You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK


SEMENYIH PARKLANDS (BERANANG)

Tarikh 22 Mei 2016

Masa 10.00 Pagi


"Lecturer Theatre 2" (LT2)
Tempat
Kolej Profesional MARA
Lot 2333 Jalan Kajang/ Seremban
43700 Beranang
Selangor
Kehadiran 77 orang ahli seperti di Lampiran 1

1. Ucapan Aluan Pengerusi Pro Tem Persatuan

1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-ngalukan kehadiran


semua ahli mesyuarat.

1.2. Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk


atas sokongan yang telah diberikan dalam menggerakkan persatuan
khususnya dalam menjayakan mesyuarat agung pertama ini.

1.3. Beliau menegaskan bahawa antara isu atau permasalahan utama yang
perlu ditangani dalam mewujudkan sebuah persatuan penduduk yang
bersatu padu dan berkesan adalah penyelarasan saluran komunikasi
yang berkesan dan sokongan sepenuhnya penduduk terhadap
persatuan.

1.4. Lanjutan itu, bagi memastikan komunikasi antara persatuan dan


penduduk dapat dibuat dengan lebih berkesan, beliau memaklumkan
bahawa Jawatankuasa Pro Tem Persatuan akan menyediakan perkara-
perkara berikut:

1.4.1. Papan notis pengumuman atau informasi persatuan dan surau;

1.4.2. Pewujudan “Facebook” baru persatuan;

1.4.3. Pewujudan akaun telegram rasmi baru persatuan bagi


menyatukan semua penduduk menggunakan nombor telefon
rasmi persatuan; dan

1.4.4. Pewujudan aplikasi “mobile” persatuan.

Makluman

1
2. Pembentangan Kedudukan Semasa Persatuan

2.1. Seterusnya Setiausaha Pro Tem Persatuan telah membentangkan


status semasa persatuan.

2.2. Pembentangan dimulakan dengan penerangan berhubung kepentingan


persatuan penduduk dalam sesebuah komuniti iaitu untuk:

2.2.1. Menyelaraskan aktiviti demi kebaikan komuniti seperti aktiviti


kesukanan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya;

2.2.2. Menyelaraskan urusan antara komuniti dan Pihak Berkuasa


Tempatan (PBT), seperti membangkitkan permasalahan
penduduk, menyelaraskan permohonan pewujudan “Guarded
Community” dan sebagainya;

2.2.3. Menguruskan perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan


komuniti; dan

2.2.4. Menguruskan hal ehwal kebajikan penduduk seperti urusan


kematian, bantuan apabila penganjuran kenduri dan sebagainya.

Makluman

2.3. Mesyuarat dimaklumkan bahawa berikut adalah status semasa


persatuan iaitu:

2.3.1. Pendaftaran persatuan dengan Jabatan Pendaftaran


Pertubuhan telah diselesaikan pada 7 Mac 2016 selaras dengan
keputusan mesyuarat penubuhan persatuan pada 21 Februari
2016;

2.3.2. Akaun Bank persatuan telah dibuka di Maybank Cawangan KL


Sentral, Kuala Lumpur. Lokasi bank tersebut dipilih kerana ianya
mudah untuk dikunjungi oleh Bendahari persatuan;

2.3.3. Pendaftaran ahli persatuan telah dilaksanakan. Sehingga ke


tarikh mesyuarat, terdapat 68 orang penduduk telah mendaftar
sebagai ahli persatuan dan bayaran yang telah diterima secara
kasarnya adalah berjumlah RM400.00 ringgit;

2.3.4. Platform media sosial/ saluran komunikasi persatuan yang


baru sedang diwujudkan iaitu:

a. “Group” Facebook rasmi baru persatuan: Persatuan


Penduduk Semenyih Parklands (Beranang)

b. “Group” Telegram rasmi baru persatuan: PPSPB


Official;

2
c. Aplikasi “mobile” persatuan: Membolehkan akses
komuniti terhadap maklumat-maklumat penting berkaitan
taman dan persatuan.

d. Laman web rasmi persatuan


www.semenyihparklandsberanang.org.my: Membolehkan
akses komuniti terhadap maklumat-maklumat penting
berkaitan taman dan persatuan di samping merekodkan
pembayaran ahli.
Makluman

2.3.5. Berikut adalah perincian kos perbelanjaan yang telah


disumbangkan secara bersama oleh Jawatankuasa (J/K) Pro
Tem Persatuan:

Makluman

2.3.6. Mesyuarat dimaklumkan bahawa kos kutipan RM10.00 dari


setiap ahli bagi tujuan mesyuarat yang secara kasarnya
berjumlah RM400.00 (telah diterima sehingga tarikh Mesyuarat
Agung) akan digunakan untuk menampung perbelanjaan jamuan
makan/ minum mesyuarat. Baki dari sumbangan tersebut
(sekiranya ada) akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan
persatuan.
Makluman

3. Pembentangan Mengenai Hala Tuju Persatuan

3.1. Setiausaha Pro Tem seterusnya meneruskan pembentangan mengenai


hala tuju persatuan berdasarkan perspektif dari J/K Pro Tem.

3
Berdasarkan anggaran J/K Pro Tem, kos operasi tahunan persatuan
adalah seperti di jadual berikut.

Makluman

3.2. Berdasarkan perincian di jadual tersebut, kos operasi tahunan


persatuan dianggarkan berjumlah RM6,040.00. Walaubagaimanapun
hanya penganjuran Mesyuarat Agung adalah mandatori dan wajib
dilaksanakan persatuan. Lain-lain kos seperti kos dokumentasi,
aplikasi, “website” dan kebajikan adalah optional (pilihan) tetapi
sekiranya dilaksanakan akan memudahkan pengurusan persatuan dan
memberikan manfaat yang besar kepada penduduk.
Makluman

3.3. Berdasarkan anggaran di jadual tersebut dengan anggapan bahawa 300


penduduk akan komited untuk membuat bayaran, anggaran kos yang
perlu dibayar penduduk untuk menanggung operasi tahunan persatuan
adalah RM20.00. Anggaran ini dijadikan asas untuk diusulkan sebagai
kadar yuran tahunan persatuan dalam sesi berikutnya.
Makluman

3.4. Mesyuarat seterusnya mengambil maklum bahawa berikut adalah


antara perancangan masa hadapan yang perlu diberikan perhatian
oleh Persatuan Penduduk iaitu:

3.4.1. Penyatuan saluran/ medium komunikasi iaitu dengan


mewujudkan akaun Facebook dan Telegram rasmi baru
persatuan sebagaimana dijelaskan pada perkara terdahulu;

3.4.2. Perkhidmatan kawalan keselamatan di laluan masuk dan


rondaan sekitar kawasan taman yang diuruskan sendiri oleh
persatuan penduduk setelah tempoh kontrak kawalan

4
keselamatan di bawah pemaju tamat (dijangka pada September
2017):

a. Perkhidmatan tersebut melibatkan 2 syif kawalan


keselamatan dengan dua (2) pengawal keselamatan bagi
setiap syif dan seorang (1) penyelia pada setiap hari.

b. Anggaran kasar kos gaji pekerja yang terlibat adalah


berjumlah RM6,500.00 sebulan (RM1,250.00 sebulan bagi
pengawal dan RM1,500.00 bagi penyelia).

c. Dengan mengambilkira margin keuntungan syarikat


kawalan keselamatan dan kos-kos lain yang perlu
ditanggung, dianggarkan kos sebenar perkhidmatan
tersebut adalah sekitar RM10,000.00 sebulan. Anggaran
tersebut juga adalah selaras dengan sebut harga yang
diterima dari satu syarikat kawalan keselamatan.

3.4.3. Penyediaan “boom gate”/ palang keselamatan di laluan


masuk ke taman;

a. Disediakan menggunakan konsep sewaan/ sewa beli;

b. Tertakluk kepada persetujuan 75% penduduk taman dan


kelulusan dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ); dan

c. Anggaran kasar kos sewaan bulanan per laluan


RM500.00, maka bagi dua (2) laluan masuk ke taman,
anggaran kos sewaan bulanan keseluruhan RM1,000.00
per bulan.

3.4.4. Penjanaan pendapatan tambahan kepada persatuan di


samping bergantung kepada sumbangan kewangan penduduk
iaitu:

a. Mewujudkan tapak sewaan perniagaan seperti pasar tani,


pasar malam dan sebagainya di kawasan kejiranan
tertakluk kelulusan MPKJ dan penduduk.

b. Mendapatkan sumbangan/ tajaan dari pihak luar seperti


Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-
ahli politik dan sebagainya.

Makluman

4. Kedudukan Ringkas Kewangan Persatuan

4.1. Bendahari memaklumkan bahawa sehingga tarikh mesyuarat jumlah


dana persatuan secara kasarnya adalah berjumlah RM1,050.00 di mana

5
RM500.00 adalah duit pendahuluan pembukaan akaun oleh Pengerusi
Pro Tem manakala RM150.00 sumbangan J/K Pro Tem persatuan dan
selebihnya kutipan RM10.00 dari setiap ahli bagi tujuan mesyuarat
agung. Jumlah ini masih belum ditolak dengan sebarang perbelanjaan
yang telah dibuat persatuan. Perincian perbelanjaan tahunan akan
dilaporkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang seterusnya.
Makluman

5. Pembentangan Usul Mesyuarat

5.1. Berikut adalah usul-usul yang telah dipersetujui oleh majoriti ahli
mesyuarat:

5.1.1. Pindaan perlembagaan iaitu pewujudan jawatan Ketua Fasa


menggantikan AJK (AJK Fasa). Ketua Fasa adalah
bertanggungjawab untuk mewakili fasa masing-masing dalam
menyuarakan isu/ permasalahan penduduk dan juga sebagai
pegawai perhubungan antara persatuan dan penduduk di fasa
masing-masing. Walaubagaimanapun segala urusan surat
menyurat dan kewangan persatuan hendaklah melalui
pengurusan tertinggi persatuan sebagaimana termaktub dalam
perlembagaan persatuan.

5.1.2. Pindaan perlembagaan berhubung Pewujudan Ketua Biro


bagi menyelaraskan hal ehwal berkaitan penduduk iaitu:

a. Biro Sukan. Biro ini bertanggungjawab menyelaraskan


aktiviti sukan di peringkat komuniti.

b. Biro Keselamatan. Biro ini bertanggungjawab untuk


menyelaraskan sebarang isu/ permasalahan atau aktiviti
melibatkan keselamatan kawasan komuniti.

c. Biro Kebersihan. Biro ini bertanggungjawab untuk


menyelaraskan sebarang isu/ permasalahan atau aktiviti
melibatkan kebersihan kawasan komuniti.

d. Biro Kebajikan. Biro ini bertanggungjawab untuk


membantu persatuan menyelaraskan hal ehwal kebajikan
penduduk misalnya menguruskan dan menyalurkan
kutipan sumbangan kepada penduduk yang mengalami
musibah, kematian dan sebagainya.

e. Biro Informasi dan Aduan (3 orang mewakili kaum Melayu


(dan lain-lain kaum), Cina dan India masing-masing). Biro
ini bertanggungjawab untuk menyampaikan informasi dan
menyelaraskan aduan yang diterima dari penduduk. Di
samping itu biro ini juga bertanggungjawab untuk menjadi

6
pengantara bagi persatuan dan penduduk dari kalangan
kaum-kaum yang diwakili masing-masing.

f. Biro Wanita. Biro ini bertanggungjawab untuk


menyelaraskan aduan dan informasi di kalangan
penduduk wanita.

5.1.3. Penetapan Yuran Tahunan dan Yuran Bulanan Persatuan


Penduduk

a. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dengan kadar yuran


tahunan persatuan iaitu RM20.00 dengan
mengambilkira kos operasi tahunan persatuan
sebagaimana yang telah dibentangkan terdahulu (perkara
3). Yuran ini akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai
Januari 2017. Bagi penduduk yang telah membayar
RM10.00 untuk mesyuarat agung ini, hanya perlu
membayar tambahan RM10.00 (jumlah keseluruhan
RM20) bagi tujuan yuran tersebut.

b. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dengan kadar yuran


bulanan persatuan iaitu RM50.00 iaitu bagi menampung
kos perkhidmatan kawalan keselamatan dan “boom gate”
dengan mengambilkira anggaran kos sebagaimana yang
dibentangkan terdahulu (perkara 3). Yuran ini akan
berkuatkuasa sepenuhnya mulai Januari 2017. Operasi
perkhidmatan kawalan keselamatan dan “boom gate”
dijangka akan hanya dimulakan pada Ogos/ September
2017. Pembayaran yuran dibuat pada Januari bagi
memastikan persatuan mempunyai lebihan dana yang
mencukupi sebagai “buffer” untuk membayar kos
perkhidmatan tersebut apabila ianya mula dilaksanakan
pada Ogos/ September 2017 sekiranya berlaku masalah
pembayaran di kalangan penduduk.

5.1.4. Had Tempoh Menyandang Jawatan Persatuan

a. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju supaya had


menyandang jawatan persatuan dihadkan bagi
seseorang individu hanya selama 3 tahun berturut-
turut sahaja. Selepas tempoh 3 tahun berturutan,
seseorang individu tidak dibenarkan menyandang jawatan
yang sama dan individu lain hendaklah dicalonkan sebagai
pengganti.

5.1.5. Penutupan Jalan Parklands 8 Secara Berjadual/ Berkala

a. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan


penutupan jalan Parklands 8 menggunakan pagar dan
pintu pagar jenis BRC seperti gambarajah di bawah.

7
b. Jalan tersebut akan dibuka hanya pada waktu puncak
ketika para penduduk keluar dan masuk ke taman seperti
waktu pergi dan balik dari kerja serta akan ditutup pada
waktu-waktu lain.

c. Permohonan persetujuan penduduk fasa 2B akan


didapatkan bagi tujuan tersebut. Pelaksanaan kawalan
penutupan jalan berkenaan juga perlu melibatkan
kerjasama dari pengawal keselamatan sedia ada.

d. Mesyuarat mengambil maklum cadangan dari Encik Mohd.


Fazli Azran untuk menutup terus simpang Jalan 8 (laluan
ke projek perumahan pangsapuri baru).
Walaubagaimanapun ianya hendaklah dirujuk oleh
Persatuan kepada pemaju untuk kelulusan sebelum
tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan.

5.1.6. Pemasangan Pagar Perimeter Di Sekeliling Taman

a. Mesyuarat mengambil maklum cadangan Encik


Kamarulzaman Husin supaya pagar perimeter dipasang
sepenuhnya di sekeliling kawasan taman untuk
keselamatan penduduk.

b. Pada masa ini terdapat kawasan yang tidak dipagarkan


dan ada juga pagar yang telah dipotong atau dibuka tanpa
kebenaran.

c. Persatuan akan meneliti kos pemasangan dan pembaikan


pagar berkenaan dan seterusnya melaporkan semula
kepada para penduduk bagi mendapatkan persetujuan
kutipan dana pemasangan/ pembaikan.

5.1.7. Pemasangan Bonggol Di Laluan Bersebelahan Taman


Permainan Fasa 2A

a. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Encik Syamsul


Hirman supaya bonggol dipasang pada laluan tersebut
untuk memperlahankan kenderaan yang melaluinya.

8
b. Persatuan akan meneliti kos pemasangan dan seterusnya
melaporkan semula kepada para penduduk bagi
mendapatkan persetujuan kutipan dana pemasangan.

5.1.8. Penyediaan “Sticker” Untuk Melabelkan Rumah Penduduk


Yang Mebayar Yuran Persatuan

a. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan En. Nur Faizal


supaya “sticker” yang khusus diwujudkan bagi melabelkan
rumah penduduk yang membayar yuran persatuan.
Melalui kaedah tersebut adalah diharapkan secara tidak
langsung akan memberikan dorongan kepada para
penduduk yang tidak membayar yuran dan menyertai
persatuan untuk berbuat demikian.

5.1.9. Penyediaan Tangga Dan Laluan Dari Fasa 2b Ke Taman


Permainan

a. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya


mewujudkan tangga dan laluan untuk kemudahan
penduduk fasa 2b menuruni ke taman permainan.
Persatuan akan meneliti kos pemasangan dan pembaikan
pagar berkenaan dan seterusnya melaporkan semula
kepada para penduduk bagi mendapatkan persetujuan
kutipan dana pembinaan.

Tindakan: Persatuan

6. Status Pembinaan Surat As-Sohabah Semenyih Parklands

6.1. Wakil Jawatankuasa Pengurusan Sementara Surau memaklumkan


secara ringkas status pembinaan surau taman. Secara ringkasnya
kelulusan pembinaan surau telah diperolehi dari pihak berkuasa yang
berkenaan iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

6.2. Tapak pembinaan surau yang asal adalah terlalu kecil iaitu seluas 0.25
ekar, maka dengan persetujuan persatuan penduduk dan kelulusan
pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS), tapak surau taman adalah merangkumi tapak
yang telah dikhususkan untuk pembinaan tabika menjadikan jumlah
keluasan keseluruhan tapak surau kepada 0.5 ekar.

6.3. Jumlah kutipan dana surat sehingga kini secara kasarnya hanya
berjumlah RM40,000.00 dalam akaun wakaf dan RM24,000.00 dalam
akaun kutipan bulanan surau (kutipan dari warga taman). Lanjutan itu,
permohonan bantuan dana tambahan bagi pembinaan surau tersebut
telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Semenyih YB. Datuk Johan bin
Abdul Aziz. Pada masa ini permohonan dana surau tersebut sedang

9
dalam perhatian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan
Perdana Menteri. Permohonan tersebut akan diluluskan mengikut
keutamaan.
Makluman

7. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tetap Persatuan 2016/ 2017

7.1.1. Jawatankuasa Pro Tem persatuan secara rasminya dibubarkan.


Seterusnya pengundian telah dilakukakan untuk melantik
Jawatankuasa tetap persatuan. Berdasarkan undian yang dibuat,
majoriti ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik
pengurusan tertinggi dan ahli jawatankuasa persatuan seperti
berikut:

Bil. JAWATAN NAMA

1) Encik Muhammad Riza bin


Pengerusi
Yaakop

2) Timbalan Pengerusi Encik Baharudin bin Harun

3) Encik Muhammad Fakhzan bin


Setiausaha
Halim

4) Encik Ragunathan A/L


Penolong Setiausaha
Kanthasamy

5) Bendahari Encik Kauj bin Salleh

6) Penolong Bendahari
(Jawatan ini merupakan jawatan Encik Hemizainal bin Abdul Hamid
tambahan/ pindaan perlembagaan
perlu dibuat sewajarnya)

7) Ketua Fasa 1A Encik Khairul Safari bin Abu Bakar

8) Encik Adi Akmal bin Nasrul


Ketua Fasa 1B
Hisham

9) Ketua Fasa 2A Encik Mohd Nur Faizal bin Jaafar

10) Ketua Fasa 2B Encik Salim bin Mohamad Ali

11) Ketua Biro Sukan Encik Abdul Karim bin Jaafar

12) Ketua Biro Keselamatan Encik Yuzaimi bin Yusof

13) Ketua Biro Kebajikan Encik Kamarul Zaman bin Husin

10
Bil. JAWATAN NAMA

14) Ketua Biro Kebersihan Encik Mohd Fazri bin Abd Latif

15) Ketua Biro Informasi/ Aduan 1


Encik Mohd. Syukri bin Sulaiman
(Kaum Melayu)

16) Ketua Biro Informasi/ Aduan 2


Encik Simon Tan Wan Chong
(Kaum Cina)

17) Ketua Biro Informasi/ Aduan 3


Encik Singaravelu A/L Sinapan
(Kaum India)

Makluman

8. Penangguhan Mesyuarat

8.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh:

Encik Muhammad Fakhzan bin Halim


(Setiausaha)

11

You might also like