You are on page 1of 4

SET 1 (ULANGKAJI)

1. Pilih pernyataan yang benar tentang peruntukan tambahan Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan
Sarawak.
I. Penyeragaman peruntukan berkenaan penggunaan bahasa Inggeris di Sabah dan Sarawak dengan
Semenanjung
II. Urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak
III. Hak Sabah dan Sarawak dalam soal perolehan royalti petroleum
IV. Sekatan imigresen Sabah dan Sarawak terhadap individu tertentu dari Semenanjung
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

2. Nyatakan ciri-ciri negara Malaysia yang berdaulat.


I. Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
II. Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan
III. Mengamalkan konsep ketertinggian Parlimen
IV. Mempunyai raja berperlembagaan yang dikenali sebagai Ketua Kerajaan
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

3. Yang manakah pernyataan yang benar mengenai Konsep Pengasingan Kuasa di Malaysia?
I. Doktrin pengasingan kuasa memberi kuasa mutlak kepada Ketua Hakim Negara dalam menerajui
sistem kehakiman negara.
II. Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa Westminster
III. Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan oleh Malaysia berasaskan doktrin pengasingan kuasa
yang diusulkan oleh Montesquieu
IV. Pada peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggota Kabinetnya melaksanakan
fungsi eksekutif yang dipegang oleh YDPA.
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

4. Yang manakah pernyataan yang benar mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia?


I. Dikanun dan tidak boleh dipinda
II. Asas kepada pembentukan kerajaan
III. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain
IV. Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua kerajaan, menjalankan kuasanya mengikut peruntukan
Perlembagaan Persekutuan.
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV
5. Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?
I. Seorang anggota tentera berpangkat Koperal telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera.
II. Encik X telah dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuching.
III. Encik Y telah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
IV. Encik Z telah dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah Kelantan.
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

6. Petisyen Pilihan Raya

Tuduhan: Penyalahgunaan wang oleh calon yang menang

Keputusan pilihan raya: Kemenangan calon dibatalkan

Yang manakah berkaitan dengan petisyen pilihan raya di atas?

I. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah muktamad


II. Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya kecil
III. Suruhanjaya Pilihan Raya berkuasa menyelesaikan sebarang pertikaian terhadap keputusan pilihan
raya
IV. Petisyen dikemukakan dalam masa 14 hari selepas pengumuman keputusan pilihan raya
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

7. Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


I. Menahan orang yang menimbulkan kekecohan dalam kempen pilihan raya.
II. Mengkaji persempadanan kawasan pilihan raya.
III. Menguruskan pengundian melalui pos
IV. Memastikan calon menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya dalam masa 6 bulan selepas
keputusan pilihan raya diumumkan.
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

8. Yang manakah yang benar tentang tadbir urus yang baik?


A. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
B. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
C. Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa
D. Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan
9. Yang manakah yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik dalam sektor awam?
A. Kepimpinan yang bersifat terbuka dan berwawasan
B. Penggunaan sumber yang maksimum dan mengikut prosedur
C. Sistem prosedur dan garis panduan yang tidak jelas dalam melaksanakan tugas
D. Struktur organisasi sentiasa diubah dan diperkemaskan dari semasa ke semasa

10. Badan perundangan yang tertinggi di peringkat negeri ialah


A. Majlis Raja-Raja
B. Dewan Undangan Negeri
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D. Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri
11. Penyataan-penyataan yang berikut benar tentang tugas Ketua Setiausaha Negara kecuali
A. beliau merupakan Setiausaha Kabinet
B. beliau mesti menang dalam pilihan raya Parlimen
C. beliau menjadi penasihat utama kepada Perdana Menteri
D. beliau menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan.

12. Yang manakah yang benar tentang Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan?
A. Kumpulan wang yang menghimpunkan semua pendapatan Kerajaan Persekutuan daripada pelbagai
sumber
B. Kumpulan wang yang berperanan membantu kerajaan-kerajaan negeri yang berhadapan dengan
masalah kewangan
C. Kumpulan wang yang menghimpunkan semua pendapatan Kerajaan Negeri, kecuali wang daripada
kutipan zakat dan fitrah
D. Kumpulan wang yang disediakan khusus untuk keperluan kementerian-kementerian yang mengalami
keadaan kewangan yang terdesak

13. Yang manakah perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
I. Menamakan jalan
II. Mengeluarkan lesen kedai kopi
III. Menyediakan perumahan kos rendah
IV. Menguruskan harta karun yang dijumpai
A. I dan II B. II dan III
C. I dan IV D. III dan IV

14. Yang manakah faedah aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam tadbir urus awam?
I. Menangani ancaman jenayah siber
II. Mengurangkan rungutan awam
III. Meningkatkan integriti penjawat awam
IV. Merealisasikan konsep e-kerajaan
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV
Yang manakah pernyataan yang benar tentang kuasa Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri?

I. Menguruskan hal-hal berkenaan tanah menerusi Majlis Tanah Negara


II. Kabinet Persekutuan membuat dasar bagi pihak kerajaan negeri
III. Undang-undang Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa di semua negeri
IV. Nasihat Kerajaan Persekutuan didengari kerajaan negeri
A. I dan II B. II dan III
C. I dan IV D. III dan IV

Bahagian B [15 markah]

Jawap semua soalan disediakan.

16. Nyatakan tiga perkara dalam Perlembagaan yang memerlukan persetujuan 2/3 ahli Parlimen dan perkenan
Majlis Raja-Raja untuk memindanya. [3]

a. ..........................................................................................................................
b. ..........................................................................................................................
c. ..........................................................................................................................

17. Kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia boleh ditamatkan.


i. Nyatakan dua cara penamatan kewarganegaraan. [2]

a. …………………………………………………………………………...
b. …………………………………………………………………………...
ii. Berikan dua contoh tindakan yang membolehkan status kewarganegaraan ditamatkan. [2]

a. …………………………………………………………………………...
b. …………………………………………………………………………...

18. Nyatakan empat inisiatif bagi memperkasa integriti. [4]

a. ……………………………………………………………………………….
b. ……………………………………………………………………………….
c. ……………………………………………………………………………….
d. ……………………………………………………………………………….

19. Huraikan empat ancaman globalisasi terhadap negara. [4]

a. …………………………………………………………………………..........
b. ………………………………………………………………………………..
c. ………………………………………………………………………………..
d. …………………………………………………………………………………

You might also like