You are on page 1of 12

Pengenalan

- Mempunyai 199 peruntukan kesemuanya.

- Tidak termasuk 28 peruntukan yang sudah dimansuhkan

- Peruntukan perlembagaan dipanggil ‘perkara’ dan peruntukan kecil dipanggil sebagai

‘fasal’.

- 199 peruntukan tersebut dibahagi kepada 15 bahagian

- Perlembagaan Malaysia berasal dari perlembagaan tanah melayu

- Perlembagaan yang telah dipinda melalui akta Malaysia 1963

- Pindaan ini dilakukan bagi memudahkan kemasukan negeri-negeri Borneo ke

Malaysia.

- Peruntukan yang diberi kan kepada sabah dan Sarawak dalam perlembagaan Malaysia

dapat menjamin hak rakyat Sabah dan Sarawak.

- Sebelum Perlembagaan termaktub, Sabah telah menyediakan 20 usul dan Sarawak 18

usul sebagai tanda setuju bersama bergabung membentuk Malaysia.

- Inter Governmental Committee(IGC) di tubuhkan untuk mengkaji usul-usul tersebut.

- Tidak semua usul diterima oleh perlembagaan.

- Namun begitu, perkara ini tidak membatalkan pembentukan Malaysia dengan

penggabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.

- Kerana, tuntutan yang terpenting bagi Sabah dan Sarawak diterima oleh

perlembagaaniaitu menjamin hak istimewa kaum bumiputra Sabah dan Sarawak

Perlembagaan Malaysia merupakan sebuah undang-undang yang tertinggi dalam negara


Malaysia dan merupakan undang-undang yang terbentuk berdasarkan dua dokumen terdahulu
iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Sebelum perlembagaan Malaysia termaktub, Suruhanjaya Reid telah melakukan kajian pada
tahun 1956. Mewujudkan pemerintahan yang adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan
mengeawal pergerakan kerajaan dan pusat, alat penyelesaian masalah, mengekalkan riwayat
negara bangsa dan menjaga kestabilan negara adalah merupakan peranan perlembagaan di
Malaysia. Disebabkan oleh peranannya yang begitu penting dalam negara, Perlembagaan
Malaysia menjadi undang-undang tertinggi dalam Malaysia dan tiada yang boleh bercanggah
dengannya. Sekiranya, terdapat percanggahan dengan mana-mana undang-undang maka
undang-undang tersebut terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja.

Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian di mana ia merangkumi tentang hak-


hak sesuatu aspek seperti kebebasan asasi, prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-
raja, pilihanraya, kehakiman, dan perkhidmatan awam. Disamping itu, sebanyak 183 perkara
yang terkandung dalam perlembagaan ini antara 183 perkara tersebut, terdapat peruntukan
utama yang berkaitan dengan aspek-aspek berikut iaitu bahasa, agama, kewarganegaraan,
kebebasan asasi dan kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Peruntukan khas telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak mengikut radar yang difikirkan
patut oleh Yang di-Pertuan Agong setelah permintaan peruntukan diminta oleh Sabah sebanyak
20 peruntukan dan Sarawak sebanyak 18 peruntukan. Peruntukan-peruntukan ini dibentangkan
oleh Sabah dan Sarawak bagi menjamin hak rakyat Sabah dan Sarawak.
Isi

1.0 Hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak

- Termaktub dalam perkara 153.

- YDPA berperanan dalam menjaga kepentingan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

- Perkara yang di ketengahkan:-

i) Perkhidmatan awam

-YDPA berperanan dalam memperuntukkan bumiputera Sabah dan Sarawak jawatan dalam

perkhidmatan awam seperti orang-orang lain tanpa mengancam kedudukan atau hak sedia

ada orang lain dalam perkhidmatan awam.

- Rasional , tidak berkesempatan untuk memegang jawatan yang tinggi semasa penjajahan

ii) Ekonomi

- YDPA mengarahkan pihak berkuasa keluarkan lessen atau permit perniagaan kepada
orang Melayu dan Bumiputera.
- Tidak berpeluang menceburi bidang perdagangan yang hanya dimonopoli oleh orang
Cina

iii) Pelajaran

- YDPA mengarahkan apa-apa yang perlu untuk memastikan perizaban apa-apa


perkadaran daripada tempat-tempat itu jikalau Universiti, kolej dan institusi pendidikan
lain kekurangan tempat yang ditawarkan.
- Peruntukan biasiswa dan bantuan lebih banyak untuk penuntut Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak.

Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak ini telah termaktub dalam
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Peruntukan ini adalah bertujuan untuk menjaga hak
orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak serta bertujuan untuk meningkatkan
kemajuan orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak yang ketinggalan dalam semua
bidang kehidupan. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab
kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah Sarawak dalam tiga perkara utama iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan juga
pendidikan.

Perkhidmatan Awam

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong


bertanggungjawab untuk mempertuntukkan orang Melayu, bumiputera Sabah & Sarawak
jawatan dalam perkhidmatan awam tanpa mengancam hak /kedudukan sedia ada orang lain
dalam perkhidmatan awam. Mengikut Fasal 1 hingga 3, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan yang dipegang olehnya. Rasionalnya,
peruntukkan ini diwujudkan adalah kerana pada zaman pemerintahan British, orang Melayu
dan Bumiputera Sabah Sarawak hanya diberikan pekerjaan sebagai petani dan tidak berpeluang
untuk menjawat jawatan yang tinggi.

ii) Ekonomi

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia juga menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong
berperanan untuk memberi atau mengeluarkan permit atau lesen perniagaan kepada orang
Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Seperti yang kita tahu, pada zaman pemerintahan
British, orang Melayu tidak berpeluang untuk menceburi bidang perdagangan dan telah
menyebabkan berlakunya jurang perbezaan pendapatan yang sangat tinggi pada ketika itu.
Selain itu, Dasar Ekonomi baru (DEB) juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk
membantu meningkatkan pendapatan orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Hal ini
adalah kerana DEB ini berperanan untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua
golongan terutama yang menganggur, mengurangkan jurang pendapatan antara semua kaum
dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan akkhir sekali, DEB juga bertujuan untuk
memperbaiki taraf kualiti hidup rakyat.

iii) Pendidikan

Perkara 153 Perlembagan Malaysia, Fasal 4 memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong tidak
boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan, latihan atau
kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya. Rasionalnya peruntukkan ini adalah kerana
sistem pendidikan tinggalan penjajah telah meninggalkan orang Melayu dan Bumiputera Sabah
Sarawak tercicir dalam kemajuan pendidikan. Terdapat banyak IPTA telah diwujudkan dan
UITM merupakan antara IPTA etnik yang dibenarkan. Selain daripada itu, terdapat pelbagai
biasiwa juga telah diwujudkan dan salah satunya ialah PTPTN.
2.0 Kuasa Parlimen

- Mengikut Perkara 76A, Parlimen paling berkuasa mewakilkan mana-mana negeri supaya

membuat undang-undang bagi perkara dalam bidang kuasanya. Perwakilan kuasa ini boleh

dibuat dengan perintah Yang di-Pertuan Agong sahaja. Perwakilan kuasa bagi membuat

undang-undang telah diberi kepada negeri-negeri Borneo yang berkuat kuasa pada Hari

Malaysia.

- Antara kuasa yang diberi adalah yang berkaitan ;

pengangkutan jalan raya, lalu lintas, kuasa elektrik, pembahagian gas, getah dan Badan

Persuratan Borneo. Kuasa membuat undang-undang tentang pengangkutan jalan raya dan

lalu lintas diberi hingga akhir tahun 1973

Dalam kuasa parlimen, anggota-anggota Dewan Rakyat disusun mengikut cantuman


(component) dalam Malaysia dan terdapat tiga cantuman utama iaitu cantuman pertama
seramai 153 orang kesemuanya bagi negeri-negeri di Tanah Melayu atau Semenanjung dan ini
tidak termasuk 11 bagi Wilayah Persekutuan, satu bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan
satu bagi Wilayah Persekutuan Labuan, cantuman kedua pula terdiri daripada 25
orang bagi Sabah dan bagi cantuman ketiga adalah seramai 25 orang bagi Sarawak.

Perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa negeri-negeri Borneo sebenarnya

lebih banyak daripada perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa negeri-negeri di Tanah

Melayu. Negeri-negeri Borneo mempunyai senarai tambahan kepada senarai negeri dan senarai

bersama untuknya. Antara perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa negeri-negeri Borneo

adalah mengikut Perkara 968(3) Dewan Undangan Negeri-Negeri Borneo boleh membuat

undang-undang mengenakan cukai jualan. Kuasa ini tidak dipunyai oleh negeri-negeri di Tanah

Melayu, kerana kuasa ini ada apa Parlimen itu sendiri.


3.0 Imigresen

-Perkara 9(3)Perlembagaan meluluskan- akta Imigresen 1963 serta meluaskan kuasa ordinan

Imigresen 1969

- Tidak boleh dipinda oleh Parlimen melainkan dengan persetujuan Yang dipertuan Negeri

sokongan dua pertuga.

- Kemasukan ke Sabah dan Sarawak perlu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri

- Mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan lain di Malaysia masuk ke Sabah dan

Sarawak.

- Malah ada dakwaan bahawa beribu-ribu “pendatang haram” telah diberikan taraf residen

tetap atau menjadi warganegara dengan itu mengakibatkan hilangnya kuasa Sabah dari aspek

imigrasi. Sudah tentu pertambahan penduduk Sabah sangat ketara. Kerajaan persekutuan

menolak dakwaan ini dengan menyatakan bahawa mereka mendapat tekanan antarabangsa

untuk melayan pendatang dengan rasa perikemanusiaan.

- Untuk berkunjung ke negeri tersebut, kita perlu menunjukkan kad pengenalan atau pasport
antarabangsa

Sepatutnya, seseorang warganegara berhak pergi dari sebuah negeri ke sebuah negeri dalam
Malaysia ini, dan juga berhak tinggal di mana-mana negeri. Walau bagaimanapun, disebabkan
negeri-negeri Borneo itu dianggap berada dalam keadaan yang khas oleh
pembentuk- pembentuk Malaysia, maka Perlembagaan telah memberi kuasa kepada
Parlimen supaya dapat mengenakan segala sekatan ke atas kebebasan warganegara
dalam hal itu. Oleh itu, kerajaan negeri-negeri ini berhak menyekat kemasukan rakyat
Malaysia dari negeri-negeri Tanah Melayu .kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan
di Malaysia dari luar adalah terletak di bawahkuasa kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke
Sarawak dan Sabah perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak
boleh mengahklang kemasukan orang ke Sarawak dan Sabah untuk tujuan kerajaan negeri
kecuali atas sebab keselamatan . Sarawak dan Sabah hendaklah mempunyai kuasa yang tidak
terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di
Malaysia ke dalam Sarawak dan S abah selain daripada yang bekerja dengan
kerajaan Persekutuan di Sarawak dan Sabah.

4.0 Hal ehwal tanah

- Di bawah peruntukan Perkara 83 kerajaan persekutuan berhak mendapatkan tanah

dalam sebuah negeri untuk maksud persekutuan.\

- Tertakluk kepada syarat, jika tanah itu tanah kerajaan, maka rundingan hendaklah

diadakan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan

- Jika tanah itu telah diberi milik ,tidak perlu hal ini dibincangkan dengan kerajaan

negeri.

- Dalam hal kerajaan negeri-negeri Borneo, kerajaan Pusat hendaklah berunding terlebih

dahulu dengan kerajaan-kerajaan negeri ini.

- Mengenai tanah simpanan Bumiputera, mengikut perkara 89, Parlimen berhak

membuat undang-undang untuk menyeragamkan undang-undang.

- Namun bagi negeri- negeri Borneo, kuasa Parlimen dalam hal ini dikecualikan.

- Negeri – negeri Borneo berkuasa penuh dalam hal mewujudkan tanah simpanan untuk

Bumiputera.

- Dibawah perkara 91, segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara

hendaklah dipatuhi oleh kerajaan negeri.- negari kecuali Sabah dan Sarawak.

Di bawah peruntukan Perkara 83,kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan tanah dalam


sebuah negeri untuk maksud Persekutuan.Ini tertakluk kepada syarat,jika tanah itu tanah
kerajaan,maka rundingan hendaklah diadakan antara kerajaan negeri dengan kerajaan
Persekutuan.Jika tanah yang telah diberi milik,maka tidak perlu hal ini dibincangkan
dengan kerajaan negeri.Namun dalam hal kerajaan negeri-negeri Borneo,Kerajaan Pusat
hendaklah berunding terlebih dahulu dengan kerajaan-kerajaan negeri ini,sama ada tanah
yang dikehendaki oleh kerajaan Persekutuan itu tanah yang telah diberi milik atau tanah
kerajaan.
Mengenai tanah simpanan Bumiputera,mengikut Perkara 89,Parlimen berhak
membuat undang-undang untuk menyeragamkan undang-undang dan dasar dalam hal
ehwal tanah.Namun bagi negeri-negeri Borneo,kuasa Parlimen dalam hal ini
dikecualikan.Seperkara lagi,negeri-negeri di Tanah Melayu tidak mempunyai kuasa
penuh dalam hal mewujudkan tanah simpanan untuk orang Melayu.Walaupun
begitu,negeri-negeri Borneo berkuasa dalam hal mewujudkan tanah simpanan untuk
bumi puteranya.
Di bawah perkara 91,segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara
hendaklah dipatuhi oleh kerajaan negeri.Sebaliknya,bagi negeri-negeri
Borneo,keputusan itu tidak semestinya dipatuhi oleh kerajaan negeri.Perbezaan hanya
akan terhapus jika parlimen,dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri itu membuat
undang-undang supaya keputusan Majlis Tanah Negara mesti dipatuhi oleh kerajaan-
kerajaan negeri itu.
Pemakaian undang-undang Inggeris,bagi Sabah dan Sarawak,Inggeris turut
memperkenalkan undang-undang tanah melalui penguatkuasaan beberapa
ordinan.Sehingga kini kedua-dua negeri melaksanakan undang-undang tanah yang
berasingan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Sarawak mempunyai undang-undang
sendiri iaitu Kanun Tanah Sarawak(Cap 81) yang juga berasaskan system
Torren.Namun demikian,Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) yang
tidak berasaskan sistem Torren.

-
5.0 Kewangan.

Kuasa-kuasa yang diberi ;

i)Kuasa meminjam wang

- Perkara 11 2B, Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak

- Fasal (2) perkara 111 tidak boleh menyekat kuasa Negeri Sabah atau Sarawak untuk

meminjam dibawah kuasa undang-undang Negeri di dalam negeri itu, jika peminjam

itu telah mendapat kelulusan Bank Negara yang ada pada masa itu bagi persekutuan .

ii)Penerimaan Geran Kewangan

- Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada negeri-negeri Borneo bagi mendapat

jumlah pemberian wang yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat.

- Tiga punca utama iaitu pemberian wang per kapita, peruntukan jalan-jalan raya dan

punca-punca hasil yang diberi kepada semua kerajaan negeri.

- Sabah dan Sarawak berhak mendapat pemberian wang tambahan

iii) Sumber-sumber tambahan hasil.

- Cukai import dan eksais serta hasil petroleum

- Cukai eksport atau kayu kayan dan keluaran hutan

- Cukai eksport bahan galian selain bijih timah dengan royalti tidak lebih 10 peratus.

- Bayaran lessen pengakutan jalan raya, lalu lintas dan pendaftaran kereta, iaitu selagi

kedua-dua negeri bertanggungjawab membuat undang-undang berkenaan.

- Cukai-cukai jualan negeri.

- Bayaran-bayaran daripada pelabuhan negeri.

- Kuasa meminjam wang bagi Negeri Sabah dan Sarawak berada di dalam
Perlembagaan Perkara 112B, fasal(2) Perkara 111 tidak boleh menyekat kuasa Negeri
Sabah atau Sarawak untuk meminjam di bawah kuasa undang-undang Negeri di dalam
Negeri itu, jika peminjam itu telah mendapat kelulusan Bank Negara yang ada pada
masa itu bagi Persekutuan. Bagi Kerajaan-kerajaan negeri di Tanah Melayu, kuasa
peminjaman wang terbatas iaitu hanya boleh membuat peminjaman daripada Kerajaan
Pusat dan mana-mana badan yang dibenarkan sahaja. Manakala bagi kedua-dua negeri
Sabah dan Sarawak boleh meminjam wang daripada mana-mana pihak dalam negara
dengan syarat mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
Penerimaan geran kewangan, Perlembagaaan Malaysia memberi hak kepada
negeri-negeri Borneo bagi mendapat jumlah pemberian wang yang lebih besar daripada
Kerajaan Pusat. Terdapat tiga punca utama dalam penerimaan geran kewangan ini iaitu
pemberian wang per kapita, peruntukan jalan-jalan raya dan punca-punca hasil yang
diberi kepada semua kerajaan negeri. Di samping itu, Sabah dan Sarawak juga berhak
mendapat pemberian wang tambahan.
Selain daripada sumber hasil yang diserahkan kepada negeri-negeri seperti

Bahagian 3, Jadual 10 Perlembagaan Malaysia, negeri-negeri Sabah dan Sarawak turut

menerima sumber tambahan hasil seperti cukai import dan eksais serta hasil petroleum,

cukai eksport atau kayu kayan dan keluaran hutan, cukai eksport bahan galian selain

bijih timah dengan royalti tidak lebih 10%, bayaran lesen pengangkutan jalan raya, lalu

lintas dan pendaftaran kereta, iaitu selagi kedua-dua negeri bertanggungjawab membuat

undang-undang berkenaan, cukai-cukai jualan negeri dan bayaran-bayaran daripada

pelabuhan negeri
6.0 Kesimpulan.

- Masyarakat peribumi mempunyai hak keistimewaan yang telah termaktub dalam

perlembagaan

- Mempunyai kuasa parlimen yang disusun mengikut cantuman

- Imigresen telah diluluskan oleh parlimen untuk negeri-negeri Borneo memegang kuasa

penting.

- Hal ehwal tanah iaitu tanah simpanan bumiputera yang parlimen berhak untuk

menyeragamkan undang-undang tanah tetapi bagi negeri-negeri Borneo kuasa parlimen

dikecualikan.

- Kewangan iaitu kuasa peminjam wang, penerimaan geran serta sumber-sumber

tambahan hasil turut diterima oleh Sabah dan Sarawak.

- Masyarakat pribumi mempunyai hak yang sama sebagaiman diperuntukan oleh

undang-undang.

Oleh itu, demokrasi yang dijalankan perlulah dikekalkan agar masalah-masalah dapat
diselesaikan dengan persetujuan dari hasil perbincangan. Melalui cara pemberian
peruntukan kepada Sabah dan Sarawak ini secara tidak langsung menjadikan mereka lebih
selesa serta merasakan bahawa berada pada tahap yang sama malah lebih tinggi berbanding
negeri-negeri lain di dalam Malaysia ini. Perkara ini membuktikan bahawa suara dan
permintaan warga Sabah dan Sarawak ini perlu didengar dan diteliti demi mencapai
perpaduan yang telah dirancang. Sabagai masyarakat majmuk kita perlulah perjuangkan
semangat demokrasi yang melahirkan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai etnik dan
kaum seperti pribumi atau bumiputera. Keistimewaan ini telah termaktub dalam undang-
undang yang tidak dapat disangkal lagi dan hak-hak sebagai warganegara tanpa mengira
kaum perlu dikekalkan. Semua rakyat Malaysia berhak menikmati keistimewaan yang
diberi walaupun berbeza kaum dan budaya seperti masyarakat bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Jelaslah bahawa peruntukan kepada Sabah dan Sarawak ini penting bagi
mengelakkan daripada mereka rasa terasing walaupun di bawah satu bumbung yang sama
iaitu dikenali sebagai 1 Malaysia.

You might also like