You are on page 1of 7

BAHAGIAN A

[15 Markah]
Jawab semua soalan.

1. Yang manakah ciri-ciri sesebuah negara?


I Penduduk tetap
II Merdeka
III Sempadan negara yang diiktiraf
IV Berkuasa sendiri
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Yang manakah benar tentang konsep Perlembagaan Persekutuan?


I Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
II Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda
III Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat
IV Meningkatkan semangat patriotik
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
ID II dan IV

3. Perlembagaan Persekutuan mengandungi kebebasan diri iaitu


A Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran
B Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya
kecuali menurut undang-undang
C Setiap warganegara berhak untuk menghimpun dengan aman tanpa senjata
D Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan
4. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai amalan demokrasi di
Malaysia?
A Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu kerajaan dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum
B Parti politik yang memenangi majoriti mudah bilangan kerusi dalam pilihan raya
umum akan berkuasa untuk membentuk kerajaan
C Sistem demokrasi berteraskan konsep ‘kerajaan rakyat oleh rakyat dan untuk
rakyat’
D Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat , tidak terdiri daripada anggota parti politik

5. Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam


persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun
atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum menerima pengampunan.
Berdasarkan kenyataan ini, yang manakah benar?
A Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
B Hilang kelayakan menjadi calon
C Tidak boleh terlibat dengan Pilihan Raya Dewan Rakyat
D Tidak boleh terlibat dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri

6. Yang Dipertuan Agong dipilih oleh


A Majlis Raja-Raja
B Jemaah Menteri
C Perdana Menteri
D Dewan Rakyat

7. Berikut adalah kuasa budi bicara Yang Dipertuan Agong kecuali


A Memberi keutamaan kepada permaisuri dalam segala hal
B Melantik seorang Perdana Menteri
C Tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran parlimen
D Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja
8. Fungsi kabinet ialah
I Mempengerusikan mesyuarat kabinet
II Menggubal dasar kerajaan persekutuan
III Menangani sebarang masalah yang melibatkan negara dan rakyat
IV Melaksanakan tugas eksekutif
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Yang manakah benar tentang setiausaha parlimen?


I Terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat @ Ahli Dewan Negara
II Saraan ditetapkan oleh Parlimen
III Tidak semestinya Ahli Dewan Rakyat @ Ahli Dewan Negara
IV Saraan ditetapkan oleh Kabinet
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

 Bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya


berjalan lancar
 Memastikan perbahasan mematuhi peraturan-peraturan Majlis
Mesyuarat Dewan Rakyat
 Membuat keputusan dan tafsiran mengenai peraturan-peraturan
mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian

10. Kriteria berikut adalah peranan jawatan


A Ketua Whip
B Ketua Pembangkang
C Ahli Dewan Rakyat
D Yang Dipertua Dewan Rakyat
11. Antara yang berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Dewan Negara
I Tiada kuasa membatalkan sebarang Rang Undang-Undang yang telah diluluskan di
Dewan Rakyat
II Boleh memulakan proses Rang Undang-Undang biasa tetapi tidak diamalkan di
Malaysia
III Membahaskan titah ucapan Ketua Negeri
IV Bertindak membahaskan dan meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan Negeri
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

12. Antara yang berikut, kaedah manakah yang boleh digunakan untuk menahan
seseorang?
I Surat saman mengandungi kesalahan, tarikh, dan waktu untuk hadir ke mahkamah
II Apabila Orang Kena Tuduh (OKT) tidak hadir ke mahkamah pada tarikh dan waktu
yang ditetapkan, maka waran tangkap dikeluarkan
III Individu yang ditahan mesti dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24 jam
IV Setiap tertuduh tidak boleh ditahan melebihi 14 hari untuk tujuan siasatan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
13. Prosedur Lembaga Pengampunan meliputi
I Kesalahan yang dilakukan di negeri-negeri yang beraja atau mempunyai Yang
Dipertua Negeri
II Pertikaian antara negeri dengan negeri atau negeri dengan persekutuan
III Kesalahan yang dilakukan di wilayah-wilayah persekutuan
IV Membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

14. Tadbir urus yang baik dapat dilihat melalui prinsip tadbir urus negara iaitu
A Memberi keyakinan kepada rakyat, perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan
jelas
B Kapasiti inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran perlu dipertingkatkan
C Modal insan perlu diurus secara cekap dan berkesan bagi melahirkan tenaga kerja
berkualiti
D Usaha ke arah mengekalkan akauntabiliti dan profesionalisme yang tinggi amat
penting

15. Yang manakah merupakan kepentingan tadbir urus yang baik


A Memantapkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan
B Memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini
C Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam
D Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan
BAHAGIAN B
[15 Markah]

Jawab semua soalan.


16. Senaraikan tiga ciri negara berdaulat. [ 3m ]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

17. Nyatakan empat kepentingan Perlembagaan Persekutuan. [ 4m ]


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

18. Jelaskan dua ciri pilihan raya umum di Malaysia. [ 4m ]


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

19. Jelaskan dua sekatan terhadap Yang Dipertuan Agong. [ 4m ]


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
BAHAGIAN C
[50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
20. Daya saing negara yang mantap membawa pelbagai kebaikan. Walau
bagaimanapun, kerajaan sering berhadapan dengan cabaran tertentu untuk
mengekalkannya.
21. Teknologi satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namun kesan
negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan. Bincangkan.
22. Kebaikan amalan kitar semula kepada kehidupan tidak dapat dinafikan lagi.
Jelaskan.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like