You are on page 1of 6

SOALAN PEP.

PERCUBAAN PAM 1,
KOLEJ T6 DESA MAHKOTA,KUALA LUMPUR, STPM 2019
Bahagian A (15 markah)

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
A Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi
B Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
C Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum
D Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum

2 Yang manakah benar tentang doktrin pengasingan kuasa


I Kuasa kerajaan dilaksanakan oleh badan yang sama
II Orang yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada
satu kuasa
III Setiap komponen kerajaan bertindak tanpa diganggu oleh pihak
berkuasa yang lain
IV Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang diberikan
kepada bahagian
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
Bapa - Pemastautin tetap tetapi belum memperoleh hak kewarganegaraan
Ibu - Bukan warganegara
Ana - Dilahirkan di Malaysia
k

3 Apakah taraf kewarganegaraan anak di atas?


A Bukan warganegara
B Warganegara secara kemasukan
C Warganegara secara pendaftaran
D Warganegara melalui kuat kuasa undang-undang

Merupakan undang-undang bertulis yang digubal oleh agensi atau menteri


tertentu yang diberi kuasa oleh Parlimen

4 Pernyataan di atas merujuk kepada


A Akta
B Enakmen
C Perundangan kecil
D Perlembagaan Persekutuan

5 Siapakah yang berhak mengundi melalui pos?


I Anggota tentera yang sedang bertugas
II Banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara
III Warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan di luar negara
IV Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertugas pada hari pengundian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Perkara Bidang kuasa


I Pungutan cukai hiburan Kerajaan Persekutuan
II Perlesenan pengeluaran pembalakan Kerajaan Negeri
III Perlesenan penagkapan ikan laut dalam Kerajaan Persekutuan
IV Penapisan akhbar tempatan dan luar negeri Kerajaan Negeri

Padanan yang manakah yang benar?


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
7 Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?
A Merasmikan persidangan Dewan Rakyat
B Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
C Meluluskan Rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat
D Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

8 Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?


I Menyebarkan ajaran sesat
II Melakukan pecah amanah wang Baitulmal
III Mengelak daripada membayar zakat fitrah
IV Menyamar sebagai penguat kuasa Jabatan Agama Islam
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9 Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan kepada prinsip
A akauntabiliti
B budi bicara
C prosedur
D kawalan dalaman
X mengeluarkan notis kepada pemilik stesen minyak supaya menamatkan
operasi perniagaan kerana terlibat dalam penyalahgunaan subsidi diesel

10 Berdasarkan pernyataan di atas, X merujuk kepada


A Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
B Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
C Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

11 Antara yang berikut yang manakah negeri yang mempunyai Suruhanjaya perkhidmatan
Awam Negeri?
I Johor
II Perak
III Melaka
IV Pulau Pinang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

12 Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang benar tentang kuasa yang ada pada
Pihak Berkuasa Tempatan?
I Meluluskan pertukaran hak milik tanah
II Mengeluarkan lesen pemaju perumahan
III Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan
IV Mengenakan kompaun terhadap kesalahan membuang sampah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13  Memulihkan keyakinan pelabur asing terhadap perkembangan ekonomi negara


 Memperkukuh asas ekonomi negara agar mampu bersaing di peringkat
antarabangsa

Penyataan di atas merujuk kepada peranan


A Majlis Kewangan Negara
B Majlis Pembangunan Negara
C Majlis Tindakan Ekonomi Negara
D Majlis Perundingan Ekonomi Negara

14 Yang manakah pertimbangan bagi pemberian kewangan tahunan Kerajaan Persekutuan


kepada kerajaan negeri?
I Bilangan penduduk negeri
II Saiz keluasan sesebuah negeri
III Panjang jalan raya setiap negeri
IV Belanjawan tahunan kerajaan negeri
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

15 Yang manakah tindakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kaunter?


I Memasang kamera litar tertutup
II Menswastakan perkhidmatan kaunter
III Meningkatkan keselesaan di ruang menunggu
IV Memberi latihan kepada pegawai khidmat pelanggan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Bahagian B (15 markah)

Jawab semua soalan.


16 Nyatakan tiga kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
(3)

(a) .................................................................................................................................
(b) .................................................................................................................................
(c) .................................................................................................................................

17 (a) Nyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan


Persekutuan. (2)

(i).................................................................................................................................

(ii)................................................................................................................................

(b) Nyatakan dua tujuan penubuhan majlis penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan
Kerajaan Negeri. (2)
(i).................................................................................................................................

(ii)................................................................................................................................

18 Nyatakan empat kriteria kelayakan untuk menjadi calon pilihan raya. (4)

(a) .................................................................................................................................
(b) .................................................................................................................................
(c) .................................................................................................................................
(d) .................................................................................................................................

19 Jelaskan dua sebab mengapa globalisasi dianggap cabaran dalam melaksanakan tadbir
urus yang baik. (4)

(a) .................................................................................................................................
.................................................................................................................................
(b) .................................................................................................................................
.................................................................................................................................

Bahagian C (50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

20. Kecekapan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi tidak hanya bergantung
kepada pemimpin yang beretika. Huraikan.
21. Peningkatan kes jenayah sama ada jenayah kolar putih atau konvensional memberikan
pelbagai kesan negatif kepada negara. Sehubungan itu, setiap pihak perlu memainkan
peranan bagi menangani masalah ini. Bincangkan.

22. Pemeliharaan identiti kebangsaan sentiasa diberi perhatian oleh pemimpin negara.
Terangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk tujuan tersebut.

You might also like