You are on page 1of 10

Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

Draft UNDANG-UNDANG BAGI

PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

86200 SIMPANG RENGGAM

JOHOR DARUL TAKZIM

KANDUNGAN

FASAL 1 NAMA
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT
FASAL 5 KEAHLIAN
FASAL 6 BAYARAN YURAN MASUK BAYARAN LAIN
FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 8 MESYUARAT AGUNG
FASAL 9 JAWATANKUASA
FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PETUGAS
FASAL 11 KEWANGAN
FASAL 12 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA
FASAL 13 PENGAMANAH
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 15 PENASIHAT / PENAUNG
FASAL 16 LARANGAN
FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
FASAL 18 PEMBUBARAN

1
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

Draft UNDANG-UNDANG BAGI


PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA
86200 SIMPANG RENGGAM
JOHOR DARUL TAKZIM

FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pakatan Penduduk Taman Tiara Perdana
Type C atau Blok C. Selepas ini disebut ‘Pakatan’.

FASAL 2 TEMPAT URUSAN


(1) Alamat dan tempat urusan mesyuarat Pakatan ialah di Dewan Serbaguna
(bangunan Kontena Biru) berhampiran bulatan Taman Tiara Perdana atau di
tempat lain atau tempat yang akan ditetapkan kemudian oleh Jawatankuasa.
(2) Alamat untuk surat menyurat Pakatan ialah di kediaman Pengerusi.

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA


(1) Buat masa ini, belum ada bendera, lambang atau lencana yang digunakan oleh
Pakatan ini.
(2) Namun begitu satu lambang sementara digunakan sehinggalah akan digantikan
dengan satu lambang yang tetap yang akan dipersetujui oleh Jawatankuasa.

FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT


(1) Pakatan ini ditubuhkan bagi mewakili penduduk Taman Tiara Perdana (Type C)
dan sebahagian dari Type A yang berdaftar keahlian dalam Pakatan untuk;
a) menjadikan Taman Tiara Perdana suatu penempatan kediaman yang selamat,
harmoni, bersih dan indah.
b) menganjurkan sebarang aktiviti berfaedah, berkebajikan, dan membenteras
sebarang aktiviti yang tidak sihat.
c) mewujudkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat serta menjalinkan
hubungan yang mesra sesama ahli untuk menuju kebaikan demi kesejehteraan
penduduk.
d) membantu ahli yang memerlukan kemudahan peralatan kenduri serta
menjayakan sesuatu majlis secara sukarela dalam semangat muhibbah,
memupuk silaturrahim dan semangat kejiranan.
e) mengenalpasti masalah yang timbul dan mengemukakan kepada pihak-pihak
yang berkenaan untuk kepentingan penduduk.
f) menyokong dan memudahcara aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Induk
Taman Tiara Perdana, Jawatankuasa Keselamatan Penduduk Taman Tiara
Perdana dan Surau As-Shafie Taman Tiara Perdana.

FASAL 5 KEAHLIAN
(1) Keahlian adalah dihadkan hanya kepada unit penduduk Taman Tiara Perdana Type
C sama ada penyewa atau pemilik, dan bagi penduduk di luar Type C yang ingin
menjadi ahli, keputusan status keahliannya tertakluk kepada kelulusan timbang

2
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

tara Jawatankuasa.
(2) Keahlian mestilah rakyat Malaysia beragama Islam, dan bagi yang bukan
beragama Islam, mestilah mengikut ketetapan agama Islam.
(3) Keahlian dari unit kediaman boleh diwakili oleh ketua keluarga (suami) atau jika
ketiadaan suami kerana bercerai mati atau bertugas di luar kawasan, penama isteri
boleh didaftarkan sebagai ahli Pakatan.
(4) Tiap-tiap unit permohonan secara bertulis atau atas talian untuk menjadi ahli
hendaklah dihantar kepada Setiausaha, yang kemudiannya dikehendaki
mengemukakan permohonan ini dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa
untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(5) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar yuran masuk seperti yang ditetapkan dalam
Fasal 6 dan diterima menjadi ahli Pakatan maka berhaklah ia sebagai ahli serta
menikmati faedah keahliannya.
(6) Keahlian yang telah dilucutkan dan setelah pertimbangan untuk kemasukan
semula sebagai ahli, adalah tertakluk kepada keputusan timbang tara Jawatankuasa
mengenai penerimaan keahliannya semula dalam Pakatan.
(7) Sekiranya ahli telah meninggal dunia, status keahliannya boleh diturunkan kepada
pasangan atau jika tiada, maka hendaklah Jawatankuasa menentukan status
keahliannya diwarisi oleh anak kepada si mati.

FASAL 6 YURAN MASUK DAN BAYARAN LAIN


(1) Bayaran yuran oleh setiap unit kepada Bendahari adalah seperti berikut:
a) Bayaran masuk keahlian seumur hidup RM 300.00 (Tiga Ratus Ringgit
Malaysia) sama ada bayar sekaligus atau bayar pendahuluan RM 50.00
(Lima Puluh Ringgit Malaysia) beserta bayaran baki secara ansuran bulanan
sehingga mencukupi jumlah RM 300.00 dan/atau;
b) Bayaran masuk keahlian seumur hidup RM 300.00 (Tiga Ratus Ringgit
Malaysia) dibayar sekaligus dikenakan kepada ahli baru yang ingin
menyewa khemah/peralatan pada kadar masa yang segera; dan
c) Baki bayaran yang tidak dijelaskan melebihi tiga (3) bulan, maka satu surat
peringatan akan dikeluarkan oleh Setiausaha untuk menuntut ahli
menjelaskan baki yuran yang tertunggak dengan caj RM 5.00 (Lima Ringgit
Malaysia) dikenakan. Sekiranya ahli culas dalam menjelaskan yuran dalam
tempoh melebihi enam (6) bulan, status keahliannya tertakluk Fasal 7.
(2) Bayaran sewaan bagi penggunaan aset Pakatan adalah tertakluk kepada peraturan
penggunaan aset yang ditentukan oleh Jawatankuasa. Aset yang dimaksudkan
termasuklah khemah, peralatan rewang, dewan serbaguna, dan lain-lain aset. Bagi
sewaan untuk ahli, kadar istimewa yang lebih rendah dikenakan. Bagi sewaan dari
bukan ahli, kadar biasa akan dikenakan. Jumlah kadaran itu tertakluk kepada
Peraturan Penggunaan / Menyewa Peralatan.
(3) Yuran khas atau sumbangan wang daripada ahli-ahli untuk perkara atau majlis
tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa.
(4) Yuran Khairat Kematian adalah tertakluk kepada satu Jawatankuasa Khas yang

3
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

akan menentukan dasar, kadar bayaran yuran, dan lain-lain terma yang berkaitan
dengan tabungan khairat tersebut.

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI


(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pakatan hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan
menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pakatan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pakatan, atau gagal menjelaskan
tunggakan yuran Pakatan untuk tempoh yang lama, ahli boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Jawatankuasa.
(3) Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan dan membela dirinya.
(4) Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan serta merta melainkan
mesyuarat ahli Jawatankuasa menunda atau membatalkan keputusan itu atas
rayuan oleh ahli tersebut.
(5) Bayaran penuh keahlian akan dipulangkan kepada ahli yang belum pernah
mengunakan barang Pakatan sahaja.

FASAL 8 MESYUARAT AGUNG


(1) Pengelolaan Pakatan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau
dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang,
hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada
suatu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa;
dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli
yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-
undang Pakatan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pakatan hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 01
haribulan Januari pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung tahunan ialah;
a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan di dalam tahun
atau penggal lalu;
b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit
bagi tahun atau penggal lalu;
c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun atau
penggal yang akan datang; dan

4
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat


itu.
(4) Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya
tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda
mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-
kira Pakatan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga
hendaklah dihebahkan di papan notis untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat
tempat urusan Pakatan.
(5) Mesyuarat Agung Khas bagi Pakatan ini boleh diadakan:
a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh di dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan
oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8) Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat
Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah
jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-
ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf
peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas
dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Ahli Jawatankuasa hendaklah
dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan;
a) Seorang Pengerusi;
b) Seorang Timbalan Pengerusi;
c) Seorang Setiausaha;
d) Seorang Penolong Setiausaha (portfolio Mesyuarat);
e) Seorang Bendahari;
f) Seorang Penolong Bendahari (portfolio Khairat Kematian);
g) Sepuluh (10) orang Ahli Jawatankuasa dengan sekurang-kurangnya empat
(4) orang dari Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA) Type C;
h) Sepuluh (10) orang Ketua Lorong.
(2) Pemilihan hendaklah diadakan pada setiap penggal atau satu (1) tahun sekali, atau
jika majoriti ahli berkehendakkan untuk tidak perlu diadakan pemilihan pada
penggal itu, maka pada penggal yang berikutnya adalah wajib untuk dilaksanakan

5
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

pemilihan Jawatankuasa.
(3) Jika Pengerusi meletak jawatan pada sesuatu penggal itu maka satu pemilihan
Jawatankuasa hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan itu atau
Mesyuarat Agung Khas yang dikelola oleh Jawatankuasa.
(4) Pemegang-pemegang jawatan dalam Pakatan ini dan tiap-tiap Ahli Jawatankuasa
yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pakatan ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia berumur 20 tahun ke atas, beragama Islam, dan menetap
secara konsisten di Taman Tiara Perdana.
(5) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
(6) Pengerusi berhak untuk memilih Ahli Jawatankuasa dari kalangan ahli yang
difikirkannya mampu untuk memikul tugas, sekiranya mendapat persetujuan
majoriti ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(7) Ahli yang tidak hadir sewaktu pemilihan tidak boleh dicadang dan dicalonkan
melainkan dengan mendapat lantikan khas dari Pengerusi dan hendaklah ahli itu
kemudiannya bersetuju dengan sukarela untuk perlantikan itu.
(8) Setiausaha hendaklah menyediakan Surat Cara Perlantikan bagi semua jawatan
yang dilantik tujuh (7) hari dari pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan.
(9) Semua Ahli Jawatankuasa boleh dilantik semula untuk dua (2) penggal sekali gus,
tetapi tidak boleh tiga (3) penggal sekali gus, melainkan jika;
a) tiada calon lain yang mendapat mandat dari majoriti ahli; dan/atau
b) majoriti ahli mengundi dan membuat keputusan untuk mengekalkan
jawatan tersebut kepada penyandang asal.
(10) Fungsi Jawatankuasa ialah;
a) mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pakatan;
b) membuat keputusan atas perkara-perkara yang dirancang;
c) mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung;
d) mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung;
e) mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(11) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 (tiga)
bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli
3 (tiga) hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang
daripada 3 (tiga) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
sepertiga (1/3) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(12) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.
Syarat-syarat seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum datangnya
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima;
a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

6
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah


menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu;dan.
c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
d) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
(13) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3)
kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
(14) Jika seorang ahli Jawatankuasa meningggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil utuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada
atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(15) Pengerusi boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Ahli-ahli Jawatankuasa
lain untuk menjalankan urusan Pakatan, dan melantik pengurusan dan kakitangan
yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang ketua projek atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang,
tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-
sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pakatan.
(16) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa dengan
mendapat persetujuan dari Pengerusi.
(17) Setiausaha hendaklah mempamerkan laporan minit mesyuarat atau acara yang
telah disemak oleh Pengerusi, di papan notis di Dewan Serbaguna tujuh (7) hari
dari tamatnya sesuatu mesyuarat atau acara yang dianjurkan Pakatan.

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PETUGAS


(1) Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia
menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah
menandatangani semua cek Pakatan bersama-sama dengan Setiausaha dan
Bendahari.
(2) Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pakatan mengikut undang-
undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan
Jawatankuasa. Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir
seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama
dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam
mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan

7
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.


(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pakatan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua
cek Pakatan dengan Pengerusi dan Setiausaha.
(6) Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari. Tugas dan Portfolio berkaitan
Khairat Kematian hendaklah diuruskan mengikut terma dan peraturan khas yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Khas mengenainya.
(7) Ahli-ahli Jawatankuasa dan Ketua Lorong hendaklah membantu Jawatankuasa
dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang
Pakatan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Pakatan, termasuklah belanja pentadbiran, dan perbelanjaan Ahli
Jawatankuasa dan kakitangan yang diberikan elaun serta upah memeriksa kira-
kira.
(2) Bendahari pada sesuatu masa dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih
daripada RM 100.00 (Ringgit : Satu Ratus sahaja). Wang yang lebih daripada
jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank (sekiranya ada) yang diluluskan
oleh Jawatankuasa
(3) Segala cek, resit pembelian atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira
Pakatan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah
Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pakatan.
(4) Perbelanjaan melebihi RM 100.00 (Ringgit: Seratus sahaja) bagi sesuatu masa
boleh dibayar dengan diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa.
(5) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit: Seribu sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh
Mesyuarat Agung Khas.
(6) Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-
kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera
setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu
hendaklah dikemukan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat
urusan Pakatan.
(7) Tahun kewangan Pakatan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb
Disember tiap-tiap tahun. Jika tiada laporan kewangan dari 1hb Januari
disebabkan oleh peralihan kuasa yang baharu pada pertengahan tahun, maka tarikh
tahun kewangan hendaklah bermula dari tarikh hari pertama Jawankuasa baharu
dibentuk dan berakhir pada 31hb Disember pada tahun pembentukan
Jawatankuasa itu. Satu laporan kewangan dari pentadbiran Pakatan yang terdahulu

8
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

perlu dikepilkan bersama.


(8) Bagi menjana kelangsungan tabung Pakatan, Jawatankuasa hendaklah menentukan
kaedah yang efisien untuk menambah tabungan sama ada melalui suntikan dana
dari pihak luar atau dengan cara perniagaan halal yang dilaksanakan bersama oleh
Jawatankuasa /Ahli Pakatan.

FASAL 12 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA


(1) Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa boleh dilantik oleh Pengerusi di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemeriksa Kira-kira. Mereka akan
memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
(2) Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pakatan bagi dua
tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira
Pakatan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 13 PEMEGANG AMANAH


(1) Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah
dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang
dikehendaki oleh Pakatan. Semua harta tetap kepunyaan Pakatan akan
diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed
of Trust).
(2) Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan
hakmilik harta kepunyaan Pakatan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa
yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pakatan.
(3) Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh
Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada
didalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak menjalankan
tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan.

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG


(1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar yang telah dibuat dalam
Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad
jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang berkepentingan,
berautoriti, berkredibiliti, dan yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pakatan
ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara
bertulis.

FASAL 16 LARANGAN

9
Draft UNDANG-UNDANG BAGI PAKATAN PENDUDUK TAMAN TIARA PERDANA

(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam kawasan
Pakatan: perjudian, semua bentuk permainan dadu, banker’s game dan semua
permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
(2) Pakatan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di
dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja,
1959;
(3) Pakatan dan ahli dalam Pakatan ini tidak boleh menyebarkan ajaran sesat, fahaman
keganasan dan perkara yang melanggar Perlembagaan Malaysia sama ada
dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pakatan atau Ahli Jawatankuasa
atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
(4) Kenderaaan orang luar, lori, bas atau apa-apa jua kenderaan berat dilarang sama
sekali meletak kenderaan di dalam kawasan ini.
(5) Sebarang bentuk yang boleh membawa kepada kegiatan yang tidak bermoral
seperti penagihan dadah, mabuk, maksiat, judi, merempit, kacau ganggu dan yang
ada kait dengan gejala tidak bermoral adalah dilarang sama sekali di dalam
kawasan ini
(6) Warga asing tidak dibenarkan mengajurkan apa-apa jua majlis keraian didalam
unit kediaman atau di dalam kawasan Pakatan.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG


(1) Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-
undang hendaklah dimajukan dalam Mesyuarat Agung dan mendapat undian
majoriti seperdua (1/2) dari jumlah kehadiran.

FASAL 18 PEMBUBARAN
(1) Pakatan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu
Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pakatan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala
hutang dan tanggungan Pakatan yang sah mengikut undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

Draft Undang-undang Pakatan Penduduk Taman Tiara Perdana disediakan oleh;

Setiausaha,
Iskandar bin Kamari
Tarikh; ________________

[Undang-undang ini mengandungi 10 halaman bercetak].

10

You might also like