You are on page 1of 6

1

*SULIT
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.

1 Yang manakah merupakan simbol kedaulatan negara Malaysia?


A Parlimen
B Perlembagaan
C Lagu Kebangsaan
D Pengasingan Kuasa

2 Yang manakah merupakan bentuk amalan kerajaan di Malaysia?


A Kerajaan Kesatuan
B Raja Berperlembagaan
C Demokrasi Pilihan Raya
D Keistimewaan Perlembagaan

3
Seseorang yang itu ditangkap dengan tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohon
habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya

Penyataan di atas merujuk


A Kebebasan diri
B Kebebasan asasi
C Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
D Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan
perbicaraan berulang.

4 Yang manakah benar tentang fungsi parlimen?


I Mengawal perjalanan badan kehakiman
II Melulus dan meminda undang-undang Persekutuan
III Menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang oleh badan pentadbiran
IV Menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D III dan IV
*SULIT

STPM 2021 – 900/1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat. SULIT*
2

5 Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pindaan perlembagaan tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Yang
di-Pertua Negeri seperti
I Perlantikan Senator
II Pemberian Pingat Kebesaran
III Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi
IV Soal agama, bahasa dan keistimewaan bumiputera
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D III dan IV

6
Beliau dilantik berdasarkan sumbangannya yang cemerlang dalam perkhidmatan awam atau
telah mencapai kepujian dalam profesion tertentu atau mewakili kaum minoriti

Kriteria di atas adalah bagi pelantikan


A Ahli Dewan Rakyat
B Ahli Dewan Negara
C Speaker Dewan Rakyat
D Ahli Dewan Undangan Negeri

7 Dua kuasa utama yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Pegawai X
• Kuasa pendakwaan
• Sebagai penjaga kepentingan awam

Pegawai X merujuk
A Peguam Negara
B Ketua Polis Negara
C Ketua Hakim Negara
D Ketua Setiausaha Negara

*SULIT

STPM 2021 – 900/1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat. SULIT*
3

8
Istilah Takrifan
P Alibi I Bukti yang mencukupi untuk perbicaraan
Q Sapina II Bukti yang menunjukkan seseorang tidak berada di tempat kejadian
ketika sesuatu jenayah dilakukan
R Koroner III Arahan kepada seseorang untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi
dalam perbicaraan
S Prima Facie IV Menjalankan inkues daripada keluarga bagi mengetahui sebab
kematian seseorang
Yang manakah padanan yang betul antara istilah kehakiman dan takrifnya?
P Q R S
A I II III IV
B II I IV III
C II III IV I
D III IV II I

9 Yang manakah tindakan yang boleh menyebabkan seseorang calon hilang kelayakan untuk
bertanding dalam pilihan raya?
I Calon disahkan sebagai orang yang tidak waras
II Calon memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’
III Calon telah didenda RM1000 oleh mahkamah dalam suatu kes sivil
IV Calon yang bertanding berada di pusat pengiraan undi bagi memastikan segala pengiraan
adil
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

*SULIT
10 • Masalah banjir besar di negeri Pantai Timur pada penghujung 2014
• Masalah pekerja asing
STPM 2021 – 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat. SULIT*
4

Penyelarasan pengurusan masalah di atas dilaksanakan oleh


A Majlis Tindakan Negara
B Majlis Kewangan Negara
C Majlis Perumahan Negara
D Majlis Keselamatan Negara

11 Antara yang berikut, yang manakah menjadi penasihat kepada raja atau Yang di-Pertua Negeri
dalam pentadbiran kerajaan negeri?
A Ahli Exco Negeri
B Menteri Besar atau Ketua Menteri
C Setiausaha Kerajaan Negeri
D Dewan Undangan Negeri

12 Peranan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ialah
I Membantu menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
II Bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Tindakan Negara
III Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) sektor awam
IV Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem
penyampaian perkhidmatan awam
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D III dan IV

13 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Pelantikan Jawatan Utama yang dibuat oleh
YDPA?
Jawatan Atas nasihat Selepas rundingan
A Peguam Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
B Ketua Hakim Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
C Ketua Polis Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
D Ketua Setiausaha Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja

14 Yang manakah merupakan aspek termaktub dalam integriti?

STPM 2021 – 900/1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat. SULIT*
5

I Tatasusila yang tinggi


II Menghormati orang tua
III Menguruskan tingkah laku sederhana
IV Bersikap jujur dan berobjektif
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

15 Yang manakah faktor-faktor yang diambil kira dalam mengukur daya saing negara?
I Prestasi Ekonomi
II Peluang yang wujud
III Permintaan Domestik
IV Kecekapan Perniagaan
A I dan II
B I dan IV C
II dan III D
III dan IV

Bahagian B

16. Jelaskan dua cara taraf kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh ditamatkan.
[4]
(i) ...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

17. Nyatakan tiga Jawatankuasa Parlimen. [3]

(i) ...................................................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................................................

(iii)...................................................................................................................................................

STPM 2021 – 900/1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat. SULIT*
6

18. Senaraikan empat sumber hasil pendapatan Kerajaan Tempatan. [4]

(i) ...................................................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................................................

(iii)...................................................................................................................................................

(iv) ...................................................................................................................................................

19. Huraikan dua kesan tadbir urus baik. [4]

(i) ...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

Bahagian C [50 markah]


Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

20 Pelbagai masalah untuk memantapkan sistem tadbir urus sektor awam telah dikenal pasti. Oleh
itu, kerajaan telah menjalankan usaha-usaha untuk memantapkan sistem tadbir urus sektor awam.
Bincangkan.

21 Tenaga muda amat diperlukan dalam membangunkan pelbagai bidang. Namun, usaha
membangunkan potensi tenaga muda menghadapi pelbagai rintangan. Bincangkan.

22 Teknologi digital membawa pelbagai manfaat kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan
secara dalam talian. Namun begitu, perniagaan ini juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna.
Bincangkan.

-KERTAS SOALAN TAMAT-

STPM 2021 – 900/1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat. SULIT*

You might also like