You are on page 1of 6

Bahagian A [15 Markah ]

Jawab semua soalan.


1. Ciri asas bagi sebuah negara adalah mempunyai
A sempadan yang dapat dikawal dengan cekap
B penduduk yang berbilang kaum dan hidup dengan harmoni
C bendera yang dikenali di seluruh dunia
D pejabat kedutaan di negara asing

2. Yang manakah padanan yang benar dalam jadual di bawah


Senarai Persekutuan Senarai Bersama
A Perdagangan dan perusahaan Kastam tempatan
B Kewarganegaraan Hari Kelepasan Am Negeri
C Kesihatan awam dan kebersihan Siasatan negeri
D Pelajaran Perumahan

3. Dengan cara apakah isteri seorang warganegara Malaysia atau anak berumur 15 tahun
yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara Malaysia dapat memperoleh
kewarganegaraan Malaysia?

A. Kuat kuasa undang-undang C. Kemasukan


B. Pendaftaran D. Pencantuman wilayah

4. Antara berikut yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia?
I Mengutamakan kuasa relatif antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman
II Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mempunyai kuasa dan peranan
yang sama
III Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi kepada badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif
IV Badan perundangan, eksekutif dan kehakiman melaksanakan peranan masing-
masing tanpa sebarang pertindihan

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
5. Kuasa pengampunan Yang Di-Pertuan Agong merangkum pesalah-pesalah yang berikut
kecuali
1
A. Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera
B. Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Melaka dan Pulau Pinang
C. Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Awam di Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
D. Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang dan
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

6. Keahlian badan-badan manakah yang bergantung secara langsung kepada keputusan


sesuatu pilihan raya?

I Ahli Kabinet A. I dan II


II Ahli Dewan Rakyat B. I dan III
III Ahli Dewan Negara C. II dan IV
IV Ahli Dewan Undangan Negeri D. III dan IV

7. Antara berikut yang manakah memerlukan pilihan raya kecil diadakan?


I Seorang Ahli Dewan Negara meninggal dunia
II Seorang ahli Dewan Rakyat dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan
khalwat
III Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri diisytiharkan muflis setelah setahun
menjadi ahli
IV Seorang Menteri Besar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh
Mahkamah Tinggi

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

8. Antara berikut yang manakah perbezaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dengan
mahkamah lain ?
A Mendengar bidang kuasa sivil dan jenayah mahkamah di bawahnya
B Menyelesaikan kekeliruan yang berkaitan dengan soal perlembagaan
C Menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
D Mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah di bawahnya
9. Antara padanan yang berikut, yang manakah benar tentang badan berkanun dan badan
tidak berkanun
2
Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun
I Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Ditubuhkan di bawah Akta
Enakmen Dewan Undangan Negeri Syarikat
II Pegawai Perkhidmatan awam boleh Pegawai Perkhidmatan awam
dipinjam tidak boleh dipinjam
III Anggaran belanjawan tahunan tertakhluk Anggaran belanjawan tahunan
kepada kawalan agensi pusat tertakhluk kepada kawalan agensi
pusat
IV Tidak boleh menubuhkan anak syarikat Boleh menubuhkan anak syarikat

A. I dan II C. II dan III


B. I dan III D. II dan IV

10. Yang manakah antara yang berikut menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ?

I Semua ahli Dewan Undangan Negeri A. I dan II


II Setiausaha Kerajaan Negeri B. I dan III
III Pegawai Kerajaan Negeri C. II dan III
IV Yang Dipertua Negeri D. II dan IV

11.
 Menyelaras dasar pinjaman luar
 Mentadbir peraturan pinjaman kerajaan negeri
 Meluluskan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan
Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

A. Bank Negara Malaysia C. Perbendaharaan Negara


B. Kementerian Kewangan D. Unit Perancang Ekonomi

12. Antara berikut yang manakah tujuan utama kerajaan tempatan diwujudkan ?

A Menjaga kebersihan kawasan sekitar

3
B Meningkatkan pendapatan melalui kutipan cukai pintu dan cukai yang lain
C Menjamin Indah Water Konsortium menjalankan pelupusan air kumbahan dengan baik
D Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam
pengurusan kawasan yang didiami oleh mereka

13. Kuasa pelaksanaan dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia terletak pada

A Majlis Tindakan Negeri


B Dewan Undangan Negeri
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

14. Yang manakah langkah yang perlu diambil untuk mempertingkat daya saing negara?

A. Mengkaji dan menambah baik sistem pendidikan


B. Memberikan pelbagai subsidi kepada setiap lapisan masyarakat
C. Merangsang permintaan luar negara terhadap barangan tempatan
D. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan ekonomi negara

15. Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?

A Penentuan skim gaji


B Pengaruh amalan tradisi
C Perkembangan teknologi
D Pendidikan yang rendah

Bahagian B [15 Markah]

Jawab semua soalan.


16.

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Doktrin


Pengasingan Kuasa. 4
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Doktrin Pengasingan Kuasa? [1 M]

________________________________________________________________________

(b) Nyatakan tiga sebab amalan di atas dilaksanakan di negara ini? [3 M]

(i) _____________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________

(iii) _____________________________________________________________________

17. Terangkan dua (2) tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Perdana Menteri. [4 M]

(i) _______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(ii) _______________________________________________________________________

________________________________________________________________________

18. Jelaskan dua situasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu merujuk terlebih
dahulu kepada Kerajaan Negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu
dilaksanakan. [4 M]

(i) _______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(ii) _______________________________________________________________________

________________________________________________________________________

19. (i) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan Tadbir Urus Baik . [1 M]

5
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua aspek yang diberi penekanan dalam Tadbir Urus Baik. [2 M]

(i) _____________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahagian C [ 50 Markah ]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

20. Wujud kerenah birokrasi merupakan satu daripada beberapa alasan kerajaan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam perkhidmatan awam.
Ternyata penggunaan aplikasi elektronik ini dalam tadbir urus negara memberi banyak
kebaikan. Bincangkan.

21. Pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan merupakan suatu cabaran di sebalik
kemajuan negara. Bincangkan faktor terjadinya masalah tersebut dan langkah - langkah
yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.

22. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, kompeten,
berkemahiran, kreatif ,dan berdaya inovatif. Bincangkan usaha yang dilaksanakan untuk
merealisasikan hasrat tersebut.

You might also like