You are on page 1of 3

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat?


I Penduduk yang berbilang kaum
II Parti politik yang memimpin negara
III Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
IV Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
A I dan II
B I dan IV
C I dan III
D III dan IV

2. Pernyataan manakah menunjukkan konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan ?


A Sumber rujukan semua undang-undang negara
B Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Malaysia
C Peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda
D Parlimen berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan

3. Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan
Persekutuan?
A Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara.
B Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap.
C Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan.
D Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula.

4. Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh
menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara
A pendaftaran
B naturalisasi
C percantuman wilayah
D kuat kuasa undang-undang

5. Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan


Majlis Raja-Raja?
A Jemaah Menteri
B Bahasa Kebangsaan
C Keanggotaan Parlimen
D Bahagian Pilihan Raya Persekutuan
6. Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?
I Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.
II Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.
III Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.
IV Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.

A I dan III
B I dan IV
C Il dan III
D II dan IV

7. Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?


A Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat.
B Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat.
C Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.
D Rang Undang-undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat.

8. Dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia diluluskan oleh


A Dewan Undangan Negeri
B Jawatankuasa Tindakan Negeri
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

9. Yang manakah yang diselaraskan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja?


I Penggunaan tanah rizab orang Melayu
II Perubahan sempadan antara negeri-negeri
III Amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan
IV Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

A I dan III
B I dan IV
C Il dan III
D II dan IV

10. Yang manakah pernyataan yang benar tentang tugas Jemaah Menteri?
A Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
B Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara
C Menggubal dasar gaji, elaun, dan kemudahan kakitangan kerajaan
D Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan
Kerajaan mempergiat usaha untuk meningkatkan integriti dan ketelusan sektor awam dan
swasta bagi menambah baik tahap tadbir urus.

11. Yang manakah strategi untuk mencapai hasrat di atas?


A Memperkenalkan dan program pembaharuan mempromosi bagi jentera pentadbiran
B Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam
C Mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh langkah rasuah menangani
D Memperkemas struktur organisasi dar semasa ke semasa

12. Yang manakah tindakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kaunter?
I Memasang kamera litar tertutup
II Menswastakan perkhidmatan kaunter
III Meningkatkan keselesaan di ruang menunggu
IV Memberikan latihan kepada pegawai khidmat pelanggan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

13. Yang manakah tugas Unit Perancang Ekonomi?


A Menyelaras pembangunan di koridor pertumbuhan
B Merancang pembangunan kawasan koridor dan serantau
C Memacu pelaksanaan agenda bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baharu
D Melaksanakan projek kerjasama awam swasta melalui Penswastaan dan Inisiatif
Pembiayaan Swasta

14. Fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak ialah


A menyeragamkan pentadbiran
B menyelaraskan aktiviti ekonomi
C memudah cara pelaksanaan projek pembangunan
D meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta

15. Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan
A Sultan
B Ketua Kerajaan Negeri
C Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

You might also like