You are on page 1of 9

LAPORAN TAHUNAN MASJID JAMIUL MUHSININ KAMPUNG KUNDANG BAGI TEMPOH 2020 SEHINGGA

2021.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah, Rabb bagi sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda

Syukur kita kehadrat Allah swt di atas kesempatan yang diberiNya bagi membolehkan pembentangan
laporan tahunan Masjid Jamiul Muhsinin bagi tahun 2020 - 2021

Setelah kira-kira tiga tahuan barisan Pegawai dan Ajk sesi 2019 - 2021 menjalankan amanah yang
telah diberikan oleh Allah swt serta tanggung jawab yang diberi, kami mengucapkan penghargaan
yang tidak terhingga di atas bantuan dan sokongan serta kerjasama erat yang diberikan oleh ahli
kariah sekelian. Segala kemajuan dan perkembangan syiar Islam di kariah ini khasnya dan di
Negeri Selangor amnya adalah hasil daripada hubungan yang erat dikalangan kita. Kami berasa
syukur kehadrat Allah swt. kerana setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan kesemuanya
mendapat sokongan padu daripada ahli kariah. Kehadiran dalam sesuatu majlis umpamanya
kuliah selepas maghrib, kuliah subuh dan kuliah perdana amat membanggakan. Petunjuk-
petunjuk inilah yang memberikan semangat dan perangsang kepada kami untuk lebih berdaya
maju.

PENTADBIRAN

Senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa bagi tempoh 1 Jun 2019 hingga 2021 adalah seperti di
Jadual 1.

JAWATAN NAMA KETUA BIRO


Nazir Hj. Mohd Shamsuri Bin Sibadar
Timbalan Nazir
Setiausaha Mohd Saufi bin Hairudin
Bendahari Hj Nurazmi bin Kuntum
Penolong Bendahari Hj Zarzaie bin Dayat
Penolong Setiausaha En Malik bin Mat Jam
Imam 1 En Zulfika bin Mohammad Nor Ceramah, Kuliah dan Forum
Imam 2 Ust. Nasir bin Hadi
Imam 3 Hj Sarohim bin Hj Ismail
Ahli Jawatankuasa Pn Hasniza binti Hj Sarohim
Ahli Jawatankuasa Hj. Darman bin Marlan
Ahli Jawatankuasa Hj Azman bin Hj Ismail
Ahli Jawatankuasa Yazid bin Idris

1
Ahli Jawatankuasa Pn Hjh Saume binti Hairi Bilal Muslimat

Jadual 1 : Senarai Pegawai dan AJK Masjid Jamiul Muhsinin bagi tempoh 2019 - 2021

Sepanjang tempoh 1 Jan 2019 hingga 31 Mei 2021, sebanyak 9 kali mesyuarat pegawai dan AJK
telah diadakan. Kehadiran mesyuarat pegawai dan AJK diadakan adalah seperti di Jadual 2.

Bil Nama 11.1.19 25.1.19 04.4.19 26.6.19 6.8.19 21.8.19 26.12.19 13.3.20 20.5.20 Jumla
h
1 Hj. Mohd Shamsuri Bin / / / / / / X / / 9/9
Sibadar
2 Hj Saadon bin Marban / / / x x X x x x 3/9
3 Mohd Saufi bin Hairudin / / / / / / / / / 9/9
4 Hj Nurazmi bin Kuntum / / / / / / / / / 9/9
5 En Malik bin Mat Jam / / / / / / / / / 9/9
6 En Zulfika bin Mohammad / / / X / X / / / 6/9
Nor
7 Ust. Nasir bin Hadi / / / / X / / / / 8/9
8 Hj Sarohim bin Hj Ismail / / / / / x x x x 5/9
9 Pn Hasniza binti Hj / / / / / / / / / 9/9
Sarohim
10 Hj. Darman bin Marlan / / / / / / / / / 9/9
11 Hj Azman bin Hj Ismail / X X / X X / / / 5/9
12 Yazid bin Idris / / / X X / / / / 7/9
13 Mohamad Faroaq bin / / / / / / / / / 9/9
Mohd Ghazali
14 Hj Mohd Nor bin X X X X X X / X X 1/9
Yusap
15 Pn Hjh Asmi binti / / / / X / / / / 8/9
Subir
16 En Zaini bin Rusman / / X / X / / X / 6/9
17 En Nasruddin bin X X X / / / / / / 6/9
Kaseh
18 Hj Nordin bin Semo / X X X / / / / / 6/9
19 En Amzatun bin / / / X / / / / / 8/9
Misron
20 En Zulkifle bin Mismat / / / x / / x x x 5/9
21 Md Khair bin Hj / / x x x x x x x 2/9
Ismail
22 Muhammad Fadhil / / / / / x / / x 7/9
bin Mohamad Nor
Ahli Jawatankuasa Mohamad Faroaq bin Mohd Ghazali Pendidikan dan Kursus
Ahli Jawatankuasa Hj Mohd Nor bin Yusap Ekonomi dan Tanah Wakaf
Ajk Wakil Wanita Pn Hjh Asmi binti Subir Muslimat
Ajk Wakil Pemuda En Zaini bin Rusman Pemuda, Remaja dan Kanak-Kanak
Bilal 1 En Nasruddin bin Kaseh
Bilal 2 Hj Nordin bin Semo
Siak 1 En Amzatun bin Misron
Siak 2 En Zulkifle bin Mismat
Pemeriksa Kira-Kira 1 Md Khair bin Hj Ismail

2
Pemeriksa Kira-Kira 2 Muhammad Fadhil bin Mohamad Nor

Jadual 2 : Kehadiran Mesyuarat Pegawai dan AJK

Masjid telah melantik setiausaha kerja iaitu En Mohd Saufi Hairudin dan En Malik Mat Jam. Mereka
menjalankan tugas pejabat seperti mengendalikan urusan pejabat, sistem pengurusan fail,
mengatur dan mengendali program yang telah dirancang, membantu mengurus kewangan masjid,
berhubung dengan ahli kariah yang memerlukan perkhidmatan, memantau kerja-kerja pembersihan

masjid yang dijalankan oleh petugas pembersihan serta lain-lain tugas yang diberi dari semasa ke
semasa.Alhamdulillah mengikut KPI yang telah yang telah dihantar kepada pihak JAIS secara
berkala. Alhamdulillah masjid Jamiul Muhsinin berada ditahap yang sangat baik ( 4 bintang).
Hampir semua maklumat yang dikehendaki dalam borang penilaian KPI tersebut kita penuhi.

3
AKTIVITI MASJID

i. Kuliah, Ceramah dan Forum

Untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan dan pengislahan masyarakat kuliah-kuliah agama
seperti Kuliah Subuh, Dhuha dan Maghrib serta ceramah dan forum merupakan aktiviti tunjang
masjid dalam mencapai hasrat. Penceramah yang dipilih adalah berdasarkan kepada
kepakaran masing-masing dalam bidang akidah, fiqh, tasawwuf, hadis dan sebagainya.
Kaedah pengajaran/kuliah yang dijalankan adalah menggunakan rujukan atau kitab-kitab yang
terpilih. Penceramah jemputan atas tajuk-tajuk tertentu akan diundang untuk mengisi
program-program tertentu. Jadual kuliah harian dicetak, dipamirkan di papan kenyataan, dipaparkan di
gruop whatapss Hebahan Masjid‟ serta dimuatkan dalam laman sesawang masjid.Semasa pendemik
covid-19 pihak masjid juga telah mengusahakan kuliah-kuliah maghrib dan subuh secara online di
Facebook rasmi Masjid Jamiul Muhsinin.

ii. Teknologi Maklumat

Dalam perkembangan dunia IT, masjid Jamiul Muhsinin juga tidak terlepas dalam menggunakan media
maya dalam menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan Islam dan aktiviti-aktiviti semasa di masjid
ini. Melalui infoblast TM, sistem pesanan ringkas (sms) dapat dihantar secara berkelompok.
Edaran cetakan, jadual kuliah, aktiviti masjid, kuliah audio visual (u-tube) boleh didapati
melalui laman facebook masjid iaitu MasjidJamiulMuhsinin Kelajuan capaian ke internet telah
dipertingkatkan dengan menggunakan UNIFI/TM dari STREAMYX/TM.

Laman sesawang yang menarik ini dikemaskini secara kerap supaya maklumat yang dimuatkan adalah
yang kemaskini.

4
iii. Ihya’ Ramadhan

Berbagai aktiviti dan program untuk menghidupkan Ramadhan (Ihya‟ Ramadhan) telah dijalankan
sepanjang bulan Ramadhan 1441H/ 2019. Malam-malam Ramadhan telah diisi dengan solat
tarawih 20 rakaat, tazkirah ringkas serta tadarus al-Qur‟an. Iftar jamaie dianjurkan. Sepanjang 10 hari
terakhir bulan Ramadhan, masjid ini dibuka bagi membolehkan ahli kariah ber‟iktikaf serta
berqiamullail yang dipimpin oleh ustaz yang dipilih. Makanan untuk bersahur disediakan
disepanjang 10 malam terakhir tersebut. Selain daripada itu ceramah khas seperti sempena Nuzul al-
Qur‟an, kuliah mingguan diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Pada tahun 2020 pula terpaksa
ditangguhkan akibat PKP.

iv. Pemuda, Remaja, Kanak-kanak

Golongan kanak-kanak dan remaja adalah menjadi benteng harapan kepada ummah. Pengurusan
masjid melihat golongan kanak-kanak dan remaja perlu didampingi, dibelai, diberikan tunjuk ajar
dan disantuni. Program cuti sekolah seperti smart solat diadakan untuk membimbing
golongan ini.

v. Qurban dan Aqiqah

Program Qurban dan aqiqah merupakan program tahunan di masjid ini. Pada Eidul Adha 1442
Hijrah sembelihan qurban telah dilakukan di kandang ternakan disebabkan oleh PKPB dan masalah
masa dan logistik. Sebanyak 25 ekor lembu telah diqurbankan/disembelih.

vi. Infrastruktur, Pembangunan dan Kebersihan

Infrastruktur, pembangunan dan kebersihan di Masjid dan persekitarannya perlu dijaga dan diberikan
perhatian kerana ianya akan memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung dan mereka
yang beribadah didalamnya. Beberapa sesi gotong royong membersihkan persekitaran dan dalaman
masjid telah dijalankan bagi tempoh 2019 hingga 2021 seperti membersihkan kawasan
persekitaran masjid. Infrastruktur masjid secara amnya tidak banyak diubah di mana tumpuan banyak
diberikan untuk keselesaan para jemaah beribadah.

Diantara kerja-kerja yang telah dilakukan ialah:

i. Penyelenggaraan pendawaian suis elektrik dan pendingin hawa.


ii. Membaiki segala kerosakan yang timbul disekitar masjid.

5
6
vii. Muslimat

Disepanjang pendemik covid-19 ( PKP,PKPB) tiada program yang dapat dijalankan oleh biro Muslimat.

viii. Keselamatan dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Pihak masjid tidak terlepas daripada tanggungjawab menjalankan amar makruf serta mencegah
kemungkaran di dalam Kariah Masjid Jamiul Muhsinin. Pegawai masjid iaitu nazir, siak dan bilal telah
diberi kad kuasa oleh pihak JAIS untuk membuat pemeriksaan dan tangkapan jika ada perlakuan
maksiat dalam sesuatu premis seperti perjudian,khalwat dan sebagainya. Tugas ini dilakukan
dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak polis dan pihak JAIS.
.

ix. Biro Kebajikan

Diantara aktiviti yang telah disempurnakan oleh Biro ini ialah:

i. Mewujudkan rak rezeki kepada ahli kariah yang memerlukan barangan dapur dan sebagainya.

ii. Mengurus program meraikan anak-anak yatim di bawah kariah masjid.

iii. Sumbangan kepada ahli kariah yang terkesan semasa pendemik covid-19.

iv. Membanci dan mengemaskini data anak-anak yatim kariah dan asnaf.
v. Menyelia dan membantu biro-biro lain dalam menjayakan program-program yang
telah dirancang.

7
Penutup

Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
kariah yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program dan
aktiviti masjid selama setahun yang lepas dengan harapan agar sokongan dan kerjasama ini akan
diteruskan dimasa-masa hadapan. Sesungguhnya sumbangan idea, masa, wang ringgit, tenaga dan lain-
lain lagi yang dicurahkan oleh ahli kariah dan pengunjung masjid merupakan penggerak
kepada semua program yang dijalankan oleh pihak masjid. Kami mendoakan semoga segala
sumbangan tenaga, wang ringgit dan sebagainya akan dikira oleh Allah swt sebagai amal yang soleh.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Mohd Saufi Bin Hairudin Hj. Mohd Shamsuri Bin sibadar


Setiausaha Masjid Jamiul Muhsinin Nazir Masjid Jamiul Muhsinin Kg Kundang

8
9

You might also like