You are on page 1of 18

LAPORAN

TAHUNAN
2023

P9 BLU RESIDENCES
SETIA ECOHILL 2
MAKLUMAT ASAS PERSATUAN
Antara objektif kami ialah:

Melaksanakan tanggungjawab
Persatuan Penduduk untuk
memelihara aspek keselamatan ahli
persatuan, iaitu penghuni-penghuni
di P9 Blu Residences.
Memupuk semangat gotong royong
dan sikap tolong menolong diantara
penduduk dalam soal kebajikan dan
keharmonian penduduk taman.
Mempertingkatkan kesedaran di
kalangan penduduk tentang
Persatuan Penduduk P9 Blu pentingnya peranan mereka dalam
Residences telah ditubuhkan secara mencegah kegiatan tidak sihat
rasmi dan diluluskan pada 3 Oktober seperti jenayah, serta memupuk
2023 dengan kerjasama Jabatan sifat-sifat tanggungjawab di
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kalangan mereka.
(JPPM) bermatlamat untuk Menjadi perantara di antara
melindungi kepentingan penduduk penduduk dengan pemaju dan
mengenai sebarang bentuk harta pihak berkuasa mengenai masalah
benda persendirian dan kegunaan penduduk.
bersama di kawasan kediaman dan Mewujudkan perpaduan di antara
mewujudkan komuniti yang penduduk yang terdiri daripada
bersefahaman, hormat-menghormati, pelbagai kaum, agama dan bangsa.
harmoni dan aman damai di kalangan Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang
penduduk kawasan kediaman. berasaskan kebajikan, kesukanan
Nombor Pendaftaran Persatuan: dan keselamatan untuk penduduk
PPM-023-10-03102023 setempat.

Laporan Tahunan 2023


2
SURAT KELULUSAN JPPM

Laporan Tahunan 2023


3
SIJIL KELULUSAN
PERMOHONAN INDUK

Laporan Tahunan 2023


4
KETERANGAN LOGO

Warna biru melambangkan keharmonian dan


kebahagiaan yang wujud di komuniti P9BR.

Rumah melambangkan tempat tinggal / kawasan


kediaman bagi penduduk komuniti P9BR.

Orang dengan pelbagai warna melambangkan perpaduan


di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum,
agama dan bangsa.

Laporan Tahunan 2023


5
VISI & MISI

Visi

Menjadikan sebuah Persatuan


Penduduk yang dapat membina
jalinan keharmonian dan
kesejahteraan penduduk
bermasyarakat yang progresif

Misi
Bersatu untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan taman
untuk kehidupan selesa
Meningkatkan tahap keyakinan komuniti P9 Blu Residences terhadap
usaha Persatuan Penduduk dalam aspek memelihara keselamatan
komuniti
Memupuk semangat kejiranan, budaya tanggungjawab sosial dan
tanggungjawab bersama antara komuniti dalam mencapai langkah
pencegahan jenayah yang efektif
Menjalin hubungan yang baik dengan komuniti P9 melalui program yang
boleh mendekati komuniti secara dekat

Laporan Tahunan 2023


6
RA COMMITTEE (2023)

MOHD ROZAIDY RIDZUAN


Pengerusi

MUHAMMAD KHAIRUL AHMAD


Timbalan Pengerusi

GOPINATH MURUTI
Setiausaha

MAWARDEE BIN YUSOFF


Penolong Setiausaha

MOHD RIDZWAN BIN RAMLI


Bendahari

SARMA RAO A/L KANNIAH


Ahli Jawatankuasa

ZAIN AZRAI BIN SHAMSHUDDIN


Ahli Jawatankuasa

Laporan Tahunan 2023


7
RA COMMITTEE (2023)
MOHAMMAD KAMAL
MOHD IZHAR
Ahli Jawatankuasa

MOHD FARIZ B AB MALIK


Ahli Jawatankuasa

MOHD TAUFIK BIN MOHD IDROS


Ahli Jawatankuasa

MOHD RAZIFF B. MOHAMAD


ZULKIFLI
Ahli Jawatankuasa

SHARUL AZLI B ALANG TAJUDDIN


Ahli Jawatankuasa
MOHD ROZAIDY RIDZUAN

MOHAMED FIKRI BIN OTHMAN


Ahli Jawatankuasa

MOHD AIZUDDIN HAZIM B ANIS


Ahli Jawatankuasa
MOHD ROZAIDY RIDZUAN

SITI RAIHANA BINTI MOHD NOOR


Ahli Jawatankuasa

Laporan Tahunan 2023


8
TINJAUAN TAHUN 2023

Mesyuarat Persatuan Penduduk Bersama SP Setia


(Dec 2023)

Pada 23 Disember 2023, satu


mesyuarat diadakan antara
Persatuan Penduduk bersama
dengan wakil Setia, Puan Zurina.

Antara isu yang diketengahkan


dalam mesyuarat ialah:

Perkembangan pembinaan
pondok pengawal
Masalah anjing liar
Lampu gelanggang futsal dan
bola keranjang
Aduan defect (Defects inquiry)
Bonggol jalan dan papan
tanda
Isu jalan berlopak dan lampu
jalan
Urusan ubah suai rumah

Laporan Tahunan 2023


9
TINJAUAN TAHUN 2023
1. Perkembangan pembinaan pondok pengawal

[1.1] Persatuan perlu mendapatkan 100% persetujuan (consent) daripada


penduduk untuk membina palang auto atau 75% persetujuan untuk palang
manual. Tanpa minima 75%, permohonan pondok pengawal tidak boleh dibuat.

[1.2] Persatuan perlu mendapat kelulusan MPKj untuk “Guarded Housing


Scheme” selepas selesai proses [1.1]

[1.3] Setia dengan kerjasama Persatuan Penduduk akan membuat satu Surat
Akujanji untuk permohonan TOL (Permohonan Lesen Pendudukan Sementara)
kepada Pejabat Tanah Selangor

[1.4] Permohonan membina Guard House perlu dibuat bersama oleh Setia dan
Persatuan Penduduk untuk mendapatkan kelulusan MPKj.

[1.5] Sekiranya semua proses di atas berjalan lancar, pembinaan paling awal
dijangka akan bermula pada akhir Disember 2024

Segala kos akan ditanggung oleh Setia

Laporan Tahunan 2023


10
TINJAUAN TAHUN 2023
2. Masalah Anjing Liar

[2.1] Persatuan Penduduk telah memaklumkan kepada Setia bahawa masalah


anjing liar telah berjaya diselesaikan setakat 23/12/2023 dengan kerjasama dan
penyumbang dana dari penduduk dan dari luar yang memakan belanja
sebanyak RM 4,280.00

[2.2] Walau bagaimanapun, masalah ini


boleh kembali semula sekiranya terdapat
ruang diantara pagar sekitar P9BR yang
membolehkan anjing liar dari luar terutama
dari kawasan kilang berhampiran untuk
masuk ke dalam kawasan residen.

[2.3] Persatuan Penduduk telah memohon


kerjasama Setia untuk mengambil tindakan
sewajarnya untuk menutup ruang-ruang
tersebut secepat mungkin atau usaha
penduduk sebelum ini akan menjadi sia-sia.
Setia bersetuju untuk beri keutamaan
paling tinggi (top priority) untuk menangani isi
ini.

[2.4] Site visit akan dibuat pada 15/01/2024 yang disertai oleh wakil Persatuan
Penduduk dan wakil Setia dari Jabatan CRD, Technical dan Landscape.

Laporan Tahunan 2023


11
TINJAUAN TAHUN 2023
3. Lampu Gelanggang Futsal Dan Bola Keranjang

[3.1] Persatuan Penduduk telah kemukakan permohonan untuk Setia sediakan


infra bagi kedua-dua court tersebut

[3.2] Pihak CRD Setia bersetuju dengan permohonan tersebut.


Walaubagaimanapun, tertakluk kepada pihak pengurusan tertinggi Setia.

Setia akan maklumkan semula paling awal pada 31/01/2024

4. Aduan Defect (Defects Inquiry)

[4.1] CRD Setia maklumkan, segala aduan ‘Defect’ perlu dibuat secara individu
dari Home Owner dan TIDAK BOLEH melaui Persatuan

[4.2] Masalah anai-anai tidak termasuk dalam Warranty Setia.


Walaubagaimanapun, pemilik rumah masih boleh laporkan kepada Setia untuk
mereka aturkan dengan Main Contractor.

[4.3] DLP Warranty bagi fasa Aronia dipanjangkan sehingga 28/12/2024 (2+1)

Laporan Tahunan 2023


12
TINJAUAN TAHUN 2023
5. Bonggol Jalan Dan Papan Tanda

[5.1] Persatuan Penduduk telah memaklumkan berkenaan isu penduduk yang


memandu kenderaan dengan kelajuan berbahaya

[5.2] Persatuan memohon agar Setia membina bonggol jalan (Speed hump) dan
papan tanda speed limit / amaran dibeberapa tempat yang bersesuaian.

[5.3] Tindakan akan diambil setelah Persatuan menyenaraikan lokasi yang


dicadangkan, tertakluk kepada kelulusan Pihak Pengurusan tertinggi Setia dan
MPKj

6. Isu Jalan Berlopak Dan Lampu Jalan

[6.1] Perstuan telah memaklumkan kepada Setia berkenaan dengan keadaan


jalan berlubang di lingkaran setia ecohill 2

[6.2] Setia telah ambil maklum isu ini dan dipanjangkan kepada Team Teknikal
Setia

[6.3] Pada 28/12/2023, penutupan jalan telah dibuat untuk kerja baikpulih yang
akan mengambil masa dalam masa 4 bulan

[6.4] Setia juga memaklumkan kepada Persatuan dimana lampu jalan di fasa
Aronia dan Barrus telah diserahkan kepada MPKj. Oleh itu, sebarang aduan
boleh dibuat terus oleh owner melalui e-aduan MPKj.

Laporan Tahunan 2023


13
TINJAUAN TAHUN 2023

Operasi Menangkap Anjing Liar Dalam Kawasan Residen

Dengan kerjasama penduduk dan


agensi NGO yang dilantik, kita telah
menjalankan operasi menangkap
anjing liar dalam kawasan residen
pada 23 December 2023 dan
menelan belanja berjumlah RM
4,280.00 hasil dari kutipan dana
penduduk yang menyumbang.

Tindakan

Wakil persatuan telah memohon


kerjasama Setia untuk mengambil
tindakan sewajarnya dengan
menutup ruang diantara pagar
sekitar P9BR agar anjing liar dari luar
terutama dari kawasan kilang
berhampiran tidak dapat masuk
melalui pagar tersebut.

Laporan Tahunan 2023


14
SUKAN DAN REKREASI

Menambah baik fasiliti futsal

Inisiatif ahli sukan dan rekreasi untuk


menambah baik fasiliti untuk aktiviti
futsal dengan membuat kutipan dana
dari ahli yang menyumbang, telah
dapat membeli:

4 buah lampu solar


2 biji bola futsal
13 helai bip

Kerjasama dari ahli sukan yang


menyumbang dan membantu
mengharmonikan kawasan P9BR

Laporan Tahunan 2023


15
SUKAN DAN REKREASI

Aktiviti BBQ 2023

Pada 10 November 2023, grup


sukan dan rekreasi P9BR telah
mengadakan jamuan makan BBQ di
perkarangan gazebo basket ball
court.
Tujuan aktiviti ini untuk mengenal
dan beramah mesra sesama jiran
tetangga.

Acara BBQ potluck ini telah


mendapat sambutan yang baik dan
ahli sukan dan rekreasi merancang
untuk mengadakan satu lagi acara
jamuan makan bersama seluruh
penduduk P9BR pada masa akan
datang.

Laporan Tahunan 2023


16
BAHAGIAN KEWANGAN

Tiada penyata akaun bagi Laporan Tahunan 2023 bagi bahagian kewangan.

Justeru, dimaklumkan Fasal 6 dalam Perlembagaan Pertubuhan iaitu sumber


kewangan.

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk:
RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja)

2. Yuran tahunan:
RM 60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Sahaja)

3. Sumbangan:
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang
dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi:
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti
menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta
lain-lain kegiatan ekonomi.

Laporan Tahunan 2023


17
RINGKASAN LAPORAN

Kami bagi pihak Persatuan Penduduk P9 Blu Residences, dengan sukacitanya


membentangkan Laporan Tahunan bagi tahun berakhir 2023.

Sesuai dengan kehendak Akta Pertubuhan 1996 dan peraturan-peraturan


yang diperbuat dibawahnya, kami pihak persatuan melaporkan bahawa:

Hasil kendalian pertubuhan untuk tahun berakhir 2023 tidak terlibat


dengan apa-apa perkara yang luar biasa mengikut tarif Seksyen 41
(bahagian 3).

Persatuan tidak memperuntukkan sebarang perbelanjaan kerana badan


persatuan baru sahaja beroperasi.

Kami bagi pihak persatuan, mengaku bahawa tiada perkara di dalam


pengetahuan kami yang tidak dinyatakan.

Laporan Tahunan 2023


18

You might also like