You are on page 1of 15

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Kesatuan sekerja di Malaysia didefinisikan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebagai satu

persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan akta

ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam sektor swasta hendaklah terdiri daripada pekerja atau

majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau yang seakan-akan sama .

Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mereka sedar bahawa secara kolektif mereka

akan berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka meminta gaji yang lebih dan syarat-

syarat pekerjaan yang lebih baik.

Kesatuan sekerja bukan hanya berminat mengenai kehidupan ahli-ahli mereka semasa

waktu bekerja tetapi juga secara meluas menggalakkan kerajaan meluaskan perundangan dan

memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada

amnya. Dibawah undang-undang di Malaysia, pekerja daripada semua peringkat

umur mempunyai hak untuk menyertaikesatuan sekerja. Mempunyai sokongan dari

kesatuanuntuk memastikan keadilan dan rasa hormat di tempat kerja adalah salah satu

daripada sebab utama kaum pekerja.

Semua faedah dan perlindungan insurans di nikmati hari ini muncul sebagai

hasil pergerakan buruh yang dianjurkan di negara ini. Ini termasuk gaji minimum,bayaran

keselamatan sosial, tempoh bekerja lapan jam sehari dan hujung minggu, bayaran lebih

masa, Akta Kerja 1955, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan beberapa Akta yang

berkaitan yang memerlukan majikan untuk memenuhi standard keselamatan pekerja mereka.

Di dalam tugasan ini, saya memilih untuk menubuhkan kesatuan sekerja dalam

sebuah organisasi yang bernama ABC Electronic (M) SDN BHD.

1
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

2.0 PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA

Akta Kesatuan Sekerja 1959 menjelaskan beberapa garis panduan sebagai rujukan

kepada pekerja di setiap sektor yang berhasrat untuk menubuhkan kesatuan sekerja ditempat

mereka bekerja. Pekerja dan majikan di Malaysia adalah bebas menubuhkan pertubuhan

mengikut:

i. Artikel 10(1) (c) Perlembagaan Malaysia

ii. Konvensyen ILO No.98

iii. Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja 1959

Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati

keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja yang sah.

Di dalam Artikel 10(1) (c) Perlembagaan Malaysia, ia menjelaskan semua

warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan. Namun begitu di bawah fasal (3)

sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1)

boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran. Hal

yang demikian boleh berlaku sekiranya penubuhan kesatuan dianggap tidak sah sekiranya

penubuhan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan atau tidak patuh kepada undang-

undang.

2
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Dalam proses penubuhan ini, jumlah kehadiran tidak dihadkan tetapi perlu seberapa

ramai yang boleh. Agenda mesyuarat penubuhan mestilah memenuhi perkara-perkara seperti

berikut:-

i) Melantik Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit dalam

mesyuarat penubuhan.

ii) Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan

sekerja.

iii) Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja

iv) Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan

v) Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja

vi) Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan

sekerja.

vii) Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi,

Setiausaha,Bendahari dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa.

Mereka boleh dipilih dengan cara angkat tangan. Syarat- syarat

untuk menjadi pegawai mengikut seksyen 26 dan seksyen 28

Akta Kesatuan Sekerja 1959 ialah:-

a) Seorang warganegara Malaysia;

b) Telah bekerja bagi tempoh lebih daripada satu tahun

3
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

dalam mana establishment, trade,pekerjaan atau

industri di mana kesatuan sekerja itu

ada kaitan;

c) Tidak pernah menjadi ahli eksekutif mana-mana

kesatuan sekerja yang mana pendaftarannya telah

dibatal atau ditarik balik di bawah seksyen

15(1)(b)(iv),(v) atau (vi) atau di bawah mana-mana

undang-undang yang telah dimansuhkan;

d) Tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja

sesuatu parti politik.

e) Tidak pernah disabitkan oleh mana-mana mahkamah

undang-undang mengenai pecah amanah, pemerasan

atau intimidasi atau suatu kesalahan yang pada

pendapat Ketua Pengarah menjadikannya tidak

layak untuk menjadi sebagai pegawai kesatuan sekerja

itu atau;

f) dia bukan seorang bankrap.

viii) Lain-lain Hal

ix) Penutup

4
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

3.0 PROSEDUR MENDAFTAR KESATUAN SEKERJA

Selepas dan setelah selesai mesyuarat penubuhan dijalankan dan perlantikan Ahli

Jawatankuasa Penaja telah dipilih, Setiusaha Penaja berkenaan hendaklah mendaftarkan

kesatuan sekerja tersebut di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) tidak lewat

dari tiga puluh (30) hari selepas mesyuarat penubuhan tersebut. Dokumen-dokumen yang

perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) adalah

seperti berikut:-

i) Surat permohonan - 2 salinan

ii) Minit Mesyuarat Penubuhan - 2 salinan

iii) Senarai pekerja yang hadir - 2 salinan

iv) Senarai pekerja yang menyokong penubuhan kesatuan

sekerja - 2 salinan

v) Buku Peraturan Bercetak - 1 naskhah

vi) Borang permohonan (Borang B) - 4 salinan

vii) Borang Praecipe bersetem hasil RM30.00 - 1 salinan.

Selama dan sepanjang proses pendaftaran ini dilakukan sehingga mendapat kelulusan

daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), pihak Ahli Jawatankuasa

Penaja tidak dibenarkan mengutip sebarang yuran bulanan, yuran khas atau yuran

pendaftaran dari pekerja kecuali mendapat kebenaran Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

Semasa proses ini berlaku juga ekerja boleh mengisi borang keahlian dan tidak perlu

membayar sebarang yuran.

5
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

4.0 PROSEDUR KESATUAN SEKERJA MENGADAKAN RUNDINGAN

BERSAMA MAJIKAN

Setiap organisasi pasti akan ada isu-isu ketidakpuashatian diantara pekerja dan

majikan. Oleh yang demikian, kumpulan pekerja ini tadi pasti akan menggunakan saluran

kesatuan sekerja sekiranya isu yang timbul adalah melibatkan sebilangan besar pekerja

didalam organisasi tersebut. Sehubungan itu, terdapat dua bentuk perlaksanaan perundingan,

iaitu perundingan distributif dan perundingan integratif.

Perundingan Kolektif bermaksud proses tawar- menawar yang dijalankan oleh

kesatuan sekerja danmajikan mengenai terma dan syarat perkhidmatan. Mengikut Sek. 13(3)

Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan

sekerja boleh tanpa membuat pelawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk

mengadakan perundingan kolektif.

Di antara syarat-syarat untuk menngadakan rundingan kolektif ialah:-

1) Kesatuan sekerja bagi pekerja mestilah telah didaftarkan di bawah Akta Kesatuan

Sekerja 1959 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

2) Kesatuan sekerja berkenaan mestilah telah mendapat pengiktirafan daripada

majikan.

3) Mana-mana pihak boleh membuat pelawaan untuk mengadakan perundingan

kolektif.

4) Pelawaan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan cadangan perjanjian

kolektif.

6
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

5) Perundingan kolektif mestilah dimulakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh setuju

untuk menerima pelawaan bagi mengadakan perundingan kolektif.

6) Mana-mana pihak boleh mengemukakan terma- terma dan syarat-syarat yang

dicadangkan untuk dibincangkan di dalam perundingan kolektif kecuali perkara-

perkara yang disifatkan sebagai hak keistimewaan majikan seperti berikut :-

a. Kenaikan pangkat

b. Pertukaran tempat bekerja pekerja

c. Pengambilan pekerja-pekerja

d. Penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab lebihan pekerja atau penyusunan

semula organisasi

e. Pemecatan dan pemulihan semula pekerja bekerja oleh majikan

f. Penetapan dan peruntukan tugas-tugas oleh majikan kepada pekerja

7) Walau bagaimanapun, APP 1967 membenarkan kedua belah pihak untuk

membincangkan secara umum perkara-perkara yang menyentuh hak keistimewaan

majikan seperti di atas.

8) Sekiranya mana-mana pihak enggan menerima pelawaan untuk mengadakan

perundingan kolektif atau gagal memulakan perundingan kolektif dalam tempoh

30 hari dari tarikh persetujuan terhadap pelawaan berkenaan atau jika perundingan

kolektif mengalami kebuntuan, pihak yang terkilan bolehlah mengemukakan

aduan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM) untuk

mendapatkan bantuan penyelesaian.

7
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

5.0 Panduan Perundingan Yang Berkesan

Pertikaian industri yang berlaku telah didefinisikan oleh Akta Hubungan Industri

sebagai Apa-apa pertikaian antara majikan dengan pekerja yang berhubung dengan

pekerjaan ataubukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja

bagi mana-manapekerja tersebut. Oleh itu, dalam Akta Hubungan Industri 1967,

mendefinisikan pihak merujuk kepada pertikaian industri, ertinya kesatuan sekerja pekerja

yang bertindak bagi semua atau mana-mana anggotanya dalam pertikaian industri. Pertikaian

ini boleh diselesaikan melalui rundingan melalui kesatuan sekerja.

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh digunapakai dalam situasi isi. Panduan

Perundingan Kolektif Yang Berkesan adalah seperti:-

1) Mengemukakan cadangan mengenai terma-terma dan syarat-syarat perjanjian

kolektif yang jelas, lengkap dan munasabah

2) Mengamalkan prinsip menang-menang

3) Membantu mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan bukan

memberi masalah

4) Bersikap profesional dan realistic

5) Bersikap positif dan sentiasa bertolak-ansur

6) Sentiasa fokus terhadap objektif perundingan

7) Mengelakkan daripada membuat ancaman terhadap pihak yang lain

8) Memahami situasi pihak yang lain

9) Menjadi pendengar yang baik dan penyabar

10) Mendapatkan penjelasan dengan meminta pengulangan semula perkataan atau

kenyataan jika tidak jelas

11) Mengemukakan cadangan dengan berbudi bahasa dan bersopan-santun

8
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

12) Bijak memberi cadangan alternative

13) Berfikiran positif, mempunyai perspektif yang betul dan fokus terhadap isu

perundingan

14) Memberikan justifikasi bagi setiap cadangan yang ditolak

Dalam tugasan ini, isu yang dibangkitkan ialah berkenaan isu bayaran gaji untuk kerja

lebih masa (overtime) dan isu pembekalan alatan perlindungan diri untuk syarikat

Electronic ABC Sdn Bhd. Dalam kes ini, pihak kesatuan sekerja boleh mengajak wakil

majikan untuk berbincang mengenai isu ini.

Untuk Isu yang pertama, mengikut Akta Pekerjaan 1955, majikan wajib membayar

untuk kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja. Hal ini juga dilihat kerana pekerja telah

membuat tugasan yang mana akan menguntungkan syarikat. Pihak syarikat seharusnya

membayar tugasan lebih masa ini kerana keuntungan yang diperolehi patut dikongsi bersama

pekerja. Akan tetapi majikan juga berhak untuk menetapkan kadar pembayaran dan tempoh

pembayaran. Melalui rundingan, kata sepakat boleh diperolehi yang mana ianya dapat

memuaskan hati kedua-dua belah pihak.

Bagi isu yang kedua pula, mengikut Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

1994, majikan juga perlu menyediakan segala peralatan keselamatan yang diperlukan oleh

pekerja untuk melakukan perkerjaan. Contoh alatan perlindungan diri adalah seperti safety

helmet, safety shoes dan sarung tangan. Sekiranya peralatan utama ini tidak dibekalkan,

kesatuan sekerja boleh melakukan rundingan dengan pihak majikan bagi menyelesaikan isu

ini. Sekiranya isu gagal diselesaikan, kesatuan sekerja boleh melaporkan kepada Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

9
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mensyaratkan terma-terma khusus yang mesti

diperuntukkan di dalam sesebuah perjanjian kolektif iaitu:

1) Menetapkan tempoh kuatkuasa perjanjian kolektif yang hendaklah tidak kurang

daripada tempoh tiga (3) tahun.

2) Memperuntukkan prosedur-prosedur untuk pengubahsuaian dan penamatan

perjanjian kolektif.

Penyimpanan (Deposit) perjanjian kolektif untuk Pengiktirafan Mahkamah

Perusahaan Perjanjian kolektif yang telah dimeterai oleh kedua pihak yang terlibat hendaklah

dikemukakan secara bersama kepada Pendaftar Mahkamah Perusahaan untuk mendapatkan

pengiktirafan Mahkamah Perusahaan. Pengemukaan perjanjian kolektif berkenaan mestilah

dilakukan dalam tempoh satu bulan dari tarikh perjanjian berkenaan dimeterai. Sesuatu

perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan akan terpakai dan

mengikat kedua belah pihak tersebut.

10
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

6.0 KESIMPULAN

Melihat kepada tindakan perusahaan yang diambil oleh pihak kesatuan sekerja, pihak

majikan perlu segera mengambil langkah penyelesaian sama ada secara perundingan dua

pihak (bilateral negotiation) di mana kedua-dua pihak digalakkan supaya menyelesaikan

pertikaian-pertikaian di antara mereka melalui perundingan berdasarkan semangat

musyawarah dan tolak ansur untuk mencapai keputusan yang memuaskan hati kedua-dua

pihak, (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011).

Sekiranya perundingan tersebut masih gagal, salah satu pihak boleh melaporkan

kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan di mana proses runding damai boleh dijalankan.

Bahkan proses runding damai merupakan kaedah paling berkesan untuk menyelesaikan

pertikaian. Proses runding damai melibatkan beberapa mesyuarat di antara majikan, pekerja

dan kesatuan pekerja tersebut. Mesyuarat-mesyuarat ini biasanya diadakan sama ada secara

bersama (joint meeting) di antara pihak-pihak berkenaan ataupun berasingan,

(Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011).

Sekiranya masih gagal, langkah terakhir yang boleh diambil oleh pihak majikan atau

pihak kesatuan sekerja adalah tindakan yang melibatkan Y.B Menteri Sumber Manusia di

mana beliau boleh menggunakan kuasa budibicaranya (discretionary power) untuk

merujukkan pertikaian itu ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicara dan diputuskan melalui

proses arbitrasi, (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011). Oleh demikian,

pertelingkahan yang berlaku di antara pihak kesatuan sekerja PAKS dengan pihak majikan

perlu diselesaikan dengan melaksanakan langkah-langkah tertentu bagi memastikan pekerja

dan majikan dapat terus berhubungan di dalam mengurus tadbir organisasi.

11
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

LAMPIRAN I

KILANG ELETRONIK ABC

Tarikh: 12 Mei 2010

Kepada:

Anggota Kakitangan Kumpulan Sokongan,


Kilang Electronik ABC,
84000 Muar,
JOHOR D.T

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA

Perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan


berikut:
Tarikh : 15 April 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat I, Kilang Electronik ABC, Muar.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


i. Melantik Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit dalam
mesyuarat penubuhan.
ii. Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan
sekerja.
iii. Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja
iv. Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan
v. Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja
vi. Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan
sekerja
vii. Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa.
viii. Lain-lain Hal
ix. Penutup
Kehadiran dan kerjasama Tuan/Puan akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian dan terima kasih.

12
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

LAMPIRAN II

BORANG D
AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

_________________________________________

PERAKUAN PENDAFTARAN
(Seksyen 13 dan Peraturan 7)

_______________________________
ADALAH DENGAN INI DIPERAKUI

Bahawa

PERSATUAN PEKERJA KILANG (PPK)


KILANG ELECTRONIK ABC

telah didaftarkan pada hari ini sebagai suatu kesatuan sekerja di


bawah seksyen 12 (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan bahawa
nombor pendaftarannya ialah SK 1986.

Diberi di bawah tandatangan saya pada 17 haribulan APRIL 2017

..
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja

13
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

LAMPIRAN III

PERSATUAN PEKERJA KILANG (PPK)


KILANG ELECTRONIK ABC
84000 MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: Bil (1) dlm. PAKS
Tarikh: 19 APRIL 2017
Ketua Pengarah,
KILANG ELECTRONIK ABC,
84000 MUAR,
JOHOR DARUL TAKZIM.

Tuan,
PERKARA: PELAWAAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

Merujuk perkara di atas.

2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Abd Aziz bin Abdullah wakil dari Persatuan
Pekerja Kilang (PPK) selaku Pengerusi yang telah dilantik ingin mempelawa Tuan untuk
mengadakan satu perundingan kolektif bagi membincangkan dan mempertimbangkan
cadangan yang telah diutarakan oleh persatuan kami. Antara cadangan yang ingin kami
perbincangkan adalah seperti berikut:

a) Peruntukan upah bagi setiap pekerja yang terpaksa mengorbankan hari cuti rehat
dan melaksanakan kerja lebih masa.
b) Peruntukan pembekalan alatan perlindungan diri untuk pekerja operasi.

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Tuan dapat mempertimbangkan
permohonan kami untuk mengadakan perundingan kolektif tersebut. Maklum balas dari
Tuan adalah diharapkan bagi memastikan perundingan ini dapat diteruskan demi
kepentingan organisasi dan para pekerja.

Kerjasama dan maklum balas dari Tuan adalah amat kami hargai dan diucapkan terima
kasih.

Sekian dan terima kasih.


Saya yang berkhidmat,
.
(ABD AZIZ BIN ABDULLAH)
Pengerusi
Persatuan Pekerja Kilang (PPK)

14
225025
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

RUJUKAN

Amir Hamzah dan Saadon Awang. (2009). Modul: Pentadbiran Buruh Di Malaysia. UUM:
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE).

Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun. (2011). Prinsip Pengurusan Sumber
Manusia: Bab 11 Perhubungan perusahaan. Selangor: Leeds Publications (M) Sdn.
Bhd.. (hal. 278-304).

International Law Book Services. (2011). Undang-undang Malaysia: Akta Kesatuan


Sekerja 1959 (Akta 262) & Peraturan-peraturan. Selangor: Golden Books Centre
Sdn. Bhd..

International Law Book Services. (2012). Undang-undang Malaysia: Akta Perhubungan


Perusahaan 1967 (Akta 177). Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd..

International Law Book Services. (2012). Undang-undang Malaysia: Akta Kerja 1955
(Akta 265), Peraturan-peraturan dan Perintah, Akta Hari Kelepasan Mingguan
1950 (Akta 220) & Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). Selangor: Golden Books
Centre Sdn. Bhd..

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. (2011). Garis panduan tentang penubuhan dan
pendaftaran kesatuan sekerja. Retrieved 2017, Mac 02 from
http://jheks.mohr.gov.my/pda/images/stories/pdf/garispanduan/GARIS_PANDUAN
_ TENTANG_PENUBUHAN_DAN_PENDAFTARAN_KESATUAN_SEKERJA.
Pdf

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. (2011). Kementerian Sumber Manusia:


Perundingan kolektif dan perjanjian kolektif. Retrieved 2017, Mac 03 from
http://jpp.mohr.gov.my/download/penerbitan/Perundingan_&_Perjanjian_Kolentif.
pdf

15
225025

You might also like