You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN

PERSATUAN PENDUDUK INDIA KAMPUNG KAYAN SITIAWAN PERAK


TAHUN 2018.

Tarikh : 18. 11.2018 (AHAD)


Tempat : Restoran Nasi Kandar Sri Sentosa Sitiawan.
Masa : 5.45 PM
Kehadiran : Kaliswaran A/L Palanisamy
Pushpa Raja A/L Sriramulu
Kaliswari A/P Muniandy
Balamurugan A/L Palanisamy
Sugumaran A/L Balaraman
Kannan A/L Erranna
Umamageswaran A/L Silvarajoo

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Aluan
1.1 En.Kaliswaran A/L Palanisamy mengalu- alukan kehadiran semua ajk ke mesyuarat
jawatankuasa Persatuan yang pertama bagi tahun 2018. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat penubuhan ini. Beliau
menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat ini ialah untuk penubuhan persatuan
dan pembukaan akaun atas nama persatuan.

2. Persetujuan Penubuhan Persatuan Penduduk India Kampung Kayan Sitiawan


Perak.
2.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Persatuan Penduduk India
Kampung Kayan Sitiawan Perak yang bertujuan untuk pembangunan dan perpaduan
masyarakat di sekitar kampung ini.

3. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan.


3.1 Ahli-ahli jawatankuasa penaja yang telah dipilih adalah seperti berikut:
Pengerusi : En,Kaliswaran A/L Palanisamy
Timbalan Pengerusi : En.Pushpa Raja A/L Sriramulu
Setiausaha : Pn.Kaliswari A/P Muniandy
Penolong Setiausaha : En.Balamurugan A/L Palanisamy
Bendahari : En.Sugumaran A/L Balaraman
Ahi Jawatankuasa : En.Kannan A/L Erranna
Ahi Jawatankuasa : En.Umamageswaran A/L Silvarajoo

3.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mendaftarkan persatuan ini dengan
Pendaftar Pertubuhan. Pendaftaran bagi persatuan ini akan diuruskan oleh
jawatankuasa penaja.

4. Meluluskan Nama Persatuan dan Alamat Tempat Urusan serta Alamat Pos.
4.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan persatuan ini dengan nama
Persatuan Penduduk India Kampung Kayan Sitiawan Perak.
4.2 Mesyuarat telah memilih alamat urusan segala perjumpaan di 94, Kampung Spynie,
Kampung Kayan, 32030 Sitiawan, Perak. Alamat pos semua surat menyurat ialah di
No. 5, Taman India Kampung Kayan,32030 Sitiawan, Perak.

5. Meluluskan Perlembagaan dan Kaedah-Kaedah Persatuan.


5.1 Pengerusi telah membentangkan perlembagaan persatuan dan semua ajk bersetuju
dengan perlembagaan yang telah dibentangkan tanpa sebarang pindaan.

6. Pembukaan Akaun Persatuan Penduduk India Kampung Kayan Sitiawan Perak.


6.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuka akaun Bank dimana-mana bank
cawangan Sitiawan.
6.2 Nama Akaun : Persatuan Penduduk India Kampung Kayan Sitiawan Perak.
6.3 Jenis Akaun : Semasa
6.4 Pemegang Amanah /Kuasa
: En.Kaliswaran A/L Palanisamy-Pengerusi
: Pn.Kaliswari A/P Muniandy – Setiausaha
: En.Sugumaran A/L Balaraman – Bendahari
6.5 Tandatangan mana-mana DUA DARIPADA TIGA PENAMA DI ATAS adalah
diperlukan bagi urusan bank.

7. Hal – Hal Yang Berbangkit.


7.1 Pengerusi memohon agar kerjasama dan komitmen semua penduduk dapat
dikekalkan.
7.2 Penduduk dan jawatankuasa harus menjalinkan hubungan yang baik agar semua
permasalahan persatuan dapat diselesaikan bersama, contohnya infrastruktur
kampung harus dibincangkan bersama.
7.3 Menurut pengerusi segala aktiviti bagi tahun 2019/2020 akan dirancang dan
dibincangkan bersama semua ajk pada mesyurat jawatankuasa pertama.
7.4 Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian.

8. Ucapan Penangguhan
8.1 Pengerusi berharap segala yang telah dirancang akan dapat dijalankan dengan
penuh rasa bertanggungjawab oleh AJK yang baru dilantik.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.45 malam.

Disediakan Oleh, Disemak dan Disahkan Oleh,

…………….……………………, …………………………………………,
KALISWARI MUNIANDY, KALISWARAN PALANISAMY
Setiausaha penaja, Pengerusi penaja,
Persatuan Penduduk India Persatuan Penduduk India
Kampung Kayan Sitiawan Perak. Kampung Kayan Sitiawan Perak.

You might also like