You are on page 1of 6

Pilihan Raya

Pengenalan
1. Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
umum. Pilihan raya diadakan setiap lima tahun kecuali Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
dibubarkan sebelum tempoh tersebut.
2. Pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri.

Sejarah Pilihan Raya


1. Pada 27 Julai 1955 Pilihan Raya Persekutuan bagi memilih 52 orang ahli Majlis Perundangan
Persekutuan diadakan.
2. Dalam pilihan raya tersebut Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) berjaya memenangi 51 daripada
52 buah kerusi yang dipertandingkan. Baki sebuah kerusi dimenangi oleh PAS.
3. Selepas merdeka, pilihan raya persekutuan diadakan pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982,
1986, 1990, 1995, 2000, 2004, 2008, 2013, dan 2018 (PRU14).

Jenis Pilihan Raya


1. Pilihan Raya Umum (PRU)
a. PRU Persekutuan
b. PRU Negeri
2. Pilihan Raya Kecil (PRK)
a. PRK diadakan apabila berlaku kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat atau Dewan 1
Undangan Negeri atas sebab ada wakil rakyat letak jawatan, meninggal dunia atau dilucutkan
keanggotaan.
b. PKR tidak perlu diadakan jika tempoh baki hayat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
masih tinggal 2 tahun kecuali berlaku parlimen tergantung atau ‘Hung Parliament’.

Suruahanjaya Pilihan Raya (SPR)


1. Bagi memastikan supaya pilihan raya dijalankan dengan adil, Perlembangan Persekutuan (Perkara
114) telah memperuntukkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
2. SPR adalah bebas daripada kawalan Kerajaan. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima orang
ahlinya yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
3. Ahli SPR memegang jawatan sehingaa berumur 66 tahun dan hanya boleh dilucutkan daripada
jawatan mereka oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor suatu tribunal yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim.
4. Syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi ahli SPR ialah:
(a) Bukan seorang muflis;
(b) Tidak memegang jawatan bergaji yang lain; dan
(c) Bukan ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;
5. Saraan mereka ditentukan oleh Parlimen dan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang
Disatukan.
6. Antara fungsi utama SPR ialah:
(a) Menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (menjalankan
pilihan raya umum dan pilihan raya kecil)
(b) Mendaftarkan pemilih dan menyemak daftar pemilih bagi semua kawasan pilihan raya
(c) Mengulangkaji atau menyemak sempadan kawasan pilihan raya tidak kurang daripada 8 tahun
dari tarikh siapnya ulangkaji yang lalu.

Kawasan Pilihan Raya dan Calon


1. Tiap-tiap satu kawasan pilihan raya diwakili oleh seorang wakil sahaja. Seseorang wakil kawasan
pilihan raya Parlimen boleh mewakili kawasan pilihan raya negeri.
2. Calon pilihan raya mestilah warganegara Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
(walaupun pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur calon daripada 21
tahun ke 18 tahun telah diluluskan tetapi ….. ikut perbincangan dalam kelas).
3. Seseorang tidak boleh menjadi calon sekiranya dia
(a) disahkan tidak sempurna akal
(b) seorang bankrap
(c) memegang sesuatu jawatan perkhidmatan awam
(d) disabitkan suatu kesalahan dan dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada satu
tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan masih belum mendapat pengampunan
(e) gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwarta 2
(f) sebab-sebab lain
Latihan: Bahagian A
Pilihan Raya
1. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Pemecatan dilakukan oleh Perdana Menteri
B Seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam
C Saraan ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
D Pelantikan dibuat selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

2. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang kekosongan luar jangka yang berlaku di
Dewan Rakyat?
A Kekosongan berlaku apabila Parlimen dibubarkan
B Kekosongan yang berlaku diisi melalui pilihan raya umum
C Kekosongan yang berlaku perlu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
D Kekosongan yang berlaku mesti diisi dalam tempoh 120 hari daripada tarikh
pemberitahuan

3. Antara yang berikut, yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


I Menentukan calon pilihan raya
II Menentukan tarikh pilihan Raya
III Membatalkan keputusan pilihan raya
IV Membuat semakan sempadan pilihan raya 3
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

4. Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kekosongan


kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X.

Antara yang berikut, yang manakah situasi yang menyebabkan tindakan di atas diambil?
I Ahli Parlimen tersebut telah jatuh bankrap dan belum dilepaskan.
II Ahli Parlimen tersebut telah didakwa di Mahkamah Tinggi atas kes rasuah.
III Ahli Parlimen tersebut tidak menghadiri persidangan Parlimen selama tempoh 3 bulan kerana
berada di luar negeri.
IV Ahli Parlimen tersebut gagal mengemukakan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya dalam
masa dan cara yang dikehendaki.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

5.
Tempoh hayat Parlimen ialah 5 tahun.
Parlimen terbubar secara automatik apabila genap tempoh 5 tahun.

Tempoh hayat 5 tahun Parlimen dikira dari tarikh


A mesyuarat pertama Parlimen
B pembubaran Parlimen
C hari penamaan calon
D hari pilihan raya
6. Yang manakah benar tentang kekosongan luar jangka ahli Dewan Rakyat?
A Kekosongan kerusi hendak diisi dalam masa 120 hari.
B Persidangan Parlimen hendaklah ditangguhkan sehingga pemilihan baru.
C Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
D Ahli Dewan Rakyat yang sedia ada akan menanggung tugas bagi kerusi yang
dikosongkan.

7. Yang manakah yang berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen?
I Pilihan raya kecil diadakan 5 tahun sekali
II Diadakan kerana peletakan jawatan seorang ahli Parlimen
III Tidak perlu diadakan jika tempoh baki hayat Parlimen tinggal 2 tahun
IV Diadakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh diisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Rakyat
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

8. Encik X yang baru 3 bulan memegang jawatan sebagai pengerusi


Suruhan Pilihan Raya telah dipecat daripada jawatannya.

Yang manakah mungkin merupakan faktor pemecatannya?


I Akan mencapai usia 66 tahun
II Diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan
III Masih menjadi pengerusi sebuah badan kebajikan sukarela 4
IV Masih menjadi ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat perkapalan
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

9. Antara yang berikut, yang manakah syarat yang dikenakan kepada ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?
I Boleh terdiri daripada kalangan ahli Parlimen
II Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap
III Saraan diperuntukkan daripada Kumpulan Wang yang disatukan
IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

10. Yang manakah yang termasuk dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?
I Membuat semakan daftar pemilih
II Membatalkan sesuatu keputusan pilihan raya
III Mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya
IV Menetapkan bahawa pilihan raya diadakan empat tahun sekali
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV
Jawapan: Bahagian A
(29/09/21)
1. Nyatakan empat fungsi dewan undangan negeri. [4]
(a) Menggubal undang-undang negeri
(b) Meminda undang-undang/Perlembagaan Negeri
(c) Meluluskan bajet kerajaan negeri
(d) Menyemak dan membahas dasar-dasar kerajaan negeri
(e) Membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat negeri
(f) Fungsi-fungsi lain

2. Senaraikan tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio) yang diwajibkan mengambil bahagian dalam
prosiding Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri beraja. [3]
(a) Setiausaha Kerajaan Negeri
(b) Penasihat Undang-Undang Negeri
(c) Pegawai Kewangan Negeri

Soalan: Bahagian A 5
1. Senaraikan empat sebab yang boleh menyebabkan wakil rakyat terlucut keanggotaan.[4]

(a) ________________________________________________________________________

(b) ________________________________________________________________________

(c) ________________________________________________________________________

(d) ________________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. [3]

(a) ________________________________________________________________________

(b) ________________________________________________________________________

(c) ________________________________________________________________________
Bahagian C
Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan kaum di negara ini. Namun demikian,
peranan pelbagai pihak lain tidak boleh diketepikan. Jelaskan.

Perpaduan kaum adalah sangat penting di negara kita untuk menjamin kekuatan negara dan
kesejahteraan rakyat. Di samping sistem persekolahan, pihak-pihak lain juga berperanan dalam
memupuk perpaduan kaum di negara kita.

Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan kaum di negara kita. Bahasa Melayu telah
dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat sekolah dapat memudahkan komunikasi
dalam kalangan murid berbilang kaum sekali gus mengelakkan salah faham dan syak wasangka. Subjek
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah diajar di semua sekolah mampu memupuk perpaduan
kaum kerana subjek-subjek tersebut dapat menyemai nilai-nilai murni seperti rasional, hormat-
menghormati, toleransi dan bekerjasama dalam sanubari murid.

Selain itu, peranan pihak ibu bapa tidak boleh diketepikan dalam memupuk perpaduan kaum di
negara kita. Ibu bapa merupakan suri teladan kepada anak dalam memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, ibu bapa sentiasa memberi salam dan bergaul mesra dengan jiran yang berlainan kaum
akan dicontohi oleh anak-anak. Ibu bapa juga menggalakkan anak-anak menyertai program yang boleh
memupuk perpaduan kaum seperti aktiviti kokurikulum yang berupaya dijadikan wadah untuk
mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum.

Di samping itu, pihak masyarakat juga memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum di 6
negara kita. Persatuan Penduduk dan organisasi masyarakat lain sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan dalam sesebuah masyarakat mampu memupuk semangat perpaduan kaum. Contohnya,
masyarakat setempat yang berbilang kaum berpeluang berinteraksi dan saling bantu membantu antara
satu sama lain semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong. Masyarakat berbilang
kaum juga meraikan hari perayaan dengan kunjung-mengunjungi rumah jiran.

Seterusnya, pihak media massa juga memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum di
nagara kita. Media massa berperanan penting dalam menyebarkan laporan yang positif dan sahih serta
menjaga sentitiviti agama dan kaum supaya tidak menjejaskan perpaduan kaum di negara kita. Media
massa juga memainkan peranan untuk mempromosikan kempen memupuk perpaduan kaum seperti
mengadakan ceramah perpaduan kaum, menyiarkan drama, filem dan lagu yang berunsurkan
perpaduan kaum.

Akhir sekali, pihak kerajaan juga memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum di negara
kita. Pihak kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara untuk merancang, membentuk,
melaksana dan menyelaras program-program perpaduan untuk mengeratkan hubungan silaturahim
penduduk negara kita yang berilang kaum. Pihak kerajaan juga berperanan membentuk dasar-dasar
yang mengutamakan keadilan ekonomi dan sosial. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru ialah dasar
kerajaan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di negara kita.

Kesimpulannya, perpaduan kaum semamangnya sangat penting dalam proses pembangunan di


negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah meneruskan usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan
kaum di negara kita demi merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

You might also like