You are on page 1of 19

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

Bahagian A
1. Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I Mempunyai penduduk yang tetap
II Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
III Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing

IV Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2.
Puan Z sudah tinggal dan bekerja di Malaysia selama 15 tahun. Selepas tempoh
tersebut beliau mengemukakan permohonan menjadi warganegara Malaysia
sebelum perkahwinannya dengan rakyat Malaysia.

Puan Z memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara


A Pendaftaran
B Naturalisasi
C Kuat kuasa undang-undang
D Percantuman wilayah
3. Yang manakah merupakan ciri-ciri sebuah negara demokrasi?
I Mengamalkan pilihan raya yang bebas
II Kuasa pemerintahan terletak pada Parlimen

III Ketua Negara ialah seorang Perdana Menteri


IV Rakyat mempunyai kebebasan dan jaminan hak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III

D III dan IV

4. Yang manakah yang berkaitan dengan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai
Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

5.

Pegawai X merujuk kepada


A Ketua Setiausaha Negara
B Ketua Setiausaha Kementerian
C Timbalan Perdana Menteri

D Ketua Polis Negara


6.
 Menggubal dasar fiskal kewangan negara
 Mendapatkan pinjaman bagi pihak kerajaan

Peranan di atas dilaksanakan oleh


A Unit Perancang Ekonomi Negara
B Majlis Tindakan Ekonomi Negara
C Perbendaharaan Malaysia
D Majlis Kewangan Negara

7. Yang manakah layak mengundi melalui pos dalam pilihan raya?


I Seorang pegawai tentera yang sedang bertugas di bawah PBB di luar negara
II Seorang pengundi yang sedang bertugas sebagai doktor asing di Brunei
III Seorang pengundi yang sedang mengerjakan umrah di Arab Saudi

IV Seorang gurun yang bertugas dipusat membuang undi pada hari mengundi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8.
 Mengeluarkan saman, waran, dan perintah mahkamah
 Mengadili tuntutan kes sivil tidak melebihi RM 250,000
 Mengadili semua kes jenayah kecuali yang melibatkan hukuman
mati

Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa


A Mahkamah Majistret
B Mahkamah Tinggi
C Mahkamah Sesyen
D Mahkamah Persekutuan
9. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Mahkamah Khas yang membicarakan
raja-raja?
I Peguam Negara dan Perdana Menteri ialah anggota mahkamah tersebut.
II Mahkamah Khas tidak berkuasa untuk membicarakan Yang di-Pertuan Agong
III Pendakwaan terhadap terhadap raja mesti mendapat persetujuan Peguam Negara

IV Sekiranya raja dipenjarakan satu hari, baginda akan kehilangan takhta negeri baginda
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pembubaran Parlimen?
I Pembubaran Parlimen adalah atas kuasa Ketua Kerajaan
II Sebelum tamat tempoh lima tahun Parlimen tidak boleh dibubarkan
III Parlimen hanya akan terbubar secara automatik apabila genap tempoh lima tahun

IV Persidangan Parlimen yang baharu harus diadakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh
pembubarannya.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11.

Yang manakah perkara yang mewakili X dan Y?


I Tahap pembangunan sesebuah negeri

II Bilangan penduduk sesebuah negeri


III Panjang jalan negeri
IV Pendapatan tahunan sesebuah negeri
A I dan II
B I dan IV

C II dan III
D III dan IV

12.
Pemaju X ingin membuat pertukaran status tanah pertanian
kepada perumahan

Yang manakah pihak yang berkuasa untuk meluluskan permohonan di atas?


A Dewan Undangan Negeri
B Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
C Pihak Berkuasa Tempatan

D Pejabat Tanah dan Galian


13. Antara yang berikut yang manakah membantu Kabinet menyelaraskan kegiatan
kementerian-kementerian?
I Majlis Perancangan Negara
II Majlis Tindakan Negara
III Majlis Tanah Negara

IV Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14. Yang manakah usaha seorang penjawat awam untuk mempamerkan prestasi kerja
cemerlang dan berkualiti?
A Bekerja lebih masa
B Mengelakkan perbuatan rasuah
C Sentiasa bersifat rasional semasa bertugas

D Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kerja

15. Antara amalan baik seorang ketua jabatan dalam sesebuah agensi kerajaan ialah
I mempunyai hubungan yang erat dengan stakeholders
II bijak menangani risiko dalam perlaksanaan projek

III mempunyai Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang statik


IV bergantung sepenuhnya kepada staf yang lain dalam penentuan KPI
A I dan II
B I dan IV
C II dan III

D III dan IV
Bahagian B
16. Nyatakan tiga kes jenayah yang didengar di Mahkamah Syariah. [3]

a. _______________________________________________________________________

b. _______________________________________________________________________

c. _______________________________________________________________________

17. Berdasarkan rajah berikut:

a. Nyatakan dua ciri badan berkanun Persekutuan. [2]

i. ____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________

b. Nyatakan dua ciri badan tidak berkanun. [2]

i. ____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________

18. Jelaskan dua fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. [4]

a. _______________________________________________________________________

b. _______________________________________________________________________
19. Terangkan dua prinsip utama yang menjadi teras kepada tadbir urus baik. [4]

a. _______________________________________________________________________

b. ______________________________________________________________________

Bahagian C
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi
karangan yang dihasilkan.

20. Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam
bagi memastikan tadbir urus baik, tetapi pada masa yang sama, kerajaan berhadapan
dengan cabaran untuk memastikan matlamat tersebut tercapai. Jelaskan pernyataan ini.
[25]

21. Walaupun industri kecil dan sederhana (IKS) menghadapi pelbagai rintangan , Malaysia
terus memperkembangkan industri ini kerana potensinya yang boleh membantu kerajaan
membangunkan negara. Bincangkan. [25]

22. Kegiatan penyeludupan barangan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada negara
dan rakyat. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi membanterasnya. Bincangkan.
[25]

You might also like