You are on page 1of 8

Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat

1.0 Definisi Syarikat

Di Malaysia, terdapat 3 jenis organisasi perniagaan iaitu :


a. Perniagaan tunggal
b. Perkongsian
c. Syarikat

Perniagaan tunggal dan perkongsian adalah merupakan perniagaan yang tidak


diperbadankan manakala syarikat pula adalah merupakan perniagaan yang
diperbadankan.

Syarikat adalah merupakan 1 perbadanan yang menjalankan perniagaan untuk tujuan


perdagangan dan perindustrian. Menurut Sek 4, Akta Syarikat 1965 syarikat adalah
syarikat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mana2 anakmen
sebelumnya yang berkaitan. Ertinya sesebuah syarikat itu hanya tertubuh apabila ianya
didaftarkan di Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965

Apabila sesebuah syarikat diperbadankan, bererti ia mempunyai entity undang-undang


yang khusus dan berasingan daripada personality ahli2nya serta mempunyai hak2 dan
tanggungjawab tertentu, contohnya syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya
sendiri, mempunyai hak untuk memiliki harta dan sebagainya.

Menurut Oxford English Dictionary pula, syarikat didefinisikan sebagai penyatuan


beberapa inidvidu2 yang membentuk sebuah perbadanan bagi menjalankan satu objektif
yang sama/serupa. Maksudnya, perkara2 yang perlu wujud pada sesebuah syarikat itu
ialah : -

a. Penyatuan inidividu2 iaitu keahlinya adalah melebihi daripada seorang ahli


b. Mempunyai objektif yang sama di kalangan ahli2 perbadanan yang lazimnya
bersatu untuk tujuan perdagangan
1.1 Perbezaan di antara syarikat dengan perniagaan tunggal dan perkongsian

Perbezaan yang wujud di antara syarikat dengan perniagaan tunggal dan perkongsian
dapat kita lihat dari beberapa aspek iaitu : -

a. Bilangan keahlian

Bagi penubuhan sesebuah perniagaan tunggal,minima keahliannya adalah seorang sahaja.


Manakala bagi sesebuah firma perkongsian pula menurut Sek 14 (3) (b) Akta Syarikat
1965, minima keahliannya ialah 2 org manakala maksimanya ialah 20 orang rakan
kongsi, bagi jenis perkongsian biasa. Tetapi bagi firma perkongsian jenis professional,
ianya boleh melebihi 20 orang ahli. Ini bermakna, had maksima 20 orang ahli itu tidak
dikenakan kepada mana2 perkongsian yang dibentuk bagi tujuan menjalankan mana2
profesional contohnya, doctor, peguam, akauntant dan lain2 lagi.

Sesebuah syarikat mestilah mempunyai jum minima ahli iaitu 2 orang kecuali dalam
keadaan sesebuah syarikat iatu adalah syarikat subsidiary milikan penuh kepada syarikat
lain. Menurut Sek 36 Akta Syarikat, adalah merupakan suatu kesalahan sekiranya selepas
6 bulan ahli kurang dari had minima, syarikat masih meneruskan perniagaan dengan tiada
pertambahan ahli baru.

Di samping itu, menurut Sek 218 (1) (d) Akta Syarikat 1965, jumlah ahli yang kurang
dari had minima boleh menjadi salah satu alasan untuk penggulungan syarikat. Jumlah
maksima ahli bagi sesebuah syarikat tidak dihadkan kecuali bagi syarikat persendirian
iaitu ahlinya mestilah tidak boleh lebih dari 50 orang.

b. keupayaan untuk memiliki/memegang harta

Di dalam sesebuah perniagaan tunggal, harta2 adalah keuapayaan tuan punya tunggal.
Begitu juga dengan sesebuah perkongsian iaitu aset2 adalah kepunyaan ahli2 kongsi
firma perkongsian tersebut. Tetapi keadaan ini berbeza dengan syarikat kerana harta/asset
perniagaan adalah kepunyaan syarikat itu sendiri bukannya kepunyaan ahli2 syarikat
tersebut. Ini bermakna syarikat berhak memiliki hartanya sendiri dan harta itu mestilah
didaftarkan dengan nama syarikat.

c. tanggungan ahli terhadap hutang

Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian, ahli2nya adalah bertanggungan secara peribadi
terhadap hutang2 perniagaan mereka. Sekiranya sesebuah perniagaan tunggal /
perkongsian tidak dapat menjelaskan hutang, ahli2nya akan menanggungnya sehingga
selesai. Di sini, liability ahli2 utk menjelaskan hutang adalah tidak terhad. Manakala bagi
syrkt, hutang syarikat adalah merupakan hutang syarikat itu sendiri dan ahli2 tidak akn
bertanggungan secara peribadi
d. tindakan bagi prosiding undang-undang

Pertubuhan2 yang tidak diperbadankan tidak mempunyai personality perundangan. Maka


segala tindakan undang2 diambil atas nama peribadi ahli2 bkn atas nama pertubuhan
tersebut. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan prosedur, Peraturan Mahkamah Tinggi
1980, Ordinan 77 membenarkan penggunaan nama pertubuhan bagi urusan menyaman
dan disaman tetapi hakikatnya ianya adalah dilakukan terhadap ahli2 pertubuhan itu
sendiri. Bagi syarikat pula, tindakan undang2 adalah adalah diamibil atas nama syarikat
itu sendiri, malahan syarikat itu juga boleh mendakwa mana2 pihak atas namanya sendiri.

e. jangka hayat dan pembubaran

jangka hayat bagi sesebuah syarikat adalah berdasarkan peruntukan2 yang termaktub di
dalam Akta Syarikat 1965. manakala bagi perniagaan tunggal dan perkongsian ianya
adalah bergantung kepada perjanjian di antara ahli2 kongsinya

1.2 Klasifikasi Syarikat

Syarikat boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu : -

A. syarikat persendirian
B. syarikat awam
C. syarikat berhad
i. syrikat berhad oleh saham
ii. syarikat berhad oleh jaminan
iii. syarikat berhad oleh saham dan jaminan
D. syarikat tidak berhad
E. syrikat induk
F. anak syarikat

A. syarikat persendirian

menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat persendirian adalah bermaksud
mana2 syarikat :

a. yang ditubuhkan sebagai syarikat persendirian di bawah akta pindaan bertulis


b. yang diperbadankan sebagai syarikat persendirian di bawah Sek 15 Akta Syarikat
c. yang ditukarkan kepada syarikat persendirian mengikut Sek 26 (1)

yang merupakan sebuah syarikat yang tidak terhenti menjadi syarikat persendirian di
bawah Sek 26 / 27

Menurut Sek 15 Akta Syarikat pula, sesebuah syarikat persendirian perlulah di dalam
memorandum persatuannya mengandungi perkara2 berikut : -
a. membuat sekatan terhadap hak untuk memindahkan saham

sub Sek ini menyekat syarikat persendirian daripada memnidahkan syer2nya. Walau
bagaimanapun, ia tidak menjelaskan cara2 untuk menyekat pemindahan syer tersebut.
Kebiasaanya, sekatan ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :

i. ‘right of pre-emption’ hendaklah diberikan kepada ahli2 yang lain. Ini


bermaksud, sekiranya seseorang ahli ingin menjualkan syernya, dia mestilah
menawarkan syer itu kepada ahli2 lain terlebih dahulu. Jika mereka menolak,
barulah dia boleh menjualkannya kepada orang lain.
ii. Dengan meletakkan syarat bahawa syer2 hanya boleh dipindahkan dengan
kebenaran Lembaga Pengarah

b. mengehadkan bilangan ahli2 syarikat tidak melebihi daripada 50 orang


c. larangan untuk membuat cadangan kepada umum untuk menyumbangkan
syer/debenture
d. larangan terhadap cadangan untuk mengambil wang deposit daripada orang ramai

B. Syarikat Awam

Menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syarikat awam adalah sebuah syarikat yang selain
dari syarikat persendirian. Sesebuah syarikat awam itu adalah terikat dengan beberapa
peraturan yang berbeza dari syarikat persendirian iaitu terutamanya mengenai
pemberitahuan berkenaan hal ehwal kewangan syarikat. Syarikat awam mempunyai
syrat2 yang lebih terperinci dari syarikat2 lain kerana ia dibenarkan untuk menerima
atau memperolehi wang daripada orang ramai

Sijil pemerbadanan hendaklah memperakui bahawa syarikat tersebut adalah syarikat


awm. Nama syarikat selalunya diakhiri dengan perkataan ‘berhad’ atau singkatannya
‘bhd’. Syarikat awam tidak mempunyai peruntukan maksima mengenai bilangan
keahlian sebagaimana syarikat persendirian. Had umur bagi pengarah2 bagi syarikat
awam adalah 70 tahun menurut Sek 129 Akta Syarikat. Ciri yang paling istimewa
bagi syarikat awam ialah ia dibenarkan untuk menawarkan saham kepada orang ramai
seterusnya boleh disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur
Perbezaan di antara syarikat awam dan syarikat persendirian

a. keahlian

sesebuah syarikat persendirian tidak bolehmempunyai ahli lebih daripada 50 orang tetapi
syarikat awam tiada had jumlah maksima keahliannya.

b. pemindahan saham

sesebuah syarikat persendirian mengehadkan pemindahan saham kecuali dinyatakan


sebaliknya di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat tetapi syarikat awam tiada
halangan untuk pemindahan saham

c. penawaran saham

sesebuah syarikat awam boleh menawarkan kepada orang ramai dengan mengedarkan
satu prospectus kepada orang ramai untuk melanggan saham yang ingin diterbitkan tetapi
sesebuh syarikat persendirian tidak boleh berbuat demikian

d. memungut/ menyimpan wang daripada orang ramai

sesebuah syarikat persendirian tidak boleh mempelawa orang ramai menyimpan wang
mereka didalam syarikat / memungut wang dari orang ramai tetapi syarikat awam boleh
berbuat demikian

e. hal ehwal kewangan

sesebuah syarikat awam boleh memberitahu umum mengenai hal ehwal kewangan
syarikat tetapi syarikat persendirian tidak boleh berbuat demikian

f. had umur pengarah

syarikat awam, had umur maksimum mestilah tidah melebihi 70 tahun. Syarikat
persendirian tiada had umur.

g. nama

syarikat persendirian, nama sperti ‘sdn bhd’ mestilah dimasukan di pengakhiran nama
syarikat tersebut manakala syarikat awam jika ianya tergolong dalam status syarikat
awam berhad, perkataan ‘bhd’ perlulah dimasukkan di pengakihran nama syarikat.
C. syarikat berhad

menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syarikat berhad ditakrifkan sebagai syarikat tang
dihadkan oleh saham/jaminan / kombinasi ke2,2nya sekali

i. syarikat berhad oleh saham

syarikat berhad oleh saham ditakrifkan sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan atas
prinsip menghadkan segala tanggungan ahli2nya setakat jumlah saham yang belum
dibayar (sekiranya ada). Sekiranya penggulungan berlaku, ahli2 tidak boleh diminta
untuk membayar lebih daripada jumlah syernya yang belum dibayar.

Sek 214 (1) (d) Akta Syarikat 1965 memperuntukan :

‘dalam kes sebuah syarikat yang terhad dengan syer, tiada apa2 sumbangan hendaklah
diperlakukan dari mana2 ahli melebihi amaun, jika ada. Tidak dibayar ke atas syer
berhubung dengan mana ia tertanggung sebagai ahli yang ada / terdahulu.’

Contohnya Ali telah membeli 100 unit saham syarikat ABY yang mempunyai nilai
nominalnya sebanyak Rm1.00 sesaham. Ali telah membayar sebanyak 800unit sesaham
yang bernilai RM800.00 tersebut. Oleh itu, apabila berlaku penggulungan syarikat, Ali
tidak boleh diminta memberikan sumbangan melebihi dari jumlah saham yang belum
dibayar iaitu RM200.00

ii. syarikat berhad oleh jaminan

syarikat berhad oleh jaminan adalah merujuk kepada sesebuah syarikat yang
diperbadankan atas prinsip di mana tanggungan ahli2nya adalah dihadkan kepada jumlah
tanggungan yang dipersetujui oleh ahli2nya bagi menyumbangkan asset syarikat jika
berlakunya penggulungan (winding up) syarikat

sekiranya syarikat todak dapat menyelesaikan hutangnya, ahli hanya perlu menanggung
kesetakat amaun yang dia telag persetujui dan perkara ini perlu dinyatakan di dalam
memorandum menurut Sek 18 (1) (c) Akta Syarikat 1965

syarikat spt ini tidak mempunyai modal syer di mana ahli tidak dikehendaki untuk
menyumbang modal sewaktu syarikat sedang beroperasi. Ia juga jarang sekali ditubuhkan
untuk aktiviti dagangan, sebaliknya untuk kelab2 yang bukannya berteraskan dagangan di
mana modalnya diperolehi melalui sumber2 lain, aktiviti social dan lain2. pada waktu
penggulungan, libiliti ahli bagi syarikat berhad menurut jaminan dinyatakan di dalam Sek
214 (1) (c) Akta Syarikat 1965
iii. syarikat berhad oleh saham dan jaminan

menurut Sek 214 (4) Akta Syarikat, di samping perlu menyumbang kesetakat amaun
yang ahli telah persetujui di dalam memorandum, ahli juga perlu menyumbang setakat
amaun syer yang dia belum jelaskan di dalam kes sekiranya penggulungan berlaku.
Walaubagaimanapun, syarikat sperti ini tidak mungkin ditubuhkan lagi dengan wujudnya
Sek 14A Akta Syarikat 1965

D. syarikat tidak berhad

syarikat tidak berhad adalah syarikat yang diperbadankan di atas dasar di mana
tanggungan ahli2nya adalah tidak terhad. Libiliti ahli untuk menyumbang kepada syarikat
di dalam kes penggulungan tidak terhad dalam apa cara sekalipun. Liability ahli2nya
adalah sperti liability perkongsian tetapi ia tetap mempunyai keperibadian korporat yang
lain.

Syarikat jenis ini boleh untuk mempunyai / tidak mempunyai modal syer dan modal syer
ini boleh dikurangkan tanpa had kerana pemiutang boleh menuntut sehingga kepada harta
peribadi ahli. Sek 25 Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat ini boleh
ditukatkan kepada syarikat berhad atau sebaliknya tetapi pertukaran ini tidak memberi
kesan terhadap hak, tanggungjawab dan tindakan undang2 yang boleh
diteruskan/dimulakan sebelum penukaran itu dibuat.

E. Syarikat induk dan anak syarikat

Sek 6 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan ‘di mana sesebuah syarikat adalah :-

(a) syarikat induk bagi perbadanan yang lain;


(b) subsidiary bagi perbadanan yang lain ; atau
(c) subsidiary syarikat induk perbadanan yang lain

perbadanan pertama tersebut dan perbadanan yang lain itu hendaklah bagi maksud2 Akta
ini disifatkan berkaitan di antara satu sama lain’

menurut Sek 5 Akta Syarikat 1965, ‘sesebuah syarikat itu merupakan anak syarikat
kepada syarikat yang lain jika :

a) perbadanan yang lain itu ;

i. menguasai keahlian Lembaga Pengarah perbadanan yang pertama tersebut


ii. menguasai lebih daripada separuh kuasa mengundi di dalam perbadanan
yang pertama tersebut; atau
iii. memegang lebih daripada separuh modal saham yang diterbitkan oleh
perbadanan yang pertama tersebut; atau
iv. perbadanan yang pertama tersebut adalah anak syarikat kepada mana2
anak syarikat poerbadanan yang lain itu
sementara itu Sek 5A Akta Syarikat, sesebuah syarikat itu dikatakan syarikat induk
terakhir bagi sesebuah perbadanan yan lain jika :

a) perbadanan yang lain itu adalah sudsidiari kepada perbadanan pertama tersebut ;
dan
b) perbadanan pertama tersebut dengan sendirinya bukanlah subsidiary mana2
perbadanan

Sek 5B Akta Syarikat memperuntukkan sesebuha perbadanan hendaklah disifatkan


sebagai syarikat subsidiary milik penuh bagi perbadanan yang lain jika tidak ada ahli2
yang pertama tersebut orang yang lain dari :

a. perbadanan kedua tetsebut ;


b. penerima namaan bagi perbadanan kedua tersebut ;
c. subsidiary kepada perbadanan kedua tersebut iaitu subsidiary yang mana tidak ada
ahli2nya merupakan orang yang lain dari perbadanan kedua tersebut/ penerima
namaan perbadanan kedua tersebut ; atau
d. penerima namaan subsidiary tersebut

F. syarikat asing

Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syarikat asing sebagai : -

a) suatu syarikt, perbadanan, pertubuhan, persatuan / lain2 badan yang


diperbadankan di luar Malaysia ; atau
b) suatu persatuan, pertubuhan yang tidak diperbadankan / lain2 badan yang mana di
bawah undang2 tempat asalnya boleh mendakwa/ didakwa/ memegang harta di
atas nama setiausaha / lain2 pegawai badan / persatuan yang dilantik dengan
sewajarnya bagi tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat / tempat
perniagaan utamanya di Malaysia.

Syarikat asing yang berminat untuk menubuhkan perniagaan di Malaysia mestilah


mendaftarkan di Malaysia. Sek 332 (1) Akta Syarikat menyenaraikan dokumen yang
perlu diserahsimpan dengan Pendaftar Syarikat untuk tujuan pendaftaran.

You might also like