You are on page 1of 17

STPM 2024

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 1

PENGAJIAN AM
900/1

Nama :…………………………………………
Kelas :…………………………………………

DIBIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU


Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana-mana bahagian dalam
modul ini tanpa kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
SULIT* 2

Bahagian A [15 markah]


Jawab semua soalan.

1 ‘Malaysia sebuah negara yang berdaulat.’ Yang manakah menjelaskan penyataan tersebut.
A Bendera dan identiti negara dihormati
B Menjalinkan hubungan dengan negara jiran
C Mendahului kepentingan negara dalam semua keputusan
D Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan dalam melaksanakan kuasa

2 Kerajaan Persekutuan menyediakan perkhidmatan bekalan air di sesetengah negeri.Yang


manakah boleh dikaitkan dengan penyataan tersebut ?
A Bekalan air sebagai tanggungjawab bersama Persekutuan dan negeri
B Sebagai peruntukan pembangunan kepada negeri berkenaan
C Memenuhi tanggungjawab kepada kerajaan negeri
D Memenuhi tuntutan rakyat negeri berkenaan

3 Dalam menyalurkan peruntukan kepada negeri, perundingan dilakukan oleh Kerajaan


Persekutan yang turut melibatkan pihak berikut.
A Majlis Pembangunan
B Majlis Tindakan Negara
C Majlis Kewangan Negara
D Majlis Perundingan Ekonomi

4 Yang manakah benar merujuk kepada Jawatan Perdana Menteri Malaysia?


I Mestilah seorang Melayu
II Terikat dengan Persetujuan Ketua Negara
III Merupakan seorang ahli Majlis Parlimen
IV Warganegara melalui kuatkuasa undang-undang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5 Yang manakah benar merujuk kepada hilang kelayakan sebagai calon pilihan raya kawasan
Dewan Undangan Negeri?
I Masih menjadi ahli Dewan Rakyat semasa mendaftar sebagai calon
II Masih menjalankan atau berkhidmat dalam profesyen yang dimiliki
III Baru dua tahun keluar penjara setelah dipenjara selama tiga tahun
IV Disabit kesalahan 4 tahun lepas dan dikenakan denda RM3,000

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Perolehan kewarganegaraan Puan Nga adalah melalui pendaftaran. Yang manakah


berkaitan dengan perolehan kewarganegaraan Puan Nga?
I Boleh berbahasa Melayu
II Suaminya warganegara Malaysia
III Telah satu tahun menetap di Persekutuan
IV Telah bekerja di Malaysia melebihi 15 tahun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Yang manakah penyataan berikut membezakan antara anggota Dewan Rakyat dengan
anggota Dewan Negara?
I Dewan Rakyat lebih berkuasa berbanding Dewan Negara manakala Dewan Negara
lebih unggul
II Dewan Rakyat anggotanya berumur tidak kurang 18 tahun manakala anggota
Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas
III Dewan Rakyat berkuasa mutlak ke atas rang undang-undang kewangan manakala
Dewan Negara hanya berkuasa menangguh
IV Dewan Rakyat akan kosong keanggotaan apabila Parlimen dibubarkan manakala
anggota Dewan Negara tidak terjejas

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

• Organisasi yang menjalankan kuasa atas nama Ketua Negara


• Keanggotaannya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen

8 Keterangan di atas merujuk kepada


A Suruhanjaya
B Kementerian
C Kabinet
D Parlimen

900/1 Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

9 Tadbir urus yang baik dan cekap bertujuan untuk


A menambah tempoh bekerja
B menambah sumber kewangan kerajaan
C melaksanakan penguatkuasaan undang-undang
D meningkatkan keupayaan kerajaan dalam melaksana dasar

10 Sekiranya seorang Perdana Menteri telah menerima undi tidak percaya, beliau perlu
mengambil tindakan sebagaimana berikut
I Meletak jawatan
II Membubarkan kabinet
III Meletak jawatan sebagai ketua parti
IV Meminta Ketua Parlimen membubarkan Parlimen

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 Yang manakah merujuk kepada kuasa Sultan?


I Menggubal dasar negeri
II Memperkenan permintaan membubar DUN
III Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja
IV Melantik Majistret dan para hakim Mahkamah Sesyen
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

12 Proses penggubalan undang-undang melibatkan beberapa peringkat bacaan. Yang manakah


benar merujuk kepada Bacaan Pertama
A Undang-undang diluluskan pada peringkat ini
B Prinsip am undang-undang dihebahkan
C Kajian lebih terperinci dilakukan
D Peguam Negara turut terlibat

13 En. X seorang pegawai awam. Beliau bertanggungjawab menyelaras perjalanan pentadbiran


Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta menasihati Ketua Kerajaan tentang hal pentadbiran.
En X ialah
A Peguam Negara
B Menteri Kabinet
C Setiausaha Kerajaan Negeri
D Ketua Setiausaha Negara

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

14 Pemuda A telah ditangkap namun tidak dibicarakan segera. Bagi membebaskan dirinya
pemuda A boleh melakukan tindakan berikut.
A Memohon hebeas corpus
B Memohon jaminan mahkamah
C Mendapat khidmat peguam terbaik
D Mendiamkan diri semasa perbicaraan

15 Konsep ‘Dibebaskan tanpa dilepaskan’ dalam sistem keadilan di Malaysia merujuk kepada
A konsep yang sama dengan ‘Dibebaskan tanpa syarat’ .
B boleh dibicara semula sekiranya terdapat bukti baharu
C tidak boleh dibicara semula apabila dibebaskan
D dibebaskan dengan syarat yang ketat

Bahagian B [15 markah]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan.

16 Nyatakan empat hasil kerajaan negeri yang dikutip melalui Enakmen yang diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri. [4]

17 Huraikan dua konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan (PP) [4]

18 Berdasarkan jadual di bawah, pilih tiga majlis yang ditubuhkan di bawah peruntukan
Perlembagaan Persekutuan (PP). [3]

Majlis Ekonomi Negara Majlis Kewangan Negara


Majlis Tanah Negara Majlis Keselamatan Negara
Majlis Tindakan Negara Majlis Angkatan Tentera
Majlis Air Negara Majlis Perumahan Negara

19 Huraikan dua kesan kerenah birokrasi dalam tadbir urus negara. [4]

900/1 Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan
yang dihasilkan.

20 Kegiatan rasuah merupakan salah satu halangan terhadap tadbir urus baik negara.
Bincangkan.
[25]
21 Penggunaan aplikasi secara dalam talian seperti TikTok, Instagram dan Twitter dalam
kalangan penduduk di negara ini mewujudkan pelbagai kesan . Jelaskan. [25]

22 Perpaduan antara kaum sangat penting dalam menjamin kemakmuran negara. Namun begitu,
pelbagai cabaran terpaksa dihadapi untuk mencapai perpaduan antara kaum di negara ini,
Bincangkan. [25]

900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
STPM 2024
PERATURAN PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 1

PENGAJIAN AM
900/1
TERHAD 2

SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SEMESTER 1 STPM 2023


PENGAJIAN AM

Bahagian A [15 markah]

No Soalan Jawapan No soalan Jawapan No Soalan Jawapan

1 B 6 A 11 C

2 A 7 D 12 B

3 C 8 C 13 D

4 C 9 D 14 A

5 D 10 B 15 B

Bahagian B [15 markah]


Jawab semua soalan.

16 Nyatakan empat hasil kerajaan negeri yang dikutip melalui Enakmen yang diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri. [4]

(a) .............................................................................................................................................................
(b) .............................................................................................................................................................
(c) .............................................................................................................................................................
(d) .............................................................................................................................................................

Skema jawapan:
Bil Isi/idea
1 Hasil tanah
2 Hasil hutan
3 Hasil sungai
4 Hasil lesen kenderaan (tidak berenjin)
5 Hasil daripada tanah, lombong dan hutan
6 Hasil daripada lesen-lesen di bawah Kerajaan Negeri
7 Duti hiburan
8 Bayaran-bayaran dalam mahkamah Syariah
9 Hasil daripada Bekalan Air

TERHAD
TERHAD 3

Bil Isi/idea
10 Zakat
11 Harta karun
12 Faedah pelaburan
13 Hasil sewa harta benda kerajaan
14 Bayaran Perkhidmatan dan Jabatan Kerajaan Negeri

Pilih mana-mana 4

17 Huraikan dua konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan (PP) [4]

(a) ...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
(b) ..........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
Skema jawapan:
Bil Isi/idea Huraian

• Ketinggian perlembagaan mengatasi Yang Dipertuan Agong,


1 Undang-undang tertinggi Badan Perundangan (Parlimen), Badan Eksekutif dan Badan
negara Kehakiman (Mahkamah).
• Semua lapisan masyarakat tertakluk kepada perlembagaan.

2 Sumber kepada semua • Menjadi punca atau sumber rujukan kepada semua undang-
undang undang.

Semua undang-undang tidak • Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah


boleh bertentangan dengan tidak sah dan terbatal setakat yang berlawanan itu.
3
Perlembagaan. • Mahkamah diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk
membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan.

• Yang Dipertuan Agong mendapat kuasanya mengikut


Peruntukan Kuasa kepada Perlembagaan.
institusi-institusi lain. • Badan Perundangan (Parlimen), Badan Eksekutif dan Badan
4
kehakiman mendapat kuasa mengikut Perlembagaan
• Tidak ada institusi di Malaysia boleh mengatasi kuasa dan
kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Pilih mana-mana 2

TERHAD
TERHAD 4

18 Berdasarkan jadual di bawah, pilih tiga majlis yang ditubuhkan di bawah peruntukan
Perlembagaan Persekutuan. [3]

Majlis Ekonomi egara Majlis kewangan Negara


Majlis Tanah Negara Majlis Keselamatan Negera
Majlis Tindakan Negara Majlis Angkatan Tentera
Majlis Air Negara Majlis Perumahan Negara

(a) .............................................................................................................................................................
(b) .............................................................................................................................................................
(c) .............................................................................................................................................................

Skema jawapan:
Bil Isi/Idea
1 Majlis Kewangan Negara
2 Majlis Tanah Negara
3 Majlis Angkatan Tentera

19 Huraikan dua kesan kerenah birokrasi dalam tadbir urus negara. [4]

(a) .............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
(b) .............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................

Skema jawapan:
Bil Idea Huraian

1 Membuka ruang kepada • Pelanggan inginkan kelulusan segera terhadap sebarang


berlakunya rasuah urusan dan enggan mematuhi prosedur atau peraturan
yang telah ditetapkan bagi sesuatu urusan

2 Melambatkan proses kerja • Birokrasi melibatkan banyak peringkat pengurusan yang


perlu dilalui bagi menyelesaikan sesuatu urusan dan
urusan tersebut hanya boleh diselesaikan dengan proses
kerja yang panjang

3 Penyalahgunaan kuasa • Kerenah birokrasi membuka ruang kepada aktiviti


kronisme dalam urusan pentadbiran kerajaan dan berlaku

TERHAD
TERHAD 5

Bil Idea Huraian

ketidakadilan kepada pelanggan yang berurusan dengan


kerajaan.

4 Pembaziran sumber • Proses & prosuder kerja yang panjang memerlukan


sumber tenaga yang banyak / ramai. Meningkatkan
perbelanjaan perkhidmatan awam.

5 Menjejaskan kecekapan • Hal ini disebabkan sesuatu urusan mengambil tempoh


yang lama untuk diselesaikan dan akibat pertindihan
kerja.

6 Menjejaskan imej sektor • Proses kerja yang lama dan berperingkat diperlukan
awam dalam menyelesaikan sesuatu urusan pelanggan
menyebabkan imej sektor awam di pandang rendah.

Pilih mana-mana 2

Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan.

20. Kegiatan rasuah merupakan salah satu halangan terhadap tadbir urus baik negara.
Bincangkan. [25]

Skema jawapan:

Pendahuluan: Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pelaksanaan tadbir
urus baik, namun usaha kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut terhalang oleh kegiatan rasuah yang
terus berlaku dalam sektor awam. Matlamat tadbir urus baik juga sukar dicapai disebabkan oleh faktor-
faktor lain.

Bil Idea Huraian

1 Kegiatan Rasuah • Kegiatan rasuah dilakukan oleh penjawat awam yang


tidak berintergriti, tiada ketelusan, tidak berakauntabiliti
dalam melaksanakan tugas
• Berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran
menyebabkan pembaziran sumber
• Kegiatan rasuah menyebabkan ketidakadilan kepada
pihak sepatutnya
• Masyarakat akan hilang kepercayaan dan imej sektor
awam akan tercalar

TERHAD
TERHAD 6

Bil Idea Huraian

2 Karenah Birokrasi • Karenah birokrasi melibatkan proses dan prosedur kerja


yang berperingkat dan memerlukan masa yang panjang
untuk menyelesaikan kerja dan membuat keputusan
• Masa dan proses yang lama menyebabkan berlaku
ketidakan cekapan dalam pentadbiran
• Juga membuka ruang kepada rasuah dan
penyalahgunaan kuasa.

3 Budaya negatif di tempat kerja • Persekitaran kerja yang kurang sihat mempengaruhi
prestasi kerja penjawat awam.
• Buli, dengki, manipulasi, berpuak, politik di tempat
kerja
• Keadaan ini boleh mengganggu emosi, kesihatan dan
keselamatan pekerja
• Keadaan ini mengurangkan motivasi dan menjejaskan
prestasi pekerja
4 Kelemahan dalam sistem • Tiada keseragaman dalam penyampaian polisi dan
penyampaian prosuder kerja menyebabkan masyarakat keliru
• Tambahan pula, penggunaan teknologi ICT yang tidak
menyeluruh melambatkan proses penyampaian
maklumat kerajaan
• Pekerja juga kurang mahir dalam penggunaan ICT

5 Sikap negatif pekerja • Tidak bersedia menguasai kemahiran baru.


• Sikap sambil lewa dan tidak fokus pada tanggungjawab.
• Melambatkan kerja-kerja yang dilaksanakan
• Sikap yang tidak mahu berubah untuk mendapat ilmu
baharu

6 Ketidakstabilan politik • Ketidakstabilan politik menyebabkan pemimpin


bertukar silih berganti
• Perubahan dasar kerap berlaku
• Pentadbir dan penjawat awam tidak dapat memberi
fokus kepada pelaksanaan dasar yang telah di keluarkan
dengan baik

7 Kelemahan pengurusan organisasi • Pemimpin kurang bijak dalam membuat keputusan


• Gagal mengurus perubahan yang berlaku
• Tidak menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja
bawahan
• Terjebak dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah
• Mencemarkan imej organisasi dan sektor awam
• Kutipan cukai yang tidak cekap menyebabkan ada pihak
mengelak untuk membayar cukai

TERHAD
TERHAD 7

Bil Idea Huraian

8 Kekurangan peralatan / teknologi • Kebanyakan organisasi kerajaan masih menggunakan


moden teknologi lama.
• Penggunaan teknologi moden tidak meluas

Kesimpulan: Urus tadbir yang baik sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, pihak
kerajaan mahu pun penjawat awam perlu mengambil langkah sewajarnya dalam memantapkan urus tadbir
baik negara.
Jawapan: 5+0/1+4

21. Penggunaan aplikasi secara dalam talian seperti TikTok, Instagram dan Twitter dalam kalangan
penduduk di negara ini mewujudkan pelbagai kesan . Jelaskan. [25]

Pendahuluan:
Penggunaan aplikasi secara dalam talian semakin popular dalam kalangan rakyat di Malaysia. Pelbagai
peringkat lapisan masih tidak ketinggalan menggunakan aplikasi ini.

Bil Idea/isi Huraian


Kesan baik

1 Memudahkan • Boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dengan


pencarian/penyampaian/penyimpa mudah dan cepat.
nan maklumat • Digunakan oleh semua pihak untuk menyampaikan
maklumat.

2 Memudahkan komunikasi dan • Membolehkan anggota masyarakat berkomunikasi antara


perhubungan satu sama lain.
• Merupakan cara yang paling jimat untuk berbincang tanpa
mengira lokasi atau jarak.

3 Memudahkan aktiviti • Membantu peniaga untuk memasarkan barangan dan


perniagaan/pembelian barangan perkhidmatan ke seluruh negara dan dunia tanpa kos yang
dan perkhidmatan tinggi.
• Pembeli boleh membeli belah dengan hanya hujung jari
tanpa perlu hadir, menjimat masa, tenaga dan kos.

4 Mempelbagai aktiviti pengajaran • Pengunaan aplikasi ini boleh menarik minat pelajar kerana
dan pembelajaran. (PdP) digabungkan dengan teknologi terkini.
• Membolehkan proses pembelajaran dijalankan tanpa
mengira jarak dan bilangan pelajar yang melayarinya.

5 Mencari/Menambah kenalan lama • Dapat mencari kenalan lama dan baru untuk

TERHAD
TERHAD 8

Bil Idea/isi Huraian


dan baru berkomunikasi
• Jaringan sosial yang luas untuk mengenal seseorang
dengan lebih mudah bagi berkongsi maklumat.

Kesan buruk :
6 Menjejaskan kesihatan • Memudaratkan mata kerana pendedahan mata yang terlalu
lama.
• Memudarat kesihatan fizikal seperti sakit tengkuk, sakit
kaki serta sakit kepala.

7 Terdedah dengan jenayah • Peluang diambil oleh penjenayah untuk menipu serta
siber/scammer meningkatkan kes jenayah siber
• Maklumat peribadi yang diperolehi dengan mudah akan
dieksplotasi oleh penjenayah melalui aktiviti penyamaran
untuk penipuan

8 Obses atau ketagihan • Berlakunya kegilaan melampau terhadap aplikasi ini.


• Ada yang menganggap aplikasi ini sebagai sebahagian
daripada diri dan kehidupan mereka.

9 Penyebaran fitnah/propaganda/ • Digunakan untuk membuat provokasi terhadap sesuatu isu


berita palsu seperti isu politik.
• Mengaibkan individu tertentu sehingga boleh menjatuhkan
maruah.

10 Melahirkan individu yang • Terhakis pengaulan secara realiti dan menumpukan kepada
memencilkan diri komuniti online.
• Tiada hubungan silaaturahim dan komunikasi bersemuka.

11 Melekakan dan membazir masa • Banyak membazir masa dengan perkara-perkara tidak
berfaedah.
• Mampu menganggu aktiviti fizikal, tumpuan kerja /
pelajaran.
12 Menjejaskan moral/tingkah • Pengguna mengejar populariti sehingga tidak menghirau
laku/perilaku tingkahlaku dan penampilan yang tidak baik.
• Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat pujian dan
komen yang banyak.

Kesimpulan;

Sungguhpun aplikasi secara dalam talian ini banyak memberi kebaikan, namun pengguna harus memberi
perhatian kepada kesan negatifnya. Kerajaan perlu lebih banyak memberi pendidikan dan kesedaran
kepada rakyat tentang baik buruk aplikasi ini kepada rakyat dan negara.

Jawapan : 2+3 atau 3+2

TERHAD
TERHAD 9

22. Perpaduan antara kaum sangat penting dalam menjamin kemakmuran negara. Namun begitu,
pelbagai cabaran terpaksa dihadapi untuk mencapai perpaduan antara kaum di negara ini, Bincangkan.

Skema jawapan:

Pendahuluan:

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan masyarakat
Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Dalam konteks ini, perpaduan rakyat sememangnya penting demi
pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai cabaran yang wujud hendaklah ditangani dengan sebaik-baiknya.

Idea/Isi Huraian

Kepentingan perpaduan antara


kaum
• Rakyat dapat menjalankan aktiviti seharian dengan bebas
1 Menjamin keamanan negara dan tidak terbatas
• Rakyat boleh memajukan diri tanpa rasa takut akan
gangguan, rusuhan dan sebagainya
• Rakyat hidup dalam keadaan aman

2 Mengekalkan kestabilan politik • Politik yang seimbang dan stabil mampu diwujudkan
• Perpecahan dan perbalahan dalam ideologi politik dapat
dielak daripada berpanjangan
• Pentadbiran negara dapat dijalankan dengan sempurna
3 Menjamin pembangunan negara • Aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan lancar
• Keyakinan pelabur asing untuk melabur ke dalam negara
meningkat
• Kerajaan dapat melaksanakan pembangunan mengikut
perancangan
4 Mengekalkan kedaulatan negara • Kemerdekaan negara dapat dipertahankan
bangsa • Perpaduan dapat mengelak campur tangan pihak luar dalam
urusan pentadbiran negara
• Kerajaan bebas membuat keputusan dalam semua aspek
5 Meningkatkan imej negara • Perpaduan antara kaum yang wujud menjadi contoh kepada
negara-negara lain di seluruh dunia
• Negara akan dipandang tinggi dan dihormati atas
perpaduan yang wujud di kalangan rakyat
Halangan perpaduan antara
kaum
• Sikap perkauman menebal dalam kalangan anggota
6 Sikap perkauman melampau / masyarakat menyebabkan perpaduan kaum sukar dicapai
cauvinistik • Mementingkan kaum sendiri dan tidak bertolak ansur
• Wujud prasangka buruk terhadap kaum lain

7 Perbezaan ideologi politik • Pelbagai parti politik mengikut kaum wujud dalam
mempertahankan hak dan nasib kaum masing-masing
• Melahirkan perasaan tidak puas hati dan menolak hak
kaum lain walaupun termaktub dalam undang-undang

TERHAD
TERHAD 10

Idea/Isi Huraian

8 Wujud jurang ekonomi • Penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum menyukarkan


perpaduan
• Timbul perasaan benci dan tidak puas hati kaum lain
terhadap kaum yang menguasai ekonomi
9 Pemisahan dalam sistem • Masih wujud sekolah-sekolah berasaskan bahasa ibunda
pendidikan selain bahasa kebangsaan
• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduian
menjadi semakin lemah
• Sekolah-sekolah vernakular menyebabkan perpaduan sukar
dicapai

10 Pengaruh negatif budaya asing/luar • Budaya luar semakin menular dalam kalangan pelbagai
kaum
• Penerimaan budaya yang menjadi sanjungan sesetengah
kaum tetapi membawa nilai negatif kepada kaum lain.
• Pesta bebas dengan minuman arak berleluasa yang ditaja
dari luar dialu-alukankan oleh sesetenganh kaum tetapi
menjadi tegahan dalam kehidupan harian kaum Melayu
menjarakkan lagi semangat perpaduan

11 Perbezaan budaya/agama • Gagal menerima perbezaan antara agama sehingga


menolak terus kehadiran agama lain
• Kebudayaan kaum juga jauh berbeza daripada kaum lain
• Setiap kaum cuba mempertahankan agama/fahaman dan
budaya masing-masing tanpa cuba memahami agama dan
budaya kaum lain
12 Pemisahan fizikal/penempatan • Penempatan yang bertumpu mengikut kaum
• Wujud kaum yang tinggal di bandar dan kaum yang tinggal
di luar bandar
• Ketidakseimbangan penempatan mengikut kaum
menyebabkan sukar berinteraksi dengan kaum yang lain
13 Penggunaan media massa yang • Pengaruh media massa sangat besar masa kini dalam
berbeza mempengaruhi pemikiran masyarakat
• Wujud media yang berbeza antara kaum termasuk media
yang mewakili kaum dengan paparan berita yang berunsur
perkauman
• Sesetengah pengguna menyalahgunakan media massa untuk
tujuan provokasi dalam mendapat sokongan untuk
kepentingan mereka.

Kesimpulan:

Banyak kepentingan jika perpaduan kaum di negara kita dikekalkan. Namun begitu, pelbagai
cabaran juga perlu diatasi untuk mewujudkan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum yang bersatu padu. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk
memastikan perpaduan kaum yang utuh kini dapat dipertahankan.

TERHAD
TERHAD 11

Jawapan: 3+2 @ 2+3

Nota
1 Meningkat pendapatan negara
2 Meningkat industri pelancongan
Kedua-duanya kesan tidak langsung, tidak boleh jadi idea

TERHAD

You might also like