You are on page 1of 3

KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD ATURAN KUMPULANWANG KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN

A. TAJUK 1. Aturan ini dinamakan Aturan Kumpulanwang Kebajikan dan Khairat Kematian Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad. 2. Aturan ini diwujudkan dibawah undang-undang kecil 9 (3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini dan dikemukakan kepada Suruhanjaya. B. TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:a) Isteri ertinya isteri dan isteri-isteri yang sah bagi anggota. b) Suami ertinya suami yang sah bagi anggota. c) Ibubapa ertinya ibubapa kandung anggota. d) Anak ertinya anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah dan berumur di bawah dua puluh satu tahun. C. TUJUAN 4. Kumpulanwang Kebajikan dan Khairat Kematian (selepas ini disebut Kumpulan Wang ini) diwujudkan untuk:a) kematian anggota, suami,isteri, anak, ibu atau bapa. b) memberi sumbangan kepada anggota untuk perbelanjaan perubatan bagi kemalangan atau penyakit kritikal yang pada pendapat Lembaga boleh dipertimbangkan. c) Memberi sumbangan kepada anggota yang berada dalam kesusahaan kerana perkara berikut: i) kebakaran rumah yang menyebabkan kerugian harta benda; ii) banjir yang menyebabkan perabut dan kelengkapan rumah musnah atau rosak; iii) tanah runtuh menyebabkan kerosakan kepada tempat kediaman dan; iv) lain-lain bencana yang menyebabkan kerosakan harta benda anggota. D. SUMBER KEWANGAN 5. Dari keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh mesyuarat agung mengikut undang-undang kecil 66(2) Koperasi ini. 6. Caruman daripada anggota sebanyak RM10.00 (Ringgit Sepuluh) sebulan. E. PENTADBIRAN 7. Kumpulan Wang ini ditadbir oleh jawatankuasa kebajikan yang dilantik menurut undangundang kecil 45(2)(w).

F. KADAR SUMBANGAN DAN SYARAT PERMOHONAN 8. (a) Kadar sumbangan Khairat Kematian adalah seperti berikut: Khairat Kematian Anggota Suami/isteri Anak lahir mati Anak berumur dua belas tahun ke bawah Anak berumur 12 tahun hingga 21 tahun Ibu/bapa Kadar (RM) 15,000.00 1,000.00 200.00 400.00 500.00 500.00

Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu Lembaga boleh menentukan kadar sumbangan di atas mengikut kedudukan kewangan kumpulan wang ini. (b) Syarat Permohonan Khairat Kematian;

i) anggota yang bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan, badan


berkanun, perbadanan atau badan-badan kerajaan yang diswastakan dan koperasi hanya layak menyertai skim kumpulan wang kebajikan dan khairat kematian ini sekiranya mempunyai simpanan yuran tidak kurang lima ribu ringgit dan saham empat ratus ringgit.

ii)

anggota yang terputus caruman tabung kebajikan selama tiga bulan berturutturut tidak layak menerima sumbangan ini.

iii) waris kepada simati boleh membuat tuntutan dengan mengemukakan


dokumen sokongan. iv) tuntutan hanya sah dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kematian.

9. Kadar sumbangan Kebajikan akan ditentukan mengikut budibiacara Lembaga.


a) Syarat Permohonan Sumbangan Kebajikan

i) Anggota yang terputus caruman tabung kebajikan selama tiga bulan berturutturut tidak layak menerima sumbangan ini.

ii) Anggota boleh membuat tuntutan dengan mengemukakan


sokongan dalam tempoh yang munasabah. G. MEMPROSES PERMOHONAN

dokumen

10. a) Permohonan yang diterima akan diproses oleh Jawatankuasa Kebajikan pada minggu ketiga setiap bulan untuk menentukan permohonan mengikut syarat Aturan sebelum diperakukan kepada Lembaga. b) Perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam senarai yang disediakan oleh Jawatankuasa Kebajikan. H. PEMBAYARAN 11. Bayaran boleh dibuat selepas mesyuarat Lembaga mengesahkannya dan bayaran dibuat melalui cek berpalang.

I. CARUMAN TERKUMPUL TIDAK DITUNTUT 12. Anggota yang tidak menuntut sumbangan khairat kematian sehingga beliau berhenti menjadi anggota, jumlah carumannya akan dikembalikan. J. PENGGUNAAN DANA. 13. Kumpulan Wang ini hanya boleh digunakan bagi maksud dan tujuan yang dinyatakan di dalam Aturan ini sahaja. K. PERTIKAIAN 14. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tentang tafsiran Aturan ini atau timbul apaapa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini. Diakui Aturan ini telah dibentang, dibincang dan diterima didalam mesyuarat agung perwakilan tahunan ke tujuh puluh lima bertarikh tiga puluh haribulan April tahun dua ribu sebelas.

.. (Pengerusi)

. (Setiausaha)

(Bendahari)

You might also like