You are on page 1of 3

MINIIT MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA

MISI KORBAN KANOWIT

TARIKH : 24 Ogos 2020


HARI : Isnin
MASA : 8.30 malam
TEMPAT : Surau Darul Iman, Taman Muhibbah, Kanowit
KEHADIRAN : Seperti dalam lampiran kehadiran

Bil. Perkara
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Sementara Mesyuarat

1.1 Pengerusi Sementara mengucapkan selamat datang kepada semua peserta Misi Korban
Kanowit yang hadir pada mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi Sementara menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
menubuhkan Jawatankuasa Misi Korban Kanowit.
1.3 Beliau berharap Jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan amanah
dan bertanggungjawab bagi melancarkan urusan Misi Korban Kanowit.

2. Penubuhan Ahli Jawatankuasa

2.1 Hasil perbincangan, satu jawatankuasa Misi Korban Kanowit telah ditubuhkan iaitu:

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Abang Haronizan bin Abang Othman
Naib Pengerusi : Haji Yusoff bin Ahmad
Setiausaha : Sulaiman bin Haji Hassan
Naib Setiausaha : Mohd Syahrul Zaman bin Zakaria
Bendahari : Nik Mansor bin Nik Men

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Zacharia bin Abang Hamdan Mohd Amirul Haris bin Abdullah
Hanis bin Abdul Mutalib Kartinah binti Mohd Dai
Azman bin Mohammad Maimunah binti Abdullah
Faudzan bin Derahman Karyah Ezwan bin Karim
Abang Shahrizin Hairil bin Abang Ali Muhammad Irwan Affendy bin Suharsono
Abang Juraimie Abento bin Abang Adni

2.2 Penubuhan Jawatankuasa ini telah dipersetujui oleh semua peserta yang hadir.
2.3 Pengerusi Sementara menyerahkan mesyuarat kepada Pengerusi Misi Korban Kanowit
yang telah dilantik.
3. Penubuhan dan Pembukaan Akaun Jawatankuasa Induk

3.1 Mesyuarat bersetuju untuk membuka akaun atas nama “MISI KORBAN KANOWIT”
bagi urusan simpanan kutipan korban semua peserta.
3.2 Mesyuarat turut bersetuju, syarat bagi pengelolaan akaun tersebut akan diuruskan oleh
3 orang penama dengan sebarang urusan perlu ditandatangani oleh sekurang-
kurangnya 2/3 daripada penama berikut :
Haji Yusoff bin Ahmad 640909-13-6045 (Naib Pengerusi)
Sulaiman bin Haji Hassan 641226-71-5413 (Setiausaha)
Nik Mansor bin Nik Men 840819-11-5757 (Bendahari)

4. Perancangan Aktiviti

4.1 Pelan perancangan aktiviti Misi Korban Kanowit adalah seperti berikut :
Bil. Perkara Tempoh Tindakan
1 Mesyuarat Penubuhan Bulan Pertama Semua Peserta
Jawatankuasa
2 Kutipan Ansuran Wang Bulan Ke2 hingga Semua Peserta,
Korban Bulan Ke11 Bendahari
3 Mesyuarat Berkala AJK Bulan Ke5 dan AJK Induk dan AJK
Bulan Ke10 Pelaksana
4 Mesyuarat Penyelarasan Bulan Ke11 AJK Induk dan AJK
Majlis Korban Pelaksana
5 Majlis Korban Bulan Ke12 Semua Peserta,
(Hari Raya Aidiladha) AJK Induk, AJK
Pelaksana

5. Hal-hal lain

5.1 Pengerusi Misi Korban Kanowit berharap agar semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik
dapat memberikan komitmen dalam setiap perbincangan dan mesyuarat yang akan
dilaksanakan kelak.
5.2 Ahli Jawatankuasa boleh mengemukakan sebarang cadangan bagi memudahkan dan
melancarkan gerak kerja Misi Korban Kanowit.

6. Penutup

6.1 Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.


6.2 Mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan kelak.
Disediakan oleh: Diperakukan oleh:

(SULAIMAN BIN HAJI HASSAN) (ABANG HARONIZAN BIN ABANG OTHMAN)


SETIAUSAHA, PENGERUSI,
Misi Korban Kanowit. Misi Korban Kanowit.

You might also like