Ibid., hIm. 54.

134

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 1957-2003

dalam misi Pengaman PBB di Bosnia-Herzegovina di mana seramai 16 pegawai dan 403
LLP yang diketuai oleh Leftenan Ko1onel Ariffin Shah Muhamad telah berlepas ke negara
tersebut 99
Sehingga 30 April 1994, misi ini telah menyaksikan penyertaan sebanyak 35
buah negara di mana seramai 727 anggota polis, 38,224 anggota keselamatan dan 680
pemerhati yang terlibat Misi ini merupakan salah satu daripada misi termahal dan terbesar
yang telah dijalankan oleh PBB sejak tahun 1945, Dalam menyumbang kepada misi ini,
sehingga 30 April 1994, Malaysia telah menghantar seramai 1,492 anggota keselamatan
dan 20 orang pemerhati. 100 Pada 1 Oktober 1994, Malaysia juga turut menghantar
sepasukan 25 orang pegawai dan anggota Polis yang diketui oleh PPP Zakeri
Kamaruddin ke Croatia. Penglibatan Malaysia dalam UNPROFOR masih berterusan.
Walaupun demikian, UNPROFOR mengalami kegaga1an dalam misinya dan te1ah
menyebabkan PBB mengundurkan diri pada 25 Disember. Di sini merupakan ucapan
daripada YAB Dato Seri Mahathir bin Mohamad yang berbunyi:
Masanya telah sampai bagi masyarakat antarabangsa mengkaji
semula peranan Operasi Pengaman PBB. Kegaga1an UNPROFOR untuk
memberhentikan keganasan puak Serb Bosnia terhadap rakyat Islam dan
Croat Bosnia-Herzegovina merupakan satu tamparan yang hebat kepada
keberkesanan Operasi Pengaman PBB. Tidak ada gunanya satu pasukan
pelindung dihantarkan sekiranya ia tidak dapat dilindungi orang ramai
sepertimana yang te1ah dimandatkan.
Adalah tidak munasabah pasukan pelindung PBB hanya membiarkan
pencabulan hak asasi yang amat dahsyat di1akukan oleh puak Serb ke
atas rakyat Bosnia-Herzegovina yang tidak berdosa tanpa melindungi
mereka. Pasukan Pelindung PBB mestilah diberikan kuasa dan
dibekalkan dengan a1at-alat senjata yang dapat digunakan untuk
melindungi rakyat Bosnia-Herzegovina. 101
Dengan ini, pengunduran tersebut digantikan dengan NATO di mana kekuatan
MALBATT dipertingkatkan daripada 996 kepada 1533. Selain itu, telah dinamakan
semula sebagai MALCON atau First Malaysian Contingent. Dengan demikian, MALCON
I memu1akan tugas pada 1 Mac 1996 dan bertugas di Bosnia - Herzegovina sehingga 10
lun 1996. Di sini, tugas MALCON adalah bagi melaksanakan aspek - aspek ketenteraan
dalam kawasan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Keamanan
Dayton.
99 "Ketabahan Isteri Mendorong Semangat Anggota 12 RAMO", Patriot, Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan,
Bil. 13, 1995, him. 35.
100 Jatswan S. Sidhu, "Keamanan Sejagat: Satu Tinjauan Tentang Penglibatan Malaysia dalam Misi Pengaman
(Peacekeeping Operations) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 1960-1996", him. 8-9.
101 Lihat Dalam Ucapan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Perasmian Pameran
mengenai Penglibatan Malaysia Dalam Operasi Pengaman PBB Di Muzium Negara, Kuala Lumpur, 26 OKtober
1995.

135

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Kesimpulan
Negara Congo, Namibia, Kemboja, Somalia dan Bosnia telah mengalami perang saudara
di negara masing-masing. Di Congo, perang saudara ini berlaku kerana masyarakat
di Congo ingin memerintah negaranya, tetapi kerajaan Belgium tidak membenarkan
mereka menggunakan kuasa sepenuhnya. Seterusnya berlaku konflik di antara
masyarakat Congo dan juga Belgium. Dengan itu, PBB telah membantu konflik yang
berlaku di Congo lalu Malaysia telah diseru untuk menjadi sebahagia misi pengaman
PBB. Justeru itu, inilah kali pertama tentera Malaysia menjadi anggota pengaman PBB
selepas penyertaan Malaysia dalam PBB pada tahun 1957. Seterusnya, U Thant yang
merupakan Setiausaha Agung PBB pada masa itu amat berbangga dan berpuas hati
terhadap pencapaian tentera Malaysia.
Di Namibia disebabkan oleh dasar Aparteid yang telah dijalankan oleh Afrika
Selatan. Dengan itu mencetus konflik di antara kulit hitam dan kulit putih. Seterusnya,
pengaman dari Malaysia telah menyertai misi pengaman PBB di Namibia. Seterusnya di
Kemboja akibat perang saudara yang berlaku di sana. Dengan itu, telah mengakibatkan
ramai penduduk tempatan telah dibunuh. Untuk menghadapi konflik tersebut, Malaysia
telah menyertai misi pengaman PBB tersebut untuk membantu keadaan di sana. Setelah
selesai, Raja Norodom telah memberi pujian yang amat tinggi kepada tentera pengaman
dari Malaysia.
Konflik yang berlaku di Somalia di antara Presiden sementara iaitu Ali Mahdi
Mohamed dan Jeneral Mohamed Farah Aideed. Seterusnya, konflik ini tidak dapat di
elakkan dan pengaman dari Malaysia turut menyertai untuk membantu keadaan di sana.
Di Bosnia-Herzogovina yang mana konflik antara puak iaitu puak Serbs, Croats dan
Bosnia Muslim. Ini berkaitan dengan isu agama yang mana puak Serbs dan Croats
benci akan agama Islam. Namun begitu, puak Croats pemah berbaik dengan Bosnia
Muslim untuk menentang puak Serbs. Akhimya, UNPROFOR telah ditubuhkan oleh PBB
tetapi gagal dan seterusnya UNPROFOR II ditubuhkan untuk mengganti UNPROFOR.
Walaupun demikian, UNPROFOR II tetap gagal kerana PBB telah mengundurkan diri
dari menghadapi konflik tersebut. 102

102 Seterusnya PBB telah dikecam dan dikritik oleh Dato' Seri Mahathir bin Mohamad kerana PBB tidak
menjalankannya dengan bersungguh-sungguh. Surat Dr.Mahathir mengenai perkara ini dialamatkan kepada
Presiden Perancis, Edouard Balladur. Sila IihatAbdullahAhmad, Dr. Mahathir's Selected Letters to World Leaders,
London: Marshall Cavendish Editions, 2008, hIm. 29-30.

136

You might also like