You are on page 1of 1

Kerajaan telah mengemukakan beberapa undang-undang bagi mengawal ancaman pencemaran.

Satu daripadanya ialah penggubalan Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974. Akta ini memberi asas undang-undang untuk menyelaras kesemua aktiviti berkaitan dengan kualiti alam sekitar di Malaysia. Seksyen 27 dalam Akta ini adalah mengenai pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak ke dalam perairan Malaysia. Tahukah anda bahawa kebelakangan ini kerajaan Malaysia telah menyaman lebih daripada 10 buah kapal tangki minyak yang telah mencemar Selat Melaka!.Selain dari itu, laporan kesan terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti yang dirancang mesti dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Ini adalah mengikut Seksyen 34(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) dan Undang-Undang Malaysia Akta A636(Pindaan) 1985 yang masing-masing berkuat kuasa pada 9 Januari 1986. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan setiap projek pembangunan mengambil kira akibat daripada pembangunan tersebut dan mengambil langkah-langkah kawalan yang sewajarnya. Peraturan untuk Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian 1970 telah digubal untuk melarang pembuangan/pelepasan sisa(efluen) tertentu seperti cecair /pelarut berbahaya, tar,buangan binatang, jirim-jirim pepejal, sampah,hampas,atauhabuk gergaji.Ingatkah anda kes pembuangan tong-tong yang berisi kimia beracun yang dilaporkan di media massa ? Kes terkini adalah pembuangan yang dijumpai di Kelang, Selangor.Tindakan dapat diambil oleh pihak kerajaan dengan adanya laporan berbentuk foto oleh orang awam yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut. Perundangan antarabangsa untuk mengawal pencemaran marin juga digubal antara lain seperti Law of the Sea ,MARPOL dan LondonDumping Convention. Ini adalah untuk menentukan kualiti persekitaran laut terkawal.Aktiviti kawalan pencemaran melibatkan sektor swasta, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi aktiviti kawalan berkenaan. Anda semua juga terlibat dan memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan lautan dan persisiran pantai dijaga dan dilindungi dengan sempurna. Undang-Undang Pencegahan Penyalahgunaan Air yang diperkenalkan sebelum merdeka (1957), antaranya: y Water Enactment Chapter 146 tahun 1920 y Natural Resources Ordinance 1949 y Merchant Shipping Ordinance 1952 dan lain-lain.

You might also like