You are on page 1of 7

SULIT* 2

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah yang menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?

I Mempunyai kepimpinan negara yang diiktiraf masyarakat antarabangsa


II Mempunyai rakyat yang bermoral dan beretika
III Mempunyai tadbir urus baik
IV Mempunyai ideologi negara
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

2 Yang manakah situasi yang berkaitan dengan pelanggaran hak asasi seseorang
warganegara?

A Merampas hak milik individu tanpa kebenaran.


B Mewajibkan menyertai program khidmat negara.
C Merampas harta yang diperolehi melalui pengubahan wang haram
D Menghalang seseorang warganegara untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan

3
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat
untuk bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Yang manakah perkara yang tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat?

I Pendidikan
II Agama Islam
III Pengambilan tanah
IV Bahasa Kebangsaan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

PERCUBAAN STPM - 900/1 2024


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

4 Yang manakah merujuk bidang tugas Peguam Negara?


I Memulakan apa-apa prosiding di mahkamah
II Memberi arahan memberhentikan perbicaraan
III Menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah
IV Mengesahkan sesuatu undang-undang yang digubal
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5 Dalam situasi bagaimanakah, Yang di-Pertuan Agong perlu meletakkan jawatannya?


A Menjalani rawatan kesihatan di luar negara.
B Menghadapi pendakwaan di Mahkamah Khas Raja-Raja.
C Meminda Perlembagaan Negeri tanpa keizinan Majlis Raja-Raja.
D Menangguhkan perkenan kelulusan sesuatu Rang Undang-Undang Kewangan.

6 Yang manakah menggambarkan amalan demokrasi di Malaysia?

I Amalan politik di Malaysia berasaskan sistem beraja


II Pemilihan kerajaan melalui amalan demokrasi berparlimen
III Rakyat yang menentukan seorang ketua kerajaan atau Perdana Menteri
IV Rakyat diberi kuasa memilih wakil mereka ke parlimen melalui pilihan raya
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

7 Yang manakah berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan?


I Kerajaan Tempatan berkuasa melantik ahli Majlis
II Kerajaan Negeri boleh memberi arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan
III
Kerajaan Tempatan boleh menolak sebarang peraturan yang telah diluluskan
oleh Kerajaan Negeri
IV Kerajaan Tempatan perlu mendapat persetujuan Kerajaan Negeri terhadap draf
pindaan undang-undang kecil

PERCUBAAN STPM - 900/1 2024


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8 Apakah ciri-ciri yang melayakkan seseorang Sultan dipilih sebagai Yang di-Pertuan
Agong?

I Jawatan Yang di-Pertuan Agong hanya layak disandang oleh Sultan.


II Sultan yang telah dipilih perlu bersetuju menerima pemilihan yang dibuat.
III Timbalan Yang di-Pertuan Agong secara automatik menggantikan Yang di-
Pertuan Agong
IV Sultan perlu menghantar proksi sekiranya tidak dapat hadir ke Majlis
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9 Yang manakah keperluan diadakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri?
A Seorang Menteri Besar meletakkan jawatan
B Kerajaan negeri kehilangan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri
C Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan sedang dalam perbicaraan di Mahkamah
D Kekosongan kerusi berlaku tiga tahun sebelum tamat tempoh Dewan Undangan
Negeri

10
Perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret terhadap Encik Y
kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-
Pertuan Agong di media sosial

Apakah perkara yang boleh dilakukan oleh Encik Y sewaktu ditahan reman oleh pihak
polis?

A Memohon habeas corpus


B Membuat temujanji perubatan
C Membuat pengakuan tidak bersalah
D Membuat aduan atas layanan buruk

PERCUBAAN STPM - 900/1 2024


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

11 Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah sekiranya


I tidak mengikut peruntukan undang-undang pilihan raya.
II terdapat pengakuan pengundi menerima sumbangan wang.
III calon pernah menjalani hukuman penjara melebihi setahun.
IV calon tidak dibenarkan mengundi oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12 Antara berikut, yang manakah keadaan yang membolehkan Bahasa Inggeris digunakan
untuk menggantikan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara?

I Iklan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.


II Surat tawaran kemasukan ke universiti awam.
III Dokumen Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand.
IV Aturan Mesyuarat Delegasi sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-
Singapura
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Yang manakah langkah menunjukkan ketelusan kerajaan dalam meningkatkan sistem


penyampaian perkhidmatan awam?

I Melaksanakan proses tender terbuka


II Mengecilkan saiz perkhidmatan awam
III Memanjangkan waktu operasi kaunter kerajaan
IV Mewajibkan kakitangan kerajaan membuat pengisytiharan harta
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

PERCUBAAN STPM - 900/1 2024


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

14 Yang manakah prinsip pengurusan kualiti dalam tadbir urus awam?


I Kepimpinan
II Penglibatan pekerja mahir
III Hubungan yang saling menguntungkan dua pihak
IV Pendekatan sebelah pihak dalam membuat keputusan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

15 Yang manakah usaha-usaha mengatasi kemelesetan ekonomi negara?


I Meningkatkan produktiviti
II Kerajaan menstruktur semula dasar fiskal
III Kerajaan menambah bilangan pekerja asing
IV Majikan memecat pekerja bagi mengurangkan perbelanjaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

PERCUBAAN STPM - 900/1 2024


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

Bahagian B [15 markah]

Jawab semua soalan.

16 Nyatakan tiga peringkat pentadbiran kerajaan yang dilaksanakan di negara ini. [3]
(a) .........................................................................................................................………..
(b) ..........................................................................................................................……….
(c) ...................................................................................................................……………

17 Senaraikan empat kebaikan amalan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan


negara. [4]

(a) .........................................................................................................................………..
(b) ..........................................................................................................................……….
(c) ...................................................................................................................……………
(d) ………………………………………………………………………………………..

18
Setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara tetapi Parlimen
boleh menggubal undang-undang untuk menyekat hak ini jika perlu
atau suai manfaat demi kepentingan negara. [Perkara 10 Fasal 2 (a)]

Huraikan dua kepentingan sekatan tersebut. [4]

(a) ...........................................................................................................................…….....
.......................................................................................................................................................
...........................................................................................……………………………………..
(b) .........................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................………………………………………..

19 Nyatakan empat keadaan yang menyebabkan seseorang warganegara boleh hilang


kelayakan sebagai pemilih pada hari pengundian. [4]

(a) .........................................................................................................................……….
(b) ..........................................................................................................................……….
(c) ...................................................................................................................……………
(d) ………………………………………………………………………………………..

PERCUBAAN STPM - 900/1 2024


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi
karangan yang dihasilkan.

20 Memperkasa pasukan pertahanan negara merupakan satu daripada pelbagai inisiatif


kerajaan untuk mengekalkan kedaulatan negara. Bincangkan. [25]

21 Penggunaan sains dan teknologi penting kepada pihak berkuasa untuk menangani trend
peningkatan jenayah. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam
memperkasa penggunaan teknologi tersebut. Huraikan. [25]

22 Kelemahan sistem penyampaian perkhidmatan awam boleh mendatangkan kesan negatif


kepada negara. Usaha-usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan awam di negara ini. Jelaskan. [25]

PERCUBAAN STPM - 900/1 2024


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like