You are on page 1of 16

Nama: ................................... Kelas: .............................

900/1 STPM 2022


PENGAJIAN AM

KERTAS 1
( Dua Jam )

MAJLIS PEPERIKSAAN PRAUNIVERSITI


SEKOLAH TINGGI KLUANG

UJIAN PENTAKSIRAN PRESTASI SEMESTER 1

Arahan kepada calon: Untuk kegunaan pemeriksa

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA No Soalan Markah


DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Bahagian A
Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, 1 – 15
Bahagian B, dan Bahagian C.
Bahagian B
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam 16.
Bahagian A dan Bahagian B dan dua soalan Bahagian C.
17.
Ada lima belas soalan dalam Bahagian A dan tandakan
jawapan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang disediakan. 18.
19.
Ada empat soalan dalam Bahagian B dan tulis jawapan anda
pada ruangan yang disediakan. Bahagian C

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam Bahagian


C. Mulakan jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun
jawapan anda mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda
bersama dengan kertas soalan ini. Jumlah

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan diberikan dalam © Majlis Peperiksaan Pengajian Am
Sekolah Tinggi Kluang
tanda kurung [ ]

Kertas Soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

STPM 900/3

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat

[Lihat sebelah

SULIT
SULIT* 1

Bahagian A
(15 markah)

Jawab semua soalan.


1. Yang manakah berikut merupakan ciri asas sebuah negara ?

I Raja yang berdaulat III Merdeka


II Berpenduduk IV Kerajaan yang sistematik
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

 Membolehkan setiap badan bertindak tanpa dipengaruhi oleh badan yang lain
 Menjamin rakyat mendapat keadilan dan hak asasi manusia

2. Pernyataan di atas merujuk kepada
A Birokrasi C Ketertinggian Perlembagaan
B Demokrasi Berparlimen D Doktrin Pengasingan Kuasa

3. Perkara-perkara berikut yang manakah diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri?


I Penangkapan penyu dan ikan di sungai
II Perpustakaan, muzium dan barang purba
III Penapisan akhbar tempatan dan luar negara
IV Pemulihan tanah lombong
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

4. Yang manakah benar tentang Setiausaha Kerajaan Negeri ?


I Melaksanakan dasar kerajaan negeri
II Menjadi penasihat utama kewangan kepada Menteri Besar
III Sebagai pegawai pentadbiran utama negeri
IV Memastikan agensi-agensi melaksanakan dasar kerajaan negeri
A I dan II C II dan IV
B I dan III. D III dan IV

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 2

5. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Pemecatan beliau dilakukan oleh tribunal
B Saraan ditentukan dan dibayar oleh Perbendaharaan
C Merupakan seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam
D Pelantikan dibuat selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

 Membentuk dasar negeri


 Turut dianggotai oleh ahli Ex-officio

6. Penyataan di atas merujuk kepada

A Dewan Undangan Negeri C Setiausaha Kerajaan Negeri


B Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri D Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

7. Bidang kuasa lain Mahkamah Tinggi ialah


A Memberi pandangan dan membuat keputusan tentang sesuatu undang-undang.
B Memberi nasihat kepada YDPA tentang perlembagaan.
C Memberi nasihat kepada Mahkamah Rendah dalam hal perlembagaan.
D Boleh membincangkan apa jua kes sivil dan jenayah.

8. Yang manakah penyataan yang benar tentang Peguam Negara?


A Saraannya ditentukan oleh Kabinet.
B Menganggotai Jemaah Pengampunan.
C Boleh memulakan prosiding di mana-mana mahkamah.
D Perlantikannya atas nasihat Majlis Raja-raja.

9. Antara yang berikut, yang manakah membantu Kabinet menyelaraskan kegiatan


kementerian-kementerian?
A Majlis Tindakan Negara
B Majlis Tanah Negara
C Majlis Kewangan Negara
D Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan

10. Antara berikut, yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan
kepada Kerajaan Negeri
I Jaringan jalanraya
II Bilangan Penduduk

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 3

III Jumlah cukai dan hasil lain yang diperoleh


IV Jumlah sumber kewangan Kerajaan Persekutuan

A I dan II C II dan IV
B I dan III. D III dan IV

11. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Majlis Perbandaran?
I Badan berkanun di bawah kawalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
II Pegawai tertinggi Majlis Perbandaran ialah Yang Di-Pertua.
III Ahli Majlis Perbandaran boleh dilantik semula oleh Kerajaan Negeri setelah tempoh
perkhidmatannya tamat.
IV Majlis Perbandaran melantik kakitangannya sendiri dengan kelulusan Kerajaan
Negeri.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Badan Berkanun Badan tidak Berkanun


I Diadakan di bawah akta Parlimen Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
atau Enakmen Dewan Undangan
Negeri
II Pegawai Perkhidmatan yang boleh Pegawai Perkhidmatan yang tidak boleh
dipinjam dipinjam
III Anggaran belanjawan tahunan Anggaran belanjawan tahunan tertakluk kepada
tertakluk kepada kawalan agensi kawalan agensi pusat
pusat
IV Tidak boleh menubuhkan syarikat Boleh menubuhkan syarikat

12. Antara berikut, yang manakah benar tentang Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun ?

A I dan II C II dan IV
B I dan III. D III dan IV

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 4

13. Tadbir urus yang terbaik sektor awam berteraskan kepada prinsip

A Penurunan kuasa
B Penggunaan Teknologi Maklumat
C Keterlibatan
D Penguatkuasaan undang-undang yang ketat

14. Yang manakah cabaran menyediakan tadbir urus yang baik?

A Menyediakan pembangunan modal insan.


B Menyediakan pelan strategik yang mantap.
C Mementingkan keuntungan optimum perkhidmatan.
D Memenuhi transformasi perkhidmatan

15. Antara berikut, yang manakah punca yang menjejaskan daya saing negara?
A Karenah birokrasi
B Penyalahgunaan kuasa
C Kegawatan politik
D Ketidakseragaman sistem

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 5

Bahagian B
(15 markah)

Jawab semua soalan.


16. Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih empat keadaan yang menyebabkan seseorang tidak
layak menjadi calon pilihan raya. [4]

Memperoleh Mengisi salah maklumat


kewarganegaraan asing dalam Borang penamaan
calon

Muflis tidak terlepas


Tidak mewakili mana-mana
parti politik

Menjalani hukuman Tidak sempurna akal


penjara kurang 12 bulan
Calon

(a) …………………………………………………………………………………………………..

(b) …………………………………………………………………………………………………..

(c) …………………………………………………………………………………………………..

(d) …………………………………………………………………………………………………..

17. Jelaskan dua cara penamatan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaaysia. [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 6

(b) …………………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………………...

18. Nyatakan tiga faktor yang menjejaskan daya saing negara. [3]

(a) .........................................................................................................................................................

(b) …………………………………………………………………………………………………….

(c) …………………………………………………………………………………………………….

19. Nyatakan empat fungsi Unit Perancang Ekonomi (UPE). [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………………..

(b) ……………………………………………………………………………………………………..

(c) ……………………………………………………………………………………………………..

(d) …………………………………………………………………………………………………….

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 7

Bahagian C
(50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan.

20. Selain dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi boleh menjadi pemangkin kepada tadbir urus baik negara. Bincangkan.

21. Tanggungjawab mengekalkan kedaulatan negara Malaysia bukan hanya perlu digalas pada bahu
pasukan keselamatan negara sahaja, bahkan turut melibatkan semua lapisan rakyat negara ini. Jelaskan.

22. Penggunaan dan pengintegrasian teknologi moden secara meluas dalam bidang pertanian telah
mendatangkan pelbagai kebaikan. Huraikan.

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 8

SKEMA JAWAPAN

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 9

BAHAGIAN B [15 markah]

1. i. Muflis tidak terlepas

ii. Memperoleh kewarganegaraan asing

iii. Mengisi salah maklumat dalam Borang penamaan calon

iv. Tidak sempurna akal

[LP: ms:71]

2. a) Penolakan.
Seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan Malaysia mestilah
memenuhi syarat-syarat seperti berusia 21 tahun atau lebih, sempurna akal dan telah mendapat
kewarganegaraan negara lain.
b) Perlucutan.
 Memperoleh kewarganegaraan negara asing
 Menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja
 Menunjukkan ketidaksetiaan terhadap negara melalui perbuatan dan pertuturan
 Membuat hubungan dengan negara musuh semasa peperangan
[LP: ms:29]
3. Nyatakan tiga faktor yang menjejaskan daya saing negara. [LP: ms:123] [3]

Bil Idea
1 Kurang ilmu pengetahuan
2 Gaji rendah
3 Kurang inovatif
4 Kurang kreatif
5 Teknologi yang rendah
6 Dasar kerajaan kurang berkesan/mantap
7 Sistem Penyampaian yang lemah
8 Kegawatan ekonomi/kemelesetan ekonomi/kelembapan ekonomi/kemerosotan
ekonomi
9 Kegawatan politik/ketidakstabilan politik dalam dan luar negara
10 Kurang tenaga mahir dan separa mahir

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 10

4. Nyatakan empat fungsi Unit Perancang Ekonomi (UPE). [LP:ms:83] [4]


Bil Idea
1 Menasihati kerajaan mengenai isu-isu ekonomi
2 Mengurus bantuan teknik dan kewangan daripada kerajaan asing dan agensi
antarbangsa.
3 Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi
4 Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan jangka panjang
5 Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan
6 Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi
7 Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga
8 Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing
9 Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat
selaras dengan penyusunan semula ekuiti korporat
10 Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara
11 Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara
(JPPN) dan Majlis Ekonomi

SOALAN 20:

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 11

20. Selain dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi boleh menjadi pemangkin kepada tadbir urus baik negara kita. Bincangkan.
[25]

Skema Jawapan :

Pendahuluan:
Tadbir urus baik akan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan telah
meningkatkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan sektor awam.

Bil Isi / Idea Huraian


1 Menyediakan Wujud perkhidmatan dalam talian untuk kemudahan
perkhidmatan yang pentadbiran.
berkualiti Aplikasi ICT membina rangkaian sistem penyampaian
perkhidmatan awam.
( Idea wajib )
Meningkatkan kecekapan operasi agensi kerajaan di semua
peringkat.
Memudahkan rakyat membuat pembayaran bil, cukai, denda,
saman dan sebagainya
2 Meningkatkan imej Kemudahan perkhidmatan dalam talian memudahkan orang
tadbir urus/ ramai berurusan dengan pihak kerajaan.
perkhidmatan awam Kecekapan tadbir urus baik memberi keyakinan yang tinggi
kepada pelanggan.
Perkhidmatan dan hasil kerja setaraf pihak swasta.
Membina imej baik dan melahirkan budaya kerja cemerlang.
3 Meningkatkan Aplikasi teknologi perkomputeran perlu dikendalikan dengan
kemahiran sumber cekap.
manusia sektor Meningkatkan kecekapan dan kemahiran kakitangan awam.
awam/ kakitangan Membangunkan keupayaan sistem oleh pakar dan mampu
awam mencipta aplikasi baru yang boleh diakses dengan lebih cepat dan
mudah.
Melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sistem
penyampaian maklumat.
4 Meningkatkan Penggunaan perkhidmatan dalam talian memudahkan orang
keyakinan rakyat ramai berurusan dengan kerajaan dengan lebih cepat dan
mudah.
Kecekapan penjawat awam meningkatkan kepercayaan orang
ramai kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Respon baik orang ramai meningkatkan keyakinan berterusan
terhadap tadbir urus baik negara.

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 12

Bil Isi / Idea Huraian


5 Menyelaraskan Membina portal dan perisian dan membangun, menyelaras dan
dasar-dasar kerajaan menyeragamkan serta melaksanakan semua dasar secara
bersepadu.
Mampu meningkatkan sekuriti awam dan mencapai hasrat
kerajaan membangunkan sistem kerajaan berelektronik (e-
goverment).
Rakyat dapat info tentang dasar dan pembangunan negara
melalui portal atau laman sesawang setor awam.

6 Memudahkan Tidak memerlukan ruang yang luas untuk tujuan penyimpanan


penyimpanan fail/ ruang menjadi luas
maklumat dan data Menggantikan sistem perfailan yang rumit untuk di semak.
Memudahkan pencarian data/maklumat untuk tujuan
penyemakan serta pengauditan.

7 Mengurangkan Dapat mengelakkan kegiatan rasuah dikalangan penjawat


karenah birokrasi awam.
Dengan wujudnya sistem seperti e-operasi, e-tender dan
sebagainya dapat mengelakkan berlakunya penyelewengan,
penangguhan kerja serta gejala rasuah.
Meningkatkan tahap integriti dan disiplin penjawat awam

Penutup

Pengaplikasikan ICT dalam sektor awam akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan
penyampaian awam. Imej sektor awam juga dapat dipebaiki kerana lebih berdaya saing dalam
menghadapi masalah dan cabaran.

Pemarkahan : 1 idea wajib + 4 idea lain

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 13

SOALAN 21 :

Pendahuluan:

Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Kedaulatan negara perlu dikekalkan bagi
memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera. Oleh itu, semua lapisan
rakyat di negara ini perlu bersama-sama membantu mengekalkan kedaulatan negara.

Bil Idea Huraian


Tanggungjawab semua lapisan rakyat mengekalkan Kedaulatan Negara
1. Pasukan keselamatan  Dilengkapi dengan sokongan logistik, sumber tenaga
negara manusia terlatih dan teknologi pertahanan canggih
(idea wajib)  Sentiasa bersedia menghadapi ancaman dari dalam dan
luar negara
 Mempunyai semangat juang yang tinggi , berani
 Sanggup berkorban untuk mempertahankan
kemerdekaan dan kedaulatan negara
2. Barisan pemimpin  Melengkapkan diri dengan ilmu kepimpinan dan
negara mentadbir negara dengan baik
 Mewujudkan kestabilan politik dalam negara
 Mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang
menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
 Memperkukuh sistem pertahanan dan keselamatan
negara
3. Penjawat awam /  Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kaki teknologi semasa agar dapat mengangkat kedudukan
tangan kerajaan negara sebaris dengan negara maju
 Memiliki semangat cinta akan negara yang menebal
dan tidak membocorkan rahsia sulit negara kepada
musuh negara
 Mengamalkan sikap integriti dan akauntabiliti yang
tinggi
 Mengutamakan tadbir urus yang baik

4. Pihak swasta  Mendahulukan kepentingan dan keselamatan negara


berbanding agenda lain
 Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam
bidang keselamatan, ekonomi dan sosial
 Menentang sebarang ketidakadilan yang berlaku
 Bekerjasama mengadakan kempen kesedaran dan
program cinta akan negara

5. Ibu bapa/ institusi  Menjadi contoh terbaik kepada anak-anak agar sentiasa
keluarga memelihara kedaulatan negara
 Menanam rasa cinta akan negara kepada anak-anak
sejak kecil
900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 14

 Sama-sama menghayati maksud kemerdekaan yang


sebenar dan menerapkan semangat kemerdekaan dalam
jiwa setiap ahli keluarga
6. Genarasi muda  Mempunyai jati diri yang kukuh dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
 Bersama-sama mencurahkan bakti, taat setia dan
menjaga nama baik negara
 Menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
7. Pertubuhan Bukan  Membantu kerajaan menyebarkan dasar-dasar dan
Kerajaan (NGO) program untuk mengekalkan kedaulatan negara kepada
anggota masyarakat
 Menganjurkan kempen dan program yang mampu
memantapkan perpaduan kaum di negara ini
 Menanamkan rasa cinta akan negara kepada seluruh
rakyat negara ini

Penutup :

Kesimpulannya, setiap rakyat berperanan penting dalam memastikan kedaulatan negara


terjaga.

Jawapan : 1 + 4 isi/idea

SOALAN 22

SOALAN: Penggunaan dan pengintegrasian teknologi moden secara meluas dalam


bidang pertanian telah mendatangkan pelbagai kebaikan. Huraikan.

Pendahuluan :

Sektor pertanian di negara ini harus bergerak ke arah penggunaan teknologi moden. Hal ini
demikian kerana pelbagai kebaikan dapat diperoleh menerusi penggunaan dan pengintegrasian
teknologi moden dalam bidang pertanian

Bil Idea Huraian


1. Meningkatkan  Teknologi pertanian membantu para petani untuk
pengeluaran hasil meningkatkan pengeluaran dalam jangka masa yang
pertanian pendek
 Pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan tanpa
mengira musim ataupun masa
 Pengeluaran padi dapat dilakukan sebanyak lima kali
dalam masa dua tahun
2. Merawat tanah yang  Tanah yang tidak subur dapat dipulihkan
tidak subur menggunakan kaedah moden
 PH tanah disesuaikan dengan tanaman tertentu
900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah
SULIT* 15

 Kandungan dan struktur tanah yang tidak subur


dipulihkan dengan mencampurkan kapur dan garam
mengikut keperluan tanaman
3. Menghasilkan baka  Dengan menggunakan kemajuan bidang
berkualiti bioteknologi, baka baru dalam bidang pertanian
dihasilkan
 Penggunaan teknologi berasaskan nuklear mampu
menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan
bermutu
 Baka baru ini mempunyai daya ketahanan yang
tinggi, lebih berkualiti dan berupaya mengeluarkan
hasil dalam jangka masa singkat
4. Menghasilkan sistem  Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk
pengairan yang menghasilkan produktiviti yang berkualiti
sistematik  Sistem pengairan menggunakan teknologi moden
dapat memastikan bekalan air mencukupi
 Aktiviti pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun
 Bekalan air dapat dikawal
5. Memanjangkan  Tempoh matang hasil pertanian dilambatkan dan
tempoh matang hasil dipanjangkan
pertanian  Buah betik tidak cepat busuk kerana tempoh
masaknya telah dilambatkan
 Buah tomato akan kekal segar sekurang-kurangnya
dua minggu
6. Memelihara alam  Tanaman yang mempunyai ciri-ciri unggul kurang
sekitar daripda atau tidak menggunakan bahan-bahan kimia yang
pencemaran boleh mencemarkan alam sekitar
 Nutrien tanah dapat dikekalkan
7. Menghasilkan kaedah  Ciptaan sains seperti penggunaan peti sejuk dapat
penyimpanan dan memastikan hasil-hasil pertanian dapat disimpan dan
pembungkusan tahan lebih lama
 Teknik pembungkusan menggunakan kaedah vakum
dapat memastikan mikroorganisma atau bakteria
tidak dapat membiak dan merosakkan hasil tanaman

Penutup :

Teknologi moden banyak mendatangkan kebaikan kepada bidang pertanian, khususnya


membantu meningkatkan pengeluaran makanan berasaskan pertanian.

Kombinasi : 5 + 0

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
[Lihat sebelah

You might also like