You are on page 1of 7

Bahagian A [15 markah ]

Jawab semua soalan.


1. Yang manakah pernyataan yang benar tentang Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?
A. Rakyat yang bermoral dan beretika
B. Jurang ekonomi rakyat yang dapat dirapatkan
C. Mempunyai Rukun Negara yang dipatuhi rakyat
D. Kepimpinan negara yang diiktiraf masyarakat antarabangsa

CIRI ASAS NEGARA CIRI NEGARA BERDAULAT


I Mempunyai sempadan yang jelas Mempunyai identiti yang tersendiri
II Mempunyai penduduk yang tetap Mentadbir negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa
asing
III Mempunyai hubungan diplomatik Mempunyai institusi pemerintahan yang
dengan negara luar berkesan
IV Mempunyai perlembagaan sebagai Berkuasa membuat sebarang keputusan
undang-undang tertinggi berkaitan masa depan negara

2. Yang manakah penyataan yang betul antara ciri asas negara dengan ciri negara berdaulat?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi


 Senarai Persekutuan
 Senarai Negeri
 Senarai Bersama

3. Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan


A. Penurunan kuasa
B. Pemusatan kuasa
C. Pengasingan kuasa
D. Pembahagian kuasa

4. Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri?


A. Penerbitan majalah keagamaan
B. Pembukaan pusat pemulihan akhlak
C. Permohonan permit melombong pasir
D. Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam

5. Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk


A. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
B. Melibatkan rakyat dalam pentadbiran
C. Melaksanakan sistem demokrasi tulen
D. Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama
 Laporan perbelanjaan pilihan raya mestilah dihantar kepada X dalam tempoh 31 hari selepas tarikh
keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta Kerajaan.

6. X yang dinyatakan dalam pernyataan di atas merujuk kepada


A. Pengarah Pilihan Raya Negeri
B. Setiausaha Pilihan Raya Negeri
C. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
D. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya

7. Dua aspek yang perlu diberi penekanan untuk mewujudkan tadbir urus baik ialah
I Prestasi
II Prosedur
III Penglibatan yang menyeluruh
IV Pematuhan terhadap undang-undang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Semenanjung Malaysia Sabah


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Y

8. Berdasarkan jadual di atas, Y ialah


A. Majis Tertinggi
B. Kabinet Negeri
C. Majlis Tindakan Negeri
D. Majlis Perancangan Negeri

9. Yang manakah berikut merupakan badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan?
I. Majlis Tanah Negara
II. Majlis Tindakan Negara
III. Majlis Ekonomi Negara
IV. Majlis Kewangan Negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Antara berikut, yang manakah benar tentang kabinet?


I Kabinet merupakan badan pemerintah dan pembentuk dasar utama
II Kabinet merupakan badan tertinggi dalam parlimen
III Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri yang juga ahli Dewan Rakyat
IV Kabinet menjalankan tugasnya mengikut perintah Yang di Pertuan Agong
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

11. Yang manakah usaha seorang penjawat awam untuk mempamerkan prestasi kerja cemerlang dan
berkualiti?
A. Bekerja lebih masa
B. Mengelakkan perbuatan rasuah
C. Sentiasa bersifat rasional semasa bertugas
D. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kerja

12. Kesan pengurangan karenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah
A. Tahap kepuasan pelanggan meningkat
B. Bilangan pegawai kaunter bertambah
C. Waktu berurusan di kaunter dipendekkan
D. Keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik

13. Yang manakah pernyataan yang benar tentang kuasa yang ada pada Pihak Berkuasa Tempatan?

I Meluluskan pertukaran hak milik tanah


II Mengeluarkan lesen pemaju perumahan
III Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan
IV Mengenakan kompaun terhadap kesalahan membuang sampah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

14. Tadbir urus baik berteraskan prinsip


I. Integriti
II. Prosedur
III. Budi bicara
IV. Akauntabiliti
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
15. Yang manakah kesan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lemah?
I Kemerosotan keyakinan orang ramai
II Peningkatan perkhidmatan agensi swasta
III Penurunan permohonan ke perkhidmatan awam
IV Menjejaskan sasaran pencapaian program transformasi kerajaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Bahagian B [ 15 markah ]
Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

16. Nyatakan tiga fungsi Badan Kehakiman. [3m]

(a) ………………………………………………………………………………………………
(b) ………………………………………………………………………………………………
(c) ………………………………………………………………………………………………

17.a) Nyatakan dua fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya. [2m]


(a) ……………………………………………………………………………………………..
(b) …………………………………………………………………………………………….

Persempadanan semula
kawasan pilihan raya 17.b) Nyatakan dua kriteria persempadanan semula yang dilakukan
dilakukan mengikut mengikut Perlembagaan Persekutuan. [2m]
Perlembagaan
(a) …………………………………………………………………………………………..
Persekutuan (Perkara
113(2) yang melibatkan (b) ……………………………………………………………………………………………
pelbagai kriteria

18. Jelaskan dua perbezaan antara Majlis Perbandaran dengan Majlis Daerah. [4m]
(a) ………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
(b) ………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………..

19. Huraikan dua faktor yang menjejaskan sifat integriti penjawat awam. [4m]
(a) ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….
(b) ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….
Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang
dihasilkan.

20. Kepentingan E-dagang kepada rakyat dan negara tidak dinafikan lagi. Namun begitu terdapat
pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha tempatan. Bincangkan.

21. Jenayah juvana kini kian membimbangkan. Justeru pelbagai pihak perlu memainkan peranan
masing-masing bagi menangani masalah tersebut. Jelaskan.

22. Terdapat pelbagai aspek yang boleh menghalang perpaduan kaum di negara ini. Oleh itu,
kerajaan hendaklah melaksanakan pelbagai langkah untuk menyatupadukan rakyat yang
berbilang kaum di negara ini. Jelaskan.

You might also like