You are on page 1of 7

PROGRAM TEROPONG PENGAJIAN AM SEMESTER 1 TAHUN 2021

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Bahagian A [ 15 markah ]

Jawab semua soalan.

1. Antara berikut, yang manakah menerangkan konsep negara yang berdaulat?

A. Mempunyai raja sebagai ketua negara

B. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat

C. Mempunyai penduduk yang ramai dan berpendidikan

D. Mempunyai sempadan yang jelas, berpenduduk dan sistem pemerintahan sendiri

2. Antara berikut, yang manakah membuktikan penglibatan rakyat dalam sesebuah negara demokrasi?

I Rakyat bebas memilih Ketua Negara

II Rakyat diwajibkan mengundi

III Rakyat memilih wakil ke Parlimen

IV Rakyat berhak menukar kerajaan melalui pilihan raya

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

 Bukan warganegara tetapi bermastautin di Persekutuan lebih daripada 10 tahun sebelum hari
Malaysia
 Mempunyai pengetahuan memadai dalam Bahasa Melayu

3. Kriteria di atas merupakan syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara

A masukan B pendaftaran C percantuman wilayah D Kuat kuasa undang-undang

4. Yang manakah antara penyelesaian berikut akan digunakan jika berlaku percanggahan antara undang-
undang persekutuan dengan undang-undang negeri?

A. Undang-undang persekutuan yang bercanggah akan dibatalkan

B. Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapat persamaan

C. Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat yang

bercanggah sahaja

D. Undang-undang yang bercanggah itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja


5. Kuasa mentafsir Perlembagaan dan undang-undang diperuntukkan oleh

A Majlis Raja-Raja kepada mahkamah

B Perlembagaan Malaysia kepada Parlimen

C Perlembagaan Malaysia kepada mahkamah

D Perlembagaan Malaysia kepada Majlis Raja-Raja

6. Yang manakah pindaan Perlembagaan Persekutuan berikut memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

I Keistimewaan Parlimen.

II Melantik Perdana Menteri

III Jaminan persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.

IV Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7. Antara berikut yang manakah persamaan tugas Sultan dan Yang Dipertua Negeri?

A. Ketua Agama Islam Negeri

B. Melantik ketua Kerajaan Negeri.

C. Memilih Yang di- Pertuan Agong

D. Berkuasa memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja

8. Antara berikut yang manakah merupakan bidang kuasa Yang di- Pertuan Agong?

I. Melantik Juru Audit Negara

II. Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat

III. Ketua Agama Islam Wilayah Persekutuan

IV. Memberi pengampunan kes-kes Mahkamah Syariah Kelantan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

9. Yang manakah BENAR tentang fungsi Majlis Raja-Raja

I. Memilih Yang di-Pertuan Agong.

II. Memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah.

III. Memberi persetujuan terhadap perlantikan Perdana Menteri


IV. Memberi persetujuan terhadap perlantikan ahli suruhanjaya.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

 Telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun daripada 12 tahun sebelum permohonan

 Berminat untuk tinggal di Malaysia

10. Penyataan di atas merujuk kepada syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara

A masukan B pendaftaran C percantuman wilayah D kuatkuasa undang-undang

11. Antara berikut, yang manakah bidang kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

I. Biasiswa

II. Perumahan

III. Pendidikan

IV. Perpustakaan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

12. Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong ialah

A. mengisytiharkan darurat

B. memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong

C. memperkenankan pindaan Perlembagaan Persekutuan

D. memperkenankan permintaan untuk pembubaran Parlimen

13. Yang manakah benar tentang Dewan Negara?

I. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang timbalan

II. Kedudukan Dewan Negara tidak tergugat apabila Parlimen dibubarkan

III. Ahlinya mesti mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong

IV. Dewan Negara berkuasa meminda rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

14. Antara yang berikut, yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

I. Mempersetujui sesuatu amalan atau upacara Agama Islam

II. Mengubah tatacara persidangan Parlimen


III. Mengubah sempadan negeri

IV. Melantik Jemaah Menteri

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

15. Yang manakah antara berikut benar tentang teori pengasingan kuasa?

A. Membentuk corak pemerintahan mutlak

B. Mengelakkan campurtangan daripada pelbagai pihak

C. Menggalakkan pemusatan kuasa berada dalam tangan sebuah organisasi

D. Membahagikan kuasa kepada badan-badan yang mempunyai tanggung jawab secara khusus

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bahagian B [ 15 markah ]

Jawab semua soalan.

1. (a) Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang individu akan kehilangan taraf kewarganegaraan
disebabkan oleh dua cara. [ 2 ]

Nyatakan dua cara kehilangan taraf kewarganegaraan tersebut.

i).............................................................................................................................................

ii)............................................................................................................................................

(b) Seseorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia boleh memohon untuk menjadi
warganegara Malaysia sekiranya beliau memenuhi beberapa syarat.
Jelaskan dua syarat tersebut. [ 2]

i)..........................................................................................................................................................

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

ii).........................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................

2.Doktrin Pengasingan Kuasa merupakan salah satu ciri Sistem Kerajaan Persekutuan.

a.)Nyatakan dua badan yang terlibat dalam doktrin ini. [2]

i. …………………………………………………………………………………………

ii. .…………………………………………………………………………………………
b.) Apakah tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa? [1]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

3. Nyatakan 3 ciri sebuah negara berdaulat. [3]

( i ) ……………………………………………………………………………………

( ii ) …………………………………………………………………………………………

( iii ) …………………………………………………………………………………………

4. Berikan tiga keadaan seseorang boleh dilucutkan taraf kewarganegaraan di Malaysia. [ 3 ]

( i ) …………………………………………………………………………………………………………………………………….

( ii ) ………………………………………………………………………………………………………………………………….

( iii ) …………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Senaraikan dua elemen penting dalam sistem kerajaan Malaysia [2]

( i ) ………………………………………………………………………………………………….

( ii )………………………………………………………………………………………………….
BAHAGIAN C ( 25 m)
Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan Calon tidak
dibenarkan menulis lebih daripada 5 idea.

1 .Semangat kejiranan amat penting dalam mengukuhkan perpaduan dalam


kalangan masyarakat .Malangnya,semangat dan amalan tradisi ini semakin
luntur.Bincangkan

FS -…………………………………………………

IS -…………………………………………………

KJ - ………………………………………………..

Pendahuluan :……………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………..
Bil Idea utama Huraian
1

5
Penutup ;…………………………………………………………………………………….

You might also like