You are on page 1of 4

PENGENALAN

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan


kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana
kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu
menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk
mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran
koperasi.

Permohonan untuk menubuhkan koperasi


Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

i. Menghubungi SKM

Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM


Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh diperoleh
daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web SKM. Permohonan juga
boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Atas Talian SKM.

ii. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja

Selepas mendapatkan kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja


seramai sekurang-kurangnya 10 orang hendaklah dibentuk. Tempoh kebenaran penubuhan
koperasi ialah selama 3 bulan.

Antara tugas Jawatankuasa Penaja ialah:


a. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota;
b. Menyediakan Undang-Undang kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang
kecil seragam yang disediakan oleh SKM;
c. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan
koperasi;
d. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur,
nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing- masing. Jawatankuasa Penaja
hendaklah memastikan sekurang- kurangnya 50 orang telah mendaftarkan diri untuk
menjadi anggota sebelum Mesyuarat Agung Permulaan diadakan;
e. Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.
iii. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa Penaja menetapkan satu tarikh bagi mengadakan
Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan dari
tarikh kelulusan penubuhan koperasi.
iv. Menyerahkan dokumen-dokumen Permohonan Pendaftaran Koperasi kepada Ketua
Pendaftar

Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan:


a. Borang pemohonan mendaftar koperasi yang ditandatangani oleh sepuluh (10)
orang Jawatankuasa Penaja;
b. Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil yang ditandatangani oleh sepuluh (10)
orang Jawatankuasa Penaja;
c. Minit Mesyuarat Agung Permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya (50) orang
bakal anggota yang hadir.

Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Negeri tidak


lewat daripada tujuh (7) hari selepas Mesyuarat Agung Permulaan diadakan.

Permohonan untuk pendaftaran koperasi


Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah seperti
berikut:

Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi


Undang-undang kecil Koperasi
Minit Mesyuarat Agung Permulaan

Sistem Aplikasi Online SKM

Sistem Aplikasi Online SKM atau secara ringkasnya SKM OnLine memudahkan pelanggan-
pelanggan SKM untuk berhubung atau membuat permohonan kepada SKM.

Pada masa ini, pelanggan boleh membuat permohonan penubuhan koperasi secara atas
talian terus dan menghantarnya secara terus kepada SKM. Status permohonan juga
dapat diketahui melalui sistem dengan lebih mudah dan cepat.

Siapa yang layak memohon pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK)?

Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) layak memohon.

Apakah jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan TMP-JPK?

i.Modal Pusingan

a. Perniagaan;
b. Kerja kontrak perusahaan/ perindustrian;
c. Kredit;
d. Pajak gadai islam;
e. Pelancongan, kesihatan dan penjagaan diri.

ii.Perumahan

a. Pembiayaan sementara (Bridging loan);


b. Pembelian tanah dan pembayaran premium.

iii.Tanah/ Bangunan

a. Pembiayaan sementara (Bridging loan);


b. Pembelian tanah/ bangunan/ kilang;
c. Pembayaran premium;
d. Pembinaan bangunan;
e. Ubahsuai/ baikpulih bangunan

iv.Perladangan/ Ternakan/ Pertanian

a. Pembelian tanah dan membayar premium tanah;


b. Pembelian ladang;
c. Pembangunan ladang dan ternakan

v.Kenderaan/Jentera

a. Pembeliaan kenderaan dan jentera

Apakah bentuk cagaran pembiayaan TMP-JPK yang diperlukan?


Harta tetap seperti tanah dan bangunan;
Inden kerja;
Simpanan tetap bank;
Kenderaan

Apakah itu koperasi?

Koperasi ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela
untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama
melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar
di bawah Akta Koperasi 1993.

Apakah ciri-ciri koperasi?

Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggota-


anggotanya;
Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi
sebagai tempat berpolitik;
Koperasi bukannya Kesatuan Pekerja (TradeUnion) . Konsep koperasi ialah tolong
menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari
majikan;
Koperasi bukannya badan kebajikan;
Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasarkan
Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi;
Syer dan yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan perniagaan
koperasi;
Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai masa depan
koperasi;
Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yurannya sahaja;
Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih dahulu
daripada mencari keuntungan semata-mata.

Apakah prinsip-prinsip koperasi?

Keanggotaan sukarela dan terbuka;


Kawalan secara demokratik oleh anggota;
Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi;
Kebebasan autonomi;
Pendidikan, latihan dan maklumat;
Bekerjasama di antara koperasi-koperasi;
Prihatin terhadap komuniti.

Apakah faedah koperasi kepada anda?

Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping
menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. Dengan
ini anggota berhad menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Koperasi menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota-
anggotanya. Di samping itu, koperasi juga menyediakan kemudahan tabungan yang
terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan.
Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan dan
penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada
keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai
aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat
kematian dan sumbangan kepada aktiviti- aktiviti kemasyarakatan.
Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh koperasi?

Koperasi merupakan satu entiti yang berdaftar yang sama seperti entiti perniagaan
yang lain. Ini bermakna koperasi boleh menjalankan aktiviti perniagaan seperti yang
dinyatakan di bawah:

Perbankan dan Kredit;


Pertanian;
Perumahan;
Perindustrian;
Pengguna;
Pembinaan;
Pengangkutan;
Perkhidmatan
Walau bagaimanapun, di bawah Pelan Tindakan Dasar Koperasi Negara (DKN), koperasi
digalakkan menceburi di dalam 5 bidang keberhasilan aktiviti ekonomi tinggi iaitu:

Perkhidmatan Kewangan
Pemborongan dan Peruncitan
Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
Pertanian dan Industri Asas Tani
Peladangan

You might also like