You are on page 1of 19

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
https://www.scribd.com/doc/272899233/gmgm3073-Pentadbiran-Buruh-Di-Malaysia

https://www.scribd.com/doc/284009678/Assignment-Buruh (complete)

Bil. Perkara Muka Surat


https://www.scribd.com/doc/272899233/gmgm3073-
Pentadbiran-Buruh-Di-Malaysia
1. PENGENALAN 3-4
4-9
1.0 Menubuhkan Kesatuan Sekerja Yang Sah

2. 2.0 Isu Gaji Minimum 9-12

3. 3.0 Tindakan Perusahaan 12-16

4. 4.0 Peranan 16

5. KESIMPULAN.. 17-18

6. LAMPIRAN 19

7. RUJUKAN 20-21

218206 1
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

PENGENALAN

Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah bertanggungjawab dan memainkan peranan utama

dalam membendung kejadian tindakan perusahaan seperti mogok, piket dan tutup pintu bagi

memupuk dan memelihara keharmonian perusahaan negara demi mewujudkan iklim

pelaburan yang kondusif.Tindakan perusahaan adalah sah dalam keadaan dan bagi tujuan

tertentu seperti dinyatakan di atas dan juga seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah

Perusahaan dalam contoh kes antara HM Shah Enterprise Sdn. Bhd. dan National Union of

Hotel Bar & Restaurant Workers (Award 148 tahun 1988) dan kes antara Syarikat Perjalanan

Terus Butterworth-Kuala Lumpur Sdn. Bhd. dan Transport Workers Union (Award 279 tahun

1988).Penerbitan panduan ini diharap akan menambahkan lagi pengetahuan semua pihak

dalam memahami tindakan-tindakan perusahaan yang dibenarkan oleh undang-undang dan

dapat mengelakkan daripada wujudnya pertikaian yang boleh menjejaskan keharmonian di

antara majikan dan pekerja.

Objektif

i) Memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan mengenai piket, mogok dan

tutup pintu.
ii) Menjelaskan prosedur-prosedur mengenai piket, mogok dan tutup pintu yang

perlu dipatuhi.

Maksud dan Jenis Tindakan Perusahaan

i. Tindakan Perusahaan- adalah merujuk kepada tindakan piket, mogok atau tutup

pintu;
ii. Mogok- tindakan memberhentikan atau enggan melakukan kerja oleh sekumpulan

pekerja yang bertindak secara bersatu atau menyekat, mengurang, menangguh

ataumenamatkan perlaksanaan mana-mana tugas berkaitan dengan pekerjaan

mereka; dan

218206 2
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

iii. Piket-berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan

mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk

bantahan. (Legal Dictionary Sinha & Dheeraj ILBS: 1996)

1.0 MENUBUHAN KESATUAN SEKERJA YANG SAH

Apabila sesuatu pertikaian antara kesatuan sekerja dengan majikan gagal diselesaikan secara

damai, merekaakan cuba mendesak dengan menggunakan cara yang lebih agresif bagi

menunjukkan rasa tidak puas hati mereka yang mana tindakan ini boleh dianggap sebagai

tindakan perusahaan. Terdapat tiga jenis tindakan perusahaan yang dibenarkan oleh undang-

undang iaitu:

1) Piket
2) Mogok
3) Tutup Pintu.

Pendaftaran Kesatuan Sekerja- Setelah selesai membuat mesyuarat penubuhan, sesebuah

kesatuan sekerja itu perlulah didaftarkan seperti mana yang terkandung di bawah Akta

Kesatuan Sekerja 1959.Siti Zaharah Jamaluddin (2000:9-10) menyatakan di bawah

Seksyen 8(1) memerlukan sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan memohon untuk

didaftarkan di bawah Akta 1959 ini dalam tempoh sebulan selepas ianya ditubuhkan.Tarikh

penubuhan sesebuah kesatuan sekerja itu dikira dari tarikh pertama seseorang pekerja atau

majikan bersetuju untuk menjadi atau mewujudkan pertubuhan atau gabungan seperti yang

dinyatakan dalak takrif kesatuan sekerja.Menurut Wu Min Aun (1985:10), setiap

kesatuan sekerja diperlukan memohon pendaftaran dalam jangka masa sebulan dari tarikh

penubuhannya.Tempoh ini boleh dilanjutkan atas budi bicara Pendaftar Kesatuan Sekerja,

tetapi jumlah kesemua tempoh itu mestilah tidak melebihi enam bulan.Wu Min Aun

(1985:10-11) turut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana kesatuan sekerja gagal

memohon pendaftaran dalan masa yang sepatutnya (atau jika pendaftaran ditolak; ditarik

balik atau dibatalkan), Seksyen 19 memperuntukkan seperti yang berikut:

218206 3
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

(a) Kesatuan sekerja adalah disifatkan sebagai persatuan yang tidak sah. Kesatuan sekerja

terhenti daripada menikmati apa-apa hak, kekebalan atau keistimewaan kesatuan yang

berdaftar, tetapi tanpa memudaratkan apa-apa tanggungan yang dialami atau yang

akan dialami olehnya.


(b) Tiada kesatuan sekerja atau anggota-anggotanya boleh menyertai mana-mana

pertikaian perusahaan atau menaja, mengatur atau membiayai mana-mana mogok atau

perberhentian. Membekalkan wang atau faedah-faedah lain bagi anggota-anggotanya

semasa mogok atau perberhentian dilarang juga.


(c) Kesatuan itu mestilah dibubarkan dan kumpulanwang-kumpulanwangnya dilupuskan

menurut peraturan.
(d) Tiada sesiapa pun dibenarkan menyertai pengurusan atau organisasi kesatuan, kecuali

bagi maksud-maksud pembubaran, perlupusan kumpulanwang-kumpulanwangnya

atau rayuan terhadap penolakan mendaftar, penarikan balik atau pembatalan.

Di bawah Seksyen 59 Ordinan Kesatuan Sekerja, adalah salah bagi seseorang atau sesuatu

kesatuan sekerja, yang belum didaftarkan, melakukan sebarang perbuatan untuk mencapai

apa-apa tujuan kesatuan sekerja, melainkan perbuatan itu dilakukan secarasuci hati, dalam

masa dan bagi maksud menubuhkan kesatuan, (Wu Min Aun, 1985:11).

Pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja mestilah dibuat dalam borang yang ditentukan

(Borang B). Permohonan bagi pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja mestilah mengikut

syarat yang terkandung di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 iaitu:

(1) Tiap-tiap permohonan bagi pendaftaran sesuatu pertubuhan, gabungan atau persatuan

sebagai suatu kesatuan sekerja hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam

bentuk yang ditetapkan, dan hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh

orang anggota kesatuan itu, yang mana di antaranya boleh terdiri daripada pegawai-

pegawainya.
(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan bersamanya fee

sebagaimana yang ditetapkan dan satu salinan bercetak dalam bahasa kebangsaan

218206 4
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

kaedah-kaedah kesatuan sekerja itu yang ditandatangani oleh anggota kesatuan

sekerja yang membuat permohonan itu dan suatu penyata butir- butir berikut iaitu:
a. nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat permohonan;
b. nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibu pejabatnya; dan
c. titel, nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai kesatuan sekerja itu, dan

maklumat lain sedemikian mengenai pegawai-pegawai sedemikian yang

diperlukan supaya diberi oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes.


(International Law Book Services, 2011: 15).

Menurut Siti Zaharah Jamaluddin (2000: 12), pendaftaran yang dibuat akan memberikan

beberapa keistimewaan kepada sesebuah kesatuan sekerja seperti mana yang dinyatakan

dalam Bahagian IV Akta 1959, iaitu:

i. kekebalan daripada guaman sivil dalam kes-kes di mana sesuatu tindakan

dijalankan untuk tujuan satu pertelingkahan tred mengikut seksyen 21.


ii. Kekebalan terhadap satu tuntutan guaman berkenaan dengan sesuatu tindakan tort

yang dikemukakan berkenaan dengan tindakan tort yang dilakukan oleh atau bagi

pihak kesatuan sekerja itu mengikut seksyen 22.


iii. Kesatuan sekerja yang berdaftar mempunyai liabiliti atau tanggungan ke atas

kontrak yang dimasuki olehnya atau bagi pihaknya oleh ejennya mengikut

seksyen 23.
iv. Kesatuan sekerja mempunyai hak untuk mendakwa dan didakwa mengikut

seksyen 25.

Menurut Siti Zaharah Jamaluddin (2000: 12) telah menyatakan bahawa seksyen 12 (1)

Akta 1959, telah memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk

memutuskan sama ada permohonan untuk mendaftar diterima atau ditolak. Akta Kesatuan

Sekerja 1959, seksyen 12 menyatakan bahawa:

1) Ketua Pengarah boleh, apabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen 10,

dan tertakluk kepada seksyen ini boleh mendaftar kesatuan sekerja itu mengikut cara

yang ditetapkan.

218206 5
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

2) Ketua Pengarah boleh menolak daripada mendaftar sesuatu kesatuan sekerja jika dia

berpuas hati bahawa telah ada suatu kesatuan sekerja mewakili orang-orang kerja

dalam penubuhantred, pekerjaan atau industri tertentu itu dan bukan menjadi

kepentingan orang-orang kerja di dalam penubuhan, tred, pekerjaan atau industri

tertentu itu untuk mengadakan suatu lagi kesatuan sekerja yang lain berkenaan

dengannya.
3) Ketua Pengarah hendaklah menolak daripada mendaftar suatu kesatuan sekerja jika
(a) dia berpendapat bahawa kesatuan sekerja itu mungkin akan digunakan bagi

maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang

bertentangan atau tak konsisten dengan tujuan dan peraturannya;


(b) sesuatu tujuan kesatuan sekerja itu menyalahi undang-undang;
(c) dia tidak berpuas hati bahawa kesatuan sekerja itu telah mematuhi Akta ini dan

peraturan-peraturannya;
(d) dia berpuas hati bahawa tujuan, kaedah dan keanggotaan kesatuan sekerja itu

bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta atau dengan mana-mana

peraturannya; atau
(e) nama di bawah mana kesatuan sekerja itu akan didaftarkan adalah-
(i) sama dengan mana-mana kesatuan sekerja lain yang ada, atau hampir-

hampir menyerupai nama kesatuan sekerja lain tersebut yang pada

pendapat Ketua Pengarah, berkemungkinan akan memperdayakan orang

awam atau ahli-ahli salah sebuah kesatuan sekerja itu; atau hampir-hampir

menyerupai nama kesatuan sekerja lain tersebut yang pada pendapat Ketua

Pengarah, berkemungkinan akan memperdayakan orang awam atau ahli-

ahli salah sebuah kesatuan sekerja itu; atau


(ii) pada pendapat Ketua Pengarah, ianya tidak diingini, melainkan jika

kesatuan sekerja itu mengubah namanya kepada sesuatu yang boleh

diterima oleh Ketua Pengarah.


(International Law Book Services, 2011: 16-17).

Menurut Wu Min Aun (1985: 13), Pendaftar Kesatuan Sekerja diberikan kuasa yang luas

untuk digunakan atas budi bicaranya yang subjektif.Kuasa budi bicara ini adalah bagi

218206 6
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

menentukan persoalan berkaitan dengan maksud serupa dalam takrif kesatuan sekerja

seperti yang dinyatakan di bawak seksyen 2 (2) Akta 1959 (Siti Zaharah Jamaluddin, 2000:

12). Selain itu, di bawah seksyen 14 Akta Kesatuan Sekerja 1959, Ketua Pengarah boleh

meminta untuk maklumat lanjut bagi maksud memuaskan hatinya bahawa sesuatu

permohonan itu mematuhi Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau

bahawa kesatuan sekerja itu berhak didaftarkan di bawah Akta ini,

(International Law Book, 2011: 17).

Menurut Wu Min Aun (1985: 13), sekiranya Pendaftar berpuas hati bahawa kesemua

kehendak telah dipatuhi, ia akan mengeluarkan satu sijil pendaftaran kepada kesatuan.

Perkara ini telah disebut di bawah seksyen 13 Akta Kesatuan Sekerja 1959, iaitu Ketua

Pengarah, apabila mendaftarkan sesuatu kesatuan sekerja di bawah seksyen 12 hendaklah

mengeluarkan kepada kesatuan sekerja itu suatu pengakuan pendaftaran dalam borang yang

ditetapkan dan pengakuan itu, melainkan jika dibuktikan bahawa ianya telah dibatalkan atau

ditarikbalik hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi semua maksud bahawa kesatuan

sekerja itu telah didaftarkan dengan sempurna di bawah Akta ini,

(International Law Book Services, 2011: 17).

2.0 ISU : GAJI MINIMUM

Kira-kira 600 pekerja swasta telah mengadakan piket di ibu negara untuk mendesak kerajaan

memperkenalkan gaji minimum RM900 dan elaun saraan hidup (COLA) RM300 kepada

pekerja swasta kerana kenaikan harga barangan keperluan harian membebankan pekerja

swasta bergaji rendah.Keperitan hidup semakin terasa terutama yang mempunyai anak ramai

dan keluarga besar. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan keperluan harian, pekerja

swasta bergaji rendah sering mengeluh kerana kos hidup yang tinggi.Mereka terus

218206 7
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

mengadakan piket sehingga kerajaan membenarkan majikan swasta mengenakan gaji minima

RM900 sebulan dan COLA RM300.Piket yang dianjurkan di beberapa tempat dikatakan

berjaya dengan kehadiran warga pekerja yang ramai.Sokongan yang diberikan oleh pekerja

ini wajar dilihat dengan lebih serius oleh kerajaan akan tuntutan pekerja swasta yang dilihat

tidak diberi perhatian sebaiknya sebelum ini.Beberapa siri piket ini dilihat membawa

kebangkitan SUARA PEKERJA yang diharap akan memberi mesej jelas kepada kerajaan.

Jelas di sini pekerja swasta telah mula bangkit dalam menuntut kerajaan lebih prihatin dan

membantu golongan ini yang merasakan diketepikan.Maklumat yang diterima beberapa siri

piket akan terus berlangsung selepas ini termasuk dari sektor elektonik yang dikhabarkan

akan mengadakan piket di Putrajaya. Kepada kerajaan diharap tidak memandang sebelah

mata akan kebangkitan pekerja swasta ini kerana kebanyakan mereka adalah pengundi yang

akan mengundi di PRU-13.

KES 1:1,000 PEKERJA PROTON PROTES TENTANG GAJI

Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam

mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia

ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan

empat peratus.Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam

kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.Timbalan Presiden

Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, AzmiJamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah

sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan

pelaksanaan gaji minimum."Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200

hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada

RM40,".Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan

mereka.Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yangmendapat gaji

218206 8
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi

pembayaran one-off.Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd

Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-

tanda penyelesaian dicapai.Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung

Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang

memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan

mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.Sementara itu, Presiden Kesatuan

Sekerja Elektronik SemenanjungMalaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah

berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut

pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.Beliau berkata perhimpunan bermula jam

5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan

Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

KES 2: 500 PEKERJA KILANG DRB-HICOM, PEKAN, PAHANG BERPIKET

MENUNTUT HAK MEREKA UNTUK MENDAPAT KENAIKAN GAJI

Lebih 500 pekerja kilang DRB-Hicom, Pekan, Pahang berpiket di hadapan premis tersebut

Sabtu lalu menuntut hak mereka untuk mendapat kenaikan gaji dan jawatan setara yang

diperoleh pekerja baru.Senator, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga Penasihat Kesatuan

Pekerja-Pekerja DRB-Hicom Berhad, Pekan berkata, isu itu timbul ekoran penguatkuasaan

gaji minimum kerajaan Umno BN RM900.Hanya mereka yang bergaji bawah RM900

dinaikkan.Manakala pekerja yang sudah lama dan bergaji atas sedikit dari RM900 tidak

mendapat apa-apa kenaikan.Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM920

misalnya?Sedangkan mereka sudah lama bekerja, jelas Syed Shahir ketika

dihubungi.Pekerja-pekerja tersebut juga tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat yang

sepatutnya dinikmati tetapi diberi kepada orang luar.Pihak pengurusan sepatutnya ambil

218206 9
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

kira sumbangan dan pengalaman yang ditunjukkan pekerja yang berkhidmat lebih 10 hingga

15 tahun.Tetapi sampai sekarang tidak dinaikkan pangkat kerana pihak syarikat lebih gemar

mengambil orang luar, katanya.Kita tahu persatuan tidak boleh masuk campur urusan

pekerja yang diambil bekerja, tetapi kita nak pengurusan kaji dasar itu.Peluang sepatutnya

diberi kepada pekerja yang berkhidmat lebih lama, jelas bekas Presiden Kongres Kesatuan

Sekerja Malaysia (MTUC) itu.Namun, apa yang berlaku sekarang, syarikat ambil pekerja

luar dan nafikan peluang untuk pekerja lama naik pangkat,.Menurutnya, perhimpunan itu

bertujuan meminta pengurusan syarikat mengadakan rundingan dengan kesatuan berhubung

tangga gaji bersesuaian untuk semua pekerja serta mengkaji semula dasar pengambilan dan

kenaikan pangkat.Bantahan ini besar kemungkinan bersangkutan tidak puas hati pekerja

dengan RM900 gaji minimum yang dilaksana kerajaan Umno BN di bawah pentadbiran

Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gaji

minimum RM1,100 yang ditawar kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu

diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

3.0 TINDAKAN PERUSAHAAN YANG BOLEH DAMBIL.

1) Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap diambil oleh para pekerja.

Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan seorang atau lebih

pekerja,hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja secara aman bagi

tujuan:
i. mendapatkan atau menyampaikan maklumat.
ii. memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau tidak

bekerja apabila wujudnya pertikaian perusahaan.


iii. Walau bagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:
a) Secara aman;
b) Tidak mengancam mana-mana orang;
c) Tidak menghalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis majikan

olehpekerja yang terlibat secara langsung dalam pertikaian tersebut; dan

218206 10
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

d) Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja boleh hadir hanya bagi

maksudmengekalkan ketenteraman dan disiplin serta memastikan

bahawapekerja-pekerja itu mematuhi peruntukan berkenaan.

Piket merupakan tindakan perusahaan yang dilakukan oleh pekerja di luar waktu kerja

mereka iaitu:

pada waktu makan tengahari


sebelum, atau
selepas waktu kerja.

Piket kebiasaannya merupakan usaha kesatuan untuk mendesak majikan menurut kehendak

pekerja memandangkan terdapat beberapa syarat yang menyukarkan pekerja melancarkan

tindakan mogok secara sah.

Menurut seksyen 40(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mana-mana orang yang

bertindak bertentangan dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket seperti yang dinyatakan di

atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman

seperti berikut:

Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun, atau


Denda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau
Kedua-duanya.Tindakan piket dibenarkan dengan syarat ianya tidak dilakukan di luar

batas undang-undang.

Tujuan piket itu dibenarkan adalah untuk memberi peluang kepada pihak-pihak yang

terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Walau bagaimanapun hubungan industri

yangharmoni dan kompetitif perlu dipelihara dan diberi keutamaan kerana ia secara tidak

langsung boleh membantu pertumbuhan ekonomi negara dalam merealisasikan Wawasan

2020.

2) Mogok

218206 11
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Tindakan mogok adalah di bawah kawalan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta

kesatuan Sekerja 1959.Terdapat beberapa jenis tindakan perusahaan yang tergolong dalam

definisi mogok seperti:

Melambatkan kerja (go slow);


Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
Enggan membuat kerja lebih masa.

Menerusi tindakan tersebut di atas, walaupun pekerja terus bekerja tetapi akan berlaku

pengurangan dalam pengeluaran dan pengurangan pengeluaran dengan sengaja adalah

dianggap sebagai mogok. (Award Mahkamah Perusahaan bilangan 28 tahun 1975

menyatakan A slow-down or goslow and work-to-rule by workers are forms of strike under

the Industrial Relations Act)

Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja juga dianggap sebagai tindakan

mogok dalam Perkhidmatan Perlu (Essential Services) kerana dalam organisasi sedemikian

pekerja boleh diperlukan untuk kerja lebih masa oleh majikan.

3) Prosedur Mogok.

Sesebuah kesatuan yang hendak melancarkan mogok hendaklah mengikut peraturan-

peraturan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bagi perkhidmatan yang ditakrifkan

sebagai perkhidmatan perlu di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, selain daripada

mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan juga

dikehendaki mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Seksyen 43 Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 seperti berikut,

memberi notis kepada majikan selama 42 hari sebelum melancarkan mogok;


tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari selepas memberi notis itu;
tidak melancarkan mogok sebelum luputnya tarikh yang ditetapkan dalam notis itu.

218206 12
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Untuk melakukan mogok secara sah, selain daripada mematuhi Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 dan Peraturan-peraturannya, sesebuah kesatuan sekerja juga perlu mematuhi

peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan

KesatuanSekerja berkenaan. Wildcat Strike ialah tindakan mogok yang biasanya dilakukan

oleh:

pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan; atau


kesatuan sekerja tetapi tidak mematuhi prosedur ditetapkan.

Pada amnya mereka yang tidak berkesatuan tidak dibenarkan untuk melancarkan

mogok.Menurut Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mogok itu dianggap

sebagai mogok haram sekiranya:

Ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta yang sama atau mana-mana undang-

undang bertulis;
Ianya mempunyai objektif lain selain daripada perlanjutan kepada pertikaian

perusahaan yang melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan;


Dilakukan oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli kesatuan sekerja.

4) Larangan Untuk Mogok.

Seksyen 44 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melarang tindakan mogok dalam situasi

seperti berikut:-

Dalam tempoh di mana Lembaga Penyiasat dilantik menurut Seksyen 34

AktaPerhubungan Perusahaan 1967 menjalankan penyiasatan dan dalam tempoh 7

hari selepas penyiasatan itu selesai;


Berkaitan dengan sebarang perkara yang diliputi perjanjian bersama yang telah

diambil perhatian oleh Mahkamah Perusahaan atau perkara yang diliputi oleh

keputusan (award) Mahkamah Perusahaan;


Berkaitan dengan hak majikan (managements prerogatives) di bawah Seksyen

13(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967;

218206 13
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Dalam tempoh tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan sedang dikendalikan.

5) Hukuman Bagi Mogok Haram.

Seksyen 46 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memperuntukkan seseorang pekerja yang

melibatkan diri dalam mogok haram, jika disabitkan kesalahan boleh:

dipenjarakan tidak melebihi satu tahun; atau


denda tidak melebihi RM1,000.00; atau kedua-duanya.

6) Tutup Pintu (Lock-Out).

Tutup pintu (lock-out) adalah tindakan yang boleh diambil oleh majikan bagi mendesak atau

menekan kesatuan sekerja supaya menerima syarat-syarat atau peraturan yang ditawarkan

oleh majikan kepada pekerja.

4.0 PERANAN JABATAN, MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA DALAM

MENANGANI ISU-ISU TINDAKAN PERUSAHAAN.

Peranan Jabatan

Sekiranya dimaklumkan mengenai tindakan perusahaan oleh mana-mana pihak yang bertikai,

Jabatan akan membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan bagi tujuan

penyelesaian.Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja Pihak yang bertikai hendaklah memberi

kerjasama kepada Jabatan dalam perkara-perkara berikut:

a) Memberikan maklumat yang tepat mengenai isu pertikaian;


b) Berbincang dengan pihak Jabatan untuk mencari jalan penyelesaian;
c) Kedua-dua pihak perlu bersedia untuk bertolak ansur untuk mencapai

penyelesaian secara damai.

218206 14
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

KESIMPULAN

Piket, mogok mahupun tutup pintu merupakan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat oleh

pihak yang terlibat dalam pertikaian perusahaan.Tindakan tersebut merupakan usaha untuk

mendesak pihak-pihak tertentu agar menuruti kehendak pihak yang bertikai.Meski pun

mogok dibenarkan di Malaysia tetapi kesannya terhadap ekonomi adalah sangat serius.Di

peringkat syarikat, tindakan perusahaan boleh menyebabkan kerugian besar kepada majikan.

Manakala di peringkat nasional pula, ianya akan mempengaruhi keputusan pelaburan

olehsyarikat multi-nasional. Justeru itu semua pihak hendaklah berusaha sedaya upaya untuk

mencegah dan menghindar dari berlakunya sebarang bentuk tindakan perusahaan.

Melihat kepada tindakan perusahaan yang diambil oleh pihak kesatuan sekerja, pihak majikan

perlu segera mengambil langkah penyelesaian sama ada secara perundingan dua pihak

(bilateral negotiation) di mana kedua-dua pihak digalakkan supaya menyelesaikan pertikaian-

pertikaian di antara mereka melalui perundingan berdasarkan semangat musyawarah dan

tolak ansur untuk mencapai keputusan yang memuaskan hati kedua-dua pihak , (Jabatan

Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011). Sekiranya perundingan tersebut masih gagal,

salah satu pihak boleh melaporkan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan di mana proses

runding damai boleh dijalankan. Bahkan proses runding damai merupakan kaedah paling

berkesan untuk menyelesaikan pertikaian. Proses runding damai melibatkan beberapa

mesyuarat di antara majikan, pekerja dan kesatuan pekerja tersebut. Mesyuarat-mesyuarat ini

biasanya diadakan sama ada secara bersama ( joint meeting ) di antara pihak-pihak berkenaan

ataupun berasingan, (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011). Sekiranya masih

gagal, langkah terakhir yang boleh diambil oleh pihak majikan atau pihak kesatuan sekerja

adalah tindakan yang melibatkan Y.B Menteri Sumber Manusia di mana beliau boleh

menggunakan kuasa budibicaranya (discretionary power ) untuk merujukkan pertikaian itu ke

218206 15
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Mahkamah Perusahaan untuk dibicara dan diputuskan melalui proses arbitrasi, (Jabatan

Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011). Oleh demikian, pertelingkahan yang berlaku di

antara pihak kesatuan sekerja PAKS dengan pihak majikan perlu diselesaikan dengan

melaksanakan langkah-langkah tertentu bagi memastikan pekerja dan majikan dapat terus

berhubungan di dalam mengurus tadbir organisasi

218206 16
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

LAMPIRAN

218206 17
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

RUJUKAN

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan PeraturanPeraturan Perhubungan Perusahaan 1980.

Akta Kesatuan Sekerja 1959

Dunston Ayadurai (1998) Industrial Relations In Malaysia

Maimunah Aminuddin (2006) Malaysian Industrial Relations And Employment Law

(5th Edition) McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. (2011).

Garis panduan tentang penubuhan dan pendaftaran kesatuan sekerja. Retrieved

2012, Mei 25 from

http://jheks.mohr.gov.my/pda/images/stories/pdf/garispanduan/GARIS_PANDUANTENTAN

G_PENUBUHAN_DAN_PENDAFTARAN_KESATUAN_SEKERJA.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. (2011). Kementerian Sumber Manusia:

Pengendalian tuntutan pengiktirafan Kesatuan Sekerja. Retrieved 2012, Jun 21 from

http://jpp.mohr.gov.my/download/penerbitan/Pengendalian_Tuntutan_Pengiktirafan _Kesatua

n_Kerja.pdf

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. (2011). Kementerian Sumber

Manusia:Perundingan kolektif dan perjanjian kolektif.Retrieved 2012, Jun 23 from

http://jpp.mohr.gov.my/download/penerbitan/Perundingan_&_Perjanjian_Kolentif.pdf

218206 18
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. (2011). Kementerian Sumber Manusia:

Pertikaian perusahaan. Retrieved 2012, Jun 24 from http://jpp.mohr.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=26&Itemid=18

Pengurusan Sumber Manusia: Kertas Kerja Pengurusan Sumber Kemanusiaan (MTT

2703). Retrieved 2012, Mei 24 from http://sarjana.tripod.com/hubungan1.html

Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun. (2011). Prinsip Pengurusan

Sumber Manusia: Bab 11 Perhubungan perusahaan. Selangor: Leeds Publications (M) Sdn.

Bhd.. (hal. 278-304)

Siti Zaharah Jamaluddin. (2000). Pengenalan Kepada Undang-undang Perhubungan

Perusahaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

K. Rajkumar. (2001). Panduan Mudah Undang-undang Buruh Malaysia: Selangor:

Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

Amir Hamzah dan Saadon Awang. (2009). Modul: Pentadbiran Buruh Di Malaysia.

UUM: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE).

218206 19

You might also like