You are on page 1of 7

1

Nama Calon:……………………………………………..………………………………………Kelas:………………..

900/1

KERTAS 1
(dua jam)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNS)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 1, 2013

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN Untuk kegunaan
BERBUAT DEMIKIAN pemeriksa
Bahagian A
Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B
Bahagian B
dan bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam bahagian A dan 1
bahagian B dan dua soalan dalam Bahagian C.
2
Ada lima belas soalan dalam Bahagian A. tiap-tiap soalan dikuti oleh 3
empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan
jawapan tersebut. 4
Bahagian C
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian B pada ruang
yang disediakan. 1
2
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam bahagian C.
mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun 3
jawapan anda mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda
bersama dengan kertas soalan ini.
Jumlah
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam
tanda kurung [ ].
2

BAHAGIAN A
(15 MARKAH)

JAWAB SEMUA SOALAN.

 Berminat untuk tinggal di Persekutuan


 Telah tinggal di Persekutuan selama 10 daripada 12 tahun sebelum permohonan

1. Pernyataan di atas merujuk kepada syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara

A. masukan/naturalisasi
B. pendaftaran
C. percantuman wilayah
D. kuat kuasa undang - undang

Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menerima aduan mengenai


pekerja asing yang dibawa masuk tetapi pekerjaan tidak disediakan kepada mereka.

2. Yang manakah tindakan lanjut SUHAKAM berhubung dengan aduan di atas?

I Membuat siasatan terhadap aduan


II Mendakwa agensi yang terlibat di mahkamah
III Merujukkan aduan berkenaan ke Mahkamah Perusahaan
IV Mengesyorkan agar tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Yang manakah antara berikut merupakanbidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

I Mempersetujui permintaan untuk membubarkan Parlimen


II Mendapatkan sebarang maklumat tentang pemerintahan Persekutuan
III Mempunyai kuasa untuk menentukan parti politik yang akan memerintah
IV Mengarahkan Perdana Menteri untuk menggubal undang-undang negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3

4. Antara yang berikut yang manakah merupakan fungsi Majlis Raja-Raja?

A. Mengisytiharkan darurat
B. Melantik jemaah menteri
C. Memilih Yang Dipertua Negeri
D. Menimbangkan keputusan untuk mengubah sempadan negeri

5. Yang manakah merupakan tugas Ketua Audit Negara?

I Memeriksa akaun-akaun Persekutuan


II Membuat laporan tentang Perbelanjaan Persekutuan
III Meluluskan perbelanjaan yang dibuat oleh Persekutuan
IV Mengurus pemberian pinjaman wang Persekutuan kepada Negeri

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Keanggotaan seseorang ahli Dewan Rakyat akan terlucut sekiranya beliau

A. dijatuhi hukuman penjara enam bulan


B. disytiharkan muflis dan tidak dilepaskan
C. dituduh mengamalkan rasuah dan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi
D. dikenakan denda oleh Mahkamah sebanyak RM2000.00

7. Yang manakah penyataan yang benar tentang Yang di-Pertua atau Timbalan Yang Dipertua
Dewan Negara?

I Boleh menentukan penetapan rang undang-undang


II Boleh menjalankan kerja-kerja kebajikan
III Boleh hilang kelayakan jika menjadi ahli lembaga pengurusan
IV Boleh melantik ahli Dewan Rakyat sebagai Yang di Pertua Dewan Rakyat

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
4

8.

Merupakan undang-undang bertulis yang digubal oleh agensi atau


menteri tertentu yang diberi kuasa oleh Parlimen.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Akta
B. Enakmen
C. Perundangan Kecil
D. Perlembagaan Persekutuan

9. Penyataan yang manakah yang berkaitan dengan Doktrin Duluan Kehakiman?

I Sebarang keputusan hakim Mahkamah Rendah dianggap muktamad


II Sebarang keputusan Mahkamah Rendah harus merujuk Mahkamah Khas
III Sebarang keputusan kehakiman di Mahkamah Tinggi dijadikan panduan
IV Sebarang keputusan Mahkamah Persekutuan dijadikan contoh pengendalian kes

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

10.

 Membicarakan kesalahan pelanunan di bawah undang-undang antarabangsa


 Mengarahkan mahkamah yang lebih rendah untuk mengadakan ulang bicara

Bidang kuasa di atas merujuk kepada

A. Mahkamah Sesyen
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Persekutuan
5

11. Yang manakah merupakan prosedur pemberian wang oleh Kerajaan Persekutuan kepada
Kerajaan Negeri?

I Berdasarkan keluasan negeri


II Berdasarkan eksport barangan tempatan
III Berdasarkan bilangan penduduk
IV Berdasarkan kos penyelenggaraan jalan raya

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Yang manakah benar tentang Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama?

Bersama Negeri Persekutuan


A Pengurusan Diesel Telur Penyu Syarikat Koperasi
B Pengairan Kesihatan Awam Keselamatan Bangunan
C Biasiswa Perhutanan Penyelidikan
D Kewarganegaraan Tanah Hari Kelepasan Am

13. Yang manakah pernyataan yang benar tentang Suruhanjaya Pilihan Raya?

A. Ahli-ahlinya tidak layak mengundi


B. Ahli-ahlinya boleh dipecat melalui Majlis Parlimen
C. Ahli-ahlinya terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 60 tahun
D. Ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis
Raja-raja

14.
 Lesen pusat hiburan
 Sewa ruang gerai makan

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab memungut hasil di atas ialah

A. Pejabat Daerah
B. Pihak Berkuasa Tempatan
C. Perbadanan Ekonomi Negeri
D. Lembaga Hasil Dalam Negeri
6

15. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri daya saing dalam tadbir urus
negara?

A. Penyampaian oleh kakitangan perkhidmatan awam


B. Peluang pekerjaan dalam sektor swasta
C. Kesedaran global dalam hal sosioekonomi
D. Pembangunan ekonomi negara

BAHAGIAN B
(15 Markah)

Jawab semua soalan di bawah.

16. Nyatakan tiga ciri yang membolehkan sesebuah negara dianggap mempunyai tadbir urus
yang baik? (3 markah)

i. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
iii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………

17. Huraikan dua hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah juvana terhadap pesalahnya.
(4 markah)

i. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

18. Huraikan dua proses sebelum sesuatu rang undang-undang dibawa ke Parlimen untuk
dibahas.
(4 markah)
i. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
7

19. Jelaskan dua cara bagaimana Kerajaan Persekutuan mengagihkan peruntukan kepada
kerajaan negeri? (4 markah)

i. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Bahagian C
(50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

20. Masalah rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berkembang. Kegiatan tidak bermoral
ini harus dibendung daripada terus merebak. Bincangkan.

21. Kecekapan pengurusan merupakan petunjuk penting bagi meningkatkan keupayaan


menghadapi cabaran-cabaran dalam perkhidmatan awam. Bincangkan cabaran-cabaran tersebut.

22. Kemudahan rawatan dan kesihatan yang disediakan pihak kerajaan dan swasta dapat
menjamin tahap kesihatan dan kehidupan yang sihat. Walau bagaimanapun, masih terdapat usaha
lain bagi mewujudkan masyarakat sihat. Jelaskan penyataan ini.

----- SOALAN TAMAT -----

You might also like